Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, July 31, 2011

Saturday, July 30, 2011

Kerana harta putus saudara...


Harta, wanita dan pangkat memang menjadi ujian besar bagi manusia tidak mengira lelaki atau perempuan. Kisah yang saya bawa kali ini adalah cerita benar kawan saya. Kisahnya agak rumit sedikit, namun saya akan cuba menulisnya dengan simple. Penulisan ini bukan nak selak celah kain orang tetapi supaya ianya dapat kita jadikan ikhtibar...
Ketika saya sedang enak menikmati keropok di gerai tepi jalan (depan Tabung Haji), kawan saya kol. Saya beritahu saya sedang makan, dan saya beritahu juga petang ni jangan kol saya kerana saya kena buat skema... Kalau nak kol, kol malam selepas berita...
Malamnya dia kol saya. Dia ada masalah dengan adik beradiknya yang seramai 8 orang, sebenarnya adik beradiknya 12 orang tetapi mati 2 orang. Memang kerja maknya beranak, lipat kain, beranak lipat kain. Dia nak luahkan kepada saya. Katanya bini dia bukan sahaja tidak faham dengan situasi yang dia alami, malah memburukan lagi keadaan. Sebab tulah dia kol saya, katanya.
Saya dengar jelah masalahnya walaupun saya sepatutnya buat kerja lain. Dia bercerita panjang lebar.
Kawan saya beritahu emaknya sudah meninggal 2 tahun lalu. Dan sebelum meninggal maknya ada tukar nama beberapa ekar tanah ke atas namanya. Dan bila emaknya mati, adik-beradiknya terkejut beruk bila tahu yang ada tanah emaknya dinamakan terlebih dahulu atas nama dia.
Saya yang mulut berus ni terus bertanya, "Bakpe pulok mok mung bui ke mung tanoh tuh? (translate = Kenapa pula ibumu menyerahkan tanah tersebut padamu?).
Dia pun bercerita... (perhatian, tullisan di bawah adalah hasil daripada pemahaman saya. Kata ganti diri `saya' di bawah ini adalah mewakili kawan saya).
Semasa mak sakit sayalah yang pelihara mak selama 4 tahun. Ayah dah lama mati. Adik beradik semua dah berumahtangga dan duduk jauh. Adik beradik semua sibuk dengan keluarga masing-masing jarang sangat jenguk mak. Saya pelihara mak dengan baik sebab selama ini maklah yang menjaga saya. Selepas gagal SPM dengan cemerlang saya memang duduk di rumah tersebut, sehinggalah ayah saya mati, kemudiannya emak saya pula.
Pernah saya hendak berkahwin tetapi tak jadi sebab saya bimbang isteri saya tak suka kan emak saya. Emak saya lain sikit, cerewet sangat. Sebab itulah selepas emak saya meninggal barulah saya berkahwin. Saya berkahwin pada umur 40 tahun. Tidak susah bagi saya untuk mencari bini, walaupun saya tak ada pelajaran muka saya handsum. Saya bersyukur kerana kalau dah lah tak ada pelajaran, muka tak handsum? Bagaimana?
Saya anggap mak saya beri tanah tersebut sebab saya yang jaga mak saya dan saya yang paling tak ada pelajaran. Saya tahu adik-beradik jelous sebab saya dapat lebih banyak tanah-tanah. Seorang kakak saya ada beri cadangan harta mak saya tak payahlah beri kepada saya sebab kononnya mak dah beri khas kepada saya sebelum mati. Kakak saya memang lapar harta sebab dia berlaki dengan orang miskin sahaja... Tapi pak saudara saya beritahu harta yang diberi sebelum mati tidak dikira harta si mati. Maka harta si mati yang tinggal kena bahagikan dengan adil ikut hukum faraid. Maka saya dapat banyaklah harta, lebih daripada adik beradik lain. Di sinilah bermula masalahnya.
Sejak itu saya dipulaukan terus seolah saya sebatang kara. Saya dipulaukan oleh adik beradik dan ipar duai saya yang lapar harta. Saya hidup seorang harungi kehidupan. Semasa saya nak kahwin, sorang pun adik beradik saya tak nampak hadir. Segala urusan merisik, bertunang dan kahwin, jiran-jiran dan kawan je tolong uruskan. Hati saya sedih sangat, dan sampai sekarang saya tak tahu apa nak buat. Saya nak berikan balik harta yang mak saya beri semasa dia hidup tetapi isteri saya larang...rupanya isteri saya juga lapar harta.
THE END...
Saya beritahu kawan saya yang bersedih itu yang hati orang yang dengki dan busuk ni dia tak kira adik beradik. Saya beritahu dah tak boleh buat apa-apa sebab kes ni kronik. Saya beritahu lagi kalau dah dipulau sebegitu rupa memang kita tak boleh buat apa-apa selain berdoa agar. Sempena bulan ramadhan ini saya nasihatkan supaya banyak berdoa agar timbul kesedaran di hati mereka yang dengki tersebut (adik beradik dia). Itulah secebis nasihat saya kepadanya. He he he, macam ustad pulak.
Sebenarnya saya tak bercakap banyak dalam perbualan tersebut, saya hanya banyak mendengar. Selepas selesai berbual, saya ke dapur masak maggie. Saya letak udang 3 ekor yang saya beli dari tunas manja... Sambil tu saya berfikir jugak....
...kerana harta memang orang boleh jadi lupa diri. Adik beradik sendiri menjadi musuh. Saya tak tahulah nasihat yang saya berikan itu betul ke tidak, memadai ke tidak. Cuma saya harap adik beradik dia sedar sebab kesian kawan saya...
Jan: Kadang-kadang tak berharta lagi senang, tetapi selalunya tak berharta susahlah hidup, he he he.

Friday, July 29, 2011

Sharifah Aini - Kenangan Lela Manja




Ini adalah antara CD Kak Pah yang terbaik saya miliki, saya amat sayangi. CD ini mempunyai lagu-lagu Melayu asli yang `asli'. Maksud saya ianya bukan lagu etnik atau pop etnik atau irama Malaysia. Bagi saya ia Muzik Melayu asli seaslinya yang menggunakan alatan muzik tradisional. Ada lagu yang jarang sangat telinga kita mendengarnya. Gesekan biola oleh Hamzah Dolmat, memang terangkat! Gesekan biola yang gemersik dan alunan merdu suara Kak Pah menghasilkan lagu yang berkualiti.

Andainya saya menerima tawaran daripada ketua jabatan untuk melanjutkan pelajaran PHD, saya akan bawa CD ini ke India (tetapi saya tolak). Dan apabila ada orang sana tanya `bagaimana rupa' muzik Melayu Asli kita, saya akan jawab " liseng todis CD " (terjemahan = dengar lagu dari CD ini).

Saya pernah pasang CD ini semasa saya berMyvi dengan anak saudara saya di bandar Kuantan. Anak saudara saya beritahu lagu-lagu dalam CD Kenangan Lela Manja ini boleh buat kereta yang dipandu `acideng' (terjemaham = kemalangan), he he he. Huh!, remaja memang begitu, namun suatu hari nanti bila dia besar saya yakin dia akan mencari jati diri dan akar lagu-lagu Melayu kita.

lagu-lagu dalam CD ini;

01. LELA MANJA
02. RATAPAN KAMARULZAMAN
03. SERAMPANG LAUT
04. PASIR ROBOH
05. SRI TAMBAK
06. SERI SERAWAK
07. DODOI SI DODOI
08. MEGA MENDUNG
09. BENTAN TELANI
10. GAMBUS PALEMBANG
11. DAMAKKU SAYANG
12. PATAH HATI13. HALIMUN MALAM
14. SRI ANDALAS
15. KENANG DAKU DALAM DOAMU
16. SITI PAYUNG
17. SRI BANANG
18. MAK INANG PULAU KAMPAI
19. KASIHNYA IBU
20. SATRIA ABADI

Sebenarnya CD ini adalah edaran semula. Pertama kali ia diterbitkan semasa saya umur 9 tahun (darjah 3). Pada asalnya ia hanya ada 11 lagu sahaja, bukannya 20 lagu. Dan Cd ini diedarkan semula semasa saya di tahun akhir di Universiti Malaya. Dan setelah saya meraikan 15 tahun kerjaya saya dalam dunia pendidikan, leni pah 3o taun ada semular kedai!, (terjemahan = Now after 30 years, it hits the market again!).

Jangan bimbang tentang mutu bunyi lagu-lagu ni sebab ia digital remasterkan di Jerman!. Khas buat peminat setia Kak Pah dan peminat muzik asli/tradisional Melayu.

CD ini saya sambar di Giant, selepas saya makan KFC (senak pelit). Saya merayau sendirian dan masuk ke kedai CD. Saya terperanjat melihat Cd ini, terus sambar dan terus menuju ke awek di kaunter.

Lagu yang paling saya minat? Banyak lagu yang saya minat tapi pastilah lagu `patah hati...' trak no 12.

Jan: saya mendengarnya sambil bawak kereta sambil menahan sebak di dada sambil menatang cinta yang berderai...

Thursday, July 28, 2011

Basuh kereta







Saya bukannya seorang lelaki pengkereta. Saya bukan manusia kereta. Saya mungkin lebih kepada manusia pasu atau tumbuhan. Saya tidak titikberatkan sangat hal kereta. Kereta saya sebenarnya dah ada 2 kecederaan ringan. Kepek (kesan kena langgar), ia boleh baiki dalam anggaran RM400 (kata taukeh Cina). Dalam hati saya kata `baik aku beli karpet atau pasu'.


Memelihara kereta sangat susah. Seperti pakaian, kita juga kena basuhnya. Kita mungkin ada mesen basuh pakaian di rumah tetapi tidak mampu nak beli mesen basuh kereta. Namun saya tak kisah jika kereta saya kotor kecuali kalau kawan-kawan nak tumpang. Dan hal ini memang jarang berlaku mereka tumpang. Dan sebenarnya saya tak malu sangat sebab saya dapati kereta kawan-kawan saya, bukan sahaja macam tong sampah tetapi muntah anak pun ada! he he he.


Namun posting ini bukan pasal kebersihan kereta orang yang dah kawin dan ada anak kecil tetapi perihal basuh kereta. Saya basuh kereta apabila saya rasa kereta tersebut terlalu kotor. Saya tidak basuh seminggu sekali atau sebulan sekali, saya basuh ikut tahap kekotoran.


Saya hantar kat kedai bila saya rasa kereta saya kotor. Dan sebenarnya pernah saya cuba membasuh kereta sekali, he he he. Kalau nak basuh kereta cerewet sangat. Saya kena pakai T'shit, pakai topi dan seluar pendek (biar seksi sikit). Apa kata jiran kan?. Saya juga kena ambil baldi, getah paip, syampoo, kain dan berus yang bersesuaian. Saya juga letakan kerusi dekat kerata untuk letak secawan nescafee panas. Saya juga kena ada earphone untuk dengan lagu. Pemilihan lagu ketika nak basuh kereta juga kena `kena', janganlah pulak lagu raya sedangkan ramadhan tak jelma lagi. Susahkan, maka saya ambil keputusan untuk seumur hidup, basuh kereta adalah suatu yang cerewet, sebab itu ada kedai untuk basuh kereta. lagipun saya tak pandai nak basuh kereta dengan bersih.

Saya kena hantar kedai, tempat yang saya biasa basuh kereta, dia ambik RM14 sahaja untuk kereta Myvi saya.


Dalam hati kecil, saya tidak suka pergi ke kedai kerana saya malas nak menunggu. Saya juga seperti Ella dan Rossa, tak suka menunggu `ku menunggu, ku menunggu'. Entah kenapa walaupun ada juga kebaikan menunggu. Mungkin tempat menunggu ala kadar sahaja, tak ada jual air atau nasik lemak, air nescafe. Bukannya saya nak free, saya mampu.


Namun dah lama saya rasa lega, sejak tahun lepas saya rasa `hai senangnya dalam hati...' sebab saya hanya perlu sms dan pembasuhan kereta dibuat di rumah saya sepenuhnya. Biasanya malamlah saya sms supaya datang sebab siang saya banyak hal nak buat.


Jan: Mak saya pernah kata " Hidup ni penuh rahmat, abang je tak nampak"

Tuesday, July 26, 2011

Prihal jogging...




Petang semalam saya sampai lewat di treak jogging. Sebenarnya saya memang terlupa yang saya berjanji dengan rakan-rakan lain untuk berjogging...he he. Memang petang sebelumnya kami galak berbicara hal menjaga kesihatan dan nak turunkan berat badan. Kami berpendapat sebelum ramadhan eloklah berjogging dulu biar kesannya lebih nyata, dan di bulan ramadhan kami juga akan terus berjogging. Gitulah apa yang kami rancangkan. Biar hari raya ni nampak terbentuk sikit.

Saya memang lewat kerana saya terlupa, dan kelewatan tersebut menjadi makin lewat apabila saya `ditahan' oleh pelajar di tempat parking kereta semasa mahu pulang selepas makan di bilik kawan saya. Pelajar berbangsa cina tersebut membuka bonet keretanya dan memberikan 6 biji durian Segamat. Katanya makanlah sir, manis dan sedap. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana merasa juga durian Segamat walaupun dah empat tahun lokasi tempat saya tinggal berdekatan Segamat. (Malamnya memang saya makan, ya allah bestnya, ya allah panasnya badan...).

Tetapi posting ini bukannya pasal durian atau asal-usul daerah Segamat, ia mengenai kegiatan jogging. Dah lama sangat tak berjogging ni. Sampai di trek, dari jauh saya nampak kawan-kawan saya terkial-kial, hinjut-hinjut. Rupanya mereka tengah `panas'kan badan. Lucu jugak cara mereka panaskan badan, nampak macam orang tak betul, terencat. Sebaik sahaja saya datang terus kami berjogging... He he he, sebenarnya bukan kami, mereka...

Saya beritahu kawan-kawan yang saya tidak boleh berjogging sebab saya baru sahaja makan daging dan roti di bilik kawan saya (sebab tengahari saya tak makan, ada pelajar nak jumpa pasal nak buat kertas kerja). Dan sebenarnya tengah makan tersebutlah mereka kol saya dan beritahu semua kawan-kawan dah menunggu di padang...! Terus saya meloncat keluar dari bilik, terus balik ke rumah tukar pakaian dan berkereta laju (70Km sejam) ke treak tersebut...

Kata orang kalau kita baru sahaja makan, kita tidak boleh bersenam apatahlagi berjogging sebab perut kita kan `bentan'. Bentan ni kira perut akan keras dan tak selesa... Pun begitu untuk mengambil hati rakan seperjogingan, saya adalah buat aktiviti ala jogging, kira hanya 1/4 treak juga... Manakala mereka terus berjogging dengan giatnya seolah itik dapat air, hairan sungguh!. Saya ketinggalan di belakang...

Saya perhatikan dari jauh sahaja, saya berjalan-jalan saja atas treak. Bila waktu berehat, kebanyakan akan buat gaya letih dan lesu (kononnya). Ada yang mendepakan tangan, ada yang duduk dan cuba capaikan tangan ke kaki...tapi tak sampai sebab ada `penahan' (perut).

Selepas itu kami terus ke CRK (tempat gerai makan). Pada mulanya saya nak oder rojak tapi saya batalkannya sebab tiba-tiba saya ingat saya dah makan daging rendang dan roti. Saya oder nenas ais sahaja. Kawan-kawan saya juga oder minuman sahaja walaupun ada usaha seorang rakan saya nak oder goreng pisang tetapi ditentang hebat oleh kawan-kawan lain. Kononnya goreng pisang berminyak! Tak baik untuk kesihatan.

Namun pada hari kedua, apabila balik daripada jogging kami oder kerepok lekor goreng, karipap pun ada. Saya rasa hari ketiga nanti kami akan oder rojak atau mee kari. Atau nasi lemak...

Jan: He he he...

Insyaalah - Maher Zain



INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Abang hargainya...









Walaikumusalam,
Terlebih dahulu semoga Nur sekeluarga berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Alhamdulilah Abang di sini sihat sejahtera bersama kawan-kawan dan kucing-kucing peliharaan jiran tetangga.
Abang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Nur sudi ikuti blog ini. Dan keduanya maaf kerana ambik masa yang agak panjang untuk membalasnya. Bukannya Abang tidak sudi membalasnya...
Abang membahasakan diri di sini sebagai Abang kerana Abang percaya Abang lebih tua daripada Nur.
Abang berterus terang, Abang mengambil masa yang panjang untuk membalasnya kerana Abang tidak tahu apa yang hendak ditulis. Abang juga bimbang apa-apa yang ditulis dipandang serong atau disalah erti. Namun percayalah Abang tidak ada niat untuk mengecilkan hati sesiapa atau meninggikan diri Abang. Tidak sesekali.
Oh yea, bagaimana dengan persiapan ramadhan? Nur sudah bersedia ke? Abang di sini bersiap ala kadar sahaja kerana Abang seorang diri sahaja. Mungkin Abang beli lauk di kedai buka seorang di rumah. Tetapi mak abang mungkin datang berpuasa dengan Abang pada pada minggu kedua puasa.
Nur,
Abang tidak mengenali Nur dan tidak tahu Nur macam mana rupa, namun daripada email yang Nur tulis Abang dapati Nur merupakan seorang yang peramah, happy go lucky dan kelakar juga. Beberapa kali Abang baca email tersebut. Abang tahu Nur benar-benar berniat ikhlas dan baik hati.
Tentang apa yang Nur usahakan jangan pula rasa bersalah, sebab apa yang Nur usahakan adalah suatu yang membawa kebaikan. Sebelum ini pun Abang juga ada menerima beberapa email `sewaktu' dengannya. Malah ada yang ingin `melamar' Abang secara diret. Kadang-kadang Abang rasa kelakar jugak, sebab Abang ni bukannya ada rupa, harta dan terkenal. Namun Abang amat hargainya... mereka juga beritahu mereka dapatkan email Abang dalam website.
Nur,
Abang pun kadang-kadang terasa dekat di hati pembaca. Jika kita menulis dengan ikhlas (bukan nak menunjuk nunjuk) dan pembaca ikhlas membacanya (bukan mencari kelemahan diri penulis), maka Abang rasa wujudlah konsep rasa dekat di hati. Abang ada sisi buruk dan ada sisi baiknya. Tak boleh memanjang Abang cerita pasal kebaikan sebab itu bukan kehidupan namanya.
Nur,
Abang juga mungkin agak kurang sopan sebab membalas email tersebut di dalam blog ini. Tetapi biarlah pembaca blog Abang yang pernah mahu `berkenalan' dengan Abang turut memahaminya. Selama ini Abang berdiam diri bukan kerana sombong atau angkuh.
Sebelum ini ramai juga yang bertanya tentang kisah lampau Abang, ada yang siap buat list soalan berjela dan emailkan, he he he. Mereka bertanya tentang kisah lampau, tentang hati yang terluka... Tentang hati yang terluka itu hanya allah yang tahu betapa peritnya. Berbohonglah kalau Abang nyatakan Abang dapat melupakannya. Tidak sehari pun dalam hidup Abang, Abang lupakannya... Namun Abang tetap berdoa suatu hari hati Abang akan tenteram sepenuhnya. Begitulah kehidupan manusia kita mesti terus mengharap.
Hati Abang sendiri tidak berjaya Abang miliki, mana kan pula Abang boleh berikan kepada seseorang lain. Ini tidak adil baginya... (bagi seseorang yang meminati Abang, jika ada, hehehe...) Dan b
uat masa ini hati Abang pun tidak stabil mana. Abang hanya mampu berdoa suatu hari nanti hati itu akan stabil. Gelora itu akan padam...
Nur,
Abang juga ada menerima gambar yang cantik-cantik, ayu dan manis daripada pembaca blog Abang. Terima kasih dan Abang hargainya. Kadang-kadang Abang perasan jugak sebab masih ada `market' walaupun Abang tak berniat nak `menjual' atau buat `promosi', he he he. (pulak dah).
Nur,
Akhir kata Abang dengan seikhlas hati berdoa ke atas Allah SWT agar semua pembaca yang pernah berusaha `mendekatkan' diri dengan Abang beroleh kejayaan dan kebahagian dalam hidup.
Abang juga mengambil kesempatan meminta maaf jika surat ini ada bahagian-bahagiannya yang tidak patut ditulis, hanya Allah SWT yang tahu Abang tidak pernah merendahkan mereka... lahirnya perasaan kasih seseorang adalah suatu anugerah dan bukti tuhan itu ada...
Sekian sahaja Nur, selamat menghadapi ramadhan dengam penuh keberkatan bersama suami tercinta dan ahli keluarga...

Monday, July 25, 2011

Khabar gembira...jeng-jeng-jeng

Sekadar hiasan




Dalam setahun banyak bulan-bulanannya. Namun bulan ramadhan lain, ia sangat istimewa. Saya harap ramadhan kali ini saya lebih tabah melaluinya. Saya mahu berdoa banyak-banyak, meminta-minta.
Saya tahu nabi suruh kita bergembira bila bulan ramadhan tiba. Bulan yang penuh berkat ini kita diwajibkan puasa. Tambah amal ibadat mana yang patut.
Saya sudah membuat beberapa persiapan, biar kali ini ramadhan lebih berkat dan syahdu gitu. Saya dah mula keluarkan CD nasyid dan zikir yang saya perapkan agak sekalian lama, he he he. Saya juga sudah bersihkan rumah dan bilik.
Jan: Minggu ini saya juga sudah cuba kurangkan makan...

Friday, July 22, 2011

Berhimpun - Mamat Khalid

Gambar: Sekadar hiasan, (he he he)






marilah kita berhimpun
membawa penyapu
di atas lori

marilah kita berhimpun
membuka seluar mempamerkan ponggong

marilah kita berhimpun
menjahanam manusia sesama bangsa untuk bangsa yang lain

marilah berhimpun
bergasak seronok menyanyi
lagu akulah wira pembela bangsa-bangsa

marilah kita berhimpun
menunjukkan aku care dan menentang orang yang tak caring

marilah berhimpun
supaya mereka mendapat tempat
dikerusi empuk milik idamam peribadi

marilah berhimpun mari
tapi aku tak ingin
kerana waras aku menyayangi kalian



Pembentukan/pembinaan sesebuah sajak adalah untuk melahirkan sebuah perasaan. Penghasilan sesebuah sajak ada maksud yang ingin disampaikan oleh perasaan. Kebanyakan sajak yang berada di pasaran minda kita ialah sajak puitis yang didominisasakan kata-kata puitis yang penuh estetika. Namun bukan semua sajak dicipta sedemikian rupa.


Sajak yang dihasilkan oleh Mamat Khalid ini saya katogerikan ke dalam bernada /bentuk satira. Apakah satira? Adakah ia sejenis kueh kaum India? Jawapannya tidak.


Sajak satira bermaksud sajak yang merujuk kepada sindiran tajam terhadap suatu perkara, keadaan atau seseorang. Penggunaan perkataan dan ayat jelas sekali tajam atau sinis. Contohnya:


membuka seluar dan mempamirkan ponggong (2:2)


dan,


menjahanamkan manusia sesama bangsa .... (3:2)


Pemilihan ayat `membuka seluar ' dan `mempamirkan ponggong ' misalnya adalah perbuatan yang memalukan diri...(kecuali kerja di kelab malam...he he he, dah kerja macam tu) dan tidak sopan mengikut tata susila, tata rakyat adat ketimuran kita.


Pemilihan ayat `menjahanamkan manusia ' juga bernada keras. Bukan bernada nyaman seperti yang ada pada sajak puitis yang memilih perlambangan bunga, keindahan alam maya, atau manisnya sebuah senyuman seseorang yang kita tergila-gilakannya, he he he. Pendek kata sajak ini bernada sindiran dan tegas.


Sajak ini boleh kita rujukan kepada bidang politik di mana kita boleh gunakan untuk membuat kritikan ke atas masyarakat di mana rujuk kepada idealogi
yang didokong oleh sesetengah pelaku. Melalui sajak ini penulis tidak menyokong berhimpunan, malah penulis menyelar perilaku `berhimpun' yang beliau sifatkan akan membawa keburukan kepada kaum sendiri, bangsa sendiri.


Sajak ini mengandungi 7 rangkap yang terdiri daripada rangkap yang ada dua baris dan tiga baris sahaja. Sajak ini bebas darisegi bentuk dan rima akhirnya. Ya, sajak ini sajak bebas kerana tidak terikat dengan rima yang biasanya digunapakai untuk melahirkan keindahan. Begitulah lagaknya sajak satira lebih mementingkan maksud yang ingin dilontarkan berbanding dengan rima-rima ni...


Sekian kupasan saya dari segi tema dan bentuk sajak, apa yang tersalah kupas tu, betulkanlah saya. Semuga berjumpa di lain kali kalau tak mati, he he he.


Jan: sajak dari blog http://wwwtempurungpecah.blogspot.com/ (Mamat Khalid)

Thursday, July 21, 2011

Pantun menjelang ramadhan





Seperti biasa blog jankaulu akan menghidangkan puisi Melayu lama yang berupa pantun empat kerat, yang disituasikan dengan kehidupan Melayu moden. 5 rangkap pantunan ini berkaitan langsung dengan bulan ramadhan. Mari kita sama-sama memprosakannya:



Tak sedap langsung makan meehun,

Makan jelah asal kenyang;
Sungguh sekejap rasa setahun,
Tup-tup ramadhan kan menjelang.


Rangkap pertama pantun ini mempunyai pembayang yang menceritakan hal makanan orang kita iaitu meehun. Latarbelakang makanan kita memang meehun bukannya spagetty atau strowberi coklat. Mengikut pensyarah sastera, 2 baris ayat pada rangkap adalah pembayang pantung yang punyai isi menceritakan cara hidup kita.


Merujuk pada pantun tersebut juga dinyatakan bahawa rasa meehun tersebut tidak sedap! Mungkin dibeli dikedai yang `asal buat boleh jual' jea, atau lebih malang lagi ada bini cantik tapi tak reti masak. Namun mestilah terlebih malang bila ada bini tak cantik dan tak reti masak, he he he entahlah...


Manakala maksud pantun tersebut (iaitu 2 baris terakhir dalam rangkap) senang sahaja. Budak tak masuk tadika pun faham. Maksudnya, setahun tu sekejap je rasa, ramadhan akan menjelang lagi.


Siaran Astro dah keluar iklan,
Seolah dah dekat aidil fitri;
Duduk menunggu bulan ramadhan,
Puasa lalu sudah berganti?.


Pembayang pantun ke dua di atas menceritakan walaupun ramadhan tak lagi menjelang tetapi dah ada iklan pasal hari raya. Kalau tak caya tengok tawaran kot memoh buat...he he he. Dan apa yang pantun tersebut mahu sampaikan kepada kita ialah sebuah pertanyaan sinis, iaitu sudahkah kita ganti puasa yang tertinggal/ditinggalkan yang tahun lepas punya. He he he. Bayar fidiah sekali, jangan lupa (kepada yang berkenaan).


Nanti bermunajat sepertiga malam,
Cari keredhaan juga keberkatan;
Nanti kan terima banyak salam,
Ucapan sms menyambut ramadhan.


Manusia ni tak dapat lari daripada buat kesilapan yang mungkin tak disedari (kesilapan yea, bukan kesalahan...berbeza tau). Maka kenalah belajar bangun malam pada bulan ramadhan. Kalau nak rasa segar pergi mandi dulu, atau melompat-lompat atau dengar CD Mahar Zain. Bila dah segar dan syahdu, barulah bermunajat. Itulah maksud pembayang pantun, barangkalilah...


Maksud pantun senang sahaja, nanti kita akan terima banyak sms yang nak ucap selamat menyambut ramadhan. Kawan kita yang dah bertahun-tahun tak kontek, yang kita ingatkan dah mati, tiba-tiba sms ucap selamat menyambut ramadhan (pelik pulak rasa, nasib baik ada ramadhan. Tetapi seeloknya salinglah mengontek sesama kita perpanjangkan ukwah tanpa mengira ramadhan atau unramadhan).


Ramai kan berduyung semayang berjemaah,
Nak berterawih jangan terlepas;
Nanti berbuka rasa nak berhemah,
Tak perlu membazir mcam tahun lepas...


`kan' dalam rangkap di atas tu adalah apa yang akan terjadi. Iaitu ramai orang yang akan memenuhi masjid dan surau bila menjelang ramadhan. Ramai yang akan bertarawih di masjid yang juga bising dengan budak-budak yang duduk yoyar-yoyar (bercakap dengan suara yang kuat) di saf belakang. Tetapi situasi ini tak kekal lama, minggu-minggu awal sahaja meriah, selepas tu berkurangan menjelang raya dan lepas raya keadaan masjid mungkin akan kembali jadi suasana seperti di muzium...


Maksud pantun ni senang jea. Nak nasihatkan kita supaya berbuka tu jangan jadi macam hantu raya lapar. Kueh 2,3 jenis, air 2, 3 jenis. Masa nilah sebenarnya ujian terhebat dari Allah SWT. Kawal nafsu...masa berbuka. Kawal-kawal.


Ramailah nanti membaca kitab,
Penuh disusun di meja pejabat;
Hidup ini memang sekejab,
Jangan dibela perangai jahat.

Pembayangnya senang sekali, bila ramadhan ramailah pekerja terutama di pejabat bawak buku agama atau kitab nak baca...(atau nak tayang? He he he). Maklumlah duduk di rumah serabut dengan laki/bini dan anak-anak, masa mana nak membaca kitab?. Tapi perlu diingat, di pejabat tempat kita kerja ada amanah yang lebih penting. Nanti pelanggang datang kita asyik membaca kitab...he he he. Sendiri mau tahulah...Siapa yang hantu di sini? He he he...hantu lain dah kena kurung...katanya...


Manakala maksud pantun tu jelas iaitu hidup kita ni sekejap jea, bukannya tongkat alam semester. Maka lihat-lihatlah, ingat-ingatlah liang lahad dan batu nisang.


Jan: Sekian sahaja pantun menjelang ramadahan untuk tahun ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Belanja berhemah...



Jip, you kena berhemah dalam berbelanja gitu...pesan kat bini you jangan boros sangat...suruh bini you beli cincin kat Lazo je.

He he he...


Atau beli kat Habib jewel je.


Ya... ya... saya faham Tan Sri... (he he he dengan muka serba salah dan sedikit malu)


Tapi "dana' yang saya bagitau tu harap2 datok sri release ya...


Ya ya ya...Tan Sri...

Tukang pegang fail: La...ingatkan dah habis meting...(dalam hati)

Yang tai merah berbelang juga pegang fail: Alamak kena basuh...(dalam hati)


Jan: Cuit sikit, he he he.

Tuesday, July 19, 2011

Recived: 03:18:28am

Semalam kawan baik saya, Adnan Abd Hamid tidor di rumah sewa saya. Menjelang malam, kami berborak panjang mengenai perubahan sosio-budaya manusia, daripada hubungan kekeluargaan hinggalah kepada yang lebih terperinci iaitu tuntutan Allah terhadap tanggugjawab suami-isteri dan anak-anak.

Kawan saya tersebut bersekolah beraliran agama, beliau juga cergas dalam aktiviti usrah-mengusrah. Saya mengambil kesempatan bertanyakan banyak hal, banyak jugak input yang saya dapat daripadanya. Saya juga banyak bercerita mengenai `fail' rumahtangga yang saya `pegang', termasuklah kes seorang suami yang hanya dapat seks sekali je sepanjang ramadhan...(sebab bini dia tak mau `main' bila bulan ramadhan).

Selepas itu saya ke kamar tidur, rasanya dalam pukul 1 pagi saya masuk kamar...

Tepat jam pukul 3.18 pagi (saya lihat jam di handphon), kawan baik saya Ron (Ronaldo, nama samaran. Tak kanlah nak letak nama sebanar sebab kisah celah kelambu orang tak baik kita sewenang blogkan. Lagipun kalau tulis nama sebenar orang mengenali tak kan percaya sebab keluarganya nampak harmonika sahaja...he he he).

Kawan saya sms beritahu sebenarnya isterinya dah 2 malam tak balik rumah. Isterinya balik ke rumah mertuanya. Sebelum ini pun ada masalah juga, dia kerap sms saya. Saya pun sudah jatuh kesian kepadanya. Bagi saya ia merupakan rintihan daripada seorang suami yang mempunyai iman tetapi sedang hebat diuji dengan ujian kritikal.

Ya allah saya mengantuk sangat sebab tadi saya kan tidur lewat. Saya memang begitu jika kawan bertandang, akan lewatlah tido sebab banyak perkara yang nak dibincangkan. Tapi saya kena layan dia baik-baik, saya tak nak dia hilang arah. Saya tahu dalam malam-malam (sebenarnya pagi kan?) begini dia tentu keseorangan....(sebenarnya saya pun keseorangan kan?).

Dalam smsnya dia tulis "BAik jgok ore xdok bini...jenero tido awal". (terjemahan "Untung orang tak beristeri, malam boleh tidor lena). Saya terpegun sekejap sebab kata-katanya tidak benar sama sekali. Saya tersinggung. Semua orang diduga sama ada kahwin atau tidak... diduga mengikut keupayaan masing-masing, bahagian masing-masing dari Allah SWT (rasanya inilah pertama kali guna perkataan Allah SWT dalam penulisan blog...).

Kita ni hak Allah SWT, dia boleh buat apa sahaja. Saya pun ada masalah sendiri, tak kan semuanya nak saya blogkan... Pernah tengah malam-malam (pagi) saya bangun termenung atas katil (tak kan bawah katil...he he) memikirkan dugaan hidup saya... Pernah ditipu RM. Pernah dihina, dikhianat. Pernah saya menitis air mata semasa pandu Myvi... Saya manusia biasa, bukan Dayang dan JJ sahaja insan biasa... Namun saya sedar kurnia allah SWT lebih besar daripada yang diduga, cuma saya yang lemah sesangat.

Saya rasa kesian dan bertanggungjawab pulak untuk melahirkan ketenteraman jiwa dalam dirinya. Saya membalas smsnya dengan berhati-hati, saya suruh dia banyak bersabar, kononnya tiadalah perkara yang lebih besar daripada bersabar. Saya juga forwod kan hadis-hadis yang saya dapat dari kawan saya yang kerja kat Bank Muamalat kepadanya (kawan saya ni sedang giat belajar agama sejak kerja di bank Muamalat).

Saya sms semua sms yang boleh buat dia tenang. Kawan saya ni kira orang masjid jugak, sembahyang lebat. Dia `beli' kalau hadis-hadis ni...he he he. Alhamdulilah...

Saya tidak mahu sentuh langsung mengenai isterinya kerana isterinya berpelajaran, bijak dan baik budi perketi. Malah kawan saya sendiri beberapa kali beritahu isterinya sangat baik. Agak sukar untuk saya kaji di mana punca segalanya... kecuali mungkin sebab satu perkara...(saya tak nak tulis kat sini..., biarlah sebab benda dah jadi).

Cuma saya bimbang apabila banyak kali kawan saya sms beritahu `lebih baik hidup sorang'... Daripada `fail' yang saya `pegang', bila lelaki/sisuami ada berkata begitu, biasanya akan berlakulah penceraian, tak lambat cepat, tak cepat lambat.

Saya tak nak dia hidup sorang! Saya rasa di dalam dunia ni lebih baiklah ada orang yang sayangi kita, jaga kita dan persembahkan seks untuk kita (kalau boleh setiapkali main ada sesuatu yang baru). Saya juga sms beritahu kasih sayang itu penting. Ada anak-anak itu adalah nikmat Allah SWT yang paling padat...(saya bersastera agama...).

Sebenarnya sebelum ini, saya ada berbincang/beritahu adik perempuan saya mengenai masalah rumahtangga kawan saya ini. Bukan apa, orang yang telah kahwin mungkin lebih tahu hal-hal sewaktu dengannya...(atau lebih tak tahu?). Dalam kes ini adik perempuan saya beritahu ada kemungkinan kawan lelaki saya tu mahu kembali hidup solo sebab tengok gaya hidup saya yang kelihatan senang dan gembira sokmo... [Saya terkedu sekejap sebab kalau saya susah pun tak kan saya nak pamir kepada orang, ni bukan drama swasta Astro dan saya bukanlah bintang airmata, kalau boleh biarlah Allah SWT saja melihat tetesan air mata ini...(pulak dah)]. * Baca dengan nada yang sedih paragraph di atas.

Saya terus sms dia beritahu yang hidup sorang pun kadang-kadang korap, sunyi dan boring. janganlah bercerai, Allah SWT tetap menguji kalau hidup sorang pun. Saya sms kawan saya: " Hidup sorang dan tak ada orang sayang adalah juga satu kekurangan besar...".

Kawan saya balas balik sms saya, smsnya tertulis:

"ASAL TUHAN SAYANG...lebih dr cukup doh " (terjemahan `Bila tuhan menyanyangi kita, itu sudah mencukupi).

Jan: ...4.30 pagi baru saya sambung tidor saya...

Kat sini atuk boleh kentut kuat-kuat...

Saya ni bukan bermaksud nak buka kisah buruk rumahtangga orang. Saya bukan anti perkahwinan/kekeluargaan. Tetapi sebuah perkahwinan yang tak tentu hala, neraka jawabnya...

(Saya selalu `perhatikan' rumahtangga kawan-kawan saya...)






" Tak boleh ke dia tahan abah sampai lepas raya?" - Suami kerek

" Dah tanya dah tapi katil tak ada" - Isteri

"Berapa lama nak bela abah?" - Suami kerek

"Sampai dia baik la bang" - Isteri

"Tapi penyakitnya bukan boleh cepat baik pun..." - Suami kerek

"Habis tu nak buat macam mana lagi?" - Isteri

Ingat tak iklan petronas tu? Memang best kan? Memang menantu lelakinya kerek kan?. Tuhan dah beri isteri comel, terbentuk dan modern pun tak bersyukur. Rumah besar siap dengan taman dan beranda lagi tapi angkuh nak mampus.
Sepatutnya dia layan mertuanya macam ayah sendiri. Hatta bercerai pun ikatan tak terputus kan? Kan?. Kalau kita kahwin kita kena terima baik buruk keluarga pasangan kita, mak dan bapaknya macam bapak kita sendiri. Kita kena ikhlas... Kalau tak kahwinlah dengan beruang panda.
Tapi ini bukan kisah iklan petronas tu, ini kisah rumahtangga kawan saya. Nak dijadikan cerita saya memang tahu isterinya tidak mahu melawat ayahnya yang sakit. Masa tu saya ada dalam kereta, bini dia beritahu:
" Abang pergilah tengok, tu kan ayah awak. Saya tak nak pergi lah!" Kata isteri kawan saya yang saya tak kenal mana. Saya memang tak kenal mana isterinya tapi perangai isterinya memang kasar (ala transfomer). Saya menumpang kereta jea masa tu, dulu mana laaa saya ada kereta atau motor.
Saya ni tak tahu perinci sangat dalam bab-bab agama ni, namun sepengetahuan saya kita kena ambil tahu dan tanggungjawab sama, seolah ayah dan ibu pasangan kita itu mak dan ayah kandung kita. Jangan panggil saja `mak' atau `ayah' tapi separuh hati...
Jan: Kesian kan kawan saya tu...?

Monday, July 18, 2011

Berita Harian Online | Lelaki disamun ketika buka pintu pagar

Berita Harian Online Lelaki disamun ketika buka pintu pagar




Masa kita sampai depan rumah, kita kena turun buka pintu pagar sebab kita tak ada gate remote, sebab kita guna pintu pagar jenis biasa. Masa inilah biasanya kita disamun/dirompak sebab mereka memang tunggu kita sebenarnya.

Memanglah kalau nak terjadi, terjadi jugak tetapi kita kenalah jugak berhati dan ambil langkah keselamatan.

Ada orang dia suruh bini dia yang turun dari kereta untuk buka pintu pagar, ada suami dia akan turun sendiri darpada kereta...

Saya tak tahulah keadah mana yang terbaik, sebab dalam kes saya saya kenalah turun sendiri... Pernah jugak saya berangan nak pasang gate yang ada remote tu. Tapi bukan atas sebab keselamatan tapi saya malas nak turun kereta...




Jan: Apa-apa pun di depan rumah kita pun dah tak selamat sebenarnya...

Ketulahan...

Posting ini diambil daripada blog sahabat maya di http://adieachim.blogspot.com/. Blog ini antara blog yang saya mesti baca. Beliau rajin menulis. Walaupun posting ini agak panjang, saya baca sampai habis sebab ia istimewa.
Semasa saya muda (kini taklah tua sangat, he he he), saya tak percaya sangat hal-hal sebegini. Malah saya tidak fikir langsung adanya pembalasan segera daripada tuhan...cash! Namun apabila saya semakin menyenja (kata dasar `senja'), hati saya semakin lembut. saya percaya ada kalanya tuhan `berhubung' dengan kita dengan cara `hadiahkan' ketulahan. Agar kita jadi manusia...
Sama-samalah kita membacanya:


Dua minggu yang lepas, saya dihubungi seorang rakan yang baru saja berkahwin. Terkilan juga kerana tidak dapat hadir ke majlis resepsinya yang saya dengar begitu gah, segagah kosnya yang menelan sampai puluhan ribu. Sangkaan saya panggilan itu untuk menuntut hadiah tetapi dia cuma ingin berkongsi perasaan. Sesuatu yang tidak pernah dia atau kami lakukan. Menutup bicara dia berpesan "muliakanlah orang tua! jangan jadi macam saya, ketulahan..".
Semalam saya menghubunginya semula untuk meminta keizinan agar diblogkan kisah benarnya dan dia bersetuju agar cerita ini menjadi teladan. Maka saya kongsikan dengan kalian. Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan buat kita jadikan renungan dan pengajaran.
Saya mengenalinya sebagai seorang yang begitu perancang, malah kalau ada persamaan antara kami itulah rasanya namun dia amat berjaya dalam hidupnya. Segala yang dirancang mengikut jadual dan sentiasa dalam kawalannya. Faham sajalah dia bercitarasa tinggi maka segalanya yang standard-standard sahaja. Persiapan yang begitu rapi dan sempurna. Oleh kerana leka dengan semua itu dia jadi lupa dengan kedua nenek dan datuknya di kampung. Di sinilah bermulanya kesilapannya.
Entah bagaimana mereka terlupa menjemput nenek dan datuknya semasa rombongan merisik dan pertunangannya. Walhal kalau dihubungi lebih awal nenek dan datuknya sanggup untuk menaiki kenderaan awam namun mereka hanya mengkhabarkan pada saat-saat akhir, sekadar untuk memaklumkan sahaja. Walaupun begitu tidak ada perasaan terkilan di hati mereka malah ramai ahli keluarga yang tidak dijemput bagi menjaga kesempurnaan majlis. Maklumlah tidak semua keluarga mereka orang senang, bimbang betul mendapat aib sekiranya penampilan berpakaian mereka kurang sesuai.
Datuk dan nenek hanya memendam rasa di kampung dan memujuk hati yang mereka tidak akan terlepas untuk menyaksikan hari pernikahan satu-satunya cucu perempuan mereka. Malah mereka ada juga menyediakan baju untuk dipakai pada hari tersebut. Sehari sebelum hari pernikahan mereka bersiap untuk bertolak, anak bongsu mereka datang dengan wajah yang sugul dan serba salah menyampaikan pesanan. Akhirnya mereka dikecewakan sekali lagi apabila anak mereka sendiri iaitu bapa bakal pengantin (rakan saya tu lah) menyatakan tidak perlu hadir kerana majlis tu hanya berlangsung di masjid dan hanya sekejap sahaja.
Bapa rakan saya sebenarnya kurang selesa dengan keluarganya yang susah dan kekampungan. Dia agak rimas bersama dengan keluarganya sedangkan isterinya yang berada(kaya) tidak kisah dan hairan kenapa keluarga suaminya tidak hadir bersama. Oleh kerana isterinya asyik bertanya dia akhirnya memaksa adiknya untuk hadir ke majlis pernikahan itu. Pada hari pernikahan itu berlaku kejadian yang amat memalukan apabila makanan yang dijamu tidak sedap dan langsung tidak dapat dimakan. Pihak katering sendiri jadi bingung kerana mereka menggunakan bahan mentah yang segar tetapi setelah dimasak rasanya sangat pelik dan meloyakan. Akhirnya semua tetamu balik tanpa menajamah pun makanan.
Demikian begitu, keluarga rakan saya itu asyik menyalahkan pihak katering. Mereka berjanji akan menebus semula kejadian itu pada majlis resepsi yang akan di adakan di sebuah hotel terkemuka. Mereka begitu yakin memandangkan semua persiapan dirancang serapi-rapinya. Kali ini nenek dan datuknya sampai awal, penyambut tetamu yang memang telah dimaklumkan membawa mereka duduk di meja yang agak terpencil. Sedangkan begitu banyak meja VIP, namun mereka langsung tidak terkilan malah lebih selesa duduk di meja itu.
Kejadian aneh berlaku lagi, tiang kek hilang dan dengan itu kek tidak dapat disusun bertingkat hanya disusun atas meja. Yang hairannya tidak ada siapapun terfikir untuk pergi ke kedai kek mengambil tiang kek. Acara hampir bermula apabila baru mereka sedari tidak ramai VIPpun datang hanya memenuhi satu meja bulat. Sedangkan ramai VIP yang telah mengesahkan kehadiran tidak kelihatan. Akhirnya bagi menutup malu bapa rakan saya memaksa kedua orang tuanya duduk di meja VIP bersama beberapa orang ahli keluarganya. Tetamu mula berbisik-bisik apabila kedua orang tuanya tidak mahu berpindah tempat duduk. Akhirnya bagi mengelakkan anaknya malu mereka akur dengan permintannya.
Upacara merenjis hanya melibatkan pihak ibunya sahaja, tidak ada seorang pun keluarga bapanya dijemput ini atas arahan bapa pengantin yang malu melihat keluarganya naik ke pentas. Betapa terkilannya dan kecewanya hati keluarga bapanya yang ingin turut serta dalam upacara itu. Kemudian berlaku kekecohan apabila kumpulan zapin dan boria yang telah dibayar tidak dapat membuat persembahan atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya majlis berlangsung dengan persembahan karaoke yang begitu membosankan. Sedar tak sedar tetamu mula balik sehingga akhirnya hanya keluarga terdekat sahaja yang masih berada di dewan.
Rakan saya menghubungi saya bukan sekadar mencurahkan rasa hati namun juga meminta pendapat dan nasihat bagaimana hendak mengembalikan semula hubungan bapa dengan keluarga yang berkecil hati kepadanya. Bapanya begitu angkuh untuk menyedari kesilapan malah menyalahkan mereka kerana majlis tidak berjalan seperti yang dirancang. Saya tidak begitu pandai menasihatkan orang kerana kurang ilmu di dada namun sempat juga saya berpesan "minta maaf kepada mereka... ya mohon maaf." dan rakan saya baru tersedar mereka belum pernah sekalipun meminta maaf terutama kepada datuk dan neneknya.
Pokok pangkalnya jangan tunda waktu: menjaga, membela, membahagiakan, memuliakan, menghormati, dan berbuat yang terbaik terhadap orang tua. Mohonkanlah maafnya atas segala kesalahan dan kelalaian kita selama ini. Kerana siapa tahu Allah akan segera menakdirkan perpisahan antara kita dengan mereka untuk selama-lamanya. Kalau keduanya sudah berada di dalam kubur, bagaimana kita dapat mencium tangannya. Kita tidak dapat mempersembahkan bakti apapun kalau mereka sudah terbujur kaku.
Jangan lupa untuk selalu mendoakan keduanya agar mendapatkan khusnul khatimah. Mudah-mudahan perjuangan kita yang ikhlas dalam memuliakan keduanya membuat Allah redha, sehingga Ia berkenan mengangkat darjat mereka berdua dan kita pun menjadi hamba yang berada dalam naungan cahaya redha-Nya. Wallahualam
.
Jan: Sama-sama kita ambik pengajaran...

Hassan Ahmad - Buku `ilmu tinggi' dalam bahasa Melayu




“Apa perlunya DBP menggubal ratusan ribu istilah baru pelbagai bidang ilmu, jika tidak digunakan atau penulisan dan penerbitan buku ilmu tinggi dalam bahasa ini kian lama kian merosot?,”


- Datuk Dr Hassan Ahmad


Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Karyawan, bekas ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)






(sumber: Ke mana bahasa Melayu?
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2011/07/18
)

Kilauan Emas - Astro


Semenjak mak ada di rumah saya turut giat tengok tv bersamanya. Mak saya gemar nonton cerita Indon, rancangan agama, Upin dan ipin, dan drama-drama Melayu. Kalau ada masa saya kan cuba menemani mak dengan menontonnya bersama, kecuali cerita bersiri Indon saya tak folow... tak larat.
Semasa emak ada di rumah hampir setiap petang saya menemani mak tengok program baru Astro bertajuk Kilawang mas (Kilauan Emas). Ngekeh kami tergelak (ketawa sampai badan terhinjut-hinjut) bila melihat program tersebut. Memang menghiburkan sampai sakit perut ketawa.
Kami dua beranak gembira tengok Kilauan Emas. Mak saya tengok tanpa laki di sisi, saya tengok tanpa isteri di sisi. Allah maha besar. (pulak dah).
Mak saya beritahu masa muda dulu, dia ada jugak masa pertandingan menyanyi. Masa belum kahwin masa mula jadi jururawat. Saya pun pernah dengar suara mak saya, mak nyanyi bila elektrik terputus. Suara dia jenis halus. Tapi mak saya macam saya jugak, suka bawak lagu sedih. Cuma mak saya menyanyi, saya menghancurkan lagu, he he he.
Nilah jurinya...manis tampan tak mengada.


Rancangan ni best sangat, dia ada ala AF, tetapi bukan sebijik macam AF. Rancangan ni tak mengada. Pengacara tak mengada, juri tak mengada (tak lagak hebat tau segala), peserta tak mengada, tak ada bercinta konon antara peserta. Atau pengacara sibuk nak `pasang' kan pasangan. Spontan je. Tak dibuat-buat/diskripkan segala. Berbeza benar dengan AF.

Raja Azura suka buat lawak jugak, he he he


Program ini untuk golongan vetreng sikit (45 tahun ke atas). Namun tak nafi banyak suara yang merdu dan gemersik. Tak padan dengan umur, mereka boleh menyannyi dan menari. Ada yang dah 62 tahan umurnya tapi boleh tarik suara macam Ziana Zain!. Namun saya lebih suka lihat mereka yang menyanyi sumbang, he he he. Lucu sangat-sangat.
Ada seorang pakcik tu lirik dah ada di tangan, tapi tersalah lirik juga, he he he. Ada yang saya rasa bukan menyanyi sambil menari lagaknya tetapi menyanyi sambil berjogging. He he he sedap je saya mengata orang kan.
Payah nak gambar dengan kata-kata betapa lucunya...so saya tak boleh ceritakan di sini. Boleh tengok sendiri... bagus juga ada rancangan macam ni, tak lah tengok orang muda saja menyanyi.

Jan: Sekarang mak saya dah balik kampung, saya tengok sorang diri.

Wednesday, July 13, 2011

" Mak...pedihnya membisa..."

Mak,

Sebenarnya bermula daripada hari isnin lalu Abang sudah banyak berdoa. Sehingga sambil bawak kereta pun Abang berdoa. Abang berdoa dalam hati agar tuhan panjangkan masa, agar abang rasa lama dalam menuju hujung minggu ini. Agar jarung jam berdetik lembap dan perlahan, agar hujung minggu ini lambat jelmanya. Dan kalau boleh Abang mahu tuhan lenyapkan saja hujung minggu ini...

Hujung minggu ini ayah akan datang ambik mak....

Mak,

Semalam mak ada beritahu Abang yang mak rasa kesian hendak meninggalkan Abang. Dan abang cuba terangkan pada mak yang mak tidak perlu risau kerana abang sudah biasa hidup sorang, Abang beritahu kononnya tak ada masalah langsung...

Mak jawab " Mak napok abang gitu jea..."

Abang tak tanya apa maksud mak bila mak guna perkataan `gitu jea..". Sebab abang tahu... Abang tahu mak boleh `nampak' abang sedih... Hati seorang mak tentu dapat melihat hakikatnya...

Mak,

Sebenarnya semenjak mak datang dua minggu lalu, Abang gembira sangat. Mak jaga makan minum, mak gosok baju seluar abang, ayengkan baju abang, mak puji puja, mak gerak abang sembahyang subuh (kalau tak kadang-kadang burnt je, he he).

Mak,

Semalam selepas abang parking myvi (setelah abang kesat air mata dengan hujung baju), abang buka sliding door dan selak langsir. Abang lihat mak sedang tengok Tv. Kalau boleh Abang ingin terus peluk mak dan beritahu apa yang abang sedang lalui dan rasai... Namun abang tidak mahu mak bersedih, abang pendang dalam-dalam. Lagipun tak ada ayat atau perkataan untuk meriwayatkan ranahnya hati abang ni... mak.

"Mak jangan bimbang, abang ada kawan-kawan yang baik. Pelajar abang pun tak pernah beri masalah. Abang gembira di hutan ini, he he he" Abang buat lawak walaupun hati abang bagaikan debu merah berterbangan, bumi kering... merkah di sana sini (baca ikut stail sasterawan negara).

Namun abang tak nafikan memang kawan-kawan abang baik belaka dan pelajar sangat bersemangat dalam belajar. Hadiah daripada tuhan.

Abang berdoa, kalaulah ramadhan ini adalah yang terakhir... Abang mahu sangat mak datang lagi, kalau boleh abang mahu mak pujuklah ayah datang berpuasa dengan abang... Tetapi lidah abang kelu untuk membuat suatu permintaan...

Namun mungkin abang tak akan minta apa-apa lagi daripada mak dan ayah... selepas ini...

Tuesday, July 12, 2011

Datuk Sharifah Aini - Inikah balasannya?





2 Julai 2011 lalu, Kak Pah telah menjayakan Majlis Makan Malam Simfoni Kasih dianjurkan oleh IKIMfm di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Semenjak tahun lepas dan tahun sebelumnya Kak Pah memang giat melibatkan diri dengan majlis-majlis amal untuk mengutip wang tabungan membantu pihak yang memerlukannya. Cuma saya tak sempat menulis semua kegiatan beliau di blog ini.


Kata Pengarah Radio IKIM. fm, Nik Roskiman Abdul Samad, program makan malam itu dianjurkan untuk membaiki tiga rumah penduduk miskin di daerah Pasir Mas, Kelantan dan Baling, Kedah. Janganlah kita kata kalau artis kerjanya nak glamour dan bergalok sokmo.


Kutipan dana itu juga akan disalurkan bagi program bantuan makanan kepada 200 penduduk miskin di Sik, Kedah serta 400 warga miskin ibu tunggal, Orang Asli dan anak yatim di Bagan Serai, Perak dan Janda Baik, Pahang.


Timbalan Ketua Pengarah IKIM iaitu Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin dan Presiden Pewrtubuhan Islamic Relief Malaysia, Zawahir Abdullah juga bertandang datang ke majlis tersebut.


Dalam majlis tersebut khabarnya banyak cerita yang mencuit hati, antaranya cerita Kak Pah pada zaman susahnya dulu hanya bermake up dalam kereta atau guna tiang lampu di tepi jalan, dan bersesak naik kereta ramai-ramai nak gi ke tempat buat show. Namun apa yang saya nak cerita ialah tentang sebuah lagu yang jarang beliau bawa secara live (setahu sayalah). Sesiapa yang hadir majlis ini sangat bertuah kerana Kak Pah menyanyikan sebuah lagu Jepun yang menggunakn lirik lagu bahasa Melayu yang bertajuk Inikah Balasannya. Kalau tidak silap lagu ni dari album beliau pada tahun 1974, masa saya umur 4 tahun, tak bersunat lagi. Masa tu dunia penuh dengan kasih sayang orang, disekeliling.


Bila saya terlebih dewasa baru saya berpeluang mendengarnya apabila saya membeli CD kompilasi lagu-lagu dakwah beliau. Saya memang sering pasang lagu ni semasa saya bermyi ke Kuantan, Syahdu habis, insaf sekejap.


Memang dalam dunia ni ada manusia yang puaka, pentingkan nafsu dan cita-cita sendiri sehingga sanggup bina kebahagian atas penderitaan orang lain!. Tahniah!. Tetapi kita kena ingat bila kita aniaya orang, kesannya sangat mendalam. Mungkin ada antara orang yang kita aniaya/tipu tersebut tak dapat bangkit dan pandang dunia yang luas. Bukan semua orang boleh `hidup' selepas itu... Ada juga yang hanya mampu bernyawa tetapi tak bermaya... Tapi suatu hari tuhan balaslah tu, esok lusa...(emosi pulak saya, he he he. Maaf).



Jan: Tiada satu pun yang terlepas daripada `keadilan' allah. Tiada!

Jehan Miskin - Air mata



"Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata,"



- Jehan Miskin
Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan persatuan (Seniman)

Tahi lembu banyak besar duduk itu kepala

Saya tersenyum sorang tetapi saya bukannya gila. Setakat ni saya masih tidak gila. Syukur. Saya tersenyum apabila melihat gelagat beberapa pihak yang saya katogerikan hidup sebagai kaduk dapat micropong atau tahi ayam atas dulang emas.
Inikah manusia? Saya teringat lirik lagu Datuk Sharifah Aini yang meginsafkan saya. Manusia ini bila kita lebih sedikit mulalah didengki (bukan semua yea). Saya hairan benar, sepatutnya bila seseorang lebih kita berusahalah lebih keras (kalau kita nak jugak. Tapi kalau kita tak nak, duduk diam jealah, jangan dengki jangan hasad).
Dan ada manusia bila dia sudah lebih dia tak nak orang jadi macam dia. Kalau dia lebih dia tak nak orang jadi lebih macam dia. Saya mengucap pendek...(unsur islam).
Bila orang-orang sebegini duduk di tempat berkuasa, mulalah dia ubah dan cipta banyak peraturan dan undang-undang. Undang-undang dan peraturan-peraturan yang menyukarkan mereka yang lain mencapai taraf mereka... Ya allah (lagi unsur islam...)
Jan: Inikah manusia...

Monday, July 11, 2011

Nasib Diriku - Jamal Abdilah




Begini kisahnya nasib diriku
Tak henti dilanda derita
Kembara dirantau
Mencari sinaran bahagia

Umpamanya biduk terbuang hanyut
Dihempas dipukul gelombang
Tak daya berpaut
Terdampar di tepian pantai

( korus )
Pengorbananku setulus hatiku
Tersemai kasih yang setia
Namun kekasihku jauhkan dirinya
Aku derita

Relaku renang badai dan taufan
Di lautan kasih gelora
Tak pernah kukesal
Segala dugaan kuterima




Jan: Suara suara emas...

Lagi-lagi kisah rumahtangga orang!

Isterinya sangat sayangkannya. Saya rasa dia amat bertuah kerana dapat kahwin dengan seorang perempuan tulin, ada rumah dan ada kereta bukan sembarangan (jenis apa entah). Dan yang penting isterinya tak pakai kad kredit.
Dan dia? dan dia tiada apa-apa...(he he he). Dan kalau nak banding dengan saya dia amat bertuah, ada orang sayang dan cara makan minumnya... tetapi...




jan: bersambung...(mungkin)

Nasib baik...



Jan: Nasib baik hari isnin ada sehari je dalam seminggu. Bukan apa, nak gerakan motivasi payah sangat bila sampai ke tempat kerja. Tapi biasanya bila tengahari kira okeylah....huh!


Perhimpunan bersih




Minggu lalu isu yang rancak diperkatakan ialah isu mengenai perhimpunan Bersih. Sebagai manusia biasa kadang-kadang saya `bersetuju' dan menyokong tindakan, dasar dan pendapat kerajaan, dan kadang-kadang pula sebaliknya.

Untuk isu ini saya beranggapan perhimpunan bersih banyak buruk berbanding baiknya. Dan perhimpunan ini bermotif politik. Sebelum ini saya beritahu kawan saya `biarlah mereka berhimpun, bukannya nak buat rusuhan"... He he he.

Politik itu adalah satu proses di mana pelaku mahu mencari kuasa/pengaruh, mengekalkan kuasa/pengaruh dan menambahkan kuasa/pengaruh yang sedia ada. Saya tidak suka bercakap pasal politik kerana ia pelik dan boleh membuatkan orang hilang bukan sahaja akal, tetapi juga jati diri dan hakis agama. Namun saya cuba juga terangkan kepada mak saya mengapa perhimpunan bersih itu diadakan. Tetapi saya terangkan berdasarkan kefahaman saya yang cetek.

Saya beritahu mak, biasa sahaja perhimpunan tersebut, masa Anuar Ibrahim popular (kini pun popular juga, siap ada vidio yang dikaitkan dengannya lagi) perhimpunan diadakan setiap minggu di Kuala Lumpur. Dan saya beritahu perhimpunan tersebut bukanlah nak pecahkan kereta atau rosakan kedai peniaga. Mereka hendak menyampaikan sesuatu dan antaranya pilihanraya yang lebih adil dan membenteras rasuh secukup-cukupnya. Itulah yang saya beritahu mak.

Saya beritahu juga perhimpunan tersebut akan memberi imej yang buruk seperti mana kita lihat demotrasi di negara lain. Ramai yang kaitkan negara tidak bijak tangani masalah rakyat maka berlakulah demotrasi. Namun saya beritahu juga tak perlulah mak bimbang sangat, semuanya terkawal.

Saya juga beritahu mak sekarang pilihanraya sudah dekat, banyak agenda orang politik akan lakukan. Dunia sekarang payah nak cari yang ikhlas, semuanya ada berkempentingan politik dan kalau kepentingan politik untuk agama dan bangsa tak apa. Kalau untuk diri sendiri dan isi perut keluarga (anak bini), sendiri fikirlah, bak kata Nabil...

Namun saya faham kenapa kerajaan beria-ria menggunakan media massa untuk menyatakan perhimpunan itu sangat buruk akibatnya/kesannya. Dan saya rasa ramai yang faham sebab bila kita berada/adalah kerajaan, kemungkinan besar gitulah lagak kita. He he he

Jan: Apa yang nyata sama ada di pihak kerajaan atau yang berhimpun, mereka percaya sangat mereka buat semuanya untuk negara. Yakin sangat, he he he.

Saturday, July 9, 2011

Anak dara Madonna








Jan: Anak dah besar pun seksi jugak si Madonna ni. Tapi itulah dia Madonna...he he

Anak teruna Micheal Jackson








Jan: Prince Micheal dah besar dah...masa cepat berlalu

dia-landscape.blogspot.com

Kepada yang mahu memiliki taman yang nampak `kelas gitu' dan minimalis pokoknya, saya sarankan anda membuka blog `dia-landscape.blogspot.com. Dalam blog ini banyak gambar yang cantik dan morden di pandang mata. Terima kasih banyak kepada pemilik blog ini kerana banyak ilham yang boleh datang dengan melihat gambar-gambar ini (tapi pastikan` ilham' di dalam poket kena la juga banyak, hehehe)
Bila saya lihat taman ini terus saya berasa hendak mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang kaya yang tak miliki banyak kad kredit. Bolehlah saya mintak duit dia untuk mewujudkan taman seperti ini. Boleh ke mintak? He he he.
Kalau anda mahu membina taman yang senang untuk dikendalikan atau sedang mencari ilham, inilah dia antara taman yang simple, kelas gitu dan menarik. Tak berlebihan tapi pintar dan cergas.


Ketiga-tiga gambar di atas sungguh menyamangkan fikiran. Ketika kita balik kerja penat kerana boss kita yang suka mengarah (boss perempuan yang tak kahwin), atau ketika bini kita merengek hendak perabut (perabutyang sama dengan rumah jiran sebelah), bolehlah kita rehatkan fikiran dan mencari jawapan bagaimana mahu memenuhi nafsu nak kan barang bini kita tersebut. Yang tak pernah surut walaupun dah 8 tahun berumahtangga.


Dibina pelantar kayu, nampak cantik dan semulajadi sangat. Apa? Cuba cakap sekali lagi? Eh...tak boleh cakap begitu!. Banyak gunanya pelantar ini, kita boleh bersila makan nasi kerabu di sini. Nak berkhemah pun boleh. Jangan la kata tak praktikal pulak. Kalau tak ada duit diam je. Diam macam saya, hehehe.
Apa? Bimbang anak jatuh celah lubang? Kalau nak senang besarkan anak dalam stor je...hehehe.

Ada pokok spaider lili ditanam sepanjang tembok. Saya suka sangat pagar jenis tembok ni. Tak payah kita layan jiran kita yang macam penyiasat nak tahu hal kita. Soal seks kita pun nak ambik tahu. Hairan sungguh. Sepatutnya lebih afdal jaga suami/isteri masing-masing. Puaskan pasangan masing-masing. Huh!
Kalau kita ada tembok sekeliling ni memang bukan nampak cantik sahaja tetapi terhindar dari umpat cerca jiran kita. Malah hantu galah pun agak sukar nak mengacah kita, hehehe. Cuba perhatikan ditanam juga pokok spaider lili dan braziliang ironwud di tepi tembok tersebut. Ya, allah cantiknya.
Kalau saya lihat rumah orang yang tamannya cantik, saya selalu fikir dalam rumah gamaknya bagaimana ya?. Ya lah di luar rumah pun dah nampak cantik, dalam rumah lagilah kan?

Semakin usia saya semakin meninggi, saya semakin suka melihat banda-benda yang cantik. Normalkah? Tetapi bagi orang macam saya, nak beli sesuatu tu bukan sahaja kena fikir panjang tetapi kena juga simpan duit sedikit demi sedikit untuk mendapatkannya...

Apa? Apa guna rumah cantik hidup sorang? Amboi sedapnya mulut! Tapi jauh lebih baik daripada hidup sorang dan rumah pun tak cantik! Kan? Kan?

Jan: Sila layari blog tersebut, banyak gambar yang cantik-cantik.

Friday, July 8, 2011

Dubar (Istana raja)



Tanggal 13 Julai 1897, adalah tarikh perjumpaan pertama yang hanya melibatkan raja-raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu. Perjumpaan ini diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak. Meskipun ketika itu Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ini dipanggil ‘Durbar’, yang diambil daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar membawa maksud istana raja), ia juga membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan, ataupun Gabenor atau Wizurai British di India. Apa jua maksudnya, matlamat dan hasil kesan dari Durbar itu, membawa seterusnya kepada pembentukan negara kita Malaysia.

Durbar pertama berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh Sultan Idris Murshidul’adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri Sembilan. Manakala pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak mempunyai wakil dari pihak British kerana Residen ketika itu, Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897.

Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan dalam Durbar yang pertama itu hanya melibatkan agama Islam, adat istiadat dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, namun ianya merupakan titik tolak dan asas bermulanya persidangan Majlis Raja-Raja. Untuk makluman, gambar sultan-sultan, pembesar-pembesar negeri dan pegawai-pegawai British yang menghadiri Durbar pertama serta minit mesyuarat Durbar pertama disimpan sebagai khazanah eksklusif negara dan terbuka untuk rujukan semua di Arkib Negara Malaysia.

Laki kita...laki orang...



" Suka jugak saya memasak, kadang-kadang suami saya masuk dapur membantu. Dia pandai memasak" Kata Puan Kamarian yang suaminya dulu ada cita-cita nak jadi Chef Wan.
" Suami saya pun suka bantu saya memasak". Jawan puan Asam Jawa, wal hal suaminya haram pun tak masuk dapur. Tau-tau nak semua makanan terhidang atas meja. Tapi terpaksa jugak beri respon sebab kawan-kawan semua cakap pasal suami suka menolong (macam cerita pertandingan laki sapa pulak yang paling rajin, he he he. Huh!).


XXXXXXXX


Saya tak ada laki. Kawan-kawan lelaki saya semuanya tidak pernah ada laki. Cuma kawan-kawan perempuan saya ada yang ada laki, tak ada laki dan pernah ada laki (janda). Saya pun tak pernah langsung membandingkan laki-laki kawan saya. Sekalipun tak pernah. Saya tak ada masa, banyak perkara lain yang nak dibuat. He he he.
Kadang-kadang kalau kita tengok laki orang, kita rasa benar kita dieksploitasikan sepenuhnya. Kalau kita tengok bini orang lain, beruntung benar mereka berbanding kita yang kerja siang malam ni. Pagi bangun pagi buat makanan, kemas rumah lipat kain malam nak `beraksi' lagi. He he he.
Orang lain gi kerja laki antar, balik laki ambik. Kalau nak gi shopping laki tunggu!. Kita?. Kita ni gi kerja gi sendiri, balik kerja tumpang kawan. Kalau gi shopping haram nak tunggu. Siap awal-awal beritahu gi sendiri...
Saya tak tahu adakah perempuan giat jugak membandingkan laki mereka dengan laki kawan-kawan mereka. Atau mereka tak kisah? Dan kalau `terlepas' baru meraung? He he. Tapi pasti ada kan? Tetapi perempuan taklah bandingkan kehenseman semata, mereka lebih minat melihat kepada karisma dan tanggungjawab. Dua perkara yang semakin lelaki tak ada, he he he. jangan marah.



Jan: Pun begitu, bersyukurlah ada laki... (bagi yang ada laki yang baik, jangan marah. He he he)

Thursday, July 7, 2011

Aishwarya Rai - Sexy



" Sexy in India is not considered positive. But, with today's crop of fresh faces in the modeling arena, being sexy is an asset."

- Aishwarya Rai

Pantun Lynas Coopration




Di atas lori banyak bertan-tan,

Bahan nadir menjadi barangan;

Dari Gebeng terbocor ke Kuantan,

Singgah di Cherating sebelum ke Kemaman...( he he he)




Dalam DVD, ada kisah Erin Brockovich (2000) lakonan Julia Robot ada menunjukan loji nuklear tersebut dibina jauh juga daripada penempatan penduduk. Malah syarikat tersebut sudi membeli tanah dengan harga yang mahal supaya penduduk berpindah supaya teradiasi jangan. Namun sisa toksid yang ditanam di dalam tanah telah meresap masuk ke dalam air, terbias juga kesan sampingannya sehingga kepada terjadinya keguguran dan juga terpaksa buang rahim penduduk sekitarnya. Yang lelakinya tak tahulah kena buang telor ke tak? he he he... Eeee.
Saya tak tahu berapa jarak standarnya, ada kawan saya kata dalam lingkungan 25Km mesti jauh dari kediaman manusia, dalam internate pula katannya kerajaan Australia menetapkan jauh mesti lebih daripada 35 kilometer dari penempatan penduduk.
Kalau kita lihat lokasi kilang Lynas di Gebeng terlalu dekat dengan penempatan manusia. Kalau tak silap jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari Balok. Balok pulak dah ramai penduduknya berbanding dulu di mana sepuluh tahun dulu (semasa saya berhijrah ke Pahang akibat putus harap dalam hidup konon nak hijrah mula hidup baru di tempat orang).
Tetapi posting ni bukannya menjawab sebab apa penghijrahan saya ke Pahang tetapi pasal kalau berlaku kebocoran. Kalau kita lihat kes kebocoran di loji Furoshima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif tersebut akan meresap masuk dalam tanah, udara dan air akan melibatkan keseluruhan penduduk di kawasan Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. (Sabar Uncle Joe...)
Maka banyak lokasi dan melibatkan ramai orang (Kuantan sahaja penduduknya lebih dari setengah juta orang). Nampaknya ada rasional juga kebimbangan penduduk terutama di Balok dan Kuantan.
Walaupun kilang tersebut sebenarnya bukan sebuah kilang loji nuklear tetapi (hanya kilang memproses bahan yang katanya mempunyai kadar radioaktif yang minima) ia tetap membuatkan ramai pihak meraguinya.
Jan: Cuba berfikir positif tetapi hati kecil kecut juga...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home