"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, May 31, 2009

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



Emm...tak tahu nak menulis apa, penulisan dalam simpanan pun tak ada yang sesuai untuk gambarkan perasaan hati. Mungkin lagu ini saja dapat menceritakan sedikit sebanyak kot.

Jan: Mungkin ramai suka lagu ni...lagu yang disampaikan dengan jiwa Sudir...

Thursday, May 28, 2009

Declare cinta Azira...

" Semua benda bermula dari biasa... Teman biasa, selepas itu teman tetapi mesra, selepas itu declare cinta, selepas itu? .. meraung sorang-sorang! " Mankisue terus keluar dari pejabat pentadbiran, dia tidak berpaling pada Azira. Dia rasa tidak berguna menasihati orang yang keras kepala, bodoh. Tetapi kata-katanya tadi memeng ditujukan kepada Azira.
Mankisue tertinggal resipi yang dia photostepnya tadi di atas meja Maria.

Jan: i learned my lesson well.

Wednesday, May 27, 2009

always percaya...

Saya always lalui hidup berseorangan… Maksud saya, saya bukanlah kera sumbang tetapi saya banyak hadapi sesuatu itu secara solo… Rasanya ia adalah suatu yang normal kerana walaubagaimana orang di sekeliling beri panduan atau nasihat, yang kena buat dan hadapinya ialah diri kita juga.

Saya always tiada sapa-sapa saya nak ceritakan atau luahkan jika saya ada sesuatu kepayahan. Tiada isteri yang mendengar… tiada sesiapa di sini yang sama-sama lalui hidup ini…

Susah saya nak terangkan hal ini kecuali yang membaca post ini hidupnya solo juga… saya tidak menafikan peranan kawan-kawan yang menemani, maksud saya `menemani' lebih dari itu...

`` walau apa pun terjadi saya akan sentiasa berada bersama abang, saya akan selalu berada di sisi di saat kepayahan dan segalanya. Saya tak mahu abang rasa hidup abang keseorangan. ''

Saya rasa jika ada orang luahkan phasa ayat di atas ke pada saya, mau saya pengsan 8 kali… he he he.Masa dia ungkapkannya, dia mendakap erat bahu saya dan kami sama-sama meramas jemari masing-masing (kononnyalah tu romantik...he he he)

Susah saya nak terangkan hal ini kecuali yang membaca post ini hidupnya solo juga…
Namun saya percaya jika hidup berduet pun, bukan semua keluhan hati kita kita boleh luahkan begitu sahaja SEMATA MATA kerana dia pasangan kita… Saya yakin bukan semua hal suami beritahu isterinya dan sebaliknya. Kerana apa ya ? Kerana jiwa kita hidup sendiri-sendiri. Mustahil bin ajaib ada jiwa yang sama seperti kita.

Maksud saya kalau hati kita sunyi depan anak bini pun kita sunyi… SUNYI ITU MILIK SEMUA.

Tak sunyi ke hidup seorang? Inilah pertanyaan yang always saya dengar… dan always kalau boleh saya nak jawab dengan penampar (macamlah hidup berkeluarga tak sunyi langsung… huh!).

Semua orang rasa sunyi, sunyi itu tidak menerpa kepada individu tertentu sahaja. Sunyi dan boring tak pilih individu. Sebab itulah tanggungjawab kita untuk mengisi kesunyian itu…

Saya always tak percaya yang akan ada seorang manusia di atas muka bumi ini akan terus sayangi saya selamanya… sehingga mata saya kabur, sehingga kulit saya berkendur, sehingga rambut saya putih sehingga saya hodoh dan berpenyakit… saya always tidak percaya… saya always percaya sama ada saya solo atau berduet, saya kena jaga diri saya sendiri...(sedih pulak baca perenggang ni, hu hu hu)

Jankaulu: Kesunyian yang datang itu kita sulamkan dengan aktiviti yang berfaedah supaya kita kelihatan selalu `hot’ atau `horny’ sepanjang masa, he he he.

`` Walau macam mana perasaan atau seperti ayam berak kapur pun kita mesti tersenyum…’’ ( kata kawan saya yang 3 kali meraung dek kena tipu kekasih sendiri, saya ULANGI kekasihnya sendiri…!)

Always 4 ever...

Pagi jumaat lalu, selepas keluar daripada Hospital Muadzam , saya dan Jureffa terus menuju ke kedai makan. Fuzah SMS, katanya timbalan dekan nak belanja makan pagi di cafe kat luar jalan besar.

Awal pagi jumaat lalu ketika saya memandu ke kampus, di pertengahan jalan saya rasa sakit kepala. Bertambah slowlah saya bawa kereta tapi taklah mengalahkan siput.Risau juga kalau-kalau tekanan darah naik. Kalau sakit kepala biasa tak apalah (Sapa yang tak sakit kepala di zaman ini? Zaman ini semua perkara tidak sesimple dulu…). Setiba di kampus saya call Effa minta tolong bawak saya ke hospital.

Setibanya di kedai tersebut saya Nampak timbalan dekan dan ketua jabatan sudah sampai. Mereka sedang berbual. Saya terus mengelak daripada mereka, dan saya terus ke tempat kawan-kawan perempuan saya. Macam biasa, sayalah seorang sahaja lelaki di tempat itu. Dan saya selesa.

Sempena bulan quality timbalan dekan belanja makan pagi. Best juga makan free, harap-harap beliau akan bertambah rezeki.

Saya tak dapat ingat dengan jelas apa yang dibutirkan oleh kawan-kawan saya. Mereka berbual-bual rancak. Mungkin mengenai pertandingan ping pong kot. Saya tak dapat fokus.

Fikiran saya melayang, di hospital tadi, saya diberitahu supaya menjaga kesihatan kerana tekanan darah tinggi saya merbahayakan kesihatan. Inilah kali pertama saya ke Hospital kerajaan sejak duduk di Muadzam. Biasanya saya pergi ke klinik panel sahaja. Entah kenapa jumaat lalu hati saya gatal nak ke hospital kerajaan.

Bacaan darah saya tinggi, saya dikhuatiri dapat stroke. Mungkin saya diacah je kot…Namun selepas itu saya sms kepada emak dan ayah saya. Saya mintak mereka halalkan makan dan minum saya. Manalah tahu kot saya mati atau seumpamanya.

Saya lihat kawan saya bergaya sedap makan ayam goring dengan nasi kerabu tetapi fikiran saya melayang jauh… Adakah selama ini saya merupakan anak yang baik kepada ayah dan mak saya? Adakah? Sedangkan di dalam dunia ini merekalah sayang kepada saya dengan ikhlas, always 4 ever!

Saya dan effa kemudiannya balik ke kampus. Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada effa, saya ke bilik, berehat.

Selepas itu saya balik ke rumah sewa saya, saya pasang CD Kak Pah saya cari trek lagu `seribu mawar'. Saya nak layan lagu tu sampai tertidor. Lagipun saya dah telan ubat yang diberikan hospital. Pahitnya rasa… tapi tak sepahit...

Jangkaulu: Pahit lagi laluan kehidupan ini….

Tuesday, May 26, 2009

Hari keluarga, boling dan duka



Daripada jauh saya melihat kawan-kawan saya bermain bowling. Seperti yang saya duga mereka terlalu amatur, namun permainan tersebut katanya bukanlah untuk bertanding sangat tetapi untuk mengeratkan silaturahim dan untuk suka-suka. Saya gembira melihat kawan-kawan saya bermain dengan gembira.

Saya akhirnya menghampiri juga untuk memberi sokongan moral walaupun saya percaya moral adalah sesuatu yang subjektif sifatnya. Saya jumpa kawan-kawan yang biasanya saya jumpa di tempat kerja, mereka kelihatan sama sahaja.

Saya melihat balingan Ja, daripada jauh saya nampak beberapa kali bola tersebut masuk longkang. Saya rasa geli hati dan gembira pula. Saya ketawa walaupun dada saya penuh asap duka… Terima kasih Ja kerana membuatkan aku tersenyum.. (pulak dah).

Ramai juga yang bawak anak-anak, ada yang tertidur, ada yang berlari-lari di tepi-tepi pagar bowling. Ada juga yang degil tapi ada juga yang jinak.

Saya tidak tahu nak mengira bowling macam mana. Tetapi macam ada dua tV kat bawah dan kita boleh lihat mata yang mereka punggut di atas. Pastilah kalau masuk semua botol-botol tu dapat markah banyak.

Saya cuba juga masukan jari saya ke dalam lubang tu. Ada tiga lubang. Dan jari yang tertentu saja yang boleh masuk lubang. Saya tak pernah pun masuk jari ke dalam lubang bowling (walaupun umur saya dah 39 tahun) tahun. Kira hari itu hari ini dalam sejarah sebab saya cuba masukan 3 jari saya ke dalam lubang tu. Saya angkat dan berat rupanya. Huh sapalah cipta permainan ni, kalau ada 5 lubang kan senang?

Di kesempatan itu saya juga merayau semula untuk `beli tingkap’ . Saya lalu balik di hadapan kedai Cd yang saya pergi dengan The 6 ( 6 disebut `nan' wakili enam). Sebenarnya sebelum itu saya jumpa The 6, Tadi saya sambar satu DVD konsert Bon Jovi di London. Saya ingat lagi masa konsert tu dibuat saya masih belajar di UM, saya beli tapi hilang kat umah sewa. Dalam banyak-banyak lagu saya suka lagu `always’, lirik simple.

Masa tu menyewa rumah dua tingkat di Petaling Jaya bersama kawan-kawan saya, Masa tu semua ahli rumah sewa ada awek (ada yang ada dua sekaligus). Tapi saya seorang tak ada awek. Saya selalu tanya pada diri tak handsome ke aku? Tak layak kah utk disayangi...? Aku sukiman bukannya Siamang... Kat Um ni kan ada 14 ribu pelajar, tak kan tak ada orang nak kat aku? Bergitulah persoalan demi persoalan berlegar di kepala saya (mengalahkan soalan ekonomi).

So saya selalu pasang lagu `always' kat umah sewa. Buat-buat muka `monyok' kononnya saya ditinggalkan awek... Kawan-kawan ada juga kononnya bersimpati sebab saya kena tinggal dek awek ( ada yang siap belanja makan lagi dan suruh bina hidup baru... Huh! dia orang ingat saya bodoh ke.)


Jan: Sampai kini saya suka lagu `always'...dah jadi macam lagu tema hidup saya pulak (pulak dah!!!)

always


This Romeo is bleeding
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up.

It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up.

Now I can't sing a love song
Like the way it's ment to be
Well I guess I'm not that good anymore
But baby that's just me.

And I will love you baby always
And I'll be there forever and a day always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die you'll be on my mind
And I'll love you always.

Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh
Some that made us cry
One that made you have to say good bye.

What I'd give to run my fingers through your hair
To touch your lips to hold you near
When you say your prayers try to understand
I've made mistakes I'm just a man.

When he holds you close
When he pulls you near
When he says the words
You've been needing to hear
I'll wish I was him, that his words were mine
To say to you till the end of time.

That I will love you baby always
And I'll be there forever and a day always
If you told me to cry for you I could
If you told me to die for you I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you.

Well there ain't no luck in these loaded dice
But baby if you give me just one more try
We can pack up our old dreams and our old lives
We'll find a place where the sun still shines.

And I will love you baby always
And I'll be there forever and a day always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die you'll be on my mind
And I'll love you always.


Jan: Lagu ni hit masa saya belajar kat UM, Layannn....

Friday, May 22, 2009

Kata Mat Pijot...


Dulu ketika saya mintak kotak A4 yang kosong daripada Unit Peperiksaan Kolej Shahputra Pekan, saya dengar satu pesanan atau mungkin juga merupakan suatu amaran daripadanya. Dan pesanan/amaran itu melekat kat minda saya sampai kini...


'' Orang yang kita sayanglah yang paling buat kita rasa susah, rasa sakit hati. Dan apabila kita bercinta, mulalah kita jadi tak betul...bodoh!...''

Dia nyatakannya...tanpa melihat ke arah muka saya. Tetapi saya tahu tiada orang lain di situ, he he he (memang pesanan/amaran tu untuk saya).

Jankaulu: Emmm...banyak benarnya kata dia...(Thanks...)

DPL:Perlawanan ping pong...

Walaupun kaki bangku, saya tetap memunculkan diri di perasmian Bulan Quality semalam. Bulan ni ada beberapa perlawanan yang dilakukan antara pekerja dan zon. Ada futsal, bowling, ping pong dan laungan.

Saya datang awal bukan sahaja kerana nasi lemak disediakan tetapi nak juga melihat Ja dan Effa main ping pong.

Seperti biasa Dekan akan memberi ucapan, yang saya faham daripada ucapannya supaya semua pekerja sepakat dan bekerjasama. Ya lah kan kalau tak kerana adanya Bulan Qualiti tak biasa kita orang jumpa ramai-ramai sekali gus.Saya sempat terfikir jugak, wah ramainaya orang datang, cukupkah nasi lemak tu? sambil saya mengerling kepada nasi lemak di atas meja di tepi dewan.

Selepas upacara perasmian saya laju je menuju meja makanan. Saya ambil sebungkus nasi lemak dan makan sorang diri di penjuru meja kemudian datang kawan-kawan perempuan saya. Sedap jugak nasi lemak ni...lemak nasinya.

Selepas itu acara main ping pong pun bermula. Terus terang saya tak tahu bagaimana pengiraan dibuat dalam permainan ping pong. Kalu bola saya tahu lah jika masuk satu gol kira satu mata, dan badi dang (berlumba) kumpulan mana masuk bola banyak. Mengira ping pong saya tak pandai tapi bunying sebutan permainan ini aneh. Ping pong ping pong. Apa yang dipingkan dan apa yang dipongkan? Mungkin ni permainan orang cina kot?. Entah, saya buta sukan...

Saya lihat ja terloncat-loncat mengenakan bola supaya tak terlepas atas meja hijau tu. Geli hati juga tengok ja, aksinya macam gorila kecil yang melompat-lompat nak susu. Tiba-tiba saya ternampak pula beberapa punggung perempuan yang bergoyangan kerana mengenakan bola ping pong, terus saya mengucap panjang dan kembali ke jalan yang benar, he he he. Ampun.

Tetapi yang paling menarik ialah Timbalan Dekan saya. Beliau rupanya pandai main ping pong dan menang pula. Saya ingatkan ahli akademik kaki bangku belaka, rupanya saya saja yang berkaki bangku he he he.Gaya beliau macam orang muda, cergas dan pantas. lompatan dan libasan sangat menarik.

Selepas tu saya dah tak larat tengok sebab permain-pemain yang lain terlalu amatur gayanya, nasib baik tak dikenankan tiket. Dan saya balik ke bilik kerana dah ada pelajar dok menunggu untuk buat Kuiz 2. Tu la masa orang buat kuiz tak datang. Ni kira kuiz ganti...

Esok sabtu, akan ada perlawanan bowling pulak pukul 5 di kuantan... saya pun nak gi jugak untuk memberi sokongan moral. supaya bertambah moral-moral kawan-kawan saya.


Jan: Berdebar tunggu giliran main Futsal, apakah yang paling teruk boleh terjadi pada diri saya nanti ya? he he he, tak kan mati kot?

Wednesday, May 20, 2009

Gambar crosstis bunga mawar merah...


SEMALAM malam saya pergi rumah Ja untuk angkut barang-barangnya ke rumah Anis. Ja akan tinggal bersama Anis di rumah anis. Barang-barang rumah Ja tidak banyak mana. Kami mengusung sofa (merah menyala), mesen basuh dan juga TV. Barang-barang kecil-kecil Ja angkat sendiri sebab dia yang kahwin kan...he he he, ampun.

Bila dah kahwin, kenalah duduk bersama kan. Biasanya lelaki bujang tak lah banyak sangat barangnya, minima sahaja. Lain lah dengan perempuan, ada banyak sikit barangannya.

Ja mintak pandangan saya untuk menyusun atur di ruang tamunya. Dia mahu ruang tamunya nampak lapang (macam rumah saya katanya...). Rumah saya memanglah lapang bangat sebab tak ada set sofa, he he he. Ada tikar rotan dan Tv je...

Sukar jugak nak wujudkan konsep kerana barangan Ja lebih kepada minimalis moden semasa, barangan Anis pula masih berethnik,bunga-bunga gitu, kerusi rotan pun ada. Kena ambik masa susun yang mana patut dulu.Dan beberapa barangan saya cadangkan buang atau sedekahkan kat orang.

Tapi penulisan ini bukan pasal Ja dan Anis atau pasal ruang tamu mereka, mereka dah kahwin. Pandai-pandailah mereka tentukan hidup mereka nanti. Good Luck.

Ni nak cerita pasal sahabat baik saya yang saya berkawan dengannya semenjak di uiversiti lagi. Selepas balik daripada umah Ja dan Anis, saya balik ke rumah dan menyandar ke dinding (sebab tak ada sofa, he he he). Lantas saya teringat satu peristiwa yang berlaku 3 tahun lalu...

.... Lebih kurang tiga tahun lalu saya berkunjung ke rumah sahabat saya kerana beberapa sebab. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke rumah sahabat saya tu (ke ruang tamunya maksud saya). Saya dah dapat cium ada sesuatu yang `tak kena' pada kehidupannya. Saya lihat ada gambar crosstis (macam mana nak eja ni) ala yang jahit silang pangkah tu...gambar bunga mawar merah lagi..?

Sahabat saya ni macam saya juga, umur sama. Cuma dia bernasib baik (atau malang?) sebab dia akhirnya kahwin juga pada umur 35 tahun. Saya ingatkan dia tak akan kawin-kawin. Sebenarnya dia ada talipon beritahu dia akan kahwin. Saya tak percaya sampai sudah. Apalah istimewanya dia? (kecuali duit melimpah ruah dan ada harta seperti tanah-tanah dan kereta besar). Sapalah nak kat dia..., Saya tak percaya, saya asyik gelak je melalui talipon masa dia beritahu dia nak kahwin. Sehinggalah dia benar-benar kahwin!.

Masa dia bujang dulu, saya selalu juga bertandang ke rumahnya. Dia stail orangnya. Rumahnya saya kotegerikan kepada morden gitu. Tak ada la bunga-bunga, pasu tanah liat, atau carpet bunga, tak ada. Tampal Ayat-ayat al quran di dinding jauh sekali. Langsir pun warna kelabu gitu, tak ada bunga, tak ada daun. Semuanya morden minimalis.Kira macam rumah orang putih. Semua barang dia beli masa dia g over sea. Dia suka melencung ke utara timur barat selatan...

Nak masuk rumah pun di ruang tamu ada gambar perempuan ada sayap separuh bogel.kalau kita berdiri di pintu ruang tamunya nak masuk ke dalam rumah kita boleh nampak dengan jelas gambar tersebut. Pernah pendakwah/tabligh bila masuk terus cakap, opp tersalah rumah...mungkin dia ingatkan ini bukan rumah oarang islam? he he he.

Maka melihat keadaan rumahnya selepas kahwin (saya perhatikan semua barang di ruang tamu), saya fikir mungkin dia dah ubah stail maklumlah dia dah kahwin. Orang kahwin kena berubah...(nak tergelak pulak).

Saya tinggal 3 hari rumah dia, bini dia baik sangat jaga makan minum saya. Itulah pertama kali saya jumpa bininya (dan juga kali terakhir...), baik bininya dan pandai masak. Seronok juga dia bercerita pasal koleksi tupperwarenya, saya pun beritahu saya pun ada juga dua tiga bekas tapuware tu...(saya tak cerita sebenarnya saya ada banyak. Tak naklah semua cerita kita nak lebih, nanti dah jadi tabiat, orang benci. Asyik-asyik cerita berkisarkan kita je, hebat kita. Huh!)

Sebenarnya saya berehat di sana sebab saya naik darah tinggi. Kalu ke hospital tentu dia tahan di wad. Saya tak naklah masuk wad, tak nak glamour... nanti ramai pulak yang datang melawat bawak hadiah, bunga, buah apple dan sebagainya. So saya berehat je rumah kawan saya.Rumah dia ada 5 bilik.

Mulut tempayan memang boleh ditutup, tetapi tidak mulut saya. Memang mulut saya cabul! Tapi saya tak menyesal. Peristiwanya begini... masa makan petang (masa tu bini dia tak ada, entah g mana)saya beritahu la gambar croostis bunga mawar merah tu tak elok letak di situ sebab dah hilang konsep. Mencacatkan pandangan je. Saya kata lagi kau nak pakai konsep morden ke konsep kampung?. Ke konsep rojak?

Dan dia bagai disuruh suruh beritahu yang dia memang dah bertekak dengan isterinya pasal gambar crosstis bunga mawar merah tu, dia memang tak nak gambar tu ada kat dinding ruang tamu tu. Hodoh katanya, namun dia beralah sebab gambar tu bini dia yang buat... namun katanya lagi setiap kali tengok dia rasa tak selesa, geram.

Saya serba salah nak menyesal ke tak menyesal...telajak perahu boleh diundur, telajar kata...? Saya fikir dia baru setahun kahwin dengan perempuan tu, tentulah dia pun kena belajar bertolak ansur. Tetapi siapa yang menolak?" siapa yang teransur? he he he.

Dia beritahu tak ada banyak persamaan dia dan isterinya dalam banyak perkara. saya tak suruh dia cerita, dia rela je beritahu. Dia kata dia rimas, tak sama idea. Saya pun beritahu la kalau banyak persamaan tentu boring, perbezaan la yang buat kita seronok. Macam kaunseling pulak saya, saya nak cover sebenarnya...he he he ampun.

Saya pun terus cakap `La bincang la, semua masalah boleh selesai kalau kita suami isteri bawak berbincang..." Lembut ala sedikit mengada saya bercakap macam Chef Wan...saya cicah gulai roti canai yang ada atas meja, huh! tak sedap, cair pulak tu. Entah kat mana dia beli ni???.

'' Mung binie nati mung tahulah" Kata kawan saya sambil menyuruh saya tambah roti canai yang dibelinya... dalam tak sedap itu habis juga 3 keping roti canai tu. Sebenarnya saya nak makan nasi...dah 2 hari duduk di rumahnya tak nampak pun nasi atau beras.

Moralnya? Adakah jika kita sebagai pasangan mahu tinggal bersama sebumbung kita mesti kena ada banyak persamaan antara satu sama lain? Bukankah bila dah ada banyak persamaan jadi boring? Kan jika pasangan kita berbeza kita boleh terokai dunianya? Kan kita ada banyak masa untuk belajar mengenai siapa pasangan kita tu...?

Jan: Tak terkejut bila saya terima berita mereka bercerai 6 bulan kemudiannya...

Tuesday, May 19, 2009

40,000 Pelita...

Buat-buat sengeh 1, (macam pengacara radio yang lapar glamour...)


Buat-buat sengeh 2 : Macam bahagia konon...


Bersama rakan sekerja: Abang Jawaheir, Fuzah, Effa dan Kak Amali


Fuzah kelihatan muda...(tanpo botox)


Ni bukan pesta cahaya, tapi buat nyala 40,000 pelita sebagai simbolik `Lahirkan Rasa Cinta Keamanan'. Malam tu kira kira-kira 700 penuntut yang melahirkan rasa cintakan dunia dan keamanan sejagat untuk terus kekal, segar malar.
Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar beritahu usaha Biro Kebudayaan India universiti itu menghasilkan logo pelita terbesar berbentuk bumi bertemakan Menuju Keamanan Dunia turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record sebagai logo paling besar pernah dinyalakan dengan menggunakan pelita tanah.

Logo sebesar 44 meter panjang dan 60 meter lebar itu membabitkan kos kira-kira RM5,000. Gambar logo berkenaan juga turut dihantar ke Muzium Galeri London untuk dipamerkan bagi menanamkan semangatkan sayangkan keamanan.

Malam tu saya tetap pergi walaupun ada pihak yang mempertikaikannya. Saya pergi juga untuk bersuka-ria, jumpa kawan-kawan dan supaya malam saya berbeza. Saya tidak ada masalah dengan api, kalau malam 7 likor memang keluarga saya pasang pelita tanah kat kampung. Main bunga api. Wah seronoknya...
Fuzah sebagai penasihat kelab berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini. Kira hampir terduduk juga dia dalam menyiapkan projek ini. Biasalah bila ada projek ada pihak akan `melihat' tidak seperti kita `melihat'nya. Sebagai sahabat, saya datang untuk menyokongnya.

Jan: Pelitaku tanpa minyak... he he he .

Hari isnin depan dalam sejarah?

1. Pagi tadi saya terkejut Tiara Jakualine (buat-buat terkejut dan terpinga-pinga padahal semuanya dah dirancang...) bila tengok ada nama saya ada pada senarai main FUTSAL yang akan bertanding di gelanggang Futsal Sekolah Teknik Muadzam, isnin depan.
2. Dua tiga kali juga tengok betul-betul takut tersalah lawak, tapi memang sah. Senak perut rasa... saya jadi wakil Blok Akademik.

3. Ya allah kenapa la nama aku `naik'. Aku bab-bab bola ni memang tak reti langsung. Antara senarai nama yang lain termasuk kawan-kawan lain yang memang pandai main bola, 7 orang semuanya.

4. Sejak duduk di Muadzam ni, banyak juga malang menimpa-nimpa.... Pasti kelakar nanti jadi badut...bola ke kiri saya ke kanan, bola ke kanan saya lari ke kiri.

5. Entahlah tak kan nak MC pulak sebab memang tak sakit. Seingat saya, saya daftar untuk bowling yang akan main kat Megamall sabtu ini tapi nama keluar untuk Futsal pulak.
6. Risau sungguh hati ini, saya lebih rela masuk pertandingan buat kek buah atau kek pisang, bola membola ni tak reti.
7. Paling akhir main bola pada tingkatan 5 dahulu (sebab cikgu sukan paksa, huh!)...


Jankaulu: Banyak benda lain nak dibuat...

Monday, May 18, 2009

Cikgu Shafie...

Apabila saya darjah tiga saya dipindahkan oleh ayah saya ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR), saya tidak lagi bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Mahmud (SRTM). SKKR lebih dekat dengan rumah saya berbanding dengan SRTM.
Pada masa tersebut SKKR lebih `kampung' berbanding dengan SRTM. Sekarang entahlah bagaimana statusnya...kerana di Kampung Raja tersebut telah terdapat 2 trafic light (Bandar Muadzam tak ada trafic light, he).


Mengingati zaman persekolahan di sana, saya tidak dapat lari daripada mengingati Cikgu Syafie. Dia sangat istimewa di mata saya. Kesederhanaan dan keikhlasan beliau mengajar memang boleh nampak, kita boleh rasai... Dia selalu menasihati kami supaya belajar rajin-rajin supaya jadi orang yang berguna, berilmu.
Ketekunan dan keikhlasan beliau tidak perlu dipertikaikan dan dia mengadakan tuisyen secara free sahaja! Zaman sekarang kalau ada cikgu buat tuisyen free kira macam kisah dongeng la kan, he he he. Tetapi penulisan kali ini bukan mengenai ketekunan beliau atau kemuliaan hati beliau tetapi suatu peristiwa lucu yang berlaku semasa beliau sedang mengajar.


Beliau mengajar matematik dan sedikit bahasa inggeris, dan pada masa peristiwa ini berlaku beliau sedang mengajar matematik. Peristiwa ini berlaku semasa saya di darjah 5. Semasa kami tekun belajar dan beliau tekun mengajar datang sekoyong-koyongnya seorang pemuda tercungak-cungak di pintu masuk kelas memberitahu rumah Cikgu Syafie terbakar! Cikgu Syafie secepat kilat bergegas dan berlari kencang meninggalkan kelas! Dan kami pun tanpa diarah, tanpa disuruh oleh sesiapa turut berlari mengikut Cikgu Syafie daripada belakang. Ya seluruh kelas sebenarnya turut berlari keluar daripada kelas 5A tersebut.


Rumah Cikgu Syafie terletak di sebelah kantin sekolah. Dia bersama keluarganya menyewa di rumah guru. Setibanya kami di sana sudah ada beberapa orang yang berkerumun di depan rumahnya. Saya lihat tiada api tetapi ada asap. Saya masih lagi ingat bagaimana Cikgu Syafie meloncat naik ke dalam rumahnya dan melemparkan tilam yang hangus terbakar! Dan dia kemudiannya meloncat terjun turun! Tidak menggunakan tangga.!


Kami tergaman dengan tindakan `hero' cikgu kami. Tindakan Cikgu Syafie sepantas kilat tersebut memang harus dipuji. Kami gembira kerana rumah cikgu kami tidak terbakar dan kami lebih-lebih lagi gembira sebab kelas matematik itu tidak disambungnya kembali...he he he.
Selepas itu kami menuju ke kantin minum air oren...


Jan: Selamat hari guru kepada guru-guruku dan kepada seluruh kaum guru!

Hujung minggu yang berbeza...

1. Memang saya mengaku, pada hujung minggu saya bangun agak lewat. Saya `balas dendam' kerana pada setiap hari saya bangun seawal 6 pagi.


Tetapi hujung minggu nan lalu saya bangun awal...tidak lewat.



2. SMS daripada Azniza mengejutkan saya daripada ketidoran. Mujurlah dia SMS, dia suruh saya bangkit dan kemas rumah kerana Wani nak datang. Sebenarnya SMS Azniza sampai ketika saya sedang bermimpi saya sedang `naik' motor di jalanraya yang kiri kanannya hutang belantara, tayar saya tiba-tiba pancit. Nasib baik SMS mengejutkan saya daripada mimpi tersebut, jika tidak di manakah saya nak cari kedai motor di tengah-tengah hutan tersebut...? (Orang lain mungkin mimpi naik mercerdis kot, he he he).


Biasanya yang mengejutkan saya bangun tidur ialah `alarm clock' daripada hengpong.



3. Saya tidak berkemas, saya hanya humbangkan apa yang tak kemas ke bilik belakang (mini library).
Biasanya saya berkemas slow-slow, sambil dengar lagu daripada CD Kak Pah.




4.Selepas mandi saya start motor pergi pasar minggu, singgah di kedai beli suratkhabar dan makan nasi. Dah lama saya tak ke pasar minggu.


Rasanya nilah kali pertama untuk tahun ni saya ke pasar minggu waktu pagi, he he he.









5.Saya lihat ramai juga orang yang makan nasi di kedai tu. Bagi saya itu salah satu petanda ekonomi kita masih eloklah lagi. Sambil makan saya berfikir nak beli besen nak letak di belakang bonet kereta, senang nanti kalau beli ikan terus letak dalam besen.
Biasanya saya beli nasi bungkus, dan biasanya saya tak fikir kena beli besen letak dalam bonet kereta.



6. Saya SMS Wani Pekan tanya dia dah kat mana, tetapi tiada balasan, saya kol pun tak dapat. Di rumah saya sekarang tak ada makanan. Saya bercadang nak beli makanan sikit untuk kawan yang bertandang. Saya jangka mereka tentu sudah makan nasi di majlis perkahwinan tersebut, maka saya beli kek sahaja.
Biasanya tak ada orang nak datang rumah saya, saya ke kampus juga hujung minggu...



5. Selepas balik ke rumah Wani kol beritahu dia ada di Desa Jati, dah selesai majlis. Saya tak tahu di mana desa jati. So Wani cadangkan jumpa kat Petronal stesyen. Saya pun jemput mereka di sana dan mereka mengekori motor saya sehinggalah sampai ke rumah saya.


Biasanya saya tak ke Petronas pada hujung minggu.



6. Wani datang suami, dengan dua orang anaknya (Fatihah dan Fati), dan juga turut datang Wawa. Fatihah dah besar dan dah ada adik lelaki berusia 4 bulan. Sebenarnya Wani dan Wawa adalah antara bunga sahabat yang berputik di Pekan.



Biasanya saya tak jumpa Fatihah dan Fati... Fatihah dah besar. Masa berlalu dengan cepat. Baru je rasanya makan nasi minyak rumah Wani kat Pekan dulu...



7. Bila masuk ke dalam rumah, rumah kami bercakap tak henti-henti, malah saya sempat hidangkan dvd cerita twlight (dan saya dan Wawa siap komen pula cerita itu). Kami juga siap pukul gambar lagi (tapi tak sempat proses nak letak dalam blog, lain kali ya).



Biasanya hujung minggu jangan harap nak komen bila tengok DVD, tengok sorang je...



Kesimpulannya hujung minggu saya nan lalu berbeza...saya rasa gembira kerana diziarahi teman sekolej dulu (kolej tempat kerja). Seronok dapat jumpa mereka. Semoga mereka singgah lagi jika ada kelapangan...



Jan: Hujung minggu depan kena g Kuantan, ada perlawanan bowling...huh!












Friday, May 15, 2009

Adakah kita...?

WALAUPUN sudah bekerja lebih 10 tahun, saya masih lagi menunggu gaji pada hujung bulan. Adakah ini suatu yang normal atau sebaliknya? Hari ini 15hb, bermakna saya ada 12 hari lagi untuk mendapat gaji. Saya menghitung hari...seperti Salmiah Hassan.
Saya tidak tahu bagaimana kehidupan orang lain. Adakah kawan-kawan lain atau keluarga saya yang lain seperti saya juga?. Cuma ada beberapa orang kawan saya menyatakan dengan ikhlas mereka memang menunggu gaji. Terkejut jugak saya sebab kalau melihat gaya dan kereta, mengalahkan DO (District Officer).
Salah seorang kawan saya pernah beritahu yang dia tidak mahu lagi jadi pensyarah selamanya, tak mahu lagi makan gaji. " Tak kan mung nak selamanya hidup menunggu gaji di akhir bulan Man? ''. Katanya kepada saya semasa di Pekan. Pada masa tu dia mahu meninggalkan Kolej Shahputra untuk mendapatkan gaji asas sebanyak hanya RM2K di sebuat syarikat. Tapi hairannya saya dengar `tup-tup' dia datang juga interview di UNITEN beberapa minggu lalu. Pelik!
PERANCANGAN DAN TABUNGAN
Saya memang ada menabung, tetapi terlalu sedikit. Dan tabungan tersebut selalunya saya ambil dan berikan kepada pekedai (he he he). Saya tidak dapat patuhi pesan Kak Nita supaya menabung 20% daripada pendapatan bulanan. Insyallah katanya akan menyenangkan kita di hari tua. Tapi belum saya tua pun dah tak menyenangkan, he he he.
Bagaimana jika gaji masuk lambat ya? Dengan apa kita nak bayar rumah atau kereta, dan hutang-hutang yang lain. Siapa pula jadi mangsa untuk kita susahkan ya? (kononnya mereka tu ada duit, bolehlah kita berhutang dengan dia, sedangkan mereka banyak duit pun, tu duit dia! Huh!).
ADA PERKARA PERLU TUNGGU GAJI
Saya berpendapat memang ada perkara/pembayaran memerlukan gaji pada hujung bulan. Kereta Myvi saya yang kecil tersebut perlu dibayar tiap hujung bulan, begitu juga dengan rumah yang belum siap-siap tersebut, hujung bulan juga pembayarannya.
Untuk membayar kereta dan rumah dan hutang bank dan hutan kawan-kawan memanglah kita menunggu gaji kan? Saya rasa ini sudah suatu yang normal terutama kepada golongan yang `makan gaji '.
Saya ada berhutang dengan kawan-kawan saya yang rapat. Saya tak berhutang dengan semua kawan atau semua ahli keluarga sebab saya bimbang mereka tidak percaya atau pengsang bila saya kata saya tak cukup duit, he he he.
ADA PERKARA TAK PERLU TUNGGU GAJI
Perbelanjaan untuk makanan atau tiba-tiba sakit (bukan sakit hati ya, kalu sakit hati hempuk saja atas kepala yang menyakiti kita tu, he he he) di pertengahan dan hujung bulan tentulah kita tidak boleh harapkan gai di hujung bulan kan? Tak kan tak nak makan, atau tak kan nak sakit awal bulan saja, tak ke lawak?
Saya tidak malu untuk menyatakan kadang-kadang saya terpaksa memilih makanan kerana poket sudah kering. Ya, saya yang solo ni pun mengalaminya (tolonglah terima hakikat), apatah lagi yang sudah berkeluarga kan, kan, kan?, he he he. Maka saya rasa faktornya bergantung atas bagaimana perancangan individu, jika dia tidak bekeluarga tetapi tak pandai urus gaji, tak cukup jugak (macam saya, he he he). Kalau kita berkeluarga tapi tau menguruskan kewangan rumahtangga, ia taklah susah di hujung bulan kan.
Jika mengikut penulisan Adnan di akhbar, gaji tu sebenarnya cukup tetapi kita yang tak dapat berkat sebab kita tak hidup mengikut gaji yang kita dapat... Tak kan nak makan pun kena berhutang kan? Tak kan nak ke klinik pun kena berhutang kan?
Adakah kita insan biasa? normal? atau sebaliknya? Adakah kita bergelagat normal bila dapat gaji?
Jankaulu: Kepada yang saya berhutang, dapat gaji ni saya bayar ya...(memang salah saya pun berhutang dengan awak...ampun), he he he.

Thursday, May 14, 2009

Bagaimana kalau sampai bila-bila tak kawin-kawin?...

Sama ada kita hidup sendiri atau berduet, bertrio dan sebagainya, kita kena ada perancangan mengenai kehidupan pada hari `dewasa' kita. Pada masa tersebut siapa yang ada nak-anak, tentulah anak-anak itu membesar dan mungkin mampunyai keluarga sendiri juga. Kita bersama pasangan kita, atau kita solo sahaja...kita tetap akan keseorangan akhirnya.
Masa tu anak-anak dah besar belaka, kita pun tak segiat mana dah nak cari rezeki, namun perbelanjaan tetap berlaku kita berbelanja untuk setidaknya belanja makan minum dan untuk keselesaan tempat tinggal di usia lanjut...
Pernah dulu semasa saya tengah sedap mengumpat realiti hidup orang berumahtangga, Adnan tiba-tiba menyoal saya '' Bagaimana kalau sampai bila-bila kau tak kahwin-kahwin ? ''
Terkedu juga dibuatnya 2 saat, he he he. Skrip hidup orang berbeza ada yang menjalani hidup dengan senang ada yang lambat kahwin dan lambat dapat zuriat. Kehidupan tidak sama kerana bukan semua tuhan mahu samakan...Tak kan rumput tengah padang tu nak sama semuanya...
Bagi saya hidup tiada ketentuan tetapi kita kena try yang terbaik yang kita terdaya. Kita tak tahu ke hujung mana dan cara mana kita `berhenti' bernafas. Ada yang ada anak bini tapi mati berulat jugak di sofa, ada yang tak ada anak bini tapi mati dalam tidur di katilnya (tangan memeluk al quran, dalam air sembahyang). Kalau kita boleh pilih cara mana kita mati dan tempat mana maka tentulah Kota Paris akan sesak dengan orang yang akan nak mati, begitu juga Mekah. Kelakar kan?
Tetapi gelagat manusia untuk menyiapkan kehidupan di akhir phasa-phasa kematian mereka dan masa kematian kelakar kan? Tengok firaun contohnya, he he he. Tapi kita tak boleh sindir orang ya, he he he ampun.
Tetapi kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri, walaupun hidup kita bukannya solo. Apatah lagi kalu kita solo kan. Nak harap orang akan sayang kita sampai kita mati mungkin kisah tu ada di dalam novel-novel cinta je, he he he tanya Sue dia banyak membaca novel..
Kata kawan saya dia nak beli sebuah rumah. Umurnya pun dah ranum. Dia tak naklah nanti tua hidup keseorangan dalam susah. Kalau diberi pilihan hidup keseorangan dan susah dan hidup keseorangan tapi mewah dan jika itu sahaja pilihannya...tentulah pilihan kedua menjadi pilihan. Namun hidup tidak semudah itu, kadang-kadang ada pilihan, kadang kadang kita tiada pilihan langsung. Namun itu bukan penyebabnya kita nak putus asa atau tak mahu berusaha kan...
' Bila dah tak ada duit ni kucing jalanan pun tak nak jilat kita ''. Saya menambah dengan harapan dia berkobar-kobar nak beli rumah, he he he.
'' Nak harapkan husband belikan semuanya, sediakan semuanya agak melampaukan? ''. Dia menyoal saya.
" Tau pun.., kalau nak harapkan suami semua sediakan pun tak patut". Saya bangun dan selamba hulur tangan dan ambik kerepek ubi Mek Zue. Tadi sebelum ke kelas dia beritahu kalau nak ambiklah, ada di atas mejanya. Mek zu dan kerepek tak dapat dipisahkan, macam bank negara dan Tan Sri Zeti.
Di hadapan saya, saya lihat Adnan sibuk dengan permainan bolanya yang saya tak faham. Tapi kira ada mata-mata dan dapat point gitu. Kak Z di belakang saya kadang-kadang tersenyum depan komputer. Saya tengok di hadapan Ziela dok layan pelajarnya dan saya nampak juga Mok Teh dok makan bekalannya...
Pertanyaan Adnan tu saya jawab dengan berlapik. " Janganlah kerana kita tak kawin maka kita jadikan alasan untuk hidup tak bahagia, meraih simpati orang dan bermuka masam macam pantat gajah".
Hidup sendiri pun ada susah dan senangnya. Memang la kalau ikut hati nak rumah ada 7 bilik, nak bini macam Jerniper lopez. he he he. Tetapi hidup kita kan selalu berperang dengan diri untuk capai apa yang kita mampu...
Jangan terkejut sangat kononnya bila lihat duit kita dalam KWSP, sebab mendatang hari inflasi akan berterusan. Mana ada benda yang tak naik harga?
Jan: Bagaimana kalau merancang tapi tak dapat juga? Tetapi lebih baik merancang jugak kan?

Sukiman Fuck!

Pagi tadi semasa mahu memasuki bilik, saya terpandang poster yang telah saya tampal di dinding hadapan. Poster tersebut saya tampal di sebelah papan notis yang biasanya digunakan untuk pemberitahuan markah pelajar. Poster itu mengenai kempen Bumi Hijau.

Semester akan bermula Julai ini, saya akan menerima pelajar baru, pengalaman baru, dan poster itu masih di situ...

Di sebalik poster itu ada cerita tersembunyi... cerita yang memerlukan saya bertabah hati. Entahlah kalau boleh saya tidak mahu mengingatinya. Tetapi kadang-kadang ia memberikan sebagai kekuatan pada saya untuk meneruskan perjuangan. Menjadi tenaga pengajar yang baik.

Sebagai tenaga pengajar kita harus ikhlas dan berterus terang. Kita tidak boleh bias dari segi agama, bangsa, jantina dan segalanya. Dan saya mencubanya, selalu mengingatinya. Saya marking kertas dan memberikan penilaian setegasnya mengikut apa yang pelajar persembahkan supaya kualiti pendidikan terpelihara.

Namun selepas saya tampal carry mark pada penggal lepas, ada contengan berupakan ukiran/torehan di dinding simen sebelah pintu bilik saya. Torehan itu tertulis `SUKIMAN FUCK! '. Torehan itu besar dan menggunakan benda tajam, mungkin menggunakan pisau kot. Dan pastilah menarik perhatian pelajar atau pensyarah yang lalu lalang di depan bilik saya (bilik saya pula berdekatan dengan office).

Lalu untuk tidak mewujudkan suasana kecoh saya tampal poster di atasnya, sebuah poster yang besar. Sehingga hari ini saya tidak tahu siapa yang begitu marahkan saya. Kawan sepensyarah atau pun pelajar saya sendiri?

Jika pelajar tentulah saya kecewa. Tentulah mereka bencikan/marahkan saya teramat. Saya tertanya-tanya mungkin kerana markah mereka rendah?, atau tidak suka gaya saya mengajar? Begini ke perangai dan tingkah laku pelajar sekarang? Namun torehan tersebut muncul setelah saya keluarkan carry mark...
Entahlah, saya bukannya tenaga pengajar yang terbagus, saya akui dan ada bukti. Melalui borang `Lecture Evaluation' yang diedarkan setiap hujung semester, saya memanglah tidak dapat dikatogerikan `Excellence Lecturer'. Saya mendapat Above Average sahaja.
Namun saya tidak pernah dapat Average, Below Average atau jauh sekali Poor. Dan saya juga berusaha untuk jadi teratas iaitu Excellence... (Di sini mereka menahapkan pensyarah kepada 5 kumpulan...)

Kalau beliau seorang pelajar, saya rasa tingkahlaku tersebut amat tidak patut, saya telah cuba menjadi seorang tenaga pengajar yang boleh bertolok ansur. Saya tidak fikir cara sabotaj itu dapat memberikan keuntungan pada mana-mana pihak. Sepatutnya masing-masing cuba membangunkan diri, saya sebagai tenaga pengajar dan beliau sebagai pelajar.
Saya berdoa semoga pelajar tersebut sedar atas tindakannya itu...


Jankaulu: Kalau saya marah, saya senyap sahaja...

Takut...

Intan pernah bercerita dulu masa dia mula-mula bawak kereta, dia terlanggar seorang pak cik dalam hujan. Berdarah pak cik tu. Panik dia pada masa tu tetapi dia keluar daripada keretanya beria-ria minta maaf dan bantu pak cik yang malang tu apa yang patut (Tapi kira bertuah juga pak cik tu sebab dapat jumpa Intan, he he he).
Intan beritahu lagi pada mulanya memang dia berdebar bila bawak kereta. Cerita pasal bawak kereta ini timbul selepas Intan bertanya kenapa saya tidak berkereta, saya jawab `takut '. Saya tak mahu menipu dengan Intan sebab dia nampak jujur dan lurus (kepada orang lain saya ada juga menjawab kononnya tak ada duit, mak tak bagi dan model kereta di dunia ni tak ada yang menarik hati saya, he he he).
Kami berbual pada masa makan tengahari di kedai dekat bandar, ada kedai selera kampung sikit yang sederet dengan kedai Taj yang dekat Megamall. Sekarang kedai tu wujud lagi ke? Intan beritahu saya kena berani dan meneroka hidup yang luas ini. Ada kereta akan menolong kita tolong diri sendiri. Tetapi makan tengahari tersebut bukanlah pasal kereta sahaja topiknya tetapi banyak juga topik lain yang semasa sifatnya.
Sebab itulah dalam hujan lebat petang tu saya teringatkan Intan. Dia beri semangat secara langsung supaya saya yang penakut ini hadapi dunia yang luas. Dia tidak kutuk saya sebab saya penakut dan dia juga tak menyindir saya sebab saya penakut.
Dalam hujan lebat tersebut, hati saya ya allah...saya dan tuhan je tahu. Dan sampai kat bandar bila dah tak nampak apa-apa kat depan terdetik hati saya rasa nak menyesal sebab bahayakan... Namun saya cepat-cepat kuatkan diri. `Sukiman, bangkit!'. So saya bangkit meluncur dengan lajunya, (kira-kira dalam 20km sejam, he he he.)
Kini tiap petang hujan di Muadzam, dan tiap petang saya ambil kesempatan untuk berlatih. Petang semalam, dalam hujan lebat tersebut saya siap pasang CD Rahim Makrof lagi yang bertajuk ` Usang '. Dalam hujan tu saya layan je lagu tu berulang kali... lagu ini sedih lirik ceritanya...
Jankaulu: Tetapi saya tak menangis...

Wednesday, May 13, 2009

Bab 8: Cerita III (I will always love you...)

" Saya percaya dalam tiap jiwa manusia pernah ada rasa cinta yang amat sangat, membuak-buak. Seseorang yang paling dia sayangi berbanding dengan orang lain. Kasih sayang yang melekat kejap di dadanya, mustahil manusia tidak memiliki perasaan itu..." Dr. Soraya menghulurkan minyak angin yang dibelinya di Kuala Kubu. Memang dia membelinya khas untuk Mankisue. Dia kesian melihat Mankisue selalu mengadu lengguh di seluruh tubuhnya.
"Kadang kadang seseorang manusia itu bertuah kerana dapat hidup bersama orang yang disayanginya doktor..., dan kadang-kadang manusia itu tidak bertuah kerana tidak dapat hidup bersama orang yang disayanginya…" Mankisu menyambung ayat Dr Soraya dengan sinis.
"... dia mungkin ambik saja orang yang datang dan ada di hadapannya buat pengubat luka ...dia tidak betah untuk hidup sendirian...
'' Tambah Mankisue, mengambil minyak angin itu, diletakannya di meja penjuru katil.
Dr. Soraya terpinga-pinga, perkataan sinis daripada Mankisue itu benar belaka, terlalu benar... Dia teringatkan Tengku Farid...
Jan: Siapa pulak Dr. Soraya? siapa pula Tengku farid?

Orang asing...

SETELAH beberapa tahun umur sebuah perkahwinan, masing-masing sudah menjadi orang asing yang tinggal sebumbung tidur sekatil, berlainan bantal dan mimpi...

Tidak seperti pada awal perkahwinan semuanya indah, perasaan berbunga ketika membelah kek perkahwinan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau lihat album, bukan main posing maut, tak malu langsung. Dan sekarang kesunyian hati di dalam perkahwinannya juga tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Namun masing-masing masih kuat berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing, sehingga perasaan cinta terbiar?

Dan saya tidak terkejut apabila dia menceritakan aktiviti seksnya hanyalah sebelum tidur sebagai penyedap tidur (supaya senang dan tidur lena keletihan). Sekali lagi saya tidak terperanjat bila dia katakan mereka sudah jarang bersetubuh. Tidak seperti pada awal perkahwinan, dia pernah dikejutkan pada pertengahan malam semata kerana keinginan seks yang membuak.

Saya terus berhenti dan mengikat tali kasut saya yang tertanggal. Dia berdiri di sisi saya. Petang ni dia temankan saya joglan (jogging sambil berjalan). Sebenarnya saya lebih selesa berjoglan sorang sebab dia asyik bercerita. Biasanya saya joglan seorang sambil pasang ipod Mp3 lagu-lagu Kak Pah di telinga. Petang redup begini sedap dengar lagu Kak Pah yang bertajuk `Kau Pendusta'.


'' Senang hidup awak Man, hidup sorang senang tak sakit hati ''. Dia menambah setelah saya siap mengetakan ikatan tali kasut. Kasut jogging tu saya beli daripada Zamri (pensyarah kesukanan dan kaunseling). Dia kata kalau jogging kena pakai yang kasut jogging.
'' Amboi sedapnya dia kata hidup aku senang kononnya, daripada segi seks aku tak dapat juga. Gersang dengan fantasi seks je, aku manusia biasa jugak...''. Saya berkata di dalam hati. Sebenarnya saya dah biasa mendengar pharasa ayat sebegini yang dilemparkan kepada saya.
Saya memandang ke tengah padang, ada 2, 3 pemuda dok main bola. Dan ada beberapa orang tertonggek-tonggek berjogging. Macam-macam gaya joggingan mereka, ada yang macam melompak-lompat, he he he. Ada yang nampak macam nak berlari. ada juga gayanya macam menari!
'' Kang tadi awak kata awak tak sakit hati sebab tak ada perkara yang tak sempurna? '' Saya memecah kesunyian setelah melihat dia dah mulai diam. Saja je saya nak acah dia sebenarnya. Pada hakikatnya malaslah nak dengar pasal masalah rumahtangga orang, sebab kita tidak dapat nak campur tangan atau menolong. tetapi saya pendengar yang baik.
'' Memang tak ada perkara yang menyakitkan hati tetapi keasingan tersebutlah yang membuat hati sakit kan, tau tak man? faham tak? ''. Dia menekankan faktor keasingan dalam perhubungan dia bersama pasangannya, dan siap menyoal saya lagi. Saya bukannya pelajar dia yang ada di dalam kelas.Huh!
'' Awak tak percaya dengan cinta ke Man? ''
" Kawan saya kata cinta adalah kepercayaan pertama yang tidak berasas sebelum wujudnya agama. Kita tidak boleh buktikannya secara saintifik. Entahlah bagi saya kalau pun cinta tu wujud tetap tidak akan ada orang yang akan cinta saya selamanya, saya tidak percaya ada sesuatu yang kekal... ''. Saya menjawap panjang lebar sambil mambaiki Tshirt saya yang dah basah dek peluh. Nampak sangat perut saya buncit. saya redha.
'' Kalau awak nak harap orang yang awak kahwini tu akan tetap tak berubah sampai bila-bila dan setia kepada awak, baik awak pulangkan balik degree tu ke U awak. He he he. '' Saya berseloroh.
'' Walaupun tinggal sebumbung ada rasa keasingan, bagaimana yang tak tinggal sebumbung atau PJJ? '' Terus saya cepat-cepat berlari meninggalkan dia terpegun sorang diri di belakang. Saya mahu berlari sekuat hati keliling padang ni sebanyak dua kali. Saya mahu lari...
Jankaulu: Keasingan dalam luka...(pulak dah).

Tuesday, May 12, 2009

Terima kasih atas segalanya, terima kasih!

Perkara yang telah hilang dan sukar untuk meraihnya kembali ialah kepercayaan... Kerana kepercayaan sukar kita berikan, juga sukar untuk diraih sesama manusia.
Jika ada manusia yang percayakan kita sepatutnyalah kita merasa bangga dan memelihara kepercayaan itu. Kerana kepercayaan itu nilai diri kita, nilai segalanya. Namun jauh di sudut hati manusia mereka cenderung untuk membunuh kepercayaan. Setelah mendapatkannya ia terbiar dan dipersia. Kerana seperti biasa perkara yang kita miliki kita akan cenderung untuk tidak hargainya. Kita galak menjadi pemburu untuk mandapatkan sesuatu tetapi apabila kita mendapatkannya kita jemu.
Selepas itu kita akan menyesal, kerana kepercayaan itu kita sendirilah yang hancurkan kerana kita pentingkan diri. Namun kita sendirilah yang mengizinkan ianya terjadi.
Melalui masa kita sedari semuanya berubah... Perasaan curiga akan lebih menebal, perasaan tidak percaya akan lebih hebat... maka kelopak mawar gugur daripada tangkainya.
Jankaulu: Kedua belah pihak mustahil akan jadi seperti dulu. Sesuatu kepercayaan yang punah pastilah merubah segala tanggapannya.

Bukan senang kan...

Sekarang saya sedang mengusahakan suatu kajian yang sudah lama juga berlegar difikiran saya. Oleh kerana kesibukan masa mengajar, kemalasan dan masalah peribadi ia banyak kali tertangguh.
Secara mudah kajian tersebut mengenai gelagat penggunaan (perbelanjaan terutamanya) di kalangan guru sekolah rendah. Saya mahu meneliti pembahagian pendapatan yang dibelanjakan oleh mereka dan juga adakah terdapat corak-corak tertentu. Dan saya juga mahu membandingkannya antara kawasan luar bandar dan kawasan urban. Itulah niat-niat kasar di fikiran saya.
Namun bukan mudah untuk mengusahakan suatu penulisan akademik. Ianya mempunyai peraturan dan langkah-langkah tertentu. Jika kita tertinggal suatu langkah ia mungkin sudah tidak dapat dikatogerikan kedalam penulisan akademik. Dan saya memanglah tidak berdaya untuk menghasilkannya seorang diri. Saya perlukan banyak pertolongan daripada banyak orang yang mempunyai kemahiran yang berlainan.
Sekarang saya masih giat membaca kajian orang lain yang ada persamaan dengan kajian yang saya akan buat. Ini juga suatu proses dalam penulisan akademik. Kita kena baca kajian orang lain yang ada menyentuh isu yang kita mahu kaji. Walaupun hanya sipi-sipi sahaja dengan apa yang kita mahu kaji ia memberikan iput yang penting. Ianya membuka minda kita untuk melihat isu yang kita kaji dengan lebih penting.
Teringat saya kepada seorang sahabat lama pensyarah di sebuah IPTA. Kajiannya sudah makan tahun demi tahun dan keprogresan hasil kajiannya sangat lambat. Agak lama juga untuk memulakan sesuatu kajian dan lebih lama masa diperlukan untuk menghasilkan kajian sepenuhnya (menyudahkannya). Tak naklah buat kajian ala mee segera kan, bimbang kualiti akademiknya luntur.
Dalam hati kecil saya memang saya tidak suka menulis secara akademik, iaitu membuat kajian. Kalau boleh saya ingin mengajar sahaja. Namun kata Ustad Ahmad tugas mengajar adalah tugas yang semua orang boleh buat (secara amnya), kemahiran lain perlu ada terutama melalui penulisan. Adnan pula pernah bertanya kepada saya (pertanyaan sinikal) `` Kalau kita yang tak menulis nak harap sapa menulis?''. Pendapat mereka memang benar, saya akui. Cuma saya mungkin pemalas dan tiada kemahiran, tiada dorongan yang kuat.
Bukan niat saya untuk membincangkan atau mengakademikan blog ini dengan terhasilnya penulisan ini. Cuma saya terpikir bukan senang hendak menulis secara akademik. Semuanya kena sandarkan kepada bukti konkrit, sah dan jitu. Tidak seperti penulisan bercorak simple (tetapi ada makna) yang saya selalu tulis dalam blog ini...
Jankaulu: Teringat seorang kawan seakademik (yang dia sendiri tiada blog) bertanya kenapa penulisan di dalam blog saya mengenai perkara remeh temeh sahaja...

Monday, May 11, 2009

berkereta dalam hujan...

Petang semalam sedang asyik layan DVD, hujan turun mencurah dengan lebatnya. Saya melompat bangun menuju ke dapur dan terus ke belakang rumah untuk angkat kain di ampaian. Bila tiba di belakang rumah saya lihat penghuni taman lain juga giat mengangkat kain mereka (kain di ampaian) di belakang rumah masing-masing. Cepat-cepat saya masuk semula sebab saya sadari (sebut ikut gaya Sheila Majid, sebutan huruf `S' nya tak jelas), saya hanya berseluar pendek.
Beberapa hari ni kala petang bermega mendung langitnya, semendung hati saya (pulak dah). Kemudiannya saya tutup dvd player dan terus capai kunci kereta. Saya cepat-cepat keluar daripada kawasan perumahan. Saya nak roung bandar Muadzam dalam hujan lebat. Biar saya ada kemahiran memandu dalam hujan lebat...

Saya berpendapat saya kena belajar semuanya, segalanya dengan cepat. Umur dah meningkat, saya harus lebih banyak belajar (banyak perkara). Rupanya sukar juga bawak kereta dalam hujan sebab jarak penglihatan kita minima sahaja. Saya hanya dapat mengesan kehadiran kereta berdasarkan lampu kereta sahaja. Mujurlah kereta tak banyak dan kala hujan kebanyakan kereta slow je. Saya ambil kesempatan dalam hujan lebat tersebut untuk belajar kereta, saya bawak slow je.
Tidak banyak kereta di jalanraya bandar Muadzam. Tapi tidak selamanya saya memandu di Muadzam saja kan? Sebab itulah saya cuba juga memandu dalam hujan, dalam ketakutan... saya harus cuba.
Bercakap pasal ketakutan, sekarang saya dah minima tahap takutnya. Bila pergi kerja dan balik kerja saya tidak lagi ketakutan tetapi saya tetap bawak slow dan berhati-hati. Kadang-kadang rasa suka pulak bawa kereta. Kadang-kadar rasa nak bawa diri...tapi ke mana arah?...
Saya sudah mula kenal jalan mana yang tidak sesak dan jalan mana yang sesak, jalan mana yang ada ciri bahaya (sebab saya tak cekap) dan jalan mana yang saya boleh lalu dengan aman. Namung kadang-kadang saya pilih jalan yang saya takut supaya saya dapat belajar dan menguasai jalan tersebut. Hidup ini begitu kan... kita tak boleh lari...
Bila hujan terdapat jalan-jalan yang di tepinya jadi banjir kilat. Bila kita lalu bersembur air terbang ke atas. Jadi saya perlulah daberkan (gandakan) rasa berhati-hati saya.
Dan saya sempat singah ke Sebelas Tujuh untuk beli roti dan sekaya, saya beli juga telur sepack. Balik nanti nak buat sandnuis. Sedap makan masa lapar-lapar.
Dalam perjalanan pulang, saya terima sms daripada kawan saya dan saya cuba balas tapi pendek je. Saya nak dapatkan kemahiran memandu sambil sms dalam hujan pulak. Tapi bahayakan... Tapi kalau bawak dalam 30 Km je sejam mungkin boleh kot.


Jankaulu: Antara hujan, air mata dan Myvi...

Kucari Damai di hati... - Gingerbread

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh...

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Jan: Untuk dia yang puaka!!!

`Bercakap' dalam hati...

Dalam sehari kita bercakap (menggunakan fikiran, bukannya mulut) dengan diri kita sendiri lebih banyak daripada kita menggunakan mulut kita untuk bercakap dengan orang di sekeliling...
Atau dengan kata lain bicara hati... Apa yang kita rasa, kita lalui tidak semua kita akan gunakan mulut kita untuk ceritakannya, melafazkannya. Apabila keadaan sudah terlalu menghimpit. Kita sudah tidak berani bercakap dengan diri kita kerana hakikatnya pahit. Kita buat-buat yang perkara itu remeh saja, kita simpankannya jauh di sudut hati di halaman fikiran... Dan kadang-kadang kita hanya mampu berharap akan jadi molek pada masa hadapan...Kita takut.
Kita teruskan hidup kita walaupun pahit, walaupun makan hati, walaupun orang tak tahu... Malah kadang-kadang ada kes di mana orang yang buat kita sedih tu tak tahu pun yang kita tengah bersedih atas perbuatannya...
Jankaulu: Emm...Kesian kan?

Emak saya...saya sayang.


Entah apa mak saya tengah fikirkan fikirkan? Entah-entah fikir bila saya nak kawin? he he he

Ni mak saya, dia datang ke Kuantan rumah kakak saya. Maka saya heret mak saya untuk tunjuk rumah yang saya beli (hutang). Saya pergi dengan Hanif dan Azlan (anak saudara), dan dengan Myvi.

Emak saya kini bersahaja sahaja orangnya, mungkin kerana dah berumur. Dulu masa muda siap dengan beg make up yang ada tingkat-tingkat dan rambut palsu lagi, he he he. Vouge dan seksi jugak dulu. Kalau tengok gambar-gambar lama, mak saya `berani mati' bila pose. Saya tak fikir adik dan kakak perempuan saya berani buat begitu, he he he. Zaman dulu lain kan...

Di sisinya ada beg berjenama Fendi, saya mampu beli beg itu tetapi tentulah yang tiruan, he he he. So saya tak beli beg sebagai hadiah kepadanya. tetapi suatu hari kalau ada duit saya nak hadiahkan beg berjenama.

Kalau saya ada duit saya nak beli hadiah yang mahal-mahal untuk mak saya. Tapi tu perkataan `kalu-kalu' kita tak boleh pakaikan. Perkataan `kalu-kalu' kadang-kadang jadi biasa sangat dah... So saya biasanya simpan duit untuk beli hadiah kepada mak saya.

Yang termahal pernah saya hadiahkan kepada mak saya rasanya ialah rantai tangan emas (reganya lebih RM3K). Saya fikir saya mampu beli set meja makan jati tak kan tak beli rantai emas untuk mak saya. Saya juga ada belikan set koning ware yang dari peti sejuk terus kita boleh letak atas api. Kalau kaca biasa meletup. Saya juga pernah belikan kasut scholl yang selesa untuknya...

Namun pemberian saya tu kalau nak banding dengan apa yang mak saya berikan pada saya tak boleh banding langsung. Ibarat nak banding Datuk Sharifah Aini dengan pen drive... Jasa mak saya tak dapat saya bayar dengan wang dan emas apalagi hadiah... saya tak mampu.


Huh siap cium pulak mak saya, padahal dah ada mak sendiri...!

Jasa ibu kita besar kan? Kita tak bolehlah kata memang tanggungjawab dia untuk menjaga kita (walaupun memang tanggungjawab kan). Susah payah semua untuk ayah kita dan untuk kita.

Dalam pangsenan.blogspot.com (Monday, May 11, 2009) dan asmadiabdulrahman.blogspot.com (May 10, 2009) juga ada menyentuh pasal ibu. Masing-masing mempunyai cara untuk menghargai jasa ibu, tak semestinya beri duit dan hadiah kan...

Saya pun `nok jugok' tulis pasal saya dan mak saya. Bukan nak menunjuk-nunjuk beri hadiah tetapi... bagi yang tahu dan faham mesej yang tersirat, fahamlah...


Jan: Selamat hari ibu untuk mak saya, untuk semua ibu-ibu kawan-kawan saya, dan khas juga untuk kawan-kawan saya yang dah jadi ibu.

Isu panas...

Fuzah dok beri penerangan macam mana nak selesaikan masalah tersebut mengikut undang-undang... Ja berpeluk tubuh sambil memerhatikan muka Fuzah yang serius. Saya pula nampak serius giler sampai tangan kedua-dua di belakang (walaupun bukannya faham sangat dari sudut implikasi undang-undang). Ridzuan (pensyarah akaunting) dok membetulkan tainya. Saya nampak dari pagi tadi dia asyek belek tainya....(Macam orang tak pernah pakai tai je...he he he, ampun).
Zamri (pensyarah Psikologi dan Kesukanan) pulak mendetailkan kesan psikologi dan seksologi dan berlogi-logi lagi. Sesekali dia mengurut rambutnya ke belakang dan misai ala datuk K nya dibela sedikit. Ja dah macam boring sambil membuka jaket muranya tu. Saya pulak tak berapa faham pasal penerangan Zamri (kecuali bahagian seksologi). Fuzah pula kelihatan bersedia untuk mencelah (lihat gaya tangannya). Si Riduan pulak tak habis-habis dengan membela (bukan ayam itik ya) tainya...

Saya dengan Ja terpegung dan terkedu, tak reti nak sampuk sebab tak berapa faham situasi. Malas lah nak guna konsep `nok jugok'. Kalau tak tahu diam lebih baik. Fuzah dapat memberikan butiran yang baik dalam hal tersebut. kelihatan Ridzuan dah mula `masuk' ke dalam perbincangan kami.


Tiba-tiba Zamri dah ternampak kamera rahsia dan mulai sedar segala perbincangan dirakam!!! So kami cepat-cepat tukar topik kepada topik yang lebih ringan. Kami bincang pasal kapas.



Jan: Tak reti nak beri idea, terutama kalau idea itu kena sampaikan pulak dalam bahasa inggeris, he he he.




Kerinduan - Sheila Majid


Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku
Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu
(Korus)
Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku
Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku
(Ulang korus)

Jan:... aku tak pernah mengharapkan cinta lain datang membelaiku...

Friday, May 8, 2009

Abang Sri Siantan...


Walaikumusalam,

Terlebih dahulu Abang Sri Siantan amat bersimpati terhadap kebodohan yang adik alami. Apabila meneliti surat rintihan rasa adik, Abang teringat kata-kata daripada salah seorang kawan Abang ``apabila kita mula menyayangi seseorang mulalah kita kelihatan bodoh dan bangang ’’. Dan dia menambah lagi `` kebodohan tu sangat halus jarumnya, kita memang tidak akan menyedarinya. Orang lain je yang dapat lihat, he he he ’’.

CINTAILAH ORANG YANG LAYAK ORANG YANG BETUL
Berpandukan masalah Adik, pertamanya Abang mahu nasihatkan adik supaya selalulah memberikan kasih sayang kepada orang yang betul, yang layak. Maksudnya orang yang betul di sini bukannya orang yang tak gila tetapi orang betul-betul layak untuk kita sayangi. Dan rukun keduanya perhatikan cara dia menyanyangi kita, adakah dengan cara yang betul. Contohnya kalau dia rela tinggal mak bapaknya kerana kita, tu dah kira cinta bangang. Ketiga kenalah juga sedar kenapa dia menyanyangi kita. Adakah kerana `love or mani?'.

Perhubungan yang sihat, berkekalan dan suci bukannya senang untuk diwujudkan. Zaman sekarang susah hendak mencari gadis/pemuda yang tak galok. Bercinta bukan untuk huha-huha je, ke sana ke mari dok usung pasangan, tetapi ia melibatkan perasaan dan tindakan menjaga diri yang suci dan halus. Jika tidak betul adunannya dan bahan-bahannya jangan haraplah hubungan itu menjadi kek kebahagian yang enak.

BANGANG, BODOH, EGO!

Berbalik kepada masalah adik tersebut Abang rasa adik seperti juga lelaki lain yang bebal dan tak mahu menerima kenyataan, tidak cuba memahami erti kehidupan. Ego dan tak sedar diri, tak ingat mak bapak dan adik beradik di kampong yang bersusun paku.

Asas perhubungan secara semulajadi adalah mudah, kesetiaan dan saling percayai mempercayai. Sebagai lelaki muda abang tidak fikir adik menghadapi kesukaran untuk mencari ganti. Abang berpendapat zaman lelaki terhegeh-hegeh dah lama berlalu, biarlah Brat Pit saja yang mengikut Angelina Jolie ke sana ke sini...sambil mendukung anak...(tetapi berbaloi kot...no komen).

Namun situasi adik berlainan, adik pulak yang macam ayam berak kapur. Sebagai pemuda lanjut usia Abang rasa terhina kerana adik seolah dipermainkan dan tidak dapat menerima hakikat yang adik bukanlah pilihannya yang tiada galang ganti. Adik gagal menerima konsep kos lepas. Kalau dia sayangkan adik tentulah dia pilih adik kan, bukannya pemuda lain? (tak juga sebenarnya, he he he).

SITUASI BANGANG...
Bagaimana kita boleh sayang kepada seorang yang masih dalam dua iaitu sayang ke kita atau tidak? Tidakkah bangang situasi ini. Dan abang tahu lewat angin malam adik berdoa senyap-senyap kepada tuhan agar dia tinggalkan pemuda pilihannya itu dan berlari-lari anak menuju kepada adik (dilatari dengan lagu hindustan Mohabathain atau Titanic- My heart will go ong gitu). Dan menitislah air mata adik di malam sunyi KERANA seorang perempuan yang TIDAK sayangi diri adik... Huh!

Kalau beginilah jadinya maknanya sah dia tidak ada kasih sayang yang kukuh kepada kita. Dan apabila jadi pasangan nanti tidak mustahil akan pasangan yang jtak bersyukur dan berselingkoh (dan pada masa tersebut barulah kita tahu betapa panasnya tilam yang kita kongsi dengan pasangan kita, seolah ada bara di bawahnya. Padahal kepada pasangan yang bahagia katil tersebut seperti syurga kecil di dunia).

Memanglah kita bukan sahaja rasa sakit hati, marah dan geram, rasa terhina dan tidak adil apabila dipermainkan... Kalau tahap bodoh kita taraf mega, masa inilah kita akan salahkan dunia! Alahai...

BUKAN SEMUA ORANG LAYAK...
Abang Sri Siantan berpendapat bukan semua orang mampu menerima dan memberi cinta, kasih dan sayang. Bukan semua orang mampu dan layak walaupun semua orang mahu menerimanya, memberinya (mahu sangat-sangat sehingga kadang-kadang abang naik meluat melihatnya, berbulu, bercampur jelous? He he he.)

Tanda cinta, kasih dan sayang kita tidak betul adalah apabila kita terpaksa menipu orang di sekeliling kita, terutama orang yang sayang kepada kita. Kita juga akhirnya menyusahkan orang, kita heret keluarga kita pergi jumpa bomoh kerana kononnya kita terkena buatan orang (sedangkan kita biar perasaan iblis merasuk dalam hati kita, kita kalah dengan perasaan hati). Memanglah putus cinta amat memedihkan, kesakitannya berkali ganda daripada bersunat…. Kita je rindukan dia sangat-sangat, terkenang terbayang tetapi dia buat selamba sahaja (ini hukuman sebenarnya,tapi kita tak sedar! he he he).

Jangan kata Abang Sri Siantan tidak memahami situasai adik, jangan kata Abang tak ada pengalaman. Daripada pengalaman dan pengamatan Abang perkara sebegini tidak semua orang boleh laluinya dengan betul dan tenang. Abang telah melihat ke dalam diri Abang dan juga kawan-kawan Abang yang merana sekejap dek putus cinta. Sesetengahnya macam ayam berak kapur atau seperti terkeluar daripada AF.

MALAS NAK BERMANIS KATA
Ruangan kelolaan Abang ini banyak dihujani dengan surat-surat daripada insan yang putus cinta, insan yang tak ada orang nak ke dia, insan yang dicurangi dan sewaktu dengannya. Abang tiada ubat khusus untuk diberikan kepada mereka setakap nasihat streoatype seperti ``bersabarlah nanti tuhan akan beri yang lebih baik (kononnya, he he he)’’. Sebenarnya nasihat begitu pada waktu kita tengah betul-betul merana tidak dipakai ketika ini. Abang pun dulu masa terkena rasa nak tampar je kalau orang beri nasihat sebegitu, he he he…

ADA UBATNYA!
Setiap penyakit ada ubatnya. Abang percaya ubatnya adalah penampar 2 kali. Tampar pertama akan membuatkan si merana tersebut tertanya-tanya kenapa?. Iaitu kenapa pula dia di tampar patutnya dikasihani. Dan sebaik sahaja dia tanya `kenapa? Seseorang itu (penampar tadi) akan tampar kali kedua dan selepas itu menerangkan kepada si merana kenapa tamparan tu patut sangat patut dihadiahkan, dan kenapa ianya sangat berbaloi. Tetapi siapa yang nak tampar orang yang sedang putus cinta? Nanti dilawannya balik… Silap-silap kena bunuh, Hu hu hu...

MINTA SUSU PADA AYAM?

Ramai orang menyanyangi orang yang salah sebab dia percaya orang yang dia salah sayangi itu sayangkannya…. Ada manusia cenderung untuk pergi ke tempat di mana mereka sebenarnya tidak diterima, tak diperlukan, hu hu hu (Tapi cepat-cepatlah adik sedar diri dan memperbaikinya. Jangan jadi bebal. Bangkit! Pandang dunia yang luas! Huh!).

Nasihat Abang, jangan selalu pentingkan diri dan perasaan hati sahaja. Gunalah otak tersebut sebaik mungkin (bimbang tuhan tarik balik sebab bila beri pun tak digunakan dengan betul...he he he). Ingatlah mak bapak dan adik-adik yang berriok di kampung halaman. Abang nasihatkan adik ambillah pengajaran atas apa yang berlaku, Pelajaran penting tersebut terpaksa kita belajar daripada kehidupan. Dan orang yang membiarkan sahaja setiap peristiwa berlalu dalam hidupnya tanpa analisa dan analiss adalah orang yang tertinggal.
Adik bukannya tak ada rupa, tak ada pelajaran atau tak ada gaya! Perempuan kini berlambak-lambak. Kita boleh jumpa di mana-mana (walaupun di tepi jalan!). Pagi petang siang malam ada. Bukan seperti tahun 1940 dulu di mana kaum lelaki terpaksa panjat dinding atau skodeng semata-mata nak tengok betis perempuan (zaman sekarang nak tengok semuanya pun dapat!). Malahan... zaman sekarang kumbang lebih bernilai dan dikejari bunga-bungaan (hal ini rasanya semua orang dah tahu kan).

Walaupun begitu berhati-hati sebab bukan semua bunga harum. Ada yang macam tahi ayam baunya. Abang percaya adik akan dapat pengganti yang lebih seksi dan beriman (tolong jangan rasa nak tampar abang, he he he).

MINTA MAAF (PULAK DAH)
Akhir kata Abang minta maaf banyak-banyak jika penulisan abang ni ada terkasar bahasa. Kak Sri Siantan deman campak (atau kot-kot selsema babi?), so buat sementara waktu abanglah terpaksa kelolei dan menjawab surat-surat di ruangan ini.

Abang ucapkan selamat hidup sengsara buat sementara waktu, dan insyallah lepas tu lama-lama adik sedarlah tu. Dan adik akan buat lagi dan lagi dan bebal dan bebal lagi. Dan lagi…he he he Tahniah!

Jankaulu: 7 kali meraung...!