"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, February 5, 2012

Saya juga bukan seorang yang jujur...






Jawapan yang jujur dan ikhlas, bukanlah jawapan yang betul dan tepat dalam setiap temuduga. Saya sangat tahu akan hal ini. Saya tahu seawal umur saya 35 tahun.

Oleh itu saya akan berlagak nampak bagus di setiap temuduga yang dihadiri. Ada di antara temuduga, saya beritahu yang saya mahukan pekerjaan tersebut kerana suasana sekeliling pekerjaan baru nanti akan dapat membantu saya mencapai cita-cita dengan lebih cepat. Saya mahu buat PHD, dan menerbitkan banyak buku.

Namun sebenarnya jawapan yang ikhlas mungkin berbunyi " Saya mahu dipandang tinggi olehnya. Saya seorang lelaki yang terlalu biasa. Saya mahu dia lihat saya sebagai orang yang istimewa. Saya mahu dia rasa bangga memiliki saya".

Kehilangan orang yang dikasihi meragut banyak perkara, bukan sahaja kecerian hidup, tetapi juga harapan dan impian masa depan.

Saya tidak tahu apa yang tuhan mahu tunjukan. Dan saya tidak boleh banyak menyoal tuhan kerana.., mak saya marah.

Saya tidak pernah sembuh, saya hanya meneruskan sisa perjalanan ini...

Jan: Kini semua pergi, ternyata semua pergi. Tiada lagi apa-apa yang saya mahu minta sangat pada Nya kecuali tunjukan kebenaran...

Pandai bercakap, naik pangkat?

Saya tidak pandai bercakap. Maksud saya bercakap untuk menunjukan saya boleh buat kerja, boleh dipercayai dan bijak. Saya juga tidak pandai mengumpul pengaruh.
Saya pun hairan kenapa saya tidak pandai bercakap...
Dalam dunia pekerjaan saya, payah nak ukur adakah saya seorang pekerja yang rajin bekerja? dan adakah produktiviti saya tinggi?. Saya seorang tenaga pengajar. Pernah mengajar di sekolah, kolej dan sekarang universiti.
Pernah mengajar pelajar yang lemah dan juga mengajar pelajar matrikulasi, dan sekarang mengajar pelajar di universiti. Pernah saya mengajar mata pelajaran ekonomi untuk pelajar STPM dan hanya 33% sahaja lulus dan saya pernah mengajar pelajar matrikulasi subjek ekonomi mikro, mereka 100% lulus. Haa..
Saya rasa rajin bekerja dan jumlah prokdaktiviti tidak boleh dijadikan ukuran untuk naik pangkat. Begitu juga dengan pandai bercakap.
Jan: Habis tu apa ukurannya? Haaa...

Suami suka meminjam duit...

A woman worries about the future until she gets a husband, while a man never worries about the future until he gets a wife.

Proverb


Semalam ketika saya bertungkus lumus lihat kamus sebab baca novel Jhon Grisham, saya menerima sms daripada kawan saya. Kawan yang sudah lama tidak sms saya kerana sibuk dengan perkahwinannya (yang baru berusia 2 tahun lebih).
Sebenarnya, pada hari perkahwinannya saya sudah dapat `baca' bahawa suatu hari nanti dia akan berbogel sebogelnya! Maksud saya dia akan habis semua duit dalam akuannya kepada suaminya. Saya pernah tanya dia dahulu kenapa bakal suaminya mahukan dia? Dia tidak dapat jawab! Dia hanya jawab dia perlukan suami kerana beberapa sebab. Huh, perempuan!

"Jangan ingat kita perempuan ni kita bijak, lelaki lebih jauh bijaknya" Kata saya sambil beritahu yang bukan semua lelaki tidak baik, ada yang baik macam saya, he he he. Jahat saya kan? Jahatkan?

Saya ada terdengar lelaki tersebut adalah ahli perniagaan yang berjaya kaya raya. Lantas kalau kaya raya mengapa perempuan macam kawan saya jea dia pilih. Lelaki ni kalau tak ada duit pun dia nak yang cantik. Ni kan pula ada duit. Saya tertanya jugak...

Tetapi saya yang jahat ini ambil kesimpulan mudah. Lelaki mungkin ambil kita kalau muka kita tak seMaya Karin asal ada duit, ada kerj atetap. Dunia maskulin sekarang, lelaki mana nak gendong biawak hidup? (padahal lelakilah yang wajib beri nafkah isteri dan anak-anak, tuhan tanya nanti...).

Sebenarnya, dah berpuluh ribu dah habis atas nama pinjam. Dan puluh ribu juga habis sebelum kahwin! Semua atas nama pinjam. Saya pun kesian kat dia sebab dia juga perlukan masa untuk kumpul duit tersebut. Sampai rela pakai baju kurung kain murah.

Kata kawan saya yang lain pula, suami isteri mana pakai kongsep pinjam, selain pinjaman tak berbayar, he he he. Saya tak tahu, saya tidak pernah ada isteri ataupun suami, he he he. Kalau sapa nak kahwin dengan saya, dan selepas kahwin kalau nak pinjam duit saya, saya beri sahaja sebab suami isterikan sehati sejiwa, he he he. Jahat saya.

Orang lelaki ni sangat pandai berlakon. Sebab itulah diwujudkan katogeri pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik. Sebab kalau ada pelakon terbaik sahaja, pasti lelaki jea yang memanjang dapat tiap-tiap tahun. He he he.

Memang saya ramal hidup dia memang lebih malang dalam perkahwinan berbanding dia hidup solo. Kini dia menangis dan susah hati hidup tak tenteram... Itu ke yang dia cari dalam hidup?.

Jan: Tapi kadang-kadang kita kompisu jugak, orang nak ke kita ke...? atau ke duit kita? Haaa...

Hutang tak berbayar

“Life ends when you stop dreaming, hope ends when you stop believing, love ends when you stop caring, friendship ends when you stop sharing... so share this with whom ever you consider a friend.”
-Friendship quotes


HUTANG tak berbayar atau pinjaman yang tak berbayar ini saya rujuk kepada pinjaman yang kawan kita buat, atau pinjaman yang kita buat dengan kawan kita (bukan bank). Yang tak berbayar.
Saya menulis hal ini kerana seorang kawan saya merasa serba salah sebab kawannya masih tidak membayar hutang dia. Janji seminggu dua tetapi kini sudah berbulan dan sudah masuk tahun baru. Dia tidak tahu apa yang nak dibuat. Saya pun tidak pandai juga nak bantu dia sebab saya juga jadi mangsa.
Kawan saya kata dia terdesak mahukan duit itu tersebut sebab mahu buat bayaran kepada perkara yang memerlukannya. Saya faham benar sebab saya mengalaminya. Sampai kini saya tidak akan maafkan kawan saya. Apa yang saya lalui amat perit. Sehingga saya menulis posting ini saya masih membayar hutang saya bagi pihak dia kepada kawan saya yang saya pinjam duit. Yang saya rasa tidak patut.

Biarlah saya cerita. Jangan ingat saya solo dan berjawatan pensyarah, saya tidak ada komitmen besar. Saya perlu menyimpan dengan gigih untuk dapat seribu dua dalam simpanan saya. Dan kedua saya juga suka berbelanja, he he he.

Mulanya begini. Apabila sahabat baik saya perlukan duit, saya tidak ada duit. Dan saya kesian kerana dia perlukan duit untuk perjalanan basik hidup dia. Dia tak tahu nak pinjam kat mana sebab orang tak akan percaya dia tak ada duit. Dia juga agak berjawatan dan perlu meneruskan gaya hidup dia yang bergaya.

Saya pun begitu kalau saya beritahu kawan-kawan saya tak cukup duit, mereka gelakan saya. Perkara ini pernah terjadi. Maka saya beritahu kawan saya yang kawan baik saya mahu pinjam duit, bukan saya. Saya minta tolong benar pinjamkan duit kepada sahabat baik saya dunia akhirat tersebut. Saya merayu...demi nak tolong kawan. Demi persahabatan....

Maka saya pinjamlah daripada kawan setempat kerja saya. Saya pinjam untuk kawan saya dan saya ada beritahu hal ini kepada kawan saya. Saya beritahu "aku pinjam duit kawan ni, mung kena bayar nanti malu aku kat tempat kerja. Sebab mung tahu aku pun tak ada duit".

Dan begitulah terjadinya, sehingga kini sudah dua tahun lebih dah berlalu. Dan dalam FBnya ada saya lihat dia hidup dengan bergaya dan ada pula dia melancong ke luar negara lagi.

Tentulah hati saya amat sedih dan tuhan sahaja yang tahu. Saya pula terpaksa meminjam seribu sana, seribu sini untuk bayar dulu duit kawan saya yang saya pinjam sebab sudah terlalu lewat.... Dan kemudiannya saya kena bayar ansur-ansur kepada kawan saya yangs aya baru pinjam ini (gali lubang tutup lubang). Semua kawan yang terlibat adalah kawan setempat kerja. Saya malu sangat. Sampai hari ini saya tidak dapat menerima kejadian ini kerana dia tahu saya pun tiada duit. Lebih memilukan dialah sahabat baik saya yang saya rasa memahami perjalanan hidup saya... Yang amat saya hargai dan percayai.

Tetapi kalau persahabatan kami hanya bernilai sejumlah duit itu, saya redhalah. Ambillah duit tersebut. Carilah sahabat yang lain...

Jan: saya tidak kisah sangat pasal duit yang beribu tersebut tetapi saya sayang persahabatan kami...tergamak dia buat begitu...

Saturday, February 4, 2012

Sebab saya tak mintak limau?

Posting saya kali ini adalah daripada penulisan lama. Saya ubah-suai sedikit untuk tatapan pembaca. Percaya tidak? Ada orang yang jenis `peminta'. Mereka bukan pengemis atau peminta sedekah tapi jenis lapar minta meminta. memang perangai macam tu. Tak kiralah, KWSP ibubapa mereka pun mereka tak segan minta, haaa.
" Mana limaunya? Raya-raya Cina ni tak kan tak ada limau sebiji dua?" Saya terdengar kawan Melayu saya bertanyakan kepada kawan saya yang berbangsa Cina. Saya yang duduk tepi pintu tu cepat-cepat melarikan diri sebab tak sanggup melihat `adegan Melayu yang saya tak sanggup lihat'.
Saya rasa tak ada dalam kitab-kitab mana pun di dunia ini termasuk kitab Urdu yang mana orang Cina kena beri limau kepada orang Melayu atau bangsa-bangsa lain bila time raya Cina.
Dan saya menulis isu ini bila kawan saya Adnan beritahu `Mereka tu tak malu ke meminta-minta". Saya jabab " Tak malu lah kot sebab minta tu..."
Sebenarnya senang jea bacaannya, saya rasa jika mereka ada rezeki lebih dalam perniagaan atau rumahtangga tentulah mereka akan beri kepada kita. Kalau mereka tidak beri limau atau hadiah adalah tu alasan yang munasabah. Mungkin mereka nak berjimat atau mungkin tak ada banyak duit untuk sambutan raya kali ini.
Kalau rakan Cina kita tidak mahu beri janganlah kita kata mereka kedekut pulak. Sebab itu merupakan hadiah, bukannya kewajipan.
Ada yang beria-ria mintak kat boss Cina mereka. Bila tak dapat terus cop kedekut. Senangnya...
Alah bila dekat raya aidilfitri ada ke kita beri mereka sekotak kurma? Atau 2, 3 biji kurma?
Jan
: ... malu gok retek...

Marilyn Monroe quote



"If I'd observed all the rules, I'd never have got anywhere..."

Friday, February 3, 2012

10 sebab mengapa senang letak anak-anak rumah mak kita

Saya pernah ada kawan yang selalu sangat lewat datang ke pejabat wal hal majikan kami bukanlah keluarga dia. Bila kawan-kawan lain tanya dia beritahu tiap-tiap hari dia kena hantar anak-anaknya ke rumah ibunya. Selepas balik lewat petang baru dia ambil semula anak-anaknya. Katanya "Letih laa... Man, balik kerja kena ambil anak lagi...".
Bila ibunya sakit atau deman, riuh sepejabat dia beritahu masalah anak-anaknya nak letak kat mana bila dia nak datang kerja. Pada masa tu saya tergambar tempayan. He he he, jahat rupanya saya. Memang... Nampak jea budiman dan handsum. He he he.
Fenomena letak anak-anak di rumah mak bapak ni semakin menjadi-jadi, menular dan fopular. Tentulah banyak keistimewaannya. Jom kita soroti.
1. Dapat jimat bayar duit pengasuh.
Kalau kita letak anak kita di taska ke rumah orang ke, ia melibatkan belanja yang tinggi. Sekarang bukan RM250 dah, kawasan tempat saya tinggal ini sekarang ada yang dah RM280. Kalau dapat RM250 kira beruntung sangatlah tu. Dan kalau asyik beranak non-stop everi year? Haaa... Cuba kali, cuba kira. Kos kan?
Sebab itulah mereka yang `cerdik' ini dapat berjimat. Dapatlah nanti isirumah beli sport rim dan terus merokok. Rokok pun selalu naik harga. Atau kita boleh oder Koningware, corak terbaru cantik sangat. Jiran sebelah dah beli!. Atau pergi bercuti bersama suami/isteri?
Anak-anak? Tak payah bawak, letak rumah mak 2, 3 malam. Haaa.
2. Rumah kita taklah 24 jam berkubang.
Cuba bayangkan kalau rumah kita berkubang? Balik kerja tentu kita rasa serabut perut. Tapi kalau letak kat umah mak, rumah mak la yang berkubang. Tapi tak apa rumah mak jarang ada tetamu bertandang (rumah kita tak ada langsung, he he he).
3. Gerenti anak kita selamat terjaga, tak hilang dan tak didera.
Mak kita dah ada pengalamn jaga kita masa kecil. Kita ni tak ada pengalaman jaga anak-anak (rakus buat seks jea). Jadi anak-anak kita lebih terjaga daripada kita yang tak ada pengalaman jaga-anak-anak ni. Mak the best! (the best kepala hotak kau!).
Lagipun kita rasa kita kita tak ada naluri keibuan laaa...
4. Makan-minum anak kita terjaga.
Kalau pakai orang gaji atau letak kat rumah orang lain, payah. Bukan sahaja kena bayar tetapi tak tentu makan-minum terjaga.
Baik kita suruh mak kita jaga. Tak kanlah mak kita nak biarkan cucunya lapar dan makan benda-benda yang tak berkahsiat.
Dan kalau tak ada makanan, bolehlah kita harapkan mak kita guna duit dia dulu beli makanan. Ah! dapat jimat lagi. Bahagianya!. He he he.
5. Boleh berehat-rehat.
Balik kerja penat sangat. Kalu balik rumah, buka sliding door anak-anak menerpa bising. Serabut perut sangat. Yang kakak nya mengadu abang buat, yang adik mengadu kakak jahat. Eeee, tensionnya.
Tapi kalau sumbat anak rumah mak, bolehlah la kita lepas kerja terus balik rumah berehat! Alah... ambil la lewat petang sikit atau lepas magrib. Bukannya kena bayar. Tipu la mak sendiri yang kita ada banyak kerja di pejabat, atau majikan suruh buat marketing dan sebagainya. Yang kononnya kerja itu tak ada kena mengena dengan kita. Kalau boleh burukan majikan kat mak kita. Biar mak kita simpati. Haaa.
Tak payahlah kita risau mak kita yang tua tu nak berehat. Yang penting kita dapat berehat. Lagi pun mak kita sayang kepada cucu-cucunya. Haaa. Tak kan la rasa letih jaga cucu sebab dulu dah berlatih jaga kita adik beradik..Haaa.
6. Boleh bagi mak pahala.
Ala jaga cucu pun dapat pahala. Tak payahlah nak berulang ke surau atau dengar ceramah agama. Tak payahlah nak tumpukan pada ibadat sebab jaga cucu pun ibadat.
7. Boleh lebih tumpu pada kerja.
Bila anak dijaga oleh mak kita. Kita rasa tenang jea bila buat kerja di pejabat. Tak risau langsung.
Mak kita yang tak tenang kita tak peduli. Ambil senang! Huh.
8. Boleh pergi majlis/beli belah bila-bila masa.
Kita kan Melayu moden. Suami isteri bersosial siang malam. Tak ada masalah nak letak anak kat mana kalau ada majlis. Pengasuh ada (mak kita).
9. Bini kita bau wangi.
Tak lah nanti bini kita bau pampes atau susu. Ni duduk cara ke anak-anak jea, kita dia abaikan. Lelaki nak kena belai jugak.
Lagi pun kalau letak anak-anak kat mak bini kita, bini kita nampak gembira sangat. Boleh layan kita 24 jam!
10. Boleh beranak lagi.
Kita boleh tambah anak lagi, lagi dan lagi. (Mak kita ada...)
Jan: The Tale of Si Tanggang Modern, he he he

Thursday, February 2, 2012

Masa dan tahun berganti...


Entah apa salahku M...


Mana boleh!

Sekali lagi adik saya sms dan beri pendapatnya mengapa kawan baik saya nak bercerai. Adik perempuan saya berpendapat kawan saya nak bercerai kerana terpengaruh dengan saya. He he he.

Sebenarnya saya juga tidak suka jika dia bercerai atas satu alasan sahaja. Ya, alasannya dia tidak boleh bercerai kerana dia tidak akan tahan untuk hidup keseorangan walaupun dalam masa 3 hari! Hidup dia akan kelam kabut. Saya banyak jumpa lelaki begini. Cakap bergegar, tetapi bini balik kampung 3 hari hidup dah tak terurus. Huh!. Muka macam ayam berak kapur. He he he.

Tetapi posting ini tentang kawan saya. Adik saya beritahu mungkin kawan saya itu lihat hidup saya amat riang dan gembira. Dan mungkin dia nak hidup macam saya. Mana boleh! Saya rasa kalau begitu fikiran kawan saya, dia bukan sahaja hodoh tapi bodoh.

Ya la, bila jumpa kawan lama, saya tentulah tersenyum dan buat mengada. Macam tidak ada masalah. Ya lah kan tak kan nak tunjuk muka masam. Ya saya ada masalah, saya juga anusia. Namun bila jumpa kawan tentulah masalah itu tak payah tunjuk pada kawan.

Jan: Ada ke nak jadi macam saya? Dia tidak akan tahan walau sehari!

Johnny depp - quote


Jan: i still love ice cream..., and crying...he he he



Rakyat, kerajaan dan KWSP




Kata orang tua lama (ada ke orang muda lama?), tiada air tiadalah ikan, ada air adalah ikan. Bidalan itu bermakna jika wujud sesebuah negara (pemerintah/ketua) wujudlah rakyatnya. Ada rakyat adalah negaranya (pemerintah/ketua).

Ada negara yang rakyatnya nampak lebih baik daripada kerajaannya. Tetapi adakah negara di dunia ini yang kerajaannya lebih baik daripada rakyatnya yang jahat, bodoh dan tidak mahu bersyukur? Tetapi kerajaan itu rakyat juga adanya kan?. Huh! Ada tak kerajaan dan rakyat di sebuah negara yang 2 x 5 bodohnya?

Di Malaysia setiap bulan sekurang-kurangnya 4 rakyatnya aktif membuat penipuan melalui skim pengeluaran KWSP. Penipuan tersebut berlaku melalui skim pengeluaran. Mereka berlakon watak orang nak beli rumah dan juga ada yang berlakon hilang upaya akibat kemalangan/kecacatan. Mereka ini sekarang memang dah ada naik-turun mahkaman dan ada yang telah dijatuhkan hukuman.

Mesti ada yang kata `kenapa pulak dituduh mencuri, buat kesalahan atau menipu, kan duit kita?. Kesian mereka". Orang-orang macam inilah yang buat saya pening kepala sebab mereka tidak tahu asas kenapa KWSP wujud. Mereka tak sedar atau pura-pura tak sedar simpanan tersebut dibuat sedemikian rupa sebab rakyat kita tidak menyimpan! Bukan jenis menyimpan,jenis asyik galak berbelanja dan berhutang ( macam saya lah tu, he he he).

Kena ada orang lain (KWSP) pulak suku sakat yang perihatin kepada hari tua kita. Supaya kita tak susah dan menyusahkan orang lain. Oh mulianya perbuatan/penubuhan tersebut...

Kita kembali kepada isu `mencuri' duit sendiri. Encik Nik Affandi Jaffar (Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP) menyatakan:

" Sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas simpanan ahli, adalah menjadi tugas KWSP untuk memastikan simpanan itu sentiasa dilindungi. Dengan itu, KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar undang-undang,” (saya cilok bulat-bulat dalam laman wek KWSP)

Biar saya perincikan maksud Encik Nik tersebut di atas dengan pemahaman saya sendiri yang kekadang saya pun tak faham, he he he. Kalau tersalah faham harap Encik Nik dan KWSP ampun, he he he. Simpanan sentiasa dilindungi tersebut termasuklah bermakna duit kita kena dilindungi daripada kita sendiri. Kelakar bunyinya tetapi...Haaa.

Pernah tak kononnya nak kumpul duit nak beli sesuatu tetapi tak terkumpul sebab asyik ambil juga sikit-sikit? Haa.. Sama juga dengan nak kumpul duit supaya pada hari tua akan senang. Cuba hari ini buka/buat akaun berasingan dan letak duit untuk hari tua...(anda berani cuba?). Haaa jawabnya merempatlah kita dihari tua. Kita ni selain seks, duitlah yang juga buat kita tidak dapat mengawal diri. Mengaku jealah.

Dua perenggang di atas adalah sebenarnya mennerangkan bahawasanya kewujudan KWSP itu adalah untuk kita, masa depan kita masa tua. Ya la, ada la kita dengar yang kerajaan ambil duit KWSP atau KWSP buat pelaburan. Tetapi wujud asasnya KWSP ialah tetap untuk kengkang tabiat dak kelakuan berbelanja gila kita yang tak sedar diri anak ramai tapi asyik tukar sportrim. Alamak emosi pulak saya.

Kalau kita emosi tidak baik kita menulis. Kata pepatah cina jangan menulis jika marah (kata perpatah yang diterjemahkan). Saya ada sedikit kemarahan ni...he he he.

Jan: maka saya berhenti menulis dulu...he

Wednesday, February 1, 2012

Remote tv, handpong, ATM dan kasih sayang saya...



Saya lahir pada 29 April 1970...

Anak-anak saudara saya tidak pernah tengok Tv hitam putih. Malah mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih...he he he. Gambar di atas adalah contoh Tv lama, sebijik seperti yang pernah keluarga saya ada. Dulu ada Tv1 dan Tv2. Bila ada TV3, kami terkejut dan gembira sebab ada rancangan Solid Gold. Dulu bila kami habis tengok tv kami tutup daun tv kiri kanan. Dan baiki kain kait yang menutupi Tv...Anak-anak saudara saya ada yang tidak reti nak switch on TV kalau tidak ada remote control. He he he. Pelajar saya pula, tak paham macam saya boleh survive dekat universiti tanpa handphone...dan internat. Panjat bangunan lepas tu hampa sebab pensyarah tak ada, perkara biasa bagi saya. saya tidak komplin sebab saya tahu tugas pensyarah bukan mengajar saya sahaja.
Petang semalam, bila saya lihat seorang pak cik tak reti nak masukan duit dalam ATM, saya terfikir pula. Mungkin 20 tahun nanti saya tak pandai guna ATM sebab masa tu dah terlampau canggih.
Jan: Tapi saya tetap sayangi dia sampai akhir hayat...sampai langit dan bumi bertangkup...