"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 31, 2012

Doa ibubapa

Kelapan: Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1]
Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:
Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.
Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1905 (Kitab al-Birr wa al-Sholah, Bab berkenaan doa kedua ibubapa).


Jan: sumber dari http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%208i.htm

Anak - Freddy Aguilar ( BM Version)



Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia



Jan: Layan...

Hati seorang ibu... (ini bukan cerpeng)

Cerita ini cerita sedih lagi menyedihkan. Saya kenal mak cik itu secara peribadi... Dia sudah lama meninggal. Cerita sedih ini tema dan persoalannya sebijik macam cerita-cerita Melayu kita. Saya tidak tahu bagaimana nak mula menulis sebab ianya kisah yang sedih tetapi saya tidak mahu menulis sampai pembaca rasa sedih. Sebab hari ini bukan hari ibu...(kata orang tiap-tiap hari, hari ayah). Anaknya yang belajar kat luar negeri akhirnya kahwin dengan orang putih. Ya lak an kena cium pagi petang, sapa tak ndak. Haaa. Tetapi cerita ini bukan pasal cium. Pasal hati terguris seorang ibu. Selama ni dia bangga anak lelaki dia cerdik dan pegang jawatan tinggi. Bina kerjaya di ibu kota negara Malaysia. Saya ringkaskan, dia (mak cik) tidak sejoin (sekepala) dengan menantu orang putihnya. Ya la kan, mak cik tu `yes, no all right' pun tak tahu. Sepatah haram tak tahu bahasa inggerii. Orang kampung lama, poverty pulak katakan... Dihikayatkan hari-hari makan budu. Ya, makan budu dan nasi sahaja. Saya bukan buat cerita.Dia kematian suami, dan ada masa ketikanya di ke KL jumpa anaknya. Tetapi rupanya itulah kepermegian terakhirnya ke rumah anaknya (ada macam cerpen tak? he he he). Anak lelakinya sibuk kerja 24 jam. Emak macam beruk duduk kat rumah bangelow 3 tingkat dan tak dapat berkomunikasi dengan menantu yang sangat berlainan budaya wahima rupa. Menantu pulak tengok mak mertua semacam jea. Mungkin menantu inggeris yang vouge tu tengok mak mertuanya macam Mak Lampir. Eh, mana kenal Mak Lampir...kan. Maka berlakulah satu kejadian yang menyebabkan maknya pada suatu malam itu juga tahan teksi depan rumah tengah malam, untuk balik ke kampung yang beratusan batu dari Kuala Lumpur... Hatinya terguris bukan kerana menantu tak tahu adab susila ketimuran dan keluhuran perlembagaan tetapi anak lelakinya sendiri sudah bertukar menjadi batu (si Tanggggangg). Tetapi bila sampai kat kampung dia tetap memuji yang anak menantunya sangat baik sekali... Cuma sorang sahaja yang tahu keadaan sebenar sebab mak cik tu ceritakan segalanya secara eksekutif. Ya, mak cik tu cerita kat mak saya dan mak saya pulak cerita kat anak kesayangannya (saya lah tu, he he he malu pulak rasa. Perasan) dan selepas 30 tahun kemudian saya tulis dalam blog ini untuk tatapan pembaca blog jankaulu... Ambil lah moral dan pengajarannya, seadanya.



Jan: Sampai akhir hayat mak cik tu tetap puji perangai anak dan menantunya...

Seperti menendang landak


Minggu ini kerap juga saya menggunakan pepatah lama dalam posting saya. Memang saya sengaja nak menulis pasal bidalan-bidalan orang Melayu. Bidalan-bidalan ini nampak remeh tetapi ada falsafah di dalamnya dalam membentuk pembangunan diri masyarakat.
Kepada pembaca yang setia membaca penulisan saya, pasti ada yang perasan kadang-kadang saya ada guna pepatah pepatih atau bidalan atau simpulan bahasa. Sebenarnya saya juga tak berapa pandai dalam sastera bahasa tetapi saya tetap menulisnya sebab rasa tanggungjawab pulak memelihara bidalan kita. Kalau ada pembaca yang tahu saya tersilap terlebih tahu. Perbetulkan saya.
Hari ini saya nak bercerita mengenai landak. Tentu pernah lihat landak kan? Pernah tak lihat landak secara life? Maksud saya bukan dalam majalah atau dalam Astro. Landak ini macam kura-kura tetapi berduri, eh macam tikus sebenarnya. Daging landak ni boleh dimakan. Dan ada yang mendakwa ia boleh buat daya rangsangang seksual kita melonjak. Entahlah saya tak pernah cuba. Maksud saya saya tak pernah makan daging landak.
Seperti menendang landak bermakna perbuatan yang bodoh (kedunguan yang total). Ya lah bila kita tendang landak, berdarahlah kaki kita, tak ke bodoh. Tetapi orang Melayu kita ini banyak buat perkara bodoh kot, sebab itu ada bidalan ini. He he he. Contohnya? Contohnya orang polilik? Tak nak lah selalu tulis pasal politik, nanti jadi blog politik.
Dalam masyarakat kita ramai yang degil atau bebal. Sangat degil, nasihat orang tidak dengar dan bila dah kena tak ambik pengajaran. Kena lagi dan kena lagi. Sebab itu ada orang yang keluar masuk penjara kan…? Haa.
Cuba fikir pernah tak kita buat perangai seperti menendang landak. Iaitu perbuatan yang kita tahu ada bahayanya tetapi kita buat juga. Haa… perbuatan yang keluarga kita larang, laki/bini kita larang, ayah/mak kita larang. Kita buat juga dan hasilnya kita rugi…
Haa,,,tu la namanya `seperti menendang landak”
Jan: Pernah…dan akhirnya meraung. He he he.

Anak bukan beban...(sambungan pulak dah)

Saya terima sms dari kawan saya, dia beritahu penulisan saya tentang anak begitu pedas. Saya tersenyum dan kecilkan kepala. Saya beritahu itu pendapat dan penelitian saya. Saya tidak berniat nak menulis menampakan saya sempurna dan orang lain salah belaka. Itu hanya pendapat. Tak bermaksud apa-apa dan bukan paksaan.
Saya faham tanggungjawab suami isteri dalam memelihara anak sangatlah mahakarya besarnya (besarnya sampai ramai jugak yang gagal...he he he). Saya tabik spring bila tahu pengorbanan ayah atau ibu terhadap anaknya. Jangan kata saya tidak faham atau tak mahu faham. Saya tabik buat Datuk Sarimah sebab dia buat filem `Dia Ibuku".
Tetapi ada orang ego, nak menangkan diri. Cuba kita letak ego kita di atas meja, kita bungkus dan letak ke tepi atau ke dalam bangkul sampah. Kita renung dalam-dalam... Kalau mulut kita asyik bercakap pasal anak sebagai sesuatu yang beban, nescaya 20 tahun lagi anak kita pun anggap kita macam, beban. Haaa. Percayalah cakap saya...(alamak macam orang tua pulak membebel padahal masih handsum).
Ya lah mereka kena pelihara kita pulak, sedangkan mereka ada anak-anak sendiri. Kita pula masa tu pun dah seizeng, nak masuk duit dalam ATM pun dah terketar-ketar, he he he. Pada masa itu banyak kena bergantung pada anak-anak. Pada masa itu adakah anak-anak kita anggap kita beban? Insyallah kalau kita tidak menganggap anak-anak kita sebagai beban (sama ada dalam sedar atau tidak), di kemudian hari mereka tidak menganggap kita sebagai beban.
Kalau yang tak ada anak tidak dapat kata apalah sebab mereka tak ada anak. Ni fokus kepada wargatua yang ada anak tetapi terbiar, terabai dan terpinggir... Ada anak, anak tak cara (tak cara = tak ambil peduli) adalah sesuatu yang lebih sadis...
Ingat tak masa kita kahwin dulu? kita peluk perut isteri kita yang membuncit dan seksi (ada orang kata bila perempuan mengandung nampak seksi, saya setuju), kita kata anak adalah rezeki. Dan ingat tak kita beritahu suami kita yang badannya macam papan lapis yang anak adalah rezeki kebahagian kita. Ingat tak? Haaa... kenapa bila membesar kita anggap beban walhal tanggungjawab kita? Haaa...Sebabnya?
Sebabnya kita tak nak berkorban! Dah ada anak rokok masih hisap lagi, tupperware masih oder lagi. Kalau duit banyak tak apalah. Tapi bila timbul isu nak keluar duit untuk anak, nak-bayar itu ini kita mengeluh. Tak ke pelik?
Saya bimbang pula hendak meneruskan posting ini sebab takut ada yang terasa, tetapi niat saya bukan begitu. Mungkin ada yang boleh terima dengan baik apa yang saya tulis. Dan mungkin ada yang tidak. lain padang lain kawasan perumahannya.
Kesimpulannya, anak ini adalah anugerah kebanggaan kita dunia akhirat. Malah dalam agama islam anak yang soleh bagai mata air yang mengalir dari syurga (unsur agama)...
Jan: Anak yang durhaka?, pintu taubat masih terbuka...haaa..

Anak bukan beban...!

Duduk elok-elok jangan buas, jaga disiplin duduk rumah orang...




Sebenarnya apa yang kita fikirlah yang kita cakap dan kemudian buat! Kemudian jadi habit kita, haaa.
Saya rimas dan tidak selesa jika kawan-kawan saya merungut pasal anak-anak mereka. Bukan tidak boleh merungut langsung...mana ada Akta JMAM (Jangan Merungut Anak Malaysia), tetapi nampak sangat awak gagal mengurus anak dan tidak berpandangan jauh. Buat malu orang ada anak jea. Merungut-merungut dan merungut...
Tak kanlah dalam setahun tak boleh urus anak nak letak kat mana?. Logik la sikit. Kalau orang Jepun atau Amerika tahu, mereka gelak. Tidak profesional langsung dan rungutan tersebut menampakan awak memang kepala kelas dunia ke 3 punya taraf.
Saya tak ada anak, sebab itu kot saya boleh guna fikiran saya dengan positif. Dan memang kawan saya yang ada anak pun berlambak yang positif dan dapat atasi masalah anak nak letak kat mana? Maksud saya nak letak anak kat mana kalau kita ada kursus 2, 3 hari, ada retret ke atau ada Tim Bilding (ejaan ikut sebutan).
" Ala awak senang la Man, tak ada anak bini" Laju je mulut kawan saya mengata saya seolah orang tak ada bini ni tak ada masalah lain. Tuhan tu adil laa...(unsur agama, sengaja diselitkan sebab berada dalam masyarakat Melayu, kena tunjuk sikit baru boleh `jual').
Saya tabik spring kepada seorang kawan saya yang profesional. Dia beri upah dan buat bayaran untuk orang jaga anaknya sebab dia suami isteri nak gi bengkel 2 hari. Nak kosentrek pasal kerja. Inilah kali pertama saya lihat ada orang yang tidak pesimis bila hal nak kerja dan tidak sesekali buat anak sebagai alasan tak nak ikut kursus yang majikan buat. Tetapi orang begini sikit, boleh dibilang dengan sebelah jari tangan.
"Jangan la pulak kata" Ala dia banyak duit, boleh upah orang jaga anak!". Tolonglah jangan. jangan dan jangan... Jangan beri alasan. Sepatutnya kepala otak arahkan kepada bagaimana nak cari jalan supaya boleh pergi/hadir bengkel demi kemajuan majikan dan sekaligus kemajuan periuk nasi kita...
Tak kanlah dengan 2, 3 hari berkursus anak-anak terabai. Yang selama keni? yang balik kerja lewat dan bercakap dengan anak bini macam nak berperang? Haaa...
Yang suka gembar gemburkan masalah anak di pejabat pun sepatutnya bersabarlah. Buat apa buat begitu? Nak mintak belas kasihan? Huh sori morilah... Tak ramai yang ada yang mampu tolong kita, semua ada masalah sendiri. Kita sebenarnya mungkin buat tindakan memalukan diri. Malah kita menunjukan kelemahan kita seolah anak tu maha berat bebannya. Kita terlupa anak itu rezeki...
Nanti orang kata "Alah, sampai dalam setahun tak reti-reti lagi nak urus anak, 2, 3 hari!.
Jan: Selalu dipandang serong sebab tidak ada anak bini wal hal ramai yang hidup serong walaupun ada anak bini.

Monday, January 30, 2012

Dialog sebenar: Bahasa artis kita

Kadang-kadang seronok juga saya melihat artis kita `main wayang'. Walaupun saya bukan artis, saya faham bahasa mereka kerana saya tahu dunia hiburan kita tidak besar mana. Pi mai-pi mai tang tu juga. Jom kita lihat, bagaimana dialog sebenar jika mereka benar-benar ikhlas:
1. Artis yang baru kahwin:
" Saya baru sahaja berumahtangga. Sekarang saya mesti tumpukan kehidupan kepada keluarga, saya bukan solo lagi, saya mahu bina rumahtangga yang bahagia bersama datuk. Saya mahu jadi isteri yang bertanggungjawab"
Ertinya senang " Saya tengah sibuk habiskan/berbelanja duit suami" . Haa...
2. Artis berkumpulan:
" Kami kumpulan yang ada perinsip, walaupun album kami lembab di pasaran, kami tetap menerima undangan sekitar ibukota".
Ertinya " Mungkin ini album terakhir kami, kami kena cari kerja lain nanti.
3. Artis dan pasangannya:
" Rumahtangga kami tiada masalah! Kami bahagia"
Ertinya "sebenarnya dah 3 bulan kami hidup berasingan".
4. Artis dan aurat:
" Insyallah suatu hari nanti saya akan bertudung, saya tak naklah bertudung kerana peminat, atau suami"
Ertinya " Semangat nak tutup aurat saya masih rendah".
5. Artis wanita buat `comeback':
" Bidang seni tidak boleh dipisahkan dalam diri saya. Darah seni tetap mengalir. Saya tahu saya masih ramai peminat"
Ertinya "Saya dah kena cerai..."
6. Artis berkumpulan remaja ala hip hop:
" Baju kumpulan kami Adidas yang taja, ada beberapa buah syarikat termasuk Nike juga berminat menaja pakaian kami"
Ertinya " Kami pakat-pakat beli baju ni. Semua orang kena beli baju Adidas dengan duit sendiri... lepas ni kami beli jenama Nike pula"
7. Artis yang insaf:
"Saya sudah tidak mahu hadir di majlis-majlis syaitan. Dunia hiburan sangat melalaikan! Saya dah dapat hidayah. Selama ini hidup saya sesat"
Ertinya: " Saya sudah tidak ada tempat dalam bidang hiburan. Menyanyi pun tak seberapa, berlakon pun tak menjadi. Mengacara dan melawak pun tak dapat sambutan sebab umur dah makin tua. Baiklah saya tinggalkan dunia hiburan ini"
Jan: He he he

Melepaskan batuk di tangga





Rasanya ramai yang tahu bidalan ini. Ya, perihal buat kerja pakai mudah, tak bersungguhan dan tak berdisiplin. Sebagai tenaga pengajar, saya pantang kalau pelajar buat tugasan (kertas kerja) macam melepas batuk di tangga. Saya rasa nak bakulsampahkan sahaja hasil kerja mereka. Tetapi biasanya saya suruh mereka `redo’ semula. He he he. Tak sampai hati pulak. Saya berjiwa halus dan mengada.



Cuba kita bayangkan bagaimana bidalan ini boleh wujud. Masyarakat Melayu lama dulu ambil air di telaga atau di sungai, mereka tidak ada paip. Dan mereka juga tidak mengenali selipar Jepun (pada masa tu Jepun masih tidak menjajah Tanah Melayu), mereka hanya berkaki ayam sahaja. Bila nak naik ke rumah tentulah kena basuh kaki.



Biasanya di rumah orang Melayu lama, diletakan tempayan di sebelah tangga. Supaya kita dapat basuh kaki bila nak naik ke rumah. Dan mereka gunakan batuk (sejenis gayung atau bekas daripada tempurung yang digunakan untuk menceduk air) untuk ambil air di tempayan. Bila kaki dah bersih, kena la letak balik batuk tersebut dalam tempayan, atau tempat selitnya. Yang tak berdisiplin atau pemalas, akan letak batuk tu kat tangga jea (nasib baik tak dilempar jea). Atau jangan la pulak terbawa batuk tu ke dalam rumah. Nanti orang lain nak basuh kaki cari tak jumpa pulak.



Kita kembali kepada tajuk posting. Perihal kerja melepaskan batuk ditangga ini memang ramai dalam masyarakat Melayu kita. Contohnya buat majlis kahwin seperti melepaskan batuk ditangga. Penyudahnya tetamu makan nasi dengan acar dan kacang panjang sahaja (saya la tu, he he he). Dan boleh juga kata melepas batuk ditangga dalam member nafkah keluarga. Anak bini tak nak beri nafkah yang sempurna, bila dah kahwin rasa lega dan nak berseronok sahaja. Kot-kot kambing jaga anak-anak mereka (anak kambing tersebut) lebih baik.



Sebenarnya bila berkahwin kena la fikir pasal nafkah. Sampai anak dah boleh berdikari. Bila ada anak kena la bayar yuran peperiksaan. Masa saya jadi ketua tingkatan dulu, ada kawan perempuan jumpa saya, dia suruh saya jumpa gurubesar. Dia malu nak minta bantuan bayar yuran peperiksaan. Kawan saya beritahu kepada saya dia sudah minta pada ayahnya tetapi kena marah. Ayah dia kata kalau nak ambil periksa atau nak belajar jangan minta duit dengan dia. Ada juga ayah jenis ini kan? Ada. Selamat datang ke dunia Melayu.



Maka saya pun jumpa la guru besar dalam biliknya, mulanya takut tapi oleh kerana rasa marah, lancer jea saya burukan perangai buruk ayah kawan saya (yang kerjanya tunggu kedai kopi dan kritik kerajaan). Mak kawan sayalah yang sebenarnya kerja siang malam jahit baju kurung. Kesian.



Kalau nak bercinta, berkasih sayang dan berkahwin, buatlah sesungguih hati jangan lepas batuk di tanga jea. Bila sudah berumahtangga henti-hentikanlah perangai tak bertanggungjawab tu!. Malu la retek kat kambing...



Jan: sayalah `batuk' itu..., dia abaikan saya apabila dia dah berada di zon selesa. Hanya allah yang tahu bagaimana saya lalui hidup selepas dia tiada…(sedih pulak dah…ni yang boring ni)

Mahal tali daripada beruk



Pepatah ini pepatah Melayu lama. Orang Melayu memang kuat menyindir. Sampai ke tulang tajamnya sindirannya. Saya rasa pepatah ini sama dengan pepatah moden iaitu `mahal pagar daripada rumah’. Haa…
Semua orang kenal beruk, atau sekurang-kurangnya pernah berperangai macam beruk. Saya suka monyet tapi beruk saya takut. Beruk tak mesra alam. Tentu anak-anak kita tidak kenal yang mana satu beruk, monyet, kera, siamang, ungka, lotong dan seangkatan dengannya. Mereka kenal Arong Aziz.
Tali pula digunakan untuk ikat beruk tersebut, supaya tidak lari dan senanglah kerja mengutip kelapa dilakukan. Saya berasal dari kampong, saya pernah tengok beruk panjat kelapa dan saya pernah juga tengok orang macam beruk bila panjat kelapa. Saya dan anak saudara ketawa melihat aksi manusia panjat kelapa. Sebijik. Duduk di kampong best!.
Mahal tali daripada beruk bermakna harga tali lebih mahal berbanding dengan harga seekor beruk yang rata-rata dalam RM300 ke RM500 seekor (ayah saya yang beritahu harga tersebut, kawannya ada jadi guru beruk. Ayah saya kata bukan semua beruk boleh dibuat panjat kelapa. Ada yang ego, dan ada yang malas. Eh beruk tiru perangai manusia ke?). Ya mana ada tali semahal lebih daripada beruk. Tetapi ini namanya perumpamaan. Perkataan yang digunakan adalah `umpama’. Haa.
Mahal tali daripada beruk mungkin juga boleh rujuk kepada kelakuan kawan kita yang ubahsuai keretanya sampai harga tambahan ubahsuai letak itu ini sudah menjangkau melebihi harga kereta tersebut! Jangan tak percaya, biasanya lelaki memang begini. Mungkin kalau peti ais boleh bubuh dalam tu, mesen basuh juga nak dibubuh sama. Orang perempuan pula mungkin nak bubuh meja solek mereka. Atau rak kasut? He he he.
Atau kes orang perempuan yang mak bapaknya letakan harga yang tinggi untuk dikahwini? Rupa tak la seBeyonce Knowles mana, pelajaran tidak tinggi, tidak pandai memasak, tak pandai menjahit dan tak pandai menyulam (pandai bersolek dan tengok Astro jea, he he he). Perangai kasar mengalahkan lelaki dan suka perasan dan minta dibelikan hadiah. Kalau perangai macam tu siapa nak `beli’ kalau `harga/ mahal sangat. Haa…
Sapa-sapa yang ada anak perempuan tu, suatu hari nanti kena ingat yang suatu hari nanti anak lelaki kita juga akan `membeli’… Kalau anak perempuan kita macam Maya Karin ke, lainlah. Letak ratusan ribu ramai yang kelabu mata…ini mahal tali daripada beruk!
Jan: Mahal pinggan daripada makanan…(sebab makan Maggie jea).

Sunday, January 29, 2012

Rapunzel, Tangled...



jan: emmm

Lagi perihal BB1M


Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya, para pelajar membeli buku menggunakan Baucer Buku 1M (BB1M) di kedai buku di Muadzam shah. Saya melihat mereka tersengeh membeli buku dan menghulur baucer tersebut. Mereka gembira. Masa tu saya sedang cari majalah Impiana.
Kalau diberi tunai kepada mak bapak, belum tentu sampai kepada anak-anak. Alasannya mudah `ala selama ni sapa yang berbelanja untuk pelajaran". Haaa, itulah antara alasannya. boleh kita dengar di kedai-kedai buku sekarang. Serata Malaysia. Kalau tak percaya jom pergi sekarang.

Saya mahu lihat dari sudut positif. Mereka suka membeli buku dan dapat menanam sikap suka membaca dan hargai buku. Jangan kata semua pelajar menjual baucer ini. Mereka membeli buku. Mungkin yang menjualnya hanya segelintir. saya harap kerajaan terus beri baucer begini jangan kerana dekat pilihanraya sahaja. harga buku di malaysia jauh lebih mahal dari sesetengah maruah rakyatnya, he he he. jangan marah.

Pun begitu pastilah ada pelajar yang mahu menjualnya. Sebabnya mahu duit. Mungkin mahu beli benda lain? Aatau beli buku pada lain kali? Haaa...
dan ada kedai buku yang rela membeli baucer tersebut dengan harga yang rendah. Kes ini sedang disiasat. Modus afandinya mudah, baucer tersebut boleh ditukar untuk mendapatkan wang tunai semula. Pekedai juga `bijak', berniaga atas dasar kerajaan.

Jan: Jangan kata kerajaan jea tak betul, rakyatnya pun banyak tak betul. He he he.

AJL 26: Saya tak berdebar, saya tak menanti...


Mungkin AJL 25 tahun lalu adalah AJL yang terakhir saya tonton. Saya tidak teruja untuk melihatnya setelah AJL tahun lalu tidak menarik dan melawak adanya. Saya rasa AJL sudah tidak dapat mengangkat martabat muzik Malaysia. Itulah pandangan saya. Ia sekadar muzik terkini yang digilai oleh golongan generasi baru. Malah lagu yang tersenarai dan menang ada yang saya anggap bukan `muzik' pun, he he he.

Mungkinkah kerana saya sudah berumur? Jawapannya tentulah tidak sebab saya masih mengikuti muzik, saya masih lagi minat muzik indonesia yang dilagukan oleh kumpulan anak muda. walaupun lagu mereka `keindonesiaannya' sudah kurang saya tetap layan sebab iramanya menarik. Begitu juga muzik barat, saya layan jika merdu.

Saya cadang mungkin malam ini saya masak spageti, saya makan sambil layan DVD. Pelik sungguh kehidupan kini. Walaupun banyak rangkaian TV, iannya tak menarik hati saya. Mungkin saya membaca sambil menonton? Entahlah. Basuh baju?

Namun saya suka lagu Sungai Lui, nyanyian Aziat. Yuna? Tolonglah...he he he. Titik...

Saya rasa pelik bila media gemparkan AJK, opss AJL merupakan acara yang berprestij. Apa prestijnya? Dan kalau nak kata lagu yang tercalon akhir adalah lagu-lagu Melayu yang terbaik, nampak benar bohongnya...

Katanya lagi diharapkan lagu yang diangkat malam nanti mampu memberikan impak kepada keseluruhan industri seni dan memacu apatah benda lagi...kemudiannya.

Dahlah politik Melayu kelakar, dunia hiburannya lagi kelakar dan menipu!

Jan: terukanlah berangan...jom.


Berebut apam dan batang buruk



Penerbit drama di Malaysia ni kadang-kadang sama juga dengan penulis novel di Malaysia. Tema dan persoalan karyanya selalu berkisarkan apam, kalau tak apam, batang buruk. Cuma penerbit filem jea lain sikit sekarang, suka tema hantu apam.
Tidak salah jika cerita cinta. Tetapi cinta hendaklah dilihat dari konteks yang lebih besar. Bukan bila dah dapat, dah kahwin jadi berjayalah dalam hidup. Tidak En Ramliii...
Tidak salah cerita cinta tiga segi (empat atau lima segi). Tidak salah kisah berebut apam dan batang buruk dibuat. Tiada cacat celanya kisah cinta, boleh buat. Lihat cerita Titanic, kan ianya pasal cinta. yang hebatnya ianya telah diangkat oleh karyawan pada tahap yang tinggi. Bukan jadi cinta monyet yang murah.

Sejak saya kecil sampai besar cerita berebut apan dan batang buruk ni berterusan tanpa pembaharuan yang besar. Jalan cerita gitu jealah. Gitulah gamaknya sehingga mati. Apa salahnya selitlah unsur-unsur atau persoalan lain selain kisah perempuan Melayu berebut batang buruk atau lelaki bergaduh berebutkan apam...

Jan: Huh!

Bonus untuk UMNO






Setelah dipecat sebagai ahli PAS, Dr Hasan Ali (datuk) rancak menganjurkan ceramah untuk memperlihatkan kelemahan parti PAS dan menyebarkan hal bahayanya gejala murtad. Beliau dipecat oleh Presiden PAS sebab tindakan-tindakan yang menyalahi dan merugikan parti. Memang patut pun. Kalau merugikan buat apa simpan. Dan bagi saya tindakan PAS ini amatlah betul untuk periuk nasi PAS dan juga melegakan PKR dan DAP. Dua parti yang mempunyai cita-cita dan perjuangan yang berlainan. Eh jangan kata mereka sama, kalau sama...PKR masuk PAS atau PAS masuk DAP, he he he.

Namun Dr Hasan Ali bukanlah sembarangan orang, sejak dahulu lagi dia memperjuangan hak orang islam di negara ini. Mungkin dia orang yang jenis tegas dan tidak suka sangat berpolitik. Ada yang kata sebenarnya beliau kecewa sebab tak ada suara dalam parti. Entahlah, yang betul adalah betul jika kita rasa prinsip kita betul. Dia rasa dia betul sebab itu dia nak cerita yang betul-betul kejadian.



Jangan marah kepada PAS sebab PAS tidak boleh simpan orang begini, lagipun bukan semuanya 100% adalah keputusan atas batujemala PAS. PAS kena jaga hati `adik beradiknya', dalam pakatan pembangkang juga ada main `politiknya'. Ala... macam dalam Barisan Nasional la, lagi cilik main politiknya sebab gabungan 13 buah parti kan? Eh 13 ke sekarang?



Namun Dr Hasan Ali tidak masuk UMNO, dan UMNO pun tidak mempelawa Dr Hasan Ali. Haa...



Tapi pegi mari-pegi mari UMNO yang untung bila Dr Hasan Ali rancak berceramah.



Jan: Sayang nak guna duit bonus...he he he. Nak simpan buat kabinet putih.

Saturday, January 28, 2012

Mahal banner pada lauk

Ada satu kejadian, saya sampai ke majlis perkahwinan, lauk pauk dah sold out!. Padahal bukannya petang sangat. Haa... Sapa nak jawab?
Masa tu saya nampak ramai yang tidak makan di bawah. Sedangkan di atas rumah riuh rendah dok pukul gambar bersanding. Sungguh tak teratur majlis ini. Kira pakai buat jea. Tetamu lapar di bawah tak ada yang peduli.
Maka saya dan kawan-kawan pun makanlah nasi dengan acar dan ulam layu dengan hati yang sayu. Kebetulan pulak kami dari jauh, lapar. Tambang duit minyak kongsi ramai-ramai. Datang jugaaak nak rai kawan yang rumahnya tengah bendang. Kami datang jugak sebab kawan baik.
Tetapi nasib malang kami tidak sampai di situ. Kami tidak dibenarkan naik ke atas rumah untuk lihat kawan kami yang tak handsum mana tu bersanding. Saya bukannya nak tengok sangat. Kalau dah tak handsum tu bersanding dalam telaga pun tak handsum mana jugak. Tapi kawan saya yang satu lagi ni gian sangat nak tenguk. Geram saya. Masa tu muka saya dah masam dan rasa nak balik jea.
Masa tu kami baru abis belajar di UM. Dulu mana ada handphon. Saya ingat lagi layanan yang diterima seolah kami ini orang tak berbangsa, tak ada mak bapak, gelandangan atau duduk di rumah kolong.
6 bulan selepas itu barulah kawan saya minta maaf pada kami atas layanan yang tidak memuaskan tersebut. Kawan saya kata memang lauk tidak cukup sebab tak sangka ramai yang datang, lagipun dia buat banner gambar dia dan isterinya untuk diletakan di bandar dan di persimpangan jalan masuk ke kampung, di pasar dan 2 di depan rumahnya. Katanya di kampungnya dialah yang pertama kali buat banner bila berkahwin.
Jan: Kali pertama makan nasi dengan ulam dan acar sahaja...huh!

Itu namanya mencuri!



Saya nak cerita ni. Bila sudah berumur lebih 40 tahun tapi tak kahwin-kahwin, tentulah saya mengelakan diri daripada menghadiri majlis pertunangan/perkahwinan orang. Sebab seolah ada agenda atau jadual selepasnya saya akan jadi bahan jenaka. Lagipun saya sudah terlalu letih dengan semua ini, saya berpendapat adalah lebih bijak jika saya hindari tempat-tempat yang menjadikan hati saya tak selesa bila lihat orang bodoh-bodoh buat lawak satira di sekeliling saya.
Namun semasa muda belia dan handsum dulu (tidak bermakna sekarang saya tak handsum. Handsum juga tetapi jenis handsum umur 40an, tak lah sama dengan handsum muda belia macam dalam majalah Maskulum). Kita sambung tujuan saya menulis. Ya, semasa muda dahulu saya giat juga hadiri majlis perkahwinan. Walaupun tidak potong daging saya buat-buat sibuk di hujung meja. Alih barang-barangm, he he he.
Tapi saya nak cerita pasal orang `curi' daging bukan pasal saya handsum. Ayah saya memang ada kata pemotong-pemotong daging untuk majlis kahwin tersebut ambil daging mentah dan dibawa pulang untuk anak bini tanpa mintak kepada tuan rumah. Masa mereka potong daging siap ada plastik nak isi daging kat pinggang mereka.
Dan tuan rumah pula tak terkata apa (selain berdebar takut daging tak cukup) sebab yang bawa pulang daging tersebutlah yang banyak menolong memotong daging tanpa bayaran. Pelik kan, jika ambil daging kira upah lah pulak, bukan menolong, kan?
Begitu juga bila kenduri masih belum selesai tetapi lauk pauk sudah dibungkus untuk dibawa balik. Sedangkan majlis makan tidak habis lagi, ramai yang datang lewat sikit lihat lauk pauk tak ada (sedangkan kat belakang bangsar ada seperiuk lagi!). Teruk kan. Macam mana la nak berkat majlis kahwin kalau gini rupa bentuk majlisnya...
Selamat datang ke planet bumi...
Jan: Ambil sesuatu tanpa minta izin tuannya iatu namanya MENCURI kan?

Saya tetap doa daripada jauh...



Sempena cuti saya seminggu sempena raya Cina ni, alhamdulilah saya dapat elak 2 majlis perkahwinan termasuk perkahwinan sepupu saya. Walaupun saya tidak hadir tetapi ahli saudara mara saya yang singgah di rumah saya masih sempat lagi menyindir saya. Tahniah!. Alhamdulillah. Dia orang ingat sedap ke kena sindir ni?.
Bila kita berkahwin, adalah elok dikhabarkan/dihebohkan kepada khalayak atas sebab-sebab tertentu termasuk bimbang bini orang kita ngorat jugak. Tetapi posting ini bukan pasal ngorat bini orang tetapi pasal saya tidak hadir majlis perkahwinan masyarakat Melayu.
Saya harap perkahwinan tersebut tetap meriah tanpa saya, dan dari jauh saya dengan ikhlas hati doakan semoga pasangan tersebut bahagia hingga akhir hayat, dapat mengalami dan mengakui proses tua bersama orang yang di sayangi, jangan curang.
Kalau ada konflik pun semoga akhirnya jadi bahagia macam drama swasta Melayu (ada ke lagi drama kerajaan sekarang?).
Jan: Dan dari jauh saya maafkan segala umpatan terhadap saya. Saya maafkan... (sedih pulak rasa, rasa macam baik jea)

Friday, January 27, 2012

Komunikasi pada masa tua


Orang lelaki biasanya tidak pandai menunjukan perasaan yang mendalam. Kerap kali juga mereka bukan sahaja tidak pandai tetapi maha ego. Saya ada seorang kawan yang bila dia suka kepada seseorang dia diam sahaja, dia akan selamba sahaja. Kalau orang galak nak kan dia sampai melompat di tepi dinding, dia cool sahaja. Bila orang mabukan dia, dia cool sahaja. Bila orang tinggalkan dia, dia meraung tepi jalan sorang diri...dan menyimpan dendam yang mendalam...(He he he, sayalah tu. Buat-buat kononnya kawan tetapi tulis hal sendiri).

Tetapi posting ini bukan hal saya secara mutlak. Ianya hal komunikasi yang maha penting dalam perhubungan suami isteri. Komunikasi yang saya maksudkan bukan semata percakapan malah perbuatan. Kata seorang kawan sekerja saya jika dia buatkan air kopi hitam pekat, suaminya akan mengerti bahawa itu isyarat dia mahu disetubuhi. Saya mengucap pendek. Hal suami isteri ni kadang-kadang buat saya tak faham. Tapi menarik, haaa...

Kata kawan saya yang kini sudah bercahaya mata, komuniukasi akan menjadi semakin penting bila pasangan semakin tua. Bila anak-anak sudah besar panjang dan sudah mulai lupakan kita sebab fokus kepada bini/laki masing-masing, pasangan kitalah yang memenuhi kehidupan kita. Interaksi akan lebih banyak terjadi antara satu sama lain. Sebab sebelumnya interaksi lebih terarah dalam proses kerana mahu membesarkan anak-anak. Katanya, seolah pakar pulak dalam rumahtangga sedangkan pada masa tu dia masih tidak berumahtangga. Kami masih solo pada masa tu. Kini saya saja solo masih...

Sekali lagi kawan saya tekankan bahawa kita sepatutnya sayang kepada pasangan kita kerana semata-mata kerana sayang. Bukan sebab baik ke, cantik ke atau ada pasangan kita berharta, atau atas sebab-sebab yang lain. Kata kawan saya lagi cinta tidak memerlukan sebab musabak Pulak dah...tapi saya setuju sangat-sangat sebab saya juga tak handsum mana, tak berharta manadan tak bergaya mana. Cuma ada sekeping hati yang suci dan setia (promosi nampak, he he he).

Saya setuju sangat dengan kata-kata kawan saya yang juga merangkap tanah di kampungnya sangat subur untuk tanaman. Tetapi saya nak beli selori sahaja, nak label tanah laman biar sama.

Jan: Abaikan perenggang terakhir..

Thursday, January 26, 2012

Kek untuk dia...

Teman anak saudara memancing...

Ini syafiq tapi keluarga panggil Pit. Dia ikut serta memancing.

Ramai juga memancing. Mungkin ini ketikanya nak larikan diri daripada bini dan anak-anak. Nak rehat kejap kot.


Ada yang macam saya, tak mengail tapi buat-buat sibuk dan gembira bila orang lain dapat ikan...

Pitt tiada gigi...

Upacara bubuh upan bermula...


Balik dengan tangan kosong jea...he he he.

Beli ikan laga...

Hari ini ikut anak saudara gi beli ikan laga, saya beli ikan gupi. Ikan ni disusun cantik dalam bekas, tapi bila nak beli dia bubuh dalam plastik sahaja.

Ramai budak-budak yang nak beli ikan ni. Bukan untuk melagakan ikan tapi badi mana yang cantik. Badi tu maknanya bertanding. `badi dang sapa' maknanya kita belari dan lihat siapa yang sampai dulu di akhir garisan. Haa..



Gambar atas adalah ikan gupi yang saya beli. RM1 dapat 4 ekor sebab tak cantik mana. Kalau cantik mahal sikit. Kalau perempuan cantik datuk `beli', he he he.

Wednesday, January 25, 2012

Bukan duit, bukan harta...

Tadi saya ke bandar Jerteh. Ketika hendak pulang dari membeli belah, saya nampak satu keluarga menuju ke kereta kancil yang kecil di tempat pakir. Mereka juga membeli belah. Saya perhatikan suami dan isterinya, juga anak-anaknya. Mereka riang sekali. Nampak bahagia sangat dalam kereta kancil yang sendat itu...

Ya, saya rasa kasih sayang sangat berharga, tiada tara duit dan harta. Atau kereta besar bergaya...

Susah kan...?

Susah rasanya mahu cari orang yang akan tetap sayangi kita sampai kita tua. Maksud saya sehingga kita hodoh berkedut dan tak bau wangi. Kalau kain berkedut bolehlah disterika,disembur wangian...he he he.

Biasanya orang sayangkan kita sebab kita cantik/handsum, sebab kita bergaya dan ada wang. Biasanya begitulah. Sebab ada kepentingan. Walaupun saya asyik malang dalam bab-bab berkasih sayang, saya tetap beranggapan memang ada kasih sayang yang sejati. Yang saya percaya hanya tuhan sahaja yang dapat padamkan rasa antara mereka.

Dan saya berpendapat lagi, jumlahnya sedikit... Tidak semestinya pasangan yang kita nikahi adalah soulmate kita...

Di belah bahagian saya...sayangnya sampai ke mati...

Pada ombak pantai Bukit Keluang

Semakin lama saya berada di kampung, semakin berat hati saya untuk balik semula ke Muadzam Shah. Di tepi pantai saya bertekad. Bila bersara nanti saya akan balik duduk di kampung. Saya nak melibatkan diri dalam pembangunan daerah Besut. Bukannya aktif sangat tetapi saya nak sumbangkan sesuatu.

Kata orang tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat berkasih sayang. Tapi tak apalah... tentu nanti adalah bahagian dia...

Bila kita tua


Rumah di kampung hanya ada ayah dan mak. Ayah dan mak tidak mahu tinggal di rumah saya, rumah kakak saya atau adik-beradik lain. Ayah dan mak suka duduk di kampung bersama kawan-kawannya. Kalau duduk di rumah anak, mereka kata mati kutu. Tak ada kehidupan.

Saya ada lihat kawan-kawan saya yang bawa mak atau ayah mereka tinggal bersama. Biasanya bila salah seorang ayah atau ibunya meninggal, mereka akan bawa ayah atau ibu tinggal bersama.

Ayah saya kata, emaklah teman dia. Dan kadang-kadang bila sunyi mereka berkelahi. Kemudian berbaik semula. Ayah saya jenis tak lekat di rumah kecuali adik beradik saya balik kampung. Emak juga ada geng pencennya. Mereka masih aktif lagi mencara hal orang. Dulu ada suami kawan mak saya hilang. Mak saya tolong pergi cari suami dia. Ayah saya kata lebih baik mak saya tubuh Persatuan Mencari Suami Orang yang Hilang. He he he.

Saya cuba bayangkan masa saya tua. Kalau tiada apa-apa ciptaan yang canggih, tentu saya sangat sunyi sebab nak berbalah dengan siapa? Bila mak dan ayah saya tiada, tiadalah orang yang sayang ke saya. Adik beradik ada tetapi kasih sayang adik beradik lain...

Tapi saya rasa kasih sayang allah sudah melebihi segalanya.

Tapi sunyi akan tetap mengigit saya...

Lagi hal merentas desa...

Saya beli keropok RM3 dan air dalam bekas RM2. Saya terus pusing sekolah cari anak saudara saya. Tentu dia haus sebab kena berlari merentas desa. Saya nak beri dia minum.

Sebenarnya pukul 5.10 petang waktu yang sepatutnya saya pergi ambil Najib dari sekolah. Tetapi saya pergi awal dan bawa bekal air untuk dia. Tentu dia haus. Ketika saya sampai di sekolah sudah ada pelajar yang sudah menyudahi merentas desa. Maka saya pergi cari anak saudara saya keliling kampung sampai ke tepi pantai. Saya pasti dia tak sampai lagi dan tercungap di tengah jalan. Tapi saya tidak tahu laluan mana mereka tempuh.

Saya lihat di persimpangan jalan ada cikgu yang menjaga sambil mencekik pinggang. Mungkin mereka nak jaga keselamatan pelajar. Tetapi alangkah moleknya jika cikgu turut sama merentas desa. Kalau boleh dengan guru besarnya sekali. He he he.

Kalau cikgu turut merentas desa, mungkin ada yang tergolek, pengsang dan sebagainya. Kalau ada penyakit memang tidak boleh merentas desa. Mungkin kena merentas desa 1km dulu, bukan 8km. Kalau tidak, semua cikgu MC, bilik guru lengang. Dan sekolah jadi meriah.


Merentas desa

Gambar sekadar cilok dari internate...
Hari ini saya sibuk. Saya cuba sedaya upaya bersama anak-anak saudara. Waktu pagi saya pergi hantar mereka ke sekolah, pergi ambik mereka dari sekolah, dan petangnya hantar pula merentas desa. Penat juga menjadi ayah, mungkin sebab itu ramai yang gagal. Menjaga anak-anak susah, kalau setakat beri makan, kambing pun boleh kan.

Perihal merentas desa ini, anak saudara saya malas. Dia kata jauh. Kena belari 8km. Saya suruh dia merentas desa juga. Saya kata pengalaman merentas desa akan jadi manis bila dia dewasa nanti. Saya beritahu dulu saya juga merentas desa semasa bersekolah menengah. Saya selalu merentas desa dengan seluar jeans. Cikgu marah tetapi saya buat selamba sahaja.
Dan saya beritahu bila saya sampai di sekolah selepas merentas desa, saya lihat kawan-kawan semua tiada. Guru pun tiada. Tinggal baldi air sirap sahaja. Sebenarnya saya tak merentas desa, saya berjalan sambil berbual-bual dengan kawan-kawan.

Masa saya berhenti kereta antar anak saudara saya merentas desa di hadapan sekolah, dia nak cium tangan saya, katanya nak mintak berkat. Katanya manalah tahu dapat nombor ke? Saya tergelak sambil saya kata `keturunan kita ni mana ada ahli sukan, kalau dapat nombor Iman berbogel". He he he. Tak patut saya kan, sepatutnya beri semangat.

Tetapi memang, dalam keluarga saya, tidak ada ahli sukan.

Tuesday, January 24, 2012

Balik raya cina, dan sekeping hati

Sekarang saya berada di kampung, cuti raya Cina. Kakak saya juga balik kampung. Kami manfaatkan cuti sebaiknya.

Kali ini saya sampai di kampung pada pukul 11 malam lebih. Saya bertolak dari Kuantan pukul 6 petang. Kira selow juga saya bawa kereta. Dalam kereta saya layan lagu sedih tetapi saya tidak menangis sebab ada kawan di sebelah. Kawan saya tidor di rumah saya, keesokannya barulah dia balik ke Kota Bharu.

Saya terus ambil cuti selama seminggu. Saya dapat 4 hari cuti sebab saya bekerja setiap sabtu dan ahad dua minggu berturut-turut tanpa gangguan (saya tak dimarahi isteri sebab saya tak ada isteri). Cuti ganti tersebut kerana saya jaga bilik urusetia exam dan juga cuti ganti sebab saya AJK OBE. Kira saya tidak sentuh lagi cuti saya.

Duduk di rumah banyak kerja yang hendak dibuat. Rumah saya di kampung sudah jadi macam hutan sebab pokok-pokok di sekeliling rumah tiada orang yang mahu membersihkannya. Di kampung ada emak dan ayah sahaja.

saya teleh membersihkan semua tebu. Saya buang semua tebu yang ayah saya tanam keliling rumah sambil berleter. Sebenarnya ayah saya sibuk. Entahlah, seingat saya rumah saya di kempung tak pernah kelihatan cantik dan kemas.

Bila saya balik kampung anak-anak saudara saya datang tidur di rumah opahnya. Saya dapati mereka kuat tengok tv, dan tidak buat homework. Malam barulah saya teman mereka buat homework. Mereka bising sebab cikgu beri banyak homework.

Saya ada beli beberapa DVD tetapi tidak berani menonton bersama anak-anak saudara saya kerana bimbang ada adengan 18SX.

Saya tetap ke pantai Bukit Keluang.... Bila saya di sana, saya teringatkan dia. Saya bersumpah dia tak akan bahagia... saya bersumpah lagi tidak akan ada orang yang akan memahami dia dan sayangi dia seperti yang mampu saya lakukan.

Selepas dia aniaya saya, hidup saya tidak pernah tenteram. Di pantai itu, saya tidak menangis. Anak-anak saudara saya ada di sisi...mereka mesti melihat saya bahagia.

Dan saya tahu tuhan perhatikan saya...

Baucer buku...?

Semasa saya sedang angkat dungbel kononnya nak bina otot, sahabat saya sms dari kedai buku Fupular, Megamoll Kuantan. Dia beritahu dia lihat ramai ibu bapa yang gunakan baucer untuk pembelian buku anak-anak alam persekolahan mereka.
Alhamdulilah (unsur agama), baucer tersebut dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran.Namun kawan saya beritahu ada juga kedengaran mereka mengeluh dan mahukan wang tunai, bukannya baucer.
Kawan saya berpendapat, bimbang pula jika diberikan tunai, nanti wang dibelanjakan entah ke mana. Kata kawan saya lagi orang kita sering salah berbelanja dan kalut tingkahlaku dalam menentang nafsu kehendak. Mereka utamakan kehendak berbanding keperluan.
Saya pulak tak bersms panjang dengannya sebab saya tak tahu hal baucer membaucer ini. Saya tak naklah jadi macam orang politik yang gemar bercakap tentang apa yang dia tak tahu, he he he.
jan: Azam tahun ni nak banyak membaca, kurangkan lara...(azam tahun lepas)

Muka saya Januari 2012 (diedit)



Gambar-gambar di atas saya pukul semasa saya menemani Ja (Khairul Nizam Surbaini) ke kedai baiki kereta. Ja kata keretanya berbunyi, saya ada mendengarnya. Bunyi macam tin.

Semasa menunggu saya pukul gambar saya. Alhamdulilah masih handsum walaupun tahun demi tahun, he he he. Namun kali ini saya edit muka saya agar nampak lain sempena 2012 ini.

Kelihatan juga janggut saya semakin beruban...

Jan: Sekian...kehandsuman bermula dari dalam, betul ke?

Perut anak saudara saya (tanpa edit)








Ini gambar perut anak saudara saya. Namanya dirahsiakan untuk dia tak merasa malu, he he he. Namun perut saya juga begini.


Dia baru saja bersunat. Sekarang dia darjah enam. Kegemarannya petang-petang bermain bola dan duduk bawak ketiak emaknya.


Dia pakai handphon lebih mahal dari saya, sebab dia himpun/kumpul duit untuk membelinya. Dia pandai dalam hal handpon. Saya tak pandai.


Jan: Sekian.

Sunday, January 22, 2012

Ada! tapi sangat sedikit...

Ini kisah kawan perempuan saya. Bekas rakan sekerja. Entah kenapa bila nampak seseorang masa makan tengahari tadi, saya teringatkan dia. Ada mirip sikit tang hidungnya. Kawan saya tu hidung dia mancung sedikit.
Setahu saya sejak kami berpisah tempat kerja dia masih tidak berkahwin. Dan kami telah berpisah lebih daripada 5 tahun. Bermakna dia tidaklah muda lagi sekarang...begitu juga saya.
Di antara kawan saya, dia adalah antara yang ada rupa. Ramai kawan saya yang rupa tidak secantik dia pun telah berkahwin dan membiak. Maka saya hairan juga kenapa dia tidak kahwin-kahwin. Saya lainlah, saya tak cantik, handsum sikit jea. Perangai kadang-kadang tak stabil dan manja. Pasti perempuan tidak suka lelaki mengada. Tetapi saya sangat setia.
Siapakah yang berjaya memikat dia?. Bukan tidak ada di antara rakan saya yang mencuba, tetapi gagal dengan cemerlang.
Saya teringat tiba-tiba saya gatal pergi heret kerusi dan duduk manja dekat meja dia. Pada masa tersebut dia sedang menulis. Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak tanya kenapa dia tidak kahwin-kahwin.Tetapi saya cuba.
Saya mulakan dengan minta maaf terlebih dahulu, lalu saya kata saya cuma nak tahu lelaki macam mana yang dia suka. Dan sebelum dia jawab saya beritahulah ciri perempuan mana yang saya suka supaya dia mahu berborak. Pada masa tersebut saya sebenarnya bukanlah mencirikan yang sebenar tetapi main pakai sedap mulut jea...
Tiba-tiba dia menangis! Saya gelabah bagai nak gila takut ada orang nampak dan tuduh saya lelaki durjana. Namun dia tidaklah menangis macam budak nak ais krim. Dia hanya menangis ayu... Dalam sedu sedang itu dia beritahu dia bukannya memilih sangat tetapi yang hendak kan dia tu ramai yang dia rasa lelaki yang tak betul hala tuju dan tujuannya. Dia beritahu dia tak naklah kepada lelaki yang mahukan dia semata sebab rupa. Dan dia beritahu saya, dia mahu lelaki yang setia, bertanggungjawab, sentiasa boleh berada di sisinya, dan tidak pentingkan diri. (kalau binatang saya rasa anjing, he he he).
Sampai malam saya berfikir, sebenarnya kalau dia nak kahwin sangat, 10 tahun lepas dia sudah kahwin. Dia juga beritahu susah mencari lelaki yang baik untuk dijadikan suami tetapi senang nak cari perempuan baik untuk dijadikan suami... Saya terus setuju.
Namun, kalau begitulah ciri-ciri yang dia mahu, saya rasa dia mungkin tak berkahwin sampai bila-bila. Bukan sebab tidak ada lelaki sebegitu, tetapi payah!
Jan: malas nak komen. Titik.

Happy Chinese New Year



Jan: Happy Chine New Year - Posting dari Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, January 19, 2012

Cara orang kita berpolitik, huh!


"Macam mana nak memerintah negara, bini sendiri pun tak reti nak perintah, tak daya nak kawal" Ini dialog yang saya pernah dengar dengan telinga saya sendiri. Dan saya diam sahaja sebab ada benar dan ada tak benarnya. Bagi saya, kehidupan ini bukan senang nak terus buat kesimpulan atas sesuatu perkara dan kejadian...

Biasanya salah satu cara nak hentam orang politik ialah dengan melakukan serangan peribadi, serangan untuk menunjukan bahawa dia tak berjaya kawal keluarganya. Konotasinya kalau keluarga sendiri tidak berjaya nak dikawal/dibentuk, macam mana nak memerintah negara. Contohnya perihal isu isteri tidak pakai tudung selalu kita dengar. Atau anak lelaki yang suka berpoya.

Saya timbulkan perkara ini kerana di internate telah tersebar luas gambar anak perempuan Dr Hassan Ali yang berpeleseran. Walaupun Dr Hassan Ali adalah antara idola saya, saya tidaklah terus mencari gambar tersebut. Saya memang tidak mahu tengok sebab tak akan mendatangkan apa-apa kebaikan. Baik saya tengok gambar Rozita Cik Wan, he he he. Lagipun saya banyak nak buat kerja lain.

Saya rasa yang bernama manusia, yang tergamak sebarkan gambar tersebut sangatlah tidak bertanggungjawab. Memalukan bapa dan anak sekaligus. Memalukan masyarakat kita. Gambaran masyarakat kita yang hilang punca.

Saya nak termuntah bila fikir `penjahat' dalam dunia politik ini. Yang lebih-lebih biasanya bukan pemimpin tapi pengikutnya.

Tidak perlulah buka kain orang, bukalah kain sendiri....

Jan: Anak perempuan kita bagaimana? Haaa....


Hitam putih tinggal kenangan


Walaupun niat saya untuk buat table tok tak kesampaian, saya tetap galak hati melihat gambar-gambar dapur di internate. Dua gambar di atas diambil dari senihias.com.

Saya tertarik dengan dapur di atas, nampak simple sahaja. Dapur ini kecil sahaja tapi cantik. Mungkin sesuai untuk saya yang sering makan di kedai.

Jan: Warna hitam putih tetap jadi pilihan...merah juga.

Masalah prostat tidak semestinya kanser prostat



Masalah prostat tidak semestinya kanser. Berita baik untuk kaum lelaki ialah kebanyakan masalah prostat boleh dirawat dengan jayanya sebab ia bukan kanser. Tapi kena la izinkan doktor memeriksa kemaluan kita. (tu la yang segan sikit).

Kebanyakannya bila diperiksa (dari simptom) ianya sebab prostat menjadi bengkak dan menekan uretra. Bengkak sebab perubahan hormon dalam prostat tersebut sendiri. Masalah ini dipanggil Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). Masalah ini dialami oleh hampir separuh lelaki yang berumur 50 tahun ke atas tetapi ia bukanlah menyebabkan kanser prostat.

Namun yang muda belia janganlah abaikan kesihatan kemaluan masing-masing. Kaum lelaki yang muda belia tidak sepatutnya merasa lega. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis.

Jan: prostatitis?

Wednesday, January 18, 2012

Mengapa hidup saya lebih berdisiplin berbanding Leon Bassi?

Jawapan:


1. Sebab saya kena gosok baju saya sendiri pada setiap hari sebelum pergi kerja. Atau tekoh (ketika) rajin saya gosok untuk seminggu. Saya mahu mengelak daripada nampak tak terurus, terbiar, terlara dan terabai... Maka saya kena membiasakan diri menggosok pada setiap pagi. Saya harus berdisiplin.
2. Saya harus berdisiplin. Selepas makan saya kena basuh pinggang, mangkuk, periuk, cawan, sudu dan lain-lain kerana (sebab) saya tak nak sink saya penuh dengan benda kotor. Bila balik kerja nampak sink kemas rasa macam bahagia jea walaupun ia komestik semata. Namun kekadang bila sibuk tak terkawal juga...he he.
3. Saya kena berdisiplin mengurus pakaian. Saya tak lepek (letak) kain baju, tuala dan stoken merata-rata sebab tak ada orang lain atau beruang kutub yang akan mengutipnya. Saya sendiri jugak nanti akan kutip dan basuh. Maka saya letakan bakul untuk perkara tersebut tepi mesen basuh. Sebuah bakul biru isi pakaian yang saya pakai.
4. Mengapa saya mesti menyapu lantai setiap hari adalah kerana saya tak suka ada rambut atas lantai atau tahi cicak kat mana-mana. Saya geli. Eeeee...(sambil menggerakan badan macam gatal).
5. Saya kena berdidiplin membaja. Mengapa saya kena berdidiplin membaja pokok kerana saya nak lihat pokok saya menghijau. Saya suka hijau. Saya rasa tenang dan damai (damai tapi gersang, he he).
6. Saya sudah biasa berdisiplin datang kerja awal sebab kalau saya datang lewat saya akan kelam kabut. Saya tak reti nak berlakun cool bila datang kerja lewat. Saya bukan pelakon hebat. Saya akan rasa bersalah hingga ke tengah hari. Maka saya kena berdisiplin datang awal.
7. Saya kena berdisiplin dan tepati waktu dalam sehari sebab saya nak buat banyak perkara. Dalam satu hari saya nak membaca lagi, menulis lagi, berangan lagi, mandi lagi, makan lagi, jumpa kawan lagi, bernafas dan lain-lain. Dan juga dalam hayat yang singkat ini saya juga mahu buat/rasa banyak benda/perkara...maka wajib saya berusaha kerja berdisiplin (rasanya tak cukup satu hayat sahaja saya hidup, he he he).
8. Saya kena berdisiplin sebab saya hidup sorang...

Prostat biasa Vs prostat kanser




Dr Chua Chong Beng yang bergaya dengan tali leher (lihat gambar di atas jangan kata doktor tak pandai bergaya) merupakan perunding urologi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dia ada kata lelaki mungkin malu untuk berjumpa doktor untuk memeriksa masalah prostat. Ya lah kan saya pun setuju, untuk ke hospital buka seluar dalam dan mempamirkan konek kita depan muka doktor sangatlah tidak selesa. Walaupun doktor sejantina pun kita malu, apa lagi doktor wanita? Ya, keberanian dan ketidakmaluan yang tinggi diperlukan...he he.


Kata beliau "Simptom lelaki yang hidapi kanser prostat ialah aliran kencing perlahan dan sukar hingga akhirnya mengeluarkan setitis demi setitis air kecil ketika buang air kencing. Mereka juga merasa tidak tahan, tidak puas, dan terasa nak terkencing pada masa itu juga dan kerap terutama pada masa tengah malam."



Namun tidak sah lagi kita ada kanser prostat. Lihat gambar keratan rentas di atas (yang saya cilok dalam internate), prostat biasa tidak ada masalah untuk membuang air kencing tetapi bila ia membesar, membesar dan terus membesar menjadi kanser saluran jadi sempit dan menyukarkan nak kencing.


Beliau kata pemeriksaan awal amat diperlukan supaya tidak melarat. Namun ramai yang lelaki relek jea kawal handsum sebab ramai yang berpendapat simptom itu adalah perkara biasa bila tua. Lagipun mereka berfikiran ada ke bodohnya atau malunya untuk berbincang dengan doktor perihal konek.


Jan: Konek kita kita jaga!

Tuesday, January 17, 2012

Goyang telur




" Janganlah percaya sangat, orang Melayu memang gitu! Terus caya dok selidik dulu" Saya terus mencelah walaupun saya tahu sifat tamak dan malas sebegitu bukan milik mutlak orang Melayu. Sifat tamak, tak berfikir panjang, dan hidup nak mudah adalah sifat universal. Sifat yang ada pada sesetengah makhluk di planet bumi.

Sebenarnya kawan-kawan saya bercerita tentang ada orang kena tipu selepas mereka labur duit. mereka percaya akan dapat duit secara senang dan cepat dengan duduk di rumah goyang telur. Tidak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu hari-hari duit masuk dalam akuan. Kononnya...

Memang pelik kan? Pelik bin hairan jika masih ada yang tertipu baik orang kampung atau bandar. Baik yang berpelajaran atau sebaliknya. Bila dengar duit cepat gelap mata. Mereka ini kaya angan-angan tapi pilih jalan yang salah. Kalau benar jalannya tentu la dah ramai yang berjaya tapi ramai juga yang tertipu!.

Saya tak kata tidak boleh bekerja dari rumah. Ramai yang berjaya sebab di rumah mereka mengusahakan sesuatu sama ada menjahit atau berniaga secara online. Bahkan banyak kelebihan bekerja dari rumah. Bila kerja dari rumah bolehlah kita selalu berada dengan keluarga kita, membentuk mereka. Bolehlah kita tahu anak perempuan/lelaki kita garib isa dok mana. Banyak kelebihan... Yang saya maksudkan ialah yang goyang telor kat rumah sebab percaya tak payah kerja, duit masuk.

Kata Adnan (sahabat saya), Kalau nak senang kenalah usaha lebih. Yang jadi isunya ada malas nak keluar rumah cari kerja atau buat kerja. Dok nok senang jea, duduk kat rumah biar pasangan sahaja kerja. Kena la keluar dari pintu rumah cari kerja walaupun angkat kayu api, atau jadi tukang kayu (nabi Isa), jadi pengembala (nabi Musa dan nabi Muhammad) atau tukang besi (nabi Daud). [Sekadar menyebut beberapa nama nabi sebagai unsur agama untuk diterapkan dalam penulisan, taklah nanti penulisan penuh dengan mengarut].



Jan: Goyang segalanya untuk duit, he he he. Jangan marah.

Adakah prostat anda bermasalah?

Prostat anatomi (lucu pulak tengok, macam real, he he)








SEBENARNYA masalah prostat adalah masalah biasa bagi lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Sebab prostat kita membesar secara semula jadi bila kita meningkat umur. Tetapi yang parahnya takut ia jadi kanser. Siapa kata jadi lelaki senang?

Namun bukan semua masalah prostat adalah kanser prostat. Kalau bengkak pun kita tak boleh terus pandai-pandai kata itu adalah kanser prostat. Kita perlu jadi doktor untuk mengesahkannya, ia mungkin bengkak biasa bukan kanser. Sebab itu la nak jadi doktor ni kadangkala sampai 8 tahun dok bertapa di universiti (termasuk ulang kertas, he he he).

Bila usia kita semakin meningkat, kita mungkin mengalami masaalah bila kencing. Cuba lihat masalah lelaki bila mereka nak kencing:

1. Sukar nak mengeluarkan air kencing.

2. Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.

3. Masa kencing tu ambik masa sebab aliran air kencing selow atau sering terhenti-henti.

4. Air kencing kita masih menitis sedangkan kita dah buat keputusan berhenti kencing. Menitis jua...

5.Sering berasa nak kencing di waktu siang.

6.Sering bangun malam untuk kencing. Haaa...

7.Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa bila nak kencing.

8. Berasa tak puas bila kencing.

9. Sakit atau pedih bila kencing.

10. Kadang-kadang ada darah dalam air kencing. Kalu gini sah kena cepat tunjuk kemaluan tu pada pihak yang sanggup dan kita tidak akan didakwa undang-undang (doktor).

Jan: Pernah kena kencing...lalu aku mengumpul semula kekuatan kerana koyaknya hatiku dek kenyataan...

Kelenjar prostat



Sebenarnya prostat adalah sejenis kelenjar seks tambahan bagi lelaki. Ia menyimpan cecair mani (semen). Dalam kelenjar prostat ni tidak ada sperma, sperma tersimpan dalam vesikel mani (seminal vesicles). Cuba perati gambar di atas di mana terdapat seminal vesicles (vesikel air mani). Kalau jumpa cari dalam gambarajah di atas, ianya berada di atas kelenjar prostat dekat dengan pundi kencing.

Bila bersetubuh, setiap pancutan terkandung 300 juta sel sperma. Tugas kelenjar prostatlah untuk menghasilkan cecair yang memberi medium `berair' kepada sperma agar sperma boleh bergerak meluncur berlumba-lumba, berenang-renang ramai-ramai. Cecair prostat ini juga membekalkan protein, lemak dan gula untuk makanan sperma. Cecair ini bersifat akali untuk menutralkan keadaan asid di saluran faraj perempuan. Ya allah besar sungguh kebesaran tuhan...(unsur agama dalam penulisan kesihatan).

Susah juga nak faham pasal kesihatan sebab itulah gamaknya jadi doktor ni payah dan ramai yang tak mampu. Semasa saya di UM dulu housemate saya terdiri daripada beberapa orang yang ambil perubatan. Mereka ni selalu belajar dan tidaklah huha-huha macam kawan saya yang lain. Sekarang baru saya faham, mereka kena banyak hafal dan faham. Dan kalau ujian kena lulus 100% bukannya 99%. Sebab berdepan dengan nyawa manusia secara langsung.

Mungkin nak belajar pasal konek ni pun mereka (para doktor) memerlukan masa satu semester gamaknya. Sebab banyak sangat pendetailannya, bila saya baca bukan saja prostat boleh diserang kanser tetapi vesikal mani juga boleh diserang kanser!

Jan: Kelanjar airmataku sudah kering meratapi perpisan kita, kau benar-benar puaka!

Monday, January 16, 2012

Kanser prostat





Katanya (dari sumber akhbar) selepas penyakit jantung, kanser prostat ni pembunuh senyap kedua bagi kaum lelaki. Kira penyakit 3D juga ni ( 3D = Derita Dalam Diam). Namun kalau bini kita asyik kontrol kita 24 jam, mintak beli itu-ini (langsir, perabut, meja makan dan lain-lain mesti baru jea) dan tak jaga makan minum kita kira penyaikt 3D jugak tu, he he he.

Ok, kita kembali kepada penyakit ini. Sebagai lelaki saya memang menjaga konek saya dari segi kebersihan tetapi adakah ia sihat? Haaa, kalau nak tahu penyakit kanser kopek (payu dara) ditakuti oleh wanita, kanser prostat ini pulak digerungi kaum lelaki (tetapi mereka simpan dalam hati jea, buat-buat cool tak takut, he he he). Lelaki dalam usia lebih 50an biasanya lebihberisiko (sangat serius ketika umur 70an atau 80an). Sebab prostat kaum lelaki akan semakin membesar-membesar dan membesar bila usia semakin lanjut.





Di mana letaknya prostat? Cuba lihat gambar konek di atas. Sebelum kita tahu peranan prostat kita kena la tahu letak duduknya prostat tersebut. Daripada gambarajah ia duduk bawah pundi kecing kita dan saiznya kecil seperti biji walnut (kacang). Dengan kata lain ia duduk di pangkal konek kita...

Proses pembesaran prostat ni kata doktor (Dr Chua Chong Beng) adalah semulajadi dan biasa (proses normal). Namun kalau membesar hingga sempit salur kencing hingga nak kencing pun payah, tak ke kes sadis. Seksa nak kencing. Ianya jauh lebih seksa dari melihat gambar-gambar bekas kekasih diFB (yang masih kita sayang) bersanding. Dia ditemani teman-teman dan sanak saudara, kita ditemani airmata...

Peranan biji kacang ni (prostat) ini penting. Dialah yang menghasilkan bendalir (cecair) bagi membawa mani (sebab itu kita panggil air mani) ke organ pembiakan wanita (semasa enak bersetubuh). Air kencing lain, air mani lain (guna saluran sama...) Haaa...

Jan: Sila gunakan maklumat di atas sebagai panduan, kalau nak tanya lebih-lebih tanya doktor. He he he