"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, May 27, 2010

Purest of pain... - Son By Four


Purest of pain...

Perdona si te estoy llamando en este momento
Pero me hacia falta escuchar de nuevo
Aunque sea un instante tu respiracion
Disculpa se que estoy violando
Nuestro juramento
Se que estas con alguien, que no es el momento
Pero hay algo urgente que decirte hoy

Estoy muriendo, muriendo por verte
Agonizando muy lento y muy fuerte
Vida, devuelveme mis fantasias
Mis ganas de vivir la vida
Devuelveme el aire...

Carino mio, sin ti yo me siento vacio
Las tardes son un laberinto
Y las noches me saben
A puro dolor...

Quisiera decirte que hoy estoy de maravilla
Que no me ha afectado lo de tu partida
Pero con un dedo no se tapa el sol

Estoy muriendo, muriendo por verte...

______________:
Semua kawan-kawan saya sudah pulang, ada yang pulang ke kampung terus...esok cuti hari wesak. Saya masih di dalam bilik sendirian... saya berlatih menyanyi lagu ini. Saya nyanyi kuat-kuat khas untuk diri sendiri.
Semasa saya di Kolej Shahputra Pekan dulu, lagu ini saya selalu dengar. Semasa saya baru pindah ke sana saya selalu lara...Pada masa tu tuhan sahaja tahu betapa remuknya hati ini, dan kini...?
Dan kini...?

Jan: A puro dolor....

Wednesday, May 26, 2010

Makan sorang je...?

Kawan saya hantar sms pada pukul 9 pagi tadi. Dia tanya "Makan sorang pun jadi isu ke?". Saya jawab " Tak sepatutnya..., ada orang memang suka makan sorang".
Saya tak bersms panjang sebab saya ada kelas, lagipun nak jumpa timbalan dekan. Kata timbalan dekan saya di hantar ke seminar di Melaka sebagai `token' sebab saya bertungkus lumus buat QE. "Pergilah jalan-jalan dan berehat" katanya. Namun saya sempat terfikir apa salahnya makan sorangkan?
Tapi apa tanggapan umum bila kita selalu makan sorang ya?
Kita mungkin tak selesa makan sorang sebab kita mungkin sangka orang akan tengok kita sebagai orang yang tak ada kawan, kita jenis sombong atau kita suka menyendiri. Kita fikir yang bukan-bukan sebenarnya! Hakikatnya mungkin tak ada orang pun yang pedulikan kita, kita je perasan glamour dan famous, he he he.

Dan bila kita tengok orang makan sorang jangan pula fikir dia tak ada kawan, dia jenis sombong atau dia tengah ada masalah. Kita fikir yang bukan-bukan sebenarnya...

Kawan saya yang sms tersebut memang suka makan sorang, daripada dulu lagi dia begitu. Bukannya dia tidak suka berkawan tetapi dia memang gunakan masa makan untuk makan. Entahlah saya sendiri tak faham...

Ada kawan saya (kawan yang lain) buat pengakuan di tepi tangga yang dia kalau tak ada orang temankan dia, dia rela tak makan. Saya senyap sahaja tetapi dalam hati `Ada ke gitu?'. Tapi saya tak cakap secara vokal kerana itu keselesaan dia. Dah dia lagu tu...nak wat guanea?

Saya pula jenis suka makan ramai-ramai. Suka bercakap sambil makan dan dengar cerita itu ini. Suka sangat dengar kawan-kawan bercerita... Tapi tolonglah jangan cerita pasal bola, Linda Onn, kelebihan laki sendiri atau pasal politik pisician. Kalau cerita pasal kereta tak apa sebab saya dah mula minat sikit-sikit pasal kereta, he he he.

Pun begitu adakalanya saya nak makan sendirian. Nak mamah makanan betul-betul, nak nikmati kesedapan makanan. Nak berfikir sesuatu yang serius sambil makan. Tetapi jarang rasanya saya makan sorang sebab biasanya orang yang agak glamour (prasan sikit, he he he), ramai kawan-kawan yang ajak makan.

Semasa saya bekerja di Kolej Shahputra suka makan dengan Azniza. Kenapa? Sebab saya senang dan selesa makan dengan sahabat sendiri, tak perlu kontrol handsum atau tingkahlaku... Pun begitu kami ada juga makan ramai-ramai dengan sahabat lain. Dan ada ketikanya saya makan dengan Adnan, Kamal Azie atau Sani. Dan Azniza juga ada pergi makan dengan kawan-kawan dia...

Kembali fokus kepada isu makan sorang... Kalau saya rasa nak makan KFC saya bawak kereta bersendirian ke KFC Romping. Tak kisah makan sorang, kena biasakan diri...(baca dengan nada ala sepi...tapi sebenarnya tak sepi.)

Pun begitu tak menjadi penyakit atau beban apabila saya makan seorang. Makan seorang ada kebaikannya juga, boleh kita perhati orang lain yang sedang makan, kita boleh lemparkan senyuman. Tetapi awas...terimalah kenyataan kalau senyuman tak berbalas. Minggu ni saya ada senyum kat seseorang, dia tak balas pun, he he he. Huh! cepat-cepat saya kata dalam hati "mentang-mentang la lawa...huh!"

Maaf tersasar pasal senyuman, penulisan ini bukan pasal senyum, tetapi pasal makan seorang. Moral dan siviknya, janganlah berpandangan negetif terhadap orang yang suka makan sorang sebab semata-mata kita suka makan beramai-ramai. Tak ada cacat-celanya makan seorang baik makan pagi, tengahari atau malam. Ia ikut keselesaan dan keadaan masing-masing.

Jan: ...karam memang berdua, lemas berdua, tapi aku sorang yang mati...!

Tuesday, May 25, 2010

Tanah KTMB di Singapura.

Klip pada gambar di atas untuk dapatkan gambar lebih besar dan jelas.


DUNIA politik adalah dunia berkisarkan pengaruh dan kuasa. Mencari kuasa, mendapat kuasa menggunakan kuasa, mengekalkan kuasa dan menambahkan kuasa untuk mencapai tujuan tertentu. Dan tujuan `tertentu' itu biasanya `tersembunyi' dan tidak jelas sifatnya...
Kalau mengikut definasi tersebut saya berpendapat dalam skala yang kecil kita semua pernah bermain politik dan mungkin sedang bermain politik. Cuma apa yang kita dapat atau rugi itu bawa kesan yang besar atau tidak... itulah persoalannya.

Walaupun saya sibuk marking paper, edit pakaian, dan buat jeruk pauh, saya agak hairan dan terkejut apabila tiba-tiba isu tanah KTMB di Singapura ini seolah selesai. Magic apa yang digunakan oleh Najib yang Mahathir gagal buat?. Pada masa itu saya sedang bersihkan ruang tamu sambil dengar TV, sekali sekala jeling juga.

Jangan bimbang saya bukan penganalisa politik...tetapi saya rasa penulisan ini lebih kepada tanda-tanya saya, kebodohan saya dalam dunia politik. Hubungan Malaysia dengan Singapura walaupun tidaklah seteruk hubungan Kasim Selamat dengan Nyonya Mansur tetapi tidaklah semanis hubungan Azura dan Z yang disandarkan pada kenangan.

Umum tahu banyak percangahan yang ala-ala pertikaian wujud sepanjang jalan di sepanjang sejarah pemerintahan, daripada zaman Tunku sampai ke zaman Pak Lah ada-ada saja hal sulit lagi menyulitkan. Selembut Pak Lah pun isu ini tak selesai tetapi saya terpana apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kelihatan tersenyum mesra di hadapan wartawan semasa mengumunkan projek ini. Atau saya yang pesimis?


Amboi gembiranya...


Tiba-tiba saya rasa bimbang (pulak dah...) dan khuatir jika kita kena korbangkang banyak perkara demi mencapai apa yang kita nak dalam dunia politik. Walaupun saya terketar-ketar bawak Myvi dalam bandar Kuantan dan dengar lagu Seribu Mawar itu tak bermakna saya tidak peduli soal bangsa dan negara...lebih-lebih lagi soal ketuanan Malaysia (amboi bersemangat ni...!).



Tanah tersebut (tanah KTMB) sebenarnya telah dipajakan dari kerajaan Singapura sejak 1918 bagi tujuan perkhidmatan kereta api. Ada la seluas 217 hektar, termasuk laluan landasan kereta api sepanjang 20-30 kilometer dari utara republik itu hingga ke selatan. Singapura kecil sahaja jadi 20-30 kilo meter tu besar dari segi kedaulatan sesebuah negara. Kalau kat Malaysia pendek je...tetapi ianya kira sangat besar dari segi maruah dan hak. Nilainya tak terukur.



Jangan hairan kenapa tanah KTMB ada di sana, sebab dahulu Singapura tempat orang Melayu juga, seiring dengan Tanah Melayu. Singapura itu pun pernah berada dalam Malaysia. Kalau kita tahu geografi dan peta topo (dan pandai kira bering) kita tahu yang kawasan-kawasan tu berada di utara tengah dan selatan Singapura. Satu kawasan yang amat bernilai!. Kalau ditukargantikan dengan kawasan lain yang `konon'nya amat bernilai mungkin ianya mungkin akan menjadi suatu kegagalan Malaysia dalam hubungan luarnya (amboi teranalisis pulak dah...). Nanti ada yang kata Malaysia bodoh, Singapura dapat pendekan akal kita dengan beri tanah kat seberang Johor je sedangkan sebelum ini kat hujung sana...entah lah. Saya harap saya silap analisis...



Marina South tu pulak kalau tak silap saya tepi alik sini je depan Pasir Gudang, bukan depan Johor baru. Entahlah... Kranji, Woodlands dan Bukit Timah lebih ke dalam kedudukan tempatnya berbanding tanah yang mungkin ditukar ganti tu...



Kedua-dua negara akan menubuhkan syarikat usahasama bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura. Saya tidak tahu nak ulas mengenai berita ini sebab ianya bukan sahaja membawa kesan ekonomi tetapi yang lebih penting ialah ianya mempunyaim kesan politik. Iaitu isu ketuanan Malaysia.



Nak saja rasanya saya kontek Tun Mahathir, nak dengar komen dia... Sebab jiran kita yang satu ni tak akan bersetuju membuat apa-apa persecapaian jika tidak benar-benar amat-amat sangat-sangat menguntungkan mereka...



Jan: Geram dengan gelagat jiran belakang rumah yang tak tahu hak-hak sebagai jiran...

Monday, May 24, 2010

Rambut baru dan senyuman...

Gambar 1: Senyum promosi (cari makan...)
Sempena saya berambut baru, saya akan huraikan beberapa senyuman yang saya gayakan bersesuaian dengannya. Senyum pertama (rujuk Gambar 1). Senyum jenis ni boleh kita gayakan bila ada orang yang kita minat (yang dia tak hairan pun kat kita? he he he). Tetapi kita kena la positif, kot-kot sangkut. Tak kan dalam seribu senyuman pun kita gagal?
Senyum ini juga boleh kita pukul dan berikan gambarnya kepada mana-mana pihak yang nak berkenalan dengan kita. Berikan pada orang yang suka sangat nak match-matchkan kita (walaupun pada dasarnya hidup dia laki bini pun tunggang langgang). Atau gambar ini boleh kita buat sebagai cover kat Facebook kita. Nanti ramai yang add.

Gambar 2: Senyum keliru...

Senyum keliru ni (rujuk gambar 2 di atas) susah nak buat sebab kita kena guna satu kening je. Satu kening terangkat satu lagi cuba horizontalkan seperti biasa. Pada masa yang sama perlu diingat kita harus gerakan kening dan mulut pada arah yang berbeza. Iaitu jika kening kanan terangkat pastikan senyuman bibir herot ke kiri (rujuk sekali lagi gambar 2 di atas kalau tak faham-faham). Dan begitulah sebaliknya jika kening kiri terangkat, senyuman mesti diherotkan ke kanan.

Kita boleh gunakan senyuman ini bila kita tanya soalan pada sesiapa, contohnya pelajar. Mereka jawab ala-ala dekat betul tetapi salah jawapannya. Kira kita nak ambil hati la katakan. Sebagai pendidik kita disyorkan menggunakan senyum jenis ini agar pelajar kita tak merasa menyesal bila mereka memberi jawapan yang agak salah...

Gambar 3: Senyum antara senyum dan tangis

Senyum ni saya biasa buat. Terutama depan keluarga, kawan-kawan dan depan para pelajar. Nama lain senyum jenis ni ialah senyum sekerat ataupun di Filipina ia lebih dikenali sebagai senyum `Separatebu' iaitu manis yang tawar.

Moral disebalik senyuman ini ialah jika ada kesusahan kita janganlah pamirkan di khalayak macam la kita saja dalam dunia ni ada masalah. Orang lain kononnya tak ada masalah? Kalau kita pamir kesusahan di wajah kita (yang bukannya lawa sangat pun, he he he) kemungkinan akan jadi keruh, cepat tua atau lusuh.

Gambar 4: Senyum seribu mawar...

Untuk melahirkan senyum jenis ini (rujuk gambar 4 di atas) kita harus ada unsur gatal sikit dalam hati. Namun jangan gatal berlebih, kita bukannya permugara. Fokusnya di mata, iaitu senyuman yang nak dibuat mesti link dengan mata yang sengaja kita bulatkan. Tetapi jangan bulatkan sangat. Nampak mengada.
Senyum ni payah nak buat sebab kening mesti di samakan, tak boleh sebelah tinggi sebelah naik macam Ziana zain. Mulut pula mesti horizontal. Tak boleh senyum sekerat atau sebelah terlebih naik herot.

Gambar 5: Senyum beriman (pasrah)
Inilah jenis senyuman paling mega payah nak buat. Iaitu senyum beriman (pasrah). Ianya kena lahir dari hati yang bersih, suci dan tidak berdendam (konon...huh!). Contohnya, biarlah apa orang nak buat aniaya kat kita, jangan kita buat aniaya kat orang.
Biasanya senyum ini hanya mampu dibuat apabila berumur 40 tahun ke atas. Di mana unsur kesabaran, kematangan dah mula berputik...(kalau berputik la). Dengan pengalaman hidup, membantu kita wujudkan senyuman ini. Iannya menjawab kenapa kebanyakan remaja tidak memiliki senyuman jenis ini.
Perhatikan gambar 5 di atas, dari segi fizikal mulut sebenarnya tidak tersenyum tetapi kening memainkan peranan utama. Mata pulak jangan bulatkan kerana dikhuatiri akan jadi senyum seribu mawar. Kebanyakan masyarakat kita masih keliru antara senyum seribu mawar dan senyum beriman (pasrah)...adanya.
Nikmatilah senyuman-senyuman daripada gambar-gambar di atas. Manalah tau kot ada yang rindu menghiasi kamar hati...uweeek!

Jan: Senyumku tak seghairah, gerak gayaku tak selincah... (pulak dah)

Silap tu sayang...

" Awak belajar ekonomi tentu awak banyak duit? Tak kahwin pulak tu...''. Saya tersengeh mendengarnya dan teringat baki duit di Maybank hanya ada RM39.80. Saya teringat pula lagi seminggu baru gaji masuk. Dan saya tersenyum lagi bila fikir saya dah habiskan banyak duit simpanan kerana naik rumah baru.
" Eh tak ada la..., macam biasa je. Ada la sikit-sikit je macam orang lain". Saya berbohong sebab maksud sikit-sikit tu bukannya RM39.80. Saya tersenyum tunduk dan pandang ke arah lain. Begitulah gelagat saya bila tidak selesa...kenapa pulak nak kait dengan saya tak kawin?
Secara teorinya begitulah, kononnya bila kita tahu hal ehwal ekonomi terutama mengenai sumber pengeluaran kita akan berhati-hati berbelanja. Dan menabung kepada sektor yang menguntungkan. Dan secara teori begitulah bila tahu hal-hal hukum hakam ni, tak kan lah ada ustad yang `main' dengan isteri orang atau ustazah yang lampiaskan gersangnya dengan tukang kebun sekolah sendiri... he he he. Tetapi teori dan praktikal lain... Kita tak boleh terus buat kesimpulan tu, silap tu sayang.
Biasanya kita selalu buat silap jika kita pandang dengan hanya mata. Habis tu nak pandang dengan lutut ke? Bukan maksud saya begitu... Susah nak cakap... Masing-masing pengalamanlah. Lu fikirlah sendiri kata Nabil... maknanya guna otak kan?.
Cuti hari hol lalu semasa saya balik kampung, saya ke rumah mak saudara saya. Dia pencen sebagai guru. Dia belum kahwin. Dia tak pernah kawin pun. Saya lihat dia masih muda, taklah setua mana berbanding dengan angka umurnya. Kalau dimake-up dan dibotoxkan, saya rasa still ada market kalau dia nak kawin. Kalau dia nak kawin...
Rumahnya besar ratusan ribu ringgit terletak di Pantai Bukit Keluang. Saya suka kawasan halaman rumahnya yang ala kampung, ada pokok gelang merah, pokok senduduk dan kemunting. Semasa saya datang dia bakar satey di beranda rumah. Dia buat jamuan kecil jemput anak-anak saudara, adik beradik dan ipar duai. Saya jengok ke dalam ruang tamu, ada LCD yang besar...
Saya tersenyum sendirian sebab dulu saya pernah salah anggap. Dulu saya anggap dia kaya dan banyak duit kerana tak ada suami dan anak-anak. Dia selalu beri duit setiap kali saya balik bercuti masa saya belajar di U. Maka setiap kali cuti saya pergilah jalan-jalan ke rumah dia, untung-untung dapat duit, he he he. Huh tak malu saya...
Tetapi kini bila dewasa kumula sedar (seperti biasa rujuk stail Ella...) saya tahu benar apa yang dia harung dan dia alami. Dia tak kaya mana, kalau ada duit pun kerana selalu kena berjimat. Semua benda dia yang bayar. Daripada hutang rumah, tanah, kereta, segala insurans, cukai-cuki hingga ke bil-bil semua atas kepala dia. Dia tak kombain loang. Semuanya dia kena lunaskan sendirian...
Betullah orang-orang bijaksana cakap. Bila nak bercakap tu fikir dulu, bukan terus buat kesimpulan...

Jan: ... same story different cast...

Ayah tanam tebu...

Gambar 1: Tebu hitam
Balik cuti hari Hol tempohari saya terkejut tengok banyak pokok tebu ditanam di hadapan dan sisi rumah. Kali terakhir balik tak ada lagi nampak setinggi itu, malah tak perasan pun ada ke tak pokok tebu tersebut.
Cantik pokok tebu ni. Lantas saya terfikir molek juga kalu tanam di rumah saya di Indera Sempurna. Cantik lihat batang-batang tebu yang mencacang tingginya. Boleh dibuat sebagai pokok langskap...
Gambar 2: Ditanam secara berderet
Pokok tebu ni adalah bahan utama kalau kita nak buat gula (juga dibuat alkohol). Tebu ni banyak spesisnya. Ayah saya tanam jenis batang kuning dan batang hitam. Tapi yang terkenal di dalam masyarakat kita biasanya batang kuning.
Kata orang tebu yang batang tegak lebih manis berbanding dengan yang batang bengkok. Maka kena pastikan biar tegak, boleh buat para sikit supaya dapat menyokong tegaknya.

Gambar 3: Anak saudara saya sebagai model tebu...

Namun kalau ditanam di ladang mungkin lain caranya. Ini tanam suka-suka dekat rumah je. Tebu ni boleh kita tanam melalui biji benih atau keratan batangnya. Biasanya kita kerat batang tebu untuk tanam tebu, bakpe nak susah-susah tanam daripada biji benih kan, he he.


Gambar 4: Azlan dan Najib bersama pokok tebu
Tebu ni senang je nak makan. Kita boleh juna gigi je buang kulitnya. Kulitnya keras sikit tetapi masih mampu untuk kita menyiatnya. Gajah pun pandai makan tebu inikan pula kita. Kita patahkan guna tangan dan terus makan. Kita siat kulitnya dulu guna gigi pas tu kita kekah makan dengan mamah untuk keluarkan airnya, pas tu kita isap-isap dan akhirnya kita ludah ke luar hampasnya.
Jangan makan hampasnya pulak, kita bukan itik.


Gambar 5: Lagi gambar pokok tebu.
Ayah saya kata tebu ini akan menjadi lebih tinggi lagi setinggi 15 kaki tetapi kalau nak makan, tak payahlah tunggu tinggi. Kira patahkan dan makan je. Tak ada siapa yang halang.
Pabila bulan puasa, selain air tuak/tapai, air tebu juga menjadi pilihan untuk diminum masa berbuka. Ada la gerai segera yang muncul di tepi-tei jalan jual air tebu ni.

Gambar 6: Tebu jarak dekat
Teduhlah jugak bila ada pokok tebu ni. Halaman rumah pun nampak ok. Namun daun pokok tebu ni miang sikit. Kena kulit gatal. Dulu ayah tanam pokok blue pain. Tapi pokok tersebut dah besar sangat dan ditebang semuanya.
Gambar 7: Batangnya masih kecil

Gambar 8: Sisi rumah pun ada tebu

Gambar 9: Tiang beranda rumah pun ada tebu depannya.
Gambar 10: Sekadar hiasan

Balik tempohari sempat jugak saya makan tebu ni. Manis rasanya. Saya guna gigi sahaja untuk buang kulitnya. Kalau tak biasa payah juga tetapi saya ni kampong boy.
Masa makan tu ayah saya beritahu hampas jangan ludah merata. Nanti semut datang...

Jan: Ada orang tanam tebu di bibir...aku terpedaya...

Friday, May 21, 2010

Saya pun `lost' jugak...

Mengikut statistik kemalangan jalan raya, di jalan luruslah banyak berlakunya kemalangan. Atau mengikut statistik ahli falsafah dalam keadaan teranglah ramai yang terjatuh, tergolek atau sesat berbanding dalam gelap. Dan saya tambah lagi dalam keadaan senanglah kita mudah terlupa.
Kalaulah saya pandai menulis, tentu saya gambarkan bagaimana terkadang dalam hidup saya ini saya rasa `lost' sangat. Sangat-sangat. Rasa ketidaktentuan, ingin tahu dan paling penting ingin tahu di mana saya pada satu kedudukan yang mana...? Ahhhh...sukar nak menulis gambarkan perasaan. Tersilap tulis, isu lain pulak timbul...
Saya `lost' dengan cara saya sebab setiap perjalanan dugaannya berbeza...
Masyarakat selalu mengatakan orang di kalabulalamilah (kelab malamlah) yang selalu sesat, namun banyak juga (daripada pembacaan saya) pertubuhan agama bersama ramai pengikutnya amat sesat. Sesat boleh berada di mana-mana jika kita tersalah pilih. Tetapi senang untuk sebut `salah pilih' kan...ayat yang senang dipacu...sebab kalau kita tanya pihak yang kita katakan sesat tersebut, mati hidup balik pun mereka tak mengaku...
Jan: Sesat dalam rindu...

Thursday, May 20, 2010

Dia layak!



Masyarakat kita ni dalam bab-bab nak rekodnais orang memang veribek (teruk). Saya ulangi sekali lagi...very bad. Kita selalu beri penghargaan atau pengiktirafan kepada pihak yang tak sepatutnya... atau entah apa-apa. Atau bila dah `tiada' baru nak beri penghargaan...? Maksud saya orang kita memang begitu, terutama bila dah tiada barulah kehilangan besar la, permata negara la, sukar dicari ganti la, insan seni sejati la, dan macam-macam la la la isla bonita lagi.
Sejarah penting. Bangsa yang belajar daripada sejarah dan budaya akan kekal maju secara rohani dan jasmani. Sejarah adalah pengukuran, percapaian dan suatu ilmu!. (alamak macam bersyarah pulak). Bila saya teringat Liza Hanim ke IB (Istana Budaya) saya berkata dalam hati eh kenapa ini berlaku?. Saya bukan tak minat suara Liza Hanim, dari segi suara mungkin dia layak. Saya akui suara Liza Hanim sedap di telinga saya, jauh mencapai oktava berbanding Siti atau Sheila Majid. Pernah sehari suntuk saya menyanyi (nyanyi korus lagu sahaja) lagu Getaran Cinta di Jiwa semasa duduk menyewa di Indera Mahkota, tanya Joe kalau tak percaya.
Semasa perlumbaan acara sukan berkuda di Terengganu (dianjur oleh ketua negara kita YDPA), Sultan Mizan suka sukan berkuda. Kak Pah juga yang diterbangkan ke Terengganu untuk nyanyi lagu Arab sebab peserta banyak dari timur tengah.
Nampaknya Kak Pah terus relevan. Semasa penyanyi baru sibuk `baru nak selak kain' untuk popular, baru nak basahkan badan di kolam renang, lapar gossip dan dambarkan suami orang (bukan suami macam kita, yang kaya tentunya...), Kak Pah pula semakin aktif memenuhi dan membuat persembahan di sana-sini. Daripada tahun lepas dia telah membuktikan kehebatannya apabila persembahan solonya di Stadium Tertutup, Kallang, Singapura berjaya menarik 8,000 penonton. Kalau buat solo dapat 8,000 orang dah kira hebat tu....tapi di negeri orang...negeri sendiri? he he he. Persembahan Kak Pah di sana pernah di hadiri oleh presiden Singapura.


Amboi Mila...tersenyum dapat dapat bergambar dengan Kak Pah.


Kemudiannya Kak Pah bersama Adibah Noor dan Anuar di Kuala Lumpur pun tidak kurang hebatnya. Nanti Kak Pah akan meraikan sambutan Hari Ibu bertemakan To Mum With Love bersama penyanyi Mawi di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, 28 Mei ini.
Ternyata dalam suasana industri muzik yang `ringtong-ringtong ni', buat album tak laku dan nak buat konsert tak ada penaja...Kak Pah terus aktiviti menjalurkan dunia seni tanah air, memenuhi jadual yang lompang dan akhirnya sekaligus memartabatkan industri seni tanah air.
Khabarnya tahun depan Kak Pah sudah ditempah untuk membuat persembahan di gelanggang seni berprestij iaitu Istana Budaya (IB). Menurut sumber IB sendiri, Kak Pah dijadual akan memenuhi slot sambutan Hari Ibu. Jangan kata Kak Pah dah nyanyuk dan terlupa lirik, dengan lirik yang sudah beribu jumlahnya, dengan usia yang sudah wargaemas, apalah yang diharapkan sangat kan...tetapi Kak Pah tak boleh duduk diam. Mungkin sebab itulah dia terus bergerak ke hadapan... tak perduli apa kata orang.
Kak Pah pernah dibayar ratusan ribu ringgit untuk membuat persembahan, jaman gemilangnya beliau pernah mengadakan beberapa persembahan concert secara ekslusif di Germany, UK, Holland, Hawaii, Kuwait, Bahrain, Saudi Arabia, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Hong Kong, Korea, Taiwan, China, Japan, Australia, Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Singapura. . Menilai sejarah dan pencapaian Kak Pah selama ini. Memang langkah IB mengundang Kak Pah adalah langkah yang tepat dan bijak. Janganlah kata dia tak relevan atau dah nyanyuk (atau nak tunggu nyanyuk baru jemput?).
Kalau kita tidak minat seseorang tapi tak semestinya pencapaian dia kita tak perlu hargai...
Jan: Minat sangat lagu lama Kak Pah `Jangan putarkan lagu', dia nyanyi penuh penghayatan dan perasaan. Itu lagu lama, sekarang Kelly Clackson pulak nyanyi lagu tersebut.

Rumah sewa saya di Bangsar...

" Bukan semua orang boleh ternampak hantu. Orang-orang tertentu je boleh nampak hantu." kata kawan saya.

Sebenarnya semasa saya belajar di UM saya juga ada menyewa rumah lain yang tidak kurang juga menyeramkan. Entahlah saya pun tak tahu bagaimana hendak mulakan cerita...

Tapi...saya mulakan jugak, he he he. Cerita bermula apabila seorang kawan baik saya berasal dari Kelantan mengajak saya untuk `meninjau' salah sebuah rumah sebelum kami menyewa. Dia bawak saya ke rumah tersebut sebab katanya saya ada `power' di mana kalau rumah tersebut ada `sesuatu' yang tak kena saya boleh rasa... Kira saya ni macam bomoh pulak dah...

Rumah tersebut adalah sebahagian daripada bangunan yang besar dan panjang yang betul-betul menghadap jalan raya besar. Di belakangnya ada bangunan TV3. Rumah tersebut pada tingkat ke tiga, tigkat bawah kedai-kedai, tingkat dua pejabat-pejabat dan tingkat 3 barulah dibina rumah. Payah nak percaya bangunan besar tengah bandar ada something rupanya....

Apabila melangkah masuk kerumah tersebut saya terasa sesuatu yang aneh. Rumah ini tiada `jiwa'. Bila pulang daripada melawat rumah tersebut kawan saya tanya sama ada saya terasa apa-apa semasa masuk rumah tersebut. Saya kata '' Ada...rasa semacam je...macam seram je..." Saya beritahu nantilah esok saya akan beritahu apa yang aku rasa dengan lebih detail.

Pada malamnya bila saya tidur saya bermimpi saya berada di bilik rumah yang akan saya sewa petang tadi. Ada dua orang lelaki berbadan sasa dan bergaya perhiasan purba, sedap-sedap je mengangkat saya dan menghumbangkan saya ke dinding bilik tersebut. Rasa sakit seluruh badan. Memang menakutkan juga mimpi tersebut.

Keesokan harinya semasa berjalan pulang dari kuliah saya beritahu kawan baik saya, tak payahlah sewa rumah tersebut sebab semalam kononnya saya dapat alamat yang tak baik dalam mimpi. Kawan saya pun beritahu juga dia kononnya bermimpi sesuatu yang buruk juga (nak jugak), tetapi bila saya tanya dia tak mahu beritahu... tapi saya percaya dia.

Selepas itu kami carilah rumah lain untuk disewa tetapi gagal dengan cemerlang sebab mahal harganya, sewa bilik pun dah RM380 pada masa tersebut. Kami pun tak dapat duduk asrama sebab kami jenis tak aktif bersukan atau berpersatuan, saya pula bukan saja tak aktif tetapi anti sukan dan sosial. Saya suka baca resepi, baca buku dan buat matematik saja 24 jam...

Maka kami terpaksalah sewa jugak rumah tersebut....he he he. Bila dah lama duduk menyewa perkara yang pertama yang aneh ialah saya dapati selipar-selipar yang kami pakai yang nak masuk dapur selalu tersusun rapi. Sedangkan kami ni bukannya jenis berdisiplin macam orang Jepun. Kawan saya beritahu mungkin housemate lain yang susun. Housemate tersebut selalu pulang lewat. Dia kerja masak kat hotel dan dialah yang selalu ke dapur malam-malam (pagi). Saya pun kata logik-logik...kami cuba damaikan perasan sehinggalah tiba pada suatu petang yang membuatkan kami rasa nak cabut daripada rumah tersebut.

Ceritanya begini, pada suatu petang yang tak berapa damai (sebab ada seorang tutor tu ya allah bengis macam singa marahkan saya sebab tak buat tutorial... sampai saya deman kediri). Masa deman petang tulah segalanya bermula. Sebenarnya saya tidak berapa damai hati bila kawan baik saya sendiri meluahkan hasratnya untuk berkasihkan saya. Saya bukan apa, pada masa tersebut saya fikir baiklah saya tumpukan pada pelajaran dulu, saya masuk universiti bukan nak cari isteri tetapi ilmu. Saya ni bukannya handsum sangat masa belajar dulu...lagipun yang bercouple-couple lepas u terus kawin tu bukan jenis saya. Saya jenis suka berkawan dan berbincang pasal pelajaran... sebab rasa tak damai inilah sampai saya terlupa buat toturial. Bayangkan saya kena halau dari bilik tutorial. Bayangkan.




Saya dan Anuar Rahman semasa gi berombongan di Jeram Buluh Kubu, Selangor.

(sekadar hiasan, tak ada kaitan dengan cerita).




Saya yang bertanda X, selepas mandi. Cuba lihat muka kawan-kawan saya. Entah apa yang terjadi kepada mereka sekarang. Semoga mereka hidup tak ditipu orang...

Kembali kepada cerita asas sebab penulisan ini bukannya cerita pasal kehandsuman saya sampai ada orang nak tetapi mengenai misteri menyewa di Bangsar. Pada masa tersebut saya sedang tidur dalam bilik, saya deman dan sakit tekak (sakit yang selalu saya dapat masa belajar). Pada masa yang sama malang bertimpa...hati saya juga terguris sedih sebab kena marah dek kawan (sebab saya makan krismis dia yang atas rak baju). Saya ambik dua tiga bijik je dia bising sedangkan dia minum air kotak saya berkotak-katak saya halalkan,,, Ok kita kembali kepada saya kena marah sebab makan buah krismis tadi. Dia kata `kau tu dah pandai Sukiman tak perlulah makan buah krismis'. Rupanya selepas dia kena reapet dia makan buah krismis supaya terang hati he he he. Rupanya buah krisnis tersebut supaya `hati dia terang', he he he. Di UM pada masa tersebut tak ada reapet kertas kalau tak lulus terus reapet penggal pengajiang (sistem penggal, satu penggal setahun),


Kita kembali kepada kisah seram tersebut, saya terjaga dari tidur saya nampak seorang perempuan baru saja keluar dari bilik saya. Saya tak nampak jelas sebab dia membelakangi saya dan saya hanya nampak sekilas sahaja iaitu perempuan dan pakai sari. Saya terkejut beruk dan tersedar. Saya rasa kenaling (antara sedar dan tak sedar).


Bila kawan saya balik dari kuliah saya beritahulah apa yang terjadi, dia kata memang kita ni sewa rumah India! Sekali lagi saya rasa seram di dalam bilik kecil tersebut... meremang bulu roma saya dan bulu-bulu tak roma.


Saya ada bebarapa lagi koleksi cerita yang menyeramkan...saya akan menulisnya nanti jika ada masa termasuk sebuah rumah sewa yang ada dua jin di dalamnya. Kejadian tersebut berlaku semasa saya menyewa seorang semasa bekerja di Kolej Shahputra. Tak sangka pula saya menyewa bertiga, tetepi saya sorang yang bayar sewanya...

Jan: ada manusia macam hantu...oh...

Wednesday, May 12, 2010

Selamat hari lahir

15 tahun lagi saya akan bersara. Dan 15 tahun itu bukanlah lama sangat. Pejam celek-pejam celik saya dah berusia 40 tahun. Apalah sangat 15 tahun lagi...jika saya diberikanNya kudrat untuk meneruskan proses pejam celek tersebut... Saya tidak meraikan hari lahir saya cuma kali ini saya mahu raikannya seorang diri. Tepat pukul 12 tengah malam apabila sudah 29 April, saya hidupkan kereta terus keluar daripada taman perumahan. Saya ingin ke suatu tempat yang belum pernah saya pergi.
Saya terus memandu. Sampai di simpang jalan, saya harus membuat pilihan sama ada hendak ke Kuantan atau ke Segamat. Tetapi mengapa perlu ke Kuantan atau Segamat pada malam yang hitam pekat ini? Saya terus membelok ke Segamat kerana kononnya saya dah biasa ke Kuantan.
Saya terus memandu. Sampai ke simpang ke Nilai saya membelok ke Nilai. Dan di sinilah saya rasa takut dan hanya membuat keputusan mahu ke Keratong 2. Lalu saya membelok ke Keratong 2. Saya tidak pernah ke sana...
Saya pusing-pusing habiskan minyak kereta, ada kedai makan buka. Apabila saya rasa penat dan jemu saya membelok semula, saya mahu pulang, mahu tidur. Apabila sampai ke rumah, saya rasa lapar pulak. Masuk dapur saya terus masak maggie.
Senang sungguh dia tipu saya, tapi saya berdoa saya tetap tabah hadapi hari muka... Saya makan maggie tersebut di meja ruang tamu...
Semasa saya hendak tidur saya peluk bungkusan hadiah tu dengan erat...tetapi saya tidak menangis. Saya tahu hadiah itu dibungkus dengan penuh kasih sayang. Semasa saya hendak tidur, saya letak hadiah tersebut di bawah katil saya... Esok saya akan letakannya semula di almari.
Jan: Saya tidur dengan belati di hati...tetapi saya yakin esok sinar tetap ada.

Pengikat langsir...

Rumah keluarga saya di kampung amat ringkas. Langsir tidak diikat. Iannya dipulasimpul dan diletakan begitu sahaja di atas daun tingkap atau pintu. Kelihatan simple dan bersahaja, yang penting bagi keluarga kami di kampung adalah angin dapat masuk dan keluar daripada rumah dengan selesa. Kecantikan mata memandang dah jadi nombor dua, tiga atau tak bernombor.... He he he.
Dan begitulah keadaannya (pada mulanya) yang terjadi di rumah baru saya di Indera Sempurna. Saya hanya guna tali ropia dan juga lebihan dawai wayaring lampu rumah untuk dijadikan pengikat langsir. Ah, biarlah tak cantik pun...kata hati saya.
Namun jauh pada suatu waktu dulu (ketika roda masih tidak berputar)... saya tak sabar mahu rumah siap, buat langsir taraf hotel dan pakai pengikat yang ala vouge dan mewah. Namun setelah malapetaka hebat yang terjadi (sebelum puasa tahun lalu), keghairahan untuk berumah baru seolah dibawa pergi...(nasib baik keghairahan seksual tetap masih utuh).
''Apalah gunanya hidup ala mewah jika hati tak bahagia...'' Begitulah berlegar difikiran saya ketika duduk sendiriang lepak hisap marboro di gazebo depan tasik (dekat kawasan perumahan tersebut, depan rumah saya).
Namun suatu hari adik ipar saya beritahu "Mak suka sangat pergi rumah abang di Kuantan. Dia ada cerita...rumah abang berangin...". Memang saya dapat rasakan mak dan ayah saya suka bertandang ke rumah saya. Ayah saya suka menanam pokok buahan, dah persis dusun jadinya laman saya. Terbaru ayah tanam dua pokok mata kucing. Katanya walaupun pokok mata kucing ditanam terkemudian daripada pokok manggis, pokok mata kucing itu akan menaungi pokok mangis nanti...
Kita kembali kepada tajuk, he he he. Kalau dikut rasa hati tentu teruk tetapi saya rasa bahagia bila lihat mak dan ayah saya bahagia tengok rumah baru saya yang tak seberapa itu (tak seberapa pun RM1400 sebulan! bayarannya...). Maka pada fikiran saya baiklah saya cantikkan sedikit rumah ini, biar mereka selesa sikit. Biar adik perempuan saya tak membebel, he he he. Dulu dia bising katanya senduk nasi pun tak ada. Memanglah tak ada sebab rumah itu rumah singgah saya, saya makan di kedai di hadapan jalan raya dekat kawasan perumahan tersebut...
Dekat mana ya saya nak beli pengikat langsir? Tentulah di bandar Kuantan kan. Maka dengan rasa berdebar-debar saya mencipta satu sejarah lagi iaitu `Hari ini aku masuk bandar Kuantan'. Saya bawak kereta slow-slow sebab anak saudara saya nak ikut, dan mak saya juga nak ikut, he he he. Saya tak boleh kelihatan gelabah atau takut depan anak saudara saya. Turun saham...
Sepanjang jalan saya dengar orang hon kereta, bila mak saya tanya kenapa orang hon, saya beritahu saya bawak kereta slow sangat... Saya pergilah Kamdar, saya tengok ada yang sampai RM45 satu pengikat langsir, cuba bayangkan kalau saya beli. Dan saya tak kanlah beli tiga empat ikat. Ruang tamu sahaja ada 6 langsir yang perlu ada pengikat. Maka seperti biasa saya capai yang kedua termurah iaitu RM12.90 satu.
Dan bila balik rumah cepat-cepat saya ikat dan tengok hasilnya, wah cantik juga. Kena dengan langsir baldu warna merah merung.




Ni hah pengikat langsir tersebut...
Saya berfikir juga, semua perlukan duit untuk cantik. Hingga pengikat langsir pun ada dijual berbagai jenis. Daripada yang over sampailah yang simple. Tapi saya akui selepas bubuh langsir yang saya beli ruang tamu tersebut berseri sedikit. Saya rasa emak saya tentu suka, atau dia tak peduli pun, he he he.
Jan: Hairan ya, zaman sekarang langsir pun ada pengikatnya yang cantik, dibuat khas...

Cerita tentang apa ni?

Cerita ni cerita ekslusif, hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Namun saya mahu berkongsi dengan pembaca blog jankaulu, saya mahu telus. Manalah tau kot-kot boleh dijadikan pelajaran dan pembelajaran atau teaching porfolio.
Tapi awas... saya beri amaran, ini bukan cerita kasut! Juga bukan cerita masuk universiti atau cerita saya, atau cerita keluarga saya... Bak kata Nabil lu pikirlan sendiri.
Apabila kakak saya dapat masuk UUM. Seluruh keluarga saya gembira. Saya gembira tetapi saya bertambahlah tension sebab bila kakak saya masuk u pasti saya kena masuk u juga macam kakak saya (dan pastilah adik-adik saya yang lain kena masuk juga). Beginilah pemikiran keluarga kami. Rasanya keluarga lain pun ada juga yang begitu pemikirannya.
Kami bukanlah daripada keluarga yang berada. Jauh sekali nak digelar rich and famous family walaupun ada kawan di sekolah kata saya daripada keluarga kaya (sebab rumah besar.., padahal rumah dia la terlalu kecil).
Maka sistem hulur-menghulur berlaku. Adik beradik ayah saya dan rakan-rakan ayah saya ada menghulur sikit sebanyak. Maka terkumpulah duit dan dapat membantu ringankan kewangan ayah saya.
Ayah saya tentulah bangga tahap mega sebab anak sulungnya berjaya, dan redalah sedih di hatinya sebab pada masa tersebut saya pulak aktif ponteng sekolah, bercinta dan lari dari rumah. Kalaulah anak-anak saudara saya tahu hal ni pastilah saham saya jatuh...
Saya pendekan cerita takut nanti ada pulak dah pembaca ingatkan cerita ini cerita saya atau cerita keluarga saya masuk u.
Tiba di Kedah, ayah saya sewa hotel murah untuk bermalam sebelum hari pendaftaran. Mengikut ceritanya ayah saya dan kakak saya dua beranak pergi jalan-jalan. Tiba di sebuah kedai kakak saya berkenan sangat kepada sepasang kasut. Ayah saya pergi ke bilik air kedai tersebut. Eh bukan ayah saya nak kencing... Ayah saya bukak dompetnya dan bilang duit ada tinggal lagi berapa keping...
Ini bukan cerita pasal kasut, atau pasal kakak saya masuk universiti. Juga bukan cerita pasal sewa hotel murah...
jan: ini cerita apa?

Kerana perempuan?

Sayang abang...

Selepas membaca muka depan (cover) akhbar Utusan 9 Mei 2010 yang bertajuk `Lelaki muda boros', saya terus terfikir. Sebab apa mereka boros? Sebab apa mereka paling ramai dibelenggu hutang?
Golongan muda ini katanya giat mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumahtangga hutang tersebut semakin menimbun... (yang tak berumahtanggapun 2 x 5 je...he he he).
Mereka inilah kemudiannya terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu. 69 peratus daripada pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.
Saya baca sahaja statistiknya tiada sebarang ulasan dibuat. Saya hampa, hanya paparan statistik sahaja. Kalau kes lain terutama politik, bukan main statistik tersebut diulas kononnya mencerminkan bla-bla-bla...
Tetapi kenapa lelaki? Kenapa lelaki muda?. Kenapa bukan perempuan tua ke? Sebab bagi saya bila kita tua kita perlu banyak duit nak belanja, nak maintain gaya, kesihatan dan masalah yang dibawa anak bini,cucu cicit...
Saya bertanyakan seorang kawan perempuan saya masa makan kat pantry....(tetapi bukan nasi goreng yang saya buat pukul 5 pagi tu, he he he)
Dia tanya saya balik `kalau tak ada duit ada tak perempuan nak? Sekarang ni bla-bla-bla....cari yang berduit". katanya.
Saya diam sekejap. Maknanya sebab perempuan? Saya tanya lagi...
"Ya la Mannn oiii...' Dia jawab dari jauh sebab masa tu dia dah mula makan di meja yang agak jauh daripada saya.

jan: Sebab apa pula kerana perempuan lelaki banyak kena keluar duit?

Thursday, May 6, 2010

Misteri di rumah sewa...

Kisah ini berlaku pada tahun 1994 ketika saya menyewa di sebuah rumah banglow dua tingkat di atas bukit di Petaling Jaya, Selangor. Ia adalah rumah sewa terakhir yang saya sewai semasa menuntut di Universiti Malaya. Saya masih ingat lagi pada tahun tersebut kehidupan saya amat tidak terurus kerana sibuk menyiapkan tesis tahun akhir.
Saya memang suka menyewa di luar. Duduk asrama persekitarannya tidak sesuai bagi saya. Sebelum masuk UM saya tidak pernah tinggal di asrama seumur hidup. Tahun pertama di UM pelajar diutamakan duduk di asrama, inilah kali pertama dan terakhir saya duduk asrama dalam hidup saya. Selepas itu dari tahun kedua hingga tahun ke empat (sistem penggal 4 tahun) saya duduk menyewa di luar.
Memang pertama kali saya melangkah masuk ke rumah ini saya rasa semacam je. Rasa macam masuk sebuah muzium, suram dan sunyi. Saya juga tercium bau busuk, rupanya bau stoken dan kasut yang bersepah di luar dan dalam pintu masuk. Apabila masuk pintu besar kita di sambut oleh satu ruang yang besar. Namun ruang tersebut rupanya bukanlah ruang tamu, ia adalah sebuah ruang perantaraan ke ruang tamu yang lebih besar!.
Kawan baik sayalah yang mengajak saya tinggal di rumah tersebut, katanya bilik dia kosong dan perlukan seorang penghuni lagi. Kami duduk sebilik, senang nak berbincang atau mengumpat pasal lecturer kami yang pelik-pelik perangainya. Sebenarnya saya tidak nampak lembaga tersebut tetapi teman sebilik saya melihatnya. Mulanya saya tidak tahu apa-apa tetapi saya merasa hairan apabila menjelang malam (pagi) selepas study apabila dia mahu tidur dia angkut bantal dan tilam tidur di ruang tamu. Ruang tamu pertama menghala ke ruang tamu utama. Dia tak mahu tidur dalam bilik. Saya pelik kerana dulu dia selalu tidur di dalam bilik. Maka pada suatu malam saya bertanya mengapa sekarang dia suka tidur di luar. Mulanya dia tak mahu beritahu kenapa, akhirnya barulah dia beritahu dia ternampak sesuatu dalam bilik tersebut.
Dia beritahu saya pada suatu malam semasa dia sedang tidur.... Dia tidur di bahagian atas katil, saya tidur di bawah (saya tidur tingkat bawah sebab saya jenis gayat). Dia beritahu saya pada malam tersebut seperti biasa selepas dia membaca ayat-ayat suci al-quran, dia terlelap.... Saya pula tidur dengan walkman (dia pernah beritahu saya kalau nak tidur sepatutnya adalah lebih baik tidur dengan alunan ayat al-quran, bukannya alunan Madonna...).
Kawan saya beritahu tiba-tiba entah mengapa dia terjaga di tengah malam tersebut, sebaik sahaja terjaga dia rasa sejuk. Dia jengok kepala ke bawah dan lihat saya tidur dengan lena sambil selimut terselak paras dada. Kemudian dia memandang ke arah tingkap bilik, dia nampak sesuatu! Maklumlah rumah sewa, tingkap bilik tak ditutup 24 jam, dibiarkan begitu sahaja kerana ada gril.
Selepas dia bercerita, saya bertanya kenapa tak beritahu awal-awal kepada saya?. Sampai hati biarkan saya tidur sorang dalam bilik tersebut sedangkan dia nampak sendiri lembaga itu. Kawan saya beritahu saya tidor berbogel, hantu tak berani usik. (Saya memang selalu tidur dalam bilik sebab saya tidur berbogel. Kalau tidur di ruang tamu mungkin kawan saya ternampak apa yang patut mereka hindari...).
Kita kembali kepada cerita kawan saya. Kawan saya beritahu pada mulanya dia nampak seperti cahaya berlegar-legar di luar tingkap. Saya tanya UFO ke? Saya buat-buat kelakar. Tapi kawan saya kata `Nak dengar cerita ni ke tak?' Terus saya buat-buat minat nak dengar... seperti pelajar yang tunggu exam tips daripada lecturernya.
Sebenarnya rumah ini kalau tak ada hantu pun ianya semulajadi memang nampak menakutkan. Rumah dua tingkat ini rumah batu tetapi ada bahagian terutamanya tingkat atas dibuat daripada kayu. Kata kawan saya selaku ketua rumah (budak ingeniaring) rumah tersebut adalah rumah bekas iman besar Masjid Petaling Jaya. Rumah besar ini dibina dengan gaya tahun 70an. Ada 7 bilik dilengkapi dengan interkom. Ada tab mandi dan ada juga lampu cendeliar yang cantik di tengah ruang tamu yang besar. Saya pernah tanya kenapa barang-barang seperti pinggang mangkuk lama dan barang perhiasan lain tak diangkut ke rumah baru? Macam tergesa-gesa nak pindah je? Dia tak jawab.
Banyak juga sebenarnya kejadian supernatural yang saya sendiri alami tetapi saya tak beritahu teman serumah yang lain sebab saya tak rapat mana dengan mereka... Kebanyakan pelajar adalah daripada fakulti Ingeniaring, perubatan dan sains. Ketika saya mula menyewa rumah tersebut sudah ada 16 orang pelajar lain yang duduk menyewa rumah tersebut. Ada duduk sebilik 3 orang, ada duduk sebilik 4 orang sebab biliknya besar.
Semasa mula menyewa saya tidak pernah naik ke tingkat atas rumah sebab tingkat atas bilik-biliknya adalah terdiri daripada kkawan yang saya tidak berapa rapat. Malu nak bertandang. Nak dijadikan cerita pada suatu malam saya bermimpi saya naik ke atas rumah tersebut dan berjalan-jalan melihat keadaan di tingkat atas. Keesokan harinya bila saya bangun pagi saya tak rasa apa-apa tetapi beberapa hari kemudian secara kebetulan saya naik ke tingkat atas rumah tersebut. Saya naik untuk mencari kawan saya. Saya dapati, ruang di tigkat atas sebijik wek macam dalam mimpi saya! Saya jadi hairan... Adakah pada malam tersebut saya benar-benar naik ke atas rumah tersebut (saya berjalan dalam mimpi?).
Keadaan yang pelik juga sering terjadi semasa saya mandi di bilik air. Bila saya mandi sendirian di dalam bilik air ( ya lah tak kan nak mandi berdua pulak, he he he), saya selalu terdengar nama saya dipanggil dari luar bilik air. Bila saya jenguk ke luar tak ada orang pun, mungkin perasaan saya sahaja. Kejadian sebegini banyak kali berlaku tetapi saya tidak beritahu kepada kawan-kawan bimbang mereka cop saya ni penakut. Namun kemudiannya semasa kami mahu meninggalkan rumah tersebut, bila kawan-kawan bercerita rupanya bukan saya sahaja yang pernah dipanggil nama tetapi kawan saya yang lain pun pernah kena juga...
Saya kembali kepada apa yang kawan saya lihat dalam bilik saya tersebut. Tentu pembaca blog ini ingin tahu. Ini cerita benar, bukan cerita yang kita baca tetapi di akhir perenggang rupanya lawak. Saya bukan manusia begitu. Jenis begitu dah ramai sangat dah. Kata kawan saya cahaya yang terang itu tiba-tiba menjadi merah dan membetuk dua mata! ``Ya allah aku takut sangat masa tu" kata kawan saya. Dia beritahu terus dia tarik kain selimut, berpeluh dan tak dapat tidur sampai ke pagi dalam selimut tersebut. Semenjak hari itulah dia tak mahu lagi tidur dalam bilik tersebut. Saya terpinga pinga dengar cerita tersebut, biar betul. Mana ada hantu...
Sejak hari itu saya dalam dilema, agak bimbang hendak tidur di dalam bilik tersebut. Namun memandangkan saya tidur bogel terpaksalah jua saya tidur juga dalam bilik tersebut. Kalau hantu datang tentu hantu segan. Kawan saya beritahu hantu tersebut tidak masuk ke bilik kami pada malam tersebut mungkin kerana saya berbogel. Saya pula yakin hantu itu tidak masuk bilik kami bukan kerana faktor saya tidor berbogel tetapi kerana kawan saya itu selalu baca ayat al-quran bila nak tidor. Sehingga ke hari ini saya tak tahu siapa yang benar.
Rumah ini besar, ada 7 bilik kalau tidak silap saya, dapurnya besar ada kabinet atas bawah, keadaannya menyeramkan juga sebab terletak di hujung bahagian rumah yang besar dan panjang itu. Kadang-kadang bila saya balik dari kuliah jika tidak ada orang dalam rumah tersebut, saya duduk di dalam bilik je. Kalau kawan saya ada pun mungkin saya tidak tahu dan kalau ada pun betul ke dia `kawan' saya? Saya tidak pernah terserempak dengan apa-apa lembaga tetapi ada beberapa tempat atau laluang memang membuatkan saya naik bulu roma.
Kata ketua rumah itu, rumah itu telah dipagar oleh tok iman masjid tetapi `pagar' tersebut `runtuh'. Saya tahu banyak cerita seram yang lain tetapi nampaknya seolah-olah dirahsiakan dari senior-senior seperti saya. Mereka tak bercakap mengenai perkara yang mereka rasa tak patut dicakap....
Rumah lama dan usang bertambah nampak tak terurus bila orang bujang duduk. Dinding simen yang ditampal dengan kayu varnisnya sudah pudar. Memang menakutkan sekali. Jarang saya ke ruang tamu walaupun siang hari sebab ruang yang luas (macam balairaya) itu agak suram keadaannya. Jika saya tengok tv seorang diri saya rasakan ada orang duduk di belakang saya. Jika saya bersandar di dinding dan tengok tv, saya rasakan seperti ada orang duduk di hadapan saya...(sedang tengok TV).
Saya juga ada cerita yang agak mistik tetapi saya tak cerita pada kawan lain sebab apa yang mereka alami lebih menakutkan. Cerita terjadi semasa saya deman. Saya deman panas tetapi kipas bilik saya tak kuat tiupan anginya, saya nak tidur di ruang tamu tingkat atas. Saya takut nak tidur di ruang tamu bawah. Apabila saya tidur saya berbunyi ada orang naik tangga. Saya dengar suara perempuan ketawa-ketawa. Saya rasa pelik sebab mana ada orang perempuan kat rumah ini. Saya nak bangun tetapi badan saya sangat lemah. Saya hanya nampak kelibat tiga perempuan naik, dan saya dengar ada di antara mereka bertanya `Eh kenapa budak ni tidur di sini?" Saya dalam keadaan sangat lemah, saya nak buka mata tak terdaya tetapi saya tahu mereka bertiga tersebut lalu di sebelah saya dan masuk ke bilik. Selepas itu saya tak sedar sehinggalah kawan saya kejutkan saya daripada tidur dan tanya saya ni deman ke?
Malaslah sudah saya nak bercerita, saya pun rasa seram ni. Jam dah menunjukan pukul 7 petang. Daripada jendela bilik saya ni keadaan di luar sudah nampak gelap. Ramai kawan-kawan yang lain sudanh pulang dari kerja. Kalau ada masa saya sambung cerita ini lagi...
Jan: Banyak kenangan-kenangan dalam hidup ini akan kubawak ke mati. Aku tidak pandai menulisnya... dan ada di antara ceritanya biarlah aku, dia dan tuhan saja yang tahu... kau benar-benar kejam.

Dapat PC baru...teringat Wan Emril

Di tempat kerja lama saya dulu, Kolej Shahputra, saya ingatkan sayalah pekerja yang paling tak pandai dalam bab-bab komputer ni, tetapi rupanya ada iaitu Wan Emril. Sahabat saya ini sendiri mengakui kebutaannya dalam bab-bab komputer. Saya tergelak besar bila dia beritahu dia hanya pandai `cut' dan `paste' sahaja. Dan saya seperti biasa berlagak kononnya jika saya bukak kompeni, saya tak ambil dia bekerje. Dia boleh jadi drebar saya je. He he he.
He he he. Kami selalu berbual sambil tibang roti canai semasa makan di kedai tepi sungai kat Pekan dulu.

Gambar 1: Wan Emril Nizar bin Wan Embong, dia ala ustad rock sikit.

Namun saya percaya kemahiran komputernya kini mengalahkan saya, sebab dia ada terlibat dalam saham-saham (pada masa akhir-akhir saya meninggalkan Shahputra). Kalau nak tahu pasal saham pasti la kena tau komputer kan.... tentu dia dah banyak belajar komputer dan saya pulak kena jadi drebar dia, he he he.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menimang cahaya mata kepadanya. Semuga Wan Emril sekeluarga sihat berbahagia selalu, adanya.

Tetapi ini bukan posting mengenai Wan Emril, cuma saya teringatkan dia bila saya terlibat dengan bab-bab komputer ni. Saya bukannya tahu sangat pasal komputer. Saya sekolah lama. Namun saya gembira bila dapat komputer baru yang sekeping tu. Dulu yang jenis gedabok saiznya tetapi kini slim je.

Semasa pemasangan komputer baru tersebut saya ada la menanyakan sedikit sebanyak pasal komputer baru ni pada juruteknik. Saya tanya soalan basik, `laju tak komputer ini'. Bukan apa komputer saya yang lama bak sibut babi lambatnya, geram betul. Mencabar kesabaran betul...


Gambar 2: Entah apa disumatnya dalam kotak ini
Saya lihat pemasangan tersebut, bila juruteknik krobek komputer saya, saya bertanya lagi. ' Nanti komputer lama nak letak kat mana? Saya tanya pulak `Boleh ke pihak lain trace apa yang saya lihat dalam internate ni'. Dia kata `Boleh dengan waktu, hari dan berapa minitnya sekali dapat ditek'. Saya tergamang seketika sebab kadang-kadang petang-petang saya selalu jugak buka `girls hot' kat internate, he he he...tengok Elezebth Taylor berbikini masa muda. He he he. Jangan marah.
Gambar 3: Di belakang kotak banyak lubang-lubang dan wayar-wayar
Keterangan gambar di atas: Itulah meja komputer saya. Saya pertayangkan secara ekslusif hari ni. Kelihatan kipas sebab hari sabtu dan ahad tak ada airkon, kelihatan juga juruteknik muda sedang krobek komputer, ada sekeping CD Enrique Iglesias, ada name card, jam tag heuer (yang palsu) dan sekerat cawan yang dah masuk 4 hari tak dibasuh.

Di tempat kerja baru, saya jugalah paling tak tahu komputer kot. Saya selalu tebalkan muka kol bahagian komputer bila komputer saya ada apa-apa kesalahan. Pernah saya kol bahagian komoputer sebab nak tahu kenapa komputer saya tak ada internate sedangkan bilik kawan-kawan saya yang lain ada. Juruteknik suruh saya periksa satu persatu. Rupa-rupanya wayar sambungan internet tercabut dari plaqenya.

Gambar 4: Aaaa dah nyala dah.

Peningkatan dalam pengetahuan berkomputer saya tak banyak. Saya ketinggalan jauh berbanding dengan anak-anak saudara saya. Entah bila saya nak meningkatkan ilmu komputer. Jauh di sudut hati saya tak naklah ketinggalan sebab komputer semakin penting.

Gambar 5:Amboi macam bank negara pulak...

Gambar 5 di atas tak ada kena mengena dengan tajuk posting, saja nak tunjuk pokok ong saya yang ramai memujinya bila tetamu masuk ke bilik. Tetapi pada suatu petang bila juruaudit masuk dia tanya `apa relevennya pokok ni dengan kekemasan bilik?. Saya tak jawab, he he he. Lagipun hidup saya pun bukan releven sangat kepada dunia ini, kah kah kah.

Dengan ada komputer baru ni, bilik saya nampak la canggih sedikit. Saya berterima kasih banyaklah kepada pihak yang terlibat sehingga memungkinkan komputer sekeping ni ada atas meja saya. Nampak nipis sangat, slim.

Kadang-kadang nampak kartun pun ada. Darat sungguh saya ni...

Jan: Walaupun ada komputer hati kutetap berdarah...(pulak dah)

Wednesday, May 5, 2010

Perihal rumput di laman sendiri...

Gambar 1: Inilah rupanya rumput yang ditanam seurat-seurat.

Setelah pemasangan paip air sudah siap, ayah saya giat melakukan proses penanaman rumput di sekitar rumah. Sebenarnya ayahlah yang giat memainkan usaha besar dalam proses menglamankan halaman rumah tersebut. Mungkin ayah saya dapat mengesan luka di hati saya...yang menjadikan saya sudah tidak beria-ia sangat untuk naik rumah baru (akibat peristiwa hitam yang saya alami sebelum bulan puasa tahun lalu...).
Saya berpendapat rumput mestilah ditanam, tak kan lah nak biarkan rumput liar memperkosa halaman rumah. Lagipun laman jiran depan rumah kemas dan cantik. Saya bukan hendak badi lawa (bertanding cantik) dengan jiran tetapi molek juga jika halaman rumah saya berumput hijau dan cantik. Lagipun ayah kelihatan gembira menglamankan laman saya.


Gambar 2: Benih dibawa khas dari Besut.
Saya juga menolong ayah secara minima (tetapi selepasnya dapat penyakit secara maksima). Saya mulakan dengan proses patah pinggang, iaitu di mana satu proses saya mesti mengcangkul buang rumput liar yang tumbuh merata. Sukar juga kerana saya tidak berapa serasi dengan cangkul. Ayah saya asyik komplain cakulan saya tak membuang seluruh rumput liar, katanya seperti orang botakkan rambut. Ayah juga mengkritik cara saya pegang cangkul dan katanya lagi kedudukan badan saya `tak kena' semasa saya mencangkul.
Pun begitu saya bersungguh-sungguh mencangkul sampailah beberapa kali juga batang cangkul tersebut tercabut dari cangkulnya.
Dan pada malamnya aktiviti mengcangkul tersebut telah memberikan impak negatif terhadap struktur tubuh saya, saya rasa pinggang nak patah, lemar seluruh badan... Dalam kesakitan itu sempat berfikir kalaulah saya tak berpelajaran dan berkahwin pula, memang saya tak rok plihara anak bini guna tulang empat kerat... Tuhan maha adil, terus saya kaitkannya dengan tuhan bila sakit, he he he.

Gambar 3: Macam cedung padi pulak...
Selepas cangkul buang rumput liar, proses kedua ialah cangkul tanah pulak, kena gembur senang nak tanam rumput. Pada masa ini pun nak patah pinggang sebab kena tanam satu persatu rumput tersebut.
Selepas menanam rumput kena la teduhkan rumput tersebut dengan menggunakan jala hitam seperti di atas (Sila rujuk gambar 3). Kalau tak teduhkan alamatnya gerenti hangus. Jala hitam ni berfungsi menapis sinaran cahaya matahari yang juga berupaya membakar hati sang mantan...yang terpuruk sepi (bila cinta telah pergi...)
Saya pulak hanya mampu menyiramnya seminggu sekali... Rumput ini akan puasa air selama lebih kurang seminggu sebelum saya akan berkereta menemuinya untuk menghilangkan dahaga. Sekarang musim panas, tak leh harapkan hujan. Tetapi syukur setakat ini semua yang ditanam ayah hidup segar bugar dan bahagia tak macam saya...yang terpuruk (pulak dah, ni cerita pasal rumput ke atau sang mantan?).
Sambil menyangkul saya teringat satu kejadian di mana seorang kontraktor muda yang beria datang ke rumah saya. cerita ini rahsia, cuma pembaca blog ini saja yang tahu, kepada keluarga saya pun saya tidak bercerita, he he he. Kontraktor tersebut anggarkan RM8K untuk penuhkan rumput karpet di halaman rumah saya. Tangannya ditunjukan ke sana ke mari apa yang dia akan buat, katanya halaman saya akan jadi cantik. Dan katanya tambah lagi RM3K untuk pokok-pokok yang saya mahu. Tahulah saya langskap yang saya inginkan tu asasnya sahaja RM12K.
Esoknya saya pergi la ke nurserinya. Saya beritahu saya sudah serahkan 100% proses mengcantikan halaman rumah saya kepada ayah saya. Saya beritahu ayah saya nak tanam rumput kampung saja.
Dia selaku kontroktor dan pemilik nurseri tidak berkata apa-apa, mungkin dia sudah faham adat orang berniaga, saya pun bukannya ada menyatakan apa-apa persetujuan, dia yang over. Dia cakap tak apalah no hal dan katanya kalau ada-apa keperluan boleh datang ke nurserinya.
Sebenarnya saya nak tahu harga sebuah langskap yang saya minat tetapi kontraktor tu beria sangat sampai datang nak tengok rumah saya. Mungkin dia ingat saya ni pensyarah tentu banyak duit. Hanya tuhan je yang tahu duit saya masa tu RM235 sahaja dan dalam bank cimb RM39. Pada masa tu fikir duit nak servis kereta lagi. Untuk tidak memalukan sangat, saya beli la dua buah pasu dari nurseri tersebut, he he he. Teruk saya kan...


Gambar 4: Ni la laman yang akan siap sepenuhnya 5 tahun lagi...
Saya tahu benar laman saya ni bertahun baru matang dan boleh masuk Majalah Laman. Saya mahu laman saya ni betul-betul nampak kampung atau kekampungan. Semuanya tema kampung. Saya juga sudah beritahu ayah saya, saya nak gali telaga juga sebuah. Biar mak, kakak dan adik perempuan saya boleh mandi berkemban kat situ. Tentu lama mereka tak mandi di telaga...Tetapi ayah saya kata kena tunggu dua tiga tahun lagi sebab tanah tak masak lagi.

Gambar 5: Ginilah rupanya...
Semasa saya menulis entry ini, semua jala-jala sudah saya tanggalkan dan rumput sudah mula tumbuh galak dan merebak. Suka sangat saya tengok. Saya cabut buang rumput-rumput liar yang cuba tumbuh di antara rumput yang ditanam. Memang betul kata Adnan Vioss bila kita dah ada rumah sendiri, kita cabut rumput pun rasa semacam je...
Rasa seng of belonging tu pekat sangat...
Jan: ...tetapi saya tetap sengsara, roda memang telah berputar...ar...ar.

Tuesday, May 4, 2010

Rumput di laman orang...

Tiada orang yang berupaya berfikir dengan rasional secara berterusan. Tiada orang yang memiliki pemikiran yang semuanya bijak, molek dan sempurna. Adakalanya dia sedikit akan tidak betul dan adakalanya dia mungkin banyak tidak betulnya...he he he. Banyak sebab mengapa kita jadi tidak betul antaranya kadang-kadang kerana kita sibuk melihat rumput di laman orang.
Kisah rumput di laman orang ni pernah saya dengar seawal usia 9 tahun. Ustad Othman menceritakan tema `rumput di laman orang' semasa saya darjah 3B di sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu. Kata Ustad Othman ada seekor katak yang nak berlawan dengan lembu, dia nak jadi sebesar lembu, dia ceritalah bagaimana katak tersebut menyedut angin/udara sampai kembung kembang perutnya dan akhirnya meletup. Saya dan kawan-kawan ketawa beramai-ramai membayangkan habis cecair badan katak tersebut terperencik bila meletup.
Rumput karpet di laman jiran depan rumah saya berharga RM2700. Bukan saya yang tanya, ayah saya beritahu. Jiran depan rumah suka berborak dengan ayah saya, tak kira malam. Saya tak suka berborak dengan jiran saya (bimbang nantikan terus dia nak carikan bini untuk saya, tetapi mak saya kata jiran depan rumah saya tu bininya dua. Amboi mak saya yang datang sekali sekala pun cekap dapat info, kalah internate, he hehe. Ampun mak).
Rumput karpet jiran depan rumah cantik, siap dengan 3 pohon pokok palma ada ditanam, ada langskap kecil lagi. Dia tanam bukan sikit tetapi terus tutup semua lamannya. Rumput carpet yang rata kelihatan cantik. Ayah saya beritahu saya jiran depan rumah saya tersebut akan duduk rumahnya selepas renovate dan penanaman rumput selesai. Itulah laporan ayah saya kepada saya, memang ayah saya tahu kot saya jenis elak jiran (satu konsep baru yang patut tak dikembangkan). Saya tak mampu beli rumput karpet atau karpet Dubai. Saya hanya tanam rumput kampung yang ayah saya bawa dari kampung. Dan saya tahu langskap ciptaan saya tu tak akan nampak cantik dengan segera, makan masa dalam 5 tahun baru matang (dan lawa, he he he). Saya janji pada diri saya.
Rumput di blog orang pun cantik. Bila kita buka blog orang, wow cantiknya! Ada kelip-kelip sinar, ada muzik dan kata-kata penulisan blog mereka best sangat. Berbanding blog kita apalah sangat, ayat-ayatnya merapu dan isu yang sama je, dan isunya nampak remeh pulak tu... kadang-kadang dinaiki kurap pun kita tulis. Kita tak rasa malu...he he he.
"Jangan awak banding awak dengan dia, tentulah dia menang tapi awak pun banyak keistimewaan lain" Kata seorang pensyarah kepada saya bila saya beritahu saya ni bukanlah seorang pensyarah yang hebat seperti orang lain. " Dia dah pernah bentang kertas kerja di Dubai, dia banyak pengalaman" Saya ingat lagi kata-katanya, dia mahu saya bersemangat dan jangan lihat kejayaan atau kelebihan orang lain secara pesimis.
Sekarang saya sibuk pastikan rumput yang ayah saya tanam di Indera Sempurna hidup. Oleh kerana sekarang cuaca panas saya bimbang rumput yang ditanam di rumah tersebut mati. Saya hanya mampu menyiramnya seminggu sekali sahaja. Bayangkan...saya bawa kereta sejauh lebih 100 kilometer semata-mata nak siram rumput, he he he. Aneh kehidupan ini.
Jan: Rumput oh rumput...

Bahana kereta Adnan...



Hari ini saya bangun awal. Seawal pukul 5 pagi. Bila bangun (selepas tatap muka di cermin), saya terus teringat kata-kata Adnan..." Tambah rm 200 saja lagi..."


Saya basuh muka dan tangan. Selepas itu saya terus ke dapur. Tengah malam semalam saya masak nasi, saya letak dalam peti sejuk. Saya mahu nasi itu sejuk supaya nasik tu `berai' (setiap butir nasi terpisah antara satu sama lain). Kata ayah bila nasi berai baru sedap dibuat nasi goreng.


Saya letak nasi tersebut atas meja supaya dia berada dalam suhu bilik. Saya buka kembali peti sejuk ambil bawang besar, bawang merah dan cili api yang saya koyok semalam. Saya keluarkan juga telur rebus. Semalam saya rebus telur sebelum saya masuk tidur. Saya rebus telur bersama suratkhabar sikit. Bila rebus bersama suratkhabar katanya bahan kimia yang ada pada suratkhabar itu boleh buat telur senang dikupas dan telur licin berkilat. Itulah petuanya...


Saya nak masak nasi goreng. Memang saya nak bawak bekal hari ni walaupun saya bukannya bekerja di ladang, estate atau kebun pisang di Filipina...


Sedang saya asyik memasak, tiba-tiba saya rasa sejuk. Saya ke bilik persalinan. Saya terus pakai seluar pendek dan baju pagoda. Saya kembali ke dapur...


Salah seorang kawan baik saya beritahu bahawasanya 3 kali seminggu dia bawak bekal ke tempat kerja. Dia bangun awal pagi masak. Katanya dia nak save duit. Saya juga nak jimat, saya berminat nak jadi seperti dia. Katanya nanti bolehlah saya makan nasi goreng tersebut sebagai sarapan pagi, selebihnya makan tengahari. Katanya lagi tak perlulah saya ke kantin.


Dan malamnya saya disarankan tak perlu makan. Masa dia beri cadangan supaya saya tak makan malam tu, saya telan je air liur...sebab nafsu makan saya sebenarnya membuak waktu malam. Ya lah saya hidup sorang, apalah saya nak nafsukan malam-malam selain makan?. Tetapi posting ni bukan pasal nafsu tetapi perihal gelagat nak save banyak wang, nak bayar deposit kereta baru (Honda).


Setahun nan lalu bila saya sambar Myvi standard, ramai juga kawan saya yang ala-ala marah. " Kalu aku bujang aku beli honda, raund satu Malaysia, hidup sorang senang''. Kata kawan saya penuh semangat. Pada masa tu kami sedang minum petang. "Belilah Honda kau mampu Mang" kata kawan saya yang satu lagi bila saya beritahu saya mungkin akan beli Myvi.


Semasa sedang masak nasi goreng tersebut saya teruskan pengelamunang. Saya lihat deretan tupperware saya. Saya tanamkan azam bahawa kononnya saya tak akan lagi membeli tupperware seumur hidup. Saya tanamkan difikiran...membazir je, kan dah banyak kat rumah. Saya akan pakai bekas biasa je yang akan saya beli di Kedai RM2. Buat apalah beli yang mahal-mahal kan? Fungsinya sama, menyimpan makanan. Bukannya sedap pun kalu bubuh dalam bekas tupperware tu... saya cuba basuh fikiran saya bersungguh hati, saya cuba pengaruhi diri sendiri sungguh-sungguh...he he he.


Saya mengelamun lagi...saya tak akan pakai Clinique lagi, satu regim dah dekat RM400, saya nak guna eversof je yang Rm9.90. Malam-malam tepek bedak sejuk je. Lagipun buat apa habis banyak duit, sedangkan muka saya yang tak handsum ni pun ada yang menangis dambarkannya.


Memang betul kata sahabat baik saya (Nurzuki Wan Isa, nama sebenar. Tak payahlah nak beri nama samaran sebab isu yang diketengahkan pun taklah akan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya. Tetapi jika ada pihak yang nak gunakan nama samaran dalam blog mereka saya tidak keberatan atau nak komen apa-apa sebab itu hak masing-masing. Blog masing-masing. Saya dan Zuki sama-sama menuntut di Um dulu. Dulu Zuki tu Playboy UM, banyak skil ngoratnya. Apa kabar dia sekarang ya? dah berapa orang isteri dan anak-anak?).


Kita kembali mengenai apa yang Zuki beritahu saya lebih kurang 20 tahun lalu. Katanya saya tak perlu ngorat-ngorat atau terhegeh-hegeh macam lelaki lain. katanya saya tak perlu pandai berkata-kata. Zuki pernah beritahu saya, saya ni jenis muka bermarket... kat mana-mana saya pergi atau berkerje nanti, selalu akan ada orang beria menangis nak kan saya. Pandai dia lihat masa depan saya. Mungkin anugerah Allah barangkali...


''Sekarang bayar kereta berapa sebulan? tambah RM200 je lagi..." Saya teringat kembali kata-kata Adnan semasa kami keluar minum bersama.


Saya dah buat keputusan. Saya nak sambar juga Honda tersebut. Saya tak akan beli apa-apa lagi untuk rumah baru. Biarlah saya tidur atas toto, biar guna langsir murah je... Tak payah guna pengikat langsir vouge, guna tali ropia je. Biarlah rumah tak ada perabut, biarlah persis balairaya pun...biar-biar-biar...


Saya teringat pulak kawan-kawan saya akan berombongan ke Surabaya nanti. Saya mungkin tarik diri sebab kalau pergi tentu saya banyak membeli dan maknanya banyak pakai wang... Apa alasan saya nak beri ya? Bini tak sihat? Mertua sakit nak mati? Pak mertua sakit gusi? Anak lelaki saya kena buang asrama? Anak perempuan saya mengikut lari ke Lombok? Tak logik langsung... Saya mana ada masalah-masalah tersebut. Isirumah saya, saya je sorang... Tak apalah tentu datang idea tu nanti...


"...kalau pakai kereta cantik macam Adnan tentu orang lebih pandang saya dan tentu orang lebih sayang ke saya..." Berlegar pulak dah sebuah pemikiran di kepala semasa saya mengodel (mengacau) nasik goreng tersebut. Saya rasa itulah buah fikiran saya yang paling bangang, tolol dan bodoh setakat Mei 2010 ini. Pada dasarnya mana ada hubungan atau kolerasi antara kereta dan kasih sayang? Kepada saya, jika kita sayang kat orang, orang itu tak ada kereta pun kita tetap sayang. Sebab cinta adalah jiwa, yang tak akan ada orang yang dapat membelinya (rujuk lirik Seribu Mawar, Datuk Sharifah Aini). Atau saya dan Datuk Sharifah Aini dah ketinggalan zaman?


Mengapa saya perlu berubah hati bila melihat kereta Adnan yang cantik dan seksi tersebut? Tapi saya tahu ada orang sebegitu, kerana sebijik kereta rela jual harga diri, jual perinsip hidup, rela jual kebahagian orang lain sebagai sandaran, galang ganti...tahniah! Orang begitu memang ada. Demi allah ada!


Tiba-tiba kedengaran irama syahdu laungan magis azan daripada masjid berdekatan. Saya terkedu (sambil tangan pegang senduk dalam keadaan berbaju pagoda dan hanya berunderware (Renoma)). Bayangkan...


Saya terus jadi saya, semua lamunang pergi...semua pergi. Saya terus isikan nasi goreng tersebut ke dalam bekas tupperware. Saya nak bawa nasi tersebut makan dengan kawan saya di wisma. Saya tak jadi nak save duit atau beli kereta Honda. Saya suka kehidupan saya sekarang, walaupun hanya berMyvi saya bahagia dan tidak menumpang harta orang...


Semoga inilah inilah kali terakhir saya bangun masak nasik goreng pukul 5 pagi...


Jan: Aku maafkan diriku kerana aku tetap aku... Kak Na, bila sampai saya oder korningware tu?

Monday, May 3, 2010

Perlukah kita cemburu...?


Seorang pensyarah wanita menyuruh saya menulis mengenai cemburu, iaitu rasa cemburu sang isteri pada suaminya. Siap dengan tajuknya sekali dia berikan `Perlukah kita cemburu...?. Pada masa tersebut saya tidak dapat penuhi permintaannya sebab sedang sibuk dan banyak perkara yang lebih perlu dilakukan. Ini tidak bermaksud tajuk tersebut tidak penting di hati saya tetapi waktunya tidak sesuai.
Amat payah nak menulisnya kerana saya bukannya jenis cemburu ( eh, ya ke? he he he). Mengikut Kamus Perwira, terbitan Daya Sdn, Bhd, (malas saya nak rujuk Kamus Dewan terbitan DBP, asyik rujuk kamus tu je, nak jugak rujuk kamus lain kan? Bukan bermakna kamus Dewan tak bagus tetapi sekali sekala nak jugak kelainan kan? Dalam rumahtangga pun mesti ada kelaianan kan? Saya akan kupas isu `kelainan' dalam rumahtangga kalau ada sebarang permintaan nanti...) muka surat 231, cemburu ialah `iri hati, curiga, kurang percaya. Contoh ayat `dia cemburu kalau suaminya pulang lewat',. Menaruh syak atau curiga, mensyaki. contoh ayat `Dia mencemburui saya dengan bukan-bukan.'
Ada orang kata cemburu tandanya sayang, saya tak nak masuk campur kerana tak cemburu bukannya tanda tak sayang pulak. Mungkin tanda percaya dan yakin.
Yang tak sedapnya cemburu melahirkan suatu perasaan tak tenteram pada diri kita. Jiwa kita akan rasa gelisah, resah, panas meruap je dan akhirnya sakit hati (dan susah hati, he he eh). Ringkasnya cemburu juga boleh menyakitkan badan si pencemburu tersebut, he he he.
Kepada saya adalah bahaya besar jika seorang suami tidak cemburukan isterinya, begitu juga sebaliknya jika isteri langsung tak cemburu pada suaminya. Sebab cemburu mungkin sebagai makanisme pengawalan, bukannya semata negatif. Dalam beberapa hal atau situasi si suami akan menjadi dayus kalau sifat cemburu ini tidak ada pada dirinya. Dalam beberapa hal dan situasi juga jika si isteri tidak ada rasa cemburu, dia sebenarnya mendedahkan perkahwinannya pada ancaman... Daripada fail mahkamah syariah didapati antara sebab rumahtangga jadi tunggang terbalik ialah sebab antara pasangan sangat percaya antara satu sama lain tanpa curiga, tanpa mekanisma pengawalan.
Mak saya sangat cemburu orangnya. Pernah mak saya langgar gate depan rumah sampai terpelenting, kepek kereta. Dia kata kalau ayah saya ada depan tu dia akan langgar. Ini kerana dia diberitahu orang kampung yang ayah saya bawa perempuan di dalam kereta. Terus dia cemburu. Masa tu saya kecil lagi (tingkatan 5), saya kata dalam hati apa salahnya ayah bawa perempuan dalam kereta, mungkin dia nak tumpang. Tetapi kini bila dewasa, aku mula sedar...(ikut stail Ella nyanyi...). Saya mula sedar mungkin bahaya tu, he eh eh.
Saya kembali kepada tajuk, sebab bimbang terbabas. Bayangkan kalau kita tak cemburu (tak mengaku cemburu tu isu lain, he he he). Bila kita tak cemburu maknanya kita percaya dan tidak syak, kita rasa buat apalah cemburu kerana suami kita ok tak seperti suami jiran kita yang gatal membirah. Datang wanita cantik seperti Maya Karim pun suami kita tak tergoda. Sebab kita yakin suami kita sayangkan kita walaupun muka kita dan makin tak seberapa nampak rupa dan badan kita lebar bak pintu depan ruang tamu rumah kita (sliding door). Kita tak cemburu sebab suami kita mencintai dalaman kita, sayangi diri kita seadanya... Tambah lagi kita memang kenal suami kita, siang malam asyik baca hadis, janggut pula mengalahkan Datuk Nik Aziz. Kita tahu benar suami kita memang takut perempuan, dulu 15 tahun lepas terketar-ketar nak berkenalan dengan kita, skil ngorat fail!
Berbeza dengan satu keadaan lain, kita kenal benar akan perangai suami kita. Dulu baru dua bulan kahwin ada beberapa orang gadis cantik datang menangis depan kita dan menuduh kita la yang rampas kekasihnya. Memang dulu suami kita ramai kekasih, Mat Romeo katakan. Suami kita pulak jenis pandai mengayat, berkata manis dan ada rupa. Dan... walaupun dah ada anak 4 makin bergaya. Minyak wangi Bulgari tak pernah tak pakai, sikat rambut sentiasa ada dalam poket seluar belakang. Pendek kata gayanya makin remaja! Kita bimbang sebab kita kenal benar suami kita tu jenis peramah, jenis `melayan' je orangnya...
Perlukah kita cemburu? He he he. Nampaknya saya tak boleh jawab atau menulis mengenai tajuk di atas, he he he. Tapi tak kanlah nak suruh suami kita cukur kepalanya sampai botak dan pakai minyak atar je... he he he. Malu pulak kita kalau dia pakai baju compang-camping macam Si Tanggang sebelum kaya.
Dan paling `tak kan' ialah tak kanlah kita nak salahkan suami kita jika dia ramai peminat...he he he. Dulu pun kita peminat setia dia. Dan kita jadi peminat bertuah dapat memilikinya.
Sukar untuk saya kata perlukah seorang perempuan itu cemburu atau tidak, mungkin dia kena fokus dan lihat perangai suaminya tersebut. Bagaimana perangai suaminya. Dan langkah seterusnya ambil keputusan sama ada nak cemburu atau tidak?
Kesimpulannya daripada penulisan di atas sama ada kita perlu cemburu atau tidak lihat kepada perangai suami kita dan apa yang dia buat. Kalau dia tumpangkan mak cik tua yang dah menoupose naik keretanya nak ke simpang jalan tunggu bas tak kanlah kita nak cemburu kan?.
Jan
: secara peribadi saya rasa mungkin juga perlu atau mungkin juga tidak perlu. Tidak perlu kalau kita percaya tetapi perlu la sangat kalau kita tak percaya...he he he.