Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, April 29, 2012

Rindu menghiasi kamar hati...

Abang dapat agak mak sudah masuk tidor, dan ayah tentu masih lagi di ruang tamu. Tergolek atas tilam besar mengadap tv (atau tv mengadap ayah).

Mak,Abang masih tidak mengantuk tetapi abang sudah tergolek layu di katil. Kain cadar Hush Puppies ni sangat lembut dan selesa. Kalau boleh sepanjang hayat abang mahu diuliti dengan cadar dan komfoter ini. Abang masih ingat lagi abanglah satu-satunya lelaki yang berebut membelinya sebab ada `sale’ di Sogo. Abang agak malu juga tetapi kalau abang tidak menyambarnya, siapa yang akan membelinya untuk abang? Haa…


Kalau harga sebenar mahu seribu lebih tetapi bila sale dalam RM700 sahaja. Kalau sentuh rasa lembut sejuk kainnya.Kain koteng katakan. Rasa mewah. (Rasa mewah walaupun duit gaji dalam bank dah tinggal ciput dek dapat gaji awal kerana raya Cina, he he he).


Sekarang abang tidak mengantuk, Abang rasa baiklah abang menulis. Kalau sesuai abang akan postingkannya esok atau lusa...atau bila-bila. Kalau tidak sesuai untuk dipostingkan. Abang campak bawah katil jea. Malu kalau penulisan terlalu lara dan pesimis terhadap hidup bak Lelaki Melayu Terakhir Terlara…


Mak,


Abang teringat pagi tadi doktor enggan berikan abang ubat tidor. Dia kata abang tidak ada sakit apa-apa. Dia berceramah pulak, huh boring sungguh. Rasa nak tarik janggutnya yang ciput tu. Abang bukannya nak bunuh diri, abang bukan artis barat yang tidak dapat urus populariti.


Doktor tak faham masalah abang. Abang tidak boleh tidor malam. Kalau abang tidak boleh tidor malam, abang akan letih dan lesu keesokannya, lama kelamaan abang  akan kurus dan sakit. Kerana abang tak mahu kurus dan sakit maka abang secara psikologi akan makan banyak. Bila abang makan banyak akhirnya abang akan jadi zombie yang gemuk (bernyawa tapi tak bermaya). Doktor tidak faham, dia tidak belajar ke kat U dulu kongsep `sebab dan akibat'?. Mungkin dia ponteng kuliah.


Tadi abang pulang dari kerja pukul 12.30 malam. Pagi tadi abang pergi kerja sebelum pukul 8 pagi. Ni abang duduk menaip di atas katil sambil dengar lagu jiwang. Seribu mawar. Abang dengar yang cover version punya, bukan Kak Pah nyanyi tetapi penyanyinya lelaki. Penyanyi lelaki ini menyanyi sambil main gitar. Ambik dalam youtube.


Lirik lagu tersebut amat berkaitan dengan hidup abang. Mungkin dalam 99.82% liriknya terkena dengan cerita abang. Tuhan maha kuasa. Seolah lirik dan lagu itu dicipta untuk abang. Dan kebetulan penyanyi yang abang kagumi pula yang mengalungkannya.


Mak,


Abang gagal lagi. Abang berazam berazam tahun ini akan cuba pulang awal daripada kerja.  Maksud abang habis time kerja, abang terus balik rumah. Abang betul-betul nak asingkan dunia kerja abang dengan dunia sebenar abang. Abang takut nanti abang tidak kenal diri dan kemahuan sendiri sebab asyik kerja-kerja dan kerja. Tetapi abang gagal, abang rasa ramai juga kawan-kawan abang yang gagal. Ada yang bawa balik kerja kat rumah (abang pun buat juga sekali sekala, he he he).  Akhirnya mereka tidak kenali diri sendiri. Tidak ada masa nak membelai diri dan dalam  masa yang sama rumah tangga tunggang langgang sebab tak kenal anak isteri. Anak berpotensi besar jadi bohsia atau bohjan. Isteri mungkin curang seribu mawar sebab tak dibelai. Selisih malaikat 46.


Sebenarnya kalau abang balik awal banyak perkara yang boleh dibuat. Bohong kalau kata kat rumah boring dan tak ada kerja nak dibuat.


Abang mahu ada kehidupan lain selain dari kehidupan bekerja. Kawan abang ada kata kalau nak sibuk pasal kerja sampai mati pun tak habis kerana kerja selalu menjelma. kini kawan abang ni semakin aktif berFB. iAbang nampak dalam FB dia, bukan main dia war-warkan hidup dia bahagia dan sibuk sana sini bersuka ria. Tetapi abang tahu sangat dia sunyi. Sejak dia kehilangan isterinya (isterinya kawin dengan orang yang jauh berkilometer hebat darinya), dia rasa tertampar dan terdampar. Abang kenal sangat dengan orang sebegini, maksud abang orang yang suka berdrama kononnya hidup dia tak sunyi. Adakah kerana abang salah seorang daripadanya? He he he.


Mak,


hakikatnya minggu ini abang masih balik kerja lewat petang. Bila sampai di rumah, tidak sampai sejam pun di rumah, lepas mandi abang terus ke kampus semula. Berita di Tv pun tak sempat tengok. Rindu pulak kat Najib. Katanya dia sakit lutut banyak berjalan. Ya lah kan pilihanraya dah dekat. Dia kena banyak keluar jumpa rakyat dan tunai janji. Harap lepas pilihanraya pun dia tetap keluar...dan tunai janji.


Mak,


Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk dalam sejarah abang di panet bumi. Dan abang tidak pernah rasa sesibuk ini. Minggu ini semester dah mula. Dalam kesibukan itu bertambah kerana abang berjaya `key in’ 200 lebih kertas soal selidik. Abang ada terlibat buat kajian membantu Prof Dr Mohd Anuar Adnan. Sebenarnya abang bukan suka sangat buat research ini tetapi buat juga sebab pensyarah kenalah buat research… Kata kawan abang yang selalu usung jurnal sana sini.


Dalam sibuk-sibuk tu sempat juga abang posting. He he he. Bila posting rasa dah tertunai tanggungjawab. Ramai juga yang baca blog abang. Memang abang tak sangka langsung. Mak tahu tak dulu… Tak payah beritahulah, nanti air mata mak menitik… biar abang harung. Abang janji. Abang akan berjuang.



Mak,

Ramai yang baca blog abang. Mulanya abang ingat kawan-kawan abang di Kolej Shahputra (kini universiti kolej Shahputra) sahaja. Tetapi kini dari seluruh Malaysia. Malah ada apa yang abang tulis telah dikat dan paste di sebuah blog di Indonesia…


Abang rasa abang ada ramai juga pembaca setia yang abang tidak tahu dan ada yang abang tahu sebab mereka ada blog juga. Abang ada pembaca setia yang sering memberi pendapatnya, Nama dia Nong Andy. Dia pandai menulis cerpen dan novel. Kalau abang jumpa dia abang nak ceritakan kisah cinta abang yang tragedis dan tak pernah kesampaian. Mungkin boleh dibuat novel. Mungkin boleh dibuat filem? Tapi tak naklah Haron Aziz berlakon, kalau boleh nak orang warganegara Malaysia. Nong andy ini anak dia sangat comel, dan putih. Nong Andy pasti baca blog abang. Abang tak nak mengecewakan dia. Seorang lagi nama dia Adie Achem. Dia juga selalu membaca blog abang. Sekarang dia tidak menulis buat sementara. Mungkin dia terganggu fikirannya. Mungkin dia memerlukan rehat seketika.


Kalau otak abang tidak biol abang berhasrat akan terus menulis sampai abang mati…


Mak,


Hari ini abang posting pasal `anak menjadi beban’ dan lewat malamnya abang posting pasal anak dan ibubapa. Ya, ada unsur ketuhanan dan agama sikit. Tak kanlah blog abang nak 24 jam cerita hal duniawi sahaja. Abang posting hal sebegitu sebab abang mahu semua orang sangat sayang kepada emaknya seperti abang sayangkan emak…


Mak tahu tak abang pernah terima sms yang mengecam penulisan abang dalam blog. Kawan abang sendiri yang menulis dan dia kata menyampah. Dia kata abang cuba memalukan dia. Dia sangat marah dan putuskan persahabatan. Dia sangat marah.


Abang rasa itulah padahnya jika abang berterus terang. Namun abang tidak berniat nak malukan sesiapa di muka bumi ini. Demi allah pun, dia tidak tahu abang selalu juga doakan rumahtangganya yang tidak sempurna itu jadi sempurna dan dan akhirnya bahagia macam dalam drama tv tu. Tapi dia hanya lihat sisi buruk abang sahaja. Dia tidak fahami penulisan abang yang bertujuan memberi pengajaran moral. Setiap penulisan abang tidak guna nama sebenar tetapi kejadian dan kisah adalah benar belaka. Sebijik sama. Abang tidak reka cerita.


Abang rasa betul kata Adnan, mereka marah sebab apa yang abang tulis itu benar…


Mak,


Hari ini juga abang rasa lega sebab abang sudah tunakan janji. Abang sudah serahkan sekotak besar berisi baju kurung terpakai kepada makcik cleaner. Sudah lama janji tetapi terlalu sibuk nak beri, Dari sehari ke sehari. Dan ianya tertunda untuk sekian lama.


Baju kurung tersebut abang mintak daripada Kak Tie (kakak saya). Kak Tie ada banyak baju kurung. Mungkin sebab dia cikgu. Kak Tie kata dia akan gilirkan baju yang dipakainya sehingga pelajar dia sudah tak ingat/cam baju yang dia pakai. Macam abang ni, abang pakai baju yang sama tiap minggu, kadang-kadang tiap hari, tanya Adnan kalau tak percaya. He he he.Tapi abang basuh. Lepas basuh sidai dalam rumah. Cepat kering.


Baju kurung yang Kak Tie beri tersebut siap dengan selendangnya sekali untuk disedondongkan. Memang dah jadi aktiviti tahunan abang, abang akan kumpul dan sedekahkan kat mereka yang memerlukannya. Dulu abang beri kepada pak cik tukang kebun yang mencuci kawasan perumahan abang. Biar dia beri kepada isterinya. Sekarang abang beri kepada mak cik keliner pula. Sempat abang beritahu kepada mak cik kalau tak berkenan abang minta tolong dia berilah pada sapa-sapa kat FELDA Keratong tu. Abang nak pakai pun takut. Takut nampak seksi. He he he. Apa kata dekan nanti?


Sebenarnya abang tiru aktiviti mengagihkan baju ini dari kawan abang. Nama dia Shasha Bella (bukan nama sebenar, nama sebenar dia tak komersial. Saja abang bubuh nama yang macam sitron Filipina tu, biar glamour sikit). Kawan abang ni dia selalu kumpul baju untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Dia masih tidak berkahwin. Mungkin tak ada orang nak kat dia sebab giginya bercambah. Dia jenis lelaki tak gila bila tengok. Atau memang dia tak nak ke orang? Atau dia sebenarnya makhluk asing?...he he he.Mak tahu tak?, masa abang nak keluarkan kotak yang berisi pakaian daripada bonet kereta, abang berhati-hati sikit takut ada kawan-kawan nampak. Bila line clear baru abang ambil kotak tersebut dan usung naik tangga ke opis abang. Bukan apa. Nanti kawan abang kata abang pelik. Mana tak peliknya, pensyarah-pensyarah lain selalu sibuk kepit jurnal dan marker pen kat tangan. Abang pulak selalu kepit majalah Impiana dan sibuk angkut pasu. Hias bilik. He he he. Sebenarnya memang dah ada orang kata kat abang pun...he he he tapi tak apalah, abang tak kisah. Abang memang begini.


Abang memang begini. Abang tak boleh jadi macam orang lain. Pernah abang nak meniru tetapi seminggu jea. Bila baca jurnal terus tertidor atas kerusi. He he he. Just be yourself kan? Tapi mak, sukarnya nak jadi diri sendiri dalam masyarakat Melayu. Suatu hari nanti abang berharap abang akan pergi suatu tempat di mana abang akan diadili dengan adil, satu tempat yang apa yang abang hendak abang akan dapat. Satu tempat bila abang berada di situ, barulah orang mula melihat abang dengan adil.


Apa lagi Abang buat hari ini yea?. Ya sudah semistinya abang berkuliah. Sem ini masih ada seksyen yang pelajar dari luar negeri. Pelajar abang beritahu pelajar tersebut sepatah haram tak reti cakap Melayu. Sem lepas ada juga pelajar Jermen. Sem ini ada dari Timur Tengah. Bertabur juga abang cakap orang putih. Harap mereka faham. Sebutan Melayu abang pun tak betul…he he he. Tapi abang berpendapat jangan jadikan bahasa sebagai alasan bila nak dapatkan ilmu. Sempat abang buat lawak maharaja pada kelas pertama tadi. Abang kata ‘ ing my kelas there are two rules. First wang lecturer always right and second rule is if you think your lecturer are wrong, please refer to first rules again” he he he.


Abang  lihat hanya ada dua orang pelajar Melayu sahaja. Ke mana pelajar Melayu yang lain? Mungkin masih tak mendaftar lagi?


Haaa… baru abang ingat abang kena pergi Kuantan malam ini (sebab kira dah pagi ni….). Kuantan jauh 125Km… Abang kena balik semula ke Muadzam lepas makan sebab abang banyak kerja. Abang tidak boleh tidor di rumah abang di Kuantan, ia melalaikan abang unutk buat kerja. Selepas majlis abang kena cepat-cepat balik ke Muadzam semula. Majlis itu dibuat oleh ketua projek. Abang dan kawan-kawan abang anjurkan bengkel OBE di Cherating pertengahan bulan 1 dulu. Bengkel tu berjaya. Siap dekan dan timbalan dekan puji sebab bukan senang mak nak kumpul semua pensyarah datang. Tidak semua datang tetapi hampir semua. Kedatangan kira memuaskan. Bengkel OBE ni ringkas kata pasal cara nak mengajar. Kita tidak boleh syok sendiri semasa mengajar, he he he  abanglah tu...


Mak,


Jam dah menunjukan pukul 1.40 pagi. Dan waktu-waktu begini abang teringatkan seseorang...(pulak dah). He he he memang nasib abang malang kalau dalam soal kasih sayang. Abang harus beri seribu kad merah untuk abang. Bila ingatan itu datang, abang halau. Abang halau jauh-jauh hingga ke hujung dunia dan ke petala langit ke tujuh. Namun abang tahu secara perlahan-lahan ia mengengsot jua merapati kotak fikiran. Meracuni suara hati. Tapi mak...waktu-waktu beginilah suara hati itu akrab dengan abang... Abang hanya ada suara hati saja saat dan ketika begini...


Mak,


Hari ini juga ada cerita lucu. Hari ini kawan lama abang talipon. Nama dia Wan Emril, kawan-kawan panggil dia ustad wan Emril (walaupun tak ada gaya ustad pun, he he he).


Wan Emril ni adalah salah seorang kawan baik abang semasa abang kerja di Kolej Shahputra Pekan, Pahang. Abang selalu makan roti canai dengannya tepi sungai dan bincang pasal pelajar dan kehidupan. Dia ni kelakar dan selamba. Satu lagi dia ni pelik sebab suka tulis nombor-nombor atas kertas. Bila abang tanya dia kata saham. Entah saham apa gitu gayanya.  


Pada masa dia menalipon, abang sedang key in data. Dia menyamar dan buat bunyi suara lain. Dia kenalkan diri dia sebagai Wan Karim. Abang pun tanya lah siapa Wan Karim, kot-kot kawan abang masa belajar dulu. Dia bercakap gaya macam kenal sangat abang. Abang pulak memang tak tahu itu sebenarnya Wan Emril tapi abang layan jea sebab abang nak ambil peluang nak rehat dari key in data. Dah berpinar mata masukan data SPSS.


Penyudahnya dia tergelak bila abang kata “ Saya memang tak kenal awak, awak tak terkenal kot sebab tu saya tak kenal awak”. He he he kejam ayat tu kan?. Tapi memang abang andaikan dia kawan sekolah/seU abang yang tak popular yang nak berkawan semula dengan abang (abang agak popular di sekolah/u atas sebab-sebab tertentu). Tapi rupanya Wan Emril. Suspen betul…he he he. Rasa nak pelempang manja pun ada. He he he.


Mak,


Hari ini abang masih meneguk jus Mona V dengan bergayanya. Jus Ini mahal sikit harganya iaitu RM100 lebih di pasaran. Abang tahu kalau minum jus ni tak lah abang jadi handsum macam Remy Ishak tetapi abang tetap minum jugak sebab sedap! Rasa masam sikit kalau letak dalam peti ais, best. He he he. Tak aci kan? Kalau tak sedap? Kalau tak sedap tekak abang tak telan. Haaa.


Oh yea hari ini juga abang tengok kereta Adnan dah macam warna cream. Setiap hari Adnan berulang lebih dari 200 km ke tempat kerja. Mungkin dia tidak sempat basuh keretanya. Yalahkan, pagi hari dia dah mula memandu ke tempat kerja dan sampai rumah lewat petang. Kalau hujung minggu basuh pun tak bertahan lama.


Abang juga sempat teman Ja (Khairul surbaini) ke pejabat perumahan. Dia mahu memilih lokasi yang bersesuaian untuk rumahnya. Mak tahu tak, bila balik daripada pejabat perumahan tu abang rasa malu pulak dengan gelagat abang di pejabat tu. Kat pejabat tu abang rasa abang dengan perempuan jurujual kat opis tu sama rancak memberi nasihat dan panduan bagaimana nak memilih rumah. He he he.


Harap Ja tak marah sebab kelakuan kawannya ini memang begitu. Abang akan minta maaf dengan Ja nanti sebab terover sikit masa kat pejabat perumahan. Bukan main abang nasihat Ja supaya fikir semasak-masaknya untuk memilih rumah yang berlokasi baik. Siap abang bertanya arah matahari naik dan jatuh. Bukan apa, nak rumah yang bila petang kita balik kerja taka rasa macam duduk dalam oven. Pagi taka pa sebab kita keluar cari rezeki. Pilih rumahnya kena tahu banyak perkara sebab ada rumah yang lokasinya pukul sepuluh pun masih panas dinding konkritnya. Haaa. Kadang-kadang abang lihat perempuan jurujual tu tergaman melihat gelagak abang yang galak bertanya sambil member penerangan. Entah mengapa begitu. Ini mungkin gen dari mak kot?, he he he.


Mak,


Abang sangat ingatkan kepada… Abang rindu. Tapi abang tidak boleh tulis kat sini kerana nampak sangat abang yang lemah sedangkan dia sedang berbahagia sakan (harap kebahagian itu tak kekal lama, he he he. Opss!)


Seperti biasa Abang pau rokok Adnan 2 batang. Abang fikir kalau sehari 2 batang. Seminggu kerja 5 hari jadi 10 batang. Sebulan ada dalam 40 batang!. Kesian Adnan, Tapi abang dah ketagih. Ketagih mengepau… tapi kadang-kadang sehari sebatang.


Kat Muadzam ini Adnanlah kawan baik abang segeng. Ada juga pensyarah lain hairan bagaimana abang boleh berkawan dengan adnan sebab kami berdua bagai badut dengan gentlemen. Badut tu abanglah.  Seronok sebenarnya berkawan dengan adnan sebab pemerhatian dia halus dan teliti. Kesimpulan yang dia buat pun rasional. Dia tegas dan ada cara sendiri. Dia suka bercakap mengenai pembangunan manusia dari segi perubahan pemikiran dan cara hidup. Satu lagi bila bicara hal politik dia tidak mengutuk mana-mana pihak atau menyelar peribadi. Dia selalu kata kalau perkara itu betul, betullah. Kalau perkara itu salah salahlah tak mengira parti man ayang buat.


Banyak ideanya abang tulis dalam blog.


Mak,


Hari ini juga abang teringat kepada Azniza. Sebenarnya abang selalu juga ingat dia terutama bila abang hadapi kepayahan hidup. Abang lamaaa sangat berkawan dengan dia. Dia kawan perempuan pertama yang rapat sengan abang (dan yang terakhir) di bumi Pahang. Ada juga kawan perempuan lain yang cuba rapat dengan abang tetapi lain perangai mereka. Asyik minta hadiah, minta belanja dan suruh abang tukar kereta mewah dan berjimat. Mereka juga suruh abang sikat rambut.


Mak,


Masa Azniza kahwin abang tidak hadir sebab abang sangat berduka nestapa bersalut kegembiraan. Berduka sebab abang hilang kawan baik dan gembira sebab dia dapat orang yang sayanginya. Pada hari itu abang buat-buat sibuk sepanjang hari. Buat sibuk supaya ingatan tidak menghala ke majlis perkahwinan dia.


Dan abang pun rasa dia juga akan sedih jika abang hadir pada hari perkahwinan dia. Pasti dia kesian tengok abang makan kat khemah buat-buat gembira tutup duka sedangkan burung-burung pun turuk berkicau menyanyikan lagu ria, sanak saudara yang ada semua tutut gembira…(macam lirik lagu Yunizar Hussien, ada juga penyanyi baru yang cuba beri nafas baru tapi rupanya nafas maut. Lagu jadi tak sedap).


Kalau orang tak faham tentu mereka tuduh abang yang bukan-bukan sebab ingatkan bini orang. Tapi Azniza dan Abang ni dah macam adik beradik, orang tak tahu. Cuma bila dia sudah kahwin abang dan dia sudah tidak rapat lagi demi menjaga tata susila dan adat-adat ketimuran nusantara keislaman. Hari ini abang teringat makan nasi lemak dengan Azniza kat kedai 5 Star di Indera mahkota. Kedai tu bukan bertaraf 5 bintang tetapi namanya sahaja 5 Star. He he he. Abangni manalah mampu sangat makan kat tempat berstar star ni...


Kat mana abang nak cari kawan seperti dia lagi mak?


Abang ingat juga dulu masa abang dan dia gi lepak ke Megamall, abang beritahu dia suatu  hari nanti bila abang ada duit abang akan belikan dia satu set pewangi Clinique kat dia yang  berwarna oren tu. Abang nampak dia sukar benar dengan wangian tu. Abang akan beli siap dengan lotion sekali. Abang dengan dia memang selalu suka lihat barang-barang mahal di Megamall selain suka makan nasi lemak murah.


Dan bila abang dah ada duit, dan berani bawa kereta pertama kali ke Kuantan terus abang pergi ke rumah dia ajak gi jalan-jalan. Sebenarnya abang nak beli set pewangi Clinique kat dia. Tapi dia tak nak keluar dengan abang. Abang rasa sedih sangat sebab bercakap dengan dia di tepi longkang je. Itu pun  sekejap jea…Kemudiannya baru abang tahu dia dah bertunang… (baca dengan nada sedih, sambil tersenyum tawar. Buat mimic muka macam drama swasta bila doctor yang baru keluar bilik bedah kata “Maaf kami sudah cuba sedaya upaya menyelamatkan nyawa tetapi….”)


Mak,


Abang beritahu Ja, suatu hari nanti abang nak beli Honda Sivik. Dan Ja nanji akan renovek Honda tu jadi vogue.


Mak,


Abang lupa nak beritahu semasa keluar makan tengah hari abang nampak babi melintas jalan. Abang tak terkejut. Itu sudah semacam rutin di Muadzam. Abang pernah jumpa babi depan bank Rakyat Muadzam. Mungkin dia nak buat rifaineng (pinjaman semula). He he he.


Abang pernah jumpa beruk 5 ekor. Beruk tu besar…tak macam monyet.Abang siram pokok dalam pasu. Kalau pokok ni dah besar abang nak angkut ke rumah kat Kuantan. Nak beli pasu. Abang dah pergi ke kedai pasau kat Teluk Chempedak. Taukeh cina kata pasu yang abang berkenan tu harga M150 sebijik. Tinggi pasu nak sampai paras pinggang. Abang terkejut jugak bila dengan harganya tapi abang kawal memek muka Abang. Taknaklah nampak macam tak mampu sangat walaupun mampu sikit jea. Kalau ada duit nanti abang nak beli 6 bijik jea sebab abang ada semai 6 pokok sahaja. Kalau jea, he he he.


Mak,


Hari ini abang berlakun jadi kucing. Bukan berlakun buat pementasan tetapi saja-saja. Senang je berlakun jadi kucing. Abang bayangkan badan abang berbulu dan ada ekor. Abang buat-buat nak makan ikan gupy abang. He he he. Ikan gupy abang dah beranak pinak.


Tapi abang hairan la ikan gupy abang ni selalu jadi sikit. Entah-entah anak jiran curi. Tapi tak baik menuduh kan?. Kalau mereka curi pun abang halalkan jea. Maklumlah mak bapak mereka mungkin tak ada masa nak membentuk keperibadian dalaman anak-anak mereka. Ya la, balik kerja pukul berapa tiap hari? Haaa…masa mana nak bentuk. Nak rapat pun mungkin kena marah.


Mak jangan bimbang tiada orang yang tengok gelagat abang tersebut. Tuhan dan malaikat sahaja melihatnya. Apa agaknya pandangan tuhan terhadap perbuatan abang tersebut ya? Kadang-kadang abang fikir jugak pasal tuhan kata. Tapi abang yakin tuhan tahu abang tak gila. Mungkin tuhan lihat gelagat abang dan kata sunyi betul insan ni. He he he. Tapi hanya tuhan yang mengetahui.Abang bersenam (buang tabiat?).


Mak,


Oh ya, hari ni abang pergi pejabat pos Muadzam keluarkan duit ASB, nak bayar khidmat peguam.


Semasa beratur nak ambik duit ASB tu abang tengok beberapa orang perempuan muda. Muka kira cantik juga. Abang perhati dari atas sampai bawah. Tetapi bila abang tengok kuku kakinya yang panjang terus rasa geli. Apa la salahnya jaga juga kuku kaki tu, ni asyik jaga muka jea tapi kaki tak jaga. Kulit jari kaki mereka pun nampak kering kelaring (tak basah). Patut mereka pakai losen Vaselen atau Nivia Cream. Kaki kena jaga juga walaupun jarang orang tengok.


Abang juga tengok beberapa orang gemuk sedang beratur, dan dalam hati abang berkata `mereka perlu diet, Mereka sedar tak mereka itu gemuk?. Teruk abang kan sebab abang pun gemuk tapi mengata orang lain gemuk (mengata dalam hati).


Mak,


Bila abang selesai urusan di pejabat Pos (yang selalu buka satu kaunter tu) abang kembali ke opis. Semasa naik tangga abang terjumpa pelajar yang nak minta abang jadi adviser kertas projek tahun akhir dia.


Abang sempat beritahu kalau ada kaitan dengan ekonomi ok, tapi kalau finance semata-mata abang tolak. Bukan apa, bukan sombong tapi bimbang tak dapat banyak menolong, biarlah mereka minta pada yang layak. Pada pensyarah finance. Tapi ramai jugak yang mintak abang jadi adviser mereka. Famouskah abang? (terjemahan = perasankah abang? He he he).


Abang pasal nak supervise kertas projek ni berat sikit. Besar tanggungjawabnya. Kalau dapat pelajar yang semuanya kena ajar daripada A hingga Z, haru jadinya. Taukeh balak bangkerap, Anita Sarawak pun balik Las Vegas semula. Kalau gitu mereka masih tak layaklah buat projek. Semua kena ajar. Kalau banyak tak tahu apa yang nak dikaji tu maknanya tak layaklah tu… Pernah jugak abang beri C kepada pelajar abang sebab dia memang tak membuatnya dengan elok dan mengharap abang je dalam setiap proses…


Mak,


Abang selalu ingat kepada Najihah, najib dan Syafik (anak saudara). Abang rasa sedih sebab mereka tidak tinggal dengan ayah mereka. Abang harapn Najihah dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan dapat pekerjaan yang baik. Hari tu dia dapat 10A dalam PMR. SPM ni abang rasa paling koman pun dapat 10B. Tapi tak tahulah sebab dia ambil juga subjek add maths, fizik, kimia dan biologi, Abang subjek sebegitu memang lingkup he he he.


Tapi abang bimbang sebab pelajar perempuan masa PMR memanglah cermerlang tapi bila SPM mulalah menurun belajar sebab dah mula gatal nak berlaki.


Hidup ni kalau tak ada ilmu ibarat bilik air tak ada cermin atau Maya karim tanpa make up.


Dan harap jugak dia dapat suami yang baik. Tapi baik suami tak ada, beras ada daripada ada suami tapi beras tak ada, he he he. Maksud abang ada suami tapi suami tak bertanggungjawab dan jahat. Mak,


Hari ini Kak Tie (kakak saya) talipon bertanya khabar. Dia bertanya khabar juga tentang tupperware dia. He he he. Tuppwerware tu ada dalam keadaan selamat walafiat. He he he.


Ina (Adik perempuan saya) talipon bertanya khabar. Dia beritahu dia nak hadiahkan abang Tupperware. Ina memang tahu buat abang gembira, he he he.


Ayah juga talipon bertanya khabar.


Abang tak talipon sapa-sapa…tak bertanya khabar sapa-sapa pun mak, he he he.


Apa lagi Abang buat hari ini?


Mak,


Semester sudah bermula. Abang mulai sibuk. Kerja untuk penyediaan kuliah memang banyaklah, print ini, print itu. Buat notis dan ubah nota, tambah informasi. Ni kerja wajib, hakiki dan utama. Hari ini Abang berlamaan duduk atas kerusi sampai lepeh punggung. Jadi jatuh shape sebelum waktunya.


Abang mahu semester ini semester jadi yang terbaik. Abang mahu pelajar gembira belajar dengan abang. Abang tahu tanggungjawab abang besar sekali. Pengalaman abang, ramai pelajar beritahu ekonomi subjek yang payah…


Sebab tu biasanya kuliah pertama abang akan `berlakon’ sikit. Abang soal `siapa kata ekonomi payah? Siapa kata?’. Abang ulang beberapa kali macam dialog wayang kulit. Masa abang soal tu abang akan tengok ke seluruh ruang dan buat-buat serius kepada pelajar. Abang bulatkan mata dan angkat kening sambil buat-buat betulkan cermin mata. Tapi abang tahu kepada sesetengah orang ekonomi memang payah. Ada pensyarah yang beritahu abang masa di u dulu dia pernah berulang kali ambil subjek ekonomi tapi tak lulus.


Oh yea Abang teringat juga hari ini (semalam) dengar Adnan berceramah pasal kena buat sit up, bentukan kembali shape perut supaya tak boroi. Dia berceramah semasa abang menuju kedai makan. Dia bercerita berkobar-kobar. Abang dengar sambil berfikir, kalau Adnan tak ada tentu hidup abang akan kurang warna. Adnan ni ada-ada sahaja idea baru. Kelakar juga.


Mak,


Dah pukul 2.46 pagi. Abang kena tidor dah. Bimbang esok letih. Teruk betul doktor tak nak beri ubat tidor dan gagal mengesan sakit abang. Atau abang kena jumpa pakar psaiketeris bertauliah?. Tetapi abang bukan sakit jiwa…. (kata-kata yang orang sakit jiwa selalu kata. He he he...)


Kadang-kadang abang rasa dah letih dah dengan kehidupan ini...mak. Letih.


Abang hendak tidor dah mak, abang mahu bermimpi indah. Kain cadar Hush Puppies ini sangat selesa. Biar mimpi itu lama dan lamanya adalah selama-lamanya...


Dan abang tidak mahu terkejut daripada mimpi itu, kerana abang terpaksa lagi mengesat air mata ini... dengan lengan baju...


Salam sayang untuk mak…I miss you.


Jan: uwilmisme


  



Thursday, April 19, 2012

Kasih sayang dalam semangkuk tom yam: KFC, Bee Huat dan Rossa

Dalam renyaian hujan, saya sendirian memandu pulang ke Indera Sempurna. Saya ke Giant semata-mata untuk makan KFC. Dulu agak janggal tetapi kini sudah semakin biasa makan KFC seorang diri di supermarket Giant (mungkin akan menjadi kebiasaan di seumur hidup... he he he). KFC di Giant sedap, setaraf dengan KFC di Kuantan Perade. Bagi saya, rasa sedap KFC berbeza antara satu sama lain, mungkin cara dia mengoreng ayam tersebut. Entahlah. Saya tetap menyukai KFC walaupun harga `snake platenya' sudah berubah. Bertambah mahal.
Memang ketika ke tempat parking, hujan sudah mula merintik. Saya mendongak. Langit makin kelabu. Dengan senang saya berlari-lari anak menuju ke kereta tanpa membimbit apa-apa barang. Memang saya ke giant semata untuk membaham KFC.
Dalam renyai hujan saya memandu penuh berhati-hati. Kata kawan saya memandu laju dalam hujan berbahaya, tayar kereta kita tidak jejak ke bumi. Saya memandu selaju 45km. Ketika memandu perlahan saya melepasi bangunan yang tertulis Bee Huat. Saya tersenyum (seperti babak dalam drama-drama swasta di ASTRO).
Bas Bee Huat banyak menyumbang jasa kepada saya. Kalau saya sultan tentu bas tersebut sudah menjadi Datuk Bee Huat. Sepuluh tahun dahulu, pada mula-mula injak tanah Pekan. Bas Bee Huatlah yang menjadi kenderaan rasmi saya. Saya berBee Huat ke tempat kerja dan juga jika mahu ke Bandar Kuantan. Saya ada juga naik bas Rahmat Alam tetapi saya lebih suka naik bas Bee Huat. Bas Bee Huat lebih mesra alam, cerah di dalamnya, banyak tingkap yang tidak dilangsirkan.
Dalam renyaian hujan saya tersenyum lagi. Teringat saya suatu peristiwa yang lucu (setidaknya kepada saya). Ianya melibatkan saya dan bas Bee Huat. Dan kini cerita lucu tersebut membuatkan air mata saya bergenagan. Sedih… (pulak dah).
Ceritanya begini…
Saya pegang tiang bas Bee Huat tersebut sekuat hati. Ramai juga penumpang yang senasib dengan saya. Mereka terpaksa berdiri sebab semua tempat duduk sudah penuh. Hari pasar minggu di perumahan 500 memang begini keadaannya. Bas penuh sesak. Bertambah sesak sebab pelajar Kolej Shahputra juga akan ke pasar malam tersebut (sebenarnya pasar tersebut beroperasi hampir seharian, petang sudah ada hinggalah malam).
Saya sedar beberapa orang masih memerhatikan gelagat saya. Sebab itulah saya pegang beg plastik yang berisikan ayam, udang, tomato, karot, bunga kubis dan daun limau purut itu dengan erat. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya buat-buat serius seolah tiada apa-apa yang berlaku… saya buat muka empat sepuluh (muka masam).
Dan semasa saya menulis posting ini saya juga tersenyum. Cuma kali ini air mata yang mengalir saya kesat dengan lengan baju… Saya tidak mahu lap top saya atau cadar saya basah. Hanya allah yang tahu bumi hati ini namun saya terus juga menulis. Ia amat memilukan… (baca dengan nada sedikit sedih…)
Saya teringat lagi…
Cepat-cepat saya dengan handsumnya mengutip buah tomato tersebut, begitu juga daun limau purut, bunga kobis dan kiub perasa tom yam. Memang saya malu tetapi saya mengutipnya jua… Saya terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengutip buah tomato. Yang jatuh berserakan dan bersembunyi di bawah bangku para penumpang bas Bee Huat tersebut… Nasib baik ada yang mengangkat kaki memberi laluan supaya senang saya mengutip buah tomato yang bertaburan tersebut. Saya beli banyak buah tomato.
Sebenarnya bas Bee Huat tersebut membreak secara tiba-tiba, saya yang berdiri manco terhenjut ke depan. Dan beg plastik nipis berisi bahan makanan terkoyak. Rabak. Habis bertabur buah tomato dan segala isi perut beg plastik tersebut. Melenting ke serata penjuru lantai bas. Beg plastic itu nipis.
Saya suka ke pasar malam Rumah 500. Kawan saya beritahu pasar malam rumah 500 ini dikenali sebegitu nama kerana ada 500 buah rumah di situ. Saya tidak membilang kerana saya terus percaya. Kerana dia ustad. Kadang-kadang saya saja pergi jalan-jalan dan berlama-lamaan di pasar tersebut untuk hilangkan rasa sunyi rindu pada kampong halaman. Hidup seorang diri di tempat orang sangat sukar tetapi saya harung. Sepenuh hati. Menaruh harapan.
Setelah saya mengutip mana yang ada, saya masukan ke dalam beg plastik yang berisi ayam dan udang. Kali ini saya pegang erat-erat bahan-bahan makanan tersebut.
Ayam tersebut sudah dihiris kecik-kecil. Saya sudah menyuruh penjual supaya memotong ayam tersebut kecil-kecil, siap saya beritahu saya mahu buat tom yam. Beg plastik isi ayam ini tidak mudah koyak sebab penjual tersebut buat dua lapis.
Saya hendak masak tom yam. Balik ke rumah sewa saya di Taman Maulana, saya akan bersihkan ayam dan hiris bahan-bahan lain. Saya tahu benar tom yam makanan kegemaran dia. Kadang-kadang saya lihat dia hirup kuahnya sampah habis licin.
Semangkuk tom yam tersebut resipinya biasa-biasa sahaja. Namun dalam semangkuk tom yam itu bukan sahaja mengandungi ayam, udang, tomato dan bahan-bahan lain, ia juga mengandungi kasih sayang dan keikhlasan saya. Walaupun hanya semangkuk tom yam sahaja yang dapat persembahkan saya tetap bersyukur. Saya amat berterima kasih pada tuhan… (Pada masa tersebut).
Dalam renyaian hujan tersebut saya baru sedar sudah lama saya tidak masak tom yam. Mungkin kalau disuruh buat tom yam saya sudah tidak pakar. Bertahun sudah saya tidak memasak tom yam.
Yang saya ingat untuk membuatkan rasa kuah tom yam kita dipuji orang, kita harus letak banyak udang supaya air udang tersebut `turun’ dan membuat kuah berbau wangi. Begitu juga air buah tomato pula akan kontribiuk (menyumbangkan) rasa masam kepada kuahnya.
Sudah bertahun-tahun saya tidak masak tom yam. Hujan sudah tidak renyai lagi. Hujan sudah bertambah lebat. Disulami manja dengan guruh dan halilintar. Saya terus memandu. Dan kemudiannya kereta Myvi saya membelok ke kiri ke jalan hala ke Pekan. Selepas melepasi KIPSAS, kereta saya mula menaiki jambatan. Dulu jambatan ini rendah sahaja dan bila hujan paras air sungai melimpah ke atas jambatan.
Tiba-tiba saya terdengar sebuah lagu dari radio kereta…

Ku menunggu, ku menunggu
Kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu
Kau dengan kekasihmu
Ku kan s'lalu di sini
Untuk menunggumu

Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Akan selalu setia tuk menunggumu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Dan aku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu


Untuk menghalau perasaan sedih, seperti biasa saya turut sama menyanyi part `na na na na na’ tersebut. Sambil menyanyi saya membetulkan gaya rambut korea saya (gaya rambut macam hero cerita korea). Saya terus ber `na-na-na’. Saya tidak kiralah kalau nyanyian saya menyebabkan hujan berapi atau gempa bumi.Sumpah saya tak peduli.Lagu itu rancak, membirah (mengada-ngada) dan seksi…

Namun saya tidak dapat menghalau ingatan saya ke atas semangkuk tom yam tersebut. Lalu saya kesat air mata dengan lengan baju. Pedihnya tiada terperi. Semangkuk tom yam dan sedulang kepercayaan saya terhadap dunia goyah. Dengan suara hati yang dalang (dalam) saya teringatkan segalanya….

Apabila kereta saya sudah memasuki kawasan perumahan Indera sempurna hujan telah tiada. Rupanya tiada hujan menimpa di Indera sempurna. Bandar Kuantan hanya berhujan.

Jan: Namun bumi hati saya tetap basah…

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home