Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Alahai.... Show all posts
Showing posts with label Alahai.... Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Nikah batin? pulih dara?

Pelik tapi benar, tapi dah tak pelik sebab banyak dah kejadian berlaku adalah benar. Nak sangat berkahwin, walau tak zahir, batin pun tak apalah...asal kawin. Last last kena cabul/rogol. Titik.

Kadang-kadang saya rasa malas nak fikir tetapi berita ini terpanpang di muka surat depan Berita Harian, Rabu 3 Zulkaedah 1433H. Hai Berita Harian dah nak jadi macam Harian Metro ke? Tapi memang benar bomoh nikah batin ini telah ditahan kerana memperdayakan wanita untuk seks.

Ya lah kan, lelaki ni kalau tak guna wanita untuk seks, mereka guna wanita untuk wang...(maksud saya lelaki yang jahatlah). Bila dapat wang mereka guna untuk cari wanita lain pulak. Huh! Banyak kolerasinya...

Tetapi kadang-kadang dalam perubatan konon tradisional ni ada yang maha penipunya, ambil kesempatan. Sebenarnya terang-terang menipu. Tapi pengguna tak sedar-sedar. Maka perkataan `memperdayakan' tu saya ragui sebab ada yang rela diperdaya, auwww i rela gitu... 

Haaa. Cubalah fikir kalau pelik-pelik cara perubatan /permintaan bomoh tu untuk ubati penyakit kita, tentu la penipu orangnya. Berjuta RMribu orang guna duit untuk R & D nak majukan perubatan tiba-tiba barah rahim boleh sembuh kalau tidur/bersetubuh dengan tok bomoh tu. 

Atau nak pulih dara yang koyak kena tidor dengan tok bomoh, ada kea... Makin tak pulihlah kan kalau fikir secara logik...

Dan kanser payu dara boleh sembuh secara otomatik bila tok bomoh usap-usap buah dada kita (buah dada yang berkenaan sebenarnya, bukan buah dada kita. Ianya stail penulisan sahaja.) dengan tangannya....eee...

Gambar hiasan yang sekadar hiasan...
(yang betul-betul terjadi merata-rata?)


Jan: pulih teruna? Haaa....

Wednesday, September 19, 2012

Akibat perempuan berlambak lelaki baik sedikit?

Saya tanya kawan saya boleh ke manusia beranak sorang-sorang? Kawan saya kata boleh, kucing pun boleh beranak sorang-sorang, katanya... Saya rasa betul juga pendapat kawan saya sebab tak pernah saya tengok kucing beranak pakai bidan.

Saya teringat nasib perempuan yang beranak sorang-sorang, pasti bukan sahaja penuh kesakitan fizikal tetapi juga sakit jiwa sebab tak ada orang di sisi. Tak ada keluarga dan wahimanya tak ada yang mahu bertanggungjawab atas kandungan yang nak meletop tu. Padahal pada masa inilah sokongan dan semangat amat diperlukan (eh macam pernah beranak pulak saya ni...he he he).

Kadang-kadang saya tidak percaya perempuan selemah itu, setolol itu. Maksud saya tidak boleh berfikir jauh. Atas apa faktor sekalipun seseorang perempuan itu tidak perlu `tidor' dengan seorang lelaki bukan suaminya kerana padahnya terlalu lalu besar. Namun statistik menunjukan mereka tidak pernah mahu belajar dan selalu berpendapat perkara tersebut tidak akan berlaku pada diri dia. 

"Kekasih saya janji akan berkahwin dengan saya, dan saya rela buktikan"...Haaa...padahnya, meraung sorang diri, bunuh bayi. 

Cara saya berfikir, mudah sahaja, jika kekasih kita tu betul-betul baik dan amanah, dia tak jamu gaul kangkang lipat kita sebelum berkahwin. Memang lelaki sebegini kian pupus tapi saya amat yakin, ada!. Masih ada lelaki budiman!. Ada lelaki yang tak gatal mana...(gatal sikit, hehehe). Perempuan kena sabarlah, janganlah kerana tak dapat yang elok atau payah dapat terus `sauk' saja lelaki yang ada depan mata. 

Sekarang perempuan berlambak-lambak. Kat perhentian bas pun ada. Kat mana-mana pun ada. Kat stesyen Petronas pukul 1 atau 2 pagi pun ada. Tengah bertempuk tampar dengan lelaki.  Kalau mengikut hukum ekonomi bila benda banyak di pasaran, harga akan jatuh. Akan jadi murah...

Mungkin sekarang sudah sampai zaman perempuan berlambak lelaki baik sikit. Haaa... Tetapi percayalah secipan mana seseorang lelaki (walau tahap gaban), bila nak beristeri dia akan mencari yang `elok'.

Jan: Bila seseorang perempuan mahu berkawin masa depan lelaki tersebut sangat diutamakannya, bila lelaki nak berkawin masa lalu perempuan tersebut sangat diutamakannya. Haaa... Pernah dengar tak?



Jom buat kempen `Kemaluan kita, kita jaga'?

Wednesday, August 29, 2012

Sindrom Si Tanggang Moden

Dalam dunia ini banyak manusia yang berperangai pelik. Maksud saya bukan cacat minda tetapi buat perlakuan yang mendatangkan keburukan kepada orang lain. Kadang-kadang orang lain itu adalah keluarga mereka sendiri... Haaa.

Kisah ini saya baca semasa saya sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Saya deman rindu menghiasi kamar hati. Akhbar tersebut menceritakan si anak yang derhaka kepada kedua-ibubapanya. Dahlah tu, ibubapanya pula yang kena jaga cucu bila si anak bercerai.

Saya rasa kisah-kisah begini dalam masyarakat Melayu bukan satu dua berlaku, bukan tiga empat atau sepuluh sebelah. Berlambak!. Dengan kadar penceraian setiap 15 minit maka banyaklah yang mendapat kesan buruk daripadanya. Haaa.

Rosti Harun (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu), mengecop kes ini sebagai kes `si Tanggang Modeng. Ini kerana si pesalah bergaji besar sebab berpendapatan RM17K sebulan. Bestkan kalau gaji RM17K lebih sebulan. kalau saya gaji sebanyak tu wajib saya guna orang gaji. Saya juga nak beli pasu.

Diringkaskan cerita pesalah dikatakan tidak jenguk pun anak-anak hasil persetubuhan dengan isteri pertama beliau setelah dapat isteri baru. Gitulah kata-kata bapa pesalah sendiri.Hakim tersebut sangat duka cita akan kes-kes sebegini berlaku...

Saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali terkilan dan simpati kepada anak-anak. Ya, sekadar bersimpati dan megharapkan masyarakat kita bila sudah dapat apam/kayu khamat baru janganlah lupa anak-anak. Anak-anak tersebut adalah rezeki, yang menandakan kita pernah bercinta dan bersetubuh sehingga menghasilkan hasil.

Ayah dan mak kita yang tua tu bukan galak sangat nak jaga cucu. Kalau saya pun saya tak nak jaga. Saya nak main yang dah dimandi dan dibedakan. Kalau suruh saya yang menjaganya saya tak mau, selilish malaikat 44. Tapi mereka terpaksa menjaganya kalau anak tak bertanggunjawab.

Jan: Ambiklah iktibar, perkara sebegini boleh berrlaku kepada kita sepuluh atau 15 tahun lagi...ha...


Wednesday, January 4, 2012

Perempuan keldai







" Tak kan laaa tak tahu, orang lelaki suku sakat (terjemahan= tak ada kena mengena dengan kita, bukan pertalian saudara atau keluarga) berbaik dengan kita. Beri itu ini. Mesti la ada makna " Kata saya sambil minum air yang dibelanja oleh dekan. Nasi lemak dan karipap pun ada tetapi tapi saya cuma jamah karipap, memang saya dah berazam tak nak sentuh nasi tahun 2012 ni. Saya dah jemu dipanggil setopok (bulat) oleh kawan saya.

" Tapi Mang budak tu kata dia tertipu" Kata kawan saya yang saya nak rahsiakan namanya. Dia asyik membaca majalah mengenai budak kolej yang jadi keladai dadah. Mungkin dia kesian bila membaca berita tersebut. Maklumlah magsanya perempuan...terus kesian. Huh!.

" Tak kanlah dia bodoh sangat. Dia kan budak kolej. Kalau dah orang suruh kita hantar barang dan melalui banyak negara, dan umpan kita macam-macam tak kan tak obius. Memang mereka tahu tu, saja kata tertipu, nak raih simpatai rakyat Malaysia" Kata saya lagi sambil membelek majalah Glam gambar Datuk Siti Nurhaliza, edisi Januari 2012.

" Jenis gelap mata. Jenis perempyuan yang nak nak hidup senang cepat. Gitulah. Pas tu bila tertangkap minta bantuan dan simpati kita. Cuba la fikir kalau mereka ok tak kan la ikut lelaki tak tahu hujung pasal" Kata saya lagi, say atak pandang pun mukanya. Saya terus baca kisah Datuk Siti. Gossip artis ni saya kena up-date jugak, nanti staff tanya, saya tak boleh jawab.

Saya bukan apa, saya geram dengar cerita-cerita bodoh begini. Bukan saya dengki perempuan yang berani begini tetapi saya rasa bangang dengan kebodohan mereka. Buat susah mak bapak, ya bila susah ibubapa yang jadi mangsanya wahal ibubapa dia sendiri tak tahu anak nak ke luar negari. Fikir jealah, saya tak kisah kalau orang kata saya negatif sebab saya yakin mereka yang terlibat ini tahu mereka bawa dadah. Cuma mereka berserah pada nasib. Mereka berjudi. Tertangkap dihukum, terlepas kaya.

" Betul juga Mang kata..." Kata kawan saya tiba-tiba...

Saya rasa memang pendapat saya ada benarnya. Baik kita kumpul duit untuk tolong orang yang susah di Malaysia ni. Cerita tentang keledai dadah melibatkan wanita tempatan bukan cerita kosong atau sengaja disensasikan. Sudah banyak kes ramai wanita-wanita kita yang 'jatuh cinta', mudah dipujuk rayu, tergoda ternoda, terpedaya rela dengan cerita-cerita kerja senang yang menjanjikan keuntungan lumayan. Ramai yang sudah terpenjara di luar negara, jadi keledai bodoh. Huh!

Jan: Pernah jadi keledai cinta, akhirnya aku yang dicurangi...(hanya allah yang tahu...pulak dah)

Tuesday, April 12, 2011

Jakung



Dinner tersebut sebenarnya untuk meraikan kejayaan projek organisasi, bukan hari keluarga. Untuk hari keluarga, organisasi memang peruntukan suatu hari yang bernama HARI KELUARGA. Saya ulangi, HARI KELUARGA.

Saya datang daripada jauh, dari Semenanjung. Saya bawa baju batik dari Semenanjung kerana saya sudah menduga akan ada majlis diner mendiner ni. Saya hadir awal untuk hormati majlis, lagi pun saya bukan ahli politik atau orang besar(yang perlu datang lewat?, he he he).

Tidak lama kemudian dewan makan tersebut penuh dan saya dapati ramai peserta yang terpaksa berdiri di belakang dewan, termasuk AJK majlis. Beberapa orang kawan saya juga terpaksa berdiri di belakang dewan.

Esoknya, kawan baru saya beritahu tak patut betul sebab ada peserta yang bawa anak-anak mereka sampai penuh meja. Masa mendaftar pihak urus setia ada tanya " ada bawak spouse ke". Ini untuk siapkan meja dan bilangan kerusi yang secukupnya hanya untuk pasangan, bukan ahli keluarga yang lain.

Kejadian sebegini juga terjadi apabila saya kembali ke Semenanjung. Saya hadiri suatu majlis di sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Saya lihat ada peserta terpaksa duduk kiri kanan dewan apabila peserta lain bukan saya bawa pasangan tetapi juga anak-anak. Ada yang dah habis melawa tapi kena duduk tepi dinding, he heh e.

Saya ada juga buat-buat tanya " eh sapa tu, Meor (bukan nama sebenar, saya jumpa dia di seminar tersebut sahaja. Kira kawan b aru)?. Meor jawab " Saya bawak adik ipar sekali...."...

Saya rasa ada majlis kita sesuai bawa anak-anak dan ada majlis kita bawa pasangan kita dan ada majlis kita sendiri sahaja pergi... sendiri fikirlah.

Jan: Saya terdengar ada bayi yang menangis dalam dewan semasa tetamu kehormat (daripada luar negara) buat ucapan...dalam hati saya berkata "Selamat datang ke Malaysia". he he he

Monday, January 17, 2011

Pagar rumah saya...

2 tahun dulu ketika nak isi borang pinjaman perumahan, pegawai pinjaman perumahan ada bertanya sama ada saya mahu buat pinjaman perumahan meliputi renovek rumah sekaligus. Dia beritahu dia boleh uruskan. Saya terus memberitahunya saya tak memerlukannya. Saya akan renovek rumah tersebut kemudian setelah saya dudukinya selama 7 tahun. Buat masa ni saya tak memerlukan renovek. Bukan satu keperluan.
Setelah saya duduk (saya singgah), saya dapati rumah tersebut ada kekurangan yang ketara. Suatu hari bila saya sampai umah saya, saya lihat ada anjing lepak mesra di porch kereta saya. Bila pulak saya pelihara anjing? terdetik hati saya.
Saya buat laporan dan jumpa pemaju untuk menerangkan rasa tak puas hati saya mengenai betapa miskinnya pintu pagar rumah saya, seolah pakai ada je dibuat secara cincai sahaja (anjing boleh masuk melaluinya). Pegawai perumahan tersebut bekata:
" Encik Sukiman, kami tak buat yang elok terus, biasanya pemilik rumah akan buat pagar mereka sendiri semasa renovek rumah, sebelum mereka duduk" Kata pegawai tersebut dengan nada yang mesra.
Saya termangu sekejap dengan jawapan yang saya rasa bodoh tersebut. Saya naik geram jugak lalu saya menjawab balik dengan nada suara sedikit tinggi:
" Bukan semua orang macam tu, naik rumah terus renovek dan buat pagar baru. Orang miskin macam saya? Saya buat-buat tanya.
" Alaaa...miskin apa, rumah Encik Sukiman RM200 ribu, dan sekarang nilainya dah dekat RM240K. Bila-bila masa En Sukiman boleh renovek" Balas beliau pula cuba buat mesra macamlah saya ni adik ipar dia.
Saya terus tak jadi nak marah. "Pandai cari makan budak ni, pandai ambik hati, kalu aku ada kompeni aku ambik dia kerja" bisik hati saya, he he he.
Saya rasa pelik budaya beli rumah di Malaysia ni (di negara luar tak tahulah saya). Selepas kita beli nak masuk rumah tu kena renovek balik. Harga rumah kat Malaysia ni bukannya murah, selepas tu kena renovek balik tak ke pakai duit. Saja mereka nak biar pekerja bank rakyat dapat bonous 15bulan, he he he. Nasib baik di bandar Kuantan harga rumah masih murah. Untuk makluman, purata harga untuk seunit rumah teres di Kuala Lumpur ialah RM400 ribu (berdasarkan kajian terkini Real Estate and Housing Developers’ Association (REDHA) ). Saya ulangi, rumah teres.
P
erihal sink pun begitu juga. Sink diletak gitu sahaja, saya ada tanya peniaga cina, dia kata sink tersebut paling murah di pasaran!. Apalah salahnya buat dengan elok sikit untuk semua penghuni sebab memang ada yang tak berduit macam saya yang tak mampu renovek (ada ke yang tak mampu macam saya? he he he). Buat grill pun saya berhutang banyak kali dengan Zarida. Apa lagi nak nak renovek terus.
Pelik . Budaya nak masuk rumah kena renovek ni tak patut sangat.
Jan: Keluhan orang tak berduit...

Monday, January 3, 2011

Ready to wed again!

A 110-year-old Malaysian man who has been looking for a wife said he was ready to marry again after an 82-year-old woman responded to his wish, a report said Sunday.
"It doesn't matter who she is, as long as she can cook for me," Ahmad told the paper Sunday, saying he was happy and surprised at the news while his daughter would discuss the matter with Sanah's family.
"It is lonely to live alone and I am afraid to sleep alone. If I have a wife she can take care of me," the centenarian, who has five previous marriages and suffers mild hearing and vision problems, said in an earlier interview.
Jan: Happy new year, `welcome' to the earth! He he he...

Monday, January 18, 2010

Antara kucing dan ayah kita...

'' Saya memang tak percaya sepuluh orang anak akan dapat memelihara seorang ayahnya dengan sempurna. Saya ulangi SEORANG ayahnya (bukannya dua tiga orang). Saya ulangi SEMPURNA (bukan ala kadar je...). Dan saya juga lagilah tak percaya (mati hidup balik) seorang ayah tua berpuashati dengan layanang yang diterima sempurna daripada anaknya...''
Tetapi itu soal lain, soal yang tak ada kena mengena dan kaitannya dengan apa yang saya akan tulis ini...
Perihal anak buang mak bapak ni sebenarnya dah jadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, daripada pengalaman saya ia berlaku di mana-mana. Banyak orang bercerita mengenainya. tetapi seorang ayah atau ibu biasanya tak menceritakan kepada orang lain... '' Per`anjing' di mata orang pe`raja' di mata kita '' itulah pepatah lama selalu disebut-sebut lidah... yang maknanya secara ringkas kita nampak anak kita yang baik je di mata kita wahal orang ramai nampak anak kita sangat teruk peaer perangainya, lebih teruk daripada samseng Kampung Dusun...
Kes buang mak bapak juga sukar nak diperbesarkan kerana definisi `buang' tu juga pelbagai maksudnya. Terlalu subjaktif dan bukannya objektif.... Bagi saya jika kita tak pedulikan ayah kita ianya dah dapat dikira sebagai `buang' dah. Kita tak kontek mereka, balik kampung pun jarang-jarang (eh terasa pulak atas batang hidung saya sendiri... harap-harap pembaca tak terasa hati ya, he he he buat tak tahu je... he he huh!). Maklumlah kita sibuk dengan keluarga sendiri. Buang pada pendapat saya bukan saja setakat merujuk kepada cara kita buang kucing di tepi jalan atau pasar (yang kita baca di akhbar beberapa hari dan minggu yang lalu...)
Cuba bayangkan jika kita dibuang sebek dan sebab apa kita dibuang sebek? Tak sahlah bincangkan bla-bla-bla sepatutnya anak yang jaga bapaknya, itu semua orang tahu (cuma payah nak dilaksanakan kan?)
Kita kena buang kalau kita sediakan ruang untuk dibuang. Maksud saya kita juga bersalah sebab mengadakan ciri-ciri `buang' pada kita. Ruang-ruang untuk dibuang? Tak pernah dengar pun?
Kawan saya beritahu kita kena buang mungkin sebagai balasan sebab masa kita muda kita tak tunai tanggungjawab dan didik anak-anak kita dengan elok. Kita abai anugrah tuhang bagi, kita asyik huha - huha je, dan enjoy sakang sambil abaikan tanggungjawab. Kalau kita kena buang itu kira salah kita la... Dan kata kawan saya lagi si pembuang ayah nanti akan kena buang juga oleh anaknya suatu hari nanti...
Dan tambahnya lagi jika kita kena buang macam kucing sedangkan kita jaga anak kita dengan elok itu adalah dugaan tuhan...
Segalanya mungkin... Namun kita kena juga lihat situasi lain di mana faktor penyumbang terhadap kes buang ini. Dalam satu kes isterinya tidak selesa dengan ayahnya. Maknanya isteri kita tak suka ayah kita. Haru kan... Sebab apa pulak isteri kita tak suka ayah kita? (itu soal lain pulak, boleh buat satu posting berasingan....). Tapi kita tak bolehlah buang ayah kita kerana semata-mata kerana isteri kita tak suka kan? Ke boleh buang gitu je?
Rasanya semiskin mana ayah kita dan juga kita, kita bertanggungjawab ke atasnya. Opps...! saya tak nak bincang pasal tanggungjawab, budak darjah 3C pun tahu anak kena jaga ayah bila ayah tua. Tu semua orang tahu, itik serati dan ayam belanda je tak tahu...
Kalaulah kita ada banyak harta, cash yang banyak, banyak rumah dan kereta. Mungkinkah kita dibuang anak menantu? He he he...takut saya nak jawab sebab jawapan itu melambangkan nilai kemanusiaan manusia yang semakin rendah...
He he he. Sadis sungguh kehidupan ya... kesian masyarakat kita
Jan: Aku dibuang secara halus, dihina secara halus dan dikhianati secara halus... tetapi aku percaya ahad ada isninnya, rabu ada khamisnya...ohh
...Oh jangan putarkan lagu itu di depanku! Lagu itu mengingatkan kisah ketika kami bersama...(pulak dah...)

Tidak selamat lagi...?

Pernah tak merasa bimbang atau risauapabila membaca paparan berita jenayah di dada-dada akhbar dan di muka-muka Tv. Pada pendapat saya paparan-paparan berita jenayah itulah yang sebenarnya menampakan/mengambarkan jenis mana masyarakat kita ini. Masyarakat jenis damai atau masyarakat rosak?
Berita begini juga memberikan kesan/tenaga yang negatif untuk memulakan kehidupan harian saya. Pagi-pagi lagi dah terima berita malang...
Betulkah kita hidup dalam masyarakat aman damai, sopan santun? Betulkah kita benar-benar selamat? Kalau benar-benar selamat mengapa buat gril rumah? Mengapa ramai tak berani jalan sorang-sorang kawasan sunyi? Mengapa kita tak boleh berpakaian seksi? Tapi penulisan ini bukanlah mahu menghuraikan mengenai kejadian yang berlaku tetapi mengambilnya sebagai ukuran cerminan masyarakat sekarang.
Sakit jiwa?
`Sakit jiwa', senang je macam biasa kita ambik jalan pintas bila menamakan/labelkan faktor penyebabnya. Kita label orang macam ni sebagai ada penyakit jiwa. Namun kita jarang berfikir mengapa yang terlibat itu menjadi `sakit jiwa', tak kan tiba-tiba je jadi sakit jiwa... Dan adakah faktor perubahan hidup dan alam sekeliling menyumbangkan ke arah itu (ke arah sakit jiwa).
`Orang tak ada agama gitulah'', sekali lagi kita senang guna faktor agama tetapi secara jumud! He he he.
Jauh daripada bahaya?

Sebagai manusia biasa kadang-kadang kerap kali kita terlupa kita berada di dalam masyarakat yang merbahaya. Mungkin kita selalu berpendapat dalam dunia ini ramai yang baik daripada yang jahat (pendapat mak saya).
Pada sesetengah orang, kita juga kononnya berada `jauh' daripada kelompok yang berbahaya. Kita sudah selalu berhati-hati, tak kan leeeea akan terkena juga. Fikiran yang bangang inilah yang membuatkan kita dengan selamba mendedahkan diri pada bahaya tanpa kita sedar. Sedangkan di sekeliling kita mungkin ada manusia yang berwajah budiman tetapi berhati syaitan.
Dalam berhati-hati pun kita mungkin terkena juga, apatahlagi dalam cuai...
Laluan belakang bangunan yang sepi...
Sebagai insan yang bukan superpower, ketakutan memang wujud dalam diri saya. Saya hidup sendirian dan selalu sendirian. Contohnya, dalam hidup saya ada beberapa tempat yang saya rasa takut, pertama semasa saya lintas belakang-belakang bangunan di mana saya nak ambik jalan pintas. Rasa takut tersebut timbul akibat daripada cerita kawan baik saya yang kena rompak. Rabak seluar dia kena tarik sebab perompak tu nak rompak duit di saku belakangnya. Kawan saya tersebut (namanya Anuar, nama sebenar) memang suka melalui lorong belakang bangunan sebab katanya di situlah jalan pintas yang paling pendek untuk ke tempat kerjanya.
Sebab itulah saya selalu hindari jalan di kawasan terlindung...bahaya. Dek kerana mereka nak duit beberapa ratus, mungkin nyawa kita melayang.
Di hadapan rumah kita huni!
Begitu juga bahaya mungkin ada di depan rumah kita sendiri (sebelum bahaya tu masuk ke dalam umah kita).
Apabila kita balik daripada kerja atau membeli belah, bila kita nak buka pintu nak masuk ke dalam rumah...jaga-jaga. Kita kena berhati-hati kerana mungkin ada orang tiba-tiba muncul di belakang kita sedang siap sedia nak merompak kita.
Mereka mungkin sebenarnya bersembunyi di belakang pasu (yang tingginya sama dengan dada kita). Atau serangan itu tidak mustahil berlaku semasa kita tengah buka pintu pagar rumah?

Walaupun malang tak berbau, kita mestilah berhati-hati...
Kawasan pakir kereta
Tempat parking kereta juga menjadi kawasan yang membuatkan saya berhati-hati. Saya selalu parking kereta seorang diri. Kadang-kadang saya dapati saya seorang diri sahaja yang parking kereta di situ. Namun seorang diri atau beramai-ramai bukannya isu kan?.
Kita dapati memang terdapat kes rompakan berlaku kepada pemandu yang bukan bersendirian. Contohnya satu keluarga di tempat parking kereta. Kejadian tersebut berlaku di tempat parking sebuah beli-belah yang kita biasanya tengok damai sahaja...di Kuantan!
Jurujual
Saya juga takut apabila dihampiri oleh orang yang nak jual sesuatu. Biasanya tanpa segan silu dia datang kepada kita dan mulalah mempromosikan barangan tersebut dengan sopan santun. Saya bukan apa, selain daripada bimbang faktor keselamatan, saya takut terbeli.
Jan: ...saya juga takut untuk bercinta lagi ... huh!

Sunday, December 27, 2009

Perihal kuah roti canai...

Memang la kita beli makanan tu, kita yang bayar tapi janganlah biadap. Kalau kita biadap sebab kita yang bayar, tu namanya angkuh. Kejadian macam nilah yang buat saya malu jadi orang Melayu yang kononnya berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santung dan berbudi tinggi. Kejadian ni berlaku semasa saya nak beli nasi minyak lauk opor di Pasar Mini Muadzam. Ceritanya begini...
Tengah saya dok pilih sama ada nak nasi minyak lauk opor atau ayam pedas, tiba-tiba:
'' Mana cukup kuah ni!, sikit je! '' kedengaran suara bernada agak kuat, sehingga saya yang duduk di tepi gerai pun dapat mendengarnya. Apa lagi saya terus rapatkan diri ke tempat kajian (kejadian) buat-buat pilih kuih muih yang berdekatan dengan pemuda tadi. Sehinggalah saya berada di sebelah pemuda tadi!. Saja nak lihat apa peristiwa, apa ke halnya?
`` Beli 7 keping, bukannya 3 keping! '' Nampak benar pemuda tersebut tengah marah dan tak berpuashati. Dia dengan kasar menunjukan plastik berisi kuah ke mak cik penjual. Saya pandang muka pemuda yang tak puashati tu, garang mukanya, orangnya muda dalam umur awal 30an dan agak berisi, jenis pendek. Pakai T'shirt dan seluar pendek hitam. Ditangannya ada plastik bungkus roti canai. Kesnya adalah dia beli 7 keping, dia tak puas hati kerana kuahnya diberi sedikit saja oleh mak cik penjual.
Kesian mak cik tu, nampak muka dia malu kena sembur. Cepat-cepat dia ambik plastik baru dan isi kuah lain dan beri kepada pemuda yang tak puas hati tu. Saya kenal mak cik tu sebab dulu dia ada terkurang baki bila saya makan dikedainya. Saya tak marah, bukannya banyak dan saya sebenarnya tak boleh lihat orang tua. Bila lihat teringat mak di kampung.
Setahu saya mak cik tu dah lama menjual kueh di situ. Sejah saya menapak di Paris dia lebih dua tahun dulu dia dah ada di situ. Dia jual nasi lemak, nasi kunyit, nasik minyak, mee, sikit kueh muih dan ada juga roti canai. Kiranya ada la sumbangannya kepada masyarakat.
Minta maaf cakap di Muadzam ni payah nak cari kedai makan. Kita patut berterima kasihlah pada mak cik tu walaupun kita beli. Kalau dia tak jual, kita nak makan apa kan...? Makan duit yang kita ada tu? Makan sombong kita berlaukan angkuh?
Tanpa mengucapkan terima kasih, dia keluar gerai dan saya ikut daripada belakang (macam penyiasat pensendirian). Bila sampai kat longkang dia berpaling ke arah saya sebab mungkin dia sedar saya mengekorinya. Nasib baik kat situ ada seekor kucing, saya cepat-cepat ambik dukung dan gosok-godok kepala kucing dengan separa manja, sebagai sebuah lakonan tak berbayar.
Saja saya nak ikut pemuda tadi nak tengok jenis keretanya sama-ada dia orang kaya atau tidak (tak kan nak gi tengok rumahnya atau siasat akaun dalam bank kan? itu je indikator yang ada buat masa tu). Kalau kaya jadilah orang kaya berlagak, kalau miskin jadilah orang miskin tak sedar diri, hina! Huh!, geram saya (geram jenis menyampah, bukan jenis geram kerana stim). Tapi saya gagal sebab pemuda tersebut terus ke dalam pasar beli ikan, saya hanya pandang daripada jauh.
Saya malas nak tunggu, saya start kereta dan balik ke rumah. Tapi peristiwa tersebut masih lagi jelas di mata saya. Ini ke akibatnya kesan pembangunan manusia, hilang nilai sopan santun?
Kesian mak cik tu, apalah salahnya pemuda tadi minta dengan elok? Kalau nak kuah lebih minta dengan berbudi bahasa, bersopan perbuatan.
Saya kesian ke mak cik tersebut, macam mana kalau mak cik tersebut mak kita?
Jan: Teringat Sani (kawan saya) selalu minta tambah cili potong apabila memasan makanan. Tetapi dia minta dengan senyum sopan.

Monday, December 14, 2009

Perihal grill rumah: Dia over...huh!

Saya rasa geram pulak (geram jenis menyampah). Saya ni kalau orang melampau sangat terus saya tak selesa. Ceritanya begini...saya nak buat grill rumah. Saya tak jumpa pembuat grill tersebut tetapi saya kol sahaja dia. Saya ambik no handphonenya daripada kertas iklan yang diletakan di dinding rumah saya...
Mulanya dia ok saja, dia layan saya bagai menatang prepaid yang penuh, tetapi bila saya mula beritahu yang saya nak yang murah dan simple je, nada dia dah mula kendur. Dan dia siap burukan grill rumah yang murah pulak. Katanya berkarat, tak tahan lama dan hodoh (terasa saya...sebab memang saya nak beli yang murah je, he he he).
Cara dia beritahu tulah yang buat saya patah stim... Sebenarnya dengan bahasa yang indah dabn sedikit berlapik boleh kita beritahu dengan jujur kepada pelanggang kita yang kalau buat yang biasa tak tahan lama...tetapi dengan pemilihan ayat dan nada kesombongan tulah yang buat saya meeeeluat. Saya ni kalau boleh nak lah tolong sama bangsa. Tapi begini rupanya perangai dan sikap bangsaku ya?, oh...sayu, sendu...! Jangan kenang daku dalam doamu!
Ya lah nama lagi besi pastilah berkarat kan?, Kalau nasi basi dan kalau kayu reput. Dan tak payahlah beritahu yang golongan beli yang murah tu kedekut. Saya rasa memang ada orang yang beli yang biasa-biasa je sebab bugjet tak berapa ada janganlah lebelkan semuanya kedekut. Sekadar nak buat keselamatan je, biarlah dia buat yang terbaik dengan kemampuan dia kan. Kan?
Pas tu bila saya kata nantilah saya fikirkan dulu dia beria-ia pulak dah nak suruh saya buat yang murah. Tadi galak kutuk penghuni yang buat grill murah!. Saya dah naik menyampah dan saya beritahu kononnya tak apalah saya fikir dulu (sebenarnya dalam hati, jiwa raga dah buat keputusan `Tak Nak').
Dan kini dia talipon dan sms saya tiap hari (pulak dah). Nak dijadikan cerita saya katakan yang kakak saya dah uruskan hal grill rumah. Saya deletekan no handphonenya. Jadi penipu pulak saya, padam muka dia, huh!
Hajat hati saya nak buat yang simple je tapi wrought iron, tak ada bunga-bunga atau ukiran yang melampau sebab rumah saya bukannya macam istana, huh!.
Jan: Dia (orang berniaga) sepatutnya kenalah tahu jaga hati pelanggang... terutama pelanggang yang tak ada banyak duit macam saya ni...

Tuesday, December 1, 2009

Penghinaan Mona...

Walaupun masa telah lama berlalu, sampai sekarang saya masih dapat bayangkan muka Mona (nama sebenar). Pada pandangan saya dia bukanlah lawa orangnya, muka biasa sahaja. Fizikalnya pun biasa sahaja. Dari pandangan mata saya dia tak ada apa-apa kelebihan pun. Yang ketara dia bertudung labuh, berpunggung besar dan suka pakai celak hitam yang tebal.
Dia bukanlah kawan baik saya. Saya tidak selesa berkawan dengannya sebab dia suka berbicara negatif pasal lelaki. Tetapi yang hairannya kenapa dia bersikap begitu? Dan kenapa dia suka sangat berbicara pasal lelaki jika dia tidak suka lelaki? Saya fikir lebih baik kita jauhi kawan yang jenis begini.
Saya rasa saya tak pernah ada masalah dengannya. Tetapi pada suatu waktu dahulu dia sibuk beritahu orang yang saya bukanlah lelaki pilihan dia kepada kawan-kawannya lain!. Dia beritahu dia dambarkan lelaki yang tegap dan keras, yang maskulim. Dan tak mahu yang lembik macam saya. Saya ulangi LEMBIK.
Oleh kerana saya dengar hal tersebut disampaikan oleh kawan saya yang lain, saya tak ambil pusing sangat, hinggalah pada suatu hari saya sendiri yang terdengarnya!
Mungkin minggu tu sesi mengutuk saya pula kot…kalau dia seorang kawan dia tidak sepatutnya bersikap demikian. Lalu namanya saya garismerahkan dalam hidup saya. Kalau saya lembik pun tentu ada orang lain yang dapat keraskannya kan? He he he.
Masa berlalu dengan pantas, sehinggalah balik kampung raya tempohari saya berjumpa dengan kawan saya semasa membeli keropok di Kuala Besut. Dalam berbual ria tu kawan saya terberitahu yang Mona sekarang dah berkahwin lagi kali ke 7 (amboi nak lawan Elizebth Taylor ke?).
Kata kawan saya bekas suaminya yang ke enam seorang Bangla kait pelepah kelapa sawit. Saya terdiam sebab dah lama sangat tak jumpa Mona, kali terakhir sebelum masuk U. Dan saya bayangkan dengan sikapnya tersebut tentulah dia tak kahwin-kahwin…
Jan: Dia terkahwin dengan lelaki yang salah ke atau ada benda salah dalam dirinya? Entah...

Sunday, October 18, 2009

Beritahulah dulu ya...

Beritahu dulu ya...he he he, eh ya dulu beritahu, eh, hu hu

Daripada meja di tengah ruang tamu, saya melompat bangun bergegas ke dalam bilik persalinan (bilik tengah). Saya capai seluar panjang (tercapai seluar kerja) dan sauk baju t'shirt berkolar (tetapi terpakai terbalik)...
Memang daripada tadi saya ada dengar asalamualaikum-asaklaimualaikum. Saya ingatkan tetamu nak datang rumah sebelah, namun apabila mereka ketuk sliding door barulah saya tahu, rumah saya!.
Tadi saya berseparuh bogel sedang marking projet paper, nak buat carry mark. Huh kaget dan berdebar dibuatnya.
` Saja tak sms tak nak menyusahkan....' katanya apabila menyambar kuih tat nenas yang adik saya berikan kepada saya. tat tu dah lebih sebulan usianya, he he he. Nasib baik ada lagi. Ada la dua tiga jenis biskut tinggal saki baki...
Saya rasa eloklah apabila kita nak bertandang ke rumah orang, wahima hari raya pun hendaklah kiranya kita memberitahu tuan rumah dulu. Bukan apa sebenarnya dan hakikatnya lebih menyusahkan tuan rumah jika tetamu bertandang secara tiba-tiba.
Alasan tak nak menyusahkan orang dah jadi menyusahkan orang sebenarnya, cuba sama-sama kita fikir:
1. Keadaan rumah.
Bukan semua rumah ada orang gaji. Dan bukan semua rumah 24 jam elok macam hotel. Pastilah tuan rumah kelam kabut. Kalau rumah macam titanic pecah macam mana? Kalau kita datang ketika mereka tak kemaskan rumah tentu mereka rasa malu dan tak selesa dengan kehadiran kita kan, kan?. Kita buat mereka malu...
2. Ada hal lain.
Mungkin masa tu tuan rumah sebenarnya nak ke rumah orang lain (dah janji pun). Bila kita datang mereka tak tergamak pulak meninggalkan kita, sedangkan dia dah janji dengan tuan rumah lain. Tak ke menyusahkan orang.
3. Adat kita.
Orang datang rumah nak juga kita hidangkan makan minum serba sedikit. Kalau kita tiba-tiba terpancul depan pintu, mereka rasa tak selesa. Kalau kita beritahu awal-awal bolehlah mereka buat meegoreng ke, atau beli je pisang goreng kat kedai berdekatan rumah.
Maka sebab itulah saya berpendapat, adalah lebih elok beritahu dulu. Apa salahnya sms dulu. Sekarang dah ada khidmat sms. Atau lebih sopan kalu kol bukannya sms.
Pengajian moral dan siviknya:
Kesiannya terutama yang dah berlaki bini kerja dan dah ada anak-anak. Mereka perlukan masa sedikit untuk siapkan persediaan untuk tetamu. Kalau kita terjah je, mereka dahlah penat balik kerja, kita kerjakan mereka pulak.
Kita datang bertandang nak rasa selesa di kedua belah pihak, dan berbual mesra, biarlah tuan rumah rasa mereka dah buat yang terbaik.
Kita kena beritahu yang kita gatal nak bertandang...pada sekian-sekian, pukul sekian-sekian!
Jan: Selamat bertandang...he he he emo sikit, jangan mare...

Tuesday, September 8, 2009

`` Saya pun nak beli stem jugak...''

PENGENALAN CERITERA
Ini bukan sebuah wayang tetapi cuma sebuah drama dua babak. Ni bukan filem Setem walaupun ada melibatkan setem. Lokasinya di sebuah pejabat pos, di sebuah kaunter di sebuah daerah agak terpencil.
Banyak pengajaran sivik dan moral dapat dikutip daripada cerita ini. Kita ikuti kisahnya. Taraaa....

CERITERA BERMULA

Pada suatu lepas tengahari, dua orang pemuda Simone (Sukiman) dan Adey (Adnan) ke pejabat pos. Adey hendak poskan kad raya untuk Rosmadi. Simone pulak nak beli setem untuk membalas kad raya daripada peminat-peminat di serata tanah air ( ada la dua tiga keping je sebenarnya, he he he).

Semasa melangkah masuk ke pejabat pos tersebut terpancul daripada mulut Adey `La tak ada aircon pejabat pos ni ''. Mereka berdua terus melangkah segak ke dalam pejabat pos tersebut. Macam biasa (maksud saya dalam kes negara Malaysia) satu kaunter je yang buka walaupun ada beribu lemon kaunter dan ramai orang.!

Mereka berdua iaitu Simone dan Adey mulalah beratur di kaunter nan satu tersebut. Simone cadangkan Adey beratur di hadapannya, sebabnya Simone hendak tengok bagaimana proses nak hantar kad raya luar negara. Kata orang kena timbang, macam orang diet pulak, he he he.
Di hadapan Adey ada seorang pak cik yang nampaknya sibuk dengan banyak urusan. Banyak helai jugak duit not RM50 dia beri kepada kerani tersebut. Entah bayar apa tidak diketahui oleh Simone dan Adey. Pak cik tu banyak juga buat urusan lain yang payah mereka nak teka. bayar cukai tanah jugak kot, Ya lambat sikit sebab banyak urusan sekaligus pak cik itu buat.
Simone dan Adey releks je sebab bukannya salah pak cik tersebut. Kelihatan ramai lagi pemuda yang duduk isi borang dan duduk saja-saja di suatu sudut. Dan ada yang tiba-tiba hulurkan surat kiriman yang tebal tu ke kaunter sedangkan pak cik tu masih berurusan dengan kerani kaunter. Time nak raya ni apa salahnya buka dua kaunter, satu kaunter khas untuk urusan nak pos kad raya.

Sekoyang-koyangnya, entah semena mena datanglah dua orang remaja yang bergaya dan terus melalui Simone dan Adey, terus `sup-sup' berdiri di tepi sisi pak cik kat kaunter tadi!. Simone buat-buat bertanya pada Adey:
``Nan ni bukannya beratur dua line kan, sebab apa gamaknya mereka berdua senang-senang nak buat buat satu line lagi? Ke sini satu kaunter memang beratur dua line? '' Simone kuatkan suaranya sedikit, berharapan agar dua remaja itu dengar dan rasa bersalah terus pergi beratur di belakang.

Mereka rupanya tak nak beratur. Mereka berdiri depan kaunter sebelahan pakcik tu dengan muka tak bersalah. Simone buat muka pandang tajam kepada mereke berdua, Simone buat-buat serius dan masam seolah baru dengar berita majikan tak nak beri duit raya atau petrol akan naik harga lagi. Tapi, mereka tak layan! buat dok je, Huh!. Tak nak rasa bersalah langsung, mereka buat muka selamba seposen je!.

Lama kemudian datanglah pula seorang mak cik beratur di belakang Simone. Dan kemudiannya selepas itu datang lagi beberapa orang pemuda beratur di belakang mak cik tu. Line dah jadi bertambah panjang.

Simone tetap memandang kepada dua orang remaja tadi, kot-kot mereka rasa bersalah ke. Memang niat remaja tersebut nak mencelah dan tak nak beratur, mereka nak cepat dan rela dia duduk tayang muka kat tepi kaunter bersebelahan dengan pakcik yang sedang masih lagi berurusan.

Sekali lagi Simone berkata kepada Adey:

`` Tengok tu dia tak nak beratur pun nan, orang lain nak cepat juga ''. Simone sekali lagi pandang ke arah dua remaja tersebut. Penampilan mereka kemas, bersih dan bergaya. Terpelajar juga rupanya dan gayanya. Mungkin student kot.
BABAK PERTAMA

Apabila pak cik itu sudah selesai berurusan, Adey terus ke depan. Tiba-tiba Simone dengar Adey berkata ``Saya pun nak beli stem jugak ''.
Rupa-rupanya dua remaja itu mahu mencelah Adey dan memberitahu mereka hanya nak membeli setem. Simone yang di belakang Adey tu apa lagi, terus buat drama sebabak (nasi tambah). Simone tinggikan sikit suara dan berkata ``Saya pun nak beli stem tu jugak ''.
Di dapati remaja tadi diam sahaja tetapi masih lagi berdiri di sebelah sisi Adey, tak mahu berganjak. Mereka masih mahu mencelah lagi. Maknanya mereka masih tak mahu pergi beratur di belakang walaupun Simone dan Adey dah buat drama sebabak tadi.
BABAK KEDUA

Babak kedua bermula apabila Simone tinggikan lagi suara sedikit. Kata Simone `` Sedangkan makcik pun beratur '' Sambil Simone berpusing lembut dan buat-buat sayu mata memandang makcik di belakangnya. Bukan apa, Simone saja nak hereeeet mak cik tu dalam babak seterusnya. Supaya bila mak cik tu dah beremosi bolehlah jadi pelakon pembantu.
Simone sambung lagi ``Ke kena ada papan tanda besar sila beratur baru nak beratur?, orang lain nak cepat jugak. '' Simone dah membebel, kerani pos tu pandang muka simone sekejap tapi nampaknya tak nak masuk campur, dia sibuk mengecop. Didapati salah seorang daripada remaja itu mula ke belakang dan beratur (dah mula malu kot), tinggal sorang je. Simone rasa yang sorang ni jenis hati kering sikit, tetap tak mahu beratur di belakang. Degil.

Tiba-tiba makcik di belakang Simone menyampuk! `` Beraturlah orang lain nak cepat juga...''
He he he berjaya juga Simone mengheret emosi makcik di belakangnya dan beberapa orang yang sedang beratur di dalam pejabat pos tersebut. Mak cik tu ambik hand beg dia dan letak di tengah-tengah Adey dan remaja tu !. Maknanya lepas Adey, Simone akan berurusan terus, remaja tadi tidak boleh mencelah dari sisi sebab ada hand bag sebagai penghalang.

Memang mak cik tu letakkan hang beg dia di atas sisi kaunter biar remaja tadi tak dapat masuk rapat untuk mencelah. Bagus jugak lakunan mak cik tu, nanti tercalon kat Tv boleh jalan atas karpet merah gitu.
Bila dia lihat dah ada hand beg menghalang dia, barulah dia pergi ke belakang....beratur.

HARI YANG PALING MALANG
Kesian dua remaja tersebut kerana mereka tentulah mendapat kemaluan besar. Di hadapan ramai orang, di sebuat pejabat perkhidmatan kerajaan pada bulan Ramdhan, bulan yang mulia. Pastilah hari tersebut menjadi antara hari paling bersejarah bagi mereka. Kata Adey, kalaulah mereka remaja berdua tadi balik rumah dan dengar lagu raya yang bertajuk `Pulanglah' nyanyian syahdu Aisyah...maunya menangis, he he he.
Kelakuan Simone dan Adey tadi bukannya apa, mereka geram dan letih dengan sikap-sikap masyarakat sebegini. Tak habis-habis berlaku dalam masyarakat kita daripada zaman kucing kiron sampai leni, gitulah tak habis-habis.

Dalam perjalanan pulang daripada pejabat pos tersebut Simone dan Adey rasa kesian pulak kepada mereka berdua tu kerana telah dapat `hadiah'. Tetapi Simone dan Adey menegur dengan cara baik, tidak terkandung perkataan yang menghina mereka.
Semoga itulah kali terakhir mereka memotong line (tapi bukan kes potong line ni, kes terus pergi ke depan kaunter!) dan Simone dan Adey berharap mereka tidak buat lagi perangai tidak bertatarakyat atau tak berpengajian sivik dan moral tu. Huh!

Jan: Pernah masa muda dulu memberikan laluan kepada seorang gadis jelita...

Thursday, August 27, 2009

Apa salahnya buka dua kaunter...?

Saya memang renung dia lama-lama, biar dia rasa gelabah, biar dia rasa serba salah. Geram sungguh hati. Nasib baik saya bukan jenis menyumpah kalau tak memang berbakul dah saya sumpah dalam hati. Saya tajamkan mata saya, saya buat-buat muka musykil dalam serius melihat ke arahnya.
Memang orang ramai. Memang time gaji ada nak bayar bil atau masukan duit dan macam-macam lagi. Tetapi kaunter yang dibuka hanya kaunter 1 sahaja. Kaunter 2 dibuka tapi pekerja dia duduk saja tersengeh. Kalau tak nak buka tak sohlah duduk papar muka kat kaunter tu, pergi duduk tempat lain. Atau tulis situ tutup atau gunalah apa-apa tanda yang kaunter ditutup.
Kaunters ke 3 sebelah lagi buka tapi ada perkataan tutup diletakan di depannya dan pekerjanya sibuk dengan petik komputer, kita faham la ada masalah atau kerja lain kot.
Saya melihat nombor saya, 18. Sekarang dah 14. kalau ikut logik tak lama kan. Tapi jadi lama sebab orang nombor 14 tu banyak pula kena tandatangan dan isi borang. Dia buka satu kaunter je padahal ramai orang. Saya rasa nilah kerja yang tidak cekap. Kalau ramai orang, urusan memasukan duit mestilah diasingkan daripada urusan lain. Kaunter ada banyak. Time-time macam ni la saya rasa baik jadi pegawai bank, senang nak buat urusan dengan bank, he he he.
Kalaulah saya ni Micheal Jaksong pasti segala urusan kewangan saya serahkan kepada pembantu. Tak payahlah saya ke bank. Semua saya suruh pembatu uruskan termasuk bayar rumah dan insurans sekaligus. Payah benar nak berurusan dengan bank time-time begini hujung bulan. Saya bukannya nak ngorat kerani bank cuma nak gi bayar duit kereta RM525 sebulan tu je.
Jan: ...mungkin ada pelanggan lain yang menyumpah dalam hati kan...

Thursday, August 13, 2009

Boring atau malas?

Manusia biasa selalu mengaitkan perasaan boring mereka dengan menyatakan tiada kerja yang hendak dilakukan (seolah-olah semuanya sudah dibereskan).

'' Boring la hari ni, tak tahu nak buat apa '' .

Kita pernah dengar dialog di atas terpancul di sekeliling kita. Malah mungkin kadang-kadang kitalah yang menuturkannya... he he he. Terutama hujung minggu apabila duduk di rumah kita kononnya rasa boring tak ada kerja nak dibuat. Pada hal keadaan dapur berselerak, bilik tidur dan ruang tamu juga begitu. Begitulah sifat saya, kononnya boring duduk di Muadzam pada hujung minggu.

Jika diteliti dengan halus, mustahilkan tak ada kerja yang nak dibuat sama ada di rumah atau di pejabat. Di pejabat biasanya selalu ada banyak kerja yang boleh kita katakan kerja yang tak sudah-sudah dan silih berganti sampai mati.

Tapi kita janganlah merungut sangat sebab kita makan gaji. Kalau tak nak buat berhenti dan buka kompeni sendiri, he he he. Sebenarnya paling tidak kita boleh buat penyusunan semula fail yang tak teratur atau buat jadual kita untuk minggu depan dengan teliti. Saya ada buat juga tapi saya malu pada diri sendiri dan alam ini kerana gagal mematuhinya dengan sempurna.
Di rumah pula tak perlu cakaplah, banyak kerja yang nak dibuat. Sekecil mana sebuah rumah bila dah jadi `home' kita, kita ada banyak perkara yang nak dibuat. Tingkap tak dilap lagi, tak kan nak suruh isteri juga lapkan? Atau basuh kereta? Ke kalau kita ada isteri kita boleh suruh dia? Dan bagi saya, saya melakukannya sendiri, segala-galanya.

Mengenai sang isteri, tak mahulah sentuh pasal mereka sebab kadang-kadang mereka dah jadi macam hamba, he he he. Sori bukan nak hina tetapi kesian tengok mereka. Balik kerja terus bergegas ke dapur untuk masak. Sebab tulah ada isteri yang lerak (terbalikan) meja makan tanda protes apabila suaminya komplen masakannya tak sedap. Ya lah balik kerja masing-masing letih.... garam mungkin termasuk lebih sikit masa goreng telur tadi he he he...

Maka hampir mustahil jika kita menyatakan kita boring sebab tiada kerja yang nak dibuat. Mungkin apa yang kita rasai itu bukannya boring tetapi malas? Agaknya lebih sesuai kita guna dialog di bawah.

`` Eeeee, malasnya aku hari ni...''

Sebab kita rasa malas sebenarnya bukannya boring. Mustahil tak ada kerja yang nak dibuat. paling tidak tepek bedak sejuk kat muka, he he he. Pendek kata kerja-kerji ni tak akan habis-habis sampai kita mati. Orang gila pun ada kerja yang nak dibuat...untuk mempamirkan kegilaannya.

Sedangkan orang yang rajin, maju dan mahu ke depan selalu tak cukup masa walaupun semua telah dijadual dengan teratur. Malah 24 jam sehari tidak cukup bagi mereka.

Saya ada kenal seseorang kawan yang memberitahu saya yang janka hidup satu hayat memang tak cukup bagi dia, dia nak buat banyak kerja besar dan cita-cita besar. Dia perlukan 150 tahun! Dia ada ceritakan rancangan dan projek yang dia nak buat, berkobar-kobar dia bercerita, bersemangat.
Saya tadah telinga mendengarnya sebab dia antara kawan saya yang berjaya dek kerana rajin berusaha. Bukan sebab dia anak orang somebody atau handsome sangat tetapi kerana rajin usahanya. Pernah di universiti dia kena marah oleh pensyarah sebab terlebih rajin!.
Saya boleh tengok daripada projeknya, apa yang dia nak buat tu memang memerlukan masa lebih daripada jangka hayat manusia biasa. Lebih daripada seratus tahun jangka masanya.

Jan: Bukan malas tapi sesak nafas...( sejak dia pergi...)

Thursday, August 6, 2009

Kemiskinan dan mandi bogel

Kemiskinan dan mandi bogel



``Poverty is a lifestyle into wich one in six people around the world, over one billion people were born.'' - Jeffrey Sachs, The End of Poverty (2005), World Bank:UN.
``Dan di sini kita masih jua berpesta, minuman serta makanan terbuang dan melimpah. Di sini kita lupa ada yang kelaparan dan juga kadang-kadang lupakan tuhan...,'' - Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Di sini tiada kedamaian lagi (1982), Malaysia.
Orang yang miskin pendapatan isirumahnya tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat perlindungan. Kita tidak cukup duit bukan kerana nak beli bahan asas tetapi nak langgang astro...he he he

Jan: Dan di sini aku masih nak beli Sofa yang vouge?

Saturday, August 1, 2009

`Dia orang'...

``Dia orang ni bila tuhan turunkan bala baru nak buat solat hajat! ''.
Tiba-tiba saya terdengar suara tegas di belakang saya. Memang saya agak tersentak apabila mendengar dialog tersebut. Pada masa tersebut saya sedang beratur di mesem ATM. Tadi sebelum sembahyang jumaat, saya memberitahu Adnan saya mahu ke Maybank, hendak cocoh duit sikit untuk bayar pendaftaran retret ke Melaka nanti.
Saya beralih manja, menjeling ke belakang buat-buat tengok tempat lain dulu sebelum saya lihat terus kepada wajah yang bercakap di belakang saya. Dan saya lihat ada 4 orang berjanggut panjang dan berbaju Melayu warna putih (warna lambang kesucian) yang labuhnya sampai ke kaki. Mereka sedang beratur di belakang saya. Islamik sangat kelihatannya, dahi mereka lebam. Mungkin banyak sujud kepada tuhan kot...
`` Dia orang ni memang, bila terdesak baru ingat tuhan. Buat maksiat tak ingat ''.
Terdengar lagi dialong yang seolah-olah mahu sengaja didengarkan kepada orang lain yang turut sama beratur nak ambik duit, maklumlah dah gaji. Saya berpaling lagi melihat siapa pula yang melontarkan dialog kedua tersebut. Saya lihat ada seorang pemuda yang kelihatan agak tua, juga sefesyen iaitu berpakain baju jubah putih, berkepiah putih, tetapi bermuka agak keruh.
Saya masih beratur dan bertekad dalam hati tidak mahu memandang ke belakang lagi bimbang mereka perasan. Oleh kerana masih ada lagi beberapa orang di hadapan saya yang beratur mahu cocoh duit, saya tetap saya pasang telinga. Mereka berempat berbual sementara menunggu giliran nak cocoh duit.
Ada dua line sebenarnya, tetapi saya pilih line yang ramai lelaki. Sebabnya daripada pengalaman saya bila beratur di line banyak perempuan lambat sangat mereka mengeluarkan wang. Entahlah kenapa. Bila sampai depan mesen baru nak buka beg tangan ambik kad, baru nak itu-ini... tapi bukan semua, ada yang cekap macam Kak Hanita (Anita Sarawak).
Banyaklah mereka negatifkan kumpulan yang mereka rujukan sebagai `dia orang' ni. Saya pasang je telinga dengar semua perbualan mereka. Saya dapati daripada perbualan mereka `dia orang' tu merujuk kepada mereka yang sembahyang hajat H1N1 selepas sembahyang jumaat tadi.
Saya yang cetek agama ni susah jugak hendak membuat kesimpulan, bagi saya kalau ada orang nak buat sembahyang hajat pagi petang siang malam lantaklah. Mintaklah berapa banyak dan berdoalah biar H1N1 tidak menular. Saya tidak anggap mereka negatif, itu suatu usaha yang mereka percayai. Kalau nak buat sembahyang sunat pun buatlah kalau tak nak buat saya rasa tak kisah namanya pun sunat. Kalau pandangan saya ini silap tak tahulah, minta tolong betulkan.
Tetapi saya yakin saya tidak silap mentafsirkan perkataan `dia orang'. Kalau kita gunakan perkataan `dia orang' bermakna kita tidak termasuk dalam kumpulan `dia orang tu'. Ianya merujuk kepada kumpulan lain, bukan kita.
jankaulu: Mungkin darjat mereka berempat lebih tinggi kot.

Saturday, July 25, 2009

Padam muka...

Memanglah pada masa tersebut saya tidak menyikat rambut saya dan hanya memakai t'shirt leher bulat dan berseluar jeans sahaja. Dan tambah sadis saya hanya berselipar Asadi sahaja. Tetapi tak kanlah mereka yang terlibat tidak dapat mengesan langsung cahaya nur yang sedikit keeducatetan pada muka saya ni, huh!
Saya ni walaupun agak sedikit handsome tetapi memang tidak pandai bergaya orangnya. Saya rasa kekok bila hendak bergaya, rasa tidak selesa sebab apalah sangat bergaya jika hidung tetap kembang.
Sebenarnya apabila saya masuk ke dalam bank tu, saya tidak tahu nak ke bahagian mana sebab saya bukannya atas urusan mahu masukan duit atau nak keluarkan duit. Saya hendak buat pinjaman perumahan. Saja saya nak buat kajian bank mana yang memberikan perkhidmatan terbaik.
Saya pun gi mari-gi marilah dalam bank tersebut, tak tahu nak tuju kat mana. Kalau Maybank dan Cimb Bank saya tahu di mana meja bahagian pinjamannya. Di bank ini saya memang tak tahu... Adalah dua tiga orang pekerjanya melihat saya tapi mereka tidak memperdulikan saya. Nampak muka mereka selamba sahaja tak mesra alam, mereka kelihatan sibuk. Saya mahu mencari meja pertanyaan tapi tak ada pulak, yang ada meja untuk kad kredit sahaja. Maka saya duduklah di tepi dinding merasai airkong, biar sejuk sikit badan.
Kemudian barulah saya disapa oleh seorang pegawai perempuan. Pegawai tersebut sebenarnya sedang lalu lalang di hadapan saya. Saya memberitahunya saya mahu buat pinjaman perumahan. Dia terus cerita mengenai kadar kadar pinjaman dan serba sedikit mengenainya yang saya tak faham langsung kat tepi dinding tersebut. Bila saya terberitahu saya akan pinjam sebanyak RM200ribu barulah tiba-tiba dia terus tersenyum dan ajak saya ke mejanya, siap beri air kotak lagi dan menanyakan apa kerja saya. Kalau ikutkan hati nak saja saya beritahu saya kerja kat sarkas jaga beruang!.
Saya memang anti manusia yang bezakan darjat dan sewaktu dengannya. Saya patah hati pada bank tu, dia tak pandang pun saya sebab penampilan saya memberitahu yang saya bukan pelanggang berpotensi. Sepatutnya bagaimana pun penampilan saya layanglah saya dengan baik, saya ni pun orang juga.
Saya datang ke bank tu nak dapatkan pinjaman, nanti dia untung la, tetapi dia buat saya terkilan, kalau saya ada duit saya taklah pinjam kat bank, saya yang buka bank pulak! Huh emosi juga saya bila teringatkan peristiwa yang berlaku yang telah lama berlalu itu. Daripada Muadzam saya berdiri naik bas selama sejam lebih barulah sampai ke Kuantan, begini saya dilayan...desus hati saya.
Saya sakit hati sangat, sebab itulah semasa meninggalkan bank itu saya bersumpah akan tutup kad kredit bank tersebut secepat mungkin dan akan tutup segala akaun saya di banknya. Konon bank yang standard, huh!
Akhirnya saya pergi ke bank lain, bank yang melayan saya dengan baik. Saya buat pinjaman perumahan dengan bank itu dan dengan bank itu juga saya buat pinjaman beli kereta. Saya kira-kira, bila saya habis bayar segala hutang rumah dan kereta tersebut adalah kira-kira lebih daripada setengah juta saya bayar kepada bank tersebut. Maknanya jumlah itulah yang bank kononnya standard tu melepas... padam muka bank tu!
Jankaulu: Moralnya walaupun saya gemuk, tak terurus dan kelihatan naif, saya tetap manusia (senang je kan moralnya, he hehe).

Thursday, July 23, 2009

Tahi lembu dalam otak...

Sekadar hiasan: Apa tengok-tengok?

Sikap pentingkan diri selalu membawa saya kepada kerugian. Malulah nek bercerita panjang lebar... Saya rasa sifat ni lebih senang kita sedari apabila orang lain yang melakukannya...he he he.
Selalunya kitalah yang sepatutnya dapat, kitalah yang sepatutnya disayangi, kitalah yang sepatutnya didahulukan, dipentingkan. Tetapi cuba fikir, istimewa sangatkah kita, he he he. Asyik kita je kan...

Pada masa tersebut saya dan teman saya perhatikan sahaja, kami ada di dalam kereta menunggu parking kosong. Kami nak membayar bil dan hutang, nanti bank call kat tempat kerja, siapa yang malu? tentu bukan majikan kita kan...? Tiba-tiba sekoyang-koyang keretanya datang memblok sebuah kereta lain di hadapan Maybank yang dekat Masjid Puith tu, ala kat tu juga ada CIMB bank dan Bank Nasional.
Setelah memblok kereta orang, dia turun dengan bergayanya, huh! Kalau tengok paras rupa dan pakaian dan jenis keretanya... nampak macam orang terpelajar (lebih cerdik daripada lembu) atau ada perniagaan besar (jual tahi lembu kot.)
Kami nampak bagaimana kemudiannya seorang pak cik resah gelisah sebab kereta tak dapat keluar. Kereta besar tadi memblok keretanya.

Sekadar hiasan 2: Apa tengok-tengok 2

Kita faham benar, kita bukan lembu... kita tau orang `cerdik' tadi nak cepat tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Dia mungkin nak cepat tapi orang lain nak lambat ke? Perangai parking tak betul ni memang memanaskan hati, mendidihkan perasaan...

Teringat pulak kata-kata Pak Din semasa di kem motivasi ``Hidup ini kalau tak boleh menyenangkan orang lain, janganlah pula menyusahkan orang!''.

Jankaulu: Baru faham apabila kawan saya kata ada lembu bawak kereta...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home