"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 29, 2014

The planet was trying to tell us something...

Di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia, fenomena hujan pada akhir tahun adalah sesuatu kebiasaan.
 
Namun musim hujan yang membawa banjir yang besar masih lagi tidak dapat diterima sebagai suatu kebiasaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Jika kita melihat kepada sejarah alam kita. Ada sahaja `rekod' lama di`pecah'kan. Maksud saya akan ada banjir yang lebih besar dari masa ke masa.

Mengapakah banjir semakin menjadi-jadi? 
 
Apabila ramai penduduk, maka cuaca akan berubah. Malah bukan sahaja cuaca, saya percaya dalam waktu yang lama manusia juga berupaya merubah klim. Manusia memang merupakan agen pengubah cuaca dan bentuk muka bumi. malah ianya agent yang paling memberi kesan yang mengerunkan.
 
Laluan angin, air dan udara berubah apabila manusia mengubah/meratakan bukit, membina bangunan dan juga daripada bertambahnya bahan `buangan' dari aktiviti manusia. Contohnya sampah sarap. Ya, Manusia memberi `tekanan' pada bumi.
 
Pada tahun 1920an penduduk Tanah Melayu hanya lebih kurang 3 juta orang sahaja. Aktiviti manusia tidak serancak sekarang. Mereka pada masa itu bukanlah ejen perubah cuaca yang utama...
 
Sebenarnya cuaca secara semulajadi dipertahankan/dipulihara oleh hidupan 2F. Flora dan fauna ini mempunyai fungsi yang mulia menjaga jagat raya kita. Hatta seekor cacing yang tak ada otak dan tak bersekolah mempunyai fungsi menghasilkan humus daripada dedauan nan kering menjadi tanah ntuk kesehajteraan dan kelembapan...memelihara cuaca...
 
Manusia pula sedikit demi sedikit mereka bertambah-biak (tetapi kesedaran sivik dan moral tidak bertambah...he he) Mereka sedikit demi sedikit merubah tanah, udara dan angin. Mereka memberi tekanan...terhadap bumi.
 
Dan kita masih mendabik dada mengaku...manusia (kita) adalah hidupan yang paling cerdik, paling berguna.
 
 
 
 
 

Tersekat banjir di Dungun

Saya tidak menyalahkan orang lain. Saya menyalahkan diri sendiri. Saya juga tidak sesekali menyalahkan kawan-kawan saya apabila mereka menyalahkan saya kerana tidak perihatin dengan perkembangan semasa. Hasilnya kereta Myvi saya tersadai di Dungun.
 
Saya sepatutnya melalui lebuhraya bukannya jalanraya.
 
Saya pandang ke depan. Ada papan tanda memberitahu jalan ditutup untuk kenderaan ringan. Ringankah kereta saya? He he he (saya melawak dalam hati untuk hati saya). Banyak kereta dan ramai orang tersadai di tepi-tepi jalan. Sempat juga melihat wajah-wajah ketat dan kelat.
 
Saya tersenyum, seolah tiada masalah yang berlaku.
 
Perkhidmatan untuk menyemberangkan kereta ada disediakan. Saya perlu bayar RM70 jika saya mahu menyemberangi air tersebut. Kereta saya akan diangkat menggunakan lori telanjang (lori yang tak ada dinding dan bumbung, lori yang jenis mengankut kereta-kerata baru yang biasa kita lihat di jalanraya).
 
Namun saya tidak pasti pula saya boleh terus sampai ke Kuantan setelah menyemberangi air tersebut. Entah-entah ada beberapa tempat lagi yang ditenggelami air. Baiklah saya berpatah balik menggunakan lebuhraya.
 
"Pastilah hidup ini penuh dengan suka dan duka..." Bisik hati saya. Dengan itu dapatlah saya meredakan dengup jantung saya. Peristiwa malang ini akan menjadi manis suatu hari nanti.
 
Saya yakin.
 
 
 
 
 
 
 

Friday, December 19, 2014

Perutusan Tahun baru 2015

Gambar hanyalah hiasan setelah dibahsuai guna aplikasi Lenovo...



"Selamat tahun baru 2015, semoga pengunjung blog ini dirahmati tuhan selalu, sihat dan berbahagia. Semuga kita lebih waras menjalani tahun 2015 nanti tanpa terlalu menyalahkan pihak lain atas kesusahan/kesukaran hidup kita.
 
Sesungguhnya segala kesusahan adalah cabaran dan mengajar kita mengenali manusia jenis mana kita sebenarnya, dan memperbaikinya.
 
Dan akhir sekali semoga kita semua lebih berusaha untuk menghargai keluarga kita kerana kekayaan sebanar kita adalah hubungan kekeluargaan yang kita ada. 
 
...Amin"

Wednesday, December 17, 2014

Rambut Abang tak cantik...


Rambut abang tak cantik
Nipis kasar tak beralun...
Hitam tak pekat
Pendek tak mengurai
Tidak bagai layar di laut biru...

Rambut abang tak cantik
Nipis kasar tak beralun...
Hati Abang yang carik
Sembuhnya belum...
Tidak bagai patah akan tumbuh

Rambut abang tak cantik
Nipis kasar tak beralun...
Nipis di tepi terkadang
Sesekali tak bersikat
Biar mata tak dapat memandang
Hati adik abang melekat...
Kejap tetap...

Rambut abang tak cantik
Nipis kasar tak beralun...
Akhir dipenuhi warna putih...
Sebagai tanda cinta abang
Sebagai kasih yang nyala

Tidak kah putih itu simbolisme suci?
Putih hati, kasih nyala tak terpadam...



Saja interframe...he he

Monday, December 15, 2014

Garis-garis di belakang kereta saya...

Minggu lepas kawan saya datang. Ketika kami berkereta mahu pergi ke Fun Fair dan cari barang Nescaffe (free gift). Apabila hujan berhenti kawan saya telah menyentuh satu butang di kereta saya.
 
Saya tidak pernah menyentuh butang tersebut. Tidak pernah walau sekali (walaupun sudah hampir 6 tahun pakai kereta ni). Kawan saya beritahu pada cermin belakang, garisan-garisan tersebut adalah aliran pemanas supaya cermin belakang saya kering bila lepas hujan. Biar nampak jelas. Saya hanya perlu menyentuh satu butang sahaja katanya...
 
Barulah saya tahu fungsinya, selama ini saya ingat itu adalah corak/disgn supaya cermin belakang nampak cantik. He he he.
 
Perhatikan betul-betul...ada garis halus pada cermin...(gambar hanya hiasan)
 
 
 

Kisah bola kita: Malaysia `kalah' dengan Vietnam

Ketika kawan-kawan saya gembira bagai nak rak apabila Malaysia berjaya tewaskan Vietnam. Saya rasa sangat sedih bagai nak rak. Saya rasa malu.
 
Saya tidak pernah melihat sukan sebagai alat yang paling berguna untuk mewujudkan perpaduan. Sikap kita dalam sukan sangat hodoh. Kita terhambat-hambat mahu ingin menang. Nama dan gelaran menjadi buruan dan hambatan, bukan matlamat untuk kerjasama dan bersatu padu. Huh!
 
Mereka hilang ingatan. Dan anggapan saya ini bukan sahaja dibuktikan oleh kejadian di Stadium Shah Alam, tetapi merujuk juga insedin-insedin terdahulu.
 
Namun saya akui secara teorinya sukan adalah alat perpaduan. Ironi kan?
 
Apabila Malaysia kalah dengan Vietnam di stadium Shah Alam. Sikap kita menjadi amat buruk. Namun apabila Vietnam dikalahkan oleh kita, mereka mempamirkan sikap yang sepatutnya manusia bersikap. Mereka tidak bersikap seperti kita, mereka tidak membalas dendam.
 
Sudah banyak kali sukan kita menjadi alat memalukan negara kita. Tapi kita terus buta sebab kita terdesak nak menang. Kerana kita percaya bila menang kita menang.
 
Kejadian di Vietnam itu sepatutnya mengajar kita yang kita sebenarnya kalah dalam menang.
 
Tetapi kita tak pernah nak guna otak. Tidak pernah nak ambil pengajaran. Tidak pernah mahu lihat apa di sebalik sesuatu perkara...
 
Selamat datang ke Malaysia...
 
 

Surat cinta dari pelajar

Walaupun saya bukanlah antara tenaga pengajar yang kacak bergaya, sepanjang menjadi tenaga pengajar, saya ada juga la menerima sepucuk dua surat cinta daripada pelajar.
 
Namun saya tidak melayan kerana ayah saya ada berpesan perbuatan itu tidak beretika kerana mungkin akan menimbulkan konflik kepentingan diri. Saya selalu teringat kata ayah saya. Dan sebenarnya sebab UTAMA saya menolak bukanlah sebab kata-kata ayah saya tetapi kerana saya selalu melihat pelajar sebagi adik-adik saya, dan melalui masa...saya melihat mereka sebagai `bertaraf' anak-anak saya.
 
Sebagai tenaga pengajar kita tidak seharusnya terlibat, kerana ia mungkin haya satu `test' daripada pelajar untuk lihat kita ni jenis biroh ke tidak. Keladi ke tak...

Saya ada bercakap hal ini dengan beberapa kenalan saya yang bergelar pensyarah. Ada di antara rakan perempuan saya beritahu dia pernah buat `test' kepada para pensyarah lelakinya semasa bergelar pelajar. Dan semua pensyarah tersebut `gagal' dengan cemerlang.

Emmm...entahlah.

 

Wednesday, December 10, 2014

Surat cinta kawan saya...

Betul orang kata, cinta itu buta. Dan saya hendak tambah sedikit bahawa bukan sahaja pencinta itu buta tetapi kawan baik kepada yang bercinta itu juga boleh terlibat jadi BUTA. Sayalah tu.
 
Huh!
 
Lebih kurang 25 tahun dulu saya disuruh untuk memberikan sepucut surat cinta kepada seorang pemuda yang menjadi penyusun buku di Perpustakaan UM. Yup peristiwa ini telah lebih 25 tahun lalu tetapi saya ingat sebab ianya lucu. Setidaknya pada saya.
 
Kawan perempuan saya tersebut bukanlah lawa. Muka biasa sangat. Tetapi si penyusun buku tersebut ada rupa. Saya sudah banyak kali beritahu mustahil pemuda itu akan menerimanya sebab kawan saya  tak lawa (saya memang jenis terus terang).
 
"Kalu dia nok ke mung, aku bogel keliling falkuti 7 kali!" Kata saya kerana sangat yakin cintanya akan ditolak mentah-mentah dan perbuatan tersebut (mengirim surat) adalah sia-sia. Tetapi kawan saya itu tetap BUTA.
 
Saya beritahu pendapat saya kepada kawan saya itu bahawa orang lelaki tidak tertarik kepada kepandaian tetapi kecantikan. Tak boleh membilang 1, 2 dan 3 pun tak apa. Bisu pun tak apa, asal cantik! Itulah penerangan saya, pendapat saya yang saya pegang sampai kini. Tiada kompromi.
 
Kawan saya tidak menerima pendapat saya.  Kawan saya kata tugas saya hanya menyampaikan surat tanpa perlu beri komen dan pendapat. Amboi...! (dahlah nak minta tolong orang tetapi kasar!)
 
Maka macam mana saya tak tahulah...akhirnya saya bersetuju untuk memberi sekeping surat tersebut kepada pemuda penyusun buku tersebut. Mungkin saya hargai kawan saya tersebut. Dia lebih pandai belajar dari saya, dia selalu ajar saya kuantitatif matematik (subjek yang saya benci sepanjang hayat di bumi allah ini).
 
Ia rupanya merupakan satu kerja yang sukar untuk saya. Pertama saya kena cari pemuda itu, dan yang kedua saya mesti beri surat tersebut tanpa dilihat orang ramai. Ini perpustakaan, tentulah ramai orang.
 
"Abang ini ada surat cinta" Kata saya bila menghampiri pemuda tersebut. Memang dari tadi saya sudah mencari dan berdebar-debar. Saya lihat dia berhenti menyusun buku dan kemudian memandang ke arah saya.
 
"Tapi surat cinta ini bukan dari saya..." Saya gelabah beritahu supaya dia tidak syak saya yang bukan-bukan. Saya pun sebenarnya tak perlu sebut `surat cinta', sebut `surat' sudah mencukupi. Tapi saya gelabah. Macam mak saya.
 
Saya lihat pemuda itu masih merenung saya. Mukanya jenis yang tak tinggal sembahyang, jernih dan syahdu. Saya sudah gelabah giler bila pemuda itu mengerutkan dahi tetapi tidak sepatah pun berkata-kata. 
 
Selepas melihat kiri kanan, saya pastikan tak ada orang, saya letakan surat itu atas rak troli di sebelahnya. Dan saya segera beredar dengan dada yang kencang. (macam saya pulak yang bercinta).
 
Seminggu saya tidak nampak kawan saya itu di dewan kuliah mahupun di bilik tutorial. Saya dengar dari kawan-kawannya dia meraung di Asrama Seksyen 17...
 
Kan saya dah kata...
 
He he he...
 
 
 
 

Tuesday, December 9, 2014

Saya dan surat cinta...

Kali terakhir saya menulis surat cinta adalah pada tahun 1987 semasa di tingkatan 5. Kini saya sudah tidak dapat mengingati apa yang saya tulis. Yang nyatanya semua 18 helai surat tersebut menyatakan hasrat hati saya yang sedang sangat bercinta.
 
Itu merupakan cinta pertama saya, yang berbalas...
 
Ya, ternyata saya seorang insan tidak sesuai untuk terlibat dalam hal cinta. Ia membuatkan saya menjadi tidak rasional dan mengada (sehinggakan menulis sebegitu banyak helai). Setelah berumur 45 tahun baru saya menyedarinya.

Saya sudah tidak bisa lagi menulis warkah cinta pada hayat ini lagi...
 
Sepanjang hidup saya, saya ada menerima beberapa surat cinta... Ada sepucuk warkah masih terimpan dengan baik walaupun sudah lebih sepuluh tahun masa berlalu. Ada surat cinta memang kita tidak bisa melupuskannya kerana perbuatan itu seolah melupuskan sebahagian dari kehidupan sendiri...(pulak dah).
 
99% surat cinta yang saya terima apabila membacanya saya rasa hendak tergelak. Kini hanya satu surat cinta yang saya simpan. Saya akan menyimpannya sampai hujung nyawa kerna itulah cinta terakhir saya...
 
Setiapkali membacanya saya menitiskan air mata kerana walaupun semua itu hanya kata-kata manis dan sumpahan janji akan setia (yang akhirnya dusta)...ia tetap menjadi tanda pada jiwa saya yang pernah ada rasa cinta dan sayang hunii hati. Dan bahawasanya saya manusia normal.
 
Perpisahan hanya dapat menjarakan jasad namun kematian sahaja yang dapat memadamkan kenangan...
 
Titik
 
 
 
 
 
 

Thursday, December 4, 2014

Perihal memilih kambing...

Saya menulis mengenai rupa kambing ini setelah rakan wasap saya bernama Afni mengutarakan pasal kambing. Soalannya: lagi panjang tanduk lagi bagus ke kambing tu?
 
Saya tidak kenal rapat dengan Afni tetapi orangnya peramah sebab ada selalu dalam wasap ni. Namun saya telah lihat wajahnya dalam gambar wasap yang dikirimkan. Cantik rupa parasnya, adakah mungkin sudah diedit kot?, he he he.
 
Sayang memang edit gambar saya biar nampak muda sikit...(perasan...)
 
Saya jarang menyampuk geng wasap Ex-Staff KSP ni sebab saya ni jenis pemalu. Dan kalau perbincangan terlalu akademik, saya tak masuk sangat sebab saya lebih selesa tidak akademik sebab tiap-tiap hari kerja saya sudah berbentuk akademik. He he he. Pernah saya muntah.
 
Namun pasal kambing ni saya teringat petua atau panduan ayah saya. Ayah saya memang suka membela binatang, selain bela kami empat beradik.
 
Kata ayah saya binatang juga seperti manusia ciptaannya iaitu mempunyai paras rupa. Maknanya mak kambing rupa lain, ayah kambing rupa lain dan anak-anak kambing rupa lain. Mungkin ikut rupa ibunya atau ayahnya. mungkin ikut rupa datuknya. Haaa...macam manusialah.
 
Namun pada masa tersebut saya dengar jea sebab saya tak minat binatang. Masa tu saya minat Zaiton Sameon, Search dan Wings. Tapi arwah Kak Pah saya tak tinggal... Bila ayah saya terangkan ciri-ciri kambing dan biri-biri yang baik dibuat baka. Masuk telinga kanan keluar ikut lubang hidung kiri. (telinga kiri tersumbat...)
 
Namun ayah saya ada kata memilih haiwan kena ada ilmu, kalau tak ditipu orang. Bila saja dengar perkataan `ilmu' terus saya tak berminat sebab kat sekolah sudah terlalu banyak. Bukan sahaja matematik, saya disuruh ambil matematik tambahan selain fizik, kimia dan biologi. Apa ingat saya bercita-cita nak ke bulan ke?
 
Kita kembali ke tajuk posting. Ayah saya juga kata bukan semua orang sesuai bela binatang. Kalau tak `sekun' binatang kita akan mati. `Sekun' tu kira sesuailah kot. Haa...
 
Pilihlah kambing yang postur tubuh bagus (pemakanan dan baka baik), bulunya halus berkilat/nampak macam berminyak bersih (tanda sihat), mata bersinar tajam dan cerah...bukan yang nampak kuyu. Tapi kuyu seksi. Badan tidak cacat dan cergas.
 
Lebih senang pilih ratu cantik kot...

Wednesday, December 3, 2014

Untuk perempuan lawa...yang suka melompat

PARAS RUPA seseorang  amat besar impaknya kepada dirinya dan juga orang di sekeliling. Janganlah hipokrit kata ianya tidak penting. Walaupun berbuih atas bawah masyarakat kita dan media war-warkan kononnya kecantikan semulajadi adalah lahir dari dalam diri, gambar berukuran paspok tetap diperlukan apabila kita mintak kerja. Dan sebagainya.
 
Kalau ada muka lawa, bersyukurlah kerana ia memudahkan kita dalam melakukan banyak kerja. Kerana kita lawa, kita akan dilayan dengan baik, orang akan dapat lihat kita dengan jelas dan syahdu. Berbanding dengan muka tak lawa...18 kali kita lalu lalang pergi balik pun orang tidak perasan! Kucing pun tunduk jea...

Teringat saya kepada seorang kawan, bila dia lalu di tepi padang bola, permainan bola tersebut secara automatic berhenti sebab semua pemuda melihat kecantikan rupa paras beliau. Pada masa tu dia mahu ke kedai beli sekilo gula. Dan situasi yang sama juga berlaku bila dia pulang dari kedai dan lalu di tepi padang bola tersebut. Terhenti lagi permainan bola tersebut, ternganga melihat sebahagian betis yang tidak ditutup skit.

Tapi itu 25 tahun dulu! sekarang jikalau dia berbogel pun orang sudah tak peduli. He he. Mungkin orang pergi sepak atau kata dia gila. He he he sekali lagi
 
Kita kembali kepada isu. Tidaklah pula menjadi satu kesalahan untuk menggunakan muka kita yang lawa tersebut dalam mencapai cita-cita. Atau letak dalam FB, sambil buat mucung-mucung. Yang salahnya kita menggunakan kelawalan kita itu sambil menghancurkan hati orang lain.
 
Perempuan lawa yang pandai `lompat-melompat' banyak terdapat dalam masyarakat kita. Maksud saya bila dapat yang lebih baik, dia tinggal jea pemuda itu begitu sahaja. Bila dapat yang lebih baik terus lupa akan pengorbanan sehingga pemuda itu terpaksa lara dan bla-bla...
 
Bila muka sudah ditoreh menjadi buruk, barulah tahu langit tinggi rendah. Kita kena ingat dalam ramai-ramai lelaki yang kita permainkan mungkin ada yang psiko. Bukan semua lelaki bila ditinggalkan atau dicurangi akan jadi lebih tabah, insaf dan cerdik. Bukan semua akan meninggalkan kampong halaman dan menjadi pensyarah di negeri orang...opps.
 
Bukan semua lelaki bila ditinggalkan akan terus ambil air sembahyang dan baca kitab. He.
 
Ada lelaki apabila ditinggalkan dia kecewa terhadap dunia dan menjadi persis syaitan... Ada yang akan bertindak kejam membalas dendam dengan cara yang tidak beperikemanusiaan. Namun apabila hati hancur dan segala kebaikan telah pergi...keberangkalian menjadi jahat adalah tinggi...
 
Tidak semua seperti saya, saya tidak membalas dendam. Saya hanya bersumpah pada setiap matahari terbit bahawa dia tidak akan bahagia dan akan merindui saya sepanjang hayat. Amin.
 
Dan sesungguhnya tidak pernah ada satu pun kasih sayang yang sejati boleh tumbuh dan kekal lama apabila dibina atas kehancuran hidup orang lain.
 
Percayalah saya...

Percayalah...

Tuesday, December 2, 2014

Kisah rumput...dan kasut

Young man think the grass is always greener somewhere else,but grown men know the grass is greenest where you water it...


Semakin saya dewasa, saya semakin bersyukur kepada banyak perkara yang terjadi/miliki dan saya juga merasa lebih bijaksana (ewah...). Rupanya ada kelebihan atas kedutan...he he he.
 
Saya percaya dalam setiap diri manusia (juga para pembaca) ada pada satu-satu masa, mereka melihat dengan pandangan yang berbeza ke atas suatu perkara yang sama mengenai diri sendiri. Apatah lagi pandangan dari orang lain.
 
Seorang rakan pensyarah saya seolah mengeluh kerana dia berkahwin sebaik sahaja tamat pengajian di universiti. Lepas tu beranak  `non stop' setiap tahun. Dia beritahu saya dengan ikhlas, dia tidak pernah rasai keseronokan hidup bebas kerana seluruh jiwa hidupnya ditumpukan kepada keluarga. Tetapi dia beritahu dia amat bernasib baik sebab suaminya setia...(saya meraguinya...sepatutnya ayatnya begini `saya bernasib baik sehingga ke saat ini sebab suami saya setia...setakat saya tahulah, he he he). Dia kena buat lawak...sebab kemungkinan dia akan meraung nanti bukannya `zero'... he heh . Jahat saya.
 
Kita kembali pada isu. Dia kagumi hidup saya yang bebas lepas pergi sana sini, makan makan sana sini, tengok wayang, berselfi sana sini dan sebagainya. Dia melihat `rumput' saya lebih hijau...
 
"Apa ke bestnya pergi tengok wayang sorang diri?" Hati saya punya dalam berbisik. Memang saya seronok tengok wayang seorang diri namun ada kalanya saya pergi juga dengan kawan-kawan saya. Kerana ada masanya kita tak mahu sendiri.
 
Saya pula melihat kawan perempuan saya itu bertuah. Muka tak cantik mana tapi ada suami, anak comel-comel belaka, tiada cacat cela. Alhamdulilah. Ada rumah dan kereta, ada pekerjaan dan ada orang yang akan memeluk dia memberi semangat tentang hidup jika berlaku kepayahan mengharunginya...(selain peluk kerana seks,  he he he).
 
Saya kagum dia, dia kagum saya. Sebenarnya kami mempunyai `rumput' yang sangat berlainan. Juga `kasut' yang berlainan. Kita tidak boleh pakai `kasut' orang lain.
 
Dan saya percaya hampir 100% sebab apa manusia gagal dalam hidup adalah kerana dia cuba mahu mempunyai `rumput' seperti orang lain dan sibuk mahu pakai `kasut' orang lain.
 
Adanya...