"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 22, 2013

Apakah nilai kemanusiaan?

Saya berpendapat jika beginilah berterusan keadaan hidup bermasyarakat sesetengah masyarakat kita, pada suatu masa nanti nilai-nilai kemanusiaan akan hilang lenyap. Dan sesetengah masyarakat yang hilang kemanusiaan inilah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan. Apakah nilai kemanusiaan? 

Nilai kemanusiaan secara ringkas dapat difahamkan sebagai nilai ukuran bagi mutu/kualiti seorang insan yang bergelar manusia. Manusia di sini merujuk kepada kepandaian dan kebolehan fizikal dan mental mengikut fitrah kejadian yang secara keseluruhan boleh berfikir dan bertindak mengikut kawalan pemikiran, berbeza dengan beruk, cipan, landak, mentibang dan udang galah (sekadar menyebut beberapa nama).

"Salam, Kekadang saya berasakan nilai kemanusian makin kurang. Kalau dulu mendengar saja kes orang mati dibunuh terus rasa nak demam apatah lagi kalau melihat mayatnya. Tapi kini saya hampir tidak ada perasaan untuk itu apabila mendengarnya" 
- Adie Achim

saya bersambung...

Satu pengakuan yang berterus terang. Saya juga berasa begitu. Nilai kemanusiaan yang sepatutnya menebal menjadi semakin menipis. Mungkin kerana perubahan zaman yang moden, membantutkan penebalan nilai kemanusiaan.

Saya juga semakin sinis kadang-kadang terdetik dalam hati `padam muka, tu la balasannya derhaka!". Bila saya dengar cerita pasal anak tak kenang ibu. Atau "Padam muka, ada anak tak jaga molek", apabila saya dengar berita ibu ditinggalkan anak. Dan begitulah beberapa contoh biasa...Haaa...

Sikap nilai kemanusiaan untuk `pergi jauh' untuk berfikir dan bertanya `kenapa jadi begitu?, bagaimana nak sekat daripada jadi begitu' semakin menipis... apatah lagi zaman sekarang ramai anak derhaka dan ibu yang tidak sayangi anak...(sila anggap ayah memang dah tak ada...atau ada pun tak guna...he)


Gambar tak ada kena mengena dengan posting, percayalah.

4 comments:

Adie Achim said...

Salam,
Kekadang saya berasakan nilai kemanusian makin kurang. Kalau dulu mendengar saja kes orang mati dibunuh terus rasa nak demam apatah lagi kalau melihat mayatnya. Tapi kini saya hampir tidak ada perasaan untuk itu apabila mendengarnya.

Anonymous said...

mgkin nilai matawang lg tinggi dr nilai nyawa dan harga diri kot....

Ummi Kami said...

Salam muhibbah buat En Jankaulu :)

Wang adalah segala-galanya...bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee...

Nong Andy said...

alah bisa tegal biasa...

bunuh2 dah jadi kes biasa masa kini...

.