"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, January 29, 2012

AJL 26: Saya tak berdebar, saya tak menanti...


Mungkin AJL 25 tahun lalu adalah AJL yang terakhir saya tonton. Saya tidak teruja untuk melihatnya setelah AJL tahun lalu tidak menarik dan melawak adanya. Saya rasa AJL sudah tidak dapat mengangkat martabat muzik Malaysia. Itulah pandangan saya. Ia sekadar muzik terkini yang digilai oleh golongan generasi baru. Malah lagu yang tersenarai dan menang ada yang saya anggap bukan `muzik' pun, he he he.

Mungkinkah kerana saya sudah berumur? Jawapannya tentulah tidak sebab saya masih mengikuti muzik, saya masih lagi minat muzik indonesia yang dilagukan oleh kumpulan anak muda. walaupun lagu mereka `keindonesiaannya' sudah kurang saya tetap layan sebab iramanya menarik. Begitu juga muzik barat, saya layan jika merdu.

Saya cadang mungkin malam ini saya masak spageti, saya makan sambil layan DVD. Pelik sungguh kehidupan kini. Walaupun banyak rangkaian TV, iannya tak menarik hati saya. Mungkin saya membaca sambil menonton? Entahlah. Basuh baju?

Namun saya suka lagu Sungai Lui, nyanyian Aziat. Yuna? Tolonglah...he he he. Titik...

Saya rasa pelik bila media gemparkan AJK, opss AJL merupakan acara yang berprestij. Apa prestijnya? Dan kalau nak kata lagu yang tercalon akhir adalah lagu-lagu Melayu yang terbaik, nampak benar bohongnya...

Katanya lagi diharapkan lagu yang diangkat malam nanti mampu memberikan impak kepada keseluruhan industri seni dan memacu apatah benda lagi...kemudiannya.

Dahlah politik Melayu kelakar, dunia hiburannya lagi kelakar dan menipu!

Jan: terukanlah berangan...jom.


5 comments:

wawadave said...

i tak tgk pun suki..i layan rom-com tv2..citer yg ringan, takyah pk byk2 diwaktu mlm

sukiman said...

i pula ke cybercafe...he he he. Duduk-duduk minum2 sambil membaca.

Sarah Amanda said...

en sukiman..cuba dengar lagu yuna tajuknya 'these street'.ha! meleleh airmata tu kang!

sukiman said...

ok, saya cuba dengar

danny said...

cuba dengar lagu awan nano... pergh! rasa rambut kita kerinting mengerbang

.