Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Kebahagian. Show all posts
Showing posts with label Kebahagian. Show all posts

Wednesday, August 20, 2008

Bahagiakah kita? he he he

Gee kata walaupun tasik kekeringan, jangan harap teratai tumbuh di daratan...




Antara soalan yang paling susah nak jawab dengan ringkas ialah `awak bahagia ke tidak? Bila kena tanya begitu rasa semacam je, rasa tak selesa sebab kadang-kadang bahagia itu begitu subjektif sifatnya.







Bahagia itu bukan seperti yang ditunjukan dalam iklan tv, punyai rumah besar, kereta besar, ada bini(kecil), anak comel-comel, kerja gaji mahal, bila berjalan perempuan jelita pandang dan terpesona, pakai kereta besar dan guna minyak wangi mahal...







Kebahagiaan itu bersifat dalaman. Iaitu ada dalam diri kita. Kita tidak boleh senang-senang kata orang itu bahagia jika ia ada segalanya. Kalau kita tidak punyai rumah besar, kalau kita tidak ada suami/isteri, kalau perempuan jelita buat `dont know' je kat kita (padahal 8 kali kita lalu depan dia, he he he), kita mampu pakai Viva je, atau kita pakai minyak attar je, so kita tak kan bahagia? Pastilah jawapannya tidak semestinya kerana kebahagian itu sendiri bukan semata-mata bersifat luaran...ia bersifat dalaman.







Kalau makna bahagia tu kita kabur konsepnya, maka apatah lagi kita nak mengukur sebuah kebahagian itu? dan kebahagain juga rasanya bergantung dengan individu, bergantung kepada perkara yang penting dan menyeronokkan dalam hidup seseorang itu. Namun saya berpendapat dalam bahagia ada unsur seronok dan redha (dengan apa yang ada dan apa yang tiada).







Mempunyai rumah besar tapi sakit poket nak bayar tiap bulan sampai kena jimat makan minum dan sana sini tak best jugak. Ada anak isteri tapi isteri curang dan suami tak pandai berjimat/buat duit susah jugak. Ada anak jadi bohsia dan mat rempit sedih jugak kan. Ada muka handsome tapi orang tak ndak parah jugak (mungkin perangai ego, he he he). Ada kereta besar tapi kena curi, nak gila jugak jadinya, pakai minyak wangi berjenama tapi tak ada kawan-kawan haru jugak...







Sapa yang tidak ada rumah besar, tak ada kereta besar, tak dipandang pun oleh Angelina Jolie, tak berkhawin, tak ada pun minyak wangi mahal dan lain-lain lagi tak semestinya tak bahagia dalam hidup. Kebahagian itu bersifat dalaman, melibatkan perasaan dan hati.



Kalau ada kereta Nissan Sentralah (sebagai contoh je) tapi dalam kepala asyik fokus kepada lebihnya (bestnya) kalau dapat kereta yang lebih besar, dan kecewa kerana tak dapat miliki kereta yang lebih besar, maka tak bahagia jugak. Sifat tak puashati dan payah nak redha buat hati kita `sakit' dan tentulah kita tak bahagia. Orang yang ada kereta kecil atau buruk tapi redha dan bersyukur dengan konsep `ukur baju badan sendiri' bolah jadi akan lebih bahagia!. Tengok magic kan erti bahagia tu... So kalau sapa-sapa yang rasa dia tak bahagia, fikir 8 kali, kot-kot sebenarnya dia boleh bahagia dengan apa yang ada! Dan belajarlah untuk bahagia dengan apa yang ada dan apa yang tiada.



Kebahagian hidup tu adalah apabila kita cuba menggunakan masa, benda, perkara yang ada dengan betul/terbaik pada satu-satu masa dalam kehidupan kita. Ia mengenai sama ada kita gembira/seronok atau tidak pada masa, perkara, benda yang kita rasa tu dalam hidup. Sama ada kita bersyukur atau tidak dengannya. Apa yang kita buat/ada, kita seronok mengenainya, adalah bahagia.






Jan: Kadang-kadang orang tak tau pun yang dia berada dalam bahagia, kita yang tengok nilah rasa berbulu...he he he..

Tuesday, July 22, 2008

Kebahagiaan





RASANYA seseorang tu tak dapat hidup dengan sempurna bila diri mereka tidak disayangi. Mungkin tidak ketara pada pandangan mata, namun jika dilihat dengan teliti menggunakan mata hati, ia nampak. Apa yang ada difikiran dilafazkan, dan apa yang dilafazkan akan diikuti dengan perbuatan, biasanya. Maka ia nampak.

DAN orang yang berada di dalam lingkungan kasih sayang juga terpancar akan aura kebahgian itu (walaupun dalam sesetengah kes, kebahagiaan itu dilakonkan, ia tetap juga menunjukkan kepalsuan. Berjaya manakah sangat untuk berlakon bahagia. Hidup ini bukan drama swasta, apatah lagi kisah-kisah, episod dalam novel). Bila diri disayangi, terasa langkah kaki pada kehidupan ini lebih bererti, dan kita akan lebih berani hadapi hidup ini.

NAMUN tidak semua kebahgiaan itu kekal, tiada yang kekal melainkan pencipta kita. Malah ada beberapa kes di mana berada di dalam lingkungan wilayah selamat itu sebenarnya adalah sementara dan palsu. Dan kepalsuan itu sangat mengigit perasaan. Maka memanglah benar ikatan rasmi atau tempoh lama dalam sesuatu perhubungan itu bukan indikator kepada kebahgiaan, kejujuran hidup...yang berkekalan.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home