Saya semakin menghampiri umur persaraan, 60. Gituw. Dulu umur 60 terasa sangat jauh. Sekarang tiba-tiba angka itu semakin dekat dan saya pula yang perlu menghadapinya. Saya akan bersara pada umur 60 tahun. Itu bukan pilihan saya, tetapi keadaan kewangan menyebabkan saya perlu terus bekerja kerana masih ada pinjaman yang belum selesai. Kalau boleh, memang saya mahu bersara lebih awal. Siapa yang tidak mahu? Bangun pagi tanpa fikir kerja, mesyuarat dan macam-macam lagi. He he he.
Rata-rata pinjaman yang saya buat dahulu tamat apabila saya mencapai umur 60 tahun. Masa membuat pinjaman, saya lebih melihat kepada jumlah bayaran bulanan. Tempoh lebih panjang bermakna bayaran lebih rendah. Nampak macam mampu, lalu kita tandatangan. Kita tidak begitu fikir bahawa suatu hari nanti umur akan sampai 60 dan pendapatan mungkin berubah. Kalau masa boleh diputar semula, mungkin saya akan membuat perancangan yang berbeza.
Perlukah Kita Ada Pelan Persaraan Sendiri?
Saya akui, saya tidak merancang kewangan dengan baik. Tiada siapa yang benar-benar memberi nasihat tentang kehidupan selepas bersara. Mungkin mereka sendiri pun tidak begitu tahu. Kita banyak diajar bagaimana hendak bekerja dan mencari duit, tetapi tidak ramai mengajar bagaimana hendak hidup apabila gaji sudah tiada. Sebab itu saya mula tertanya-tanya, perlukah kita mempunyai pelan persaraan sendiri? Bukan pelan daripada ejen insurans, tetapi pelan mudah untuk diri sendiri — berapa simpanan ada, berapa hutang tinggal, berapa perbelanjaan sebulan dan berapa lama duit boleh bertahan.
Umur 60 Itu Seperti Masuk Dunia Baru
Yang membuat saya berdebar bukan sekadar kerana tidak bekerja lagi. Kehidupan mungkin berubah hampir 100 peratus. Selama puluhan tahun, hidup kita berkait dengan pekerjaan. Ada tempat untuk pergi, orang untuk ditemui dan gaji yang masuk setiap bulan. Selepas bersara, semuanya berubah. Saya akan menjadi “orang baru” dalam kehidupan yang baru. Mungkin pada awalnya seronok. Selepas itu mungkin mulaSatu lagi perkara yang membuat saya berdebar ialah simpanan. Duit yang dikumpulkan selama puluhan tahun nampak banyak apabila dilihat sekaligus. Tetapi apabila dibahagikan untuk kehidupan selepas bersara, jumlah itu tidaklah sebesar yang kita bayangkan. Tambah pula inflasi. Harga makanan naik, bil naik dan kos kesihatan meningkat. Kita pula sudah tidak mempunyai gaji seperti dahulu tertanya-tanya, “Hari ini aku nak buat apa?” He he he.
Duit Yang Semakin Mengecil
Satu lagi perkara yang membuat saya berdebar ialah simpanan. Duit yang dikumpulkan selama puluhan tahun nampak banyak apabila dilihat sekaligus. Tetapi apabila dibahagikan untuk kehidupan selepas bersara, jumlah itu tidaklah sebesar yang kita bayangkan. Tambah pula inflasi. Harga makanan naik, bil naik dan kos kesihatan meningkat. Kita pula sudah tidak mempunyai gaji seperti dahulu. Sebab itu simpanan bukan sekadar “duit yang banyak”, tetapi duit yang perlu bertahan selama mungkin.
Mungkin inilah cabaran hidup. Perkara yang membuat kita berdebar tidak semestinya sesuatu yang perlu ditakuti. Kadang-kadang ia datang untuk menguji sejauh mana kita mampu bersedia dan menyesuaikan diri. Saya tidak tahu sama ada saya benar-benar bersedia apabila sampai masanya nanti. Tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya sudah mula memikirkannya. Umur 60 mungkin bukan pengakhiran. Mungkin ia cuma satu lagi ujian hidup yang perlu kita lalui.
