Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 15, 2017

Orang yang baik ada di mana-mana...

Saya berpendapat orang yang baik ada di mana-mana tetapi sedikit bilangannya, manakala orang yang sederhana baik ramai sekali dan orang yang jahat hanya sedikit.

Tetapi ini bukanlah bermakna kita boleh relek dan tidak bimbang atau lega. Sebabnya kita mungkin berjumpa dengan bilangan yang sedikit itu (jahat) dan dia berbuat jahat yang kecil tetapi memberi kesan buruk yang besar dalam kehidupan kita.

Yang lebih penting barangkali ialah melihat orang itu jahat atau baik. Tetapi tentulah ianya suatu yang sukar.

Dan bila kita jumpa orang yang hati kita kata baik dan terbukti dia baik, jangan kita lepaskan...jangan lepaskan seumur hidup kita...


Thursday, August 10, 2017

We are forced to get old...

Semalam saya ada bercakap dengan rakan sekerja mengenai pelajar sekarang nampak lebih matang berbanding dengan keadaan kami di universiti dahulu. Maksud matang di sini, mereka kelihatan lebih berumur. berumur dari segi bentuk tubuh dan juga riak muka.

Dengan menunjukan beberapa contoh di hadapan kami, sahabat saya beritahu ada yang sudah kelihatan beranak tiga, dan ada juga pelajar lelaki yang seperti suami orang. Mereka tidak nampak seperti pelajar universiti atau kolej. mereka kelihatan seperti mak dan ayah orang. Pendek kata.

Sebenarnya sudah lama saya menyedari hal ini tetapi tidak menyebutnya kerana saya berfikiran ia bukanlah suatu yang penting. Namun jika diteliti, ia akan menjadi penting apabila jangka hayat semakin mengecil. 

Zaman sekarang zaman senang makan, mereka banyak makan. Juga mereka ditimpa tekanan yang lebih hebat. Makanan dan tekanan hidup menjadikan mereka jauh kelihatan lebih tua.

Keadaan sekeliling mempengaruhi mereka. Sebagai kanak-kanak, mereka sudah bersikap seperti dewasa apabila berhadapan dengan makanan dan pelajaran. Mereka sudah bebas makan banyak dan mereka sudah biasa menghadapi kesukaran dalam pelajaran kerana sukatan pelajaran yang melampau. maksud saya semua perkara mahu dimasukan ke dalam kepala otak pelajar kita. Ini mematikan `zaman keremajaan' otak mereka.

Syukur sangat, kehidupan saya tidak begitu pada zaman dahulu. Saya teringat dulu semasa saya sedang bermain dengan tin milo di hadapan rumah, mak saya suruh naik. katanya esok periksa SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Pada ketika itu baru saya teringat akan peperiksaan itu. Dan SRP itu bukanlah maha besar dalam hidup saya. 

Dan saya tahu saya kena naik sebab petang dah larut, bukan pasal SRP. Mak saya hanya guna isu SRP supaya saya nak dan mandi. he he he.

Tetapi sekarang kita seolah memaksa kanak-kanak supaya cepat besar...dan dapat result yang baik dalam exam tahap tadika lagi...he he


Tuesday, August 8, 2017

Bank Islam, kisah hujan dan baki hutang kereta…

47. Bank Islam, kisah hujan dan baki hutang…

Akibat daripada hujan yang turun renyai, saya terkandas di tepi bangunan rumah kedai. Tadi memang saya parking kereta di sebelah jalan bangunan kerena parking di tepi dan hadapan bangunan telah penuh. Agak jauh juga jika saya mahu merantas hujan yang lebat ini. Hujan begini renyai pasti lama lagi baru berhenti.

Kata orang tua-tua jika hujan lebat ia akan cepat berhenti, jika hujan renyai-renyai lambat perhenti. Dari pemerhatian dan pengalam saya orang tua-tua tersebut betul!. Jadi saya fikir baiklah saya menuju ke Bank Islam berteduh. Nanti bolehlah saya buat-buat tanya berapa baki akaun kereta dan akaun perumahan saya.

Apabila pintu bank islam itu dibuka saya terus duduk di meja hadapan dan ada seorang pegawai perempuan yang sudah biasa dengan saya. Sudah biasa kerana saya selalu menyusahkan dia apabila saya tak ingat nombor akaun perumahan saya, bila saya nak bayar pinjaman perumahan... He he he.

Saya beritahu saya mahu tahu berapa baki hutang kereta saya. Dan setelah dia periksa dia beritahu ada dalam RM3500 lagi.

“Bulan tiga tahun depan kereta ni habis bayar” Beritahu perempuan itu.

“Kalau encik berminat nak langsaikan semuannya, ada rebat kami sediakan” Kata perempuan itu seolah-olah kami dalam satu agedan drama sawsta. Ayat tersusun rapi dan tidak `real’. Tetapi jelas dan mudah difahami.

Saya mendengar dengan teliti walaupun saya memang tak akan bayar sekaligus. Itulah detik hati saya pada masa tersebut.

Setiap bulan saya akan bayar kereta Myvi  sebanyak RM525. Cara pembayarannya ialah saya on linekan sahaja ke akaun pinjaman.

Alhamdulillah setakat ini tidak pernah tertunggak satu bulan pun… Cuma kelakarnya pada satu bulan tertentu saya terlupa bayar. (Sebab itulah pada bulan tersebut saya rasa gaji saya lambat habis… He he he.)

Saya selalu ingat kata-kata ahli ekonomi yang saya tak ingat namanya, bahawasanya:

“Bayaran pinjaman kereta jangan melebihi dari 15% daripada gaji kita. Bayaran perumahan pula jangan melebihi 30% dari gaji kita.”

Saya turuti nasihat itu…


Bila hujan berhenti, saya keluar dari bank itu dengan tekad, saya akan bayar ansuran juga… hingga habis tahun depan, he he he.

Wednesday, August 2, 2017

Raya Jabatan 2017



Untuk perempuan yang dalam pantang...

"Jika cinta, kasih dan sayang jatuh tumbuh kerana mata, percayalah kita akan merana bukan sahaja dalam pantang tetapi selepas pantang dan selamanya..."





Syafiq main bunga api...


Ramadhan yang lalu saya beli mercun dan bunga api untuk anak-anak saudara saya. Memang sejak dahulu sayalah yang beli bunga api dan mercun... Itu tugas saya. Malah menjelang Ramadhan, anak-anak saudara sudah bertanya `Iman beli dah ke mercun?'.

saya letak gambar ini saja-saja sahaja...





Bukan impian saya...

21bukan mimpi saya

Seingat saya, saya tidak pernah berangan atau impikan suatu hari nanti saya akan miliki kereta besar yang cantik. Malah sedari kecil saya tidak pernah bayangkan saya sedang atau miliki kereta! Ia tidak pernah menjadi impian saya semasa saya belajar, bekerja, dan sehinggalah sekarang.

Miliki kereta besar, cantik dan bergaya, bukanlah hambatan hidup saya.

Saya pernah impikan ada rumah besar. Rumah yang banyak bilik, dapur yang luas, dan ruang tamu dipenuhi perabut yang mahal-mahal (bukan gaya minimalis). Malah siap di minda saya rumah itu ada pagar yang cantik. Pagar kayu putih. Namun sekali lagi saya tekankan, saya tidak pernah pula membayang (walaupun sekali) saya miliki kereta apatah lagi memandu kereta. He he he.

Dari kecil saya melihat kereta seperti saya melihat objek lain. Television, bangunan, perabut dan lain-lain, kereta termasuk dalam katogeri objek yang saya rasa `biasa’. Saya tidak pernah melihat kereta dan terus berminat mengenainya. Pendek kata kereta tidak pernah ada dalam bayangan kamus hidup saya. Ke manakah bayangan tersebut? Mengapa ia tidak menjelma di minda saya. Mengapa miliki kereta yang besar, cantik dan hebat tidak menjadi cita-cita saya. Tidak pernah langsung.

Kereta tetap menjadi satu alat untuk bergerak dari satu temnpat ke tempat yang lain. Itu sahaja bagi minda saya. Semakin besar kereta kita tentulah semakin parah kita membayar ansuran bulanannya. Detik hati saya.

Apabila seorang kawan lama yang sama-sama menuntuk di university bertanyakan kereta apa yang saya pakai sekarang? Saya jadi pelik dan terus blok FB dia. Sebabnya dia tidak senonoh dan bodoh kerana setelah begitu lama tidak berjumpa dia tanya saya pakai kereta apa? Mungkin dia mahu menilai saya. Mabuk.

Namun tidak salah bagi sesiapa atau mana-mana pihak mahu bercita-citakan kereta besar dan cantik untuk kehidupan mereka. Kereta besar dan cantik tentu memberi nilai keselesaan dan kepuasan bagi mereka. Kepada saya, kereta hanya muncul sebagai suatu pertolongan besar. Ia tidak perlu besar atau cantik atau selesa. Sebabnya bukan kita nak tidor dalamnya. He he he.

Mungkin saya bukan suka bergaya. lelaki baik mungkin begitu sifatnya...he he he. Saya puji diri sendiri.


Kalua ada orang kata kereta jadi pengukur kejayaan hidup atau kebahagiaan hidup seseorang… saya kesian padanya…


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home