Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

Cara guna Avamys Nasal spray




Saya berpilihanraya dalam deman selsemer yang teruk. Sebelum itu sebelum saya balik kampung untuk mengundi, sudah dua, tiga hari deman saya selsemer. Saya hanya pergi ambil ubat di kaunter tanpa jumpa doktor. Saya minta ubat antibiotik juga tetapi tidak diberi antibiotik. Sebabnya saya kena jumpa doktor untuk ubat tersebut. Leceh!

Saya perlukan antibiotik sebab kahak saya hijau. Itu analisis saya sebagai seorang bukan doktor.

Saya malas menunggu untuk jumpa doktor sebab ia akan ambil banyak masa saya. Jadi saya melenggang keluar tanpa antibiotik. Alah nanti baiklah tu, cuma deman selsemer biasa. Saya jadi doktor sendiri. He he he.

Saya bodoh.

Dan bila balik mapung saya teruskan selsemer saya sehingga lepas pilihanraya baru saya pergi jumpa doktor di kampung saya. saya Beritahu telinga kanan saya tersumbat, dan saya ceritakan sejarah selsemer saya.

Doktor tanya itu dan ini. Saya jawab. Dan doktor periksa telinga saya.


Hasil carian imej untuk sinus


Kata doktor ada radang. Jadi dia beri ubat antibiotik. Dia tak beri ubat selsemar, ubat deman dan ubat batuk kerana itu saya dah beli di kaunter.

Doktor muda tak seksi tersebut memberitahu saya selsemer kena rawat dengan segera, jangan biar ia pulih sendiri kerana bimbang berjangkit ke bahagian lain seperti mata dan telinga. Dalam kes saya ia sudah pergi ke gegendang telinga, nasib baik tidak bocor. Apabila doktor itu sebut `bocor' saya terbayang periuk bocor. He he he.

Hasil carian imej untuk sinus and ear connection
Add caption

Apabila balik semula ke daerah kerja saya, saya jumpa doktor untuk melihat radang saya. doktor Ridan ini memberikan dia spray untuk hidung dan tekak saya. mulanya saya hairan kenapa tidak spray di telinga sahaja. 

Doktor itu beritahu ada saluran dari hidung, mulut dan telinga dan mata juga. saya tidak berapa faham penerangan itu. tetapi saya terus percaya sebab dia doktor. bukan semua orang boleh jadi doktor.

Doktor itu beri saya avamys Nasal spray.

Saya dapat banyak pelajaran semasa deman selsemer ini. Antaranya:

1. Jika ada tanda-tanda deman selsemer atau tidak sihat badan, hendaklah segera kamu ke klinik. Jangan selamba beli ubat di kaunter sahaja.

2. Jangan menunggu teruk baru nak ke klinik.

3. Menunggu doktor lama lebih baik dari mendapat penyakit lama... (mengambil masa yang panjang menunggu giliran berjumpa doktor adalah lebih baik daripada mengambil masa yang lama untuk sembuh)

4. Kena ada duit sebab kos perubatan mahal.

5. Tiada kerajaan yang kekal di dunia ini. BN kalah teruk.


Sekian, jaga kesihatan anda dan anak-anak anda.

Wednesday, May 15, 2013

Penyebab katarak


Sekarang barulah saya faham kenapa ramai orang sangat takut jadi tua. Antaranya ialah bila kita tua banyak penyakit meminati kita. Pada usia kita muda ramai orang minat, bila tua penyakit minat. Bagaimana pula orang yang semasa dia muda pun tidak ada orang minatinya? Jangan meraung, saya kesian kepada mereka tetapi saya tidak berhasrat mengupas soal tersebut kerana tujuan penulisan ini adalah mengenai penyakit katarak.

Akibat kebimbangan bertempat (ada juga kebimbangan tak bertempat), saya carilah sikit info mengenai katarak buat jadi ilmu pada saya dan juga sebagai pengkongsian antara kita. Saya menulis atas dasar pemahaman saya bukannya atas dasar kefahaman seorang kedoktoran bertauliah. Kalau berhasrat hendak mengetaui lebih lanjut kenalah berjumpa doktor bertauliah. kalau nak tahu lebih lagi kawinlah dengan doktor tu, he he he. (itu pun kalau doktor tu tak rabun, he he he)

Kita kembali kepada nawaitu saya menulis posting ini...Antara penyebabnya ialah:

1) Proses penuaan

Sebahaian besar pengidap penyakit ini adalah berumur 50 tahun ke atas. Maka faktor umur lanjut boleh diambil kira dari segi perubatan. Iaitu penyebab kepada penyakit. Tetapi tidaklah pula terbukti bila kita tua kita akan automatik dapat katarak secara percuma. Ala macam bukan semua perokok tegar dapat hadiah penyakit kanser paru-paru. Haaa...



Akibat penuaan tidak dihalusi kita bukan saja jadi gemuk, kendur berkedut, bulat dan tidak disayangi lagi oleh pasangan kita tetapi proses ketuan juga menyebabkan lensa mata kita juga akan jadi keras dan hilang kelenturannya. Haa... Cahaya tidak boleh dipancar balik. Kaburlah kita...

2) Kencing manis dan darah tinggi

Pengidap kencing manis dan darah tinggi akan berkencenderungan besar mendapat katarak (dan juga penyakit lain secara berpakage). Sebab itu la sesiapa yang ada penyakit kencing manis kena amat berhati-hati kerana ianya memuncakan kita dapat penyakit lain.

Khabarnya pesakit kencing manis ada diet mereka sendiri. mereka tidak boleh tibai makan macam orang yang normal. Maka sesiapa yang ada kencing manis atau darah tinggi (sayalah tu) kenalah berganda kepekaan mereka terhadap kesihatan terutama pemakanan dan senaman.

tetapi jangan hairan nanti yang sihat tiba-tiba jea mati sedangkan yang berpenyakit terus hidup sihat (sebab mereka jaga kesihatan). Ironik kan?

3) Penggunaan ubat dalam tempoh yang lama.

Saya yang menelan pil darah tinggi setiap hari ini perlu risau akan perubahan dalam badan. Minggu lepas doktor saya yang kecil molek tu beritahu supaya saya jalani pemeriksaan seluruh badan dalam luar. Dia nak tahu kesan akibat saya makan ubat setiap hari. Bimbang kalau buah pinggang terjejas, hati dahlah pecah berkecai derainya. he he he.

Ubat yang ada steriod yang diambil secara berpanjangan akan membawa kepada katarak. Ubat steriod ini bukan hanya ada pada yang nak bina badan macam Malik Noor jea. Ia ada juga dalam ubatan-ubatan lain. Haa...

4) Terdedah kepada sinaran mentari secara berlebihan.

Sebab itulah gamaknya kita kena beli spek ribeng. Bukannya nak bergaya macam Tom Kurus tetapi untuk lindungi mata. Kalau untuk kesihatan kita kena beli yang asli yang boleh halang cahaya ultraviolet atau radiasi. Bukannya yang dijual di pasar malam.

Bergaya sikit kan? He he he
Khabarnya taklah 100% cahaya terhalang, tetapi yang penting, usaha!

5) Terluka di mata

Mungkin akibat kemalangan akan berlaku ganguan fizikal pada mata lensa kita dan akhirnya secara perlahan-lahan mata mendapat katarak.


6) Kesan virus rubella

Dalam satu penulisan, saya dapati antara penyebab katarak adalah kesan dari virus rubella. Ia memberi kesan pada tiga bulan pertama semasa sel lensa mata di janin terbentuk. Saya petik dari.
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/05/25/rubella-dan-kehamilan/

" Saya cuma mahu ingatkan jika kita ada tanda-tanda diserang virus Rubella, tolong jauhi diri dari wanita hamil dan bayi kecil.    
        
Usia kehamilan tiga bulan pertama adalah jangka masa yang amat berbahaya. Rubella boleh menyebabkan beberapa kecacatan pada bayi yang dihamilkannya:       
      
1. Kehilangan pendengaran atau pekak (deafness)             
2. Kebutaan atau masalah penglihatan             
3. Masalah jantung, otak dan saraf.
             
Jika puan mengandung  dan dijangkiti virus rubella, haruslah memberitahu doktor yang menjaga puan. Pastikan anak puan diperiksa secara berkala oleh pediatrician. Kadang kala masalah-masalah ini tidak dapat dikesan sehingalah kanak-kanak ini membesar. "

Oleh itu dapatkanlah suntikan rubella. Haa...

7) Faktor keturunan

Faktor keturunan atau genetik ini boleh menyebabkan kita ada katarak di usia muda. Tak payah tunggu tua. Haaa...

Jan: Apa lagi faktornya? Bagaimana nak jaga mata kita?

Kisah kopek Jolie


Saya termenung sekejap bila mengetahui Angelina Jolie telah membuang kedua-dua belah kopeknya pada awal tahun ini. Pengakuan terbarunya banyak mendapat reaksi dari orang ramai. Bukan pasal kopek palsunya tetapi pasal berkaitan dengan isu barah kopek dan keberaniannya. Barah kopek memang bahaya.

Kata Jolie tindakan dia menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah kopeknya bagi mengurangkan risiko mengidap kanser payudara. Maknanya dia bukannya sudah mengidapi kanser atau pesakit barah kopek. Ia sebagai pencegahan. Haaa...

Doktor beliaulah yang memberitahu yang Jolie mempunyai 87% kebarangkalian mengidap barah kopek (kebarangkalian ini berbeza untuk setiap individu, ada yang 60%). Sel kopek Jolie didapati membawa gen BRCA1 yang mengakibatkan barah kopek berlaku di kalangan wanita. (BRACA1 juga boleh membawa barah ovari)

Jolie berkata beliau mula menjalani pembedahan membuang koprk beliau Febuari lalu dan rawatan selesai pada bulan April. Bagi menjalani kehidupan yang normal, kopek beliau kini digantikan dengan implan. Ya la kan, tak kan nak tengok kopek keriput pulak, kesian pulak Pit.

Gambar sekadar hiasan. Ianya bukan kopek Jolie...harap maklum

Apa yang menarik perhatian saya ialah langkah nekad berani beliau. Sebenarnya ibunya mati pada tahun 2007 pada umur 57 tahun akibat barah kopek. Saya ada menulis dulu pasal barah kopek dan kebarangkalian sebanyak 30% kemungkinan akan dapat dari faktor keturunan. Jolie tak mahulah anak-anak beliau kehilangan ibu mereka akibat penyakit yang sama.

Jolie juga berharap kaum wanita di luar sana supaya melakukan ujian bagi melihat sama ada mereka membawa gen maut  BRCA1 dan berharap mereka mempunyai keberanian untuk melakukan pembedahan drastik ini seperti beliau. Jangan bila kanser sudah merebak baru nak buang kopek tersebut.

Jan: Jagalah kesihatan kopek masing-masing...

Monday, May 13, 2013

Katarak

Sekarang ini di kawasan saya tinggal bermusim kemarau. Suhunya panas hingga ke malam. Maka semalam  dalam pukul 12.30 tengah malam saya ambil keputusan untuk mandi manda. (Saya ambil keputusan untuk mandi sebab walaupun saya sudah separuh bogel, masih panas lagi).

Bila mandi saya tatap muka saya yang ala-ala handsum. Dalam pada itu saya fokuskan kepada mata saya. Saya amati betul-betul. Mata saya kecil sahaja, tidak cantik mana...dan tidak berseri. Memang mata saya sudah hilang seri sinarnya. Kebahagian yang selama ini berteduh di redup kelopak mata saya sudah menghilang... semua pergi hanya allah yang tahu ngapa. Tiada sinarnya lagi... (cinta adalah jiwa, cinta bukannya harta).

Tetapi posting ini bukanlah posting tentang kelaraan jiwa saya yang berzaman berpanjangannya di tujuh petrala bumi ini. Tetapi ianya mengenai rasa hati yang bimbangkan, khuatir mata saya akan diselaputi katarak. Nenek dan opah saya dulu juga ada katarak. Setahu saya antara punca katarak ialah keturunan. Haaa...

Katarak ini bukanlah adik-beradik katak atau kodok, tetapi sejenis penyakit mata. Haaa... Katarak tu adalah selaput mata.


Mentang mentanglah mata kita sekarang ok, tidak boleh pula kita yakin akan ok selamanya. Penyakit ni dia boleh datang bagai ribut (dan pulang bagai siput. he he he. Lawak kan?).




Katarak akan menyebabkan mata kita berselaput dan kita akhirnya menjadi rabun. Bila rabun tidak dapatlah kita mengesan lori yang pakir depan rumah jiran kita. Kita tidak tahu adakah lori yang datang kerana jiran kita beli perabut baru sempena nak sambut ramadhan atau lori datang hendak angkut barang jiran kita (yang tidak dibayar ansurannya). Bila barang jiran kita diangkut, kita tumpang bahagia. Bukan apa kalau suka menunjuk itulah balasan tuhan (kita tiba-tiba kaitkan dengan unsur agama padahal kita 2 x 5, he he he)

Katarak kalau tidak dirawat boleh membawa kepada buta, haaa inilah ngerinya. Biarlah mata tak bersinar cantik, asal tidak buta kan?

Jan: Ada yang buta hati walaupun celek mata... Macam mana tu?

Wednesday, March 6, 2013

Kanak-kanak Autism



Sejak saya tengok filem Snow Cake, saya galak mencari maklumat tentang penyakit ini. Banyak rupanya informasi di dalam internate yang boleh beri makanan kepada otak kita. 

Kalau kita berkahwin dan beranak pinak, terdapat kebarangkalian anak-anak kita mengidap Autism (selisih malaikat 44). Sebabnya ia bukan akibat atau berkaitan dengan keturunan. Maka kita yang segar mega ni, tidak terlepas dari risiko. Kalau Allah nak uji kita dengan memiliki anak Autisme, diujilah kita. Kita tidak boleh melawan takdir.(unsur agama dalam penulisan).

Autisme adalah kecacatan perkembangan otak. Ia melibatkan fungsi otak yang menyebabkan perubahan atau perbedaan tingkahlaku. Jangan pula kita ingat mereka ni ada gangguan jiwa/sakit jiwa sebab ia bukan sejenis penyakit kecacatan psikologi macam jiran kita tu. Ia adalah kecacatan neurologi (saraf).

Antara singtongnya ialah:

1. Tak reti nak main mainan yang kita beli.
Contohnya kita beli pedang plastik tetapi dia guna pedang itu untuk sapu sampah. Kita beli anak patung dan hulurkan kepadanya dengan muka buat-buat gembira tetapi dia ambik anak patung tersebut dan terus simpan dalam kotak. Atau kita beli mainan kereta-kereta kecil dia tidak main dengan betul tetapi dia susun pulak dah. Kalau budak lain siap dengan berlumpa lagi dan ada bunyi broommm-broommm... Haaa.

Katanya salah satu tanda autisme ialah suka menyusun barang.

2. Tak reti nak main dengan orang lain.
Bila kita suruh main dengan anak jiran atau ada budak-budak lain di sekitar, dia buat dek sahaja. Dia sukar nak bergaul tak macam kita ni bila jumpa jiran habis setaman kita cerita sampai hal dalam kain. Baru jumpa dan kenal setengah jam habis cerita buruk laki kita kita jaja. Haa...

3. Cara ketawa dan menangis yang pelik.
Saya tak ada anak tetapi saya memang tak suka budak menangis. kalau anak jiran menangis saya memang tension. Tapi tidak pelik kalau budak menangis, yang peliknya umur 43 tahun tetapi menangis tersedu seorang diri sambil bawak kereta... Kita kembali ke tajuk posting. Mereka ketawa berdekah-dekah dengan tone yang ganjil. Begitu juga kalau menangis bunyinya ganjil. Ini kena tanya orang beranak ramai macam mana bunyi menangis yang normal.

4. Tahaf keaktifan yang ganjil.
Mereka ini sangat hiperaktif atau sangat pendiam/menyendiri. Yang hiperaktif tu tak sah cakaplah. Almari perhiasan mereka merangkak panjat dengan kadar kecekapan taraf monyet. Gula dalam tabung dia makan selamba. Dan yang pasif pula sangat pasif hingga ada yang duduk diam di bawak kerusi. Diulangi- di bawah kerusi. Haaa...

5. Kepekaan terhadap bunyi
Mereka selalunya tidak boleh dengar suara yang kuat atau bunyi yang kuat. Mereka akan berubah perangai tidak terkawal kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Atau pun mereka mungkin tak peka langsung pada bunyi.

6. Ada jea yang pelik baginya.
Tingkah laku mereka memelikkan kita. Dan bagi mereka objek di sekeliling adalah pelik. Mereka melihat/berfikir tidak seperti kita. Kalau jumpa tahi cicak mungkin mereka makan kerana disangka makanan.

Mereka mungkin main telefon bimbit kita dengan membukanya satu persatu. Mereka mungkin tanggalkan key board kita. Atau berak atas lap top kita. Mungkin hilangkan kad astro kita. Haaa.

7. Mereka kurang bercakap dan tidak pandai menuturkan kata untuk menyampai maksud hati.
Tak macam kita ni yang bila bercakap mulut tak mahu berhenti. Lawan mak ayah, lawan suami, lawan guru, lawan kerajaan dan lawan apa yang boleh dilawan. Haa....



8. Payah nak sesuaikan keadaan bila berlaku perubahan.
Mereka sukar menerima keadaan kalau berlaku perubahan. Contohnya mereka hanya boleh tidur dengan bantal yang sama, saiz yang sama hatta warna yang sama. Kalau tak jangan la harap mereka boleh lelap.

Pastikan mainan adalah sama. Kalau hilang kena beli yang sama kalau tidak kena usaha keras menjelmakan yang baru dalam hidupnya. Mereka bukannya tak boleh terima perubahan langsung, cuma kita kena beri lebih perhatian kalau mahu buat perubahan.

9. Mereka tidak takut
Mereka tidak peka kepada bahaya. Termasuk rasa panas dan perubahan di sekelilingnya yang berbentuk bahaya. Mungkin mereka lihat rimau dalam objek kucing je di perasaan mereka. Sifat tidak takut bahaya ini bahaya sebenarnya. Kereta biung-biung di jalanraya pun mereka tidak takut.

Kalau nak bawa ke KFC kenalah jaga elok-elok. Dia boleh selamba jea sambar KFC kat meja sebelah (meja orang lain). Kita kena kepung dia kalau dia melarikan diri. Sebab mereka lari laju.

Sekian sahaja buat masa ini. Saya menulis mengikuit kefaham saya. Mungkin ada yang tidak tepat, harap perbetulkan. Penulisan saya seolah mereka ini sangat tidak ada masa depan tetapi sebenarnya perlu diingat mereka bukannya sakit jiwa tetapi sakit saraf. Kita boleh bantu mereka kerana mereka bukannya sakit jiwa. Sedangkan sakit jiwa pun boleh dibantu.

Jan: tetapi jiwaku...? (pulak dah)

Friday, January 11, 2013

Kanser payu dara lelaki...



"Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi jumlah penghidapnya meningkat dari tahun ke tahun. Salah satu ciri yang ada pada penghidap sindrom ini adalah testisnya kecil dan banyak hormon wanita di dalam tubuhnya. lelaki yang mengalami sirosis hati juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser payu dara."


Dr John Low Seng Hooi
MBBS (S'pore), MRCP(UK), FRCP(Glasg), FRCR(UK), FAMS(S'pore), AM(Mal)
Clinical Oncologist



p/s: Dr Low is active in clinical cancer research and scientific publication. He is the first author of multiple papers in peer-reviewed medical journals. He is the principal investigator in several ongoing multicentre international cancer drug trials at Pantai Hospital Kuala Lumpur in Breast, Lung, Prostate, Liver and Head & Neck Cancers.

Jan: Haaa...

Friday, November 9, 2012

Kencing Tikus

Pelik kan zaman sekarang, penyakit yang tidak pernah kita dengar (sebab mungkin kita tidak membaca dan mencari ilmu? He he he) tiba-tiba popular di sekeliling kita. Mungkin dulu nenek moyang kita tahu akan penyakit ini. Begitu juga dengan penyakit kuman tanah. Bagi saya di tanah memang laaa ada banyak kuman kuminnya. 

Saya tengok dalam Wikipedia, kecing tikus ini juga dikenali sebagai deman kanikola atau deman ladang tebu atau deman 7 hari. Banyak nama rupanya penyakit ini? Penyebab dia adalah bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira (macam corak batik pun ada, cantik...) :


Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang, membongkar kehadiran bacteria Leptospira.

Saya ada juga dengar kematian seleberiti Din Beramboi bersebatan daripada penyakit ini. Namun saya tidak dapat sahkan adakah iannya betul sebab saya bukannya doktor. 

Saya ada juga menguji pelajar saya untuk mengetahiu mereka peka tidak akan penyakit ini. Pelajar  beritahu kalau kita pergi mandi atau berenang di kawasan air terjun, kita boleh dapat penyakit ini. Rupanya pelajar saya lebih tahu berbanding saya walaupun mereka ambil perakaunan. 

Kata pelajar saya, tikuslah puncanya (hos utama). Air kencing tikus yang dijangkiti (bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira) akan menjangkiti mamalia lain yang kita panggil hos kedua iaitu anjing, arnab, rusa anjing dan lembu. Binatang ini misalnya anjing mungkin menjilat punca air kencing tersebut daripada tanah atau punca lopak yang dijangkiti. Dan kita juga boleh dijangkiti melalui air, tanah atau makanan yang telah dijangkiti. Maka betullah kata pelajar saya ia boleh berjangkit ditempat berkelah, airterjung, kalau kawasan itu dicemari.

Sekarang saya sudah jarang berkelah, lagipun dunia saya sudah banyak berubah sejak saya ditinggalkan begitu sahaja seolah saya tidak pernah berbudi. Saya harap berbaloilah apa yang dia lakukan terhadap kehidupan saya, namun sesekali saya ada juga harapkan agar kehidupan dia jauh dari bahagia...jahat kan? He he he.

Kita kembali kepada penyakit ini. kepada yang suka sangat berendam dalam air, awaslah kerana kemungkinan bakteria ini tersimbah ke dalam mata, atau hidung atau luka yang terdedah. Dapatlah kita penyakit tersebut. Dan kalau sebuah hati yang terluka disimbah oleh air tercemar nescaya tidak akan berkesan kerana di dunia ini apa lagi penyakit yang lebih dashyat selain daripada sebuah hati yang terluka? Haa...


Tanah dan air jadi mediumnya

Sebenarnya kadang-kadang ia seolah nasib. Maksud saya kita boleh terdedah kepada pencemaran bila-nila masa. Maksudnya kita boleh mati bila-bila masa, kita boleh meninggalkan orang yang kita sayang bila-bila masa dan selepas itu pasangan kita boleh bila-bila masa kahwin lain...he he he.

Jan: Ya allah selamatkanlah kami dari segala penyakit, amin.

Thursday, November 8, 2012

Macam-macam penyakit sekarang

Saya memiliki seorang kawan yang selalu tersenyum dan kemas pakaiannya. Orangnya baik, selalu riang dan suka memulakan perbualan. Apabila berjumpa dia selalu memanggil saya dengan `encik' sebelum menyebut nama saya yang sebenar.

Saya juga pernah menghantar makanan (puding) ke rumahnya untuk dimakan oleh 5 orang anaknya...(pada masa itu  hidup saya bahagia, sebab tu saya suka memasak. Sekarang bekas puding itu telah saya buang...tetapi hidup saya sekarang tidaklah bahagia sangat selepas buang bekas puding tersebut, he he )

Tetapi posting ini bukanlah pasal puding tetapi mengenai kawan saya itu... Beliau telah meninggal. Saya terkejut juga kerana setahu saya dia tiba-tiba deman dan kemudiannya sudah sembuh. Dan daripada cerita keluarganya di meninggal dunia akibat kuman (penyakit) Kencing Tikus.


Sebenarnya kehidupan kita selalu terdedah pada bahaya. Apabila keluar rumah, memang bahaya menanti di mana-mana. Namun bahaya juga ada di dalam rumah? Dok gitu? Haaa..

Sekarang banyak sangat kuman yang melata, ada satu kes saya dengar ada kuman tanah. Dan kuman ini juga membawa kematian.

Ya lah kan, orang Melayu ni bab-bab disiplin dan perilaku menjaga kebersihan ni, ramai yang gagal. Rumah sendiri, tempat tidor sendiri tidak terurus, elok lagi kediaman sarkas (rujuk kepada cerita Magadaskar 3).

Namun rumah kawan saya ini terurus dan dia pembersih orangnya. Kata kawan-kawan lain dia dijangkiti kencing tikus tersebut setelah pergi berenang... Entahlah saya pun tidak pasti.

Jan: Yang pasti, saya doakan kawan saya tersebut aman damai di sana...

Wednesday, October 3, 2012

Pak Ungku dan bawang besar




MINGGUAN: Apa rahsia yang diamalkan Pak Ungku walaupun sudah berusia 90 tahun namun masih tetap sihat dan cergas?

UNGKU AZIZ: Bagi saya nombor satu kita kena jaga pemakanan. Perkara kedua adalah mesti mendapatkan rehat yang cukup serta selalu bersenam untuk kesihatan diri. Ia perlu dilakukan secara berdisiplin tidak bolehlah hari ini kita ingat nak ponteng, minggu depan baru nak buat balik. Kita mesti tetapkan waktu dalam jadual harian. Berapa jam kita nak bersenam dan berapa lama kita perlu tidur pada waktu malam.

Aktiviti seharian saya bermula pada awal pagi, pukul enam sudah bangun dan saya akan pastikan tidur paling lewat sebelum pukul 12 malam. Ada ketika saya tidur lewat sedikit kerana menonton filem. Tapi kebiasaannya petang saya akan tidur sekejap untuk berehat. Pada umur saya, tidur selama enam jam dan adakalanya dibahagi dua iaitu pada malam dan petang, itu sudah mencukupi.

Kemudian saya juga tetapkan waktu, bila nak buat kerja berfikir dan bila pula untuk menulis dan membaca. Kita juga perlu jaga kesihatan minda. Minda kita mesti ada masa untuk digunakan sebagai latihan untuk pemikiran dan ingatan. Setiap manusia perlu menggunakan kemahiran berfikir mereka kerana itulah anugerah Tuhan paling bermakna.

Bagaimana dengan pemakanan Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: Bagi saya paling penting ialah menjaga zat makanan. Kalau nak cerita semua sekali akan mengambil waktu yang panjang tetapi rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari.

Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai. Masalah yang saya lihat sekarang kebanyakan orang tidak boleh mengurus waktu mereka, bila masa makan, tidur, rehat dan sebagainya. Hanya kerana sibuk dengan kerja waktu makan jadi tidak tentu hala.

Saya sangat bertuah kerana ketika menjadi Naib Canselor dan pensyarah di Universiti Malaya, petang-petang saya berjoging di kawasan tasik. Semasa saya muda-muda dahulu saya banyak menyertai kejohanan marathon, kalau setakat 10 kilometer saya tidak ada masalah. Namun sekarang tidak boleh lagi. Doktor tak bagi kerana ia boleh mengakibatkan lutut saya lemah. Kalau setakat berjalan laju tidak ada masalah tapi bukan berjoging.

Oleh itu saya kini hanya bersenam di gim dengan dibantu oleh pembantu di pusat gim. Satu masalah yang dihadapi bila kita tua ialah ketika kita jalan ke belakang baru dua tiga langkah sudah hilang keseimbangan.




Tuesday, October 2, 2012

Bawang besar


Makan separuh biji bawang besar sehari boleh merendahkan risiko kanser perut.

Sumber: Majalah iSIHAT, Oktober 2012, M/s: 81

Wednesday, July 4, 2012

Kuman pada tangan?


Sebentar tadi sebelum ke kuliah, saya tergesa-gesa ke bilik air. Cepat-cepat saya tanggalkan tali pinggang Polo saya (yang saya beli masa sale di Eastkostmol). Saya kemudiannya lodehkan seluar, duuk dan terus berak, saya tak sempat sangkut seluar!.

Biasanya kalau hendak buang air besar saya akan balik ke rumah saya. Di rumah lebih selesa, mengada dan wangi. Namun kali ini saya tidak dapat menahan perut saya yang memulas. Bagai dimolinek rasanya segala isi perut, pedih.

Sambil berak saya teringat pagi tadi saya bersarapan dengan kawan di sebuah kedai. Saya sempat beritahu kawan saya bahawa roti canai tersebut rasa dan baunya aneh. Namun saya dan kawan-kawan saya memakannya juga...selagi tak busuk kami telan. Kami makan sambil mengumpat panjang

Betul ke tindakan kami tersebut? Haaa.... Bukan pasal mengumpat panjang maksud saya betul ke tindakan kami meneruskan pemakanan tersebut padahal sudah tahu rasa dan baunya aneh?

Ada dua kemungkinan, pertama makanan tersebut sudah tercemar atau kedua, memang di tangan saya memang sedia ada kuman (semasa saya menulis posting ini saya masih tidak dapat menghubungi kawan saya untuk bertanya sama ada dia juga terberak cair?). Sebenarnya posting ini bukannya mengenai saya terberak tetapi pasal kuman di tangan kita. Sebelum ini saya pernah tanya pada badan kita, bahagian manakah paling banyak mengandungi kuman. Jawapannya ialah mungkin tangan. Mungkin jea, sebab saya bukan doktor.

Tangan kita ni banyak terdedah pada kuman sebab dia menyentuh banyak perkara termasuk alatan di bilik air, setereng kereta, handphon, key board dan 1001 mawar lagi. Perasan tak? Sebab tu kata Ais Wariarai (bekas ratu dunia, sekarang ratu dapur), beliau tidak pernah sentuh mukanya dengan tangan. Mungkin dia bermaksud dia menyentuh mukanya ketika nak membasuhnya sahaja. Tidak macam kita yang kadang-kadang saja-saja gatal menyentuh muka kita sendiri kononnya kontrol handsum/ayu. Ya, kita perasan kita handsum/ayu...

Di dalam bilik kecil tersebut saya terus mengelamun. Saya sepatutnya kerap basuh tangan saya walaupun bukan untuk makan. Dan kita patutlah sangat basuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan. saya ulangi, dengan sabun.

Jan: Kalau nak beri penampar barulah kita guna tangan...haaa.




Monday, July 2, 2012

Kuman dan kita...

Kalaulah tuhan beri kuasa keupayaan kepada mata kita melihat bak mikroskop, nescaya tidaklah kita keluar daripada rumah. Siang malam kita betapa di rumah. Tidaklah kita pinjam baju kawan, kasut, wahima roket badminton juga. Kegiatan harian kita pula akan tertumpu kepada membunuh kuman di sekeliling kita (iaitu di dalam rumah kita). Haa...

Kalau keluar rumah pun, pakaian mengalahkan angkasawan negara. Kuman berbahaya!

Selain daripada berbahaya, umunnya kuman juga mempunyai rupa yang hodoh dan pelik (pandangan daripada iklan tv). Tiada yang seiras Rozita Che Wan atau seiras kecomelan seorang pekerja Bank Rakyat di Muadzam...(saya pernah lihat dia tapi tak berani nak sapa sebab malu nanti dia cek/periksa baki gaji saya setelah ditolak itu ini, he he he). Maka kita bukan sahaja jadi jijik dan takut pada rupa (walhal mungkin ada kuman yang cute dan baik) akan kebolehan kuman untuk menghadiahkan kita penyakit. Sebab nanpak dengan mata, kita akan selalu waspada...Haaa...

Terutama pada makanan yang kita nak telan pastilah kita berhati-hati akan kebersihannya. Bila membasuh sayuran kita bukan sahaja basuh dengan gigih sebab takut kepada racun, tetapi juga kepada kuman-kumin yang ada. Malah kita mungkin rendam dengan air garam. Tetapi sebenarnya memasaknya adallah cara yang terbaik untuk membunuh kuman. 

Dan kalau kita pergi ke kedai. Bila kedai tersebut tidak menutup makanannya, maka kita berlari meninggalkan kedai itu seperti lipas kudung. sebabnya? Kita tak tahan melihat kuman bertemasya atas lauk-pauk itu. Kuman tersebut dari najis kucing yang dibawa oleh lalat...eee...Ya lah kan sebab kita nampak kuman betrenggek atas makanan kita. Pasti kita tak lalu makan... Dan pasti 98% kedai makan akan gulung tikar, he he he. Dan ramai juga orang akan kurus...

Atas sebab itu kot, kita tidak diberikuasa mata untuk melihat kuman. Namun makanan yang hendak dimasak mestilah bersih daripada kuman walaupun kuman tersebut kita tidak nampak. Kita memang kena masak dengan sempurna terutama daging atau makanan laut terutamanya. Daging masak biar pok (lembut), Kalau nak buat sup pulak mesti masak singga mendidih beberapa ketika, kata mak saya lagi lama lagi best, lagi parok gas.. Begitu juga bubur kacang (kegemaran Adie Achim) mestilah dimasak hingga mendidih juga yea.

Makanan yang hendak dimakan ini perlu bersih, maksudnya kuman sudah mati. Memasak makanan dengan sempurna boleh membunuh hampir semua jenis kuman. Dan zaman sekarang memang banyak kuman merata-rasa hidup subur di sekeliling kita. Cuma kita jea tak perasan. Ada atas kusyen, ada kat kucing kita, celah ketiak. Ada pada pasangan kita juga.

Dan tau tak kat mana pada bahagian badan kita yang paling banyak kuman duduk?

Jan: sekuman pun ku tak berkecil hati...(tetapi dalam hati sebenarnya menyumpah-nyumpah, he he he)!

Saturday, June 30, 2012

Simpan makanan pada suhu yang selamat



Antara hobi saya ialah perangat(hangatkan) makanan. Biasanya saya perangat makanan pada waktu malam dan selepas itu saya biarkan ia sejuk sebelum masukan ke dalam tupperware (sebelum ke peti ais). Saya rasa itulah yang sepatutnya manusia lain di planet bumi ini lakukan, iaitu pastikan makanan bersyhu panas tadi berada dalam suhu bilik sebelum dimasukan ke peti ais.

Namun tidak juga selalunya begitu. Bila makanan sudah sejuk, saya pula terlupa masukan dalam peti ais sebab ralit tengok tv atau melayang perasaan  lara. Dan keesokan harinya apabila pulang daripada kerja, baru saya teringat bahawa saya terlupa!. Tetapi kali ini saya bukan masukan makanan tersebut ke peti ais tetapi ke tong sampah.

Mengapa? Haaa... Sebabnya kata mak saya, kita tidak boleh biarkan makanan terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. Kuman cepat membiak pada suhu bilik. Sebab itulah untuk elak basi makanan kena berada di dalam suhu kurang dari 5 darjah celcius (dan sudah tentu tempatnya bukan di bawah ketiak kita tetapi di peti ais).

Begitu juga semasa saya memanaskan makanan saya pastikan makanan dipanas melebihi 60 darjah selcius. Tetapi tiada pula alat nak ukur panas kuali teafal saya. Maka saya panaskan sehingga gelegak/mendidih. Kira 100 darjah celsiuslah tu. Tapi kalau panas dalam oven ia ada penunjuk suhunya. Senang.

Nanti pabila bulan puasa menjelma, pastikan makanan berbuka yang lebih (kalau nak makan lagi pada waktu sahur), letaklah di dalam peti ais dan hangatkan nanti bila mahu berbuka. Jangan lepas berbuka... seabek gitu jea makanan ditutup dengan saji dan waktu sahur baru la gatal nak panaskannya. Kena letak dalam peti ais, ingat tidak boleh terdedah semama lebih 2 jam pada suhu bilik. Kalau tak kuman dalam makanan akan giat pulak berumahtangga dalam usus kita.


Sebagai seorang bujang telajak (jodoh rahsia tuhan... tolonglah jangan nak tolong jodohkan saya lagi, minggu lepas saya dah tension 2 hari. Nanti saya cerita di posting yang lain sebab posting ini hanya fokas kepada tabiat kita bila berhadapan dengan makanan berlebihan yang nak kita simpan), saya mesti peka dalam menyediakan makanan sebab yang nak makan adalah saya sendiri.

Semasa memanas tersebut juga sayurgia diingatkan kita haruslah kekalkan suhu tersebut (suhu 60 darjah celcius) pada beberapa ketika. Maksudnya jangan panas sekejap jea sebab kononnya banyak kerja lain nak buat (hakikatnya dasar pemalas tegar). Semasa memanas makanan tersebut bolehlah menyanyi lagu yang mana-mana suka.... Sekarang saya tengah minat lagu `Jom-jom heboh' tu, bukan main over suara dia.  

Emak saya ada beritahu yang kita tidak boleh panaskan makanan yang dimasak tersebut melebihi 3 hari. Katanya nabi tidak simpan makanan terlalu lama sebab khuatir kan jadi busuk dan membahayakan kepada kesihatan. Entah emak saya baca dari mana saya tidak tahu, tetapi mungkin emak saya tahu daripada aktivitinya yang suka pergi `dengar' (mendengar ceramah atau percakapan hal agama oleh tok-tok guru agama di kampung).

Saya pernah ditegur emak kerana saya asyik panaskan rendang sehingga berminggu....he.

Jan: Sekian petua memanas makanan dan bagaimana nak selamat bila hidup sorang...

Monday, June 18, 2012

Suntikan BCG dan batuk kering

Masih segar di ingatan semasa saya di darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR) . Pada masa tersebut saya dan kawan-kawan kecut perut apabila datangnya sebuah Landrover ke sekolah. Landrover tersebut membawa doktor dan misi (jururawat). Saya rasa sesiapa seangkatan dengan saya pasti ingat apabila cikgu beritahu kita kena buat suntikan BCG, kita takut. 

Kita takut jarum dan misi yang tidak berdiet itu. Kita nampak jarum besar jea...Ingat tak?

Lepas tu kita ejek kawan kita yang menangis apabila kita kena suntik. Lepas tu kita deman tiga hari bila BCG kita bernanah dan akhirnya tinggal parut. Ingat tak kita ketawakan kawan kita sebab parut BCG dia besar! He he, tak cantik bila pakai baju lengankurang (sleeveless) nanti.

Wah indahnya kenangan lalu...(pulak dah)

Sebenarnya suntikan tersebut adalah vaksin BCG (Basille Calmetee et Guerrin). Ia mengandungi kuman Tubercule Bacillius (kuman batuk kering) yang tak aktif. Kuman baik inilah yang akan lawan kuman batuk kering yang jahat nanti. Pelikkan ada kuman baik dan jahat, macam manusia la. Ada yang jahat ada yang puaka. 

Sebenarnya WHO iaitu badan kesihatan dunialah yang mencadangkan suntikan ini diberi kepada penduduk di negara-negara yang banyak kes batuk kering. Dan ianya terutama di negara yang tidak maju atau sedang membangun. Negara maju tidak pula disuntik rakyatnya. Pelik tak? Mungkin negara maju dah bersih kot. Banyak penyakit mereka dah hapuskan dengan cara hidup yang sihat... Ini pendapat saya jea, saya bukan doktor.

Di Malaysia memang kuman ini disuntikan kepada bayi yang baru dilahirkan agar ia tahan daripada jangkitan kuman batuk kering. Dan sekali lagi bila kita darjah 6. 



Namun sekarang bila darjah 6 dah tak ada lagi suntikan tersebut. Zaman saya dulu bila darjah 6 kena suntik sekali lagi, jadi saya ada 2 parut BCG.

Saya ingat lagi betapa lajunya kawan saya lari ke padang sekolah sambil menangis. Ada yang menangis semasa beratur untuk disuntik. Cuma saya jea lain sikit. Terus meraung dalam kelas sebaik sahaja cikgu beritahu SEMUA orang kena suntik.

Jan: Mungkin sejak dariapada kecil lagi hidup saya sering berendan air mata...(sedih la pulak...)

Tuberkulosis


Nama tajuk entry ini ialah nama sejenis penyakit yang berbahaya, ia bukanlah sejenis permainan kanak-kanak atau sejenis baja organik. 

Di kampung saya ia dipanggil penyakit Tibi atau juga popular dengan nama batuk kering. Mungkin kerana apabila selalu batuk badan jadi kurus kering. Maka batuk keringlah, jika batuk jadi gemuk, batuk gemuklah kot... He.

Kultur (tisu) Mycobacterium Tuberkulosis


Semasa balik kampung tempohari, saya ke Hospital Besar Jerteh untuk menemani mak jumpa kawannya. Saya mengambil kesempatan berdialog dengan seorang jururawat. Beliau ada menjawab beberapa soalan saya mengenai penyakit Tibi (Saya seperti wartawan kesihatan).

Penyakit Tibi ini bahaya kerana jika tak dirawat akan membawa maut. Di Malaysia dahulu penyakit ini terkenal tetapi selepasnya tidak terkenal kerana berjaya dirawat dan dikurangkan, namun kini kembali popular. Kata jururawat tersebut faktor utama penyebaran semula penyakit ini ialah kerana dibawa oleh pendatang asing (yang tidak disaring kesihatannya, mungkin pendatang haram).

Penyakit Tibi ini bukan sahaja menyerang paru-paru tertapi semua bahagian badan kita yang penting seperti gambar di bawah: 


Bahagian badan yang diserang tibi


Sebab itulah jemaah jumaat tersebut berundur ke belakang kerana di sebelahnya ada warga asing yang batuk-batuk. Dia bimbang takut dijangkiti Tibi. Ya tiada penyakit yang berjangkit, tiada bala di bulan safar tetapi kita hendaklah berusaha melari/mengelak diri dari dijangkiti. 

Saya pun sebenarnya naik bimbang juga sebab di kawasan saya tinggal ada juga pekerja asing. Pekerja yang masuk dengan permit memang diperiksa kesihatannya, yang tanpa izin inilah dikhuatiri membawa penyakit.

Jan: Tidak semua batuk kering adalah Tibi...Haa...

Apa ini?


Gambar ini saya ambik daripada internate...apakah ini? Penting ke tahu? Boleh tak kalau tak nak tahu?

Namun kerananya saya telah lihat seorang jemaah jumaat mengundur ke belakang saf semasa hendak sembahyang jumaat. Saya terus bertanya kenapa tidak duduk di saf tersebut? Dia beritahu dengan sopan.

Jawapnnya buat saya juga terasa sesuatu ketika sedang sembahyang jumaat itu... 

Jan: Haaa apa dia?

Thursday, January 19, 2012

Masalah prostat tidak semestinya kanser prostat



Masalah prostat tidak semestinya kanser. Berita baik untuk kaum lelaki ialah kebanyakan masalah prostat boleh dirawat dengan jayanya sebab ia bukan kanser. Tapi kena la izinkan doktor memeriksa kemaluan kita. (tu la yang segan sikit).

Kebanyakannya bila diperiksa (dari simptom) ianya sebab prostat menjadi bengkak dan menekan uretra. Bengkak sebab perubahan hormon dalam prostat tersebut sendiri. Masalah ini dipanggil Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). Masalah ini dialami oleh hampir separuh lelaki yang berumur 50 tahun ke atas tetapi ia bukanlah menyebabkan kanser prostat.

Namun yang muda belia janganlah abaikan kesihatan kemaluan masing-masing. Kaum lelaki yang muda belia tidak sepatutnya merasa lega. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis.

Jan: prostatitis?

Wednesday, January 18, 2012

Prostat biasa Vs prostat kanser




Dr Chua Chong Beng yang bergaya dengan tali leher (lihat gambar di atas jangan kata doktor tak pandai bergaya) merupakan perunding urologi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dia ada kata lelaki mungkin malu untuk berjumpa doktor untuk memeriksa masalah prostat. Ya lah kan saya pun setuju, untuk ke hospital buka seluar dalam dan mempamirkan konek kita depan muka doktor sangatlah tidak selesa. Walaupun doktor sejantina pun kita malu, apa lagi doktor wanita? Ya, keberanian dan ketidakmaluan yang tinggi diperlukan...he he.


Kata beliau "Simptom lelaki yang hidapi kanser prostat ialah aliran kencing perlahan dan sukar hingga akhirnya mengeluarkan setitis demi setitis air kecil ketika buang air kencing. Mereka juga merasa tidak tahan, tidak puas, dan terasa nak terkencing pada masa itu juga dan kerap terutama pada masa tengah malam."



Namun tidak sah lagi kita ada kanser prostat. Lihat gambar keratan rentas di atas (yang saya cilok dalam internate), prostat biasa tidak ada masalah untuk membuang air kencing tetapi bila ia membesar, membesar dan terus membesar menjadi kanser saluran jadi sempit dan menyukarkan nak kencing.


Beliau kata pemeriksaan awal amat diperlukan supaya tidak melarat. Namun ramai yang lelaki relek jea kawal handsum sebab ramai yang berpendapat simptom itu adalah perkara biasa bila tua. Lagipun mereka berfikiran ada ke bodohnya atau malunya untuk berbincang dengan doktor perihal konek.


Jan: Konek kita kita jaga!

Tuesday, January 17, 2012

Adakah prostat anda bermasalah?

Prostat anatomi (lucu pulak tengok, macam real, he he)








SEBENARNYA masalah prostat adalah masalah biasa bagi lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Sebab prostat kita membesar secara semula jadi bila kita meningkat umur. Tetapi yang parahnya takut ia jadi kanser. Siapa kata jadi lelaki senang?

Namun bukan semua masalah prostat adalah kanser prostat. Kalau bengkak pun kita tak boleh terus pandai-pandai kata itu adalah kanser prostat. Kita perlu jadi doktor untuk mengesahkannya, ia mungkin bengkak biasa bukan kanser. Sebab itu la nak jadi doktor ni kadangkala sampai 8 tahun dok bertapa di universiti (termasuk ulang kertas, he he he).

Bila usia kita semakin meningkat, kita mungkin mengalami masaalah bila kencing. Cuba lihat masalah lelaki bila mereka nak kencing:

1. Sukar nak mengeluarkan air kencing.

2. Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.

3. Masa kencing tu ambik masa sebab aliran air kencing selow atau sering terhenti-henti.

4. Air kencing kita masih menitis sedangkan kita dah buat keputusan berhenti kencing. Menitis jua...

5.Sering berasa nak kencing di waktu siang.

6.Sering bangun malam untuk kencing. Haaa...

7.Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa bila nak kencing.

8. Berasa tak puas bila kencing.

9. Sakit atau pedih bila kencing.

10. Kadang-kadang ada darah dalam air kencing. Kalu gini sah kena cepat tunjuk kemaluan tu pada pihak yang sanggup dan kita tidak akan didakwa undang-undang (doktor).

Jan: Pernah kena kencing...lalu aku mengumpul semula kekuatan kerana koyaknya hatiku dek kenyataan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home