"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 30, 2010

Every one is a moon

Bulan bukannya cantik sangat. Permukaan bulan tak rata, berlekuk-lekuk bak pipi pelajar tingkatan empat yang baru galak belajar tumbuh jerawat (bekas jerawat jadi lubang-lubang persis kawah).
Pun begitu daripada jauh ini kita nampak bulan cantik. Mungkin juga sebab ramai yang kata cantik. Lagipun semua ciptaan tuhan dikatakan cantik, apa pula kata kawan-kawan kita yang ala islamik kalau kita kata tak cantik. Tentu mereka marahkan kita kerana komplain ciptaan tuhan...(walaupun sebenarnya kita bukan bermaksud begitu dan walaupun hidup mereka sendiri tunggang terbalik, bukan islamik tetapi hipokrit).
Dan katanya lagi cahaya rambulan yang memancar serinya itu adalah simbahan cahaya simpati daripada sinaran matahari. Orang sains tahulah hal ini, tak macam orang zaman pra sejarah yang memuja bulan. Padahal bila kaji betul-betul barulah tahu ada macam kawah-kawah hitam di permukaan bulan, dan kat bulan tak ada oksigen... Kita ni pakai percaya jelah sebab dulu kita bukan pelajar sains tulin. Tak layak masuk kelas sains sebab mata pelajaran sains dapat 8, daripada kecil kita lebih suka baca Mastika, he he he.
Pastilah penulisan kali ini bukan pasal bulan, apatah lagi perihal bulan puasa atau majalah Mastika. Ia pasal kita, pasal manusia. Iaitu seseorang manusia itu tidak sempurna. Mereka ada kelemahan sendiri sama ada mereka sedar atau tidak. Pada yang sedar alhamdulilahlah (unsur `alhamdulilah' ini merupakan agama yang bukan sahaja harus digunakan sempena bulan ramadhan. Ianya perlu lebih kerap diselitkan dalam penulisan seterusnya). Pada yang tak sedar-sedar tu, kita tampar 8 kali pun tak sedar-sedar juga. Last-last kita berdoalah semuga masing-masing sedar...(lagi unsur agama).
Saya mengalami masalah inferior compleksity (entah betul ke ejaan ni), berbanding dengan lelaki yang lain, saya rasa banyak kelemahan. Contohnya saya tak berani bawak kereta laju-laju, biasanya saya pergi kerja, saya cuba bawak dalam tak lebih 45 km sejam. Saya bimbang kalu laju, saya takut macam-macam. Takut tiba-tiba kura-kura melintas lah, takut anjing atau babi la, takut saya langgar pokok la, takut saya langgar apa-apa la, sehingga saya pernah fikir kalau saya bawa kereta laju-laju tiba-tiba saya pengsang?
Contoh dua, saya penakut sangat duduk sorang pada waktu malam, tuhan saja yang tahu ketakutan tersebut. Ketakutan tersebut jauh mengalahkan Congkak.
Contoh satu tersebut, sudah diketahui ramai. Ramai kawan-kawan saya tahu saya bawak kereta pelan je, kalau serabut perut barulah saya bawa kereta dengan laju ( 70 km sejam ).
Contoh dua, iaitu saya penakut duduk sorang waktu malam memang ramai yang tak tahu dan saya pun tak ada cadangan nak canagkan pada orang. Tetapi saya terpaksa sebab nak buat contoh.
Bila terjaga di tengah malam misalnya, katakan pukul 3 pagi, sampai cerahlah saya tak tidur. Apabila anak jiran saya menangis pada waktu malam, mulalah saya rasa tak sedap hati dan rasa nak marah. Saya mula marah dalam hati dan rasa takut. Dalam fikiran saya marahkan jiran saya sebab mereka kahwin, bila kahwin ada anak, bila ada anak menangis pulak malam-malam. Pujuklah, beranak pandai. Ya la kan bila takut fikiran saya jadi tak betul...
Begitu juga bila saya tidur di rumah singgah di Kuantan. Habis semua lampu saya buka di setiap bilik, termasuk lampu bilik air. Saya takut dok sorang pada malam hari. Siang tak apa. Tetapi saya tak nak orang tahu hal ini. Dan banyak lagi keburukan atau kelemahan saya yang saya tak nak orang tahu. Tolong jangan selidik...

Sekadar hiasan...(pulak dah)

Nama lagi manusia, bukannya malaikat. Katalah kalau kita ada kawan yang baik, kita bersyukurlah, hargailah dia. Jangan kita gatal saja-saja nak cari atau nak duga kawan kita tu secara melampau. Kalau kita selidik lama-lama kita akan jumpa juga keburukannya. Kita juga yang terkejut nanti.
Tak payahlah cari manusia yang sempurna kerana semuanya macam bulan...
Jan: Aku pungguk...(pulak dah)

Kudis organisasi

Dipercayai saintis jagat raya ini mempunyai berjuta sistem angkasa raya yang berpolar, satu polar mungkin terdiri daripada ratusan planet, salah satu daripadanya terdapat planet bumi di dalamnya. Dalam planet bumi ini pula ada hidupan manusia, binatang dan tumbuhan. Manusia itu pula kita dapati berada di dalam sesuatu kumpulan yang dipanggil organisasi, sama ada formal atau sebaliknya.
Oleh kerana manusia itu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi ia percaya sesuatu kejayaan itu tidak boleh dicapai secara berseorangan. Sebab itulah timbulnya konsep berkerjasama. Dalam sesuatu organisasi kita selalu disarankan supaya bekerjasama antara satu sama lain. Sebab organisasi itu sendiri memerlukan lebih daripada seorang manusia. Contohnya terdapat organisasi yang ahlinya mencapai ribuan atau ratusan orang yang bekerja di serata dunia, untuk matlamat yang sama, iaitu untuk menguasai pasaran dunia.
Saya bukan mahu membicarakan perihal gelagat organisasi secara ilmiah tetapi mengenai sikap sesetengah ahli yang berada dalam sesebuah organisasi. Kerjasama yang dimaksudkan itu diperlukan dalam mencapai tujuan atau matlamat dalam jangka panjang atau sebaliknya. Senang bunyinya kan? He he he.
Namun manusia tetap manusia, kadang-kadang mereka tidak peduli akan hal orang lain. Dia tidak sedar. Tak peduli tidak apalah, jika tidak menjejaskan matlamat organisasi. Maksud saya jalankan saja tugas kerja yang diberikan dengan amanah, cermat dan teratur, nak makan sorang tanpa kawan-kawan pun tak apa. Jalankan kerja dulu sebab tak ada majikan yang marah jika pekerjanya makan sorang-sorang atau tidor sorang-sorang.

Sedangkan haiwan berkerjasama...

Tetapi sikap pentingkan diri atau sifat buruk ahli organisasi akan memberikan kesusahan ke atas organisasi, akan menjadi kudis kepada organisasi dalam tempoh masa yang lama. Saya beri contoh (tentulah contoh pasal disiplin):

Katakanlah ada sekumpulan nazir mahu melawat sebuah sekolah yang kononnya ternama terbilang. Tentulah guru besar dan guru-guru menjadi lipas (kudung) menyediakan persiapan yang rapi dan awal supaya proses penaziran itu berlaku dengan lancar. Semuanya course fail, main file, teaching portfolio yang berkenaan tersedia, semua bilik darjah ceria bagai nak sambut hari jadi. Tiba-tiba atas meja guru ada vase dan ada bunga!. Hatta tukang kebun pun tiba-tiba je rajin siram pokok dan cantas dahan yang sangat tak perlu.

Semua harus bekerjasama dalam menjayakan lawatan nazir tersebut, agar laporan nazir nanti akan membuatkan guru besar akan kembang semacam.

Namun apa yang terjadi jika tiba-tiba ada kejadian apabila nazir melawat kelas, cikgu tiada di dalam kelas! Budak-budak dah siap bising, main dan berborak selamba. Kes nazir datang awal ke kelas sebelum cikgu masuk kelas inilah yang menjadi ingatan sepanjang hayat bagi organisasi sekolah tersebut.

Atas apa alasan sekalipun iannya tidak dapat diterima, lagi-lagi jika alasan itu tidak sampai ke telinga guru besar sebelum nazir sampai ke kelas, he he he.

Kesian sepatutnya sekolah tu mengekalkan kecemerlangan yang ada. Nila setitik habis selai baju putih Renoma...

Jan: sama-sama kita renungkan kot-kot kita selalu juga lewat masuk kelas, nazir memang tak ada, tapi `di atas' sana ada nampak, `nazir' yang jauh lebih hebat.

Tuesday, July 27, 2010

Prasan...

" Orang lelaki tidak pernah rasa tua, dia nampak isterinya je yang tua..." Begitulah kata jiran saya kepada jiran dia (jiran saya juga). Saya tak mahu komen, saya buat-buat tak dengar. Saya terus je cabut rumput, saya mahu kumpulkannya setempat. Bila kering saya akan bakar. Harap asap tu masuk dalam rumah dia, baru padam muka!
Tetapi dalam hati saya akui dalam diam. Contohnya saya. Saya dah berumur bukan muda lagi. Bangun pagi kadang-kadang nak ke bilik air terpaksa berjinjing dan melompat ala arnab sikit sebab tumit kaki sakit (tapi bila sampai bilik air tak sakit dah). Dan saya kena telan sebiji pil darah tinggi pada setiap hari tanpa henti (sampai mati), dan akhir-akhir ini (dah masuk 5 bulan), saya terpaksa telan sebiji pil lagi (untuk penyakit terbaru)...tiap-tiap hari. Maknanya kena telan 2 biji pil secara tetap tiap-tiap hari...namun apa yang saya rasa? Saya rasa saya masih muda, segar dan sihat seperti kuda liar yang menerjah ke semua arah sudut pandangan mata.
Perempuan sebaliknya, adik perempuan saya beritahu kadang-kadang dia rasa semakin tua dan rasa cepat letih dalam menguruskan anak-anak. Perempuan memang begitu ke? Setidaknya mereka merasa mereka sedikit tua, sedikit letih... Mereka takut tua sebab apabila tarikan graviti mula melanda, mereka akan kehilangan bukan sahaja fizikal malah hampir segala-galanya termasuk kasih sayang daripada pasangannya (mereka percaya benar akan akan hal ini).
Namun kita bernasib baik kerana kita ada agama. Kita dianjur melihat sesuatu yang lebih hakiki, nyata, benar dan sebermula. Dan cara kita lihat pun kenalah berbeza dan pelbagai, melihat itu bukan sahaja menggunakan mata semata, kita gunakan juga mata hati...Itulah yang saya baca dalam ruangan soal jawab agama baru-baru ini. Terus saya rasa perasan sebab rupanya saya juga selalu applikasikan melihat dengan mata hati saya, saya tak nak jadi macam sorang tu, huh buta hati!

Fizikal amatlah sangat penting. Saya percaya kalau saya sangat handsum, saya penagih dadah pun ada yang dambarkan saya. Tetapi fizikal bukanlah segalanya, bukan hakiki. Jika kita berjaya pupuk, pelihara dan awetkan rasa kasih sayang antara pasangan kita, tua reda pun kita masih sayangkannya. Ni tidak, ambil kesempatan suami/isteri kita sebagai take for grangted. Padahal sebab kita sayang bukan kerana kulitnya, rambutnya atau bentuk badannya...atau kerana keretanya. Ia soal hati.
Saya tulis berbelit-belit, tetapi moralnya senang je. Kita sebagai suami ni jangan tengok sangat bini kita je nampak tua, kita? He he he.
Jan: Nampak semakin muda!

Sikap isteri pertengahan umur...

APABILA kita gi tengok wayang, kita sebenarnya didedahkan dengan cerita dunia. Sama ada dunia kita sendiri atau dunia orang lain. Ya memang cerita wayang tak sama dengan cerita sebenar tetapi tak boleh kata kita tak boleh ambik pengajaran langsung...(bergantung atas cerita).
Cerita Chleo senang sahaja, bagi saya ia mengenai kejujuran dan penipuan, keresahan dan akibat daripada keresahan tersebut. Cerita bermula dengan kesangsian si isteri terhadap si suaminya yang merupakan seorang pensyarah. Si isteri tadi adalah doktor pakar sakit puan...
Daripada suatu kejadian, si isteri ambil keputusan untuk menduga adakah suaminya setia atau sebaliknya dengan mengupah seorang kupu-kupu untuk menggoda suaminya. Bahayakan, he he he... Orang putih macam-macam hal. Orang kita? Tak payah upah-upah, he he he, jangan marah.

Alamak, cantiknya awek tu...? (Kata si suami dalam minda)

Si isteri upah Chleo dan mahu mendengar cerita tentang bagaimana tindakbalas suaminya. Ada satu babak tu saya kesian pulak bila dia renung muka suaminya yang nampak selamba je di depannya... teringat pula lagu Nash `Pada Syurga di wajahmu', gitulah tajuk lagunya kalau saya tak silap.
Tetapi rupa-rupanya akhirnya Chleo buat lebih daripada apa yang disuruh!...dia...jeng jeng jeng... kena tengok sendirilah cerita itu...jangan marah nanti kurang pahala puasa ganti tu, he he he.
Jan: Kesetian itu mahal harganya, semahal sebuah nyawa!

Chloe...


She invited Chloe into her life, her home and her marriage. Big mistake!

Ada manusia sangat manipulatif dalam berkata-kata. Bila kita dengar je jadi cair. Dia macam pakar, tambah pula dengan mimik muka yang menjadi. Janji nak berikan Tupperware la, patung teddy bear yang besar la, nak mati di tapak tangan la...tapi hampeeh di akhir cerita. Tidak kiralah lelaki, perempuan atau `inbetwing' akan terpedaya. Tengok saja Aishah dalam lagu Janji Manismu. Lepas dilambung angan-angan, last-last tergolek sepi... tetapi ingat janji kita dituntut di akhirat...(unsur agama sempena nesfu).
Hujung minggu lalu saya pergi tengok wayang, suatu perkara yang semakin jarang saya buat. Sampai kat panggung East Kost pada pukul 10 malam lebih. Saya dapati hanya ada remaja sahaja. Remaja kita yang ala amerika, saya tak rasa malu sebab saya bukannya nampak tua sangat. Tetapi saya terus masuk toilet untuk betulkan rambut (maksud saya saya kacau rambut biar nampak tak bersikat). Saya basahkan dengan air paip dan saya juga baiki seluar baju saya biar nampak muda dan rugged sikit ala remaja kota.
Saya keluar toilet dan kembali ke papan cerita. Ah! banyaknya cerita akseng (action), Ombak 3 pun ada. Nak tengok cerita apa ya? Akhirnya cerita Chole dipilih. Bila masuk panggung saya dapati hanya ada beberapa kerat sahaja yang tengok cerita ni, mereka bukan budak remaja sangat... Ya, cerita ini heavy duty sikit tema dan persoalannya tetapi saya tabik spoon (spring pun boleh) sebab digarap dengan bijak.
Cerita ini bergerak perlahan dan penuh dialog (ciri tema berat). Pelakonnya pun pelakon ala berat iaitu `Julienne Moore'. Sebenarnya saya pilih cerita ni sebab ada dialah. Dia tak cantik sangat banding dengan Demi Moore. Tapi lakunannya dah teruji berkesan. Saya ada lihat dia dalam Hannibal, The Shipping News, dan The Forgotten'. Lakonannya saya beri 4.5 bintang di belakang Jodie Foster (4.89) dan Merly Streep (4.95). Erra Fazira saya tak beri bintang, dia hutang 1 bintang dengan saya berdasarkan lakonannya yang tak berkesan dalam filem `Hingga Hujung Nyawa'.

Krisis pertengahan umur (tak percaya suami tak gatal)
Kita kembali kepada Chole... sebab posting ni bukan pasal Sukiman ia pasal Chole. Tak puas mata memandang dia, kereta laju jadi perlahang. Begitulah saya diskribekan fizikal Chole, putih, gebu dan compact. Dan di bandar yang standard Amerika senanglah dia cari `makan'. Dan makanannya bukan sembarangan orang...he he he.
Dan Chole ini pandai berkata-kata dan bijak. Susunan ayatnya buat pendengar cair. Dan banyak ayat-ayat yang ghairah dituturkannya...(maka tak elok ditonton budak tadika).

Chloe kupu-kupu malam yang malang...
Di akhir pada ceritanya, saya kesiankan nasib Chole. Mungkin ada penonton akan kata, " Padang muka sebab `main' dengan laki bini orang!". Atau "Tu la macam tak ada kerja lain nak buat ke, jadi promoter ke? Tapi aneh otak saya kesiankan Chole yang menagih kasih dan sayang... Adakah otak saya yang tak betul atau otak orang di sekeliling saya?. Saya harap otak orang...he he he.

Moral dan pengajaran cerita Chole:
1. Berhati-hati dengan makhluk berkaki dua (manusia)
2. Awas jangan senang-senang je ajak orang ke rumah kita (walaupun jiran?)
3. Jangan baca sms suami
4. Bila asyik bekerja 24 jam, anak-anak terabai
5. Guna banyak dinding kaca kat rumah amat bahaya

Jan: hidupku selalu bertema berat...

Gurauang Caroline and Twetty...

27 Jul 10, 03:09
Caroline: Check Justin Bieber new music video here
Jan: malas nak check-check, saya bukan rapat sgt dgn Justin. Hutang prepaid Celcom RM10 tu pun dia tak bayar lagi. Dah tiga kali mintak, kalau RM10K boleh la mintak melalui FB.

27 Jul 10, 01:06
Twetty: hye you site is very nice, please visit my site too and leave comment
Jan: masal nak komeng-komeng hal orang, diri saya pun tunggang terbalik sekarang... nak lif komeng? dont hope2 la.
Jan: Huh! Ada sorg kwn lama saya royak dia handsum leni, pagi petang siang malang atar gambar guna hp. Someting rong? Tok ceakap nok dilet doh...

Monday, July 26, 2010

Bukan Superman

Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki2 tak boleh nangis
Harus selalu kuat
harus selalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis

Reff:
Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah s’lalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga . . . . .

(kembali ke Reff)

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji
tuk tidak lagi
Menagis karna cinta

(kembali ke Reff 3x)

Jan: layang...

Halo

Beyonce Knowles
Remember those walls I built
Well, baby they're tumbling down
And they didn't even put up a fight
They didn't even make up a sound

I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now

It's like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
It's the risk that I'm takin'
I ain't never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo

Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light

I swore I'd never fall again
But this don't even feel like falling
Gravity can't forget
To pull me back to the ground again

Feels like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
The risk that I'm takin'
I'm never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo

I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
Halo, halo

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo

I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
I can feel your halo halo halo
I can see your halo halo halo
Jan: bak wheng i openg my eyes, you gong...

Hidup ini bukan alam mimpi...

Mak: Mak tak ada prepad semalam, abg sihat ka?
Jan: Abg sihat, semalam hujan sampai pagi. terima kasih krn gosok baju2 abg. Hari ni abg pakai g kerja dan rasa ksaih sayang sorg ibu. Abg minta maaf kalau abg bkn anak yang baik.
Mak: Ayah kata dia sedeh tingal abg nak balek besut ari tu. Mak rasa balek besut tak happy ja ingat abg dok sorg. abg anak yang baik sekali. gosok baju tu puas dok saja. Solat, makan ubat jangan tinggal...
Jan: kalau ayah dan mak asyik bimbangkan abg, abg susah hati sbb tak buat mak happy. mak dan ayah jangan bimbanglah. abg berdikari dan ok. Abg macam org lain juga. ada masa gembira dan sedih. abg dah besar `it's not a big thing if i live alone.."
Mak: kena kuat semangat malam ni nesfu klu tak leh baca lah kul hu allah hu ahad banyak2 biar og bca yasin g masjid mak nak g solat zohor dah ok.
Jan: ok, mak doakan abg selalu kuat hadapi segalanya...he he
Mak: Ok.

Ya, saya bujang tua...

" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg..."
Saya mempunyai pendapat yang berlainan dalam soal di atas. Bagi saya tidak semestinya orang yang tidak berkahwin itu mengambarkan bahawa mereka tak ada market langsung, mungkin ada market tapi jodoh tak sampai. Mungkin apa yang terjadi rahsia tuhan, dan ada seribu kemungkinan lain.
Pengalaman saya sendiri, ramai juga orang yang nak kan saya...he he he. Maka saya pun tak jawab apa-apalah bila dia kata begitu sebab pernyataan itu salah pada asasnya lagi, he he he. Tapi saya ikhlas buat pernyataan sebelum itu yang ramai nak kan saya, perkara yang sama berlaku di tempat kerja dulu.
Dan demi allah (unsur agama sempena dekat nak bulan ramadhan, puasa yang lalu dah ganti ke? he he he. Jangan lupa antar kat raya) ada kawan saya di tempat kerja lama beritahu dia kahwin tu bukannya dia nak sangat tetapi akibat daripada faktor usia semakin lanjut, maka dia terima je la pasangannya itu. Dan tambahnya dia beritahu sejak dia hidup sampai masuk U dan kerja, itulah seorang yang sayang kat dia. Di U tak ada pun orang nak ke dia atau pernah nak ke dia..., saya tumpang simpati walaupun atas bahu saya ni dah ada 10 guni simpati yang saya pikul, he he he.
" Dia sorang je nak ke aku man, mu tak mboh ke aku..." Katanya lebih kurang 7 tahun lalu semasa kami makan KFC kat Pekan, Pahang (dia belanja). Kesian kan...sorang tu je nak kat dia.
Maka memang tak boleh kita katakan orang yang kahwin tu orang yang laku atau ramai orang yang nak. Entah-entah yang dia kawin tu adalah satu-satunya insan di dunia fanna ini yang nak kat dia. Dan untuk pengetahuan umum dalam dunia ni ada lebih kurang 6 billion orang...
Entahlah saya berkawan dengan ramai orang yang dah kahwin maka pandangan mereka mungkin mereka simplekan...he he he.
" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg.. "
Dan saya rasa menjadi bujang tua yang terkawal mungkin jauh lebih baik daripada jadi laki orang tetepi perangai tak boleh dikawal, he he he.
KESIMPULANNYA: Tak semestinya orang yang kahwin itu ramai tergilakannya...dan tak semestinya bujang tua tu hampeh di sisi allah.
Jan: Booo je lah...

Sunday, July 25, 2010

Selamat datang ke planet bumi.

25 Jul 10, 12:59
David: Thanks Mate for visiting my blog. Good Info
Jan: Bila pulak aku lawat blog kau David?

25 Jul 10, 00:59
Cameron Diaz: Hi, yout blog look nice and great info. I wish you can visit mine too
Jan: Sori tak ada masa...

24 Jul 10, 23:35
rebena: wow! nice blog! keep it up!
Jan: Alah buat-buat nice je tu...he he

24 Jul 10, 14:00
Lina Tan: Hi readers and blog owner. I'm glad you visited my site. Thanks mate, so I came back to read your blog. Here I am. Oh, I have a new blog post. Got weird video. Remember: Watch the entire video, as the end will surprise you!
Jan: Bila pulak aku lawat blog kau, terlawat kot? Tak ada masa la...

23 Jul 10, 21:18
Jennifer: nice blog! keep it up! i share something with u here..
Jan: Share apa pulak dah?

23 Jul 10, 17:08
Selena Richie: Hi.. Nice blog you have.. You've asked me to visit your site, so here I am.. I hope you and your visitor can visit my blog too. I've provide something special there for you and your visitor
Jan: Bila pulak aku ajak kau lawat blog aku?

23 Jul 10, 07:57
alam: aku golongan marhaein...
Jan: Emmm... tak apa alam, asalkan ada golongan. Ada golongan tu tak ada golongan langsung, bersyukurlah (unsur agama)...

23 Jul 10, 03:59
DrSmith: Hi Life is Bored Without Friends Feel Free To Read Information that i provide in My Blog
Jan: Huh! Mana kau tahu aku tak ada kawang?

22 Jul 10, 15:58
Jan: kukutip serpihang rindu yg btabur di hujung kalbu... Kutahan rasa pilu yg selubungi jiwaku...
Jan: Sudah-sudahlah menyamar.

22 Jul 10, 14:47
Tina Gally: Hi people.. Have you heard this on digg.com? How a 15-yo Kid Tricked Apple With a Disguised Tethering App
Jan: Tak pernah dengar pung, famous ke?.

22 Jul 10, 09:22
rambo: selamat datang ke duania nyata
Jan: Terima kasih Ram..

21 Jul 10, 08:06
restu: jgn kata begitu...mana tahu kalau allah kata " kun fa ya kun " boleh terbalik pulak hati awak tu...dari kakak ke adik...
Jan: semua boleh terbalik dan tunggang terbalik atas izinNya...

20 Jul 10, 17:14
aliya: ghfn
Jan: nfhg

20 Jul 10, 17:14
aliya: i love you
Jan: Emm...

20 Jul 10, 14:29
Nisyo: Hi im Nisyo You want pelempang?
Jan: Lempeng ada?

20 Jul 10, 13:03
Nisya: Hi im Nisya You want to know the secret about your name? Check out this blog.
Jan: Tak ada masa Sha... i myself is secret already, gitu...

20 Jul 10, 11:59
Diana Keys: Happy chatting guys!! Can you check my blog. I don't have chat box. Can you suggest me where to put the chat box..? My blog is kinda weird
Jan: Sori malaslah nak layan kau Die...

17 Jul 10, 20:37
bro: salam, mu ni sukimang ex student UM ke?
Jan: Salam, ya. Semuga awak sihat sejahtera.

Jan: Macam-macam ya...ada yang palsu, ada yang berbulu dan ada yang ikhlas...Selamat datang ke planet bumi.

Thursday, July 22, 2010

Golongan kedua dan ketiga...

Nasib baik ada blog ni, bolehlah saya bercerita luah perasaan, untuk kepuasan diri. Kalau saya cerita direct kat kawan-kawan mereka tak faham. Malah selamba salahkan saya kerana saya lelaki. Saya dah cuba ceritakan sebenarnya dan memang benar saya yang disalahkan! Memang senangkan salahkan orang...huh!
Golongan kedua:
Mereka teruskan sahaja perkawanan dengan saya. Bila saya `tolak' mereka boleh terima kenyataan dan akhirnya kami jadi sahabat baik selepas itu.
Saya pun selesa dan dia pun selesa dalam persahabatan ini. Malah saya pulak cuba tolong carikan laki untuk mereka kelamini. Sehingga mereka bersuami kami tetap jadi sahabat dan kawan yang baik. Ada dia antaranya suami mereka juga menjadi kawan saya.
Golongan ketiga:
Terus buat-buat menangis dan kononnya terima hakikat. Dan berkawan macam biasa tetapi dalam waktu yang sama jika kita perhatikan dengan teliti, mereka masih lagi melakukan serangan halus dengan penggodaan yang tajam.
Tetapi golongan ke tiga ni tidak bertindak memburukan saya. Mereka masih memuji dan menatang saya bagai minyak yang penuh. Mereka sebenarnya masih berharap lagi, manalah tau ada peluang kan...he he he.
Mereka teruskan usaha beri hadiah la, ajak tengok wayang di Kuantan la, dan ajak pergi Kuala Lumpur la (sebagai teman beli belah). Tetapi saya tak tunaikan, saya tak ambil hadiah yang mereka beri... Perasaan bukan barang boleh dijual beli.
Kesimpulannya, pertama-tamanya saya hargai jika ada yang hendak kawin dengan saya. Itu tandanya saya ni bukanlah buruk benar orangnya. Tentulah saya rasa bangga sikit sebab ramai yang lebih handsum, kacak mancho bergaya, bijak pandai, lebih pandai `berlakon', dan kaya raya-budi bahasa berbanding dengan saya yang tak tahu ke tengah ke tepi ini.
Kepada pembaca blog saya, sebenarnya saya ni dalam gambar je nampak sikit handsum (perasan, he he he) tetapi kat luar tak lah handsum mana. Bak kata orang indah gambar dari rupa. Jadi saya panjat alhamdulilahlah (unsur agama) jika ada orang nak ke saya (tetapi belum tentu saya nak ke dia, he he he).
Kembali kepada tajuk, golongan ketiga inilah yang buat saya rasa rimas. Nak jauhkan diri terus daripadanya rasa bersalah pulak sebab dia juga dah jadi kawan yang baik. Tetapi kalau asyik digoda, menyampah jugak saya. Ya lah apa perasaan kalau orang yang kita tak suka goda kita? Sendiri jawablah ya, kan?
Saya dah tak tahu nak buat macam mana. Tetapi saya tak buat perkara-perkara yang saya rasa dia akan perasan. Saya tak puji dah dia. Saya juga buat-buat perangai buruk supaya dia tak jadi nak ke saya, biar jadi hanya kawan. Saya buat-buat seperti: Contohnya saya beritahu saya kuat merokok, saya suka perempuan seksi punggung compact, saya setuju sangat lelaki berpoligami, saya puji Siti kawin dengan laki orang (Datuk K), saya suka Fasha Sanda dan perkara-perkara lain yang perempuan tak suka.
Namun akhirnya saya dapat kesimpulan, saya gagal dengan cemerlang. Perempuan ni kalau dah perasaan, kita buruk dan tak layan dia pun dia perasan kita layan. Itulah namanya perasan.
Selamat datang ke dunia nyata...
Jan: Namun bukan semua perempuan perasan dan selalu jugak lelaki yang perasan lebih, he he he.

Wednesday, July 21, 2010

Golongan pertama

Ikhlas saya cakap, kalau boleh dalam menawali usia 40an ni saya tak nak lagi terlibat dengan skandal. Saya dah letih benar... Namun kerap kali jugak saya terus terjebak dan akhirnya seperti biasa, ianya berakhir dengan penuh tragis...
Tetapi yalah kan, kita tak boleh larang orang daripada dambarkan kita...
Daripada pengalaman saya, orang perempuan yang nak kan saya akan terbahagi kepada 3 golongan utama apabila saya `menolak' mereka. Ini daripada pemerhatian dan pengalaman saya sahaja, lain orang mungkin lain pengalamannya.
Golongan pertama:
Apabila saya menolak mereka, mereka terus tidak mahu lagi berkawan dengan saya. Mereka akan jauhkan diri daripada saya. Sebarkan keburukan saya dan terbalikan cerita saya pulak tergilakannya! Bayangkan...!
Jika dia melihat saya bersama perempuan-perempuan lain hatta bini orang sekalipun, mukanya ditarik muka 14. Iaitu masam dan jeling semacam je. Mucung.
Tentulah saya malu jika perkara sebegini berlaku di tempat kerja saya dan berlaku dalam masyarakat kita ni yang masing-masing mahu tahu hal orang lain ni... dan biasanya daripada pengalaman pihak lelakilah yang akan disalahkan.
" Tok skear (sangka) sukiman mung gitu perangai..." Kata seorang kawan saya apabila dia dengar saya ada kirim 3 pucuk surat merayu cinta pada perempuan tersebut (yang saya tolak).
Rupanya perempuan itu sebar cerita, buat-buat cerita. Pada halnya sebaris ayat pun saya tak tulis... Dan untuk menambah parahkan lagi cerita, cerita ini turut disebarkan kepada para pelajar saya! Sampai ada yang bertanya!.
Teruk kan, kesian saya. Kesian dia...
Maksud kesian dia tersebut, saya kesian juga sebab dia gagal kawal diri apabila cintanya ditolak.... Dan lebih parah lagi perangai halus, lembut dan muka ayu tersebut dah bertukar watak kepada watak mak tiri Snow White.
Jan: Saya malu...

Tuesday, July 20, 2010

Udang dalam mee...

Sekarang saya sudah jadi serba salah dan rasa bersalah. Kalau saya tuliskan di sini tentu kaum perempuan terutamanya akan letakan segala kesalahan tersebut di bahu saya, manakala kaum lelaki seperti biasa akan cool dan akan sokong je apa yang saya akan lakukan.
Namun saya ambil keputusan untuk menulisnya juga di sini.
" Tu la... mung layang sangat dia..." kata terbitan awalan daripada kawan-kawan perempuan saya, manakala kawan-kawan lelaki saya akan buat ayat bangun kena buat " Buat biasa je mang, bukan mung yang nok ke dia...".
Dalam berkawan dengan perempuan ni saya tak pilih bulu, lainlah jika saya nak berkasih sayang sampai nak bawak sampai ke katil, nak cium, nak peluk, nak ayak, dan gomol (tentu ada la standard tertentu diperlukan, saya macam orang lain juga)...
Pada hari saya jumpa dia pun saya memang tak anggap dia macam kawan saya pun. Namun lama-kelamaan dia banyak menolong saya, saya anggap dia macam kawan, lepas tu sedara. Tetapi saya tak rasa sedikit pun mahukan dia, saya anggap dia macam kakak sahaja...
Saya jarang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan perempuan. Saya rasa selesa dan diterima dan jika dia ikhlas nak berkawan dengan saya, apalah salahnya kan.
Orang senang kata " Jangan layan sangat...", tetapi saya yang menanggungnya...
Jan:Rupanya ada udang di sebalik mee Singapore.

Wednesday, July 14, 2010

Where Can I Find Another...?

Di mana kan ku cari ganti...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana 'kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana 'kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya





Lagu ini muncul dalam filem Ibu Mertuaku - dinyanyikan oleh Tan Sri P Ramlee dan liriknya ditulis oleh Sudarmaji. Dalam filem Ibu Mertuaku ada tiga lagu yang merdu sedap didengar telinga. Selain lagu Di mana kan ku cari ganti ada lagu Jangan Tinggal Daku, dan Jeritan Batinku.
Khabarnya lagu-lagu tersebut dicipta khas untuk filem Ibu Mertuaku. Khabarnya lagi lagu-lagu ciptaan Tan Sri P Ramlee memang dicipta khas untuk dimuatkan dalam filem-filem bukan untuk dimuatkan dalam album. Apa-apa pun kita dapati lagu yang dihasilkannya amat sedap didengar telinga. Semua lagu dalam filem Ibu Mertuaku mewakili keadaan dan adegan pada masa tersebut.
Lagu Di mana kan ku cari ganti ini sangat merdu, naik bulu roma bila mendengarnya. Lagu tangkap leleh ini sedap didengar di waktu senja ketika kita mengenangkan nasib diri dan persoalan hidup, contohnya: Contah satu: Kenapa walaupun kita handsum tetap tak ada yang nak?, contoh 2: Kenapa gaji aku tak cukup-cukup, dan contoh 3: Apa la amalang aku bawak bila mati nanti?
Atau semasa merayau-rayau seorang diri tak berteman di East Coast Mall. Bila mendengarnya rasa sangat sarat derita yang dibawa, terus oder KFC.
Berbeza benar dengan lagu sedih masa kini yang kadang kalanya entah apa-apa. Lagu sedih masa kini bukannya tak sedap ada segelintir yang sedap. Namun kebanyakannya semacam ada yang tak kena je. Tema berat pun iramanya dirancakan... Tetap dinyanyikan secara rancak walaupun cintanya dipermainkan, dicurangi atau `pakai buang'.
Liriknya senang nak faham, tak susah. Kalau tak faham juga memang layak ditampar 8 kali. Sambil berkata `Lirik Simple ini pun tak faham? Ia bertemakan perasaan orang hidup yang putus harap nak teruskan hidup. Tiada bahasa personafikasi, bombastik, similir, dan abstrak yang biasanya dikaitkan dengan unsur estatika. Namun lirik yang ringkas itu menawan degup hati.
Sebenarnya kalau kita buat pemerhatian banyak lagu P Ramlee yang best liriknya ditulis oleh Sudarmaji.
Kita pergi kepada muziknya. Saya buta muzik tetapi telinga saya tak buta muzik... Kadang-kadang saya dapat menyelami susunan muzik lebih daripada senikata. Mengenai lagu ini saya lebih tertarik dengan iramanya yang disusun indah (susunan muzik). Entah apa alatan muzik yang digunakan tetapi mengeluarkan bunyi yang sangat menyiksa saya...menerjah ruang latar jiwa saya yang kering kontang sepi dan berdebu... Entahlah sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata, saya bukan Usmang Awang.
Kalaulah saya nak cipta lagu saya nak cipta lagu-lagu yang jenis ni...(pulak dah...). Saya nak lagu saya kekal dan menjadi khazanah yang tak ternilai. Saya nak lagu saya malarhijau. Diingati sepanjang zaman. Tak naklah lagu bertaraf tahi ayam, iaitu hangat sekejap sebelum jadi suam-suam kuku...dan sejuk terus...he he he (tapi kadang-kadang saya nikmati jugak yang hangat sekejap tu).
Akhir sekali, dengan seikhlas hati saya nak tujukan lagu ini khas kepada insan insan di luar sana yang senasib dengan saya. Dengan ucapan " Bersabarlah walaupun kita dikhianati, kerana selepas ahad ada isninnya, rabu akan bertemu khamisnya... Allah maha besar...tidak ada sekilas zarah pun terlepas daripada penglihatanNya...(unsur agama)"
Aaaa... sekarang putarlah sendiri, dengar sendiri melalui Youtube atau MP3 masing-masing...
Jan
: I want to cry but I have no tears, I want to smile but there is no company. If my fate has been determined to be like this, what can i do?
wat can i say...?

Mertua tak kasih, menantu tak sayanglah...he he he

Semasa saya belajar master di UM dulu, pensyarah saya menerangkan sesuatu dasar awam atau polisi antarabangsa dirangka sedemikian rupa adalah kerana adanya masalah. Maknanya langkah pertama untuk membuat dasar dan peraturan ia bermula dengan mengenalpasti masalah yang ada.
Dan saya percaya apabila ada masalah, maka panduan diperlukan... Saya percaya perlu ada panduan bagi mertua dan menantu. Dah banyak sangat dah telinga saya geli mendengarnya.
Sebagai menantu kita selalunya lebih meluat dengan perangai mak mertua kita berbanding dengan pak mertua kita yang biasalah cool je. Berbeza dengan hubungan menantu perempuan dengan mertuanya selalu pasang surut, berombak gelora dan gerimis di waktu senjakala.
Tidak semua menantu perempuan dianggap sebagai anak sendiri oleh mak mertua. Yang dianggap sebagai anak sendiri bernasib baiklah bak kayu jati, kalau tidak kita ibarat papan lapis sahaja pada pandangan matanya. Selalu dipandang semacam, semacam pesaing dia. Apatah lagi jika si perempuan tersebut mengawini anak lelakinya yang `anak omak'... Maka kita perlukan sangat bimbingan dan panduan...
Kebetulan pula pada 24 Julai ini diadakan satu bual bicara mengenai hal mertua-menantu ni. Sapa yang berminat bolehlah datang. Tajuknya Mertua kasih menantu sayang. Ya la kalau perangai mertua macam singa afrika atau Nyonya Mansur, sapalah sayang kan, kutuk ada la, he he he.
Ada orang kata dengan mertua ni jangan buat baik sangat? Betul ke?...
Banyak persoalan yang saya nak tanya pada forum tersebut tetapi apakan daya... saya tak dapat menghadiri bual bicara tersebut. Sayang rasanya, rugi rasanya tak dapat hadir (konon) walaupun tajuknya tak kena mengena langsung dengan saya, saya berhajat nak tambah ilmu pengetahuan.
Ni saya berikan butiran kot-kot ada yang berminat, heret ibu mertua anda sekali tu!, he he he:
Tajuk: BUAL BICARA MERTUAKU; MERTUA KASIH, MENANTU SAYANG
Penceramah: YM DR. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD (Pakar MotivasiTerkenal/ Personaliti TV) dan
Y. BHG. USTAZ HAJI BADLISHAH BIN HAJI ALAUDDIN (Penolong Pengarah, JAIP/ Personaliti TV9)
Konsert Istimewa: Kumpulan INTEAM.
Tarikh: 24 julai 2010 (sabtu)
Pukul: 8.30 - 11.30 malam
Tempat: Dewana uditorium Uniten, Muadzam Shah.
Jenis Masuk: Masuk Percuma!!!
Jan: Tak dapat hadir, hari tu dah plan nak ke Kuantan nak jumpa rumput.

Tuesday, July 13, 2010

The wicked mother-in-law ...: Casting


Banyak filem Tan Sri P Ramlee yang saya minati, antaranya filem Ibu Mertuaku. Walaupun sudah kerap sangat menontonya (sejak kecil hingga akhir remaja), saya tetap tidak pernah jemu-jemu. Ada sesuatu yang unik dalam filem Ibu Mertuaku, Tan Sri P Ramlee memang handal melontarkan kritikan sosial terhadap masyarakatnya.
Kali ini saya akan cuba mengupas watak dan perwatakan di dalam filem Ibu Mertuaku. Filem kegemaran saya. Kupasan yang dibuat ini bukanlah berlandaskan secara ilmiah kerana saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam kritikan filem. Cuma pakar dalam kritikan perangai jiran-jiran sekeliling rumah saya, he he he.
Filem ini bertuah kerana pelakonnya hebat-hebat belaka. Tan Sri P. Ramlee sebagai Kassim Selamat berjaya meraih simpati hingga ke akhir cerita. Lakonannya sebagai pemuda yang rela berkorban demi cinta dibawa dengan begitu berkesan. Beliau juga pernah membawa watak golongan miskin dalam cerita Antara dua darjat dan Penarik Beca.
Dalam filem Ibu Mertuaku, P Ramlee sanggup tinggalkan dunia muziknya demi cinta. Mulakan hidup baru di Peneng. Ini gara-gara isterinya iaitu Sabariah memberitahu itulah satu-satu jalan untuk berbaik semula dengan ibu mertuanya (iaitu jangan bermain muzik).
Pada awal cerita kita dikisahkan dengan kehidupan Kasim Selamat yang periang dan ramai kawan-kawan. Bersesuaian dengan persekitaran dunia muziknya, dia juga diminati ramai... Namun segalanya berubah apabila dia berkahwin dengan Sabariah. Selepas itu malang demi malang menimpa Kasim Selamat, setelah buta kerana berterusan menangisi kematian isterinya. Berlainan benar dengan kita yang bila isteri mati terus nak...
Masa buta tu kesian sangat asyik duduk bawah rumah. Tidak dapat saya bayangkan, dah buta satu hal...kehilangan orang yang kita sayangi satu hal. Sedih sangat bila lihat dia merayau setelah keluar dari bawah rumah...berteduh bawah pokok macam monyet. Saya cuba relatekan dengan perjalanan hidup saya...dalam diam-diam saya mengakui kami mempunyai persamaan...(pulak dah...).
Bila dia kembali main muzik, perubahan berlaku pada wataknya, dia jadi riang dan ceria. Namun tak lama sebab bila dia celek semula nasib malang tetap ada di hadapannya. Iaitu bertambah malang apabila melihat sandiwara di depan matanya sendiri.
Berbanding dengan Seniwati Saadiah, Datuk Sarimah Ahmad bukanlah pelakon yang saya minati. Pada pendapat saya, lakonan seniwati Sarimah masih lagi tidak dapat menandingi lakonan primadona filem Melayu iaitu Saadiah yang sangat berkesan dan serba boleh. Pun begitu seniwati Sarimah telah memberikan lakonan yang terbaik dalam filem Ibu Mertuaku, tidak ada cacat-celanya, saya tabik. Cuma mungkin kerana saya lebih meminati Saadiah sering juga saya bayangkan bagaimana jika Saadiah memegang peranan Sabariah. Mungkin akan lebih dramatik...
Watak Sabariah juga merupakan seorang wanita yang berpakage malang. Kekasih yang malang, anak yang malang (ditipu hidup-hidup oleh mak sendiri), isteri yang malang dan sewaktu dengannya. Walaupun cantik betisnya macam pen kilometrikol dan berasal daripada golongan kaya tidak semestinya hidup bahagia. Kesian sungguh melihat watak Sabariah di akhir cerita seolah ditelan mati mak, diluah mati bapak, dikeman mati suami dan anak-anak...
Kerana cinta dia kembara sehingga ke bawah rumah, he he he. Malang ditipu ibu sendiri dan lebih malang lagi apabila berkahwin dengan Dr Ismadi sedangkan sebenarnya Kasim Selamat masih sihat walafiat. Bayangkan bagaimana perasaannya bila mengetahui perkara yang sebenarnya... dia juga ditipu. Jauh di lubuk hatinya, masih ada lagi daerah terpencil di mana kenangan bersama Kasim Selamat masih kejap kukuh...
Maafkan Sabariah Abang Kasim...katanya diakhir cerita, dengan tonasi dan memik muka yang sangat kecewa dan penuh rasa bersalah... Tahniah untuk Sarimah, saya beri 5 bintang!.
Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor mewakili golongan atasan yang angkuh. Lakonan ibu mertua yang kejam memang tepat dengan mimik mukanya yang diseriuskan. Katanya Mak Dara merupakan seorang pelakon bangsawan pada tahun-tahun 40an. Wataknya dalam filem Ibu Mertuaku berkesan sekali, ini terbukti selepas beberapa bulan filem ini ditayangkan beliau diserang dan diludah oleh peminat P Ramlee dan Sarimah. Kesian pulak Mak Dara... Begitulah berkesannya lakonan beliau, tidak seperti lakonan beberapa pelakon masa kini yang bila halau itik pun, itik tu tak lari...(itik tak takut pun,...).
Namun begitu dia sporting apabila berdepan dengan Dr Ismadi. Dia tatang Dr Ismadi bagai minyak yang penuh sebab percaya Dr Ismadi dapat memberikan kebahagian kepada anaknya yang tunggal tersebut. Bukan salah dia kerana matlamatnya nak anak hidup bahagia, caranya je mungkin salah...he he he.
Puas hati pulak melihat dia tergamang apabila Kasim Selamat melemparkan ucapan hairan "Kenapakah kau dicipta Allah menjadi manusia. Bukankah kau lebih baik menjadi haiwan"... Kerana perangai puaka dialah Kasim Selamat merana, Sabariah terseksa dan Dr Ismadi kecewa...
Lakonan Zaiton sebagai Chombi juga meruntung hati saya. Kesian tengok dia lembik lotek nak berjalan kena papah bila orang yang disayanginya telah pergi buat selamanya. Betapa bila suami meninggal dunia hidup jadi gelap gelita. Hidup jadi tak berjiwa, bernyawa tapi tak bermaya. Nak sikat rambut pun gagal, apatah lagi nak melawa. Asyik pakai baju tidur je...tak tahu masa beredar. Dia berada di dalam kehausan...kasih sayang.
Watak sebagai janda muda yang kehausan (kasih sayang) dibawa dengan berkesan. Dan akhirnya ceria giler bagai bunga berkembang setaman bila hatinya mulai menerima orang baru (Kasim Selamat). Masa di hospital, semasa dia peluk Kasim Selamat depan ibunya, para juru rawat dan doktor, kita boleh nampak dia sangat sayangkan Kasim Selamat. Mungkin terpikat dengan doa Kasim Selamat yang syahdu...terpikat dengan kata-kata nasihat, harapan dan motivasi yang yang diberikan Kasim Selamat.
Watak Chombi diberikan kelebihan spiritual berbanding dengan watak Sabariah. Maka kita tak boleh ketepikan watak Chombi begitu saja. Beliau sangat sayangkan Kasim Selamat, dia dapat rasakan something (terkejut daripada tidur) apabila Kasim Selamat berada di dalam bahaya...
Dan Chombi juga seorang yang pasrah dan rela menerima Kasim selamat dalam keadaan buta semula. Katanya dulu bila dia jumpa Kasim Selamat dalam keadaan buta dan akhirnya dia menerima semula Kasim Selamat dalam keadaan buta juga...tetapi dia tetap pasrah bahagia, amboi syahdu...
Jan: Watak Ahmad Nesfu sebagai Mamak Mahyudin (tauke Cenderamata Review) pun best, lawak pun ada ...

Monday, July 12, 2010

Doktor Ismadi

Watak yang paling saya menyampah dalam filem Ibu Mertuaku ialah watak Dr Ismadi yang dibawa oleh Datuk Ahmad Mahmud. Saya melihat watak tersebut sebagai watak yang lemah, bodoh dan pentingkan diri. Namun saya akui watak ini dijayakan oleh Ahmad Mahmud dengan berkesan dan cemerlang.


Doktor menggoda, beri hadiah rantai lagi...




Ahmad Mahmud mempunyai rupa paras yang baik, ada gaya muka doktor. Pakai pula cermin mata (ala cermin mata juruterbang perang dunia ke 2). Maka lengkaplah penampilannya sebagai doktor. Iaitu sebagai doktor bodoh yang berbudi perketi, yang akhirnya malang di kemudian hari...

Memang saya tidak senang dengan watak Dr Ismadi, kadang-kadang saya rasa malu melihat wataknya sebegitu rupa. Saya ada luahkan perasaan tidak senang saya kepada Lokman Hakim (kawan baik serumah sewa dulu...). Saya beritahu doktor ni bodoh.




Kacak bergaya: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud


Watak tergilakan Sabariah dan kemaruk cinta dibawa dengan berkesan. Di dalam biliknya ada gambar Sabariah bersaiz sebesar manusia real. Dan dia ada beritahu keluarganya yang dia tak akan kawin-kawin jika tidak dapat kawin dengan Sabariah...(no komen...).



Dr Ismadi tergamak berbohong (puaka) kepada Kasim Selamat apabila memperkenalkan isterinya bernama Maimunah Ismail. Terkejut beruklah Kasim Selamat sebab apabila tengok Maimunah Ismail sebijik macam bini dia yang meninggal dunia tu (Sabariah lakonan Datuk Sarimah Ahmad).



Dr Ismadi jugalah yang memujuk Kasim Selamat (demi Sabariah suruh) supaya bedah mata kerana kononnya tak kanlah Kasim Selamat tidak mahu melihat anaknya. Ekoran daripada itulah setelah celik Kasim Selamat terus jumpa Nyonya Mansur untuk melihat anaknya.



Bila tembelang dah pecah, tentulah Kassim Selamat beritahu Dr Ismadi hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang tetapi di tahan oleh Dr. Ismadi. Konon rawatan matanya tak selesai lagi. Tiket ke Pulau Pinang dah sold out la...dan macam-macam.

Tentulah Kassim Selamat tak sanggup nak tinggal sebumbung dengan Dr Ismadi lagi. Sapa-sapa yang mancho tentu lumpuh jua adanya, lebih-lebih lagi dia tidak sanggup melihat Sabariah dok main sandiwara semasa. Baik masuk bilik kemas pakaian, blah.



Tup-tup Dr Ismadi mengekor masuk bilik, mungkin sebab dah mula rasa bersalah kot. Dalam memujuk tu terkeluarlah kata-kata yang tak sepatutnya dikatakan oleh seorang doktor atau orang mana-mana pun...



Dr. Ismadi sangat kejam dan bodoh. Ada ke patut dia kata "Pengambilan Sabariah sebagai isteri telah dibalas dengan memberikan penglihatannya semula, itu sesuatu yang adil". Belajar je tinggi bertingkat tapi pemikiran rendah. Sebab itulah gamaknya Kassim mengambil keputusan membutakan semula matanya dengan mencungkilkan dengan sudu dan garpu. Patutnya bungkus dengan elok dua bijik mata tu beli kad dan tulis `for your eyes only' jadikan sebagai hadiah kepada Dr Ismadi yang `cerdik' itu...



Last-last sekali barulah Dr Ismadi kecewa melihat isteri mengekori bekas suaminya sambil minta maaf. Maafkan Sabariah Abang Kasim...Maafkan Sabariah... Sambil ada pasu yang jatuh dan angin tiba-tiba bertiup kencang... Barulah Dr Ismadi kecewa, dia mulai rasa kasih sayang tak boleh dijual beli tiada benda tara bandingannya...



Dan akhirnya Dr Ismadi slow-slow longlai langkah masuk ke dalam rumahnya...membiarkan bininya terduduk di tepi dinding begitu saja... barulah dia tahu ada sesuatu itu tak dapat dibeli dengan rantai...



Jan: Ambik kau...!

Sunday, July 11, 2010

Ibu mertuaku...

Seorang kawan saya mengeluh, katanya perangai ibu mertuanya semakin tua semakin menjengkelkan. Mula dia berkahwin dan melahirkan anak pertama, sehinggalah anak sulung tersebut sudah tingkatan 5, ibu mertuanya makin menjadi-jadi.


Katanya:


Katanya ibu mertua dia nak tahu sangat gaji dia berapa rm? termasuk kenaikan pada setiap tahun. Kata kawan saya emak dia sendiri pun tak ambil tahu berapa gaji dia. Saya buat-buat mengucap pendek dan ala tergamang dan selepas itu terus suap nasi goreng USA kat kedai Taman Perumahan Indra Sempurna.


Katanya:


Katanya lagi suaminya sudah berikan duit elaun setiap bulan dengan jumlah yang banyak tetapi emak mertua dia kelihatan macam tak cukup duit sokmo. Saya tak tahu nak kata apa tapi saya tanya dia panggil emak mertua dia apa? Dia jawab `Mak'... Saya tanya pulak dia panggil mak kandung dia apa? Dia jawab ' Mak jugak. " Tapi mereka tak sama? Kalau awak sakit agak-agak mak mana yang rela jaga awak? Saya buat-buat tanya...he he he. Jahat saya.


Katanya lagi:


Katanya lagi setiap kali bertandang ke rumahnya emak mertua dia selalu periksa barang-barang di rumahnya. Kalah pegawai kastam. Mak mertua dia akan tanya itu ini dengan harganya sekali. Kalau ada yang bertambah seperti perabut ke, Tv LCD ke, terus mak mertua dia tanya sapa yang beli. Kata kawan saya kalau suami dia yang beli alamaknya suaminya kena la beli kepada emaknya satu lagi. He he he.


Katanya dia bosan sangat bila mak mertuanya datang bertandang. Dia terasakan ada pertandingan pulak... Mak mertua dia tak nak dia lebih daripadanya.


Katanya lagi:


" Alahai Mang sampai bilik tidur aku pun dia selalu masuk...! Mak aku sendiri pun tak masuk...". Sambil dia hirup kuah mee soup. Dia oder mee sup...


Katanya anak dia yang beritahu yang nenek ada menyelinap masuk dalam bilik tidurnya kononnya nak tumpang bilik mandi. Sedangkan bilik air kat ruang tamu cokoh (tersergam) ada!.


Banyak lagilah dia mengumpat pasal ibu mertuanya. Saya dengar jelah sebab dia belanja nasi goreng USA tersebut. Dan ada yang sensitif tu tak dapatlah saya menulisnya di sini sebab orang mungkin tak percaya...mati hidup balik pun tak percaya.


Bagi saya seorang mak mertua mestilah bersikap berhati-hati, janganlah campurtangan sangat dalam rumah tangga anak-anak. Nanti timbul rasa tak puas hati dalam diam. Berilah mereka peluang untuk belajar hidup. Jangan bimbang mereka dah besar panjang, dah halal bersetubuh pun. Saya malaslah nak menasihat lebih-lebih, cuma masing-masing ingatlah.


Banyak jugak yang saya dengar cerita daripada kawan-kawan lain tentang perangai aneh mak mertua mereka. Ada yang beritahu mak mertuanya selalu mintak duit, ada yang cemburu dengki dan ada kawan saya sorang tu dia mengaku dia dapat rasakan mak mertuanya tak sukakannya sebab dia la menantu yang tak graduek (tak masuk u).


Kenapa begitu ya, masyarakat kita ada juga begitu ya? Ada satu iklan di Tv tu ada lah menantu dia nak membasuh kain entah apa tetapi ibu mertua dia sibuk pulak suruh pakai sabun jenis cap lain. Alahai tak kan itu pun nak campur tangan kan? Kan? Ke kena campur?


Jan: Suka tengok cerita `Ibu Mertuaku'... Tan Sri Pramlee bijak mengupas perangai ibu mertua Melayu yang...

Thursday, July 8, 2010

Gambar crosstis bunga mawar merah: Part 2

" Nasib baik laaa... Mang mari, kami doh 3 ari tok tegor... " Kata Soleha (nama samaran) tiba-tiba kepada saya. Pada masa tersebut suaminya (kawan baik saya) ke kaunter bayaran. Kami bertiga dalam perjalanan nak cari jagung dan keropok. Kami berhenti di Petronas sekejap isi minyak.
Sebenarnya sudah dua hari saya bermalam di rumahnya, dah nak masuk malam ke tiga. Kawan saya selalu pesan kalau nak berehat datanglah rumahnya. Saya pun memang galak nak datang, rumahnya besar dan cantik. Ruang tamu luas macam balairaya. Bila duduk di atas sofanya, rasa mewah.
Setahu saya mereka berdua nampak okey je. Masing-masing mesra menyambut saya mulai hari pertama saya bertandang. Tak ada la masam muka atau tingkah laku yang mencurigakan. Cuma baru saya ingat bila larut malam dia asyik berbual dengan saya hingga jauh pagi.
" Tak nak bersetubuh ke malam ni, he he he? " . Saya buat-buat tanya sebab saya dah mengantuk sedangkan dia galak cerita pasal zaman bujang-bujang dulu (zaman dia...). Begitulah perangai saya, saya tak malu sebab kawan saya ni pun jenis openg (open) orangnya.
Rupanya mereka berdua bersandiwara dan main wayang di hadapan saya je. Bagus lakonan orang berumahtangga ni ya, he he he.
Saya tak naklah masuk campur hal rumah tangga orang sebab kali terakhir saya masuk campur berakhir dengan penceraian (sekarang masing-masing dah kawin lain). Sebab kalau saya masuk campur teruk jadinya. Memang saya dah jangka kawan saya tersebut boleh kawin, boleh beli kek 7 tingkat tapi saya tak rasa dia akan berjaya. Tak ada keserasian, bagai langit dengan bumi, bak banding pendrive dengan pen kilometrikol... Tetapi kita tak boleh larang orang nak kawin, tak kan nak halang orang bina masjid kan...
Kesian juga saya tengok kawan bini saya ni, bagi saya tak ada cacat cela orangnya. Walaupun tak bergaya tetapi cantik dan ayu, muslimah sangat dengan tudung labuhnya tu. Memang tak sama nilai, etika, gaya, dan pegangan hidup kawan saya ni. Namun dulu kawan-kawan saya yang lain ada beritahu: "Doh jodoh mereka kimang, jangan dok sibuk-sibuk, cari jodoh mung tu dok."
Memang pada mulanya saya diam sahaja. Selepas itu saya kata " Sabarlah... wat macang biasa je. Jangang lawang, tegor la dia, kalau dia tok jawab pung...tapi kena sabarlah, orang laki ego sikit ''. Iaitu satu kata-kata yang terlalu streotype dalam situasi rumahtangga. Namun saya tak sempat nasihat panjang lebar, bila saya lihat kawan saya menuju ke kereta untuk mengisi minyak kereta.
Tiga hari tidak bertegur dalam rumahtangga tu kira biasa ke? Dan ada antara kawan saya juga beritahu rekodnya seminggu, itu pun bertegur kembali sebab anak-anak. Satu keadaan dia terpaksa bercakap sebab kena ada komunikasi di hadapan anak-anak. Saya tidak alami perkara sebegini tetapi tidak bertegur sapa dengan orang yang kita sayangi pada hemat saya adalah suatu yang amat tidak selesa. Namun tidak bertegur sapa itu juga ada baiknya jika bertegur sapa akan membawa kepada terkeluarnya ayat-ayat yang akan menyinggung perasaan pasangan. Maklumlah bila marah segala gajah rimau keluar. Kita sembur je macam ridset...
Dalam pada itu barulah saya teringat semalam kawan saya ada beritahu (sebab saya tanya...he he he) yang dia tidak suka crosstis mawar merah yang bini dia tampal kat dinding di ruang tamu... Kata kawan saya dia memang tak suka tetapi dia beralah jugak sebab isteri beri alasan dia buat `letih-letih'. Kawan saya yang setahun 4 kali ke erope (Eropah) tu beritahu gambar crostis mawar merah yang tergantung kat dinding tu `tak masuk' dengan interior ruang tamu tu.
Katanya lagi orang kampung pun dah tak gantung crosstis kat ruang tamu... saya tak tahu pulak kenapa kawan saya ni kaitkan dengan orang kampung. padahal dia pun asal orang kampung... lagipun apalah sangat isu gambar crosstis bunga mawar merah tu. Bukannya penting sangat, tak leh buat masuk kabinet pun.


Sekadar hiasan crosstis bunga mawar...he he he.

Memang crosstis bunga mawar tu tak cantik mana pun. Bui (beri) ke saya pun saya tak ndak. Jahitannya tak berapa halus. tetapi posting ni bukan pasal posting crosstis yang kasar buatannya tetapi pasal komunikasi dalam rumahtangga.

Kita kembali kepada tajuk. Kata seorang kawan perempuan (yang juga tak kawin-kawin) kononnya dia ada membaca yang komunikasi akan menjadi semakin penting apabila pasangan semakin tua. Oleh itu katanya janganlah pilih sangat yang cantik atau kacak. Lama-kelamaan bila dah hilang cantik dan kacak sakit bukan hanya di mata tapi di hati juga...katanya panjang lebar.

Setelah saya tahu keadaan rumahtanganya begitu... eloklah saya rasa saya undur diri. tak elok saya rosakan percutian saya, saya harus berada di tempat yang nyaman dan real, bukan di alam sandiwara atau bangsawan. Saya pura-pura esok kena balik. Kononnya saya kena masuk kerja awal sebab tiba-tiba sebab boss panggil nak gi buat marketing ke Port Dikson.

Saya tahu kawan saya pun tahu yang saya menipunya sebab masa nak balik dia minta maaf banyak-banyak pada saya dan katanya " Bila keadaang `reda' mung marilah pulok".

" Reda bila gambar crostis tu tak dok doh? he he he" Saya jawab sambil berlawak. Lawak sinis sebenarnya...

Jan: ...teringat kata-kata kawan saya tersebut semasa dia hantar saya ke stesyen bas "skimang kalu mung nok kawin nanti jumpa aku, aku nok wi sarahang dua jang (dua jam)..."

Tuesday, July 6, 2010

Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella



Berulang Kali Kumencuba
Memujuk Hati
Lupakan Semua
Kenangan

Namun Mimpi Bertemu Lagi
Di Saat Engkau
Tiada Di Sisi

Ku Berpegang Pada Janji
Tercipta
Antara Kita Dulu
Hilangmu Tiada Berganti
Biarlah
Begini.....

Ku Belayar Di Lautan
Tidak Bertepian
Sesekali Disedarkan
Ombak Yang Mendatang
aku Seperti Hilang
Punca Arah Dan
Tujuan...

Aku Puisikan Namamu
Bersama Rindu
Di Dalam Sendu





Coretan:

Kalau balik kampung saya suka berkaraoke lagu Gemilang nyanyian Ella. Najib anak saudara saya tingkatan satu pun suka lagu-lagu Ella. Dia suka nyanyi lagu Rama-rama.
Lagu Ella daripada dahulu sampai sekarang banyak yang evergreen. Dia meletop semasa saya remaja, dan terus diminati generasi muda seperti anak saudara saya. Saya ada beli VCD terbaru karaoke Ella yang bertajuk Rama-rama. Terlentuk-lentuk lembik Ella kalau menyanyi lagu rock balek.
Tetapi akhir-akhir ini saya suka pulak beralih arah kepada lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah. Namun dalam youtube saya dapati dah ada dua versi. Rasanya versi asal lebih saya suka. Versi terbaru nyanyian Ella terlalu lara dan lembik. Pendapat orang lain saya tak tahulah.
Irama lagu ni simple sahaja tetapi mendayu-dayu, merayu-rayu. Irama yang sesuai yang berupaya mewakili perasaan yang rayukan kententeraman jiwa kembali demi kesihatan sebuah hati...wow!
Jom kita prosakan lirik yang simple ini. Lirik ini menceritakan orang bercinta dan putus cinta (tema biasa sejak zaman kucing kirong). Daripada lirik kononnya dia selalu cuba nak lupakan apa yang telah terjadi. Nak padam segala kenangan (mungking nak bina hidup baru tu...he he he). Dia selalu cuba nak melupakannya tetapi gagal sebab asyik terbayang je jugak.
Atas apa yang berlaku dia masih lagi sayang dan setia, akan mensayangi sampai bila-bila. Tak apalah hidup sunyi sepi sendiri kononnya sebab dia sudah berjanji dulu kasih sayangnya hanya untuk si kekasihnya saja. Maklumlah ketika berkasih semuanya pandai berjanji, kalah ahli politik tanah air kita.
Daripada lirik juga kita dapat cium perasaannya yang seolah sudah berputus asa... `Ku belayar di lautan' tu bermakna ku menjalani hidup yang luas ini. Laut tu simbolisme bagi kehidupan yang panjang dan luas ni (jangan kita terbayang perahu atau kapal pulak). Katanya biarlah dia sendiri tempuh kehidupan ini (walaupun dia sendiri mengaku adakalanya kadang-kadang naik bingung dan terduduk jugak dibuatnya).
Sebab itulah nama lagu ni sepi sekumtum mawar merah, bukan mawar biru atau warna lain. Maknanya kasih sayang masih membara hangat tetapi setaka itu jelah sebab tak ada jodoh, atau sebab kekasihnya sebenarnya adalah `kambing'.
Dan pada rangkap akhir, dia kata juga nama kekasih itu sudah seirama dengan nada rindunya yang kini memang mahu dia lupakan...(pulak dah).
Jan: Love song only mixer of beauty words, created by imaginarious person (who's lost the true meaning of life? he he he)

Dia berani...

Kejadian ini berlaku sudah lama semasa saya amat muda dan amat remaja. Seorang kawan baik saya yang suka bercakap, mengkaji dan arif benar mengenai perempuan telah tidak semena-mena membeli sejambak bunga mawar. Dia terus memberikannya kepada seorang gadis yang agak manis yang ada berdekatan kami.
Kejadian itu berlaku di hadapan saya apabila kami sama-sama berjalan-jalan makan angin nak tengok orang meraikan hari konvoi.
Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya tergaman. Dia amat tangkas meninggalkan saya terpinga-pinga meluru ke gerai bunga membeli bunga mawar dan terus menuju untuk diberikan kepada gadis tersebut. Saya perhatikan mukanya bahagia amat. Dan gadis itu pula menerima bunga mawar yang merah menyala itu dengan senang hati. gadis itu sporting dan tidak gabra. Tidak semua orang lelaki yang memberikan bunga inginkan seks sebagai imbuhang, ada juga segelintir benar-benar ingin menghargai keayuan gadis kan?.

Sehingga ke hari ini saya tidak mempunyai keberanian untuk memberikan hadiah sebegitu. Kalau saya suka kepada seseorang saya akan pendam sahaja hingga ke final year, hingga bila dia datang konvoi bawa tunang dia...he he he.
Saya anggap kawan saya sangat berani dan tidak hairanlah 3 tahun selepas itu pada hari konvoi kami, kawan saya perkenalkan tunangnya yang cantik, orang Kelantan. cantik, ayu, kulit putih dan licin macam epal, dan hidung mancung. Terdetik dalam hati, bertuah sungguh kawan saya tersebut... Kawan saya tidak berapa handsum sangat tetapi punyai keberanian dan skill memikat. dia memang jenis menghargai perempuan, rela dan berani menerima perasaan dan memberikan perasaan.

Saya pula walaupun agak handsum (perasan lebih!) lebih rela memberikan hadiah coklat atau buah. Semasa hari sahabat di UM dulu saya sudah pesan awal-awal kepada sesiapa yang nak berikan hadiah supaya pilih coklat atau buah, bukannya bunga. Saya siap beritahu mereka bunga bukannya boleh dimakan ( mungkin sebab itulah saya tak ramai kawan semasa di UM, he he). Saya entah apa-apa... Namun adakah sebenarnya saya takut jika menerima bunga?

Jan: Sebab bunga adalah lambang komitmen..., apatah lagi sekuntum mawar merah...

Monday, July 5, 2010

Bahasa bunga mawar...

Seumur hidup, saya tidak pernah mendapat bunga mawar sebagai hadiah. Saya juga tidak pernah menghadiahkan bunga mawar kepada sesiapa atau mana-mana pihak pun, saya bukan Mat Bunga.
Namun saya akui kedudukan tinggi bunga mawar di antara bunga-bunga lain. Bunga mawar istimewa, contohnya warna bunga mawar kononnya mewakili pelbagai perasaan yang ada dalam diri manusia. Siapa yang mula katogerikannya Allahualam...saya tak tahu.
Kompleks menjadi manusia, semuanya ada cara dan kaedah, kita tidak boleh pakai main hentam saja. Kita tidak boleh sesuka hati je beri bunga mawar kepada manusia lain...kita harus kaji situasi dan keadaan baru cari warna mawar yang sesuai, contohnya:

Mawar biru...

Katakanlah setelah lapan kali selama lapan minggu berturut-turut kita buat lawak bodoh di meja kerjanya (sambil menungkat dagu ala mancho tetapi manja di partisen) untuk mengambil hatinya. Kita pakai tai yang kena dengan kemeja, dan kita juga tak lupa wangian setiap hari namun masih tidak di pandang pun apatah lagi dilayan ala mesra.

Pada masa ini bolehlah kita give up sahaja cara gentleman. Kita persembahkan mawar unggu sebagai tanda perasaan kita. Maklumlah kita tak berharta, tak ada pelajaran tinggi, rupa pun seperti tin biskut Giant. Pendek cerita seperti melukut di tepi gantang, ada tak menambah, tak ada tak mengurang kepadanya.... Sedangkan si gadis miliki segalanya hingga nampak sangat antara kita dengan dia bak telur dengan gagak... (Gagak tu lah kita...he he he).

Sesuatu yang kita ingini tetapi tak dapat dicapai diwakili oleh warna unggu mawar tersebut. Warna unggu ini bukanlah warna original mawar tetapi hasil daripada kacukan pelbagai spesis mawar.

Mawar merah

Sesiapa yang ada kekasih atau pasangan (Kalau tak ada tu baca jelah macam selalu, he he he. Macam saya la, hu hu hu.) bolehlah berikan mawar merah sebagai tanda asmara yang bergelora, panas membara mengembara, hangat menyala di sepanjang hubungan itu.
Kalau kita jenis muka tak malu dan mahu lahirkan perasaan tersebut kita kenalah pilih warna merah tentu si penerima akan arif tentang maksud di sebaliknya. Tetapi jika si penerima jenis tak belajar atau tak baca punya orang tentu sukar... Tetapi maksud mawar merah sebagai tanda cinta yang membara budak tadika kemas pun memahaminya, inikan pula kita yang tua bangka.

Mawar merah jambu

Warna pink atau merah jambu ni pulak kononnya lambang bahagia dan ceria. Rasa syahdu berlapis kegembiraan, aman dan tenteram. Dalam masa yang sama boleh mewakili perasaan berterima kasih atau menghargai. Maka kalau seorang perempuan tiba-tiba menerima mawar warna merah jambu daripada jejaka yang handsum, jangan terus perasan ya...he he he.

Kalau kita kemalangan ditimpa lori balak, insyallah orang ramai boleh tolong angkat balak yang menindih...tetapi jika dah ditimpa perasan, tiada siapa yang dapat menolong dah...

Mawar unggu

Unggu mewakili pesona kecantikan dan kesempurnaan. Katakanlah kita ada dekat dengan kedai bunga dan ada pulak si gadis yang lalu persis macam Angelina Jolie atau Aishwarya Rai, bolehlah kita ambil yang unggu (bukannya yang merah) untuk di berikan kepada gadis tersebut (jangan lupa sertakan juga nombor handphone terbaru...yang bank tak boleh kol, he he he).
Sebabnya dalam bahasa mawar, warna unggu kononnya mewakili cinta pandang pertama (tapi mungkin kali yang ke 20 kot). Dan kemudiamnya jangan lupa beri mawar yang warna biru pulak, he he he tak kanlah dia nak ke kita kan? Kita siapa laaa sangat..


Mawar kuning

Katakanlah pada suatu petang semasa kita mahu pergi ambil bini kita di tempat kerjanya, kita nampak bini kita berbual mesra dengan seorang pemuda tepi koridor tempat kita selalu jemput dia. Pemuda itu pulak lebih tegap dan berupa berbanding kita... Sebagai suami patut benar kita hadiahkan mawar kuning kepada isteri kita (bukan pemuda tadi!) sebagai mewakili perasaan cemburu di hati. Janganlah terus sembur dan basuh bini kita kat koridor itu jugak. Mentang-mentanglah bini kita kena patuh tak bolehlah kita kata sesuka hati sebab dia pun ada perasan jugak.
Kalau kita hadiahkan mawar warna kuning ini tentu dia rasa kembang, masih dihargai dan masih diingini. Kita juga dapat membugarkan kembali perhubungan suami isteri yang semakin lesu (setelah lebih 5 tahun bersama berkelamin).

Mawar putih

Mawar putih tanda kesucian, ketulusan, hormat dan sanjungan. Ada lagu Kak Pah yang bertajuk mawar putih untuk mama. Pada hari ibu atau hari lahirnya, boleh kita berikan kepada ibu kita sebagai wakil perasaan kita terhadapnya, kalau nak lebih okey berikan bersama seuntas gelang tangan berharga RM3K lebih ke atas...he he he.

Kalau terima mawar hitam macam mana ya? Senang sahaja ada dua cara... Pertama sediakanlah sekotak tisu dan sekeping DVD tajuk `Titanic'... Kita letakan mawar hitam itu di sebelahan sofa L tempat kita duduk. Kita pasang lilin wangi dengan cahaya yangs amar-samar. Sambil layan cerita tu hayatilah kata-kata Jack, You jump, i pun jump... Tapi dalam kes cinta kita, hairan ya dua-dua dah jump kita je sorang yang lemas, he he he.

Kaedah kedua? Cari sejadah...

Mawar hitam sebenarnya mewakili kematian perasaan hati di dalam suatu perhubungan... Aduhai...


Mawar hitam

Jan: Tetap dengan seribu mawar...

4 - 0

2 -1, itulah jangkaan majoriti kawan-kawan saya. Argentina akan menang bila lawan Jerman. Saya pula gatal-gatal buat 2-0, kononnya pasti Jerman kena belasah. Saya katakan lagi Maradona berpengalaman sebagai pemain dan apabila menjadi pelatih ia akan banyak membantu kemenangan pasukan.
Saya yang buta bola ni juga beritahu Maradona (yang dulu agak hendsum) itu tentu dekat dan mesra giler dengan pemain-pemainnya. Tentu bukan sahaja semasa latihan tetapi semasa sama-sama makan nasik bungkus dan air sirap di tepi padang dia curahkan segala skill dia kepada pemainnya, dia tahu bagaimana nak bawak Argentina menjadi juara. Saya yakin sangat Argentina memang.
Tetapi namanya sudah ramalan, bila saya tengok pada malam tu...keputusannya 4 - 0. Memang bola itu bulat. Separuh masa pertama pening kepala saya dibuatnya kerana bola mata saya terpaksa berkejar ke sana-ke mari di skrin tv yang kecil yang nak gambarkan keluasan seluruh padang. Inilah kali pertama saya tengok bola setelah berabad lamanya. Saya cuba paksakan diri sampai habis...
Seronok juga tengok bola tetapi tidak seseronok mendengar lagu atau dapat makan free. Mungkin saya kata begitu sebab tak minat bola. Tetapi dalam tak minat itu pun hati saya berdegup kecang jugak bila ada adengan-adengan mencemaskan. dan apabila Jerman dapat sumbat gol saya buat-buat gembira.


Pada masa masa tertentu saya juga tertanya kenapa padang bola mereka nampak luas? Lebih luas daripada padang kita ke? Atau sebenarnya sama saiz je?
Dan saya juga ditunjukan gambar Maradona yang tak duduk diam sepanjang perlawanan tersebut. Pun pada masa itu selalu juga ditunjukkan sorang perempuan pertengahan umur yang ke hulu hilir kononnya resah. Entah sapa ya?


Bagi saya yang buta bola ni saya dapati permainan Argentina kasar berbanding dengan German yang gentelman. Entahlah mungkin di mata saya sahaja sebab saya tak tahu sangat pasal bola-bola ni...
Jan: Ada juga pemain jerman berkulit hitam rupanya...ingatkan orang putih belaka...

Kelas pertama semester pertama...

Biasanya saya mengajar Malaysian Economy kepada pelajar semester 5, cuma kali ini pertama kali mengajar pelajar semester 3 subjek Micro. Pagi tadi kelas sudah bermula.
Sebenarnya subuh sunyi pagi tadi saya dah berdoa semoga semester ini lancar belaka... saya tahu saya taklah hebat mana berbanding dengan pensyarah lain...
Masuk tadi seperti biasa hanya beberapa orang sahaja pelajar lelaki, mojoritinya pelajar perempuan. Kalau tidak silap saya 60% pelajar di IPT adalah perempuan. Baguslah biasanya pelajar perempuan lebih hard working berbanding pelajar lelaki. Tetapi bilangan pelajar lelaki yang sedikit itu biasanya pandai-pandai belaka, kaki score.
Seperti biasa kelas pertama saya serius sikit, saya pakai coat, he he he rasa macam peguam syariah pulak. Saya tak banyak buat lawak kerana asyik tekankan betapa subjek ini mencabar dan perlu banyak latihan matematik. Kalaulah Kamal Azie (kawan saya di tempat kerja lama) tahu saya mengajar Micro yang banyak pengiraan ni tentu dia tak percaya, he he he. Saya bab-bab mengira tak pandai mana...
Dalam kelas pertama ini saya ceritakan maha pentingnya subjek ekonomi. Malah sempat saya lontarkan soalan " Ada ke subjek lain yang lebih penting daripada ekonomi?". Terus saya ceritakan mengenai isu household sampai ke peringkat national income. Saya buat-buat tahu banyak perkara, biar mereka impress sikit....he he he.
Saya bertanya kepada pelajar adakah mereka pernah belajar subjek ekonomi setakat ini. Saya dapati ada segolongan pelajar yang baru pertama kali ambik subjek ekonomi sebab semasa SPM, diploma mereka tidak ambil ekonomi asas. Bayangkan mereka terus belajar pada peringkat ijazah. Mereka tidak pernah ada pendidikan formal ekonomi. Perkara ini sebenarnya telah diberitahu oleh ketua subjek kepada saya sebelumnya...
teringat saya dulu semasa belajar di UM, walaupun sudah belajar ekonomi di peringkat STPM dan dapat prinsipal tetapi masih terkial-kial bila masuk kuliah...
Harapan saya kepada pelajar ialah mereka dapat ilmu ekonomi yang banyak daripada subjek ini. Dan semoga mereka enjoy kelas saya. Saya tak naklah suasana tegang antara pelajar dan pengajar macam hubungan suami isteri dalam pantang, he he he. Sebab matapelajaran ekonomi sedikit kompeleks kepada mereka.
Jan: Dulu semasa menjadi pelajar tak suka mikroekonomui, suka makroekonomi...

Friday, July 2, 2010

Hak jiran kita...

Kalau kita hidup berjiran kita kenalah tahu hak jiran ke atas kita. Kita kena ambil tahu akan kemungkinan perasaannya. Kita tidak boleh sewenangnya pentingkan diri. Jiran di hadapan, di sebelah atau di belakang rumah kita itu juga hidupan pintar tahap 5 seperti kita, dia pun ada perasaan. Namun ambil tahu bukannya galak nak tahu semua hal peribadi tetapi ambil tahu haknya sebagai jiran terhadap kita.
Apabila tinggal di kawasan perumahan tentulah hak-hak ini semakin dituntut. Kalau tidak buatlah rumah kita sebijik atas bukit jauh daripada orang ramai atau buat rumah di dalam hutan, berjiran dengan tapir...sebab sebagai manusia kita kena ambil berat terhadap sesuatu apabila hidup berjiran, iaitu:
Pertama sekali kebersihan. Kita kenalah jaga kebersihan rumah kita terutama laman kita. Dalam rumah kita lantaklah kita nak buat macam mana tetapi di bahagian luar kita kenalah juga menjaganya. Di sekeliling rumah kita ada hidupan lain (jiran kita).
Janganlah pelihara lalang atau semak belukar kerana dikhuatiri jadi tempat kala jengking atau lipan yang mungkin merayap masuk ke laman rumah jiran kita. nanti ada ular pulak yang tersembunyi main cak ku cak di laman kita. Paling dasyat kita bela nyamuk aides, selisih malaikat 46!.
Dan janganlah selamba lepar bungkusan maggie, minyak masak kotor dan kaca pecah ke laman orang!. Orang kampung pun dah tak buat perangai begitu. Kesian laman jiran kita yang ditanami manggis dan rumput tersebut. Walaupun dia tidak tinggal di rumah tersebut dan hanya datang sekali sekala hujung minggu sahaja tetapi itu bukan tiket untuk kita lakukan tabiat buruk kita. Kalau gatal sangat nak buang, buang saja di halaman sendiri.
Kedua mengenai hak bersama...Pagar rumah memang dikongsi kiri kanan dan pagar di belakang juga. Maka status pagar tersebut bukannya milik abadi masing-masing hingga ke hujung nyawa. Janganlah pagar tersebut dibuat tempat sidai kain, sakit mata memandang. Sebenarnya ada dijual tempat sidai kain kat kedai, ada yang siap beroda. Alah tak kan lah tak mampu beli sedangkan rumah mampu direnovek dan ada miliki beberapa buah kereta.
hakikatnya, walaupun tak banyak untung dari segi material, tak ada ruginya jika kita berbaik sesama jiran. Berbaik bukan bermakna kena akrab atau bertepok tampar tetapi menghormati haknya. Kalau kita selalu pentingkan diri, kalau terjadi apa-apa jiran kita tak akan bertolak ansur lagi dengan kita.
Dan ingat jiran kita itu walaupun tidak berkahwin beliau mungkin seorang yang sangat menjaga kebersihan dan pencari kesempurnaan hidup. Dan nanti apabila beliau membina tembok setinggi 8 kaki di sekeliling rumahnya... janganlah pula tuduh dia tak nak berjiran kononnya. Huh!
Jan: Teringat kes seorang pensyarah/penceramah agama (kini ahli politik) yang menyaman jiran kerana kematian rumput karpet yang disayanginya...

Thursday, July 1, 2010

Semester baru dan subjek baru...

Minggu hadapan Semester 1, Academic year 2010/2011 akan bermula. Semester hadapan berbeza sedikit kerana saya dikehendaki mengajar subjek baru. Khabarnya saya menggantikan seorang kawan yang beranak pinak.
Sesekali fikir, pelik juga walaupun dah 15 tahun bergelumang dengan dunia pendidikan tetapi sentiasa ada subjek baru yang hendak diajar. Tahu sahajalah bila terima subjek baru banyak yang kita kena bersedia. Kita kena semakin banyak membaca lebih daripada pelajar.
Apa-apa pun saya bersikap positif kerana itu menandakan saya `bergerak' ke hadapan. Lagipun saya harus bersikap positif kerana ramai pelajar bergantung kepada saya. Saya harus tunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua jabatan sedaya upaya.
Menyentuh soal sikap penerimaan terhadap subjek baru, daripada dulu saya cuba bersikap positif di mana saya akan cuba. Suatu ketika dahulu, setiapkali menghadiri temuduga selalu saya tekankan saya akan cuba sedaya upaya dan boleh mengajar banyak subjek dalam bidang ekonomi (kecuali yang terlalu banyak pengiraan, he he he). Dan untuk subjek lain di luar bidang, saya tidak akan menerimanya walaupun subjek agama (he he he, walaupun tiada pengiraan).
Kadang-kadang kita tidak tahu sesuatu yang baru itulah akan membawa kepada perubahan yang positif. Kalau kita statik sukar untuk kita ke mana-mana. Masih saya ingat lagi semasa menjadi pensyarah di Kolej Shahputra Pekan, apabila ramai pensyarah lain menolak untuk mengajar subjek Ekonomi Malaysia untuk programe UNITAR, saya rela ambil subjek itu dengan senang hati. Terima dan rela atas alasan ingin mencuba (dan atas alasan tak banyak matematik, he he he). Dan nak dijadikan cerita, 5 tahun kemudiannya apabila UNITEN mahukan pensyarah Ekonomi Malaysia, saya terpilih untuk memenuhinya kerana ada pengalaman mengajar subjek tersebut. Alhamdulilah, Allah maha besar ...(unsur agama).
Namun tidak dalam semua perkara saya berani untuk mencuba dan hadapinya... Hanya dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja.
Sekian.
Jan: masih tidak berani untuk cuba bercinta lagi...