"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 30, 2009

Alias Deris: Boleh Tanya Tak?

Walau dugaan silih berganti,
Dia tetap teguh berdiri,
Sehingga terungkapnya kebenaran


Itulah antara ungkapan kata terpang-pang di cover novel `Boleh Tanya Tak?' karya Alias Deris yang diterbitkan pada tahun 2009 (cetakan ke 2). Novel ni bukannya novel remaja atau akhir remaja (macam saya ni) tetapi untuk awal remaja iaitu dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun.

Ni hah cover bukunya... Ada lambang LOVE tapi bukan pasal cintan...

Saya menyambarnya bersama novel `Zizan atau Zidane' (juga karya Alias Deris) di sebuah kedai buku kecil, di sebuah daerah terpencil...Muadzam Shah.
Pun begitu saya juga membacanya. Masa nak tidur tu... masa kelebek-kelebek buku-buku, tangan saya mencapai novel `Boleh Tanya tak?'. Saya membacanya sehingga lewat pukul satu pagi baru habis, he he he. Baca semasa nak tidur. Mulanya ingat tak akan habis membacanya tetapi persoalan mengapa Sherrina begitu terluka setelah dihina di sekolah menyebabkan saya mahu tahu. Kesian dia baru bertukar sekolah dan terkena musibah pulak. Dan saya nak tahu jugak apa Edly buat sehingga Sherrina begitu terluka. Maka saya terus membaca daripada satu muka surat ke satu mukasurat sehinggalah tak sedar ke mukasurat terakhir, 151.

Novel ini bukannya kisah cinta. Temanya adalah persahabatan. Banyak persoalan mengenai nilai-nilai persahabatan diungkapkan di dalam novel ini yang secara langsungnya memberikan pengajaran dan moral yang indah kepada pembaca.

Persekitaran dan lokasi banyak berlegar di sekolah dengan ramai kawan lain yang membawa watak sampingan yang pelbagai bangsa (satu Malaysia), begitu juga gurunya yang berkonsepkan satu Malaysia juga. Best jugak cerita ni kerana ia berjaya membawa saya ke alam persekolahan dulu, tiba-tiba syahdu rasa...(pulak dah).
Sebagai pengulas novel awal remaja yang tersohor (konon tersohor tapi ni la kali pertama ulas novel dalam hidup, he he he) saya sangat berpuashati dengan persembahan yang menepati ciri-ciri novel awal remaja terutamanya plot bergerak cepat, banyak dialog dan pendek dialongnya, bahasa mudah dan segar, ada adengan lucu, klimaks yang tak melampau, suasana persekolahan dan world view lingkungan pemikirannya awal remajanya.
Saya rasa lucu pulak watak cikgu Nordin yang memberi komen kepada pelajarnya macam Roslan Aziz Malaysian Idol dan Cikgu Norasyid macam Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia...bila memberi komen terhadap persembahan para pelajarnya...(M/s: 109, Prg: 2, 4). Ia menimbulkan rasa real je bila membaca buku ni, mendekatkan kita ke alam cerita.
Namun penulisan ini saya fokuskan kepada unsur-unsur penerapan agama di dalam novel ini. Unsur agama yang saya maksudkan di sini ialah bukan sahaja melalui perkataan tetapi juga situasi dan adengan yang menyematkan pembinaan insan yang mulia. Ada di antaranya tidak dinyatakan secara terangan tetapi ia memang salah satu amalan dan tuntutan agama. Contohnya apabila Zubaidah terpenyek kerengga, lihat di bawah:
''... kerengga yang kecil itu juga makluk ciptaan tuhan. Kerengga itu barangkali mempunyai keluarganya sendiri. Apakah nasib keluarganya nanti? Alangkah malangnya....'' (m/s: 11, Prg:4).
Agama mengajar kita ambik kisah mengenai makluk ciptaan yang lain sebagai suatu makhluk juga yang ada hak untuk hidup. Kita ni sibuk 24 jam, mungkin kita terlepas nak mengajar anak banyak perkara mengenai kemanusian, di sinilah saya melihat peranan Alias Deris mewakili pihak kita (kita yang sibuk cari duit dan bergaya 24 jam ni kan? He he he, jangan terasa sebab mungkin betul apa yang saya kata ni!).
Begitu juga terdapat peristiwa apabila berlaku kematian ibu Tasbeeh (kawan baik Sherrina), digambarkan adat menziarah memang diamalkan bersama amalan saling membantu antara satu sama lain. Mak Cik Jah ini adalah jiran terdekat.
''Mak Cik Jah menutup semula kain yang menutupi jenazah ibu Tasbeeh yang diselaknya tadi. Tasbeeh sebolehnya tidak ingin melihat emaknya dalam keadaan begitu. Dia sedar ketentuan ilahi. Cuma tadi dia tidak mampu menahan kesedihan. Segala-galanya berlaku dengan pantas.'' (m/s:72-73, Prg:7,1).
Begitu juga dengan dialog yang mengajar awal remaja supaya bertimbang rasa, menghormati waktu amalam agama individu lain, garib-garib buta mana boleh telefon rumah orang:
'' Sherina, kenapa menelefon ke rumah orang waktu magrib begini? Tunggulah selepas solat nanti. Nanti terganggu pula orang di sana,'' Sapa puan Salmiza secara tiba-tiba sambil menegur perbuatan Sherrina itu.'' (m/s: 125, Prg:1).
Banyak lagi unsur agama dan moral yang diterapkan dan disematkan dalam novel ini terutama pergaulan antara lelaki dan perempuan yang mesti terkawal, semangat kerja sama berpasukan dan menolong antara satu sama lain.
Saya berpendapat pada peringkat awal remaja pembinaan minda haruslah kuat diisi dengan banyak panduan. Agama adalah salah satu sebagai panduan hidup (bukan bebanan). Semua pelajar boleh rajin belajar dan menjadi somebody suatu hari nanti...tetapi mestilah menjadi somebody yang terisi pembinaan mindanya daripada awal. Jika tidak bina jambatan, jambatan runtuh, bina stadium, stadium runtuh (no komen, he hehe) atau kerja bank, buat lari duit...he he he.
Novel ini saya akan poskan kepada anak saudara di Besut, sebagai tambahan kepada koleksi buku cerita-ceritanya. Saya juga akan terus membeli karya Alias Deris untuk anak-anak suadara kerana dalam karyanya banyak unsur penyerapan dan pembinaan jati diri ke dalam para pembaca. Penyerapan secara bijak, kuat dan segar. Apalah sangat menghabiskan sedikit wang untuk pembinaan minda anak-anak kita kan? (opps...anak saudara juga, he he he).
Sesekali asyik dok mengodar Pizza untuk makanan perut anak-anak, apa salahnya kita sekali sekala mengodar buku untuk makanan minda otak anak-anak, kan?...
Jan: Teringin sangat nak buat novel bertajuk `Puaka', tetapi bukan novel seram, novel pasal kecurangan dan tragis kasih tak kesampaian...

Tuesday, September 29, 2009

Antara gambar terbaru...

Gambar 1: Bergambar bersama kayak besar macam perahu, eh kayak ke?

Gambar 2: Kat kaunter depan, betul-betul tengah bangunan membulat.
Gaya buat-buat letak tangan konon.

Gambar 3: Gambar sama demgan gambar 2 tetapi guna shot jauh.
Gambar 4: Duduk dengan gaya Gajah Kempis
(sesuai untuk orang berisi, duduk dengan perasan kurus, lepas tu silang tangan ke depan biar tak nampak kembang)

Gambar 5: Gaya biasa, terlalu amatur. Tangan kanan buat2 pegang pagar dan tangan kiri lagi buat2 baiki baju. Kaki jangan lupa silangkan!)


Semua gambar dipukul kat UNITEN Putrajaya. Sebab itulah tak berani la nak pose sangat. Air muka kena jaga, nanti malu pulak dekan. Ni pun pukul bila tak ada orang lalu lalang.
Jan: Gambar-gambar kita hanya tinggal kenangan, kau memang puaka!

Gambar kenangan mak sakit...

Ni gambar serius
(mak sempat lagi main sms, he he he)
Ni gambar lawak
(mak saya tanpa make up, tanpa gigi palsu. Saya tanpa make up juga tapi bergigi asli, he heh )

Walaupun mak saya sakit, saya tetap pukul gambar menggunakan hanya handphone. Saya sentiasa sahaja menggunakan kesempatan bila nampak mak saya ok, saya terus buat hal nak pukul gambar. Saya tidak hiraukan jururawat atau pesakit di sebelah. Bukannya saya pose maut.

Mak termenung ingatkan ayah...he he he


Proses mengurut dijalankan dengan giat.

Di rumah lebih selesa sebab saya boleh jaga semahunya. Di wad perempuan, lelaki tidak boleh masuk semahunya. Dan tidak boleh teman pesakit perempuan bermalam walaupun bini sendiri. Ya lah kan, kalau kita temankan bini kita, apa kata perempuan lain kan? Tentu mereka cemburu pulak suami mereka tak temankan, he he he gurau je (Tentulah tak selesa).

Terbaring kat luar depan tv
(drama bersiri indonesia punya hal, mak saya peminat setia)


Mak tidur di bilik saya, saya tidur di luar depan pintu bilik.


Begitulah sedikit sebanyak gambar mak saya yang sakit dan itulah juga antara gambar terbaru saya (nak jugak...heheh).

Jan: Kira ni album keluarga pulak dah.

Awali minat membaca...

Sebagai hadiah tambahan kepada duit raya, saya dah berjanji kepada anak-anak saudara saya mereka akan dibawa ke kedai buku dan boleh membeli buku. Mereka boleh sambar beberapa banyak buku yang mereka hendak tetapi limitnya hanya RM200 seorang sahaja.
Pengumuman tersebut dilakukan di hadapan kaum keluarga bukanlah semata mahu menyohol atau saja nak impres mereka tetapi mahu memberitahu bahawa tiadalah yang lebih baik daripada menyuburkan minat membaca pada peringkat awal.
Namun selepas raya pertama, saya tidak sempat membawa mereka ke bandar yang semakin berpesat maju iaitu Jerteh, Besut, Terengganu. Maklumlah selepas hari pertama raya, makin rancak aktiviti. Jumpa kawan-kawan dan bekas pelajar. Dan raya ke empat saya mesti balik Muadzam dah.
Saya kembali ke Muadzam bersama ayah dan seorang anak saudara saya yang baru sahaja habis menjalani UPSR. Saya minta ayah saya singgah di Kuantan nak pergi ke kedai buku Megamol. Di situlah saya suruh anak saudara saya memilih bukunya. Saya cadangkan beli buku cerita untuk dibaca sebagai membuka minda.
Saya pula memilih buku pilihan saya (nak jugak). Saya beli beberapa buah Kamus Dewan. Lama dah teringin nak beli. Sempat jugak saya sambar sebuah buku masakan yang tebal, he he he. Setelah saya anggar jumlah terkumpul sudah mencecah RM400 lebih, saya hentikan proses penyambaran buku-buku tersebut dan terus ke kaunter.
Jumlah bukuan tersebut RM425. Saya rasa tak mahal sebab semasa bekerja di Kolej Shahputra saya pernah beli pasu (pasu hiasan letak atas kabinet) berharga RM360 satu. Saya beli sepasang!.
Jan: Belilah buku, belilah buku dan belilah buku.

Monday, September 28, 2009

Dua kali je...

'' Ya allah betul ke ni ? '' Saya buat-buat terkejut selepas guna unsur agama (`ya allah' tu tadi). Memang saya kesian betul kawan baik yang satu ni.
Memang masa kat U dulu dia kaki perempuan, playboy. Saya tak tahu kenapa lelaki yang suka tukar perempuan kita panggil playboy, tetapi saya tahu lelaki yang selalu naik kuda kita panggil cowboy.

'' Dia beri dua kali je Man...'' Kawan saya tadi membuat penegasan kali ke dua, bernada sedih dengan muka sedih bagai Anita Sarawak kehilangan set make-upnya... Dia merenung ke luar jendela dengan pandangan yang kelat. (Begitu hebat ya penangan tak mencukupi seks dalam alam rumahtangga?)

'' Kan bulan ramadhan kalau buat seks dapat pahala kan? Tak bulan ramadhan pun suami isteri kalau buat seks dapat pahala kan?'' Saya buat-buat tanya lagi dan lagi, he he he. Sambil tangan saya ligat membuka balang biskut yang pelbagai rupa bentuk (tetapi rasa hampir sama, he he he, huh!).

Saya tidak berpengetahuan mengenai berapa kalikah sepatutnya orang yang berkahwin buat hubungan seks dalam seminggu, dalam sebulan. Tetapi tak kan tiap hari kot.

Yang saya yakin, pasti dan amat tahu ialah seks amat penting dalam hubungan rumahtanga, ia sebagai makanan emosi pasangan masing-masing.

Sebenarnya saya terpaksa melayan minda kawan saya yang bercuti khas selama 2 hari untuk jumpa saya, minta pendapat. Dia cakap isterinya beri dua kali je sepanjang bulan ramadhan (itu pun dia terpaksa tarik rambut masuk bilik).

'' Pujuklah dia molek, beri hadiah ke?'' Saya pulak beri cadangan, macamlah pakar sangat cara-cara nak dapatkan seks daripada isteri. Susah juga ya dalam berkeluarga, kena ada ilmunya. Kalau kita main senang je, akan membahayakan perhubungan dalam jangka masa panjang.

'' Mung goda dia tak, sebelum nak dapatkan seks? '' Saya tanya lagi sebab saya rasa walaupun dia isteri kita kita kenalah buat drama sikit, tak kan nak terkam dengan kasut-kasut (ke boleh). Kita buat-buatlah macam kucing gatal, he he he...(tak kan tu pun nak ajar kan?)

'' Atau mung pelbagaikan teknik atau buat seks di tempat lain, jangan asyik dalam bilik tidur je, pergi bercuti ke? '' Saya tanpa segan silu beri pendapat.

Sebab orang kita taboo bincang pasal seks (baca boleh, bincang tak boleh), saya pun malu jugak nak sebut dan bincang pasal seks secara terbuka. Dan saya tidak mahulah blog saya membicarakan pasal seks memanjang. Namun saya tahu masyarakat kita terutama oarang Melayu sangat kemaruk seks, kalau tak percaya tengok tajuk berita muka depan Harian Metro.

Namun saya percaya semua orang ada fantasi seksnya sendiri, apa yang dia mahu. Cuma tak payahlah nak diwar-warkan sebab kita bukannya Ning Baizura.

Teringat saya dulu seorang ustad beritahu kalau suami mintak atas unta pun kena bagi. Dan teringat juga saya kena marah sebab tanya teknik yang digunakan bila ada atas unta....he he he.

'' Mang mung tau tok atas dunia ni katil lah jadi syurga kecik kita, tapi aku raso macea ada bara bowoh katil aku...'' Dia memberitahu kesedihan dia... Saya bertambah kesian... Dia beritahu lagi sebenarnya sejak lahir anak pertama isterinya dah jadi amat dingin pada seks, sedangkan dia mengaku dia makin galak.

'' Aku rasa dia tok sayang doh ke mung...'' Senang-senang saya buat kesimpulan kepada atas sebuah rumahtangga orang. Dan saya tak peduli apa orang akan kata atas kesimpulan yang saya buat itu.

Jan: Semoga kawan saya itu mendapat seks yang mencukupi seumur hidupnya...


Sunday, September 27, 2009

Seribu mawar: Edisi raya...



Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka...




(Rangkap ke enam lirik lagu Seribu Mawar)



Jan: Walaupun seribu raya, tak bisaku memaafkan

Beberapa hari sebelum raya...

Apabila saya tiba di rumah, apabila saya buka lampu di ruang tamu... saya terperanjat besar melihat keadaan rumah terutama ruang tamu. Di hadapan tv ada tilam besar dan benda-benda yang saya rasa tak patut berada di sebuah ruang tamu. Malu pulak nak cerita tetapi jika Eric Leong tengok tentu dia pengsan.
Beginilah keadaan rumah bila mak tiada. Ayah bukan pengemas orangnya, mungkin ayah suka hidup dalam keadaan berselerak. Tetapi setahu saya ayah saya dibesarkan dengan 2 orang, orang gaji. Entahlah saya pun hairan...kalau kami adik beradik berkemas ayah nampak risau je, he he he. Tentu para pembaca tak percaya atau anggap lawak kan. Tetapi saya tak bohong mengenai ayah sendiri.
Mak yang baru masuk dalam rumah pun terkejut. Tetapi terkejut Tiara je (terkejut sikit je) sebab mak beritahu ayah ada bawa kawan-kawannya tidur kat rumah, tengok bola. Saya lihat di ruang tamu ada meja di tepi dinding tempat `buat air', siap dengan gula, milo dan tempat letak cawan! Macam pantry pulak.
Tadi kami bertolak dari Muadzam lewat tengahari, kami berbuka puasa di sebuah kedai di tepi jalan kat Penarik, bila sampai rumah dah malam. Saya letih (walaupun ayah yang bawak kereta, he he he). Saya tak perasan kawasan hadapan rumah semak samun. Bila bangun pagi melihat kawasan di hadapan rumah dan belakang rumah, sekali lagi saya terperanjat terpegun. Mungkin ayah saya pencinta alam, he he he.
(Barulah saya ingat anak saudara saya yang darjah 3 ada sms beritahu rumah macam kapal pecah dan keliling rumah semak samun ada gajah tak nampak!.)
Pagi hari pertama saya kerat pelepah pisang yang dah tua dan tinggalkan yang muda sahaja. Saya juga buang semua pokok bunga kertas dalam pasu. Saya dah muntah tengok pokok bunga kertas. Saya kosongkan pasu dan letak di pinggir rumah. Pasu yang buruk dan kotor saya buat-buat drama... saya jatuhkan pecah berkecai (dan buat-buat terkejut, he he he). Maklumlah kalau tanya mak dan ayah saya, semuanya mahu disimpan!. Berguna di kemudian hari kata mereka.
Dan akhirnya saya suruh mak panggil tukang potong rumput untuk bersihkan kawasan di hadapan rumah. Kalau saya juga yang kena mesin rumput, pengsan.
Makin jelaslah tugasan mengemas semuanya atas kepala saya. Sapa lagikan?. Adik beradik saya yang lain, esok raya baru balik ke kampung. He he he. Bila mereka balik semuanya dah tersusun rapi dan glamour, he he he. Kalaulah mereka balik awal sikit... he he he. He he he.
Saya beli cat baru untuk mewarnai ruang tamu dengan ceria. Saya beli tikar getah bertone sefamily dengan warna dinding yang baru dan tikar getah tersebut. Saya beli juga 2 kabinet letak tv dan speaker biar nampak elok dan selesa bila berkaroeke nanti, he he he.
Bayangkan dua tiga hari nak raya semuanya saya mesti buat! Dan hari ke tiganya ayah saya terpaksa panggil tukang urut ke rumah untuk urut badan saya yang dah jadi macam papan. Best jugak mengurut bila badan lenguh-lenguh ni. Pak cik tu urut seluruh badan saya daripada kaki hingga ke kepala (kecuali di bahagian sulit), di pangkal paha pun dia urut!
Lepas urut paginya saya masih lagi menyambung kerja. Cuma sesekali saya start kereta pergi tepi pantai duduk di gazebo, rehat dan merenung lautan yang biru. Memang biru tak pernah merah. Setia kebiruan...oh syahdu.
Namun segala kerja kerji tersebut berbaloi dan terubat. Saya rasa terriak sikit bila saya dengar ada para tetamu (kawan ayah saya) yang datang tidur rumah terkejut dan memuji rumah cantik bagai rumah baru dihuni. He he he.
Jan: Nasib baik ada hari raya kan...

Suatu rahmat..., suatu penjelasan.

Posting kali ini bukan mengenai hal raya-raya tempohari tetapi masih mengenai mak saya. Alhamdulilah mak saya sudah beransur sihat. Sekarang mak berada di kampung bersama ayah.
Terlanjur sudah banyak saya menulis mengenai emak saya yang sakit, terpaksalah pulak saya menceritakan sesuatu yang saya rasa perlu diberitahu. Perlu menjawab beberapa soalan, he he he. Kalau artis sudah tentu saya tempah karipap dan mee goreng, buat press konfereng.

Setelah diberitahu oleh seorang kawan saya, barulah saya tahu ada kawan-kawan saya bertanya: `Kenapa Sukiman yang mesti jaga emaknya yang sakit? `Dia (Sukiman) tak ada adik beradik lain ke? `Kenapa adik beradik lain tak datang ambil?' Ada juga yang memberi cadangan `Kat kampung kan senang nak jaga...' (macam la dia tahu pulak yang kat kampung saya tu ada orang ramai dan senang nak jaga) he he he. Lucu kan sifat manusia...

Mereka bertanya sesama mereka dan tidak pun tanya pada diri saya ini. Biasalah... saya pun mungkin jadi macam mereka juga kalau berada di pihak mereka kot.

Dulu apabila darah saya tinggi mencanak, mak saya datang menemankan saya, jaga makan minum. Saya tidak minta mak saya datang menjaga saya kerana sakit darah tinggi bukan penyakit yang sakit sangat. Bila saya dah sihat walafiat mak saya balik semula ke kampung, Besut. Itu pun ada orang selamba kata kat muka saya berdosa kerana saya memisahkan mak dan ayah saya. Senang kan kita jatuhkan dosa dan pahala 0rang kan, he he he.
Tetapi mak saya datang semula sebulan kemudian (lebih kurang) sebab nak berada dengan saya katanya, nak jaga makan minum saya di bulan Ramadhan.

Ayah saya yang hantar mak saya ke rumah saya dan ayah saya beritahu dekat nak raya dia akan datang semula ambil mak saya. Mak saya beritahu dia suka tinggal dengan saya, lagipun katanya senang dia nak beribadat (tak tahulah pula apa maksud `senang' tu).

Ditakdirkan cerita terjadi sebaliknya, mak saya tak dapat jaga saya kerana mak saya pula yang sakit. Saya yang jaga makan minum emak, juga mengurut, bertungku, picit kepala kaki dan sebagainya, he he he nasib baik tak buat SPA sekali..

Tuhan maha besar, mak saya datang niat nak jaga saya di bulan puasa. Jadi terbalik blazer pulak, saya yang kena jaga mak saya. Saya tak komplen kepada tuhan sebab saya ambik kesempatan rasa bangga dapat jaga mak. Walaupun kadang-kadang tak cukup tidur (saya kena bangun seawal 4 pagi) saya lakukannya dengan penuh kasih sayang.

Saya kena fikir positif, orang lain belum tentu lagi ada kesempatan tuhan nak bagi untuk jaga mak sakit. Yang ada mungkin jaga anak/bini/laki sakit. Saya tidak pernah fikir negatif, saya suka menjaga mak saya saki. Saya redha...

Kesakitan sendi yang dialami mak saya menyebabkannya tidak boleh berdiri atau duduk lama. Sendi dan uratnya akan sakit. Semasa balik daripada hospital tempohari pun dia masih lagi sakit dan beradoi bila duduk dalam kereta (walaupun perjalanan hanya makan masa selama 10 minit).
Jadi saya tidak benarkan ahli keluarga saya ambik mak saya balik kampung atau mana-mana dalam keadaan begini. Saya akan menjaganya sendiri hingga sembuh. Saya tidak benarkan emak saya di bawa balik ke kampung atau ke rumah adik beradik lain. Saya harap ini suatu penjelasan yang jelas.

Semasa mak saya masih segar bugar, semasa saya bekerja di Shahputra dulu. Pernah mak saya beritahu saya kalau dia sakit dia nak duduk dengan saya. Kalau boleh dia nak saya yang jaga dia. Saya tertanya juga dalam hati kenapa saya...? Kenapa saya yang jadi pilihan, bukan adik beradik saya yang lain, yang dah bersuami/beristeri dan beranak pinak. Tetapi lama kelamaan saya dapat mencari jawapannya. Terima kasih tuhan.

Pernah juga adik beradik lain nak ambik mak saya, contohnya adik perempuan saya beritahu nak datang ambik mak saya, saya beritahu mak tidak boleh duduk lama dalam kereta dan tentu bila dia sakit dia tak nak bising. Anak-anak saudara saya semuanya nakal-nakal atau saya selalu kata terlebih gula, he he he.

Saya tau ramai orang bercakap macam-macam di belakang saya. Ada yang kaitkan isu ini dengan isu saya tidak kahwin, he he he. kata mereka kalau saya kawin tentu isteri saya akan jaga mak saya. He he he pandai mereka kaitkannya. Nasib baik mereka tak tuduh mak saya sakit kerana saya tak kahwin! Namun saya tidak hiraukan sangat sebab itu asam garam kehidupan, saling mengambil tahu. Ia sesuatu yang positif jika kita berhati ikhlas.

Jan: Menjaga mak sakit adalah suatu rahmat, bukan suatu bebanan...

Sunday, September 13, 2009

Selamat hari raya...

Salam untuk pembaca...
Asalamualaikum, saya percaya walaupun saya tak ada niat memusnahkan hidup seseorang atau mahu meninggi diri, namun sebagai manusia biasa mungkin ada antara tulisan di dalam blog ini yang membuatkan pembacanya tidak selesa...

Mungkin ada penulisan saya yang dianggap tidak adil, angkuh, menunjuk atau riak.
....untuk tujuan itu saya ingin minta maaf zahir dan battin.
Saya ambik kesempatan menggunakan bulan ramadhan
dan hari raya aidil-fitri untuk memohon maaf.
(sebab kalau tiba-tiba nak minta maaf, rasa semacam pulak kan?
Tetapi memang nak minta maaf tak perlu tunggu nak raya.
Cuma dalam banyak kes orang minta maaf bila hari raya,
...atau masa nak berpisah mata...)
Semoga,
Raya tahun ini akan menjadi raya paling meriah,
paling bermakna buat semua pembaca.
Dan juga,
Semoga pembaca semuanya sihat sejahtera pada hari raya,
bersama keluarga tercinta.

Jan: Mohon maaf atas segala keterlanjuran tulis...

Tanggungjawab raya...

Saya beli beberapa pelita yang dibuat daripada buluh. Yang senang saya nak cacak pada tanah nanti. Tingginya separas pingang, nasib baik muat di dalam bonet kereta. Saya beli khas untuk anak-anak saudara saya di kampung. Kami akan main bunga api nanti, dan sedikit mercun yang berkapasiti rendah, he he he.
Sebenarnya di Besut pun ada pelita macam tu tetapi saya tetap membelinya juga di Muadzam, biar meriah sikit bila buka bonet kereta bila sampai di kampung nanti.
Anak-anak saudara saya telah bertanya bila saya akan sampai sebab mereka akan terus tidur dan berkumpul di rumah mak saya nanti. Tentu malam tu ada nyanyian karokea. Tentu ibubapa mereka akan marah dan suruh tidur sebab jam sudah menunjukan pukul 2 pagi, dan tentu ahli keluarga saya yang agak islamik akan kata baik la mengaji al quran daripada berkarokea. Saya dah cadang nak nyanyi lagu raya `Pulanglah' nyanyian Aisyah sambil teringat kepada peristiwa `setem' tu di pejabat pos bersama Adnan tu tempohari...
Bagi kanak-kanak, raya tanpa bunga api tak meriah. Sebab itulah saya beli juga bunga api. Biasanya saya akan pantau mereka bermain bunga api. Masa tu saya biasanya terjerit-jerit beri arahan yang mana kena main dulu dan giliran sapa pulak yang main. Tentu saya batuk-batuk sebab asap bunga api boleh buat saya asma. tetapi tak apa...demi kegembiraan anak-anak saudara.

Saya juga telah tukar duit raya di bank CIMB. Malangnya sampul duit raya tak ada, saya pergi ke Bank Islam hasilnya diberitahu dah habis. Saya kena pergi ke kedai jual alat tulis untuk membeli sampul tersebut. Semua sampul tersebut berharga RM13.50!. Bila balik rumah emak saya tolong masuk kan duit raya ke dalam sampulnya. Mak saya tanya `Sampul raya cantik ni untuk sapa? Saya jawab `Sampul tu pun dah RM2.50 (tiga sampul) Mak, tu istimewa untuk mak dan ayah'. Sambil saya fikir nak beri berapa ya untuk mak dan ayah tahun ini?...

Saya hanya beli sehelai seluar jeans sahaja untuk raya. Baju bergaya untuk raya dan baju Melayu, adik saya sediakan. Katanya dia beli baju bergaya saya di SOGO. Bagi saya ala kadar saja pun tak apa. Yang penting diri saya kelihatan kurus, muka tak ada jerawat dan nampak bahagia pada hari tersebut. He he he.

Kita janganlah kata raya ni tidak penting sebab kita dah besar panjang, kita kena mengembirakan ayah-ibu dan sanak saudara. Jangan pulak balik kampung asyik peluk bini/laki je dalam bilik. Buatlah party ke. I love party.

Perasan tak? Raya juga mengukur siapa kita sebenarnya... Kita melihat diri kita sendiri. Sama ada kita kedekut nak berbelanja atau kita pemurah. Kalau memang betul-betul tak ada duit tak apalah, berala kadar jelah.
Jan: Pasti hari raya ini di dalam hati rasa sedih, saya kehilangan seseorang...(pulak dah! hari raya tak baik sedih tau...!)

Friday, September 11, 2009

Ros yang kukenali...

Antara orang yang terpaksa saya berbaik-baik semasa mula-mula bekerja di Kolej Shahputra Pekan adalah Encik Ros Mazlan Noor bin Mohamad. Bila saya mula jejak kaki di kolej tersebut (2001) beliau sudah bekerja sebagai pensyarah dan menguruskan hal ehwal peperiksaan kolej.
Saya ni jenis pemalu tetapi saya berbaik-baik juga dengannya demi kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya ditempatkan supaya menolong beliau dalam urusan peperiksaan. Saya tidak sempat menolak jawatan dalam unit peperiksaan, maklumlah baru bekerja. Bila kita baru bekerja majikan letak kita kat jabatan mana pun kita redha je. Sekarang barulah saya tahu pengalaman menguruskan hal exam banyak menolong saya berurusan di tempat kerja baru, terima kasih Shahputra.
Banyak juga episod saya berkaitan dengan Rosmazlan. Ada ketikanya pada hari sabtu yang nyaman sedang saya main buih dalam bilik air. Ketika saya mandi dan memberus belakang badan... dia talipon beritahu supaya saya ke kolej secepat mungkin sebab atas urusan peperiksaan. Saya dengan kelam kabut terus capai tuala dan lap badan dengan sabun-sabunnya sekali waktu itu. he he he.
Dan saya juga ingat kenangan turun-naik van bersamanya di Kolej Shahputra Pekan bila kami ke UiTM dan mana-mana urusan di UPM. Dalam van dia selalu beritahu apa yang saya kena buat satu demi satu. Dalam van biasanya saya berkhayal dan tengok pemandangan di sekeliling. Kadang-kadang saya dengar tetapi selalunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, he he he.
Pernah juga saya menumpang keretanya dalam menguruskan kerja exam. contohnya untuk urusan peperiksaan pelajar matrikulasi di Jabatan Pelajaran Temerloh selama 2 hari. Pada masa tu saya dapat tidur di Hotel Seri Malaysia. Itulah first time saya tidur Hotel Seri Malaysia.

Orangnya tinggi berbanding saya, seingat saya semasa saya bekerja dengannya rambutnya selalu agak panjang sikit. Mungkin dia sibuk tak ada masa nak gunting pendek, atau dia memang selesa berambut agak panjang. Atau sebenarnya nampak kartun jika dia berambut pendek? He he he, allahualam. Apa-apa pun dia tetap nampak ok dengan rambut agak panjang tu.
Jarang nak tersenyum dan nampak serius jika kita tak mengenalinya. Bila mengenalinya dia pandai jugak buat lawak. Dia suka mengusik saya. Saya masih ingat lawak yang selalu dia bawa ialah kononnya ramai orang nak(minat) ke saya, saya je yang kononnya jual mahal, he he he. Saya selalu jawab balik yang siapalah yang nak ke saya (kononnya), tetapi dia bersungguh-sungguh kata ada orang yang nak ke saya, he he he. Ayat ''Orang nak ke dia, dia tak nak.'' tersebut selalu saya dengar daripadanya suatu masa dahulu.

Seingat saya dia suka berbaju warna putih dan krim. Saya tidak pernah tengok dia pakai baju warna garang. saya juga tak pernah tengok dia pakai baju kotak-kotak atau berjalur-jalur apatah lagi yang bercorak macam Wan Emril yang kadang-kadang macam nak bercuti ke Hawaii tu (he he he jangan maran Wan, ampun).

Semasa bekerja di bawahnya saya tidak pernah tengok dia marah. Kalau ada apa yang tak kena atau keadaan cemas dia diam sahaja. Itu stail dia agaknya. Saya pulak bila ada saja masalah ataupun sleak sikit masa mengurus ezam, terus bertambah kelam kabut macam pemuda segak hilang handphone.
Seingat saya, saya juga tidak pernah berbual minum dengan mesra dengannya sebagai kawan. Dia bos saya, semuanya atas urusan kerja. Minum pun atas urusan kerja. Lagipun saya tak fikir dia berminat nak cakap pasal kek pisang, madonna dan Sharifah Aini atau tupperware.

Saya pernah sekali terpergi ke rumah sewanya dulu. Saya ada melihat album gambarnya semasa di belajar di luar negara. Amboi dikelilingi gadis seksi dan montok aja. Tak sangka ya, he he he. Tetapi kata orang memang lelaki yang tinggi dan tak banyak cakap ramai perempuan minat. Sebab tulah bila saya jumpa perempuan cantik saya buat-buat serius dan tak bercakap (dan akhirnya melepas?...he he he).

Sumbangan besarnya terhadap bahagian peperiksaan tidak dapat saya dinafikan dan pertikaikan apatah lagi nak diperdebatkan. Semakin lama masa berlalu semakin banyak pengetahuan dan kemahiran yang dia miliki, yang terkumpul. Memang bertepatan ciri peribadinya dengan kerjanya sebab beliau teliti dan serius. Ciri itu penting penting dengan keperluan ketelitian kerja dan perancangan kerja peperiksaan di bahagian peperiksaan.

Dah lama juga saya tidak berjumpa dengannya, sekali sekala buka laman web Kolej Shahputra dapat tengok gambar terbaru dia. Semoga beliau terus cemerlang dengan pengurusan bahagian peperiksaannya.

Jan: Mati hidup balik tetap ingat dulu pernah terphotostep skema jawapan bukannya kertas soalan, he he he. Banyak pulak tu...

Wednesday, September 9, 2009

Orang tak nampak...

Apabila satu pasangan telah lama berkahwin, tetapi masih tidak dikurniakan anak, orang akan kata dia mandul (biasanya mereka akan tuduh pihak perempuanlah yang mandul, macamlah penyakit mandul tu hakmilik perempuan je, bukannya lelaki, he he he).
Dalam kes umur dah ranum tapi tak kawin-kawin lagi jangan ceritalah, kalau nak cerita kena buat posting khas yang bersiri, he he he.
Sedap je tuduh kita mandul padahal bila pulak dia ambil degree perubatan? Bila pulak mereka jadi pakar sakit puan/tuan?

Itulah manusia, sehinggakan seorang yang jenis hati kering (tetapi bila selalu dituduh mandul)... leleh juga perasaan akhirnya. Itulah manusia yang suka mengata dan memberi penghakiman, seolah-olah perkara tersebut tak boleh terjadi ke atas batang hidung sendiri. Sedangkan orang yang lebih sepatutnya bersyukur bukannya mengata...

Semasa saya goreng ayam, seorang sahabat sms saya untuk bercerita. Dialah yang saya maksudkan dituduh mandul tadi sebab lambat dapat anak.
Sahabat saya ni sms saya apabila membaca penulisan saya mengenai saya menjaga mak saya yang sakit. Dia beritahu dia tidak berkesempatan nak jaga mak dia sebegitu rupa, dia bangga saya dapat jaga mak saya. Dia kata saya bertuah. Dia nasihatkan saya tabah, saya sememangnya cuba bertabah hati. Saya sedih sebab mak saya sakit, itu sahaja. Tentang kehidupan ini saya redha segalanya...(baca dengan nada sedih ayat terakhir ni, he he he).

Saya memang rasa bertuah sebab dapat jaga mak. Orang lain mak sakit lama, dah terlantar baru boleh datang jenguk sebab kena ambil cuti (sekaligus dengan pasangangnya, dan kena pastikan pulak anak tak ada tution). Saya rasa bersyukur sangat dengan apa yang saya ada dan apa yang saya tiada...
Tambah sahabat saya lagi "Siapa yang sampai dulu di tangga rumah bila emak ayah sakit atau anak-anak saudara ada hal ada masalah?''. Saya perasan pulak diri saya yang `sampai dulu ' sebab saya lebih `dekat' dengan mak dan ayah, dengan anak-anak buah.
Malaslah nak cerita apa yang saya telah buat dan akan buat. Masyarakat kita pelik, bila terlalu terbuka mereka kata kita riak. Bukannya nak diambil buat contoh.

Tapi orang tak nampak kan...bila tak kahwin atau kahwin tak ada anak. Yang selalu nampak adalah kesalahan dan kekurangannya. Padahal ada juga hikmahnya tuhan beri (yang orang tak nampak...). Dan tuhan menyuruh kita mencari hikmah tersebut (he he he macam ustad pulak rasa, tapi tak nak la macam ustad yang suka buat `drama'...)

Manusia ni asal boleh buka mulut dan berkata-kata... mereka akan mengata.

Jan: Setiap manusia diuji dengan cara yang berlainan sebab mereka menjalani hidup yang berlainan.

Tuesday, September 8, 2009

`` Saya pun nak beli stem jugak...''

PENGENALAN CERITERA
Ini bukan sebuah wayang tetapi cuma sebuah drama dua babak. Ni bukan filem Setem walaupun ada melibatkan setem. Lokasinya di sebuah pejabat pos, di sebuah kaunter di sebuah daerah agak terpencil.
Banyak pengajaran sivik dan moral dapat dikutip daripada cerita ini. Kita ikuti kisahnya. Taraaa....

CERITERA BERMULA

Pada suatu lepas tengahari, dua orang pemuda Simone (Sukiman) dan Adey (Adnan) ke pejabat pos. Adey hendak poskan kad raya untuk Rosmadi. Simone pulak nak beli setem untuk membalas kad raya daripada peminat-peminat di serata tanah air ( ada la dua tiga keping je sebenarnya, he he he).

Semasa melangkah masuk ke pejabat pos tersebut terpancul daripada mulut Adey `La tak ada aircon pejabat pos ni ''. Mereka berdua terus melangkah segak ke dalam pejabat pos tersebut. Macam biasa (maksud saya dalam kes negara Malaysia) satu kaunter je yang buka walaupun ada beribu lemon kaunter dan ramai orang.!

Mereka berdua iaitu Simone dan Adey mulalah beratur di kaunter nan satu tersebut. Simone cadangkan Adey beratur di hadapannya, sebabnya Simone hendak tengok bagaimana proses nak hantar kad raya luar negara. Kata orang kena timbang, macam orang diet pulak, he he he.
Di hadapan Adey ada seorang pak cik yang nampaknya sibuk dengan banyak urusan. Banyak helai jugak duit not RM50 dia beri kepada kerani tersebut. Entah bayar apa tidak diketahui oleh Simone dan Adey. Pak cik tu banyak juga buat urusan lain yang payah mereka nak teka. bayar cukai tanah jugak kot, Ya lambat sikit sebab banyak urusan sekaligus pak cik itu buat.
Simone dan Adey releks je sebab bukannya salah pak cik tersebut. Kelihatan ramai lagi pemuda yang duduk isi borang dan duduk saja-saja di suatu sudut. Dan ada yang tiba-tiba hulurkan surat kiriman yang tebal tu ke kaunter sedangkan pak cik tu masih berurusan dengan kerani kaunter. Time nak raya ni apa salahnya buka dua kaunter, satu kaunter khas untuk urusan nak pos kad raya.

Sekoyang-koyangnya, entah semena mena datanglah dua orang remaja yang bergaya dan terus melalui Simone dan Adey, terus `sup-sup' berdiri di tepi sisi pak cik kat kaunter tadi!. Simone buat-buat bertanya pada Adey:
``Nan ni bukannya beratur dua line kan, sebab apa gamaknya mereka berdua senang-senang nak buat buat satu line lagi? Ke sini satu kaunter memang beratur dua line? '' Simone kuatkan suaranya sedikit, berharapan agar dua remaja itu dengar dan rasa bersalah terus pergi beratur di belakang.

Mereka rupanya tak nak beratur. Mereka berdiri depan kaunter sebelahan pakcik tu dengan muka tak bersalah. Simone buat muka pandang tajam kepada mereke berdua, Simone buat-buat serius dan masam seolah baru dengar berita majikan tak nak beri duit raya atau petrol akan naik harga lagi. Tapi, mereka tak layan! buat dok je, Huh!. Tak nak rasa bersalah langsung, mereka buat muka selamba seposen je!.

Lama kemudian datanglah pula seorang mak cik beratur di belakang Simone. Dan kemudiannya selepas itu datang lagi beberapa orang pemuda beratur di belakang mak cik tu. Line dah jadi bertambah panjang.

Simone tetap memandang kepada dua orang remaja tadi, kot-kot mereka rasa bersalah ke. Memang niat remaja tersebut nak mencelah dan tak nak beratur, mereka nak cepat dan rela dia duduk tayang muka kat tepi kaunter bersebelahan dengan pakcik yang sedang masih lagi berurusan.

Sekali lagi Simone berkata kepada Adey:

`` Tengok tu dia tak nak beratur pun nan, orang lain nak cepat juga ''. Simone sekali lagi pandang ke arah dua remaja tersebut. Penampilan mereka kemas, bersih dan bergaya. Terpelajar juga rupanya dan gayanya. Mungkin student kot.
BABAK PERTAMA

Apabila pak cik itu sudah selesai berurusan, Adey terus ke depan. Tiba-tiba Simone dengar Adey berkata ``Saya pun nak beli stem jugak ''.
Rupa-rupanya dua remaja itu mahu mencelah Adey dan memberitahu mereka hanya nak membeli setem. Simone yang di belakang Adey tu apa lagi, terus buat drama sebabak (nasi tambah). Simone tinggikan sikit suara dan berkata ``Saya pun nak beli stem tu jugak ''.
Di dapati remaja tadi diam sahaja tetapi masih lagi berdiri di sebelah sisi Adey, tak mahu berganjak. Mereka masih mahu mencelah lagi. Maknanya mereka masih tak mahu pergi beratur di belakang walaupun Simone dan Adey dah buat drama sebabak tadi.
BABAK KEDUA

Babak kedua bermula apabila Simone tinggikan lagi suara sedikit. Kata Simone `` Sedangkan makcik pun beratur '' Sambil Simone berpusing lembut dan buat-buat sayu mata memandang makcik di belakangnya. Bukan apa, Simone saja nak hereeeet mak cik tu dalam babak seterusnya. Supaya bila mak cik tu dah beremosi bolehlah jadi pelakon pembantu.
Simone sambung lagi ``Ke kena ada papan tanda besar sila beratur baru nak beratur?, orang lain nak cepat jugak. '' Simone dah membebel, kerani pos tu pandang muka simone sekejap tapi nampaknya tak nak masuk campur, dia sibuk mengecop. Didapati salah seorang daripada remaja itu mula ke belakang dan beratur (dah mula malu kot), tinggal sorang je. Simone rasa yang sorang ni jenis hati kering sikit, tetap tak mahu beratur di belakang. Degil.

Tiba-tiba makcik di belakang Simone menyampuk! `` Beraturlah orang lain nak cepat juga...''
He he he berjaya juga Simone mengheret emosi makcik di belakangnya dan beberapa orang yang sedang beratur di dalam pejabat pos tersebut. Mak cik tu ambik hand beg dia dan letak di tengah-tengah Adey dan remaja tu !. Maknanya lepas Adey, Simone akan berurusan terus, remaja tadi tidak boleh mencelah dari sisi sebab ada hand bag sebagai penghalang.

Memang mak cik tu letakkan hang beg dia di atas sisi kaunter biar remaja tadi tak dapat masuk rapat untuk mencelah. Bagus jugak lakunan mak cik tu, nanti tercalon kat Tv boleh jalan atas karpet merah gitu.
Bila dia lihat dah ada hand beg menghalang dia, barulah dia pergi ke belakang....beratur.

HARI YANG PALING MALANG
Kesian dua remaja tersebut kerana mereka tentulah mendapat kemaluan besar. Di hadapan ramai orang, di sebuat pejabat perkhidmatan kerajaan pada bulan Ramdhan, bulan yang mulia. Pastilah hari tersebut menjadi antara hari paling bersejarah bagi mereka. Kata Adey, kalaulah mereka remaja berdua tadi balik rumah dan dengar lagu raya yang bertajuk `Pulanglah' nyanyian syahdu Aisyah...maunya menangis, he he he.
Kelakuan Simone dan Adey tadi bukannya apa, mereka geram dan letih dengan sikap-sikap masyarakat sebegini. Tak habis-habis berlaku dalam masyarakat kita daripada zaman kucing kiron sampai leni, gitulah tak habis-habis.

Dalam perjalanan pulang daripada pejabat pos tersebut Simone dan Adey rasa kesian pulak kepada mereka berdua tu kerana telah dapat `hadiah'. Tetapi Simone dan Adey menegur dengan cara baik, tidak terkandung perkataan yang menghina mereka.
Semoga itulah kali terakhir mereka memotong line (tapi bukan kes potong line ni, kes terus pergi ke depan kaunter!) dan Simone dan Adey berharap mereka tidak buat lagi perangai tidak bertatarakyat atau tak berpengajian sivik dan moral tu. Huh!

Jan: Pernah masa muda dulu memberikan laluan kepada seorang gadis jelita...

Alasan saya...

Alasan saya kerana tidak menulis dengan kerap ialah sekarang fikiran dan masa saya tidak menentu. Sekarang pergi kuliah pun semata mengajar sahaja. Tidak senang untuk duduk dan berdiri lama-lama dalam bilik. Duduk tak kena, bangun tak kena, ingatkan mak di rumah.

Saya berharap emak saya cepat sembuh sedia kala, itu harapan saya. Agar dia sihat untuk menyambut raya dan melakukan amal ibadat yang digemarinya itu.

Sekarang barulah saya amat tahu betapa rahmatnya bila emak saya sihat. Selama ini mak saya sihat. Saya sedih melihat emak saya sakit.
Saya sudah sms ke adik beradik saya:
''Kalau masalah kesihatan mak berlarutan, sudah sampai masanya untuk kita memikir soal penjagaan mak dengan lebih serius...''
Jan: Bila orang yang kita sayangi tidak sihat, kita akan rasa serba salah dan tidak tenteram..

Thursday, September 3, 2009

Semuanya kena cepat dan cekap!

Saya lihat handphone saya, jam dah pukul dua lebih. Saya bergegas ke hospital nak ambik mak dari Hospital Muadzam.
Saya menuju ke katil mak saya, saya tengok semua barang-barangnya sudah dikemaskan. Saya bangun dan dudukan mak di kerusi roda, dan setelah mak saya bersalaman dengan misi-misi, saya tolak kerusi roda keluar wad.
Sekali lagi saya terasa macam berlakun drama swasta di astro (yang ulang cerita sama 18 kali tu). Semasa saya menolak kerusi roda tu mak saya beritahu sebaik tiba di rumah dia nak mandi. Dia nak mandi kerana dah 4 hari dia tak mandi. Saya tau...dia tak berkenan dengan bilik air hospital tu...
Saya berhentikan kerusi roda di tepi jalan di sisi bangunan, kemudian saya turun ambil kereta saya di kawasan parking di bawah. Hospital ni atas bukit, dan tempat letak kereta di bawah!. Saya ada bilang 35 anak tangga semuanya, kalau kita nak naik ke atas atau ke bawah, kena menapak 35 anak tangga. Tinggi juga kan, lelah juga saya dibuatnya. Tercungap-cungap setiapkali turun dan naik. Saya bukan muda belia lagi, saya semakin sedar. He he he
Setelah parkingkan kereta secara sisi, saya masukan mak saya ke dalam kereta cepat-cepat sebab saya nampak ada kereta di belakang nak parking tempat saya juga di sisi bangunan. Mungkin nak ambik pesakit juga.
Dalam nak cepat tu, saya hampir terlupa ambik bantal golek (bantal peluk) saya. Bantal golek khas yang saya bawa dari rumah. Kat hospital mana disediakan bantal golek kan?
Sampai di rumah mak saya berjalan perlahan-lahan ke bilik mandi. Saya tahu urat paha dan betisnya masih sakit.
Saya bergegas ke dapur keluarkan daging ayam daripada peti ais. Mak saya ada beritahu dia lapar dan lepas makan baru nak makan ubat. Memang peraturan ubatnya sebelum makan ubat perut kena penuh dulu. Saya nak masak ayam pedas dan sayur air untuk mak saya. Masakan tu cepat dan pantas. Tak kan nak buat rendangkan...
Sementara menunggu ayam tu lembut saya basuh segala baju dan kain mak saya dengan mengunakan mesen basuh. Dalam pada itu saya sempat basuh pinggang mangkuk yang bertimbun yang saya tak sempat basuh beberapa hari ini.
Kalau nak masak ayam pedas tomato ikut cara saya, saya goreng dulu ayam tu biar garing sikit. Sebabnya saya suka kalau garing. Ada orang goreng tak lama sebab tak suka garing. Saya goreng biasa dengan sedikit kunyit adabi.
Lepas tu saya guna minyak lain dan panaskannya dengan chili boh beberapa minit biar garing baru saya masukkan bawang mesen. Memang saya simpan bawang mesen banyak yang saya blender ke dalam bekas tupperware.
Saya tumis dan saya masukan sedikit air asam jawa, sedikit garam dan jangan lupa gula. Biar lemak. Lepas tu saya masukan ayam bersama lada hidup yang saya hiris panjang, juga bawang besar dan sekeping asam keping.
Dapur di sebelah lagi saya panaskan tungku. Nasib baik dapur gas ni ada dua tempat memasak. Dapur satu lagi saya panaskan batu tungku mak saya nak bertungku sebab uratnya memang sakit lagi. Semalaman dia beradoi di hospital sebab lenguh lumpuh. Bila tungku dah panas saya akan letakan dalam daun kunyit dan balut dengan kain. Akan wangi baunya nanti...
Bila saya lihat lada dan bawang dah sebati dan lembek, saya tuang sos tomato dan gaul dengan ayam pedas tadi seminit dan terus tutup api dapur. Kalau lama nanti masam sos tomato hilang sebab tulah kena cepat-cepat tutup. Saya angkat kuali Teafel tu dan letak di atas kabinet. Saya sambar periuk vision sebab nak masak sayur air pulak.
Saya ambik tiga biji bawang putih dan hempapkannya dengan pisau besar dan leper (jenama Tupperware) dengan kulit-kulitnya sekali. Kulit bawang putih tu jangan buang, pesan kawan Thailand saya dulu. Katanya kulit tu bau wangi.... Saya panaskan minyak dan tumis bawang putih tadi, bila kulit bawang putih tu hangus dan berbau sedap terus saya masukan air. Bila air gelegak saya masukan batang sawi dulu biar batang dia lembik barulah kemudian selepas itu saya masukan daun sawi, lada hidup, bawang besar sikit, dan garam gula. Bila gelegak, tutup api nya jangan sampai sawi jadi hitam.
Saya masukan masakan ayam pedas tomato saya tu ke dalam mangkuk Corningware dan hidangkan ke meja. Sawi air tu saya angkat dengan visionnya sekali ke meja. Saya belah telur masim sebiji (yang memang saya dah rebus banyak-banyak dan letak dalam peti ais).
Saya terus ambik kain daripada mesem basuh panasonic saya tu dan sidai di luar rumah, saya rasa sempat kering walaupun dah nak petang.
Selepas tu saya ke bilik jemput mak saya makan, lepas makan dan berehat nanti saya nak tungku mak saya pulak.
Selepas tu saya nak ke kampus, ada kuliah...
Jan: Saya tak boleh lambat-lambat atau betat lagi..., saya kena cergas.

Wednesday, September 2, 2009

Mak susah nak mandi...

Saya papah mak saya bangun ari katil dan perlahan-lahan dudukannya ke kerusi roda yang dah saya `mati'kan kakinya. Saya betulkan kaki mak, letak betul-betul atas dua pedal kerusi roda tu. Saya tolak perlahan-lahan ke bilik air. Semasa menoloak kerusi roda tu rasa macam berlakun dalam drama swasta terbitan astro pulak, he he he.
Bila lalu kat tepi katil pesakit lain, ada yang bertanya " Mak ke tu? ''
Saya jawab " Ya, mak... sakit lelah ''.
Makcik tu yang turut terbaring di katil tersebut menyambung kata '' Bagus dia... jaga mak dia ''.
Masa tu saya rasa bangga pulak, macam nak terbang pulak. Tapi kalau terbang pasti terbang dengan kerusi roda tu sekali, sekali dengan mak-mak saya, he he he.
Sampai bilik air saya tengok bilik airnya berbeza sangat dengan bilik air di rumah saya. Suram. Tak ada pokok bunga gantung atau pewangi atau hiasan. Ada baldi dan cebok air yang murah!. Saya rasa tentu mak saya tak nak mandi. Bila saya cuba dudukan mak saya di kerusi dekat paip. Mak saya beradoi sakit. Terus tak jadi mandi.
Saya tolak balik kerusi roda ke katil, mak saya beritahu bilik air tu tak bersih. Mak saya cerewet juga orangnya, he he he.
Saya malaslah nak komen tapi sepatutnya bilik air untuk pesakit bukan sahaja mesti lebih cantik dan selesa berbanding dengan di rumah kita tetapi mesti lebih mempunyai alatan yang menolong pesakit. Contohnya tempat tangan nak pegang bila nak mandi. Atau bina besar sikit bilik air tersebut, kena ada kerusi khas bagi pesakit yang tak boleh nak berdiri, entahlah... Tak boleh nak salahkan misi (nurse) atau doktor. Mungkin pihak pengurusan sepatutnya fikirkan sesuatu, alatan yang lengkap dan selesa.
Jan: Kalau tak cantik pun, kebersihan dan keceriaan paling utama...kan

Sebuah kerinduan...?

'' Nok suruh ayoh mari ke mok? Abang royat ke ayoh '' Saya bertanya pada mak. Mungkin dalam sakit-sakit ni emak saya rindukan ayah saya.
'' Tak pe lah, kalu mari pun ayoh tok leh buat apa gok ..'' Jawab mak saya perlahan. Saya pandang ke dalam mata mak saya yang sayu. Tetapi betul juga kalau ayah saya datang bukannya dia dapat beri ubat yang lebih bagus, ayah saya bukan doktor. He he he.

'' Abang rasa kalu kita sakit, kita rasa lain sikit kalu ada orang yang kita sayang dok dekat...'' Tiba-tiba saya ungkapkan kata-kata tersebut sebab kalau saya sakit mesti saya mahu orang yang saya sayang ada dekat saya walaupun dia sepatah haram tak tahu pasal perubatan...
Entahlah...tetapi dalam hati mak saya tentu ingat kepada ayah saya 24 jam. Bila berada di dalam wad dan terasa sunyi mestilah kita teringatkan orang yang kita sayang. Saya pandang di kepala dinding katil, ada nama, umur dan tarik mak saya masuk wad di situ... Lantas saya berkata:
" Umur mak dah 63 tahun, abang rasa umur abang tok panjang gitu, abang mungkin mati muda. Sebab orang baik mati muda, he he he ''. Saya buat lawak supaya mak saya senyum, saya perlu gembirakan hati mak saya. Duduk dalam wad bukanlah suatu yang menyeronokan. Kalau nak tahu cubalah, he he he.
'' Abang tak suka makan kurma, biarlah ada dalam kur ang pun. Tak suka nak buat macam mana kan? Tak kan nak makan jugak? He he he. Tak kan berdosa sebab tak suka makan...'' Saya alih topik bila saya lihat mak saya senyap sahaja. Saya minum air dan jamah ayam sikit tanpa nasi. Saya tak selera, saya letih. Saya tak jamah kurma atas meja tu. Kata mak saya kurma dalam kotak tu mahal, siap dengan tangkainya lagi.
``Tok sedap la lauk di hospital. Tawar heber. Tok rasa garam gula.'' Saya beritahu mak saya. Memang saya tengok lauk tak sedap. Kalau saya duduk dalam wad seminggu mau kurus. Saya teringat masa saya masuk wad di Pekan, saya keluar ikut pintu belakang wad pergi beli nasi dan KFC, he he he.
'' Ni lah makanan yang sihat. Kena kurang garam gula.'' Mak saya jawab. Saya tengok mak saya juga tak lalu makan makanan hospital tersebut, he he he. Tetapi mak saya menyokong je apa-apa yang `hospital' buat.
'' Yang kita makan hari-hari tu, yang sedap bahaya sebenarnya.'' Tambah mak saya lagi. Saya tengok mak saya merenung jauh ke luar tingkap nako. Saya rasa dia mungkin rindukan ayah saya kot, entahlah.
Mau je saya jawab '' Yang kita dok rindu kan orang tiap-tiap hari tu pun bahaya sebenarnya.'' Tapi tak tergamak pulak. sebab biarlah mak saya rindukan ayah saya, kalau dia nak rindu, kan...?
Jan: Teringat nyayian Datin Rafeah Buang...''kalau rindu pesan saja di angin lalu...''

Terlupa tarik hand break

Saya turun daripada kereta macam biasa melenggang-lenggang kangkung tetapi apabila saya dah beberapa langkah meninggalkan kereta di belakang, saya terdengar bunyi hon yang kuat. Saya berpaling ke kereta saya dan saya lihat kereta saya sedang bergerak ke belakang!
Saya lihat ada pelajar meluru dan menahan kereta saya daripada bergerak ke belakang. Bila bergerak ke belakang tentu akan melanggar kereta orang lain yang tentu bukan buatan Malaysia.
Saya meloncat spring dan terus juga meluru menahan kereta saya yang bergerak cepat-cepat buka pintu dan angkat hand break, huh selamat!. Rupa-rupanya ada kereta lain yang nak parking terlihat kejadian tersebut, sebab tulah mereka hon kuat-kuat.
Macam stuntman saya picit kunci dan buka pintu tadi, he he he. Saya start balik kereta dan parking semula. Tadi memang saya tak parking reverse sebab saya balik sebentar sahaja ke bilik nak ambik barang selepas itu nak ke hospital semula. Memang saya tak sedar saya terlupa juga buat hand break.
Inilah pertama kali percuma je saya dapat cemas, terlupa angkat hand break.
Jan: Semuanya ada kali pertama tapi saya putus cinta dah kali ke 8...(semua mereka puaka, tak boleh ditaruh harapan!)

Tuesday, September 1, 2009

Rumah ke tiga...

Nampaknya Hospital Muadzam telah menjadi rumah ke tiga saya. beberapa hari ini saya balik ke rumah sewa hanya untuk mandi dan tidur sahaja. Saya berulang daripada 3 tempat, kampus-Hospital-rumah sewa.
Walaupun hanya terluang masa sejam, saya tetap pergi menjengok emak saya di hospital, dia lelah dan sakit urat dan deman selsema dan batuk.
Hari ini sebelum pergi kerja saya menjengoknya dulu. Dan bila kelas habis pukul 10 saya bergegas menjenguknya lagi dan kembali semula ke kampus sebab pukul 11 ada kelas.
Semalam saya berbuka dengan mak saya di hospital. Kami dua beranak makan ala kadar sahaja.
Saya tidak boleh jaga mak saya kerana hanya orang perempuan sahaja boleh masuk dan bebas kad wad wanita tu, waktu malam saya kena balik atau duduk di luar tepi tingkat dekat longkang... dari situ boleh nampak katil mak saya sebab katil tu di tepi. Malam-malam saya picit badan emak saya, bila mak saya tidor, saya perlahan-lahan undur diri dan balik ke rumah. Tidor.
Penat juga ke sana ke mari ambil barang, beli barang dan berulang alik. Sepanjang beberapa hari ni saya hampir terlanggar seekor kucing putih kat tengah jalan, masa tu hujan lebat dah dekat nak puasa pula. Saya letih. Saya juga hampir terlangar kereta kat hospital tu, masa tu saya nak keluar dari tempat parking, saya tak tengok belakang, nasib baik kereta bunyi tut-tut tut, he he. Saya cuai.
Masa bawak kereta, saya fikir banyak perkara...
Jan: Saya harap mak saya cepat sembuh, saya serba tak kena bila mak saya sakit, saya sedih.

.