"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 27, 2009

Apa salahnya buka dua kaunter...?

Saya memang renung dia lama-lama, biar dia rasa gelabah, biar dia rasa serba salah. Geram sungguh hati. Nasib baik saya bukan jenis menyumpah kalau tak memang berbakul dah saya sumpah dalam hati. Saya tajamkan mata saya, saya buat-buat muka musykil dalam serius melihat ke arahnya.
Memang orang ramai. Memang time gaji ada nak bayar bil atau masukan duit dan macam-macam lagi. Tetapi kaunter yang dibuka hanya kaunter 1 sahaja. Kaunter 2 dibuka tapi pekerja dia duduk saja tersengeh. Kalau tak nak buka tak sohlah duduk papar muka kat kaunter tu, pergi duduk tempat lain. Atau tulis situ tutup atau gunalah apa-apa tanda yang kaunter ditutup.
Kaunters ke 3 sebelah lagi buka tapi ada perkataan tutup diletakan di depannya dan pekerjanya sibuk dengan petik komputer, kita faham la ada masalah atau kerja lain kot.
Saya melihat nombor saya, 18. Sekarang dah 14. kalau ikut logik tak lama kan. Tapi jadi lama sebab orang nombor 14 tu banyak pula kena tandatangan dan isi borang. Dia buka satu kaunter je padahal ramai orang. Saya rasa nilah kerja yang tidak cekap. Kalau ramai orang, urusan memasukan duit mestilah diasingkan daripada urusan lain. Kaunter ada banyak. Time-time macam ni la saya rasa baik jadi pegawai bank, senang nak buat urusan dengan bank, he he he.
Kalaulah saya ni Micheal Jaksong pasti segala urusan kewangan saya serahkan kepada pembantu. Tak payahlah saya ke bank. Semua saya suruh pembatu uruskan termasuk bayar rumah dan insurans sekaligus. Payah benar nak berurusan dengan bank time-time begini hujung bulan. Saya bukannya nak ngorat kerani bank cuma nak gi bayar duit kereta RM525 sebulan tu je.
Jan: ...mungkin ada pelanggan lain yang menyumpah dalam hati kan...

Wednesday, August 26, 2009

Songkok







Kalau pemuda santun berbaju Melayu dan berkain songket kenalah bersongkok pulak. Ewah-ewah bergayanya orang Melayu. Cantik mata memandang bila bersongkok, menambah segak.
Ramai juga orang Malaysia suka pakai songkok, tetapi songkok bukan sahaja dipakai orang Melayu di Malaysia ia juga dipakai di Indonesia, Singapura, Brunai, Filipina dan juga Thailand. Ia dah seolah adat pemakaian rasmi di kawasan Nusantara Melayu ini.

Songkok ni ada banyak jenis. Ada yang tinggi dan ada yang lepeh je. Ada yang keras dan ada yang lembut. Ada yang besar dan ada yang kecil. Kalau kepala bersaiz besar kenalah cari yang berpadanan. Ada saiznya. Kain buatan biasanya baldu.



Dari segi warna biasanya pilihan adalah warna hitam atau biru gelap. Dulu Sudirman suka pakai songkok warna ikut baju Melayu yang dipakainya. Tapi rata-rata orang kita pakai warna hitam, kalau nak sangat kelainan ada yang pakai biru gelap.



Nampak sangat tak bersalah bila adik ni pakai songkok, rasa nak beri duit raya je kan?


Songkok ini kira jenis topi jugak, boleh jadikannya sebagai penambah gaya dan adat kepada orang Melayu.
Pada hari raya ramai orang pakai songkok bersama baju Melayunya. Selain itu jika ke masjid, selain kupiah ramai juga yang pakai songkok. Orang juga pakai songkok bila nak gi jenguk orang yang meninggal. Tapi kalau nak gi lawat orang mati kenalah yang biasa-biasa sahaja jangan dililit pulak dengan reben yang cantik atau bungakannya... kan.



Kalau kita beli songkok biasanya dapat bekas songkok supaya dapat disimpan dengan elok. Saya selalu jugak beli songkok dan lepas tu hilang begitu sahaja dengan bekas-bekasnya sekali. Hairan kan. Mungkin saya jarang pakai kot atau memang saya tak minat?



Ni gambar raya tahun lepas, kakak saya dan suaminya sibuk menyiapkan baju Melayu dan songkok anak-anak mereka untuk sesi bergambar luar rumah.
Kesimpulannya, songkok boleh juga dikatakan satu pakaian budaya. Kalau nak pakai tanjak di kepala nampak over pulak, lainlah kalau majlis kita nak kawin. Pemakaian songkok ini melambangkan kita juga merupakan satu bangsa yang ada tertib terninya, bukan bangsa yang bersembrono. Kita ada tamadum dan warisan jejak budayanya.
...sekian



Jan: Tahun lepas raya pakai kepiah je...

Kain Songket

Pemuda pemudi kalau berkain songket

Alangkah indah berseri bertambah cantik

Kain lah songket tenung Melayu

Mula asalnya dari Terengganu




oh abang yang manis

oh nona yang lawa

pakaian kain songket

pakaian budaya




Kain songket pakaian anak Melayu

tapi sayang tak boleh pakai selalu

kerana jemu mata memandang

tidak seperti batek basahan

berbagailah macam

boleh digayakan

setiaplah hari jikalau berjalan




Sungguh banyak dipakai masa hari raya

miskin kaya kecil besar tua muda

apalagi yang lelaki tua

bila berjalan dengan kaki tiga

tersenyum pula sambil ketawa

sayang sedikit giginya dua....






Cantik kan? Tenunan halus. Kalau orang malas macam kita ni, mau makan 18 purnama baru siap kan? he he he. Tenung ni kena berhati-hati tok leh cakdus.



Lagu raya nyanyian Puan Sri Saloma di atas bukan sembarangan lagu raya yang selalu kita dengar. Ianya mengenai kain songket yang dialunkan dengan muzik Melayu asli (mungkin unsur joget kot). Jauh benarlah mutu dan mesej yang nak disampaikan jika kita nak bandingkan dengan lagu hari raya zaman kini yang biasanya berkisarkan kepada makanan dan kemeriahan raya, bermaaf-maafan.


Yang bunga-bunga pun ada khas untuk Mat dan Minah Bunga...he he. Terkadang songket ni ada nama. Mungkin nama `bunga-bunga cinta' kot. Kalau ada duit saya nak tempah kain songket tajuk `Kasih tak sampai'...he he he




Kalau dilihat daripada lirik di atas saya tumpang bangga sebab asalnya dari Terengganu. Kain songket juga digambarkan tak boleh pakai selalu. Entah apa maksudnya tetapi memang kain songket biasanya dijadikan pakaian rasmi sahaja. Bukan boleh tiba-tiba nak pakai sahaja. Contohnya bila hari raya boleh dibuat samping.
Kain songket ni menambah seri dan memberi seri. Contohnya pemuda yang pakai samping kain songket benang emas dan perak akan nampak aura serinya walaupun muka macam ayam belanda je...tapi tetap akan nampak handsome dek aura songket tu. Entahlah betul ke tak. Just imagine jika saya pakai? Mesti handsome berganda kan? kan? (he he he, jangan marah gurau je...).


Lirik di atas jugak ceritakan pak cik tua yang bergigi dua pun nampak handsome dan bergaya bila berkain songket apatah lagi saya yang muda...(he he he, jangan marah sekali lagi ya...).


Pilihlah satu ke dua, (kalau ada duit...). Belilah satu untuk ditunjuk ke anak cucu nanti di kemudian hari...




Saya bercadang jugak nak beli sehelai kain songket yang bermutu tinggi. Namun harganya juga tinggi, he he he. Kalau boleh nak yang boleh dipadankan dengan pelbagai warna baju Melayu. Tetapi kalau nak yang eksklusif harga yang sangat tinggi.
Jadi mungkin saya sambar yang biasa-biasa sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kain songket ni kita boleh rujuk sepintas lalu di "http://id.wikipedia.org/wiki/Songket". Tetapi tak banyak info yang ada di situ, mungkin kena cari buku yang ditulis pasal kain songket ni. Kita orang Melayu patut berbangga dengan pakaian budaya ini.


Saya minat yang ni... cantik macam anak raja kalau pakain nanti .




Teringat kain songket yang Ustad Ahmad beli. Dulu masa Ustad Ahmad nak kawin, beliau ada beli kain songket tenunang Pahang dengan Normad ( masa di Pekan dulu). Cantik sangat, harganya pun dah mahal....


Ya lah kan, kalau ada kain songket bolehlah cari awek ajak kawin. Contohnya bila jumpa awek kat mana-mana beritahu yang kita nak berkenalan dan terus ajak kawin sebab kita dah ada kain songket. Beritahu dia kita dah beli pun kain songket tersebut. He he he.


Jan: sedang menunggu seseorang hadiahkan sehelai songket mahal (tahun ni masuk dah 7 tahun menunggu...he he he)



Tuesday, August 25, 2009

AKHIL dan WAHEEDA...

Saya tak minat langsung dua orang seleberiti ni. Tidak dapat mereka menarik perhatian saya dari segi kesungguhan kerja atau sumbangan besarnya terhadap dunia seni tanah air. Kepada saya mereka berdua tahap biasa-biasa atau `suam-suam kuku' je dalam industri seni kita.



Tapi kisah mereka menganggu juga fikiran saya dan menganggu juga kotak email saya. Bila saya buka banyak kisah mereka berserta gambarnya sekali. Saya delete terus delete terus delete... Saya tidak mengikuti kisah mereka kerana saya bukan peminat mereka.
Cuma bagi saya kalau dah banyak sangat email mengenai mereka tentu ada sesuatu yang mahu diperkatakan oleh masyarakat.



Bagi saya apa yang sedikit menarik ialah imej islamik mereka yang tertonjol, yang mereka bawak, yang mungkin boleh diperhalusi. Waheeda membawa imej yang islamik dan taklah keakeng soyuk bila bergambar, begitu juga Akhil nampak bersederhana dalam bergambar. Saya bukanlah nak pertahankan mereka. Mungkin banyak benda saya tidak tahu sebab saya tidak mengikuti kisah mereka di akhbar atau internate. Baiklah saya senyap sahaja.



Cuma berat juga kata-kata lemparan terhadap mereka, entah kan benar entah kan tidak. Katanya mereka `berdrama' depan peminat dan para wartawan. Saya juga terdengar perbualan daripada rakan-rakan saya tetapi saya sepatah tak menyampuk sebab tak tahu hujung pangkal...
Hanya peminat dan wartawan sahaja yang tahu, begitu juga mereka berdua yang terlibat...



Jan: Biasanya orang bercerai kerana apa ya?

Pengorbanan?

Awal pagi tadi saya sms adik perempuan saya:
''Abg kalu boleh tak nak balik raya kat kg Besut. Semua org akan tanya lagi bila abg nak kawin. Abg rimas dan geram org tanya gitu, abg tak selesa... ''
Adik perempuan saya jawab:
''Ya lah org kg memang begitu...tapi bila abg balik abg mengembirakan hati ramai orang, mak ayah, anak2 buah n ina walau hati abg x gembira...itulah namanya pengorbanan.. ''

Jan: Pengorbanan?

Sunday, August 23, 2009

Peperangan dalam diri kita...

Yang paling depan tu hero... (nampak gigi)

Hari pertama saya habiskan masa menunggu berbuka puasa dengan menonton DVD cerita Starship Troopers. Dalam satu DVD ada tiga cerita Starship Troopers 1, 2 dan 3. Cerita ni mengenai tentera yang melawan serangga yang jahat.

Starship Troopers 1

Bagi saya ceritanya menarik sebab ada juga unsur lain yang cuba diselitkan, bukannya mengenai peperangan dengan serangga sahaja tetapi peperangan yang berlaku dalam diri watak. Selagi bernama manusia, kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri. Dan peperangan itu tidak kecil sifatnya.


Ini la antara `bug'nya...tapi ada yang lebih besar dan pelik.

Serangga itu ada berbagai jenis dan ganas. Serangga itu juga cerdik macam manusia. Entah-entah lebih cerdik lagi, he he he.

Boleh layan cerita ni cuma ada juga unsur-unsur seks yang agak ketara seperti masa mereka mandi beramai-ramai (tentera tersebut), pakai mandi bogel bercampur perempuan lelaki, mereka bercakap pasal kerja sambil buat-buat selamba. Saya terus `cepatkan' adengan, apa kata mak saya nanti kalau dia tiba-tiba ke ruang tamu? Lagi pun kena lah hormat bulan ramadhan....

Emak saya sebenarnya ada di dapur sibuk memasak ayam goreng pedas dan sayur lemak. Mak saya juga beritahu dia nak buat pengat pisang untuk basuh mulut nanti. Malam semalam saya dah rebus 8 telur masin dan masukkan ke dalam peti ais. Telur masin penting sebagai pembuka selera, tetapi saya tak boleh makan banyak sangat.

Sambil duduk-duduk terlentang tu, saya ada sms kawan baik saya, bertanyakan khabar dia berbuka dengan apa dan dengan siapa? Dia beritahu dia akan berbuka sorang diri sahaja dan dia berterima kasih kepada saya kerana ingat akan dia. Dia beritahu mungkin keluarga dia sendiri tidak ambil tahu dia berbuka dengan sapa dan makan apa... saya terharu dan kesiankan dia. Saya beritahu jika emak saya tiada, saya pun pasti berbuka sorang diri. Dan kalau rumah dekat pasti saya ajak dia berbuka bersama.

Semasa waktu-waktu terakhir hendak berbuka tiba-tiba saya ingati orang-orang yang pernah saya sayangi dalam hidup saya. Mereka berbuka dengan sapa dan makan apa ya? Saya harap mereka bahagia dan berbuka dengan orang yang mereka sayangi sangat tu... saya tidak pandai mempamirkan kasih sayang saya, saya tidak pandai membuat seseorang itu sayangi saya untuk tempoh yang lama... (saya dah cuba terbaik)... sebab itu lah kot tiada seorang pun yang kekal bersama saya, nasib baiklah saya ada emak. Esok lusa entahlah.

Saya juga teringatkan kata-kata manis, sumpah akan setia... tetapi semuanya dusta untuk memujuk hati. Tetapi tidak mengapalah, tuhan ada...Dia melihat segalanya... Dia pasti melihat ada peperangan hebat dalam diri saya...Dia pasti kesiankan saya sangat-sangat.

Jan: Bolehkah seseorang itu capai bahagia atas keruntuhan hidup dan harapan orang lain? Dan kalau boleh, apakah jenis manusia tersebut? He he he.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan ke 3

1. Ini kali ke 3 saya menyambut ramadhan di Muadzam... (cepat rasanya masa berlalu...)
2. Ramadhan ini saya menyambutnya dengan emak, emak datang khas daripada kampung.


3. Pasti emak saya akan giatkan bacaan al qurannya. Teralun di ruang tamu, bilik dan dapur. Dan saya biasanya tergolek di sisi emak sambil letakan kepala saya atas ribanya sambil menikmati bacaan yang saya tak faham tu...
4. Saya sangat gembira kerana dapat berpuasa dengan orang tersayang. Nanti kami dua beranak akan berbuka puasa bersama.
5. Kami dah berbincang sebelum ini, makanan berbuka ala kadar sahaja. Saya mahu segar selepas berbuka untuk menjalankan aktiviti lain seperti selalunya.


6. Puasa pertama dulu, saya berbuka dan makan sorang sahaja, saya rasa sunyi amat duduk di Muadzam.
7. Ada jugak berbuka di masjid sekali sekali. Masa tu Ja tak ada, dia masih di Shahputra.
8. Saya tak beli makanan di bazar sebab tak sedap mana. Saya balik masak dan selalu terbayangkan alangkah indahnya berpuasa di Kuantan, pergi beli barang makanan dengan kawan-kawan yang berpuasa dan juga yang tak berpuasa.
9. Puasa ke dua di muadzam saya ditemani Ja. Pada masa tersebut Ja masih teruna. Adalah juga kami pergi membeli di Bazzar tapi tak banyak kali.
10. Saya dapati Ja sederhana orangnya, dia tak beli banyak makanan. Dia sabar dalam makan bila berbuka dan ala kadar sahaja seperti sayalah (nak jugak, he he he).

11. Tadi selepas jumaat saya dah nampak Pasar Ramadhan dah ada payungnya. Namun hati saya tak lah tergerak sangat hendak membeli makanan, mungkin saya masak dengan mak saya sahaja.



12. Saya dapat rasakan saya akan sibuk sepanjang ramadhan sebab nak buat carry mark para pelajar dan juga soalan final.




Jan: Selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog ini, semuga bahagia dan aman selalu seperti selalunya...syahdu...

Thursday, August 20, 2009

Kata hati pertama...

Apabila sesuatu musibah/kepayahan berlaku. Manusia tidak secara automatik menyerapnya dengan rasional. Hati kita akan menjadi tidak menentu, geram dan marah apatah lagi jika kita dalam keadaan keletihan, atau musibah itu akibat perbuatan orang. Bukan kita yang gatal mencarinya sendiri.

Ada orang kata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa... Kata hati pertama biasanya tidak rasional, tidak betul dan salah. Kata hati pertama biasanya kecenderungan untuk menjadi salah sebab kita tidak gunakan fikiran.
Kata hati pertama i

Dulu semasa saya menuntut di Falkuti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, saya ada seorang kawan yang selalu suka menurut kata hati. Kawan saya tu pernah berkata kalau ikutkan hati dia nak berhenti saja belajar dan balik kampung kahwin. Dia merungut sebab payah sangat dia nak faham satu-satu subjek terutama yang melibatkan keluk dan graf.

Saya beritahu dia janganlah berhenti dulu biar result yang tentukan kita layak ke tak layak sambung belajar penggal depan. Lagi pun belum tentu bila berhenti dan balik kampung ada orang nak. Ada ke orang nak ke awak? Tambah saya lagi?. He he he.

Bayangkan kalau dia turutkan hati iaitu berhenti belajar. Tentu keluarganya malu sebab semasa hendak masuk universiti keluarganya dah canang satu kampung (juga kampung berdekatan) atas kejayaan anaknya. Siap pulak buat kenduri dan terkumpul beratus ringgit akibat konsep `hulur-menghulur' orang kampung. Ala kalau sorang hulur RM5 pun dah beratus terkumpul kan?...

Dan saya rasa dia bukan senang jugak nak kahwin, dia bukan bintang filem, suara sumbang dan jenis payah nak bergaul dengan orang. Payah sikit nak marketkan diri. Lagipun...dia...he he he Payah saya nak cerita ni, tetapi baiklah dia tambahkan semangat dan pulihkan diri, terus belajar.
Kata hati pertama ii

Kawan baik saya ada beritahu yang kakaknya kata kalau ikutkan hati dia tak nak bukak kan pintu kepada suaminya yang hanya balik seminggu sekali sejak kahwin dua ni. Kawan saya kata kakaknya selalu merungut suaminya tidak adil, itu-ini. Kawan saya tu sayangkan kakaknya sebab kakaknyalah yang beri duit belanja masa menuntut di universiti dulu....

Saya beritahu langkah turutkan hati tersebut (tutup pintu rumah dan tak buka-buka) mungkin membuatkan suaminya tak balik terus dan duduk melepak bahagia ria di rumah isteri muda. Dan akhirnya kakak dia juga yang rugi, dah la `tanaman' tak bersiram, kan `gersang' nanti... he he he.
Kata hati pertama iii

Kalau ikutkan hati
memang saya nak tembak je tv saya yang bukan LCD tu sebab sedang syok tengok tv, ada pulak iklan yang muncul 8 kali! Cerita sikit masuk iklan pulak. Cerita sikit masuk iklan pulak!. Dahlah masa tengok tv tak ada banyak.

Tapi saya tak ada senapang (kalau ada pun saya tak pandai menembak). Dulu je saya pernah menembak burung guna senapang jiran sebelah rumah. Tu pun terasa nak tercabut bahu.

Dan katalah kalau saya pandai menembak dan ada senapang. Kalau tv tu hancur kena tembak, saya nak tengok Tv di mana? Tak kan lah saya nak menumpang tengok TV rumah Ja, apa kata bininya nanti? He he he.

Teruk juga dunia ni jika setiap manusia turutkan kata hati pertama mereka kan? Tentu haru biru dan huru-hara jadinya. Tulah saya fikirkan saya mahu belajar. Saya mahu belajar tidak mahu turutkan kata hati pertama saya...

Jan: Selalu juga tututkan kata hati pertama dan...kemudiannya menyesal... Sapa yang sempurna kan?

Wednesday, August 19, 2009

Kotak dan jalur, dan almari...

Semasa bekerja di Kolej Shahputra, saya suka berbaju petak. Entah kenapa saya tidak pasti tetapi bagi saya ianya menarik. Kalau pergi The Store saya selalu kelebek baju petak. Banyak corak yang garang tetapi saya pilih yang biasa sahaja. Ianya ok selagi tidak keterlaluan atau terlebih.

Ramai kawan saya pakai baju lengan panjang dan warna plain sahaja semasa mereka bekerja. Semasa saya menjadi guru, ramai yang pilih warna macam itu, tak kanlah nak pakai yang bercorak atau terlalu berfesyen kan. Kalau nak sangat baik jadi artis, jangan jadi cikgu.
Saya suka berlengan pendek pada masa tu dan tanpa tai, he he he. Sebenarnya nampak kartun kan kalau pakai baju berpetak lengan pendek lepas tu pakai tai, he he he. Apa-apa pun itu pendapat saya je... saya bukan pakar fesyen.


Antara koleksi baju petakku... Gambar bersama McZui dan Boboi...

Baju jalur...
Bila saya mula bekerja di tempat baru, saya suka berbaju jalur pula. Sekarang saya lihat banyak juga manusia yang pakai baju jalur halus. Maka saya tambahkan beberapa koleksi yang sedia ada. Entahlah saya pakai je, bukan nak ikut fesyen semasa. Nak ikut fesen semasa saya tak reti. Mungkin sekarang di Paris orang dah tak pakai jalur halus, mungkin baju berbunga pula!.

Antara koleksi baju jalurku...
Jalur-jalur tersebut bukanlah besar tetapi halus sahaja, kebanyakan koleksi musim luruh ni (konon musim luruh ...he he he) saya pakai bergilir setiap satu bagi satu minggu. Kira minggu depan himpunan baju jalur, minggu selepasnya himpunan baju kotak dan sebagainya. Tetapi yang selalu saya suka pakai ialah baju lengang pendek warna unggu...

Sekarang saya sedikit menjaga penampilan kerana mungkin dah bertambah usia. Masa muda pakai tai sahaja tanpa seurat benang pun menarik tetapi masa tua kena jaga la penampilan. Kalau pakai tai sahaja tanpa seorang benang, mungking orang sepak!
Tetapi kadang-kadang malas jugak, he he he 24 jam nak menyemart (smart/kemas) macam bintang filem.

Pasal pakai memakai pakaian ni saya rasa tak leh lawan kawan saya iaitu Lokman Hakim. Dia bukan sahaja pandai berpakaian mengikut tubuh dia, tetapi dia ada style... Malah tidak keterlaluan saya rasa dia tetap vouge kalau pakai apa sahaja jenis pakaian. Kalau saya berjalan (bersiar-siar) dengan dia pasti saya kenakan baju yang bergaya sedikit, takut nanti orang tengok bagai telur dengan gagak jadinya. Lagipun kalau saya selekeh bukan saya sahaja yang malu, Lokman juga malu kan, he he he.
Sebenarnya fesyen jugak ada pusingannya. Maksud saya ia mungkin muncul kembali. Baju jenis berpetak dulu pun ada jadi fesyen zaman 60an, begitu juga baju jalur. Tentang fesyen ni fesyen dunia pakaian lelakilah paling lembap nak berevolusi, entahlah mungkin orang lelaki tidak suka berlebihan sangat, he he he.

Almari...

Cita-cita saya nak tempah satu almari pakaian khas, saya nak susun elok-elok. Nak jaga elok-elok baju tersebut. Ya lah kan, harga baju dan seluar sangat mahal. Biasanya saya beli baju yang dioffer masa ada sale. Ada juga baju batik yang mahal yang saya dan Ja `terbeli' sebab kita orang kena pergi suatu majlis yang agak mega... Kalau ada almari yang ok, alangkah moleknya.

Sekarang saya masih ada simpan baju kerja semasa saya jadi guru sebelum saya bekerja di Kolej Shahputra, bayangkan baju tersebut dah berapa tahun dipakai... Kalau ada almari yang ditempah khas tentu semuanya lebih tersusun dan sedap mata memandang... alangkah moleknya...

Jan: Nak jugak tempah almari kasut, tapi kasut ada 3 pasang je....

Ku Ingin Bahagia - Rina Rahman

Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya


Kepada generasi baru lagu ini mungkin asing bagi mereka. Bagi saya ianya membawa saya kepada zaman persekolahan rendah (1970an). Dulu saya akrab dengan radio. Bila saya dah bertambah dewasa saya lebih akrab dengan TV dan kemudiannya terkini DVD player dan peti sejuk. Tak ada masa nak tengok TV.
Lagu ni lagu nyanyian Rina Rahman, saya katogerikan antara lagu evergreen sepanjang zaman. Saya tak ada Cdnya, saya selalu dengar di radio atau di supermaket. Dulu masa sekolah rendah dengar je dan rasa sedap, tak lebih daripada itu. Liriknya pun saya tak dalami. Tetapi melalui masa setiap yang terlintas di mata, terbayu ditelinga, terasa dilidah, saya huraikannya cari makna.
Tapi subjek lagu ini tak sukar nak dihuraikan. Lirik lagu dudu-dulu mudah tak sesukar sekarang. Mungkin subjek ceritanya dah payah maka baik tulis lirik yang mudah (terus telus dari hati). Subjek patah hati payah kita nak perkatakan. Jika dipilih lirik yang berat, takut tak `sampai' lagu tersebut di hati pendengar.

Pada pendapat saya suaranya biasa-biasa sahaja tetapi penghayatannya bagus. Ada seolah kesedihan dalam nada suara yang seakan `nak tak nak' je alunan menyanyinya. Dia sebagai mangsa cinta dia dah mulai bosan dan berfikir lebih baik dia hidup bahagia tanpa cinta, dia nak bebas. Dia nak bina hidup baru setelah dia sedar diri dia ditipu... dia rasa sedih dirinya telah terpedaya.

Dia tak nak sangat kekasihnya mengangguinya lagi, mungkin dia dah beri banyak peluang dan hatinya benar-benar patah. Allahualam...

Katanya Rina Rahman terus berhenti menyanyi bila dia berumahtangga, sampai sekarang dia tak buat `comeback'. Entahlah mungkin dia dah selesa dengan kehidupannya sekarang. Kalau dia nak buat `comeback' dalam dunia seni suara ni, saya nak sumbangkan sebuah lagu yang saya kompose sendiri lirik dan iramanya. Tajuknya ``Kau Puaka...''
Jan: Layannnn...

Tuesday, August 18, 2009

Susahnya memelihara anak...

Saya rasa gembira kerana semalam mak saya datang. Kali ini tentu mak saya duduk lama dan berpuasa dengan saya. Ayah saya hanya datang menghantar emak saya, hari ini dia dah pulang ke Besut. Banyak kerja katanya.


Saya dan mak tidak dapat bercakap banyak sangat semalam. Di hadapan ayah saya, topik yang dibincangkan tidak boleh sembarangan. apabila bercakap dengan ayah saya topiknya bersifat nasional. Antaranya kami ada berbincang topik H1F1, Anuar Ibrahim, KDNK negara Jepun yang dah pulih, bekalan gula negara, nasib kereta yang dah lanjut usia dan pelbagai topik sewaktu dengannya.


Tadi pagi selepas kelas pagi saya kembali ke rumah untuk makan pagi. Saya ada kelas pukul 8 hingga 10 pagi. Sebab saya hanya buat kuiz dalam sejam, saya benarkan pelajar keluar selepas itu. Dan saya bergegas balik makan roti telur goreng yang mak saya buat. Wow best!.


Semasa menikmati makanan mak saya buka juga topik-topik pilihan. Mak saya kecenderungan topiknya sekitar isu tempatan sahaja iaitu jiran tetangga dan keluarga. Dalam makan tu emak saya buka topik pasal anak kepada ustazah yang selalu datang ke rumah kami menolong mak saya bersihkan rumah.



Emak saya beritahu anak gadisnya yang di tingkatan dua kena belasah dan meraung tengah malam. Pada suatu malam suaminya kebetulan terjaga daripada tidur dan dengar anak gadisnya dok `kik kik kik' berhandpone dah lewat pagi. Itulah cerita yang dia beritahu mak saya yang anak gadisnya kena belasah dek suaminya kerana baru berusia muda tetapi dah galak. Dia tak berani nak tolong anaknya semasa dibelasah kerana bimbang turut dibelasah sama.


Namun dia didapati anak gadisnya tetap juga berhandpone malam seterusnya walaupun dia sendiri beritahu tak takut ke ayah ke? tak serik lagi? Remaja zaman sekarang hebat kan, kan?



Saya tak tahu nak kata apa... cuma saya beritahu mak saya syukur kakak dan adik perempuan saya bukan jenis galak gelenyar. Dalam adik beradik saya, yang paling gatal dan gelenyar adalah saya. Namun bila saya dah semakin dewasa saya semakin sedar diri...

Saya beritahu mak saya, saya juga bimbang terhadap anak-anak saudara perempuan saya (kenapa tidak anak saudara lelaki saya?). Saya bimbang takut mereka pun jadi begitu, gelenyar.


Saya juga katakan anaknya itu tidak hargai ayah dan ibunya. Tak sedar maknya terpaksa kerja di rumah orang untuk cari duit... Dia terlepas pandang mungkin kerana dia muda, atau pun dia memang begitu sifatnya?


Diceritakan lagi suaminya amat sedih atas kejadian itu. Anak perempuannya terima hadiah handphone daripada kawan lelaki kat sekolah. Ayahnya pergi cari kawan lelaki tersebut kat sekolah tetapi kawan lelaki tersebut tak mengaku dan beritahu lelaki lain yang beri (pulak dah).


Saya pun tak retilah nak kata tetapi sebagai orang perempuan kalau orang lelaki beri something tu tentulah dia nak sesuatu. Rasanya tak payah sangat nak diambil pelajaran kan? Orang lelaki bukannya bodoh nak derma saja-saja kan, kan?



Emaknya baik sangat, mengajar mengaji. dan suaminya pun orang baik-baik dan bertanggungjawab. Dulu suaminya satu sekolah dengan saya. Entahlah dunia ini banyak cubaannya, mak bapak baik belum tentu anak jadi baik. Dan emak bapak tak baik belum tentu anak jadi jahat, ada yang jadi ustad pun.


Saya beritahu mak, saya harap mereka berdua bersabar, berdoa jangan putus asa. Anak-anak adalah cubaan dan dugaan tuhan. Maaflah kalau saya bercakap macam ada anak sepuluh orang... tapi tulahkan dugaan dalam perkahwinan sangat hebat. Tidak saja-saja tuhan beri 27 kali ganda pahala kan, kan?



Jan: Kadang-kadang kita dah mendidik dengan betul...(kitab rasa la, he he h e)


Monday, August 17, 2009

Tiada had fikiran pada ruang...

Sebenarnya bila saya duduk saja-saja, banyak pulak ilham dan idea untuk dibuat penulisan. Malah idea tersebut siap dengan susunan ayatnya sekali yang saya gubah di fikiran. Namun apabila duduk di kerusi dan mahu mula menulis, semuanya hilang entah di mana.
Tanpa perasaan yang `kuat', kita tidak dapat menyusun ayat dan menulis dengan baik. Apatah lagi kita bukannya sasterawan negara, negeri atau pun daerah. Tidak pernah menjalani pendidikan formal dalam dunia penulisan. Kita pakai tulis je.
Selama 4 jam menghadiri konvoi tersebut UNITEN yang ke 12, di dalam dewan saya banyak mengelamun dan bercakap seorang diri di dalam hati. Pengelamunan tersebut sangat luas sehingga membawa saya ke `luar' dewan. Saya juga berhasrat kononnya selepas ini saya mahu menulis apa yang saya fikirkan selama 4 jam tersebut.
Selama 4 jam juga banyak juga ilmu yang saya dapat daripada mendengar perbualan rakan-rakan yang sesekali memecah kesunyian. Saya juga lihat pelbagai gaya pelajar naik ke pentas untuk terima izajah masing-masing. Namun pandangan di depan mata tak sekuat hati yang mahu `melarikan' diri di dalam dewan besar ini, fikiran saya merewang jauh.
Masa-masa bagaimana ya kita aktif berfikir? Tentu kita banyak berfikir pada setiap hari daripada pagi sampailah ke petang dan malam. Malah kita sudah berfikir untuk hari esok, minggu depan, bulan depan dan tahun depan!. Inilah manusia, berbeza dengan binatang.
Biasanya kita banyak berfikir pasal diri apabila kita berada berseorangan ataupun bila keadaan sunyi. Kita akan berfikir dengan lebih aktif pasal diri kita. Selama 4 jam tersebut walaupun jasad berada di dalam dewan tetapi roh sudah banyak meneroka di tempat lain. Saya sempat `sampai' di Manila, Paris dan Bukit Keluang juga kampung halaman.
Saya juga sempat `menjengok' saya di alam persekolahan, di peringakat universiti dan di tempat kerja lama. Saya juga ada membayangkan saya pakai rambut palsu bila berumur 80 tahun apabila melihat ada hadirin dalam dewan terutama `orang besar-besar' berkepala botak...
Pemikiran membawa saya ke banyak tempat dan peristiwa tanpa limit, juga disusuli dengan peristiwa dan kenangan. Begitu juga dengan harapan...
Jan: juga harapan-harapan yang tak kesampaian yang saya sandarkan sebagai hanya impian...

Friday, August 14, 2009

Sing u beng gong...


Here's the thing We started out friends It was cool, but it was all pretend Yeah yeah Since you been gone You're dedicated, you took the time Wasn't long 'til I called you mine Yeah yeah Since you been gone And all you'd ever hear me say Is how I picture me with you That's all you'd ever hear me say But since you been gone I can breathe for the first time I'm so moving on Yeah yeah Thanks to you Now I get what I want Since you been gone How can I put it, you put me on I even fell for that stupid love song Yeah yeah Since you been gone How come I'd never hear you say I just wanna be with be with you Guess you never felt that way But since you been gone I can breathe for the first time I'm so moving on Yeah yeah Thanks to you Now I get, I get what I want Since you been gone You had your chance, you blew it Out of sight, out of mind Shut your mouth I just can't take it Again, and again, and again, and again... Since you been gone (since you been gone) I can breathe for the first time I'm so moving on Yeah yeah Thanks to you (thanks to you) Now I get, I get what I want I can breathe for the first time I'm so moving on Yeah yeah Thanks to you (thanks to you), now I get (I get) You should know (you should know) That I get I get what I want Since you been gone Since you been gone Since you been gone


Jan: Life begin at 40 dear... u cry for what?...

Thursday, August 13, 2009

Boring atau malas?

Manusia biasa selalu mengaitkan perasaan boring mereka dengan menyatakan tiada kerja yang hendak dilakukan (seolah-olah semuanya sudah dibereskan).

'' Boring la hari ni, tak tahu nak buat apa '' .

Kita pernah dengar dialog di atas terpancul di sekeliling kita. Malah mungkin kadang-kadang kitalah yang menuturkannya... he he he. Terutama hujung minggu apabila duduk di rumah kita kononnya rasa boring tak ada kerja nak dibuat. Pada hal keadaan dapur berselerak, bilik tidur dan ruang tamu juga begitu. Begitulah sifat saya, kononnya boring duduk di Muadzam pada hujung minggu.

Jika diteliti dengan halus, mustahilkan tak ada kerja yang nak dibuat sama ada di rumah atau di pejabat. Di pejabat biasanya selalu ada banyak kerja yang boleh kita katakan kerja yang tak sudah-sudah dan silih berganti sampai mati.

Tapi kita janganlah merungut sangat sebab kita makan gaji. Kalau tak nak buat berhenti dan buka kompeni sendiri, he he he. Sebenarnya paling tidak kita boleh buat penyusunan semula fail yang tak teratur atau buat jadual kita untuk minggu depan dengan teliti. Saya ada buat juga tapi saya malu pada diri sendiri dan alam ini kerana gagal mematuhinya dengan sempurna.
Di rumah pula tak perlu cakaplah, banyak kerja yang nak dibuat. Sekecil mana sebuah rumah bila dah jadi `home' kita, kita ada banyak perkara yang nak dibuat. Tingkap tak dilap lagi, tak kan nak suruh isteri juga lapkan? Atau basuh kereta? Ke kalau kita ada isteri kita boleh suruh dia? Dan bagi saya, saya melakukannya sendiri, segala-galanya.

Mengenai sang isteri, tak mahulah sentuh pasal mereka sebab kadang-kadang mereka dah jadi macam hamba, he he he. Sori bukan nak hina tetapi kesian tengok mereka. Balik kerja terus bergegas ke dapur untuk masak. Sebab tulah ada isteri yang lerak (terbalikan) meja makan tanda protes apabila suaminya komplen masakannya tak sedap. Ya lah balik kerja masing-masing letih.... garam mungkin termasuk lebih sikit masa goreng telur tadi he he he...

Maka hampir mustahil jika kita menyatakan kita boring sebab tiada kerja yang nak dibuat. Mungkin apa yang kita rasai itu bukannya boring tetapi malas? Agaknya lebih sesuai kita guna dialog di bawah.

`` Eeeee, malasnya aku hari ni...''

Sebab kita rasa malas sebenarnya bukannya boring. Mustahil tak ada kerja yang nak dibuat. paling tidak tepek bedak sejuk kat muka, he he he. Pendek kata kerja-kerji ni tak akan habis-habis sampai kita mati. Orang gila pun ada kerja yang nak dibuat...untuk mempamirkan kegilaannya.

Sedangkan orang yang rajin, maju dan mahu ke depan selalu tak cukup masa walaupun semua telah dijadual dengan teratur. Malah 24 jam sehari tidak cukup bagi mereka.

Saya ada kenal seseorang kawan yang memberitahu saya yang janka hidup satu hayat memang tak cukup bagi dia, dia nak buat banyak kerja besar dan cita-cita besar. Dia perlukan 150 tahun! Dia ada ceritakan rancangan dan projek yang dia nak buat, berkobar-kobar dia bercerita, bersemangat.
Saya tadah telinga mendengarnya sebab dia antara kawan saya yang berjaya dek kerana rajin berusaha. Bukan sebab dia anak orang somebody atau handsome sangat tetapi kerana rajin usahanya. Pernah di universiti dia kena marah oleh pensyarah sebab terlebih rajin!.
Saya boleh tengok daripada projeknya, apa yang dia nak buat tu memang memerlukan masa lebih daripada jangka hayat manusia biasa. Lebih daripada seratus tahun jangka masanya.

Jan: Bukan malas tapi sesak nafas...( sejak dia pergi...)

Tuesday, August 11, 2009

Bukan kisah cinta... 2

Keluar dari bilik, saya tengok di ruang tamu Lokman sudah tiada. Alatan playstation tersusun kemas di tepi tv, mungkin dia dah berada di biliknya.

Saya mesti beranikan diri, saya mesti minta tolong Lokman selesaikan masalah saya. Tak ada orang lain yang boleh tolong saya selain Lokman, Lokman pasti memahami saya malah dia pasti akan berbesar hati menolong. Lagipun kalau saya sesat di Putra Jaya, siapa nak jawab?

Saya berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik Lokman sambil berfikir macam mana nak susun ayat. Nak minta tolong orang kita mestilah guna ayat nada minta tolong, jangan sedap arah-arah je kan?

Apabila menghampiri biliknya saya terdengar dia tergelak-gelak sorang diri. Eh kenapa Lokman ni, angau ke?. Saya jenguk ke dalam bilik. Dia tergelak-gelak atas katil tak berbaju (tapi berseluar) .Ya rabii dia dok berhandphone. Dia dok layan lecturer yang mahu mengejas dia ke? Saya teringat minggu ni isu tersebut panas. Entahlah... dia baik dan ada rupa tentu bukan sahaja pensyarah malah pelajar juga tergila-gilakannya. Apa-apa pun terjadi, apa-apa pun orang kata saya tetap pasti Lokman tak bersalah. Dia bukan jenis menaguk di air keruh. Dia pakai jala.

Saya tak mahu kacau, terus saya menuju dapur, buka peti ais dan sambar kek coklat. Hasrat untuk meminta tolong Lokman bawa saya ke Putra Jaya terkubur.

Saya kembali ke bilik saya, terus landing sambil makan kek coklat tu atas katil. Rasa mewah pulak. Sambil terlentang tu kemudiannya saya berfikir. Perempuan ni kalau persahabatan di`salahsangka'kan cinta akan timbul masalah kan.... Saya teringat peristiwa pagi tadi di bilik kebal. Saya malu pada Mat Pijot, tetapi apakan daya saya seorang lelaki yang lemah terpaksa berbohong. Saya fikir lepas satu-satu perempuan memberi masalah dalam hidup. Apa dosa saya? Saya malas nak tanya lagi kepada kawan-kawan sebab nanti bila tanya tentu mereka akan beri jawapan yang sama, kata mereka saya `poyo'. Saya dah tanya dulu `Mengapa ya lelaki yang baik dan santun macam saya ni selalu bernasib malang ?.

Tadi pagi saya minta tolong Mat, minta tolong supaya dia berbohong. Teruk saya kan... Saya beritahu Mat jika ada orang perempuan kol saya, kata saya pergi UiTM Shah Alam, hantar result exam, Encik Azman (kini Dr dan datuk) suruh hantar cepat. Entah tak semena mena saya heret nama majikan saya. Saya terpaksa berbohong sebab saya mesti selamatkan diri saya. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya mesti diselamatkan dan daripada apa saya mesti diselamatkan.

Saya dan Mat tidak pernah guna telepon di bilik kebal untuk hal peribadi. Tak pernah sesekali memanggil ke luar atau terima panggilan luar selain semata hal kerja. Dan secara peribadi saya tidak suka sapa-sapa menalipon saya ke nombor kolej, termasuk pihak bank! he he he. Tetapi saya seakan tahu dia akan menalipon kolej untuk memastikan adakah saya benar-benar ke Shah Alam atau tidak. Saya memang tahu perempuan memang macam tu, kan?

Saya mintak Mat handle kes tu, Mat veri understanding, dia selalunya handle dengan baik. Dan Mat beritahu saya `En Sukiman ni tak baik mainkan perasaan orang''... Saya rasa malu pada Mat dan seluruh alam maya ini. Saya yang sepatutnya jadi role model kepada Mat, tapi saya yang tunggang langgang.

Memang bukan salah saya, juga bukan salah Diana atau pun Wani (Wani Pekan). Tetapi kebencian dia kepada Diana dan Wani memang tahap mega. Rupa-rupanya dia selalu mengintip saya balik kerja dengan siapa. Dia marahkan Diana dan Wani sebab tumpangkan saya. Katanya tak malu orang perempuan birah tumpangkan lelaki. Saya tak tahu apa erti perkataan `birah' kemudiannya baru saya tahu, he he he.

Macam dia bini saya, saya terpaksalah terangkan segalanya melalui sms. Saya terangkan kepada dia yang sayalah yang selalu nak tumpang kereta Diana dan Wani. Saya terangkan mereka kawan baik saya dan mereka tak bersalah. Kalau salah pun saya yang tak malu mahu menumpang. Tetapi dia marahkan saya kononnya saya tak bersalah!. Pulak dah. Perempuan...

Saya tak syak apa-apa sebab persahabatan kami bermula dengan menjual kain pasang. Dia yang minta kain pasang daripada saya untuk dijual di kawasan perumahan yang saya duduk menyewa. Itu pun cadangan dia. Namun mungkin saya buta kot... Lagipun saya tak pernah terfikir dia sukakan saya. Tetapi saya tahu bagaimana kita suka kat orang, kita ambik hati dia kita tabur madu dan hati kita sendiri kita campakan kat longkang... (baca dengan nada sedih). So saya hargai semua apa yang dia rasa kepada saya, walaupun saya tak rasa, he he he.

Bila dah lama mengelamun dan kek pun dah habis, saya bangun dan terus menuju ke bilik Lokman. Mungkin dia dah berhenti berhandphone... Saya mesti beranikan diri, saya benar-benar nak minta dia tolong. Saya benar-benar mahu jumpa perempuan tersebut, saya nak tengok dengan mata kepala sendiri. Kadang-kadang gambar dengan yang life lain berbeza.

Sampai di pintu bilik Lokman, tiada kedengaran tawa-ria, senyap je... Seperti tadi, saya menjenguk ke dalam biliknya. Ya allah saya lihat Lokman sedang...

Jeng-jeng-jeng....

Jan: Bersambung lagi?

Daripada 13 menjadi 3, daripada 4 menjadi 1...

Ini cerita lama, iaitu pengalaman saya dalam menguruskan perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit. Saya tidak tahulah bagaimana orang lain menguruskannya tetapi saya gagal pada permulaannya. Gagal dengan cemerlang. Saya bukan nak membuka pekong di dada tetapi saja nak bercerita...
Semuanya bermula apabila saya dapat kad kredit pertama semasa saya kerja di Pekan. Kad kredit Maybank itu menjadi simbol pencapaian saya (rupanya pencapaian dalam berhutang, he he he). Orang kampong saya mana ada kad ni, saya gembira. Saya tidak tahu perbuatan saya itu bagaikan si kudung mendapat cincin. Gaji tidak sampai RM2K ada hati nak pakai kad kredit.

Selepas itu saya buat pulak kad kredik Bank Islam, kemudiannya Southern Bank dan lepas tu Standard Charted!. Lama kelamaan kad kredit saya dah bersusun paku. Saya pernah `buat-buat' jatuhkan kad itu dengan sengaja depan Kamal, Kamal kata ``Banyaknya kad hutang kau Kiman..." saya tak tahu perbuatan saya tadi bagai menepuk air di dulang. Saya patut malu pada diri sendiri.


Ada banyak kad kredit memang senang. Bila nak membeli tak payah bayar, hulur kad, penjual toreh je kat mesin dan kita tandatangan je (rasa macam penting je bila kita tandatangan tu, he he he). Saya sangat seronok bagaikan itik mendapat air atau bagaikan Siti Nurhaliza dapat datuk K.


Siti Nurhaliza dan Datuk K



Namun saya semakin risau apabila hutang kad kredit dah mencecah RM13K. Saya dah tak larat nak bayar hutang kad kredit tiap bulan. Satu petang saya berjumpa dengan Adnan dan bincang pasal hutang kad kredit tanpa segan silu, saya sembunyi muka.

Malaslah saya nak cerita apa yang saya beli dengan duit sebanyak itu, he he he. Tapi antaranya ialah beli Tv, tempat letak Tv, peti ais, mini hife, beli pasu yang mahal RM720 (sepasang), saya beli perabut jati dan lain-lain. Asal berkenan dan ada depan mata saya menyambarnya he he he. Nasib baik benda-benda tu ada lagi dengan saya. Oh ya saya hampir beli rambut palsu dengan kad kredit! He he he tak apa alah membeli menang memakai...

Setiap bulan saya menjumlahkan sejumlah wang yang besar untuk bayar kad kredit daripada gaji saya. Saya mesti buat keputusan sekarang. Mana saya nak cekau RM13K? Dalam pada tu saya sempat beritahu Adnan saya juga bimbang jika Kolej Shahputra pindah ke Kuantan sebab lebih dekat dengan pusat membeli belah…he he he.

Kami berbincang bagaimana nak atasi masalah saya. Saya juga tak boleh meminjam wang daripada kawan-kawan atau keluarga, tentu mereka tak percaya dan terus pengsan. He he he. Saya juga beritahu Adnan saya juga tak mahu gali lubang tutup lubang iaitu pinjam duit bank untuk menyelesaikannya.




Akhirnya saya dan Adnan dapat satu formula iaitu `formula akui kesilapan kena sedar diri ‘ . Saya dah tidak ada jalan lain saya terpaksa guna formula tersebut. Kami rancang dalam masa 5-6 tahun barulah masalah ini selesai. Antara langkahnya:

1. Perkara pertama yang saya mesti lakukan adalah mengakui kesilapan.



Saya memang berbelanja seperti orang dah kawin atau macam orang ada mak we. Saya tak ukur baju di badan sendiri. Sebelum ini saya banyak juga membaca mengenai bahana kad kredit tetapi semua info itu bagai anjing menyalak bukit, tak meresap masuk ke minda saya hinggalah dah terbukit RM13K, he he he.



2. Potong kad kredit.




Cara memotongnya... (konon...)

Selepas terhantuk baru tergadah, barulah saya ambik tindakan memotong kad kredit biar tinggal satu. Saya pilih maybank sebab ia adalah cinta pertama saya, he he he.

3. Saya kena terasa perit dan menahan diri.


Saya menahan perit jugak sebab nafsu berbelanja juga kuat (bersamaan dengan nafsu seks kot. Entahlah). Namun memang bila saya berkenan sesuatu nak beli saya bulatkan hati, saya buat-buat selamba je tengok dan kelebek. Pas tu terus saya arahkan ingatan saya kepada ` suatu hari nanti aku kena pakai kereta dan ada rumah, kena ada kewangan yang baik'.

4. Saya kena bersabar.


Memang saya kena bersabar kerana ia makan masa 5-6 tahun. Saya tetap membayar tanpa berlengah dan cuba bayar melebihi had pembayaran minima. Pernah saya hanya bayar RM20 je melebihi tahap minima sebab ada antara bulan saya hantar duit untuk sedara yang belajar di U lebih banyak sikit...(dia tidak tahu pengorbanan saya, mungkin dia ingat gaji saya besar... tapi tak apalah... baca dengan nada sedih).

5. Matlamat guna limit RM4k sahaja.
Saya tahu perjalanan hidup masih jauh dan perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah. So bermula saya duduk di Pekan lagi saya dah mula menjaga perbelanjaan kad kredit saya. Memang perit jugak sebab kadang-kadang tinggal RM300 je baki bulanan untuk makan minum je....sedih kan? tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan?

Apabila saya berhijarah ke Kuantan, memang saya dah duga saya lemah melawan hawa nafsu. Saya `terbeli' juga meja makan jati yang lapan kerusi. Malaslah saya nak beritahu harganya, he he he, mahal bagi saya. Tak padan dengan rumah sewa kecil sahaja orang kata mahal tali daripada beruk atau cantik pagar daripada rumah. Pun begitu pada masa tersebut saya dah ada hanya 2 kad kredit. Saya terus membayarnya dengan rajin dalam terharu, hu hu hu.

Dan setelah 2 tahun saya berada di tempat kerja baru di Muadzam baru 2 bulan lepas saya tutup kad terakhir dan sekarang hanya tinggal satu. Maknanya ambil masa untuk melunaskan hutang tu. Bayangkan dari Pekan sehinggalah ke Bandaraya Muadzam.


Walaupun makan masa, saya syukur kerana saya bukannya buat suatu perkerjaan bagai menolak ombak di pantai, saya ada matlamatnya. Sekarang saya hanya ada satu kad sahaja, dan hutang dalam RM3k lebih kurang... Saya harap saya lebih berhati membuat perbelanjaan sebab pada masa yang sama saya membayar rumah dan kereta.
Tidak berniat untuk ceritakan kejayaan atau menyohol yang saya bijak menggunakan kad kredit. Saya bukan bagai ayam bertelur sebijik riuh sekampung atau bagai Eraa Fazira dapat anak. Saya bukan mahu mencanangkan kepada semua orang, hanya bercerita pendek.

Sekian

Jan: Duit bukan segala-galanya...(ia hampir segala-galanya... he he he)

Untuk lelaki: Kita terlupa...(setelah 8 tahun kawin).

Manusia selalu mudah lupa. Lupa akan daripada mana dia bermula dan apa yang dah mereka ada. Teringat kata-kata Madonna yang manusia lebih tertarik dengan apa yang mereka tiada, wal hal apa yang mereka tak ada tu bukanlah elok sangat berbanding dengan apa yang dah mereka miliki…
Apatah lagi dengan apa yang mereka tidak miliki itu lebih menarik daripada yang mereka ada. Kita selalu keluh kesah dengan makanan yang kita makan tiap-tiap hari… kerusi mejanya tak seselesa dulu. Kita sudah tidak dapat menikmatinya padahal kita suatu waktu dulu sangat suka makan kari di meja itu. Kari tersebut tidak kurang rasanya atau mutunya berbanding dulu. Tetapi kenapa kita sudah jemu… tiada trillnya lagi?
Maka kita cuba-cuba makan luar. Pada mulanya kita kata tak leh lawan masakan kari yang bini kita buat. Dan pada waktu itu sebenarnya kita dah mula tertarik dengan makanan lain yang di hadapan kita. Kita sudah tertawan dan mahu rasa kelainan. Lama-kelaman kita rasa sedap kari di luar rumah dan kita selalu di makan luar…
Isteri kita macam biasa, dia setia. Dia tahu kita suka makan kari dan sebab itulah dia masakan kari. Sambil menyiapkan kari tersebut dia nyanyikan lagu `one way ticket’, dia masak dengan kasih sayang. Tadi sekejap dia telah kemaskan rumah walaupun dia tahu kekemasan tersebut tidak akan lama, mungkin 5 minit je sebab bila-anak anak tengah membesar jangan haraplah rumah nak kelihatan macam hotel. Sebentar tadi pun dia sudah basuh, jemurkan baju. Dan sebelum itu dia dah streak baju lengang panjang yang kita suka pakai masa pergi kerja. Dia buat itu SEMUANYA untuk kita, untuk sebuah rumahtangga yang terurus.
Kita masih sedap makan kat luar, bila balik kita jamah sikit je kari yang isteri kita buat. Kononnya ambil hati (ambil hati kepala hotak). Kononnya kita bertimbangrasa, so rasalah sikit penat isteri memasaknya. Lepas itu kita bertanya dia `kenapa rumah nampak berselerak sangat?' Sedangkan kita tak cukup bodoh untuk mendapatkan jawapannya sendiri.
Kita masih suka makan di luar sebab kalau makan kari pun, masakannya lebih sedap, ikannya lebih muda dan bergetah. Semuanya boleh layan nafsu kita yang tak pernah tua usianya…
Bila waktu tidur malam kita tidak renung wajah isteri kita (wajah yang dulu membuatkan kita hampir gila), kita tak tengok pun wajah keletihan menguruskan rumahtangga. Dan isteri kita pun tidak meminta lebih sebab dia tahu kita penat, dia tidak mengomel walaupun persembahan seks kita tak sehebat dulu… dia sayang kita melebihi seks.
Dia tidak sesekali terlintas yang kita selalu makan luar…
Jan: Mengapa curang?

Friday, August 7, 2009

H1N1 cepat merebak...



H1N1 cepat merebak dan akan membawa kematian kepada individu yang sememangnya dah tidak sihat. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut (sumber dari Kementerian Kesihatan):

a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat .


Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

 Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.


 Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.


 Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

h. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sila laporkan / rujuk segera kepada Hospital Kerajaan jika menghadapi pesakit yang mempunyai ciri-ciri H1N1

Jan: (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Bukan kisah cinta...

Saya tak katalah saya baik sangat, saya manusia biasa yang buat dosa kecil, sederhana dan dosa besar. Tapi memang saya menghindari daripada menjalankan hubungan yang tak pasti, saya tak mahu saya teruskan perjalanan tersebut jika hala tujunya samar berbalam.
(Malu sebenarnya nak cerita tetapi semoga boleh diambil pengajaran daripadanya. Tak nak ambil pun tak apa, he he he.)
Dalam kehidupan manusia ada masa-masanya mereka seolah terumbang sikit, maka pada masa inilah kita buat sesuatu yang bila kita fikirkan semula...baik tok soh buat.
Saya memang tak pandai mengorat, skill tu tak ada dalam diri saya. Saya malu bila melibatkan perasaan, saya tak selesa meluahkan perasaan. Saya kagum dengan kawan-kawan lain, mereka seolah tiada kemaluan bila mahu memikat perempuan. kalaulah saya boleh menjadi seperti mereka...
Peristiwa ni berlaku semasa saya bekerja di Pekan. Memang saya yang gatal mula-mula sms dia bertanya khabar dan kononnya nak berkenalan... tapi hubungan kami tak sampai ke tahap seterusnya kerana saya tak berani nak melangkah `setapak ke depan'.
``Encik Sukiman sms lah dia, dia cantik orangnya, macam saya, he he he.'' Tergedik-gedik pelajar saya di tepi meja. Saya pandang sekeliling, malu pulak takut Kamal nampak, apa pula katanya nanti. Kamal ada di sebelah di mejanya sedang mengira dengan khusuknya menggunakan kakileter. Kalau dia tengok apa pula katanya sebab saya selalu tidak bersetuju jika pensyarah bercinta dengan pelajarnya, entah.
Saya pandang muka pelajar saya dengan lebih teliti, memang cantik jugak budak ni dan pandai bergaya detik hati saya. Orang KL memang bergaya, cuma perangainya yang `berani' tu membuatkan saya tak selesa. Memang budak-budak sekarang keberanian dia tahap megamall.
``Nantilah kalau saya ada masa, saya sms dia''. Saya buat-buat sibuk menyusun kertas graf yang sememangnya dah tersusun. Saya sempat lagi berpaling sekeliling, saya tengok Intan dok syok mengunyah kuaci Cap Helang. Hari ni subang Intang besar sikit, gaya ethnik, kena dengan gaya rambutnya yang mengurai kerinting.
``Saya dah beritahu En Sukiman ni baik orangnya, rajin mengajar dan ambil berat pasal pelajar.'' Sambung pelajar saya tadi. Saya tau dia nak promosikan saya kepada emak saudaranya... Entahlah saya memang tak minta tetapi dah banyak kali juga dia pengaruh saya supaya berkenalan dengan mak saudaranya.
``Yang saya mengamuk dalam kelas tak cerita ke? he he he'' Sampuk saya sebab memang ada kalanya saya naik darah jugak dengan pelajar ni kenakalan dan kesungguhan tak dapat saya bezakan. Ada ke suatu masa tu saya tanya sapa Profesor diraja yang menyumbangkan pembangunan ekonomi di Malaysia, mereka pakat jawab ramai-ramai `Nik Aziz...!
Malam tu saya tergolek atas tilam, layan CD. Ustad Ahmad berada di dalam biliknya, sembahyang sunat kot. Din pergi kolej, Lokman pula sedang serius main play stationnya.
Dalam dok sorang tu, tangan saya gatal terus metaip ``Asalamualaikum, dah makan ke belum?'' Saya Sukiman lecturer yang anak saudara u bagi nombor u kat i ''. Saya tak tahu nak mula macam mana, terkadang guna `i' terkadang guna `saya' sebagai kata ganti diri pertama. Maklumlah tak biasa ngorat-ngorat ni, he he he. Malu pulak rasa.
Saya juga tak tahu bagaimana saya berani memulakannya. Saya terasa hina dan jahil pulak sebab guna title `lecturer'' untuk urusan pengoratan. Sebab saya fikir kalau saya perempuan pun saya tergoda bila dengar title `lecturer', mungkin tersyok terus 45%. Tetapi bagus juga untuk suatu permulaan kan?
Katanya dia dah tengok gambar saya yang dipukul bersama pelajar-pelajar. Dia kata saya `good looking'! Saya tak nak nafi sebab ramai jugak yang kata perkara yang sama kepada saya (perasan pulak, he he he). Dan saya memang ada syak sekejap yang dia nak berkenalan dengan saya sebab saya ada rupa dan seorang pensyarah. Kalau saya bukan pensyarah dan muka ala kadar sahaja bagaimana? Tentu dia tak rela beri nombor hp dia kan?

Hampir tiga bulan jugak saya bersms dengan dia, biasanya malam-malam tetapi taklah kerap sangat. Dan kebanyakannya dialah yang sms saya dulu. Kami pernah jugak bercakap mesra sehinggalah suatu malam dia ajak saya berjumpa di Putra Jaya!...
Saya memang nak tengok rupa dia depan mata., suaranya halus dan merdu di telinga ala-ala menggoda. Saya mahu tengok orangnya secara langsung. Saya pernah tengok gambar dia yang anak saudara dia tunjukan, boleh tahan orangnya, saya beri B+. Putih dan kecil molek macam pelajar saya juga.

Saya hajat di hati nak beritahu Lokman saya nak ke Putra Jaya... tetapi jeng-jeng jeng...
Jan: bersambung....

Thursday, August 6, 2009

Kemiskinan dan mandi bogel

Kemiskinan dan mandi bogel



``Poverty is a lifestyle into wich one in six people around the world, over one billion people were born.'' - Jeffrey Sachs, The End of Poverty (2005), World Bank:UN.
``Dan di sini kita masih jua berpesta, minuman serta makanan terbuang dan melimpah. Di sini kita lupa ada yang kelaparan dan juga kadang-kadang lupakan tuhan...,'' - Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Di sini tiada kedamaian lagi (1982), Malaysia.
Orang yang miskin pendapatan isirumahnya tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat perlindungan. Kita tidak cukup duit bukan kerana nak beli bahan asas tetapi nak langgang astro...he he he

Jan: Dan di sini aku masih nak beli Sofa yang vouge?

Here Without You...

3 Doors Down


A hundred days had made me older
since the last time that I saw your pretty face
A thousand lights had made me colder
and I don’t think I can look at this the same
But all the miles had separate
They disappeared now when I’m dreaming of your face
I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight
it’s only you and me
The miles just keep rolling
as the people either way to say hello
I hear this life is overrated
but I hope it gets better as we go

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight girl
it’s only you and me

Everything I know, and anywhere I go
it gets hard but it won’t take away my love
And when the last one falls,
when it’s all said and done
it get hard but it won’t take away my love

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight girl
it’s only you and me
Jan: Layannn... Lagu ni meletop masa saya kerja kat Shahputra...

DPL: Daripada jauh sahaja...

1. Suasana berkerja di institusi pengajian tinggi banyak mengheret saya mengimbau kenangan lalu di mana saya salah seorang mahasiswanya.
2. Sebagai seorang pensyarah, apabila ada rehasal majlis atau projek di auditorium universiti, saya akan cuba hadirkan diri walaupun tidak terlibat dengan projek tersebut. Saya turun untuk`tunjuk muka'.
3. Apatah lagi jika projek tersebut kawan baik yang kendalikannya, datang untuk beri sokongan moral, student juga berbesar hati dengan kehadiran pensyarah.
4. Terbaru saya dan Adnan turun melihat persiapan untuk majlis PUNB, kami tidaklah pergi sebagai seekor merak yang mempamirkan keistimewaan, kami pergi sebagai katak yang senyap sahaja...tak nak menarik perhatian sesiapa.
5. Saya duduk di belakang dengan Adnan. Dapatlah saya lihat suasana yang macam-macam di bawahnya.
6. Ramai pelajar yang terlibat, ada yang hanya tukang bawak bunga manggar sahaja (tetapi kelihatan sangat bahagia), ada yang ke hulu ke hilir gengam wokie talkie (maklumlah kat rumah tak ada), ada yang praktis main gamelan dan ada jugak bercouple sampai tak hirau orang sekeliling, biasalah.
7. Ada yang terpaksa berlakun jadi TNC dan Dekan, duduk bergaya atas pentas di kerusi.
8. Pengacara pulak tak habis-habis membaca pantun dan seloka agar majlis ceria taklah macam acara pengkebumian nanti...
9. Ada juga yang duduk di kerusi belakang saja sambil memerhatikan kawan-kawan mereka menguruskan projek. Mereka ini datang biasanya kerana satu desakan yang kuat. Kalau tak, tak datang punya. Baik tidur di asrama.
10. Mungkin ada di antaranya datang sebab `suka' kat seseorang. Dapat lihat daripada jauh pun tak apa, balik asrama peluk bantal. Ya lah kan kita ni sapa..., taklah secantik/sehandsome mana.
11. Zaman saya, orang yang jadi MPP di UM ni laku. Kalau lelaki ramai perempuan dan lelaki minat, dan kalau perempuan, ramai yang lelaki minat.
12. Malu nak cerita tetapi apa yang pelajar buat saya sudah laluinya saya dah rasainya. Saya dulu datang kerana saya suka lihat seseorang, dia taklah cantik mana C+ je, gigi tak tersusun, free hair. Tetapi dia mengambil berat tentang saya. Setiap kali jumpa dia akan tanya `Kamu dah makan?, dia tak tanya apa khabar?. Dia orang Sabah.
13. Dan macam biasa saya tak lahirkan perasaan saya, saya pendam dan peram je. Lagipun masa tu ada pelajar sefakulti yang sedang giat nak ejas saya, cerita ni saya tau daripada kawan baik saya Zuki.
14. Saya tak mahulah dia nampak saya dengan mana-mana perempuan sebab saya tak mahu hatinya sedih sebab saya tahu bagaimana sedih hati kita bila lihat orang yang kita suka bersama orang lain, kan...
15. Banyak terlintas difikiran saya apabila setiap kali melihat raptai atau projek.
16.Tentu yang duduk di belakang sambil lihat-lihat dari jauh itu ada maknanya, he he he. Saya teringat kisah saya semasa di UM dulu. He he he.
Jan: Di mana-mana kawan ku berada, berkeluarga, kawin tapi tak dapat anak ke atau bercerai berai, atau terusan bersolo. Kuharapkan kalian bahagia selalu.

Cara merebak vs cara kita mengurus panik

Mengikut Kementerian Kesihatan, virus ini merebak merebat dengan cepa:.
• Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Maka kalau nak bercakap pun kita kena jauhkan diri daripada kawan kita. Kalau batuk atau bersin kita lagilah kena jauhkan diri.
• Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Nampaknya senang sahaja ia merebak. Saya tertanya-tanya, katalah bila tempat kerja saya dibuka semula nanti dan pelajaran akan disambung semula, bagaimana jika virus itu masih menular, masih mengganas? Sedangkan tarikh penutupan telah tamat, adakah tempat kerja saya akan ditutup semula?
Saya juga tertanya-tanya jika pekerja bank yang kena, adakah bank akan ditutup? Parah nanti jika bank ditutup. Bagaimana dengan servis yang diberikan? Kalau ahli kabinet kena, kabinet akan ditutup ke?
Saya juga bimbang silibus tak abis lagi, jika tak habis memang final exam boleh dijalankan tetapi soalan tak kan terdaya nak cover semua topik atau chapter. Saya bukan mementingkan kerja saya, saya tahu nyawa lebih penting, tetapi kita harus ada makanisme menguruskan panik ni.
Entahlah, saya musykil adakah langkah penutupan ini adalah wajar? Bimbang pun ada kot bila buka nanti pelajar datang tetapi kali ini lebih ramai yang datang membawa selsema babi tu. Sapa tahu kan?
Saya rasa kita kena ada satu pengetahuan untuk mengurus panik ni. Kerajaanlah yang patut tahu jalan mana yang lebih selamat untuk diambil. Bukan apa, jika silap mengurus kepanikan ini menyebabkan ekonomi tak jalan....
Atau cara kerajaan handle yang menyebabkan panik ni? he he he
Jan: Setelah kau tiada...tiap saat ku hidup dalam kepanikkan.

Wednesday, August 5, 2009

CD dan sehelai rambut…

Saya ni kadang-kadang malas nak layan karenah kawan-kawan saya. Kadang-kadang lewat angin malam mereka sms atau kol untuk cerita yang sekali fikir memang mengarut...



``Saya col ni sebab awaklah kawan saya dunia akhirat Mang.''. Kata kawan saya yang dah agak lama saya tak jumpa, tak saling menghubungi. Kali terakhir saya dengar dia kahwin dengan seorang kontraktor. Saya tak pergi majlis kahwin dia, just dari jauh saya buat jokes ``Tak takut bermadu ke? he he he....''



Malam tadi dia beritahu dia bertengkar besar dengan suaminya. Saya malaslah nak layan, lainlah kalau dia nak cerita mengenai kepermegiannya buat umrah baru-baru ini selepas dia akhirnya kawin juga di usia ranum. Dia memang berniat jika dia kahwin dia akan pergi menunaikan umrah. Teringat saya masa dia kol nak pergi umrah dia kata dia nak berdoa depan kaabah supaya saya pula kahwin. Namun saya beritahu dia jangan doakan saya kahwin doakan saya kaya raya, he he he. Dia kata ``Teruk la mung Mang''.



Kita kembali kepada soal pentengkarang tersebut, manalah tau boleh buat pedoman. Saya janji tak akan sebelah mana-mana pihak walaupun dia teman baik dan kawan lama saya semenjak di U lagi. Pernah di U saya menolongnya antar surat cinta kepada kekasihnya (kawan saya juga yang lelaki tu). Saya mengaku saya pernah bodoh...he he he, siapa tak pernah buat silap?


Dia cakap dia bertengar kerana Cd dan sehelai rambut. Saya cakap biar betul! betul ke?, ambik la sebab-sebab lain yang konkrit sikit. Nak cerita kat orang pun tak logik. Dia kata ``Mung tok kawin, mung tok tau Mang.''


Malaslah pulak saya nak cerita dengan panjang lebar dalam blog ni. Tapi dah gatal saya memulakannya dan menggaruinya, saya terpaksalah sapu krimnya.

Dalam perbualan kami yang berjam-jam tu saya ada nasihatkannya juga. Ala nasihat biasa-biasa iaitu ``Sabarlah banyak-banyak dalam rumahtangga ni kena banyak bersabar... bla-bala-bala'', itulah nasihat saya macamlah saya ni dah 8 kali kahwin kan. Tetapi itulah tanggungjawab sebagai seorang kawan kan.



Suaminya marahkannya kerana dia selalu tersilap letak CD pada bekas CD lain dan juga pasal ada rambut di atas lantai. ``Alah benda kecil tu pun nak gaduh ka?'', saya teringat dialong P Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok yang menceritakan suami isteri berkelahi sampai nak balik kampung kerana tahi anak.



Semasa dia meluahkan perasaannya saya sebenarnya ada juga masalah sendiri. Tak semestinya tak kawin tak ada masalah hidup, mungkin lebih ringan sikit kot, he he he jangan ada yang marah.



Saya diam je pasang telinga teliti luahan perasaan nazaknya, tapi kadang-kadang saya sendiri tak faham luahannya sebab saya asyik teringatkan bagaimana esok saya mesti siapkan skema pemarkahan baru untuk kertas projek semester ini. Bimbang juga akibat cuti H1N1 ni silibus tak dapat habis, atau habis tapi dengan cara haru biru dan tak efisen.


Saya bimbang takut nampak sangat saya tak ikhlas mendengarnya jadi semasa dia diam ambil nafas untuk sambung perbualan, saya terus mencelah``Sabarlah, banyak-banyak bersabar Natrah'' (bukan nama sebenar tapi bunyi hampir dengan nama sebenar, he he he).



Kadang-kadang saya juga tersilap letak CD, pernah saya letak CD Datuk Sharifah Aini ke dalam bekas CD Rahim Maarof dan yang Rahim Maaroof saya letak dalam CD Simple Plan. He he he, saya tergelak sendiri. Tapi adakah jika saya terkahwin nanti bila bini saya tersalah letak saya akan marahkannya? Saya lah yang kena jawab soalan ini, hu hu hu.


Pasal rambut juga boleh jadi isu. Lantai mozek rumahnya putih kalau rambut jatuh sehelai atau ada tahi cicak memang nampak. Dan suaminya marahkannya sebab pengotor!. Dan dia kata sebab selalu lakinya kata dia pengotor, malam tu dia marahkan suaminya balik. Dan berlakulah perang dunia yang ketiga…



``Dan bila aku marah, kau taulah ya macam mana aku kang? '' Dia bertanya pulak. Saya teringat dulu bagaimana cemerlangnya dia taburkan kertas kerja dia dalam kelas kat falkulti, masa pembentangan, depan pensyarah! Sebab marahkan kawan segroup yang tak beri kerjasama. Kesian pensyarah tu, tergaman melihat aksi ganas Natrah. Peristiwa itu berlaku 20 tahun dulu masa kat U. Nescaya kini skill taburannya mungkin lebih baik.



``Habis aku pecah-pecahkan apa yang ada depan aku...aku memang lama dah pendam Mang!'' katanya.
``Habis aku carut luar dalam, geram betul aku. Rasa nak tumbuk pun ada '' Katanya lagi.

Dan saya tak habis-habis kata ``Sabar Natrah, sabar... banyak-banyak bawak bersabar''. Saya guna dialog daripada skrip drama swasta TV3 yang diguna pelakon bila ada kecemasan atau konflik keluarga. Cuma saya berikan tonasi yang berbeza, saya hayati tiap konsonan dan huruf vokal yang ada. Segalanya untuk menggambarkan saya simpati. Dan sebenarnya saya memang menyimpatinya...



Selepas dia minta maaf kerana kononnya menggangu saya malam-malam buta, saya baringkan diri. Di atas tilam, sambil memeluk bantal golek saya fikir pagi ni saya akan tidur lebih lena kerana saya redha menerima apa yang ada dan apa yang tiada dalam hidup...
...tuhan maha berkuasa.



Jan: Kisah rumah tangga ada-ada sahaja...