"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 30, 2012

Dialog sebenar: Bahasa artis kita

Kadang-kadang seronok juga saya melihat artis kita `main wayang'. Walaupun saya bukan artis, saya faham bahasa mereka kerana saya tahu dunia hiburan kita tidak besar mana. Pi mai-pi mai tang tu juga. Jom kita lihat, bagaimana dialog sebenar jika mereka benar-benar ikhlas:
1. Artis yang baru kahwin:
" Saya baru sahaja berumahtangga. Sekarang saya mesti tumpukan kehidupan kepada keluarga, saya bukan solo lagi, saya mahu bina rumahtangga yang bahagia bersama datuk. Saya mahu jadi isteri yang bertanggungjawab"
Ertinya senang " Saya tengah sibuk habiskan/berbelanja duit suami" . Haa...
2. Artis berkumpulan:
" Kami kumpulan yang ada perinsip, walaupun album kami lembab di pasaran, kami tetap menerima undangan sekitar ibukota".
Ertinya " Mungkin ini album terakhir kami, kami kena cari kerja lain nanti.
3. Artis dan pasangannya:
" Rumahtangga kami tiada masalah! Kami bahagia"
Ertinya "sebenarnya dah 3 bulan kami hidup berasingan".
4. Artis dan aurat:
" Insyallah suatu hari nanti saya akan bertudung, saya tak naklah bertudung kerana peminat, atau suami"
Ertinya " Semangat nak tutup aurat saya masih rendah".
5. Artis wanita buat `comeback':
" Bidang seni tidak boleh dipisahkan dalam diri saya. Darah seni tetap mengalir. Saya tahu saya masih ramai peminat"
Ertinya "Saya dah kena cerai..."
6. Artis berkumpulan remaja ala hip hop:
" Baju kumpulan kami Adidas yang taja, ada beberapa buah syarikat termasuk Nike juga berminat menaja pakaian kami"
Ertinya " Kami pakat-pakat beli baju ni. Semua orang kena beli baju Adidas dengan duit sendiri... lepas ni kami beli jenama Nike pula"
7. Artis yang insaf:
"Saya sudah tidak mahu hadir di majlis-majlis syaitan. Dunia hiburan sangat melalaikan! Saya dah dapat hidayah. Selama ini hidup saya sesat"
Ertinya: " Saya sudah tidak ada tempat dalam bidang hiburan. Menyanyi pun tak seberapa, berlakon pun tak menjadi. Mengacara dan melawak pun tak dapat sambutan sebab umur dah makin tua. Baiklah saya tinggalkan dunia hiburan ini"
Jan: He he he

4 comments:

Nong Andy said...

oh.. tak sangka begitu rupanya terjemahan versi en. pensyarah :)

* ada gak la beberapa ketul yg saya setuju hehe..

sukiman said...

Nong, kalau kat parlimen pun saya rasa ada main wayang juga. Contohnya jika menteri jawab " Saya dah teliti kertas kerja projek tersebut. Namun saya masih lagi tidak puashati pada beberapa bahagian. Sebab projek ni guna duit rakyat, kita kena pastikan iannya berjaya"

Maksudnya mungkin begini " Eh, saya tak sentuh lagi kertas kerja tersebut. Ada dalam laci kat opis. Saya sibuk main golf"

Haaa...he he he.

Nong Andy said...

sebenarnya saya type byk tadi.. tapi last2 saya delete. Saya tak berani cakap lebih2 sebab saya sayang anak/suami/ibubapa saya. karang saya kena heret ke mahkamah pula..

tapi saya kerja akaun- jadi dunia sebenar projek,politik dan duit saya dapat lihat dengan sangat jelas!!

Anonymous said...

kesan melodi terhadap org melayu.LOL

.