"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, September 28, 2012

Ruang makan rumah Kak Pah

Saya ada berFB dengan Kak Pah untuk mengetahui perkembangannya. Untung ada FB, saya boleh mengikuti aktiviti seninya.

Dalam pada itu saya juga ada melahirkan hasrat saya untuk melihat rumah Kak Pah (yang dikhabarkan orang bertaraf hotel 5 bintang).  Sudah beberapa kali Kak Pah bimbang ia akan menimbulkan fitnah, dan bimbang orang akan mengata menunjuk-nunjuk. 

Namun akhirnya Kak Pah telah memaparkan beberapa keping gambar rumahnya. Kak Pah tahu permintaan peminat Kak Pah adalah ikhlas. Terima kasih Kak Pah.



Ini gambar ruang makan rumah Kak Pah, meja makan ini boleh memuatkan 14 orang. Ada dua lampu cendelier tergantung. Wah cantik dan klasik. 

Saya harap nanti saya dapat kumpul wang beli satu lampu untuk meja makan saya, he he he. Meja makan  jati saya di rumah kuates Muadazam muat 8 orang makan sahaja. Dan biasanya saya makan sorang diri sahaja, he he he. Dan meja makan saya di rumah saya di Kuantan muat 4 orang sahaja. Saya makan di kedai, he he he.

Saya sangat gembira apabila permintaan saya dan para peminat Kak Pah dipenuhi. Kegembiraan itu saya beritahu kepada kawan-kawan dan mereka mengucapkan tahniah kepada saya. 

Jan: Siapa kata jadi penyanyi tak boleh kaya raya? Haaa....

Thursday, September 27, 2012

Hidup tidak ada agama...

Kata kawan saya yang tidak beragama, kadang-kadang agamalah yang paling banyak bawa masalah kepada manusia dan dunia. Ramai orang berbalah sebab mereka rasa agama mereka yang paling betul, dan benci pada agama lain. 

Saya hanya diam sebab saya juga pernah terfikir begitu. Maksud saya perbalahan antara agama. Katanya lagi kalau boleh amalkanlah upacara agama dalam rumah sendiri dan jangan menunjuk-nunjuk. Kawan saya yang tidak beragama ini jarang cakap hal agama, mungkin takut saya tersinggung...

Saya juga tidak pernah bertanyakan akan hal kepercayaan hidupnya. Cuma saya pernah tanya ayah dan ibunya anut  agama apa. Dia jawab tak ada agama juga...

Walaupun dia tidak ada agama saya suka berkawan dengannya sebab dia tidak pernah nak mengata orang apalagi mengumpat orang. Dia juga cepat menguruskan kerja yang diberikan. Kira dia orang baiklah. Boleh ke saya kata dia orang baik sedangkan dia tak ada agama?. Adakah orang yang baik adalah orang yang ada agama saja? Haa...

Bagi rakyat Malaysia, rukun negara pertama adalah harus percaya kepada tuhan. Kerana dengan agamalah hidup terarah dan tidak hilang arah dan tujuan. 

Saya tidak dapat bayangkan hidup saya tanpa agama, ...adakah saya akan hanyut? Tapi orang yang ada agama pun boleh juga hanyut, malah sesat! Haaa...

Jan: Teringat drama Guru Yahya, Guru Yahya, Guru Yahya...

Pokok Bunga Kemunting Cina 2




Akhirnya pada pukul 11.45 malam barulah saya boleh tanamkan pokok ini ke dalam polybag. Saya sibuk sepanjang hari. Saya hanya balik rumah untuk mandi. 

Balik dari kerja pukul 11.15 malam. Namun sempat juga saya sudahkannya. Saya beli tanah di kedai RM2.


Perihal polybag ini juga memenatkan saya. Kedai hakwel pertama tak ada, kedai hakwel ke dua tak cukup bilangan, di kedai hadwel ketiga barulah saya jumpa. Tu pun yang kecil sahaja. Saya berniat nak beli yang besar.


Dah dipolybagkan... Ada 9 semuanya. Saya akan bawa ke Kuantan untuk ditanam bila dah besar sikit. Pokok ini bunganya putih bersih.

Tengahari tadi saya balik sekejap di rumah beli lauk ke emak, saya pukul gambar-gambar di atas.

Jan: Saya dah pergi 5 nurseri cari pokok ini tapi hampa, akhirnya jumpa kat tepi longkang sahaja, tumbuh meliar. Di Pekan, Pahang dekat kilang.

Tuesday, September 25, 2012

Beruk!


Selain babi dan tupai, beruk juga merupakan satu pemandangan biasa di Muadzam Shah ini. Sudah tidak terbilang banyaknya saya melihat babi dan beruk di tepi jalan.

Gambar di atas sempat saya pukul semasa waktu pagi dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Saya berhentikan kereta dan pukul dari dalam kereta. Nak keluar daripada kereta takut pulak. Takut ada yang cerdik dan cemburu kepada saya. Nanti keluar Harian Metro tajuk berita muka depan "Pensyarah bujang telajak digomol beruk" Haaa...

Kelihatan banyak beruk dalam kumpulan 20 ekor gitu. Tapi dalam gambar di atas kelihatan 7 sahaja. Yang lain melarikan diri.

Ini bukan moyet tapi beruk besar. Saya takut jugak sebab ada seekor asyik perhatikan saya. Ketua agaknya. Mungkin dia terpegun sebab saya handsum. Terima ksih kepada Loreal. He he he.

Minggu lepas kawan saya yang baru balik daripada buat PHD terdengar bunyi ngaumang harimau. Katanya dia terdengar pada waktu petang. Saya keliru juga sebab mungkin ada budak-budak saja jea buat bunyi rimau. Tapi katanya dia memang sah itu bunyi harimau...

Jan: sangat suka tengok cerita Planet of the Apes...teringat pada seseorang....


Kemungtin Cina




Hari ini juga saya mencari polybag untuk semaian pokok Kemunting Cina. Dah 2 kedai hardware saya tuju tetapi hampa. Mereka tak jual. Kalau jual pun bukan saiz yang saya mahu. 

Saya tertarik dengan pokok ini sebab dia selalu berbunga dan warnanya putih. Ada juga kaler lain, tapi maaflah saya tak tergoda pun.

Sebenarnya benih pokok ini saya ambil di bandar Pekan, Pahang semasa hendak buat gigi palsu emak. Ia tumbuh meliar di tepi longkang dan semak. Saya berhentikan kereta dan ambil untuk semaian sebab kalau kat nurseri maunya RM5 sepolybag.

Jan: semoga projek ini berjaya...


Kalau hidup ini sebuah lakonan, mana skripnya?

" Lelaki pun jahat juga Man" kata seorang kawan wanita saya setelah saya cerita bagaimana bodohnya seorang perempuan boleh percaya dan rugi lebih RM60,000 kepada seorang lelaki yang tidak pernah dia jumpa.  Mungkin semasa bercerita saya ghairah dan penuh ekspresi muka, dia rasa tersinggung. He he he. Tetapi saya tidak berniat. Bukan semua perempuan bodoh dan tidak semua lelaki baik. Ada lelaki bodoh, contohnya, saya! He he he.

Saya teringat pagi tadi pukul 7.30 pagi, emak saya beritahu warga asing tahu dan perhati kemahuan golongan wanita Malaysia. Mereka mudah diperdayakan. Kata emak saya lagi perempuan tua ditipu kerana mahu sangat jadi kaya. Ada kes di mana perempuan berumur ditipu dengan hanya menyuruh masukan duit dalam akaun kerana kononnya lelaki (melaung tersebut) nak bantu buat perniagaan. Dan kata mak saya lagi wanita muda pula ditipu sebab kemaruk sangat cari laki/pasangan hidup. 

Pada masa tersebut saya sedang mengelap badan dengan tuala hotel. Sambil mengelap badan saya menimbang diri. 83 kg!. Saya jenguk keluar, saya mendengar mak saya membebel sambil tengok berita di television. " Ya, ya gatal sangat tu" Kata saya menyampuk, sambil sarongkan underware Renoma saya. Saya tersenyum sebab teringat anak saudara saya di kampung ada kata saya hanya pakai underware Renoma dan kasut Camel active sahaja. rupanya dia perhati akan kehidupan saya. tetapi tidak benar juga,  sebenarnya kadang-kadang saya tak pakai langsung (supaya lebih selesa)  dan cuma berselipar sahaja.

Pagi ini sangat indah. Bila terjaga dari tidor, emak saya sedang membaca al Quran. Saya geliat dan bersenam ringkas sebelum bangun. Rasa nak tidur balik pun ada, he he he. Pagi-pagi begini sangat indah. Bila bangun pagi ada alunan asli suara mak alunkan ayat suci. Bila bangun emak saya suruh saya sembahyang subuh.

Saya teringat semalam emak saya kejutkan saya di tengah malam... Saya tanya kenapa mak?. Mak saya beritahu 'Abang meracau dalam tidor...". 

Selepas menyarungkan baju belang lengang pendek, saya ke ruang tamu. Saya lihat ada air dalam bekas plastik dan ada bekal juga. Mak saya buatkan untuk saya. Bestnya hidup. Terima kasih tuhan...

Jan: Semasa memandu ke tempat kerja, saya mengesat air mata yang menitis... mak abang minta maaf atas segala-galanya. Abang tidak pernah tenteram.

Mari belajar bahasa

Sekadar hiasan...

Hari ini saya ingat satu ajaran Suhaida, isteri kawan baik saya Adnan. Banyak sebenarnya ajaran beliau tetapi saya ada kalanya tidak ingat dan lupa amalkannya. Maklumlah umur sudah 42 tahun, payah nak ingat sesuatu yang baru (alasan la ni, he he he. Orang lain umur 88 tahun ingat apa...).

Beliau ajar saya jika menulis nombor atau slogan daripda  nombor 1 hingga 10 hendaklah dieja. Haaa. jadi ayah di bawah tidak betul:

1. Kak Limah Kompang beranak tidak berhenti sampai tidak terjaga, sekarang 3 orang anaknya sudah berjaya masuk pusat pemulihan dadah.

2. Walaupun sudah menunaikan haji sebanyak 7 kali, perangai sombong bongkak Pak Mat Keng tidak berubah. Malah semakin menjadi-jadi setelah dapat duit bantuan FELDA tempohari.

3. Saya kecewa bercinta sebanyak 8 kali dalam hidup, saya sudah letih. Saya bersumpah dengan nama allah dan sekalian rasul, suatu hari nanti dalam rujan lebat dia akan berhentikan kereta di tepi jalan. Dia akan keluar kereta dan meraung kuat dalam lebat hujan. Raungan itu bersama air mata yang menitis laju, dia sendiri tidak mendengarnya. Saya bersumpah dia akan rasai tidak sedikit lebih atau kurang apa yang dia lakukan terhadap diri saya!.


Jan: nombor 3, 7 dan 8 hendahlah dieja.


Monday, September 24, 2012

Sharifah Aini - Seri Dewi Malam (EP)

 Cover



 Muka Kak Pah masa remaja, comelnya...



Belakang ada `kata pendahuluan' dari Yusuf EF.


Penyanyi: Sharifah Aini
Penerbit: Kasim Masdor
Keluaran: EMI

Side one:
SERI DEWI MALAM
Osman Ahmad/Pathe Punlications

DARI MASA HINGGA MASA
P. Ramlee S Sudarmaji/Pathe Publications

Side two
KINI HATI KU TELAH TERTAWAN
cOPYRIGHT cONTROL

JASA NINDA
Kasim Masdor Sharifah Aini/Pathe Publications


.......................Saya petik `Kata pendahuluan' dari Yusuf EF:

Muncul kini sa-orang lagi bakat baru yang mempunyai masa depan dengan penoh chemerlang. Suara lunak-lantang yang menyayat hati adalah gaya nyanyian Sharifah Aini yang agak luarbiasa dengan penyanyi2 sabelum-nya.

Sharifah yang telah mendapat tempat ka-tiga dalam peraduan Johan RTS 69, kini telah menunjokan kebolehannya dengan merakamkan lagu2 yang sudah pasti akan menjadi pujaan ramai.

Di-harapkan usaha dan giatnya dalam lapangan seni suara akan membawa Sharifah Aini ka-arah yang akan menempatkannya-nya di puncak kejayaan

sekian YUSUF EF.
Singapura.


Saya beli album ini melalui internate, suka sangat.

Jan: Seri Dewa Malang....

Saya ke Pekan...

Saya ke Pekan, Pahang. Saya bawa mak untuk buat gigi palsu di Klinik Sakinah. Tetapi Doktor tersebut tak nak buat sebab mak saya tak nak cabut gigi. Ada satu gigi yang dipanggil `tunggul'. Saya tak faham sangat pasal gigi. Saya hanya belajar ekonomi kat universiti, he he he.

Emak saya kata gigi yang nak dicabut sangat dekat dengan saraf hidung dia. Mak kata kena bedah sebab gigi tersebut separuh tertanam dalam daging. Mak saya juga kata dia sakit darah tinggi dan bahaya kalau dicabut. Saya diam sahaja...tapi saya sempat juga berkata " Mak ni macam doktor, lebih pandai dari doktor kot".

Saya bukan nak cerita pasal mak saya yang dah 2 hari datang melihat saya yang tengah nazak (nazak perasaan, he he he), saya juga tak nak bercerita pasal Klinik Sakinah. Saya nak bercerita pasal bandar Pekan, Pahang.

Saya sangat terhutang budi dengan Pekan, satu daerah yang sangat bermakna dalam hidup saya. Saya harap datuk bandar Kuantan dan datuk bandar Muadzam tidak tersinggung, tapi di Pekanlah tempat saya hidup paling bahagia. Ini pernyataan saya.

Bila memandu saya sibuk tengok kiri kanan. Saya ingat banyak kenangan.

Gigi palsu mak saya yang lama dah tak ada. Saya terbuang gigi tersebut semasa mengemas rumah. Ketua jabatan saya kata saya kena ganti sebab saya yang hilangkan, he he he. 

Jan: Ada ke pasal gigi palsu mak pun cerita kat ketua jabatan...he he he

Sunday, September 23, 2012

Kenapa saya masih servis Myvi di Produa Indra Mahkota?


Muka terbaru saya setelah diedit oleh Nokia X2.
(Gambar hanya hiasan, tak ada kena mengena dengan posting, saja bubuh)


Kawan-kawan beritahu, sekarang saya boleh servis kereta di mana-mana sahaja sebab jaminan kereta saya sudah lama tamat. Saya boleh servis kereta di Muadzam Shah tempat saya tinggal dan bekerja. Tidak perlu ke Kuantan. Namun saya masih memilih servis kereta di Produa Indera Mahkota kerana beberapa faktor:

1. Jarak tidak menjadi masalah kerana hujung minggu saya selalu ke Kuantan. Dan sebenarnya untuk ambik cuti pun tidak menjadi masalah sebab cuti saya banyak.

2. Saya bimbang diperdaya kalau servis merata-rata. Saya tak tahu sangat pasal kereta, saya hanya kenal tayar, stereng dan spokring. Senang sahaja untuk orang menipu saya pasal kereta tetapi pasu jangan...he he he.

3. Seminggu nak servis pihak Produa kol beritahu, bila buat temujanji dia kol lagi untuk ingatkan kita esok kita dah booking, kita boleh buat pengesahan datang. Dan bila kita pakai kereta seminggu, dia kol lagi kalau ada apa-apa terjadi pada kereta selepas servis.

4. Ada tv, sofa dan majalah. Saya suka majalah hiasan dalaman. Ada juga majalah kereta. Saya cuba baca majalah kereta tapi pening kepala. Saya baca 2 helai sahaja.

5. Ada air nescaffe percuma. Kita tekan keluar dari mesen kecil. Ada pulut lepa (pulut panggang) dan kueh muih.

6. Boleh lihat mak bapak marah kat anak yang degil. Buat sofa di ruang tamu bagai kuda. Saya dah bulatkan mata. tapi mereka melawan. Wah, budak-budak zaman sekarang!

7. Kalau lapar boleh keluar berjalan kaki, ada gerai makan. Atas sikit dari bangunan Produa tapi boleh gi jalan kaki jea.

Jan: Manusia boleh servis jugak ke?


Madu tiga...





"Malam ini Abang Jamil pulang ke rumah Kak Tipah, malam esok rumah Cik Hasnah, malam lusa rumah Ani .....ha begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampus.........."
"Setujuuuuuuu?"

Jan: kisah suami beristeri tiga tanpa pengetahuan isteri-isterinya...

Homestay?

Sekarang `Homestay' tumbuh macam cendawan. Malah ramai individu yang membeli rumah daripada pemaju semata-mata untuk dijadikan `Homestay'. Mereka bersaing dengan individu yang mahu beli rumah untuk diduduki sekeluarga. Sihatkan keadaan ini? Apa impak ekonominya? Haaa.

Saya selalu mengajar pelajar saya akan konsep `homestay' yang sebenarnya. Saya tak nak dalam kepada pelajar saya homestay tu merujuk kepada apa yang masyarakat kita buat. Masyarakat kita pelik.

Apakah itu Homestay? Haaa... Konsep ini merujuk kepada satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana para pelancong dapat tinggal bersama dengan keluarga tuan rumah yang dipilihnya. Pelangcong dapat berpeluang berinteraksi dan mengalami cara hidup keluarga itu, termasuk budaya... (rasa macam bersyarah pulak, he he he). Jangan tertidor yea.

Dan konsep Homestay ini antara objektifnya menyebarkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar terutamanya. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Kementerian Perlancongan ada bergabung buat program dan kursus untuk tunjuk ajar akan aktiviti yang disarankan apabila membina Homestay.

Maka sah lah, kalau kita beli rumah dan buat papan tanda contohnya `Budiman Homestay', itu adalah salah konsep kalau setakat kita sewakannya sahaja tetapi kita tak ada dalam rumah tu. Batang hidung penyewa dan batang hidung tuan rumah pun tak berjumpa kerana ada pihak ketiga yang menguruskannya. Pemilik rumah upah orang untuk jaga urusan homestay.

Jan: Habis tu nak panggil apa?

Jam G Shock

Sekarang saya tengok banyak pelajar saya pakai jam G Shock. Pernah dengan tak malunya saya tanya pelajar saya `ori ke?

Semasa saya menuntut di UM dahulu saya beli jam kat Petaling Street, RM18. Saya pakai 2 tahun lebih. Tak rosak-rosak. He he he.

Tahun ini saya ada beli juga jam G Shock. Harganya lebih RM600*, walaupun plastik dan nampak kodi jea tapi mahal bagi saya. Saya beli jam ini di Kota Bharu. (* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan saya pada masa akan datang,dan bukan untuk menunjuk2)



Saya cari dalam internate, Kikuo Ibe ialah orang yang menghasilkan jam Casio G-Shock. Mula mengorak langkah membuat penyelidikan mencipta jam tahan gegaran ataupun tahan hentakan. Bermula apabila beliau menghadapi masalah jam yang selalu rosak. 


 Yang saya beli...

Ibe mula membangunkan projek g-shock ini pada tahun 1981 dan mula produk mula dijual pada tahun 1983. Beliau mula bekerja untuk Casio apabila rekabentuk jam yang diciptanya diterima oleh Casio.

Jan: Tapi bukan jam yang buat kita datang awal...haaa...

Friday, September 21, 2012

PML: Sukar berliku


Bila balik Muadzam terus saya display kat rak kayu jati saya. Saya senyum sorang-sorang sebab saya nampak cantik sangat (sangat cantik kalau ikut bahasa Melayu tinggi, haaa).


Gambar di atas saya dah ada set cina peranakan 4 season tu, ada 3 pinggang kuning. Coraknya timbul macam ukuran. Saya cuba search dalam internate asal usul pinggang mangkuk ini secara akademik tetapi masih tak jumpa.


Saya dapat satu mug bertutp dari pada Felda Keratong. Masa tu terketar-ketar saya bawak kereta ke kawasan kelapa sawit.

Lihat gambar di atas dan di bawah. Teko tu ada penutup. Saya tak guna PML, saya guna pinggang mangkuk moden. PML ini untuk hiasan sahaja.


Saya harap dengan kesibukan hobi baru saya ini ia dapat memadamkan kepahitan dalam menyusuri hidup yang macam roda ini (terkadang saya muram, terkadang galak macam remaja). Saya ada baca buku motivasi. Bila kita bercerai ke, kita jangan ikut perasaan. Kita kena cari hobi baru, haaa.


Jan: Part of my  "keep busy, don't look back" program...

Thursday, September 20, 2012

PML: Balik cuti Hari Malaysia 2012


Balik cuti sempena Hari Malaysia tempohari saya pergi cari pinggan mangkuk lama. Akhirnya saya dapat kutip seperti dalam gambar di atas. Saya sangat gembira, tuhan sahaja yang tahu.

Saya sudah meningkat usia, kegemaran saya berubah. Saya tidak lagi membeli/kumpul tupperware. Saya suka PML (Pinggang Mangkuk Lama).


Teko bunga kangkung ini sangat kecil tetapi hati saya besar bahagianya. Saya sudah mula mengumpul set bunga kangkung. Bagi peminat PML set ini seolah wajib dimiliki, he he he. 



Selain teko kecil, saya hanya dapat satu pelapik cawan bunga kangkung.


Dan saya dapat 2 piring cawan bunga OC Merah.

Saya pergi mencari PML bersama anak saudara saya yang tingkatan 3. Semasa dalam perjalanan, saya berpesan padanya" Kalau Iman mati nanti, semua PML ini milik Najib" Saya beritahunya dengan ikhlas. Saya beritahu dia kalau dia jual harga sudah mencecah ribuan ringgit. Ya saya buat penilaian dengan bandingan harga terkini dibida dalam internate.


 Saya juga suka kerana dapat PML peranakan cina di atas, ada warna merah dan kuning.


Jan: Gambar di atas itu bukan PML, tetapi gambar muka saya yang telah diubah oleh Nokia X2. Sekian.

Nikah batin? pulih dara?

Pelik tapi benar, tapi dah tak pelik sebab banyak dah kejadian berlaku adalah benar. Nak sangat berkahwin, walau tak zahir, batin pun tak apalah...asal kawin. Last last kena cabul/rogol. Titik.

Kadang-kadang saya rasa malas nak fikir tetapi berita ini terpanpang di muka surat depan Berita Harian, Rabu 3 Zulkaedah 1433H. Hai Berita Harian dah nak jadi macam Harian Metro ke? Tapi memang benar bomoh nikah batin ini telah ditahan kerana memperdayakan wanita untuk seks.

Ya lah kan, lelaki ni kalau tak guna wanita untuk seks, mereka guna wanita untuk wang...(maksud saya lelaki yang jahatlah). Bila dapat wang mereka guna untuk cari wanita lain pulak. Huh! Banyak kolerasinya...

Tetapi kadang-kadang dalam perubatan konon tradisional ni ada yang maha penipunya, ambil kesempatan. Sebenarnya terang-terang menipu. Tapi pengguna tak sedar-sedar. Maka perkataan `memperdayakan' tu saya ragui sebab ada yang rela diperdaya, auwww i rela gitu... 

Haaa. Cubalah fikir kalau pelik-pelik cara perubatan /permintaan bomoh tu untuk ubati penyakit kita, tentu la penipu orangnya. Berjuta RMribu orang guna duit untuk R & D nak majukan perubatan tiba-tiba barah rahim boleh sembuh kalau tidur/bersetubuh dengan tok bomoh tu. 

Atau nak pulih dara yang koyak kena tidor dengan tok bomoh, ada kea... Makin tak pulihlah kan kalau fikir secara logik...

Dan kanser payu dara boleh sembuh secara otomatik bila tok bomoh usap-usap buah dada kita (buah dada yang berkenaan sebenarnya, bukan buah dada kita. Ianya stail penulisan sahaja.) dengan tangannya....eee...

Gambar hiasan yang sekadar hiasan...
(yang betul-betul terjadi merata-rata?)


Jan: pulih teruna? Haaa....

Wednesday, September 19, 2012

Kenali anak kita - PETRONAS, Haaaa...

Saya nak tergelak bila baca info kempen ini. Saya teringat kata-kata Prof Norma (pakar analisis pembuatan dasar) yang setiap dasar atau kempen akan lahir/bermula apabila terdapatnya masalah, selepas itu barulah ada step-step tertentu untuk mewujudkan dasar dan kemudiannya dilaksanakan. Maka masyarakat kita sebenarnya ada masalah lah...

Saya nak tergelak bukan pasal nak siniskan kempen yang amat bermanfaat ni (saya amat sokong) tetapi nak tergelak tengok realiti keluarga dalam masyarakat kita. Maknanya masyarakat kita tidak kenal anak mereka. Jangan terperanjat beruk sebab maksud di sini bukan kenal rupa paras tetapi kenal sebagai insan. Haaa... Bak kata Marlia Musa (bekas pelakon, bini Datuk M Nasir), setakat beranak beri makan, kambing pun boleh. Haaa....

Dalam kempen ini, katanya ibubapa kena jadikan diri role model kepada anak-anaknya. Sekali lagi saya nak tergelak, kalau boleh gelak sampai subuh. Bukan apa, nak jadi role model konon, jadi steamrool bolehlah.


Kita ambik contoh mudah. pasal rokok.

“Kadang-kadang kita lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi.

Saya nak tanya, berapa orang ibubapa yang ada buku panduan keibubapaang (Parengting)? Yang lajunya beli majalah Wanita, Jelita dan Mingguan Wanita (tapi nasib baik ada diselitkan juga pasal panduan keibubapaan ni, selain dari iklan yang berlambak kan? he he he).

Malas dah nak tulis panjang-panjang, nanti orang kata `man, awak tak kawin, awak tak tau...'

Jan: Kalau ada kempen `kenali bini kita' atau `kenali laki kita', saya rasa saya bukan nak tergelak, saya rasa nak nangis. he he he.

Akibat perempuan berlambak lelaki baik sedikit?

Saya tanya kawan saya boleh ke manusia beranak sorang-sorang? Kawan saya kata boleh, kucing pun boleh beranak sorang-sorang, katanya... Saya rasa betul juga pendapat kawan saya sebab tak pernah saya tengok kucing beranak pakai bidan.

Saya teringat nasib perempuan yang beranak sorang-sorang, pasti bukan sahaja penuh kesakitan fizikal tetapi juga sakit jiwa sebab tak ada orang di sisi. Tak ada keluarga dan wahimanya tak ada yang mahu bertanggungjawab atas kandungan yang nak meletop tu. Padahal pada masa inilah sokongan dan semangat amat diperlukan (eh macam pernah beranak pulak saya ni...he he he).

Kadang-kadang saya tidak percaya perempuan selemah itu, setolol itu. Maksud saya tidak boleh berfikir jauh. Atas apa faktor sekalipun seseorang perempuan itu tidak perlu `tidor' dengan seorang lelaki bukan suaminya kerana padahnya terlalu lalu besar. Namun statistik menunjukan mereka tidak pernah mahu belajar dan selalu berpendapat perkara tersebut tidak akan berlaku pada diri dia. 

"Kekasih saya janji akan berkahwin dengan saya, dan saya rela buktikan"...Haaa...padahnya, meraung sorang diri, bunuh bayi. 

Cara saya berfikir, mudah sahaja, jika kekasih kita tu betul-betul baik dan amanah, dia tak jamu gaul kangkang lipat kita sebelum berkahwin. Memang lelaki sebegini kian pupus tapi saya amat yakin, ada!. Masih ada lelaki budiman!. Ada lelaki yang tak gatal mana...(gatal sikit, hehehe). Perempuan kena sabarlah, janganlah kerana tak dapat yang elok atau payah dapat terus `sauk' saja lelaki yang ada depan mata. 

Sekarang perempuan berlambak-lambak. Kat perhentian bas pun ada. Kat mana-mana pun ada. Kat stesyen Petronas pukul 1 atau 2 pagi pun ada. Tengah bertempuk tampar dengan lelaki.  Kalau mengikut hukum ekonomi bila benda banyak di pasaran, harga akan jatuh. Akan jadi murah...

Mungkin sekarang sudah sampai zaman perempuan berlambak lelaki baik sikit. Haaa... Tetapi percayalah secipan mana seseorang lelaki (walau tahap gaban), bila nak beristeri dia akan mencari yang `elok'.

Jan: Bila seseorang perempuan mahu berkawin masa depan lelaki tersebut sangat diutamakannya, bila lelaki nak berkawin masa lalu perempuan tersebut sangat diutamakannya. Haaa... Pernah dengar tak?



Jom buat kempen `Kemaluan kita, kita jaga'?

Gatal

Seorang wanita (20an) telah mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat tiga pangsapuri! Kejamnya. Saya rasa nak menitis air mata bila lihat gambar bayi tersebut di akhbar/internate. Ya, perempuan  itu (mungkin dalam katogeri remaja) sudah hilang arah, dan tujuan hidup.

Kenapa dia tidak pelihara sahaja bayi tersebut? Kenapa? Saya tertanya-tanya dalam hati semasa memandu pulang pergi beli ubat gatal kat farmasi. Saya gatal sangat. Sehingga di pejabat depan kawan pun saya menggaru sebab saya gatal sangat. Saya termakan ayam tak dimasak elok kat kedai makan. Saya ni jenis kulit sensitif, kalau ayam tak dimasak secukupnya saya jadi gatal. Tetapi bukan jenis gatal macam kebanyakan lelaki/perempuan tu.

Kembali ke tajuk posting. Susah juga yea seorang perempuan mahu menjaga kemaluan (alat sulit) mereka (tuhan dah pesan sebenarnya). Dan kat luar dunia sana tu ramai pemburu alat sulit tersebut. Perdaya dengan kasih sayang, beri hadiah, beri harapan tetapi tujuannya `nak makan le jea', bukan nak dibuat isteri pun.  Kat dunia ni perempuan yang birah memang la kena jadi makanan lelaki birah. Perkara ini sudah maklum lama dah. 

Sesiapa yang ada anak perempuan tu jinakanlah mereka dengan ilmu di dada bukannya pamir buah dada. Tanamkan sifat kecerdikan bukan kegedekan. Dan sematkan di hati  kita bahawa seanya perkara tersebut memang boleh terjadi kepada anak perempuan kita. Kalau tak kena gaya, senang-senang jea mereka offer albo mereka ke lelaki yang bukan suami. 

Saya bukan nak menyalahkan lelaki 100% atau perempuan 100% sebab dalam hal ini kalau nak cari kesalahan masyarakat juga bersalah (pulak dah), termasuk tv, internet dan almari dapur.

Lelaki harapan setiap perempuan tetapi diambil kesempatan...

Khabarnya bayi itu sempat dimandikan dan dibersihkan sebelum dicampak macam lampin. Mungkin semasa tengok bayi jadi meroyan sebab fikir nasib dan untung diri... Susah nak cakapkan sebab tak kena batang hidung kita sendiri. Tapi perbuatan campak/bunuh tersebut tetap salah besar. Sebesar-besarnya. Membunuh hukumnya bunuh, dan khabarnya perempuan itu disabitkan atas kesalahan membunuh

jan: Pernah dijeling gatal oleh `minah ringan-ringan' kat Megamoll. Terus saya lari ketakutan, takut ternoda...he he he.



Thursday, September 13, 2012

NOKIA X2

 Grey emboss

 Negative

 Color emboss

 Black & white

 Original

Solarise

Gambar-gambar di atas adalah gambar saya pukul di bilik pejabat saya menggunakan handpong NOKIA X2 dan juga menggunakan baju raya saya. Saya pakai baju raya ke pejabat sebab biar nak nampak muda sikit. Saya seperti orang lain jugak, nak nampak muda dan bertenaga. Hairan jugak kan? Kenapa dengan tua?.

Handpong ini walaupun murah, ia ada keistimewaan sebab boleh ubah gambar dengan pelbagai kesan. Contohnya lihat gambar di atas. Sebenarnya ada 12 jenis, saya tunjuk 6 jenis sahaja.

Saya suka jenis color emboss sebab saya nampak lebih muda dan baju saya nampak baldunya. Saya jugak nampak kurus bila buat gambar ala remaja. Dagu runcing. Pada hal kat luar dagu saya bulat, he he he.Jadi janganlah ingat saya handsum sangat.

jan: indah gambar dari muka...

Kalau saya masuk politik...

UNDILAH SAYA PRU 13
MOHAMAD SUKIMAN ISHAK
NO: 07 TAMPOI 

Saya tahu benar kalau saya menceburi bidang politik, semua keburukan saya akan dicari, akan diburu oleh pihak yang mahu menjatuhkan saya. Mereka tidak akan fokos kepada betapa saya menjaga kesihatan, sayangkan alam sekitar, suka kucing, pandai buat kek pisang dan kek buahan, atau berkerjasama dengan pertubuhan anak-anak yatim. Tidak sesekali.

Pihak yang mahu menjatuhkan saya akan mencari-cari cerita saya untuk disensasikan supaya rakyat bukan saja tak memilih saya tetapi bencikan saya. Contohnya, seperti saya mandi bogel di Pulau Redang (walaupun peristiwa itu dah 20 tahun berlalu!), saya lari dari rumah, saya ponteng kelas tuisen, dan saya tidak ada semangat kesukanan (sebab tak minat bola?).

Dan saya yakin sangat-sangat-sangat ialah isu status saya. Ya lah kan orang tak kahwin mana boleh memimpin! Mereka beria jenakakan saya walaupun rumahtangga mereka macam kandang babi, bini dah jadi hamba, anak tak gi sekolah, bohsia/bohjan/bohdan dan diri mereka sendiri bukannya elok sangat. Hodoh bin bodoh.

Keluarga saya pasti suruh saya bersabar. Memberi semangat. Mak saya mungkin suruh saya tarik diri daripada bertanding calon kerana tak sanggup melihat saya sedih dan darah tinggi naik mencanak. Ayah saya mungkin sedih bila berita tidak benar keluar dalam suratkhabar mengalahkan berita Aron Aziz. Mungkin ayah saya akan deman (sebab tak pergi kedai kopi, he he he)

Saya serba salah. Bila saya berkawan dengan bini orang, orang kata saya ambil kesempatan. Bila saya kawan dengan anak dara orang, saya dicop pemburu dara. Bila saya berkawan rapat dengan pemuda cun, saya dituduh mempunyai nafsu pelbagaian. Bila berkawan dengan kontraktor dituduh nak cari sponser kempen pilihanraya nanti.

Mungkin saya akan kerap termenung, sugul dan menangis. Bukan menangis kerana mendengar lagu 1000 Mawar alunan sura Kak Pah, tetapi menangis di atas sejadah pada setiap subuh yang sunyi... Mengangkat tangan menadah doa supaya allah berikan kekuatan, tunjukan kebenaran...haaa.

Nampak gayanya untuk masuk dalam bidang politik kita kena mesti banyak bersabar. Sabar tahan gaban. Bersemangat keras menterjemahkan perjuangan kita. Berusaha gigih dan percaya apa yang kita sedang bawak untuk masyarakat itu amat penting. 

Jan: Tahniah kepada yang masuk bidang politik..., takziah kepada yang masuk politik dan merosakannya, he he he. 

Wednesday, September 12, 2012

Kata-kata prof Nasir

Semalam saya sampai di rumah tepat pukul 1.28 pagi (sebab saya lihat jam di tangan). Saya pulang dari majlis rumah terbuka dan majlis harijadi kawan. Makan-makan ini rakan sekerja (bukan pensyarah) yang anjurkan. Walaupun saya pensyarah, saya berkawan dengan semua orang. Prinsip hidup saya begitu. Mudah.

Ramai sungguh kehadiran tetamu. Sebenarnya saya terpaksa balik tukar baju semula setelah bila nak sampai ke majlis, dari jauh saya lihat tetamu lain berpakaian serius. He he he. Pakaian saya terlalu mengada dan tidak islamik. Saya ingatkan majlis ala parti gitu tapi bila saya lihat ada yang berkain pelikat dan pakai kopiah... saya harus lakukan sesuatu...he he he. Balik tukar pakaian.

Saya makan dan bercakap, makan dan bercakap. Kalau ada yang bawa anak yang comel saya cubit. Apabila pukul 10 malam, ramai yang sudah balik. Oleh kerana saya rapat dengan tuan rumah, maka saya duduk berlamaan. Geng-geng saya duduk lama sebab tuan rumah adalah geng kami juga. Namun ada juga usaha saya cuba nak balik rumah dengan berkata " Eh selamat malam ya, terima kasih semua yea. saya nak balik dah... nak marking paper". Sambil buat-buat letih dan mengantuk.

" Laaa, Man bukannya ada bini di rumah. Orang lain pun nak marking paper jugak. Dah tak nak berkawan dengan kita la tu...ke?" Kata kawan saya dengan muka seolah saya ni laki dia. He he he. Maka saya pun tak jadi balik, duduk bersimpuh semula dan terus bercerita sambil mengumpat apa yang patut.

Sebenarnya, walaupun kami sama-sama pensyarah dan duduk dalam satu bangunan tapi jarang boleh berjumpa berbual lama. Setakat `hai-hai bye-be' je bila berselisih. 

Istimewanya, saya dapat berbual dengan rakan sekerja Mohamad Nasir Bin Saludin (Prof. Dato’ Dr.). Di pejabat dan di bangunan jarang boleh bercakap dengan prof. Tapi bila prof datang, saya tapislah percakapan dan isu-isu, he he he. Dan seterusnya saya asyik mendengar cerita prof dalam pelbagai bidang, asam garam kehidupan. Saya suka cerita prof pasal luar negara. saya harap bila bahasa inggeris saya bertambah baik saya akan berhijrah ke luar negara. Tapi saya sayang keluarga saya...(pulak dah kata tadi nak berhijrah tapi rupanya masih di bawah ketiak mak, he he he).

Kami berbual, berbual dan berbual, bila saya lihat jam, sudah pukul 1.20 pagi!. Saya berbual di luar rumah rakan yang mengadakan majlis. Di luar rumah sejuk sikit. Angin sepoi bahasa...

Sebenarnya bila saya berjumpa dengan rakan sekerja yang jauh lebih tinggi mencanak taraf pendidikan dan pencapaiannya, saya akan mencari kelebihan bukan akademiknya. Sebab yang lain sudah tertera di depan pangkal namanya. Sama ada bergelar dr ke, prof madia ke, prof ke atau datuk-datuk. Atau semuanya?. 

Prof Nasir sangat senang untuk diajak berbual. Saya tidak cemburu dengan pangkat `dr' dan `prof'nya, saya cemburu akan pegangan prinsip hidupnya. Mati hidup balik saya tak dapat amalkan.

Saya pada mulanya malu nak bertanya. Bertanya apa rahsianya yang kelihatan muda macam umur 40 tahun. Kulit mukannya tak berkedut langsung. Kalau perempuan pasti saya tuduh guna botok atau buat pelastik segeri (plastic surgery). Atau bela hantu?

Jawapannya membuatkan puding roti dalam mulut saya hampir tersembur keluar. Nak tahu apa jawapannya?. Jawapannya adalah " Dalam hidup ini kita jangan berdendam... Apa yang orang buat ke kita kita kena redha dan kalau boleh nasihatinya balik."

Semalam saya sampai di rumah tepat pukul 1.28 pagi (sebab rumah rakan buat majlis tersebut sebenarnya setaman dengan perumahan saya, perumahan kakitangan). Di ruang tamu, dengan perlahan saya buka ikatan tali pinggang. Saya lodehkan seluar dan kuis ke tepi dinding ruang tamu. Sebelum menanggalkan baju, saya juga melurut perlahan seluar kecil saya ( menggunakan ibu jari kaki). 

Kemudian saya rebahkan diri ke tilam (yang juga di ruang tamu). Saya resah bersalut sepi, gersang. Saya merenung siling dan kipas berpusing. Seketika kemudian saya meraba-raba alat.... kawalan tv (tv remok kontrol). Saya pilih track ke 7. Saya terus dibawa alunan lagu `Halimunan malam', alunan lemak merdu gemersik suara Kak Pah...

Saya pujuk mata yang syahdu, dan mata sudah mulai nak layu... tiba-tiba saya teringat lagi kata-kata prof Nasir...

Jan: ...saya tersepit di rimba dendam yang dalam..

Pijak, kencing, ludah, berbogel? Bukan budaya kita!

Gambar perdana menteri Malaysia (PM kita), telah dipijak dan dipunggunggi. Saya baca surat khabar dan lihat berita. Saya rasa sedih, saya tidak rasa gembira. Saya tidak mahu bercakap pasal politik. Kalau nak cakap pasal politik, gambar pihak pembangkang juga pernah mengalami nasib yang sama. Haaa.

Namun saya percaya manusia yang melakukan perbutan sebegini adalah manusia yang perlu dibaiki luar dan dalamanya. Dan biasanya mereka yang berkelakuan begini bukanlah merupakan seorang doktor, ustad, cikgu, pensyarah, pegawai kebudayaan, peguang (lawyer) atau iman surau/masjid.

Manusia yang tidak berkelakuan elok ini gemak/berpuashati menzahirkan ketidaktentuan ketidakelokannya dikhalayak. Biasanya para remaja atau manusia yang tidak ada perkara lain yang mahu ditumpukan.

Sasterawan Negara A Samad said juga merupakan pembangkang. Tetapi beliau menggunakan kesasteraan beliau sebagai senjata untuk memaparkan isihati dan gundah gulana jiwa. Bukannya memijak dan meludah gambar. Dan saya percaya para pemimpin sama ada dari pihak pemerintah atau pembangkang tidak akan melakukan sebegini secara secara langsung walaupun ada kemungkinan bibit kebencian adalah ditanam oleh mereka.

Para pemimpin yang dipilih haruslah dihormati, sama ada parti pembangkang atau parti pemerintah.  Tugasnya adalah membina negara dan masyarakat. Menghormati pemimpin adalah juga menghormati masyarakat. Ini kerana masyarakat yang memilihnya. Sebagai sebuah negara demokrasi kita belajar untuk menghormati dan menerima pemilihan majoriti orang lain. Ini pendapat saya.

Namun penulisan ini bukanlah menfokuskan kepada kejadian memijak gambar PM kita, sebab perkara tersebut memanglah tidak wajar. Semua orang bersetuju. Begitu juga kejadian yang berlaku kepada gambar para pemimpin parti pembangkang yang dipijak, ia juga adalah perbuatan yang tidak wajar. 

Ianya isu kelakuan masyarakat kita. Tindakan segelintir manusia inilah yang membuatkan/menimbulkan isu besar. Saya tidak boleh terima orang yang tidak menghormati para pemimpin kita. Berlainan pendapat dan arah adalah suatu yang lumrah. Suami isteri yang mesra seks pabila malam menjelma pun boleh berbalah hebat pada siang hari.... Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar akan kesalahan kita. Namun janganlah melampau kerana orang yang kita benci tersebut mungkin orang yang jauh lebih baik daripada kita sendiri. Kemungkinan sentiasa ada.

Seolah-olah kita jea yang baik, yang berjasa, yang mempunyai pemikiran yang betul...orang lain yang tidak sekepala dengan kita kita benci... Betulkah pemikiran tersebut? haa...

Sekadar hiasan

Jan: Teringat pernah mandi bogel di Pulau Redang (masa remaja dulu...)

Tuesday, September 11, 2012

Perihal membeli baju...

Sejak akhir-akhir ini saya suka membeli baju. Sebenarnya termasuk baju Melayu merah untuk hari raya, saya sebenarnya membeli 10 pasang baju raya. Ada yang mahal tetapi kebanyakannya murahlah..

Saya rasa tidak mengapalah saya beli banyak sikit sebab saya bukannya selalu beli baju. Dan ada baju raya tersebut boleh saya pakai ke pejabat. Nampak muda dan galak sikit. Mencari baju bagi lelaki tidaklah sukar mana berbanding perempuan. Orang lelaki pakai baju untuk menutup aurat, bukannya untuk kelihatan cantik. He he he, maaf kalau ada yag terasa.

Dalam umur 42 tahun, saya harus menjaga penampilan saya bukan untuk kepuasan diri tetapi juga untuk masyarakat. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Saya pernah disindir rakan sekerja kerana tidak menggosok baju. Mereka suruh saya berbini cepat-cepat wal halnya berlambak juga kawan saya yang berbini tetapi baju tak tergosok juga, hidup macam tak ada bini juga he he he. Jangan ada yang terasa.

Saya membeli baju di Kuantan. Biasanya kat Pakson. Saya suka beli bila ada sale. Saya pastikan benar-benar sale. Pun begitu saya ada juga beli baju mahal (mahal bagi saya), tetapi amat jarang. Buat apalah beli yang mahal jika sekadar nak menutup aurat kan?

Saya pernah beli baju yang digayakan oleh patung. Patung pakai memang segak siap dengan tai. Tapi bila saya balik rumah saya pakai, tak elok pulak, macam dugung. Hairan, sedangkan pada masa tu saya handsum. Tapi taklah bermakna sekarang saya tak handsum dah. 

Sebab itulah saya selalu terai baju sebelum beli. Saya akan lihat dalam cermin dulu. Biasanya saya akan tidak puas hati bila baju yang saya pakai nampak ketat dan kecil, adakalanya nampak besar pula. Mungkin sampai masanya saya menempah baju? Tapi baju tempah lebih jauh mahal dan prosesnya lambat. Tak mampu saya. 

Bilik tengah rumah, memang saya tempatkan khas untuk pakaian saya. Kalau ada tetamu atau keluarga nak bermalam. Mereka kena la tidur di luar (ruang tamu). He he he.

Tetapi sebenarnya saya selalu pakai baju yang saya suka, he he he. Balik kerja basuh semula, dan esoknya saya pakai lagi. Lusa pun.

Pernah juga saya pakai baju yang saya beli, dan kemudiannya kawan saya kata tidak `kena' dengan saya. 

Pernah juga sebaik saja saya masuk bilik kuliah. Saya lihat ada pelajar baju sama sebijik dengan saya. Pelajar tersebut terus bangun dan berkata dengan bangga:

" Sir baju kita sama! sehati sejiwa" Dengan bangganya dia bulatkan mata. Hidung kembang.

" Ya sama, tapi pemikiran dan kecerdikan kita jauh berbeza" Kata saya sambil terus selamba pasang LCD untuk memulakan kelas. Saya buat seperti tiada pa yang berlaku... He he he, jahat saya kan?

Saya juga ada koleksi pakaian yang saya akan pakai bila saya kurus nanti. Mak saya kata tak baik beli baju tapi tak pakai. Saya kata saya akan pakai bila kurus nanti. Baju tu kecil sikit.

Saya rasa ramai juga para pembaca blog saya suka membeli baju yang mahal-mahal. Baju perempuang kadang-kadang kainnya sahaja RM350. Kalau campur upah jahit entah berapa. Saya ada kawan perempuan kalau beli kain sampai sepuluh pasang. satu-satunya lebih RM300 sepasang!. 

Pesanan saya untuk yang ketagih beli pakaian mahal :




Jan: ...saya beli baju yang murah-murah sahaja. He he he.

Selamat berbahagia wahai kekasih - Hail Amir


Selamat berbahagia wahai kekasih
cantik rupawan...
Selamat menempuh wahai kekasih
gerbang perkahwinan...
Aku berdoa wahai kekasih kepada Tuhan
Semoga aman wahai kekasih
dan berkekalan...

Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja
Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga
Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita
Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.

Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja
Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga
Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita
Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.

Lagu ini lagu nyanyian, ciptaan dan gubahan Tan Sri P Ramlee, liriknya oleh H M Rohaizad. Pertama kali saya dengar lagu ini ketika saya memandu ke Kuantan pada petang kelat. Namun penyanyinya adalah Hail Amir.

Sekali dengar terus rasa syahdu. Suara Hail Amir tidak dapat dinafikan, merdu. Beliau banyak berduet dengan Uji Rasyid. saya tabik, penyanyi dulu hebat!

Nampak sikit bulu dada, seksi tapi tak haram...

Daripada internate, saya dapat info lagu ini dicipta oleh Tan Sri P Ramlee ketika Saloma mahu melangsungkan perkahwinan dengan A.R Tompel (kawan-kawan  Tan Sri P Ramlee beritahu). Saloma kawin 2 kali sebelum berkahwin dengan seniman agong kita, perkahwinannya dengan Tan Sri P Ramlee kekal sehingga mati... Namun berita ini daripada internate, footnotenya tiada...

Sekarang saya sudah hafal lagu ini, saya nyanyi malam-malam pabila memandu pulang ke rumah dalam malam hitam yang pekat. Saya tahu suara saya tak sedap, tapi jiwa saya menikmatinya.

Lagu lama-lama ni membuatkan saya tabah hadapi hidup ini...

Jan: Kalau dia terbaca blog saya ini, saya nak dia juga tahu `Berpisah kita hanyalah untuk di dunia sajaaaaa....'


Bulat juga rupanya...

Ini gambar saya masa kecil...

Cinta zamang sekarang




Dalam air ada batu,
Dalam jeruk ada cuka;
Jika setia pada satu,
pasti hati akan berduka...

Jan: Sayalah itu...

Dahlia dan semakin besar












Ini gambar-gambar Dahlia, anak kepada kawan saya. Gambar ini saya pukul semasa Dahlia singgah ke pejabat. Dulu masa dia kecil saya selalu dukung dia sebab rambut dia cantik kerinting bergulung. Rambutnya asli. Bila kawan saya bawa Dahlia ke pejabat, saya akan dukung dan cubit. He he he.

Saya berkawan dengan emaknya semasa kami sama-sama bujang. Emaknya juga cantik jenis perempuan kereta lalu jadi perlahan. Kini Dahlia dah besar, saya tak dapat dukung lagi. Berat. Kini saya dukung adiknya pula yang bernama Wafi.

Saya suka dukung, cubit dan agah anak kawan-kawan bawa anak  mereka ke pejabat. Kalau comel ke tak comel ke, saya buat-buat dukung juga. Dan tidak benar kalau orang kata saya suka berkawan dengan perempuan cantik sahaja. Ada juga kawan perempuan saya yang tak berapa cantik, he he he. saya pun bukannya handsum sangat...

Saya comel tak masa kecil? Saya tanya kawan saya. Kawan saya pernah tengok gambar saya masa kecil. Kawan saya kata saya tak comel masa kecil. Dan katanya dia tak mahu dukung saya... Dia kata dia akan buat-buat sibuk kalau mak saya bawa saya ke pejabat. Kesian kan... saya rasa sedih.

Tapi nasib baiklah bila dewasa barulah tuhan jadikan saya comel dan bulat.

Jan: Tak pernah dicubit pun...

Sekadar berkongsi cerita...


" Blog tu sekadar berkongsi cerita, 50%  dari pahit manis kehidupan seharian saya. Tetapi 100% adalah cerita benar"

Jawapan Abang Jan di majlis Rumah Terbuka salah seorang kawannya yang bertanya benarkah cerita yang ditulis dalam blog tersebut?.

Persediaan saya pabila `time marking paper'

Dalam dunia seorang penyanyi, memegang micropong adalah antara tugas hakikinya. Dalam dunia pekerjaan saya pula, menanda kertas jawapan adalah antara kerja hakikinya. Menanda kertas penting sebab kita dipertanggungjawabkan untuk menilai pencapaian dan penat lelah pelajar kita. Semasa menjalankan tugas ini, kita perlukan ketenangan dan kegigihan. Antara sebabnya mungkin kita kena tanda bagi 7 section, melibatkan ratusan pelajar. 



Kertas pelajar boleh ditanda di bilik (di bangunan tempat kita kerja) atau kita  bawak balik dan menandanya di rumah. Saya memilih menandanya di rumah kerana di rumah sunyi dan selesa, tak ada anak bini yang nak mengacau. Menanda di bilik kerja kat pejabat, pelajar asyik ketuk pintu. Bawa hadiah dan sebagainya.

Biasanya saya menanda kertas, saya berpakaian seringkas mungkin. Ringkas dan longgar. Rasa bebas dan asli.


Saya menanda kertas di ruang tamu bukannya di bilik bacaan saya. Meja di ruang tamu lebih besar dan senang saya nak letak serba maknika barang yang diperlukan bila menanda. 


Pen mesti ada, pen warna merah untuk menanda. Sejak bila manusia kena menanda dengan pen warna merah dan siapa yang suruh/paksa guna pen warna merah ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Tapi saya ikut jea. Kadang-kadang saya tanda juga dengan pen pink, he he he.


Dalam proses menanda, saya dengar lagu Kak Pah, lagunya jadikan jiwa saya syahdu dan tenang. Kalau lagu penyanyi lain jiwa jadi tak tenang. Tapi seorang kawan saya beritahu baik dengar alunan surah-surah kalau menanda...haaa. Sebenarnya saya pasang bila nak rehat sahaja, semasa menanda saya kena sunyi sikit sebab nak tumpu sepenuhnya. 100%. Sebab kadang-kadang jawapan pelajar membuatkan kita rasa nak isi borang. Borang Hospital Tanjung Rambutan.

Kadang-kadang ada surat `belas simpati' di tulis dalam kertas jawapan. Biasanya pasal nak markah lebih sebab emak sakit, diri sendiri sakit. Hidup tak bermaya dan lain-lain. He he he. 


Kelihatan juga kotak rokok kawan saya yang tertinggal di rumah saya. Saya pau dua tiga batang. Namun sekarang saya cuba kurangkan rokok. Demi kesihatan dan kemulusan kulit saya.

Menanda ni kadang-kadang tertekan juga kerana ada tulisan pelajar macam doktor. Doktor jiwa kot. Saya bukanlah mahu tulisan cantik tetapi biarlah boleh dibaca, senang dibaca. Kadang-kadang saya kena tunjuk/tanya kawan saya apa perkataan/huruf yang ditulis. Bila kita dah kenal akan ragam bentuk tulisannya, barulah senang kita menanda kertas. Tapi tetap makan masa jugak.


Bedak sejuk juga diperlukan dalam proses menanda supaya muka sejuk. Bila muka sejuk lantas jiwa sejuk bila menanda. Barulah nyaman nak menanda. Jika jiwa panas, teruklah markah pelajar haa... Bila dah kering bedak sejuk, bubuh semula, Haa... Bila kering-bubuh semula sehinggalah muka jadi kecut dan sejuk. 

Saya menanda apabila selepas tengok berita. Bila segmen sukan terus saya ke meja bersiap menanda. Bukan saya tak suka sukan, tapi bagi saya mutu sukan negara kita sama tinggi dengan anak saudara saya yang ambil PMR.He he he.

Menanda ni boleh membawa kita kepada pukul 3 pagi. Tapi taklah menanda secara berterusan... Kita kena berhenti sekejap rehat. Kita boleh buat air, merokok atau berlakon.


Dan jangan lupa air nescafee...barulah ngam. Sebenarnya mak saya marah minum air nescafe, katanya tak bagus. Saya minum sikit saja sebab nescafe menolong saya boleh berjaga segar sampai pagi.

Kadang-kadang bila boring menanda, saya bangun dan menyanyi. Tapi sebenarnya saya gerakan mulut sahaja sebab yang berbunyi adalah CD yang saya pasang. Dalam pada itu saya gayakan diri saya berada di tepi pantai atau mendayung dalam perahu di Venice.

Di Venice ni, katanya ambulan pun guna perahu...haaa


Bila menanda kertas kita kena berdidiplin sebab tarikh akhir telah diberi oleh ketua jabatan. Jangan kerana kertas kita tak siap lagi, segala tugas pengumpulan dan tugas orang lain tersekat. Sepanjang minggu menanda juga saya rasa berdebar.

Jan: Begitulah agaknya pensyarah saya rasa dulu bila tanda kertas saya kot....

.