"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 30, 2010

Masih ingat masih setia...

Asalamualaikum, salam Satu Malaysia dan satu dunia. Terlebih dahulu saya memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNyalah kita dapat bersama-sama lagi bertemu di blog yang tidak sepertinya ini.
Penulisan gaya ala rasmi ini ditulis sempena blog ini mencapai kunjungan melebihi 30K. Saya selaku penulis blog ini dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan kata-kata penghargaan dan berterima kasih saya kepada para pengunjung.
Ramai yang masih setia dengan blog ini. Walaupun adakalanya beberapa hari tidak menulis, saya dapati blog ini masih menerima kunjungan. Mereka membaca posting lama saya...
Mengenai terus menulis? Saya juga tidak berapa pasti akan jawapannya, tetapi mungkin melalui penulisanlah saya dapat luahkan perasaan... perasaan resah gelisah saya sebagai manusia yang terkadang cerah terkadang gelap.
Pada suatu masa dahulu (memang saya akui), saya menulis dek kerna terikut-ikut dengan kawan-kawan yang ada blog. Pada masa tersebut semua orang nak ada blog dan berblog. Semua orang nak menulis termasuklah seorang makcik kantin yang saya kenali yang kini blognya sudah `mati'....
Bila kita menulis blog, kita akan dapat respon. Pernah ada yang secara diret menyarankan saya supaya berhenti menulis, katanya buat sesuatu yang lebih berfaedah dalam hidup... Beliau bercakap dalam bahasa inggeris antaranya saranan beliau selain mencarut ialah `get a life' kalau tak silap....Tetapi saya rasa setiap manusia ada `life'nya sendiri, corak rekabentuk tersendiri.
Saranannya tidak sedikit pun menjadi kudis dalam hidup saya. Suatu hari pasti saya akan berhenti menulis tetapi bukan kerana saranan orang... Nanti bila dapat duit nufnang insyallah saya akan belanja dia makan. He he he.
Saya tahu ada orang ambil peduli blog ini. Ramai yang memberikan respon yang positif terhadap kewujudan blog ini. Salah seorang pengunjung setia blog ini pernah beritahu saya perkara yang pertama beliau lakukan apabila sampai ke office dia ialah buka blog saya. Dah bertahun rutin hariannya begitu. Dia beritahu dia masih ingat dan masih setia...
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada semua pembaca, dan sekali lagi memanjat syukur kepadaNya.
Jan:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati...

Tuesday, June 29, 2010

lilyliza.blogspot.com

Gambar cover blog lilyliza.blogspot.com

Apabila ada masa terluang lebih, antara blog rakan maya yang saya sering kunjungi ialah lilyliza.blogspot.com. Blog ini juga seperti blog saya, bercerita mengenai kehidupan peribadi dan kerjaya. Seronok melihat kehidupan beliau, sekarang beliau telah beli rumah baru dan kereta baru. Rumah barunya sudah siap dan sekarang beliau dalam rancangan nak renovek.
Blog ini juga bercerita mengenai suasana sekolah yang saya rindui. Ada gambar pelajar dalam dan luar bilik darjah. Seronok menjadi guru, setiap hari mencurahkan ilmu dan rasa dekat dengan pelajar, ada rasa kasih sayang di dalam hati kepada pelajar kita. Jadi pensyarah lain...

Inilah orangnya...

Llilyza bersama pelajarnya...

Walaupun tidak pernah bertemu dengannya, saya berpendapat beliau seorang yang jujur dan ikhlas. Beliau menulis dengan jujur dan ikhlas sebab itulah di dalam blognya tidak nampak langsung menunjuk-nunjuk kelebihannya. Bila baca penulisannya saya akui beliau seorang yang merendah diri walaupun mempunyai banyak kelebihan.

Seronok membaca blognya, beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sabah, aktif dan bermotivasi tinggi, sayangi pelajarnya. Beliau ada projektor sendiri untuk mengajar, tak perlulah berebut pinjam dengan pentadbiran sekolah.

Ada kartun `pesan cikgu' dalam blognya...

Dalam blognya ada gambar pelajar dan sekolah. dalam gambar saya lihat beliau mengajar di tingkatan 6. Dulu saya pernah menjadi guru selama 5 tahun mengajar tingkatan enam. Teringat pahit manis menjadi guru bila mengajar murid yang agak besar, saya kagum dengan dirinya. tentu dia menghadapi banyak cubaan sebagai guru. Pahit manis.
Seronok sangat melihat riak muka pelajar dan persekitaran sekolah. Dah lama benar saya tak ke sekolah. Setiap kali memasuki kawasan sekolah hati saya jadi semacam...
BILA BERCINTA...CINTALAH SEPENUH HATI, itulah kata cover tertulis di templatesnya. Dan saya akui sepanjang hidup saya itulah yang saya buat walaupun selalunya sayalah yang akhirnya tercampak hina di tepi longkang, he he he. Alhamdulillah, buatlah sesuka hati kepada saya ni, buatlah...saya tak apa belaka...tuhan melihat segalanya...suatu hari nanti allah akan hancurkan hatinya sebagaimana dia hancurkan hati saya...(eh maaf emosi pulak dah, he he he).
Istimewa sekali blog lilyliza.blogspot kerana ianya bukan sahaja dapat membawa saya kepada kenangan semasa jadi guru tetapi juga memberitahu secara langsung yang ketabahan dalam hidup itu penting dan berusahalah mendapatkannya... Ya di dalam blognya terkadang ada diselitkan kata-kata motivasi, supaya terus mencari apa erti kehidupan...

Jan: Guru adalah segalanya...

Sunday, June 27, 2010

Pahit manis...

Blog ini tidak menceritakan tentang bahagianya melayari alam rumahtangga yang baru memasuki 2 tahun, 2 bulan dan 2 hari, ia juga bukan perihal mengenai seronoknya hidup di luar negara atau kehidupan di kota raya yang besar. Ia jauh sekali mahu mempromosikan sesuatu barangan. Dan blog ini juga bukan tentang kesempurnaan hidup atau sesuatu yang mesti kita buat untuk menjadi sempurna. Kalau itu yang dicari, ianya tiada di dalam blog ini...
Ianya tentang sebuah perjalanan yang sedang dilalui. Ikhlas menulis mengenai dunia yang ada roh dan jiwa. Tentang pahit manis, suka duka, bodoh cerdik, kuat lemah dan `dan-dan' yang lain-lain lagi. Saya terdorong (selalu terdorong sebenarnya...) untuk menulis mengenai sesuatu yang murung dan gelap, yang ada kesedihan yang berlapis-lapis kerana ada masa-masa sebuah perjalanan jalanannya tidak selalu lurus.
Ada orang mahu benamkan saja ke lubuk dalam segala duka kesakitan kerana mereka percaya dengan memperlihatkannya ia menampakan kelemahan diri... Dan saya seorang yang lemah, ada kalanya sangat lemah sehingga saya sendiri tidak menduga... Dan kelemahan-kelemahan itu dapat dicium pada ketikanya dalam lewat penulisan di blog. Di sebalik posting yang lucu-lucu (lucu pada pandangan pembaca...) terselit jua satu dua penulisan yang menceritakan perihal duka yang bermukim kejap.
Tahun 2009 adalah tahun malang... Walaupun banyak pencapaian yang saya raih tetapi itu hanyalah bersifat material sahaja. Tahun lalu saya `kehilangan' 2 orang yang sangat saya `sayangi'. Tidak dapat dan mampu untuk saya tuliskan betapa saya sayang dan perlukan mereka, hanya allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa di lubuk hati (unsur agama). Kehilangan itu meragut sebahagian besar harapan dan keseronokan hidup saya. Sehingga kini saya sudah tidak dapat merasai keseronokan dan kedamaian sebegitu...saya selalu merindui rasa itu...Mungkin tuhan pinjamkan sekejap (saya libatkan tuhan, jelas ada unsur agama di sini).
Tetapi saya tahu manusia yang kuat dan tabah mestilah bangkit. Dan seperti selalunya saya tiada pilihan kecuali bangkit. Dalam kesiksaan itu saya bertatih lemah untuk bangkit dan percayalah kesakitannya sampai ke tulang hati...Mustahil untuk padamkan kenangan kerana saya seorang yang lambat belajar. Kalau boleh, pastilah saya mahu melupakannya terus (saya rela buat apa sahaja) tetapi saya terpaksa kawal naik-turun rasa kesakitan dalam usaha meneruskan kehidupan...
Ikhlas saya cakap, sehingga kini saya tidak tahu nak `ke mana'... lantas blog ini kadang-kadang menjadi sesuatu escapizeng...
Antara yang saya belajar daripada kehilangan itu ialah "Kita tidak boleh bergantung kebahagian kita kepada sesiapa pun namun kita bertanggjungjawab untuk membahagiakan diri kita. Setidak-tidaknya kita wajib mencuba..."
Jan: saya akan selalu mencubanya...

Friday, June 25, 2010

Wau...

Melihat sekumpulan budak bermain wau (layang-layang), terus teringat sudah lama benar saya tidak menikmati nikmat bermain wau. Semenjak dewasa banyak hambatan lain yang lebih perlu...semua menjadi semakin serius dan bukan main-main. Paling akhir saya bermain wau kalau tak silap masa tingkatan 4... itupun bukannya wau saya punya.




Wau-wau...


Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis layang-layang dipanggil wau. Main wau popular di pantai timur, mungkin sebab cara hidup dan tiupan anginnya molek berbahasa. Dalam phasa kehidupan kami terutama zaman kanak-kanak, kami bermain wau. Namun begitu adakalanya wau juga merupakan hobi yang serius kepada sekelompok golongan yang dewasa.



Saya belajar membuat wau yang ringkas semasa di sekolah rendah. Dulu taklah macam sekarang, tuisyen petang sampai malam...he he he, kami tahu berseronok. Masih ingat lagi betapa terujanya saya dan kawan-kawan sebab cikgu janji nak ajar buat wau dalam kelas. Apabila sampai ke rumah terus saya beritahu ayah yang 'cikgu nok buluh peleting". Sejenis buluh yang kecil untuk dibuat rangka wau tersebut. Saya dan kawan-kawan pakat beli kertas nipis berwarna, beli benang dan gam.



Bersama cikgu kami buat ramai-ramai. Selepas itu kami berlari ke padang sekolah main wau. Saya ulangi kami berlari, dan cikgu juga berlari dari belakang sambil bertempik marah. Alangkah indahnya. Wau yang kami buat ringkas sahaja tetapi terbang tinggi juga...



Main wau best, best bila kita dapat kawal wau tersebut. Best kerana kita seolah dapat `capai' wau tersebut di awam. Bila pegang tali rasa bangga benda yang jauh di atas itu adalah wau kita. Saya tidak tahu adakah kehidupan budak-budak terkini masih ada phasa bermain wau dalam hidup mereka. Anak saudara saya ada yang asyik main playstation, ada yang bela arnab dan ada yang suka baiki basikal.



Wau yang paling famous adalah wau bulan...sebab bentuknya macam sabit pada bahagian hadapan dan separa bulat pada bahagian ekor. Nampak macam bulan di angkasaraya. Namun ada juga wau lain seperti wau kucing, wau merak, wau burung, wau puyuh dan macam-macam lagi.



Permainan wau ini sudah lama entah bila mulanya. Dikatakan dikatakan semenjak wujudnya kerajaan Serivijaya, sudah ada permainan ini. Kalau tak silap saya dalam buku Sejarah Melayu pun ada disebut hal main wau ini. Cara permianan pada masa itu sangat serius dengan unsur magis dan patang larangnya...



Dua orang pakcik sedang bergaya dengan wau bulan besarnya...


Orang yang lebih dewasa suka main wau bulan, saiznya wau bulan lebih besar berbanding wau lain. Lebar ada yang sepanjang 2.5 meter dan tinggi 3.5 meter. Bila besar senanglah kita nak lihat coraknya. Mereka pilih warna terang dan corak yang cantik berawan larat. Dan ada diletakan busur supaya berbunyi.


Wau Merak


Kadang-kadang diadakan pertandingan main wau di pantai timur. Namun saya tidak tahulah kini masih ada lagi ke pertandingan sebegitu. Kalau ada pun mungkin tak selalu sebab orang zaman sekarang tak suka main-main, mereka suka serius-serius, he he he.


Jan: bagai wau putus talinya...

Thursday, June 24, 2010

Juruaudit tak bertauliah...he he he.

Ina membelek apa yang patut...(dan yang tak patut...)

Amy tanya `Boleh dibuat ulam ke ni...?'

Mek zue sibuk menalipon...(seperti biasa)

Mek Zue melihat kalender untuk ambil cuti...

Kelihatan iklan Hugo Boss di skren kumputer saya, hehehe

Kontrol ayu dan perut...

Kelihatan juga daun pokok Ong yang Azniza beri...

Selain daripada makan, mereka memang suka bergambar...he he he

Jan: ...mereka datang singgah ke bilik saya, kami bekerja di bangunan yang berlainan...mereka bertiga kawan saya di tempat kerja dulu...

Buang sampah daripada kereta...

Semenjak saya ada berkereta saya tidak pernah buang sampah terus daripada kereta ke luar. Saya sediakan sebuah plastik di dalam kereta. Namun tekad di hati sebolehnya malaslah nak buat sampah dalam kereta.

Sikap orang kita suka buang sampah merata termasuk buang keluar daripada kereta. Main campak je tanpa rasa bersalah. Tempat paling banyak sekali ialah di kawasan trafik light. Kat sini rupa-rupanya jadi pot buang sampah sambil menunggu lampu jadi hijau.



Saya pukul gambar ni di Bandar Kuantan...



Saya selalu perhatikannya, ada sesetengahnya ambil kesempatan buang sampah. He he he. Sikap ini tak bagus sebab ia mengotorkan bandar atau kampung kita...


Jan: Memang la ada pekerja yang kutip sampah itu...tapi...huh!

Kata Profesor Mariam...

Semasa berseminar saya tertarik dengan kejayaan pembangunan kehidupan kerjaya Profesor Mariam. Mungkin kita boleh aplikasikan ke dalam kehidupan kita... Banyak tunjukajar yang diberikan tetapi ada satu katanya yang paling menangkap hati. Katanya dia bangun seawal pukul 5.30 dan kehidupan terasa panjang, banyak kerja boleh siap...
Bagus jugak kalau kita cuba amalkan kan? Saya fikir memang la semua saranan orang kita tak semestinya ikut, mungkin kena adaptasi sedikit atau ubahsuai. Namun saranan ini saya pertimbangkan. Saya teringat melalui pembacaan saya dapati kebanyakan orang berjaya adalah mereka yang memang mengamalkan bangun pagi.
kepada saya selain hubungan seks, korek telinga, berak, dengar suara kak Pah dan makan, tidur merupakan antara nikmat yang memang tak dapat dipertikaikan. Kita mengomel bila tak dapat cukup tidur. Bila kita tidur sel-sel kita diperbaharui dengan giat, dan badan kita dapat berehat setelah kita berpanjangan menggunakannya pada siang hari.
Dan jangan tak sangka mungkin hanya dalam tidurlah kita dapat jumpa dengan kekasih belahan impian hati kita...misalnya Kristen Stewart ke atau Ronaldo?. Sebab di dunia nyata kita haram laaa tak merasa, tak jumpa?
Kembali kepada tajuk, he he he. Kata prof Mariam pada mulanya memang la rasa tak selesa dan mengantuk sebab bangun awal. Rasa tak ada kerja nak buat. Tetapi lama kelamaan badan menyesuaikan diri dan banyak rupanya kerja yang boleh dibuat. Boleh uruskan hal rumah lebih awal dan boleh boleh datang kerja lebih awal. Pukul 7 pagi mungkin boleh ada kat pejabat, sebab? Sebab kerja tak penah habis walaupun kita mati...he he he.

Jan: Pernah bermimpi bertemu Meriam (Maya Karim...)

Wednesday, June 23, 2010

Deman bola...

Bila musin bola, saya jadi tak tentu arah. Tak tentu arah sebab nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang terjadi akibat piala dunia.
Sebentar tadi ayah saya kol dan ada beritahu yang Slovenia lawan England, England dah dapat 1, kata ayah saya lagi kalu seri tak dapat masuk. Saya jawab ya ya je. He he he. Sepatah saya tak faham dapat masuk apa...
Minggu lepas timbalan dekan saya buat lawak pasal permainan bola daripada satu pasukan. Saya tak ingat dari pasukan apa tah? Tapi saya ingat sangat saya buat-buat tergelak besar atas sofa dalam bilik dia. Apakan daya, tak kan nak diam bila orang berpangkat daripada kita buat lawak kan?
Ayah saya dah berumur awal 70an, dan sekarang pastilah dia tak cukup tidur dok tunggu Tv, dan saya rasa Kamal Azie kawan saya sibuk beli majalah bola yang siap dengan jadual dan carta. Begitulah gelagat dia tekun menganalisis dan menjangkakan. Nasib baik dia tak buat graf atau keluk, he he he.
Jumpa kawan tempat makan cakap pasal bola, jumpa kat dewan cakap pasal bola. Selisih kat tangga cakap pasal bola. Kat jamban pun ada cakap pasal bola. Saya rasa terpinggir sangat bulan ni.
Suratkhabar pun tebal halamannya bahagian sukan. Cerita pasal bola berjela-jela. Tapi kita tak boleh la sekat minat mereka. Apa kita rasa jika kita sekat minat mereka. Biarlah mereka teruskan deman tersebut.

Jan: Dah lama deman rindu...

Selalu bertukar` templates'

Blog jankaulu ini selalu bertukar `templates'. Entah kenapa saya selalu menukarnya. Mungkin saya cepat puas atau nak rasa semua, nak lihat semua. Atau mungkin saya tidak tetap pendirian? Kadang-kadang templates saya nampak cantik dan kemas tetapi adakalanya saya sendiri rasa terlalu bercelaru... Kali ini mungkin nampak faminie sikit, he he he.
Penting juga kan template yang menarik. Mungkin sebagai perencah kot. Entahlah, tetapi penting lagi pakai cermin mata sesuai ikut bentuk muka. Kalau terlalu ikut trend tetapi bentuk muka tak sesuai jadilah macam eliang (makhluk asing).
Saya bab-bab komputer ni lembap sangat nak belajar. Saya pakar copy dan paste saja... Biasanya untuk buat pembentangan dalam kuliah saya minta kawan je buat slide yang menarik. walaupun tak mampu buat sendiri tetapi ada hati nak tukar-tukar juga, he he he.
Jan: Tetapi saya tidak suka bertukar kekasih, sumpah.

Tuesday, June 22, 2010

Jiran perhatikan rumput di laman saya...

Saya sedar sebenarnya, dua tiga kali sebuah motosikal lalu depan rumah baru saya. Bila sampai depan rumah dia perlahankan motosikalnya. Saya rasa laki bini... Pada masa tersebut saya sedang cabut rumput yang tak berguna yang tumbuh di antara celah-celah rumput yang ditanam.
Saya terfikir juga, bimbang pulak kalau orang nak kipnap saya, zaman sekarang bukan boleh percaya, lelaki pun ada harganya. Tapi mustahil kalau nak kipnap tentu datang dengan van... Kemudian motor tersebut berhenti tepi pagar depan rumah saya. Saya fikir pula tentu nak cari rumah kawan dia yang baru pindah. Nak tanya kat mana rumah kawan mereka kot. Saya manalah tau, saya pun tak kenal jiran-jiran. Saya jenis tak berjiran ala kera sumbang.
" Nak tanya, awak guna baja apa? Tiba-tiba tanpa salam dan sapa si lelaki bertanya. Si perempuan pula buat muka tersenyum mesra macam dah sepuluh tahun kenal. Rupa-rupanya mereka nak tanya pasal rumput yang saya tanam.
" Guna baja rumput". Sepatah saya jawab. Saya ni memang tak berani mesra kalau bercakap dengan orang yang saya tak kenal. Orang yang kita kenal dan sayang pun boleh dajal kita...
" Akak tanam tapi tak tumbuh elok, ni pearl grass kan?" Kata si perempuan pula. Saya tengok perempuan yang tak bermake up tu nampak lesu, ada bintik-bintik hitam kat mukanya. Bukan jerawat tapi jeragat agaknya. Molek benar kalau dia guna Clinique yang regin brightness tu, boleh hilang jeragat.
" Ni rumput kampung, yang lembu makan tu, ayah bawak dari kampung. Ni rumput biasa je". Saya kaitkan pulak dengan lembu, ayah saya dan kampung halaman di Besut.
" Cantik rumput ni..." terus saya rasa nak terbang bila kena puji. Namun saya tetap tak buka pintu pagar. Saya duduk tepi pagar je.
" Guna baja apa? Dia tanya lagi. Saya pun pergi ambik baja tersebut dan tunjukan padanya.
" Umah kakak tu, ada kereta warna merah tu..." Akak tersebut menghalakan tangannya untuk menunjukan rumahnya di seberang tasik kecil depan rumah saya.
" Tak apalah terima kasih" Mereka berdua naik semula motor dan saya teruskan kerja pembersihan rumput.
Gambar 1: Mula-mula ditanam ginilah ropanya... nampak macam nak mati je... saya pun hanya mampu menyiramnya seminggu sekali je. Berkereta dari Muadzam datang semata menyiram...(baca dengan ala sedih)
Gambar 2: Kemudian rumput tu mula merebak dan mula nak menutupi tanah yang kosong. Kira lama jugak dalam masa sebulan setengah... Kalau siram hari-hari sebulan pun tak sampai kot.
Gambar 3: Selepas tu barulah ianya penuh. Masa ni kita kena giat cari rumput-rumput lain yang turut sama tumbuh. Bimbang nanti banyak sangat tak cantik, kalau boleh biar sejenis rumput sahaja.

Gambar 4: Sekarang dalam proses tunggu rumput mampat ke tanah, kata ayah saya makan masa berbulan-bulan juga. Biar akar dia kemas dan kejap dulu...baru boleh mesen kalau tak tercabut...pada masa ini boleh kita tambah tanah pada mana-mana bahagian yang rendah atau tak sama tanahnya.

Jan: Penjagaannya tak payah seperti ruput karpet adanya.

Perubahan kos sara hidup dan gaya hidup...

50 tahun dahulu kehidupan masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu masih lagi ringkas dan tidaklah sekompleks sekarang. Pada masa tersebut duit susah nak dapat. Dengan kata ekonominya peredaran wang dalam negara adalah terhad. Proses penciptaan kredit (duit beranak) juga terhad. Sinonimnya apabila duit terhad, sukar untuk ekonomi berkembang pesat.


Pada zaman dahulu, upah menebas rumput di sebuah rumah mungkin hanya RM1 sahaja (jika kita bernasib baik memesen rumput di rumah orang kaya yang tidak kedekut). Harga suratkhabar puluhan sen sahaja, begitu juga dengan harga gandum gula. Majalah-majalah hanya berharga RM1.20. Pada masa tersebut sebahagian ramai daripada kita masih tak ada lagi di atas muka bumi ini, belum dilahirkan. Mungkin pada masa tersebut ayah kita baru galak nak mengorat mak kita (mengorat cara lama...) atau ayah kita baru lepas bersunat?


Tiada bayaran untuk ASTRO (sebab tak ada stesyen televisen sehingga tahun 1963), tiada bayaran untuk rumah, grill rumah, kereta, bil air, tiada insurans untuk dibeli, tiada bil hangpong, bayar brokben, dan maha hebat ialah tiada kad kredit! Bersesuaianlah dengan masa tersebut oleh kerana duit susah nak dapat, barang-barang pun harganya murah. Ia jadi seimbang.


Kini duit banyak beredar di dalam pasaran, ratusan bilion dibelanjawankan oleh kerajaan tahun lalu (RM208bilion kalau tak silap). Secara puratanya duit senang nak dapat kerana perubahan teknologi membantu pemprosesan sumber yang belum digunakan secara maksima, peluang pekerjaan masih banyak boleh dicipta. Gaji kakitangan awam juga lebih tinggi kerana mahu diseimbangi dengan cara hidup.

Kita dapati di mana-mana sahaja rumah batu dibina dengan banyaknya dengan rekabentuk yang pelik-pelik. Besar dan indah. Kalau dulu rumah robek-rohek, kini ramai mampu beli rumah (hutang rumah) dan kalau rumahnya tak berapa cantik atau besar pun, cuba tengok pintu pagarnya. Vouge!.


Pun begitu apabila duit banyak beredar di pasaran harga barangan akan meningkatlah. Sefahaman saya yang tak berapa pakar dalam ekonomi ni, memang pembangunan ekonomi dituruti akrab oleh inflasi, saling sayang menyayangi. Bila pensyarah Puan Khadijah Khalid (kini Dr) menerangkan hai ini hampir 20 tahun lalu, saya agak bingung dan berfikir kalau begitu tok sah membangun la, kesian ke orang miskin!. Rupanya saya terlalu naif masa tu (tapi tak pula bermakna sekarang saya tak naif, he he he).


Walaupun barangan mahal kerana duit beredar dengan banyak di pasaran wang, saya dapati taraf hidup telah meningkat di mana pembangunan ekonomi berlaku dengan pesat. Contohnya berbanding dahulu kita sudah agak maju ke depan dalam bidang pertanian, perindustrian juga perkhidmatan. Taraf pelajaran pun meningkat, ramai yang mula celek dan mampu untuk belajar dan tidak lagi menunggol (tunggul kayu). Malaysia memiliki 20 IPTA, sistem pengankutan yang baik (agak baik sebenarnya, he he he, tapi jauh lebih baik daripada dahulu). Dulu kalau duduk di Kelantan nak ke Kuala Lumpur, berapa hari?).


Maka tak bolehlah kita terus laju kata `Buat apa ada pembangunan ekonomi kalau barang dan perkhidmatan jadi mahal?''. Kita kena lihat pembangunan ekonomi dari sudut peningkatan taraf dan gaya hidup. Gaya hidup yang kita pilih sebenarnya, he he he.


Kalau saya hidup di zaman dahulu bila bangun pagi kena pergi ke dapur buka pintu dapur dan pergi turun ke perigi untuk mandi, nak berak pula kena berjalan jauh sikit daripada perigi. Kini bila saya bangun nak mandi semuanya ada dalam bilik saya! Termasuk mangkut tandas. Sekarang tandas bukan sahaja ada di dalam rumah tetapi di dalam bilik kita, buka pintu terus ada di situ, tak payah guna timba untuk karai air, kita ada paip yang jenis hujan. Boleh pulak pilih nak air sejuk ke air panas...


Dari sudut ekonomi pastilah barangan naik harga kerana sumber semakin berkurangan dan kos pengeluaran (contohnya petrolium) semakin meningkat. Kehendak kita pulak tidak ada limit. Kalau boleh semua benda kita nak, segala benda yang terbaik. Yang segala orang ada....he he he.


Lihatlah diri kita, kita juga yang mengekoskan diri kita. Lihat baju yang kita pakai, rumah yang kita duduk dan kereta yang kita bawa. Jauh daripada zuhud atau beserderhana kan?. Malah jangan malu nak mengaku kita buat penampilan `terlebih' sikit daripada `penampilan' gaji di hujung bulan. Jangan terasa, saya pun 2 kali lima. Hanya saling mengingati diri sendiri dan para pembaca (macam ustad pulak...)


Maka dalam diam-diam saya buat kesimpulan bagi diri saya, saya tak naklah buat kesimpulan bagi orang lain macam berita di RTM. Untuk saya, saya bersyukur sangat dengan apa yang ada dan apa yang saya tak ada. Malah kadang-kadang rasa terlebih ada pulak bila banding dengan orang lain. Perubahan-perubahan pembangunan ekonomi yang berlaku memerlukan saya menyesuaikan diri dengan keadaannya. Kita kena sesuaikannya.



Jan: Ada sesuatu yang tak pernah berubah dan tak akan berubah. Daripada dulu, kini dan selamanya... oh...

Monday, June 21, 2010

Gaji laki pegang?: Bahagian 2

Kalau kita letak gaji suami isteri setopok (setempat/satukan) ia akan nampak besar. Dapat lihat sejumlah pendapatan bulanan yang besar berbanding dengan konsep `gaji laki asing-gaji bini asing'. Bila disatukan barulah senang si suami merancang untuk membayar rumah, kereta, keluarga mak ayah, insurans anak-anak, belanja anak, makan minum, simpanan dan bil-bil lain. Yang tinggal berbaki itulah yang perlu diuruskan berhati-hati. Tidaklah terjadi nanti masing-masing masih mengandaikan pasangan masing-masing masih ada duit baki gaji... Bila terjadi apa-apa masing-masing panik.
Tapi setiap perkara ada pro dan kontranya dan hanya boleh diguna mengikut kesesuaian pasangan. Tidak semestinya `gaji laki pegang' atau `gaji bini pegang' boleh diaplikasikan dengan jayanya dalam konteks masyarakat Malaysia. Cuma tertanya juga di negara Malaysia ini adakah mereka setopokan gaji untuk menguruskan rumah tangga atau mereka awal-awal lagi dah bahagikan siapa yang akan bayar apa?... dan duit lebih tersebut boleh dibelanjakan untuk kepentingan diri masing-masing?
Gaji suami dan isteri tidak sama banyak. Ada sang isteri yang jauh lebih banyak. Tetapi ketidaksamaan gaji tersebut bukanlah persoalan apabila sudah duduk sebumbung tidur sekatil, kalau masih pentingkan diri tak payahlah berumahtangga (atau kawin dengan tupai je...he he he). Pihak mana yang bergaji besar atau kecil tidak lagi penting memandangkan sudah tinggal sebumbung dan sejiwa (konon, he he he). Yang penting menguruskan ekonomi rumahtangga.
Kalau situasi sesuai bolehlah gaji isteri laki pegang dengan andaian dan bersebabkan dia adalah ketua keluarga. Tetapi jika si suami kaki joli, selisih malaikat 44... eloklah diasingkan. Tetapi bergantunglah pada pasangan masing-masing sebab mereka yang memahami perangai pasangan masing-masing apabila berhadapan dengan duit.
Seorang kawan saya beritahu dia berikan isterinya RM600 sebulan untuk belanja dapur. Iaitu belanja makan minum. Dan isterinya yang tidak bekerja menguruskannya untuk hal ehwal kedapuran tersebut. Kalau lebih isterinya akan simpan, dan dia tetap akan beri RM600 juga bulan selepasnya. Tetapi kata kawan saya biasanya tak cukup, he he he.
Ada seorang kawan saya (kawan yang lain pula) merungut sebab semuanya dia yang bayar!. Semuanya atah kepala dia! Sebab itulah katanya malas dia nak berikan hadiah kepada isterinya walaupun sepasang kain pasang... Isterinya seorang guru MRSM.
" Laa, itukan tanggungjawab suami..." Kata saya kepadanya bila dia merungut terpaksa bayar semua perbelanjaan daripada kereta, rumah, bil-bil dan segalanya. Mungkin dia rasa tidak adil sebab isterinya langsung tak menyumbangkan apa-apa ke arah ekonomi rumahtangga.
Kita kembali kepada tajuk, walaupun gaji isteri suami pegang, itu tidak bermakna senang-senang ia jadi duit sang suami. Duit itu kira duit bersama. Seolah harta sepencarian kan?. Ke tak sama? Tak apalah buat-buat sama, he he he.


" En Sukiman kawinlah, nanti ada dua pendapatan". Itulah kata yang dilafazkan oleh seorang kawan saya empat tahun lalu. Mungkinkah dia menggunakan konsep duit laki pegang?. Pada masa tersebut saya merungut sikit sebab baru 15hb duit gaji dah habis (saya terbeli pasu berukir, cantik...ada kaki).
Sebenarnya tiada masalah jika duit laki pegang kalau dia bukan jenis joli. Si isteri pula jangan lepas tangan, dia haruslah ingatkan si suami tentang apa-apa pembayaran yang perlu dilunaskan mengikut tarikh. Cuma mungkin timbul sedikit masalah apabila pasangan mahu membeli sesuatu yang mereka sukai di mana pasangannya tidak `merestui'nya... Si isteri mungkin mahu membeli sesuatu yang pada fikiran suaminya tak berapa berguna sangat...atau situasi di mana si suami mahu membeli sesuatu yang isterinya rasa tak berguna langsung!



Jan: Gajiku, kupegang...




Wednesday, June 9, 2010

Gaji laki pegang?

Bila kita nampak kawan kita tak berapa bergaya, kerap pakai tudung, hengbek dan kasut yang sama, mulalah kita fikir gaji dia laki yang pegang. Kononnya bila duit gaji laki yang pegang maka dia tak boleh berbelanja la. Laki dia kontrol, tak boleh beli baju lawa dan sebagainya, dan tak bolehlah bergaya...

Silap tu, dia mungkin dah begitu orangnya. Dia mungkin suka begitu. Sejak sekolah rendah dia mungkin dah bersederhana begitu. Kenapa kita kena libatkan laki dia pulak? Ke kita kena libatkan? Susah ya kalau kita benar-benar fikir bagaimana masyarakat kita berfikir kan? Silap tu sayang...kita mungkin silap lagi...!

Memang ada kawan kita yang sederhana hidupnya (yang tak macam kita asyik beli kain pasang). Ada kawan kita tak macam kita, dia pakai dengan sesungguh hati bajunya. Tak tukar pun tak apa asal selesa dan tidak busuk.

Kita tak tahu, pakai sedap mulut je cakap dalam hati. Memang dia tak dengar tetapi tuhan dengar tau...(saya libatkan tuhan, unsur agama). Mungkin juga lakinya bergaji rendah, dan molek benarlah bila laki bergaji rendah bininya saling membantu, jangan demand. Dia kena berhati-hati berbelanja demi rumahtangganya juga. Anak pulak non-stop every year, produce... Kalau dia susah sapa nak tolong dia? Nak ke kita yang tolong? Oleh itu biarlah dia pakai baju yang sama pun, kasut yang sama pun, beg tangan yang sama pun. Lagipun biarlah kalau betul duit gaji dia memang ke laki dia pun, dia tak macam kita duit gaji beri ke Kamdar.

Biarlah muka dia tak bermakeup pun, biarlah nampak pucat lusuh macam mayat, biarlah persis zombi pun. Mungkin kulit muka dia alegik kena krim atau bedak. Atau mungkin dia perasan dia ada kecantikan semulajadi (he he he). Dia tak macam kita yang makeup setebal 2.5 cm, mengalahkan Kak Nita.


Banyak lagi isu lain yang kita boleh bincang atau pandang positif kan? kan?... Tak payahlah kita buat penghakiman yang bukan-bukan.

Jan: Selalu jugak salah tafsir...he he he.

Lagenda Hit Datuk Sharifah Aini

'' Nanti slot yang ke empat aku tak nak masuk la Ja, aku nak cari CD Sharifah Aini di Mahkota Perade". Saya beritahu sahabat karib saya Khairul Surbaini. Saya tak naklah libatkan dia dalam upacara ponteng seminar ni. Aturcara pagi-petang, siang-malam padat sangat, tiada cang saya nak keluar gi jalan-jalan beli CD tu, nak cari cincalok lagi.



Seminar yang saya hadiri ini pagi-petang siang -malam ada pembentangan kertas kerja. Mula seawal 8. 30 pagi dan pukul 10 malam, dan pukul 10 malam tentulah pusat membeli belah tutup rapat dah. Saya tahu, kalau saya terlepas satu slot memang rugi. saya tak nafi sebab penceramah hebat-hebat belaka... tetapi saya terpaksa korbankan satu slot demi biduanita negara nan satu ni...
Memang saya dah cari di Giant Kuantan, terketar-ketar nak cari parking tetapi bila sampai kedai jual CD, ``tak ada, tak sampai lagi" kata jurujual yang sibuk mengekor saya dari mula saya masuk...
Kebetulan pula Mahkota Perade ni berdekatan dengan Hotel Mahkota Melaka, saya pun apa lagi...




Ni cover CD tersebut...



Ada gambar Kak Pah pakai bunga kat telinga.

Saya teruja sangat hendak dapatkan CD ini sebab ianya bukan calang-calang CD. Ada banyak lagu lama yang saya tak pernah dengar pun. Ada lagu `Ayam den lapeh' (ayam saya terlepas kot maknanya, he he he). Dan banyak lagu yang tidak pernah pun diCDkan lagi. Kalau nak dengar daripada bentuk kaset, tentu tak ada kaset player dah, ada CD player dah sekarang.



Album LAGENDA HITS ini ada 2 CD dalamnya

Untuk mendapatkan album asal Sharifah Aini yang diterbitkan semula dalam format CD mungkin adalah sesuatu yang sukar, kalau kat luar negeri ada dia edarkan semula. Tetapi untuk situasi di Malaysia agak tidak boleh diharapkan sangat. Album LAGENDA HIT ini mengandungi 42 buah lagu. 20 daripadanya tidak pernah diterbitkan dalam format CD.

Ada lirik disertakan kalau nak nyanyi...(kalau tak malu)

Antara lagu yang dimuatkan ialah - Ayam Den Lapeh, Selimut Putih, Jangan Tinggalkan Daku, Perwira, Cahaya Keinsafan, Beban Asmara, Jangan Berduka Hati, Impianku Bersamamu, Pra, Malam Dendangan Ria, Jangan Biarkan, Siapa Yang Sudi Padaku, Mengapa, Semoga Ku Tak Kecewa Lagi, Hati Seorang Kawan Baru, Yang Sangat Ku Sayang, November, Tiga Malam, Sinar Cinta Kita, Masa dan Biar Masa Menentukan.

Sekarang pagi-petang saya putarkan lagu bertajuk `Janji'. Terhiris kalbu bila mendengarnya. Pecah juga kesunyian hati bila terhibur dengan lagu sedih ala tradisional ni.

Selepas saya dapatkan Cd tersebut, syukur saya berjaya harung seminar tersebut dengan aman, tenteram dan damai...

Jan: Sungguh kau tak pandai menimbang rasa....

Monday, June 7, 2010

Hotel Mahkota

Gambar 1: Ja sedang bergaya amatur di tepi seolah pagar


Ini hotel ketiga yang pernah saya kunjungi di negeri Melaka. Kepemergian ke Melaka setakat ini semuanya atas dasar kerjaya, bukannya bercuti. Sebelum ini ada lagi beberapa hotel yang saya tidur di Melaka, tetapi saya tak sempat pukul gambarnya.


Gambar 2 : Tajuk seminarnya...



Terbaru saya ke seminar untuk membentuk budaya prestasi kerja yang tinggi di Hotel Mahkota Melaka. Nanti kalau ada masa saya akan ceritakan mengenainya kerana posting kali ni pasal hotel. Boring juga kalau seminar kan tetapi tahukah kita ada banyak perkara kita jumpa dalam seminar, tak ada dalam buku atau majalah. Betul ni.


Gambar 3: Pemandangan dari balkoni...


Hotel ini kalau hari-hari biasa harganya RM208 semalaman, kalau hujung minggu naiklah sehingga hampir RM300. Seperti hotel lain dia ada berbagai jenis bilik mengikut keperluan keluarga. Kalau yang bawak tok nenek sekali jangan bimbang ada bilik yang lebih besar disediakan.


Gambar 4: Ada tujuh sayap (bangunan) kalau tak silap...


Hotel ini banyak bangunan tinggi ala apartment dan mempunyai beberapa kolam renang. Kira besar juga berbanding dengan Hotel Vistana di Kuantan.


Gambar 5: Tempat lapik gelas...


Gambar 6: Tempat gosok baju.


Keistimewaan hotel ni ada tempat gosok baju dan basuh baju yang berdekatan dengan lif di setiap bangunan. Bila kita naik lif di b awah kita boleh nampak bilik ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengosok baju di sini. Baju yang biru (rujuk gambar di atas) adalah baju saya.

Gambar 7: Meseng basuh baju...


Saya tidak membasuh, saya bawak banyak baju kerana dah tahu akan berada di sana tiga hari dua malam. saya kira bawak banyak baju kerana saya diberitahu oleh kawan saya, `mentang-mentang kita berada di tempat lain, tak semestinya kita tak bergaya'...entahlah.

Gambar 8: Cantik langskapnya...


Hotel ini tengah-tengah bandaraya Melaka, sesuai sangat kalau nak gi ke Dataran Pahlawan, Mahkota Perade, Jam bersejarah, Bangunan bersejarah, Meriam bersejarah dan benda-benda sepersejarahan dengannya. Panggung wayang juga ada kat situ. Kira simpan je duit.


Gambar 9: Ja sedang membaca majalah in trend




Ruang tamunya ada tv dan kerusi set yang sederhana. Kira dalam bilik tidur tak ada tv lah. Kami melepak tak lama sebab ada pagi petang siang malam seminarnya.




Gambar 10: sink dan dapur


Di bilik hotel ini juga lengkap dengan sik dan dapur tetapi tidak dibenarkan memasak oleh pihak pengurusan, pelik. Tapi kalau masak maggie mereka tak perasan kot, he he he.


Gambar 11: Kerusi meja untuk membaca atau menulis atau nak melawa.






Gambar 12: Bilik tidur



Gambar 12: Kolam renangnya

Gambar 13: Tak ada sorang pun yang berbikini.




Kebanyakan hotel yang diadakan seminar adalah hotel yang bagus dan memuaskan hati. Memang pihak penganjur pilih yang ada banyak kemudahan untuk peserta.



Kalau saya pergi saja-saja untuk bekerja biasanya saya pilih hotel yang murah sahaja. Kita bayar guna duit kita dahulu lepas tu kita claim dari pihak majikan. Oleh kerana kena bayar dahululah saya pilih hotel yang murah sahaja, he he he.



Jan: Pernah tidur dengan Lokman di Hotel Vistana, saja-saja rehat.

Makan sorang je...?: Bahagian 2.

Kadang-kadang bila balik lewat petang atau dah pukul 8 malam, saya menyinggah kat kedai tepi terminal bus Muadzam. Suka makan di sini sebab tak ada pelajar. Biasanya penduduk kampung dan orang tua-tua sahaja makan di sini. Jimat masa jika terus makan malam sebab bila dah balik dan berehat, malas pulak nak keluar semula.
" Makan sorang je...?'' Saya disapa seorang pakcik (sebenarnya lebih kurang umur dengan saya kecuali dia dah beruban). Dia pernah belanja saya sekali dulu. Dia rakyat Muadzam biasa, tak ada kena mengena dengan tempat saya bekerja.
Saya tersengeh sahaja tanpa menjawab walau sepatah. Dia heret kerusi dan duduk di hadapan saya. Saya tak kisah sebab masa ni bukannya saya mahu makan sendirian. Ada orang temankan pun tak apa. Ok jugak.
" Selalu makan sorang je...?'' Dia bertanya. Tetapi buat apalah bertanya kalau dah tahu, he he he. Saya pelik juga dia ada 24 jam kat kedai tersebut. Setiap kali saya datang, ada je dia? Macam tak ada anak bini. He he he. Tapi dia dah ada anak bini, malah dia pernah beritahu dulu dia nak tambah cawangan dalam waktu terdekat.
" Makan sorang ni tak best, ajaklah kawan-kawan makan bersama?. Dia dah mula bercakap. Sapa la saya nak ajak makan dengan saya waktu-waktu begini, Adnan dan Mek Zue dah sak perap balik Kuantan. Ja bukannya bujangan lagi. Maka saya rasa tak ada cacat celanya saya makan sorang...dan kalau lauk tu masin tak kan bertambah manisnya bila kita makan ramai-ramai, he he he.
" Kalau hidup sorang tak sempurna, baik berdua. Ni dah kena makan sorang" Dia dah mula buka tajuk yang telinga hati saya tak gemar dengar...
" Saya nak tanya ni Cik Din? (nama sebenar, saya tukar sikit huruf vokalnya, mungkin u, a dan sebagainya.
" Tanya apa pulak?"
" Cik Din rasa orang kahwin ni dah sempurna, kalau sempurna kenapa nak kawin lagi? Ke bila 4 baru sempurna? Saya nak tanya Cik Din, Cik Din rasa bini Cik Din tu sedih tak bila Cik Din kawin nanti? Tergagap-gagap separa ketar saya tuturkannya sebab saya tak biasa dengan situasi ini.
Pada mulanya malas saya nak hangatkan suasana sebab saya ni bukan jenis tu...saya tak suka berdebat. Namun bila saya teringat kata-kata ustad Madi semasa di Pekan dulu, saya makin bersemangat. Ustad Madi kata orang begini kadang-kadang kena `ajar' jugak... (Ustad Asmadi merupakan seorang pensyarah yang berkaliber di Kolej Shahputra, kunjungilah blog beliau di asmadiabdulrahman.blogspot.com. Posting terbarunya ketika penulisan ini dibuat ialah `GAZA & JUDI'.)
" Errr...dia tentu sedih" Tergagap jugak dia jawab... Mungkin dia tak duga saya tanya macam tu. Sebab biasanya saya santun je macam lelaki Melayu terakhir (yang terpinggir?)
" Saya tak kata seorang tu lebih baik dari berdua, tapi saya yakin sorang tu lebih baik kalau berdua ada yang merana dalam diam,... Kesian ya bini Cik Din nanti..." Kali ini saya laju je lafazkannya sambil hirup soup. Terbayang jelas wajah Ustad Madi yang ala Mawi di depan mata saya.
" Janganlah Cik Din kata hidup saya tak sempurna pulak bila saya hidup sorang dan makan sorang..., saya makan sorang tak ada yang akan jadi kurang... saya rasa dalam dunia ni ramai yang makan sorang, saya tak menyusahkan orang...
" Saya respek la pandangan encik Sukiman." Tiba-tiba dia beritahu (pulak dah). Tapi dia tak boleh beli saya, saya tahu sangat perangai orang macam ni, entah di belakang mengumpat saya macam-macam.
Selepas itu kami berborak pulak pasal buang bayi, Sime Darby, dan lain-lain. Selepas selesai makan, sekali lagi bila saya nak bayar, dia belanja...he he he.
Jan: Ada orang kawin pun suka makan sorang2, so wat?.

Friday, June 4, 2010

`seakan'...

Saya terima sms...

" Cara awak bfikir seakan org yg kurang brilmu sedankn awk memegang jwatan pensyarah."

Pada mulanya saya baca tanpa rasa apa-apa perasaan. Tanpa perasaan sebab tentulah tulisan beliau memang mewakili apa yang dia fikir, dia jujur. Lagipun dia guna ayat `seakan'. Setahu bahasa saya, perkataan `seakan' tak semestinya sama. Dulu ada kawan perempuan saya kata saya seakan Brat Pit, dan tentulah saya bukan Brat Pit.
Cuma...tak bolehlah hanya kerana saya seorang pensyarah, saya dibebankan dengan imej kepensyarahan. Semua saya buat kena betul belaka... Saya ada kekurangan, perasan dan perangai sendiri. Yang saya susah kikis. Yang dah jadi sebati selama 40 tahun...

Dan dalam satu-satu hal, saya memang ada berpegang kejap dengan apa yang saya fikir, saya percaya.

Jan: ...dan bukan dalam semua perkara saya boleh berfikir dengan baik dan bijak...