"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, March 23, 2014

Mengurus takdir hidup... (SSM: Siri Seribu Mawar)

Tidak perlu kita berbohong dan menafikan bahawa hidup kita tidak ada cacat cela dan hidup orang lainlah kononnya bermasalah. Semakin kita galak lari semakin kita sukar untuk menghadapinya. Sedangkan takdir itu terus menyimpuh comel di hadapan kita.
 
Emak saya beritahu, sepatutnya kita tahu banyak takdir sudah tertulis pada hari pertama kelahiran kita. Dan kita kena positif menghadapinya. Itulah kata-kata emak saya (walaupun sebenarnya saya yakin emak saya akan jadi singa jika ayah saya kawin lain, he he he).
 
Saya tidak mampu mengawal takdir yang ditentukan tuhan. Saya tidak mampu mengawalnya walau sedetik, seinci dan secubit. Saya hanya mampu mengawal cara saya menanganinya. Selalunya saya pilih untuk bersedih dan tidak reda atas segalanya. Saya jadi pendendam tegar. Setiap hari bersumpah dalam hati. Saya nampak tenang di muara tetapi gelora di dasarnya. Saya nampak naïf tetapi mesen kerja gila saya jahat juga.
 
Saya sudah letih berlari dan berlakon. Ya, saya amat berduka dalam diam. Namun saya berpositif untuk tidak mempamirkannya kerana hidup mesti diteruskan. Kalau saya sangat sedih, saya akan menyindir diri saya dengan kata-kata "Bukan awak yang paling menderita, ada orang jauh lebih jahanam hidupnya". dan saya terus membilang kelebihan diri saya berbanding dengan kawan-kawan dan jiran-jiran saya. Dan buat seketika ia berhasil menurunkan bahang perasaan saya.
 
Sebenarnya saya boleh memilih untuk tidak bersedih dan redha atas segala-galanya.
 
 
Jan: teringat lagu `Ketentuan' oleh Ramlah Ram, lirik lagu tu hampir sebijik dengan apa yang telah saya lalui...
 
 
 

500,000 kunjungan

Saya dapati blog kerdil saya sudah menerima lebih 500,000 kunjungan. Mungkin ada juga  yang masih setia membacanya. Terima kasih.

Menulis bagi diri saya kadang-kadang merupakan luahan hidup yang saya lalui. Lagipun saya suka menulis. Tulis apa saja yang berada di lingkungan hidup saya dan apa yang saya rasa menarik bagi diri saya.

Saya menulis hal manusia seperti saya. Maka setiap manusia ada suka dan duka. Saya kekadang terlalu pesimis, membawa ke kadang-kadang penulisan yang pesimis. Saya berharap jangan contohinya.

Kata orang menulis membuatkan otal kita sihat dan terus beraktiviti. Saya akan menulis selagi rasa mahu menulis... dan kerana kita tidak tahu bila kita berhenti menulis...
 

Gayat kebel pertama dan patah hati kali ke 8

Sebenarnya seminggu sebelum saya ke Genting, saya sudah berlatih bertubi-tubu mengatasi kegawatan saya. Walaupun begitu jika diberi pilihan, saya tidak mahu menaiki kereta kabel tersebut. Saya gayat.
 
Gambar-gambar ini diambil semasa saya menuruni Genting. saya hanya menggunakan sebelah tangan sambil satu tangan lagi memegang tempat duduk. Saya tidak menghiraukan penumpang lain. Saya gayat.


 
 
Latihannya ialah bayangkan kita berada di tempat yang tinggi. Dan atasi kegayatan tersebut. Saya bimbang saya tidak boleh bernafas dan muka naik biru. Dan pada masa saya sedang sesak nafal, saya pejamkan mata dan kawal penafasan saya. Saya jalaninya hamper seminggu. Walaupun begitu saya tetap bercadang untuk pejamkan sahaja mata saya apabila kabel bergerak.
 



 
 
 
Dan hasilnya memang saya pejamkan sahaja mata saya dan sesekali sahaja saya buka utuk menyesuaikan diri. Dan kedua-dua belah tangan saya memegang erat tempat duduk.
 
Saya sangat gayat tetapi saya cuba redakan perasaan dengan bercakap mengenai keburukan kawan saya yang lain kepada kawan-kawan saya. Ia berhasil.
 
Bila bercakap kita lupa sedikit kepada kegayatan tersebut.
 
Jan: semua perkara ada pertama kalinya, saya patah hati kali ke 8!

Thursday, March 20, 2014

Saya basuh baju yang sudah dibasuh

Saya buat suatu perkara yang kelihatan pelik jika saya lakukan pada hari-hari biasa. Saya membasuh kembali baju yang telah dibasuh.
 
Saya dapati baju-baju saya berbau asap dek kerna saya menjemurnya pada musim kemarau yang udaranya berasal. Berasap akibat hutan terbakar.
 
Saya membasuhnya semula dan menjemurkannya semula. Alhamdulilah bau asap hilang.
 
Sekarang hujan sudah turun kerana setelah lama kemarau turunlah hujan.
 
 
Jan: kemarau kasih sepanjang hayat... 

Moral terhakis salah siapa?

 
Seorang kawan saya beritahu dia hamper kemalangan. Sebuah motor yang dibawa oleh seorang remaja dan seorang budak melintasi keretanya dan kereta lain secara berbahaya di jalan menuju bandar Kuantan. Dan apabila beliau membunyikan hon, remaja tersebut menunjukan isyarat mencarut kepadanya. Dan terus lari dengan berbahayanya.
 
Kawan saya menyatakan remaja dan budak-budak sekarang kurang ajar. Saya diam sahaja. Saya tidak tahu hendak kata apa kecuali memang remaja tersebut tidak mendapat didikan. Sama ada moral atau agama. Dan memang kurang ajarlah jadinya.
 
Siapakah yang bersalah?. Dalam masyarakat saya, jangan sesekali menyalahkan ibubapa kerana akhirnya kita akan dituduh tidak memahami betapa sukarnya mendidik anak pada zaman sekarang. Saya pernah memberikan pandangan saya dalam hal ini bahawa ibubapa haruslah bertanggungjawab namun akhirnya saya menyesal kerana saya seolah memberi penerangan kepada beruk. 
 
Sebabnya?, Sebabnya akhirnya saya pula dituduh oleh mereka kononnya saya sedap-sedap cakap kerana saya tidak ada anak. Hilang pasal budak biadap, timbul pula isu saya tak kawin-kawain. Saya pemilih la dan sebagainya.
 
Jan: Saya geram betul

STPM is harder than Matriculationg

Saya tidak nafikan kepentingan pogram matrikulasi dan objektif penubuhannya. Tidak. Saya juga tidak menyangkal banyak juga pelajar matrik cemerlang dan berjaya sebagai pekerja dan rakyat yang bagus. Kaya dan terkenal. Apa yang saya tulis sebelum ini hanyalah mengenai kedudukan atau  `standard'nya. Saya menulis hanya dari sebahagian kecil perihal STPM dan matrikulasi yang saya rasa impaknya besar. Haaa...
 
Sekoyan-koyan kawan saya menalipon dan tidak bersetuju dengan penulisan saya. Katanya saya kena bertanggungjawab atas penulisan saya sebab saya adalah seorang pensyarah. Pulak dah. Sebenarnya apabila saya menulis saya pakai banyak`topi'. Saya menulis wewakili seorang anak rindukan maknya, seorang lelaki bujang telajak, seorang kekasih yang penuh dendam, seorang peminat biduanita, seorang yang anti keganasan dan banyak lagi `topi' yang saya pakai. He he he.
 
Kalau saya ditelelangjangkan dan dibuat bahan pamiran di Muzium Kuantan pun saya tetap akan berperinsip `STPM jauh lebih susah daripada matrikulasi'.
 
Saya tidak mengatakan pelajar yang ambil STPM lebih bijak daripada pelajar Matrik tetapi...
 
Bersambung...
 
 
 
 

Wednesday, March 19, 2014

Apa yang lebihnya pelajar STPM?

LEBIH sepuluh tahun lepas, saya adalah guru yang mengajar pelajar STPM. Saya mengajar pelajar tingkatan enam bawah dan juga enam atas. Maka saya peka akan keputusan peperiksaan STPM yang baru dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia kita bagi tahun 2013 sebentar tadi. Alhamdulilah terdapat peningkatan dalam pencapaian peratus lulus di kebanyakan mata pelajaran. 
 
Saya ketika mengajar STPM
 
Saya juga merupakan pelajar STPM, saya tahu benar untuk melalui perjalanan STPM adalah sukar dan tidak glamour. Apatah lagi jika kita bersekolah di kawasan pendalaman. Kelengkapan untuk kita mengajar dan belajar adalah sangat terhad.
 
Mungkin ada yang tidak setuju jika saya menyatakan sukatan pelajarannya walaupun 5 subjek adalah jauh melebihi pemberat yang ada pada kebanyakan kursus diploma yang ditawarkan di pasaran. Malah saya berani mengatakan `kepayahan' dan `standandard'nya mengatasi pogram matrikulasi yang dibanggakan oleh kementerian kita. Saya pernah berada di dalam sistem STPM (mengajar pelajar STPM) dan juga sistem Matrikulasi (mengajar pelajar matrik), izinkan saya menceritakan pengalaman saya.
 
Saya tahu polimek ini sangat sensitive dan pihak kementerian pernah membuat beberapa pernyataan yang pada pandangan saya adalah tidak tepat. Walaupun sangat ketara perbezaan di antara  sistem ini, mereka bertegas antara STPM dan Matrikulasi standardnya adalah sama.
 
Daripada pengalaman saya (yang terlibat secara langsung), saya boleh katakana pelajar matrikulasi hanya belajar asas sahaja (surface) berbanding dengan apa yang pelajar STPM belajar.
 
Sekian terima kasih.
 
 
Jan: Kalau sama `standard'nya, kenapa tidak benarkan pelajar pilih salah satu darinya? Haaa... he

Tuesday, March 18, 2014

Kisah bulu lebat bulu nipis

Saya bukan peminat bola sepak. Saya tidak pernah ke stadium untuk melihat permainan bola sepak kecuali semasa saya kanak-kanak kerana ayah saya pengurus pasukan bola (kecilan domestic). Tetapi entah mengapa antara banyak jenis sukan saya tertarik kepada sukan bola sepak. Mungkin ia nampak kelakar sebab bola sebijik, padang sempit dan ramai mengejarnya...
 
Dan mungkin saya melihat sebiji bola yang ditendang itu bukanlah mewakili objek semata-mata. Maksud saya kuasa pada sebijik bola tersebut boleh membantu menjelaskan lagi bentuk rupa jenis masyarakat macam mana yang kita miliki. Sebijik bola boleh menperlihatkan atau mencerminkan perilaku kita. Jangan ingat permainan bola adalah permainan semangat kesukanan semata-mata. Inilah silapnya masyarakat kita. Haaaa...Huh!
 
Semenjak blog ini lahir saya ada memuatkan isu bola sepak kita secara sinis tetapi santai.
 
Saya tahu apa itu FAM dan fungsinya. Tanggungjawabnya besar dan sukar untuk memenuhi kehendak semua orang. Tetapi adalah satu tuntutan besar untuk FAM bertindak dalam menampakan bahawa badan itu adalah berwibawa, adil dan saksama. Barulah ia akan dihormati, sekaligus arena bola sepak kita tidak menjadi arena bola sepak terajang. Arena main wayang. 
 
Dalam masyarakat kita ada banyak kelompok sebenarnya. Ada kelompok yang berbulu lebat dan berbulu nipis, malah ada yang tidak berbulu, emmm.... Dan kelompok ini bukan sahaja ada dalam FAM atau luar FAM. Malah di pertubuhan bertaraf dunia seperti PBB juga terdiri dari pihak yang mempunyai bulu lebat, bulu nipis dan juga lagi berwarna-warni bulunya.
 
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh
 
 
Abdul Rashid Jusoh khabarnya berharap benar jawatankuasa tatatertib FAM tidak memilih bulu kerana keputusan yang akan dibuat kerana ia bukan sahaja melibatkan teamnya tetapi juga sebuah keputusan yang dinanti oleh ramai pihak yang meminati dan yang tidak meminati bola sepak.

Ya, termasuklah juga pihak berbulu lebat dan nipis.
 
 
Jan: berbulu sederhana...

Rekha (Bhanurekha Ganesan)

 
Lemaskanlah aku dalam pelukanmu...
 
 
 
 
Keliru 
 
 
 
Hot

 
Huh!

 
 
Menutup aurat...

 
 
Selamba


Gersang


Pasrah

 
Senator Popular


Berkongsi baju dengan Kajol

Khas untuk pembaca blog jankaulu





Rekha (gambar 2013)

KALAU kita berpeluang berkunjung ke negara India, cubalah  bertanya sesiapa di sana adakah mereka kenal akan Kak Rek?. Kalau kita bertanya kepada orang yang betul, kita akan tahu bahawasanya semua orang kenal akan Kak Rek sebagaimana rakyat negara India mengenal Amitabh Bachan.
 
Begitu juga dengan Salman Khan dan Shahruk Khan juga memuja Kak Rek yang dilahirkan pada tahun 1954 ini.
 
Terkenalnya (popular) seniwati Rekha bukan akibat kahwin datuk K ke datuk L ke, R,S T atau W, X, Y Z. Tetapi terkenak dek dua perkara iaitu  kejelitaan dan kepandaiannya berlakon. Pada pendapat saya tidak mudah melihat dua perkara tersebut bersatu di batang tubuh artis kita. He he he. Artis kita kadang-kadang cantik tetapi maaf cakap berlakon `keras' macan tiang elektrik atau kayu. Ada yang berlakun pandai tetapi muka pulak dah tak seberapa pulak... Emmm.
 
Kak Rek telah berlakon lebih dari 180 filem dan terus mendapat sambutan. Kini beliau aktif pulak dalan politik apabila dilantik menjadi senator oleh presiden India beberapa tahun dahulu (bilangan ahli Dewan negara India seramai 250 orang mengikut perlembangan negara India presidennya boleh pilih 12 orang untuk memenuhi kerusi dewan negara)
 
Beliau dikhabarkan jenis tidak suka berpoya-poya atau berhuha-huha macam artis-artis kita yang ada di antaranya memang disco @  kelab rumah kedua. Katanya lagi beliau mempunyai ciri-ciri wanita yang sopan (tetapi seksi) dan control ayu dalam menjaga adat susila budayanya. Khabarnya kalau di festival atau majlis besar-besar dalam dan luar negara dia tetap pakai sari. Bezakan dengan artis kita yang bila keluar negara pakai skeet dan... (tengoklah sendiri dalam FB)
 
Umurnya sekarang sudah 59 tahun tetapi khabarnya masih terserlah ayu dan cantik tanpa suntikan botok atau kolegen. Ramai wartawan yang mahu mengambil gambarnya tanpa make up. Nak lihat rupanya yang sebenar.  
 
Khabarnya kecantikan Kak Rek dipuji oleh Rrithik Roshan yang tidak mahu memanggilnya mak cik kerana tidak sepadan dengan orangnya. Adapun empunya diri Rrithik Roshan memanggilnya dengan panggilan Rekha sahaja. Bukan tidak hormat tetapi suatu penghargaan sebenarnya...(pulak dah).
 
Kalau nak tulis pasal pelakon hebat ini, memang tak habis-habis. Samalah seperti saya menulis mengenai biduanita negara kita. Jadi saya sudahi di sini dengan ucapan semoga Kak Rek sentiasa sihat.
 
Jan: Betul ke Kak Rek dan Abang Amit pernah bercinta?

Azlan di Kolam

Saya dan Azlan sepuluh tahun dulu...(lebih kurang)


 
Azlan mungkin anak saudara saya yang paling baik hati di atas muka bumi ini. Tiada kejahatan dalam dirinya. Mungkin dia mewarisi sifat saya (pulak dah, tak habis-habis prasan). Walaupun begitu sebagai remaja adalah juga beberapa episode-episode nakal yang dilakunkannya. Membuatkan maknya menyinga.

Azlan yang juga seusia dengan Najib juga akan mengambil SPM pada tahun ini.

Azlan adalah anak kepada kakak saya yang tinggal di Kuantan. Pada hujung minggu saya ada juga pergi ke rumah kakak dan tido di sana dan juga membawa Azlan ke bandar berjalan-jalan. Menonton wayang dan makan-makan. Azlan ini hanya akan makan di restoren yang ada nama sahaja. Kalau tidak dia tidak selesa...(mungkinkah mewarisi perangai saya?)

Azlan sudah mempunyai cita-citanya sendiri. Saya tidak dapat memberi sebarang komen kerana apa pun cita-cita seseorang itu, ia mestilah berusaha dengan sepenuh hati.

bersambung





Najib bersama kuda



Najib bersama kuda


 
Ini gambar Najib semasa dia kecil. Ketika ini Najib sekeluarga pergi bercuti ke Melaka bersama ayah dan ibunya, bersama adik-adik. Saya juga turut menumpang cuti tersebut, he he he. Ketika itu keadaan sangat bahagia. Beburung berkicauan ria. Langit cerah.
 
Buat masa ini (dan dari dulu lagi) Najib mungkin anak saudara lelaki yang paling saya sayangi (jika kasih sayang itu boleh disukat, diukur). Bukan kerana dia kurus, hitam atau handsum (macam saya) tetapi mungkin kerana dia...
 
Saya selalu bayangkan bagaimana hidup tanpa seorang ayah. Bagaimana dia membesar dan sekarang menjadi remaja. Cair hati saya apabila saya berjalan-jalan dengannya atau menghantar dia ke rumah kawan, kawan-kawan Najib tanya adakah saya ini ayah Najib?.
 
Saya tidak tahu bagaimana jika saya hidup tanpa ayah atau tidak serumah dengan ayah. Saya pasti akan memandang negatife sahaja dalam hidup saya. Entahlah.
 
Sekarang Najib sudah remaja, jerawat pun dah bertimbun. Dia akan menduduki peperiksaan SPMnya tahun ini.
 
Saya berharap sekaya mana pun Najib ini dia akan hanya mempunyai seorang isteri. Saya rasa dia sudah cukup diajar oleh saya akan falsafah itu, dalam sedar dan tidak.
 
Jan: Siapa kata kita boleh pilih skrip hidup kita?

Monday, March 17, 2014

Jankaulu bertanya...

Asalamualaikum, saya merupakan seorang pensyarah lelaki bujang yang bekerja di salah sebuat pusat pengajian tinggi swasta. Saya akur ketentuan ilahi walaupun ada orang disekeliling seolah menyalahkan 100% kepada saya atas status tersebut.

Walaupun bujang saya menjalani kehidupan macam manusia lain. Makan, tidur, berak dan mandi. Saya miliki perasaan gembira, sedih, menyampah dan lain-lain.

Saya sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sehingga bila sebut pasal cinta, saya rasa nak cari baldi (nak muntah). Apabila saya melihat seorang lelaki bersama anak-anaknya, hati saya rasa sangat sayu. Tetapi apabila saya lihat kawan saya dikontrol isterinya, saya rasa alhamdulilah tuhan lebih sayangkan saya. 

Saya selalu mendapat tindakbalas yang tidak menyenangkan apabila memperkenalkan diri dalam perjumpaan di majlis atau di mana-mana. Saya harus menjawab soalan perihal `orang rumah'. Menyampah betul!.

Kehidupan saya amat berkait rapat dengan buku, bilik kuliah, pakcik jaga, komputer dan pendrive. Sebenarnya sekarang saya menghadapi masalah pendrive yang tak boleh dibuka. Tertulis USB device not recognized apabila saya cucuk ke komputer.

Saya buntu sebab semua bahan pengajaran dan penyelidikan berada di dalam pendrive tersebut. Juga terdapat gambar-gambar peribadi saya yang menjolok mata (koleksi tatapan sendiri), yang mungkin tidak dapat diterima oleh masyarakat kita yang penuh hipokrit ini.

Saya telah cuba beberapa langkah yang diajar oleh kawan-kawan tetapi semuanya membawa kepada kegagalan yang cemerlang. Lantas saya teringatkan seorang kawan yang mungkin satu-satunya insan boleh beri solution.


Sekian,
Pensyarah Rungsing.


XXXX

Nor Zuki Wan Isa


Kaedah 1: Detect antivirus utk tahu samada pendrive tersebut dijangkiti virus atau tidak. Guna antivirus "Avira" atau "Kaspersky" atau kedua duanya. Antivirus lain saya tak rekomen.

Kaedah 2: Cari Program Norton Disk Doctor yang biasanya duduk dalam perisian "Norton Systemwork". then Diagnose pemacu yang dimasukkan pendrive tersebut. then "repair".


tq

MH 370: Teori kawan saya...

Cuti hujung minggu nan lalu saya berpeluang jumpa kawan-kawan lama seuniversiti. Kami minum-minum kopi (kopi yang mahal) di Genting Highland. Payah sebenarnya untuk kami berkumpul sebegini. Kesibukan bekerja dan beranak pinak membuatkan kita lupa akan dunia-dunia lain di sekitar kita.
 
Bila berkumpul banyaklah cerita yang timbul. Selain dari mengumpat cara hidup kawan-kawan lain dan pensyarah yang kami tidak suka di university dulu, soal isu semasa juga dibincangkan. Tetapi perbincangan tersebut santai sahaja. Kami tidak berjumpa untuk berdebat.

 
Seorang kawan saya mempunyai teorinya sendiri. Katanya kapal terbang tersebut sebenarnya selamat mendarat di satu kawasan yang dirahsiakan. Kapal terbang tersebut dirampas dan sekarang tuntutan telah dibuat, tetapi bukan kepada negara kita. Katanya lagi sekarang pihak yang terlibat sedang mengurus tuntutan tersebut. Dan kata kawan saya lagi orang atasan dalam dan luar negara telah mengetahui akan hal ini. Dia memuji cara kerajaan kita `main wayang' demi keselamatan para penumpang. Katanyalah...

Saya tidak mahu terus percaya akan hal ini. Namun kemungkinan logik cerita tetap ada. Dalam dunia siber ini, spekulasi dan andaian seolah makanan dah, tidak dapat dihalang atau disekat. Malah spekulasi juga perlu diambil kira dan dikaji. Pengurusan spekulasi adalah mustahak. Yang menjadi salahnya ialah menyebarkan spekulasi dengan niat yang jahat atau meringankan spekulasi tersebut.

Setiap spekulasi harus diambil kira. Seburuk manapun sesebuah spekulasi tentulah ada bahagian-bahagian yang benar. Tidak seperti kes dera kanak-kanak, kes kehilangan kapal terbang bukanlah suatu budaya di Malaysia. Tentulah bagaimana kita menanganinya akan menjadi satu bahan kajian pada masa hadapan.

Mengikut teori kawan saya lagi para penumpang dilayan dengan baik. Saya rasa teori kawan saya lebih baik dari andaian kapal terbang tersebut  jatuh terhempas dan kita mencari di salah lokasi.

Jan: Apa-apa pun spekulasi saya harap semua penumpang selamat dan sihat.

Wednesday, March 12, 2014

Kehilangan kapal terbang MH 370 membawa dan membina imej buruk

Saya tidak dapat lari dari menulis mengenai kehilangan kapal terbang kita. Berita ini lebih berkuasa daripada berita hukuman liwat Datuk Seri Anuar Ibrahim, Che Ta mengandung? atau kenaikan menggila harga makanan kita.
 
Kawan-kawan dan para pelajar ada bertanyakan saya mengenai isu kehilangan ini, namun saya tidak dapat memberi sebarang komen yang dapat melegakan keadaan kecuali saya menyentuh teknologi manusia masih lagi mempunyai banyak kekurangan (atau teknologi Malaysia atau pengurusan teknologi Malaysia masih terlalu lemah?).
 
Sukar juga mahu menerima (walaupun tuhan boleh buat semua perkara, pelbagai takdir) kehilangan sebuah objek yang besar dan berteknologi pada zaman yang hampir semua orang (di Malaysia) mempunyai 2 handphone.  Maksud saya ada teknologi tinggi.
 
Kapal terbang kita hilang dan tidak dapat dijejaki hanya selepas sejam melakukan penerbangan. Dan sehingga ke hari ini ia masih gagal dijejaki.
 
Kegagalan kapal ini dijejaki membawa banyak akibat buruk kepada imej negara dan rakyatnya. Ia membawa imej yang negative. Semakin lama gagal dijejaki semakin banyak masyarakat semakin berani membuat teori dan spekulasi. Bila membaca tulisan di internate terdapat spekulasi yang sangat memalukan dan hina (sebagai makhluk manusia yang sepatutnya bersimpati atas tragedy). Tetapi apa yang kita boleh kata? Memang manusia begitu... selamat datang ke planet bumi...(kepada makhluk asing yang membaca blog ini, dan berminat mengkaji sifat manusia).
 
Jika sebuah kapal terbang hilang pada 60 atau 80 tahun dahulu ia dapat diterima akal. Namun generasi sekarang sudah tidak percaya akan kegagalan mengesan sebuah objek yang besar (Boing 777 dengan penumpang lebih 200 orang!). Oleh itu timbullah pelbagai spekulasi yang menyusahkan situasi. Siapa yang bersalah? Maksud saya siapa atau pihak mana yang lebih bersalah...(walaupun sebenarnya tidak ada gunanya menyalahkan sesiapa kecuali demi membaikcekap SOP penerbangan pada masa depan).
 
Berpuluh-puluh buah kapal laut dan kapal terbang sedang mencari sebuah objek yang besar sama ada di laut atau di darat tetapi sehingga saya menulis cerita ini ia masih gagal dikesan. Hendak tidak hendak, kita kena akui `ya, sebuah kapal terbang boleh hilang pada zaman yang canggih ini!'. Kita boleh jawab ya, ya dan ya.
 
Ia boleh hilang begitu sahaja. Tiada komunikasi antara kapal terbang dan lapangan kapal terbang berlaku, tiada juru terbang meminta pertolongan cemas atau separa cemas, tiada sms dan khabar berita. Ia boleh lenyap begitu sahaja. Yang nyatanya objek tersebut telah berada di bumi dan ada kemungkinan kita mencari di salah lokasi...
 
Jika kita bersandarkan kepada kehilangan seseorang orang, semakin lama tidak dijumpa orang yang hilang, maka semakin tinggi risiko orang yang hilang itu selamat... Dan jika mengikut teori ini kita sepatutnya sudah bersedia untuk takut dan bimbang dan menerima apa sahaja takdirnya.
 
Jan: Sekian terima kasih...

Kawan lama, kisah lama dan semangat baru

Petang semalam ketika saya tamatkan kelaparan perut, saya menerima panggilan daripada salah seorang kawan baik saya zaman persekolahan. Kawan saya ini seusia dengan saya. Beliau bukanlah kawan sekampung saya. Kami bersekolah sama walaupun berlainan kampung.

Kini dia menetap di daerah lain mengikuti isterinya yang bekerja sebagai guru.
 
Kami berbual panjang sebab saya ada banyak masa pada masa tersebut. Biasanya saya tidak layan sangat kawan-kawan kalau sibuk (terutama kawan yang sudah berkawin). Kawan saya ini seusia dengan saya. Kami hanya berbual kisah-kisah lalu.
 
Kawan baik zaman persekolahan, sukar dilupakan. Saya rasa pembaca blog saya bersetuju dengan pendapat saya sambil tersenyum mengingatkan mereka. Maksud kawan baik adalah kawan yang menerima kita seadanya. Kawan yang sekepala dengan kita. Bukan kawan yang memandang serong akan kelemahan dan kekurangan atau keburukan kita.

Ada kawan baik best, apa sahaja yang kita mahu kawan kita akan cuba jayakannya, he he he.




Kisah-kisah lama jadi kenangan, banyak kisah lucu antara kami. Kami ketawa bila mengingatinya. Terutama kisah kami di halau sebab mandi berbogel di tali air, he he he. Berbogel juga kami lari ke arah pakaian di motor dan terus cabut. Masa tu kami nakal sangat, umur baru 17 tahun.

Sekarang kalau dibayar berpuluh ribu (dalam RM) pun saya tidak akan berbogel lagi).

(Sumpah saya tidak akan berbogel lagi. Kali terakhir saya berbogel semasa belajar di UM dulu semasa mandi laut di Pulau Redang. Umur awal 20an. Kini saya rasa bentuk badan, pemikiran saya sudah berubah. Lagipun berbogel bukan budaya kita. Lebih baik kita berubah dari tak baik kepada baik pada penghujugnya (penghujung hidup kita), berbanding sebaliknya...Haaa).

Kami juga saling ponteng sekolah, melompat pagar sekolah, naik motor laju-laju masuk sungai, merokok dan melihat sesuatu yang tidak senonoh.... Akhirnya kami sama-sama lingkup dengan cemerlang dalam SPM. Selepas itu hanya saya yang meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.

Dalam berbual dia tersebut satu nama budak perempuan yang dia beritahu saya sangat minati. Saya pula sebenarnya tidak minat langsung budak perempuan itu. Sengaja saya pilih satu budak perempuan yang pendiam dan berpura-pura ada hubungan dengannya. Motifnya jelas, saya mahu saya dilihat saya ada pasaran. Teruk saya kan? He he he. (rupanya sampai sekarang tiada pasaran, hehehe)

Masa berganti masa, kehidupan saya teruskan... saya juga banyak berubah melalui masa. Namun mengingati kisah lama menimbulkan rasa mengenali diri yang sebenarnya, juga menimbulkan semangat baru untuk saya. Semangat yang menyatakan pada tahap berapa pun umur kita, walau di mana kita berada dan siapa di sekeliling kita, kita buatlah yang terbaik dengan kadar tidak menyeksakan diri kerana?

Kerana pada sautu hari nanti bila umur saya dah 80 tahun, saya akan mengingati saya dan kawan-kawan semasa umur saya 40an... Haaa..

Jan: Semoga kawan saya tersebut selalu berbahagia.

 
 
 
 
 
 
 

Jangan selalu menyebelahi emaknya!

PERCAYALAH kadang-kadang kebenaran bukanlah segala-galanya dalam menjamin keintiman rumahtangga. Kita sebagai suami sering terlupa, haaa.
 
Seorang kawan saya beritahu suaminya selalu menyebelahi emaknya bila dia dan emaknya berselisih pendapat. Kalaupun ternyata dia yang benar, suaminya juga tetap menyokong ibunya. Dia beritahu suaminya penyokong tegar emaknya!.
 
Gambar hanya hiasan, percayalah...
 
 
Rimas sangat rasa. Dia beritahu saya kadang-kadang dia rasa seolah dia bersendirian `melawan' pendapat mereka (suami dan emak kandungnya). Dia rasa sedih sangat. Rasa terasing.
 
Tidak kiralah siapa yang benar atau menang tetapi perbuatan suaminya membuatkan dia terasa hati...
 
Saya terus bertanya mengapa dia selalu bertengkar ke? 
 
 "Rumahtangga mana yang tidak bertengkar? Sedangkan lidah lagi tergigit.". Katanya. Saya terus setuju. Saya terus tambah `lautan mana tak bergelombang'. He he he
 
Tetapi posting ini bukanlah nak menceritakan hal kawan saya yang suka bertengkar dengan suaminya. Tetapi mengenai gelagat suami yang selalu menyebelahi mertua. Pelik.
 
Saya berpendapat kalau mahu menjaga hubungan dengan isteri, kita sebagai suami haruslah menjaga hatinya juga bukannya setakat menjaga hal material sahaja. Hati seorang perempuan mudah terusik. Kadang-kadang sangat sensitif. Menyampah pun ada, he he he.
 
Gelagat kita sebagai suami yang selalu menyebelahi ibunya (emak isteri kita) sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa. Malah hati isteri kita juga yang terguris. Tidak usahlah memihak kepada sesiapa kalau tidak mahu memihak kepada isteri kerana `busuk-busuk' isteri pun dialah yang jaga makan kita, jaga anak-anak kita, rumah kita dan dialah juga yang kita lanyak di ranjang.
 
Usahlah selalu mencari siapa benar, berikan pendapat yang bukan menyokong mana-mana pihak. Tiada siapa yang terguris.
 
Jan: Minat filem `Ibu Mertuaku', he he he

Tuesday, March 11, 2014

Sebutlah nama pasangan kita...



Sehati sejiwa, seiring sejalang, tapi nama lain-lain yea...
 
 
PERASAN atau tidak kita sebenarnya hampir tidak pernah menyebut nama pasangan kita dalam satu hari. Maksud saya nama sebenar mereka. Pelik tapi benar.

Kita makan masakan dia, dia memandukan kita ke tempat kerja, dia bersetubuh dengan kita dengan bergayanya dan mandi bersama (selepas bersetubuh tersebut). Tapi pelik, dia tidak menyebut nama kita, kita tidak menyebut nama dia pun!.

Selamat datang ke planet bumi...
 
Pentingkah menyebut nama pasangan kita? Haaa....

Ada orang memanggil nama isterinya `mama', `maknya' atau `ibu' sebagai nama panggilan walaupun di hadapan orang ramai. Begitu juga ada isteri memanggil suaminya `papa' di hadapan khalayak ramai. Tanpa segan silu.

Mungkin bagi sesetengah telinga orang ia adalah suatu kebiasaan dan tidak membawa apa-apa earti bak memakai bikini di tepi pantai (lain la kalau di pasar malami...). Namun bagi saya menyebut nama sebenar pasangan kita adalah suatu yang harus diwajibkan!. Sebutlah di mana-mana pun wahima dalam telaga pun. Sebutlah samada di khalayak ramai atau masa bersetubuh berdua di ranjang yang bertilamkan madu, berbantal kan sakar.

Sebutlah nama pasangan kita apabila memanggilnya. Ia akan membuatkan diri pasangan kita rasa istimewa dan mengada. biar pasangan kita tahu yang kita masih memanggil namanya dan lebih penting mengingatinya, he he he. Janganlah kerana anak-anak kita panggil mereka `mama', tidak bermakna kita pun begitu. Haaa...

kalau saya terkawin saya akan panggil nama dia yang sebenar dengan nada manja, dan saya akan haramkan dia panggil nama saya `ayah' atau `papa'!

Namun siapalah saya yang tidak beristeri ini...

Jan: Hargailah pasangan anda, sebutlah namanya dengan manja...(he he he)

Monday, March 10, 2014

Hati seorang Kak Yum... (isteri Abang Wahub)

"Alaaa Mang, bekas kekasih Kak Yum dulu lagi handsum" Kata Kak Yum kepada saya. Saya rasa pelik sebab saya tak tanya pun akan bekas kekasih Kak Yum yang dulu-dulu. Pasti ramai yang tergilakan Kak Yum dulu-dulu. Tapi mungkin Kak Yum dapat mengagak hati saya yang tertanya-tanya walhal saya tidak tertanya-tanya pun.

Sifir saya mudah, Abang Wahub berduit, ada masa depan. Perempuan mana tak tergoda?
 
Tetapi memang Kak Yum dan Abang Wahub macam pinang tersalah belah atau pinang digelek stemrool. Kak Yum putih kurus. Cantik orangnya. Manakala segala kelemahan fizikal seorang lelaki ada pada Abang Wahub.
 
Kak Yum pada pandangan saya sangat bijak dan pandai, cuma dia bukanlah macam sesetengah typical female Malay housewife. Pun begitu saya dan rakan-rakan saya kagun akan komitednya Kak Yum pada rumahtangganya.

Dalam bab mendapat kasih Bang Wahub, memang Kak Yum bernasib malang. Saya pun sudah tidak pandai hendak bercerita sebab ia seolah membuka aib orang.



Tidak senang hati seorang Kak Yum untuk melenting, mengamuk dan minta cerai... Dia bukan seperti wanita lain yang saya kenali dan bacai... Tetapi saya tetap bertanya apakah yang menyebabkan sesetengah orang lebih mampu bersabar berbanding yang lain? Bagaimana dia mampu menangkis cabaran dalam hidup yang kekadang bertali arus sejak perniagaan bang Wahub seperti mendapat durian runtuh.

Kalau Kak Yum sendiri sudah tahu akan perbuatan suaminya, beliau haruslah mengambil tindakan untuk membetulkannya. Abang Wahub dan Miss X masih boleh diselamatkan dari terus hanyut dalam dosa... Tidak mengapa kita daripada jahat menjadi baik, jangan pula dari baik berakhir dengan jahat...

Dalam banyak perkara kita hanya mampu berharap, berharap agar semuanya ok belaka.

Jan: semoga kak yum terus tabah...semoga terus tabah.

MH 370 flight to Beijing

Semasa makan tengahari tadi sahabat saya beritahu ibunya menyarankan agar dia batalkan penerbangan (berbulan madu, tak bawa anak-anak) ke Australia. Saya berkata mengapa pulak? Dia beritahu ibunya bimbang berikutan dengan tragedy MH 370.
 
Saya cuba menyedapkan hatinya dengan menyatakan  bahawa kemalangan jalan raya lebih banyak terjadi terjadi berbanding dengan kemalangan udara. Lagipun tiket dah tempeh awal-awal lagi. Janganlah bimbang kata saya, teruskan penerbangan.
 
Saya tidak pernah naik kapal terbang sejauh itu. Paling lama masa penerbangan pernah saya ambil 2 jam 40 minit sahaja, itu pun saya kecut perut juga kerana tidak biasa.
 
Saya sedih apabila mendengar cerita pasal HM 370. Saya terlewat sehari dari mengetahuinya sebab saya terputus hubungan dengan suratkhabar, tv dan internate... Saya berada dalam dunia saya.
 
Ketika saya menulis posting ini tiada lagi khabar berita yang sah dari kerajaan... Seluruh rakyat menunggu...
 
 
Jan: ...our prayers are with all those in the MH 370 flight to Beijing and their families...

Friday, March 7, 2014

7.148 bilion penduduk dunia

Sekarang ini jumlah penduduk dunia adalah 7.148 billion, dan 30,075,276 juta adalah penduduk dari negara Malaysia (Website Population Clock).
 
Semasa saya dalam darjah lima, Cikgu Abas memberitahu saya penduduk Malaysia adalah seramai 14.3 juta orang. Pada masa tersebut jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada otak saya.
 
Namun sekarang saya ada juga terfikir apa nasib manusia dan bumi pada akhirannya. Pernah tak pembaca terfikir dunia ini berada dalam keseimbangan pada jumlah penduduk berapa orang? Pernah tak terfikir cukupkan segala keluasan dan hasil bumi yang ada di dunia ini jika penduduknya seramai 10 billion, 30 atau 50 billion orang?
 
 
 
Setiap sesuatu tempat dan keadaannya pastilah ada kapasitinya. Ibarat bangunan atau keluasan tanah, ianya mempunyai kapasiti tertentu untuk mencapai keseimbangan. Iaitu mencapai suasana perimbangan positif. Pertambahan penduduk dunia ini sebenarnya kesan kepada pertambahan penduduk  yang berlaku di negara-negara membangun di dunia.
 
Pada tahun 1984 dahulu ramai yang tidak percaya kepada Dasar Kependudukan 70 juta orang yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa dasar itu dibuat itu tidak kelihatan releven kerana pada masa tersebut penduduk Malaysia hanyalah 15 juta orang lebih kurang. Namun akhirnya melihat kepada perlkembangan statistic terkini memang pada tahun 2100 nanti senang-senang sahaja negara Malaysia boleh menjadi 65 juta orang.
 
Bagaimana yea bila Malaysia sudah mempunyai 65 juta orang penduduk pada tahun 2100?. Kita pastilah sudah tidak dapat merasai keadaan tersebut kerana kita sudah bersemadi dengan tenang...(harap-harap la, he he he).
 
Jadi amatlah elok kalau dunia mula menjimatkan tenaga dalam apa juga bentuk. Begitu juga dengan penjimatan sumber lain. Dan galakan penyelidikan dan kajian  yang dapat memajukan tamadun manusia. terutamanya dalam membaiki `perangai' kita. Selalunya asyik buat penyelidikan teknologi sahaja sampaikan nilai kemanusiaan tidak suburkan. Bimbang pulak nanti manusia dan binatang tak banyak bezanya, he he he. Jangan marah.
 
Saya tidak kata dunia adalah tempat terbaik untuk manusia huni namun kita tiada pilihan. Namun sebagai manusia (mamalia) kita haruslah berusaha untuk menjadikannya sebagai tempat yang selamat, nyaman, sejahtera dan penuh kasih saying. Haaa... Bermimpikah saya?

Semoga ramai manusia berfikir untuk melakukan perubahan demi masa depan generasi yang akan datang. Semoga bumi lebih terjaga dan manusia lebih gembira.
 
Namun dalam jumlah 7 billion tersebut ada kelompok-kelompok yang bersikap individualistic dan materialistik. Percayalah, ada manusia yang tidak memikirkan bukan sahaja kelangsungan bangsanya, apatah lagi kelangsungan manusia. Haaa...


Jan: Antara 7.148 billion tersebut tidak adakah seorang yang benar-benar menyintai aku...? He he he... Huh!
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, March 6, 2014

1,600 orang dilahirkan di Malaysia setiap hari (purata)

Saya buat-buat mesra mencubit pipi anak kawan saya yang terbaru yang masih bayi. Walaupun taklah comel sangat tetapi saya mahu mengambil hati. Saya orang Melayu.
 
Kawan saya tersebut sudah mempunyai empat orang anak dan beliau mahu lagi menambah bilangan anaknya seramai mungkin. Saya naik ngeri namun saya tetap tersenyum. Itu adalah cita-cita dan kemahuan individu, kita tidak boleh menghalang mereka nak beranak pinak sampai sedozen pun. Mempunyai anak-anak yang ramai tentu seronok jika anak-anak tersebut membesar `menjadi orang'.
 
Ada orang suka saiz keluarga yang besar, dan ada orang suka saiz keluarga yang kecil. Kawan-kawan saya beritahu anak adalah rezeki, bagi saya semua dari tuhan adalah rezeki dan kebaikan. Yang pasti anak adalah tanggungjawab.  
 
Bercakap dari segi ekonomi rumahtangga, semakin ramai anak, semakin tinggi perbelanjaan isirumah. Dan juga pengurangan mutu barangan dan perkhidmatan (dengan andaian kenaikan gaji/pendapatan tahunan tidak dapat melepasi kadar inflasi). Contohnya kalau anak sorang dua dapatlah kita beli baju Kiki Lala di supermarket namun kalau anak-anak kita bersusun paku (anak ramai), kita beli baju mereka di pasar malam sajalah... wang harus diperuntukan kepada keperluan lain.
 
Saya bukan anti anak ramai namun jika sebuah negara berterusan mempunyai kadar kelahiran yang tinggi, ia akan mendatangkan masalah jika tidak disusuli dengan perkembangan ekonomi yang pesat. Keluaran Dalam Negara Kasar haruslah sentiasa meningkat, jika tidak pendapatan perkapital kita menurun. Kita mahu situasi di mana setiap orang (yang berada di dalam pasaran buruh) adalah menyumbang kepada pengeluaran barabng-barang atau bekerja di sektor ketiga negara.
 
 
 
 
Dari segi ekonomi Negara pula, pasaran barang akan lebih besar, begitu juga rakyat yang ramai akan menaikan imej sesebuah negara dari segi pertahanan negara. Namun banyak juga negara yang mempunyai bilangan penduduk yang besar tetapi tidak maju-maju, menghadapi masalah tempat tinggal, masalah bekalan makanan, masalah penyakit dan kadar jenayah yang tinggi.
 
Rasanya tidak salah merangcang keluarga mengikut kemampuan kita. Untuk memperlahankan kadar kelahiran adalah sesuatu yang mustahil kerana sebab setiap hari manusia bertembung, setiap hari manusia berkawan,setiap hari ada saja yang jatuh cinta dan berkahwin...dan beranak...pinak
 
Jan: Kadar kematian kita pula lebih kurang 300 sahaja sehari...emmm



 

Wednesday, March 5, 2014

Orang luar semuanya salah, semuanya tak betul..kita jea yang betul, huh!

Saya naik menyampah tahap gajah dengan sesetengah media massa arus perdana yang tidak mahu membuat tindakan untuk membentuk minda masyarakat kita. Bila terjadi sesuatu kes, pihak media tidak mengambil kesempatan untuk mengubah atau membentuk minda masyarakat terhadap melihat sesuatu isu tetapi turut menjumudkan masyarakat dengan mengikut sahaja pendapat majoriti yang mungkin tidak betul.

KECENDERUNGAN NEGATIF ADALAH SIKAP KITA
 
Maksud saya jenis media massa yang sengaja mengumpul pendapat majoriti dan apa yang masyarakat mahukan. Sepatutnya media memberi apa yang masyarakat perlukan bukannya apa yang masyarakat mahu. Dalam kes ini pihak media massa harus berikan otak untuk berfikir. Haaa...
 
Kecenderungan masyarakat kita ialah, sikap orang luar semuanya salah, semuannya tak betul..kita jea yang betul, huh! Adakah kita benar kerana kita islam dan orang Malaysia? Dalam islam dan orang Malaysia itu sendiri ada penganut dan warganegaranya yang tidak betul. Maka jika tidak betul dan bersalah ia tidak menjuruskan kepada sesuatu agama, bangsa dan negara.
 
 
 
Biarlah negara tersebut menjalankan undang-undangnya sendiri. Lagipun apa yang berlaku di sana, pihak sanalah yang lebih maha mengetahui. Dan negara tersebut juga bukanlah sebuah negara sobrono tetapi negara yang terkenal dengan keamanan dan kebajikan. Dan jika kita ikhlas mencari maklumat, kita akan mengakui mereka jauh lebih bertamadum berbanding dalam kehidupan. banyak yang kita boleh pelajari... Haaa...

PENYAKIT KITA
 
Penyakit orang kita begitulah. Negara luar selalu kononnya tidak sebagus kita. Jiran terdekat kita pun kita selalu prasangka. Kita mengata Indonesia padahal kita juga membakar padang bola, kita mengata pulau Singapura tetapi kita juga ada pulau yang bodoh dan pentingkan diri, kita mengata orang Filipina, Bangla dan Pakistan malas bekerja walaupun ternyata masyarakat kita lebih ramai yang bukan saja malas tetapi tidak tahu buat kerja tahap nak mampus.
 
Biarlah negara tersebut mengendalikan kes penderaan tersebut tanpa campurtangan kita. Termasuklah tanpa campurtangan orang politik atau orang kenamaan kita. Bila kita duduk menetap di sesebuah negara, tertakluklah kita akan undang-undang negaranya.

KITA SEBENARNYA TIDAK TAHU AKAN CERITA SEBENAR
 
Mati hidup balik pun kita di sini tidak tahu akan kebenaran dan apa yang berlaku di sana. Namun ternyata di negara tersebut kesalahan penderaan kanak-kanak amat tegas dan bersungguh-sungguh makanismanya. Contohnya setiap anak ditanya oleh pihak tertentu (terutamanya guru) sama ada di dera atau tidak oleh ibubapa. Sedangkan cikgu-cikgu kita sibuk nak habiskan silibus dan guru besar sibuk meeting nak ramai pelajar  score banyak A, nak naikan nama sekolah. Selamat datang ke Malaysia. Negara yang `tak ada' kes penderaan...(baca dengan nada sinis)
 
Dan mereka (negera mereka)  sebenarnya sudah ada pengetahuan dan mekanisma untuk mengesan penderaan pada tahap awal. bukannya bila budak-budak sudah berbirat, sudah patah, diperkosa dan sebagainya. Mereka sudah membuat penyiasatan awal sama ada pelajar itu bercakap benar atau sebaliknya. Bukannya bila kanak-kanak mengaku didera terus ibubapa disabitkan dengan kesalahan dan diheret ke mahkamah. Ibubapa telah beberapa kali dipanggil dan dinasihati, dikaunseling dan sebagainya. Ringkasnya sudah ada mekanisma yang teratur dan tidak berat sebelah. tetapi orang kita buta mata dan tumpul fikiran untuk berfikir. Tahniah untuk kita.

BIARLAH MAHKAMAH MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN

Berilah ruang yang selesa untuk mahkamah mereka membicarakan dan menghakimi kes tersebut. Adakah ia menjadi satu kes penderaan atau sebaliknya. Dan kita terimalah apa-apa pun keputusan dengan hati yang terbuka kerana...tak kanlah kita tak ada kemungkinan buat salah. Haa...

kalau orang kita boleh mendera anak-anak mereka di dalam negara sendiri tidaklah mustahil orang-orang kita JUGA boleh mendera anak-anak mereka di luar negara... Haa... Kita kena berfikiran rasional.
 
Tetapi orang kita macam biasalah, jakun tak habis-habis. Semua pihak lain buat tak standard, tak betul dan tidak  menepati nilai kita dan sebagainya... (nilai jakun kita la tu..., he he)
 
Saya terpaksa berhenti menulis di sini sebelum saya mencarut!.
 
Jan: atau sebelum saya dicarut...Huh!

Tuesday, March 4, 2014

Malang memang tidak berbau kerana sikap kita.

Siapa yang tidak suka ayam goreng? Adakah kita tahu ayam itu sendiri menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Cuba tanya anak-anak kita mereka suka atau tidak daging ayam? Malah seorang kawan saya yang obesity sangat suka makan bukan sahaja daging ayam tetapi juga kulit ayam goreng, siap minta kulit ayam goren dari ayam goren KFC saya...(huh!).
 
Setiap penggemar ayam goreng akan juga merangkap pengemar KFC. Haaa....Namun posting ini tiada kaitan dengan ayam goreng KFC tetapi ianya berkaitan ayam goreng yang dijual di pasar-pasar malam.
 
Merujuk kejadian di Kuala Terengganu semalam, keseronokan memakan ayam goreng ini membawa padah kepada sebuah keluarga. Semoga keluarganya sabar dalam menghadapi situasi kehilangan nyawa seorang ahli keluarga (umur lima tahun) akibat keracunan makanan.
 
Mengikut seorang mangsa lain iaitu Khairy Azran, beliau tidak menduga keseronokan keluarganya menikmati ayam goreng yang dibeli di Dataran Shahbandar tersebut berakhir dengan anak, isteri dan ipai duainya dikejarkan ke Hospital Sultan Nur Zahirah.
 
Saya juga selalu membeli ayam goreng di gerai dan pasar-pasar malam. Bukan sahaja ayam goreng tetapi juga makanan lain. Sebenarnya apabila bahan makanan tercemar dan kemudiannya dimasak, adalah sukar untuk kita melihat makanan itu tercemar atau tidak. Apatah lagi ayam goreng yang kelihatan ranggup dan memberahikan tersebut. Kita tidak nampak berbillion kuman berpesta jom heboh di dalam selaput kulit dan daging ayam goreng tersebut.
 
Sebenarnya masyarakat kita dalam dilemma. Perubahan gaya hidup dan taraf hidup mengundang banyak bencana di sekeliling kita. Semakin kita modern dan banyak duit, semakin banyak risiko. Pelik.
 
Payah untuk pisahkan pasar malam dengan gaya hidup kita. Kita bukannya jenis yang banyak duit yang boleh bayar tukang gaji bertauliah memasak. Dan kita juga bukanlah jenis banyak masa memasak setiap hari untuk laki dan anak-anak kita. Maka keluarga kita sebenarnya terdedah dengan kematian. Keracunan membawa maut.
 
Kalaulah masyarakat kita lebih mementingkan kebersihan, maka kemungkinan perkara buruk sebegini dapat dihindari adalah besar. Masyarakat kita mestilah menitik beratkan kebersihan. Namun kita tidak percaya manusia itu bersih. Sila lihat tandas awan. Ia menggambarkan ada manusia hanya cerdik sedikit sahaja berbanding binatang...
 
Kalau masyarakat kita adalah pengotor, kita terancam di mana-mana sahaja. Bukan sahaja di pasar malam malah di hotel, kantin-kantin dan restoren-restoren juga.
 
 
 
Jan: Semoga kita menjadi masyarakat yang pembersih... 

10 minit RM150!

 
 
Malang tidak berbau, sudah kena baru tahu. Inilah yang saya alami apabila tertinggal kunci kereta dalam kereta. Ketika itu saya sudah bersiap nak ke Bandar Kuantan, saya meletakan barang saya di dalam kereta bersama kunci kereta saya. Kemudian kereta saya terkunci secara automatik. 
 
Namun saya rasa pelik kerana tidak panik. Mungkin kerana saya sudah berumur 40an atau mungkin saya sudah kehilangan kekasih hati maka saya rasa tidak akan ada lagi kejadian yang seteruk tersebut. Haaa...
 
Kejadian ini berlaku di Kuantan. Maka saya pergi ke rumah jiran saya untuk memberitahu hal tersebut. Dan beliau telah bersusah payah mencuba buka Myvi saya dengan menggunakan pembaris dan hanger. Tetapi tidak berjaya.
 
Adnan juga mencubanya tetapi tidak juga berjaya. Kata jiran saya mungkin kereta Myvi tidak semudah kereta Kancil dan sebagainya.
 
Lalu saya dan jiran saya ke bandar dan pergi ke beberapa buah bengkel, namun tiada pembengkel kereta yang tahu membuka pintu Myvi...
 
Akhirnya saya ke kedai kunci dan pekedai itu memberikan nombor talipon orang yang biasa membuka pintu kereta.
 
Saya menaliponnya, dia terus letak harga RM150. Pada masa itu saya tidak ada wang tunai sebanyak itu. Nak minta pinjam sekejap kat jiran tentu rasa malu. Tak kanlah pensyarah bujang (dan tak ada anak luar nikah) tak ada duit. Saya sendiri pun tak percaya.
 
Mujurlah Adnan datang menghulur duit RM200 kepada saya. Waktu kecemasan begini nasib baik Adnan ada duit dan meminjamkan kepada saya. Adnan seolah superman yang tiba-tiba memberikan pertolongan.
 
Saya terus kol pemuda Cina tersebut (selepas setuju membayar RM150 tersebut).
 
Saya dapati pemuda itu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk membuka pintu kereta saya. Tanpa pembaris dan hanger. Saya dapati dia ada kunci khas...
 
 
Jan: Saya harap saya akan berhati-hati di kemudian hari...

Monday, March 3, 2014

Sms dari Miss X: Abang Wahub berhak bahagia!




Saya mungkin buat silap besar dengan menghantar sms itu, namun saya kenal perangai Miss X. Namun kemungkinan saya akan dimarahi kerana mencara hal orang tetap ada, he he he.

Sekarang baru saya faham kenapa apabila sahabat baik adik perempuan saya mahu bersuamikan suami orang, adik saya tidak memberi sebarang komen. Malah adik saya kata dia tidak mahu masuk campur langsung.
 
Dapat saya agak mungkin persahabatan mereka akan putus atau renggang jika adik saya masuk campur. Adik saya tentulah lebih mengetahui perangai sahabatnya tersebut. Ya, apabila sudah mabuk tidak kenal botol kicap dan botol cuka. Sedangkan ikatan dengan keluarga pun rela putus kerana `buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan'. Inikan hanya sebuah persahabatan?
 
Namun tidaklah pula saya kesal 100% kerana menghantar sms tersebut. Ianya memberi pelajaran yang maha berguna kepada saya tentang makhluk bernama manusia di bumi allah ini. Dan ia juga `membenarkan' beberapa andaian saya selama ini.

Dan minggu lepas pada hari selasa memang Miss X mensms saya, smsnya pendek sahaja:
 
"Abang Wahub berhak bahagia...".
 
Jan: Good girls go to heaven, bad girls go everywhere...hehehe