"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 29, 2012

Pentas saya...

Seorang penyanyi, pentas kerjanya adalah pentas. Pelukis pentas mereka adalah kanvas maka pentas saya adalah bilik kuliah atau dewan kuliah (dengan LCD dan lap top segala).


 Pelajar saya sedang membentang...

Kalau pelajar ratusan orang, dewan kuliah akan digunakan. Kalau waktu tutorial atau bilangan pelajar sedikit (kurang dari 80 orang se`section'), hanya bilik kuliah digunakan.


 Pelajar saya tumpang glamour dalam blog  jankaulu... 

Saya tidak ingat nama-nama pelajar saya (lagipun mereka tidak terkenal), cuma dua tiga orang sahaja yang saya ingat, terutama yang degil. He he he. Banyak sangat namanya, manalah saya nak ingat segala.








Teringat pula semasa saya belajar di UM dulu, saya benci sangat subjek mikro sebab sukar. Pensyarah dia okey tapi tutornya entah apa. Selalu buat saya kecut perut dengan menyoal itu ini dan panggil ke depan kelas. Muka tak pernah senyum, harap skit jea kembang.

Saya lebih selesa dengan subjek Makro, bagi saya Mikro leceh dan sukar. Namun sekarang kerja saya adalah.... mengajar Mikro..., waaa...

Kadang-kadang tuhan beri yang kita tak kenan, padam muka kita. Kan? Haaa...

Jan: Pentas anda?

Tuesday, November 27, 2012

Pulau 7 hari 7 malam...

Isteri kepada sahabat baik saya menalipon menyatakan bahawa dia dipulaukan oleh suaminya 7 hari 7 malam. Ketika itu saya sedang sabar menanti `The Dead Walking'. Saya suka siri ini, berdebar selalu. Namun ada watak yang saya tak suka. Antaranya saya tak suka watak Gleen, saya haraplah nanti Gleen kena bunuh dek zombie sebab saya menyampah mamat poyo ni... (atau sebenarnya jelous?, he he he).

Gleen dengan awek dia Maggie, huh!


Namun posting ini bukan pasal Gleen dalam siri `The dead Walking' tu, ia pasal seorang isteri kena pulau dek suami. Saya tanya pula bagaimana aturcara program pemulauan tersebut. Katanya sahabat saya tu main lap top 24 jam sehingga dia lalu pun suaminya buat tak layan. Dia terasa sangat. Dia terpaksal balik sendiri dari tempat kerja menumpang orang, (dahlah pergi kerja terpaksa tipu kawan dengan mengatakan kereta rosak).

Saya menadah telinga jea sebab sebagai kawan, sahabat saya tersebut tiada cacat celanya. Semasa saya terloncat jatuh motor dulu dialah yang terjun sungai ambik motor tersebut sebab saya tak nak selipar saya basah (mengada betul saya kan? he he he). Sebenarnya saya sempat meloncat bila saya gagal kawal motor yang meluru ke sungai.

Tetapi posting ini bukannya pasal saya terjatuh motor tetapi perasaan seorang isteri yang dipulaukan. Dia menangis tersedu, saya pula asyik lihat jam kat dinding sebab The dead Walking akan bermula pukul 10 tepat. 

Seorang isteri yang dipulau?

Saya merasa amat kesian kerana sebagai seorang isteri taat setianya hanyalah pada sang suami, manakala sang suami taat setianya merata, kat pelayan kedai (yang sunti) pun dia menggatal. Tetapi bukan semua lelaki begitu, kebanyakan sahaja. He he he.

7 hari 7 malam tu tentulah menyeksakan bagi sebuah perkahwinan kan? kalau ada syurga di dunia tentulah di atas katil letak tempat duduknya, namun jika tersalah gaya, bawah katil seolah ada bara... Haaa...


Jan: 

Pulau Pandang jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga;
Perbuatan pulau isteri patut dicegah,
Bimbang isteri menjadi gila.

Pulau memulau di FB

Pernah tak para pembaca diminta `remove' seseorang dari FB para pembaca? Saya pernah.

Ceritanya begini. Saya diminta berkali-kali oleh seorang sahabat baik saya supaya `remove'kan nama seorang rakan di FB saya (katalah nama dia Si X). Banyak kali kawan saya sms bertanya saya " Kau dah remove ke nama si X dari FB kau Mang?".

Si X ini bukanlah kawan baik saya pun tetapi saya `add' sebab dia adalah sahabat baik kepada sahabat baik saya tadi. Ada ke tak ada nama Si X dalam FB saya tak mengurang, tak menambah. Bak melukut di tepi gantang.

Saya beranggapan sahabat baik saya tersebut seolah menjalankan kempen memulaukan Si X tadi. Saya pula tak tahu hujung pangkal sebab yang membawa kepada pemualauan, saya jarang buka FB (kalau buka pun untuk bertanya khabar Kak Pah dan  `like-like' jea mana yang patut, he he he). Namun sebenarnya memang saya tidak berniatpun mahu me`remove'kan Si X tadi sebab pendirian saya ialah:

Si X tidak berbalah dengan saya, kenapa saya nak remove dia semata nak jaga persahabatan dengan sahabat baik saya? Dan manalah tau suatu hari nanti saya akan rapat pulak dengan Si X, Haaaa. Kan?

Namun sebagai manusia biasa saya rasa tidak sedap hati jugak dan rimas bila ditanya kenapa masih tidak remove nama Si X tersebut. Atau saya patut removekan sebab sahabat baik saya pernah berbelanja ribu-riban untuk saya dahulu. Segalanya saya hargai dan kekal diingatan... Dalam hatil kecil saya tertanya betul ke tindakan saya, iaitu tindakan tak me`remove'kan nama Si X tadi...

Nak dijadikan cerita lama kemudian, sahabat saya tersebut berbaik si mula dengan Si X tersebut!. Ya allah, nasib baik saya tak remove Si X tadi, kalau tak nampak sangat saya ni pak turut.

Jan: kadang-kadang rasanya nak remove jea dua-dua sekali, he he he. huh!






Pulau memulau...

Saya pernah kena pulau semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu. Tetapi pemulauan itu tidak lama kerana amat sukar menolak kehadiran saya di mana-mana sahaja. Saya ramai kawan, kalau segolongan tidak mahu berkawan dengan saya, saya ada ramai lagi kawan. Dan sebenarnya jika ada yang tak mahu berkawan dengan saya, 10 kali lagilah saya tidak mahu berkawan dengan mereka. Saya bukan berlagak sombong tetapi begitulah sebaikanya.

Dan mungkin ada juga pemulauan lain yang dilakukan kepada saya, yang saya tak sedari. He he.

Namun dalam berkawan, apabila dipulaukan kita akan terasa, rasa terkilan. Apa tah lagi jika kita sebenarnya tak tahu pun hujung pangkal sebab pemulauan tersebut terjadi. seorang kawan memberitahu dia dipulaukan. Saya menasihati supaya dia bersabar.

Saya ingat lagi pesan saya padanya yang pada akhirnya nanti orang yang benar selalu akan timbul kebenaran kerana pembohangan tidak selalu dapat ditutup. Saya beritahu juga orang yang paling sederhana adalah orang yang akan diingati. Bukannya kerana kelebihan banyak yang mereka ada.

Saya tidak nafi kuasa baik seseorang kawan yang seolah memberi tenaga untuk kita pulihkan kita, namun dalam pada masa yang sama memang ramai orang di sekeliling kita mementingkan diri, termasuklah kita.

Jan: Saya merenung diri....

Monday, November 26, 2012

Menghitung Hari...


Saya bawak Prof Terrence ke Pantai Teluk Cempedak



Ketua jabatan suruh saya bawak prof jalan-jalan. Saya gembira sangat sebab dapat la lari sekejap daripada jadual yang padat. Pemandu disediakan, saya tak la bawak prof ke supermaket atau mall tapi saya bawak beliau ke TC dan juga tengok kedai keropok kat Tanjung Lumpur...

Tapi saya kena bergegas juga balik ke Gambang Resort sebab pemandu nak hantar Prof Norma pulak ke lapangan terbang.

Saya harap prof gembira, tapi yang pastinya saya gembira, he he he bila prof kata umur saya dalam 25 tahun. Saya memang nak ajak prof, nak belanja makan tetapi dia menolak. Dia kata dia perasan orang Malaysia suka makan.

Jan: He he he

Buang spek


Semalam saya ambil gambar saya tanpa cermin mata, saya ambik bahagian mata sahaja. Nak buat letak kat blog. ini hasilnya.


Member 88


Buka blog pagi tadi, ini member blog saya yang terbaru (yang ke 88). Beliau masih muda lagi. Suka juga tengok gambar dia pakai topeng gas (kot). Saya baca sedikit blog beliau tadi, blog orang muda. Blog beliau adalah http://paanhealersblog.blogspot.com.

Worked at Digicity (M) Sdn Bhd
Attended Sk Bachang Melaka
Lives in Melaka, Malaysia

Wednesday, November 21, 2012

Melawat Gerai Wataniah COBA, UNITEN Kampus MUADZAM SHAH21/11/2012

Petang tadi saya bersama Adnan melawat gerai Wataniah. Saja saya pergi melawat beri sokongan atas aktiviti yang dijalankan. Banyak lagi gerai yang saya lawati.

Kelihatan saya bersembunyi di belakang pelajar micro ekonomi saya (untuk menutup saiz badan yang kini  bagai dipam-pam). Baju yang saya pakai tersebut sebenarnya baju raya yang saya beli, untuk raya haji nan lalu...

Tunjuk jari dua ni gaya manusia sejagat... Pasukan Wataniah adalah pasukan pertahanan kedua bagi negara kita. Pendek kata bila semua askar pergi berjuang, kita dijaga oleh merekalah.

 Alatan yang berkaitan.

 Semasa saya mengajar pagi tadi, saya lihat ada pelajar saya pakai baju wataniah. Saya rasa sungguh banga.

Kelihatan Adnan dalam gambar di atas berbaju putih sedangkan yang lain berbaju wataniah. Pelik, saya tak dapat ungkaikan mengapa...?


Ini kalau tak silap adalah makanan yang dimakan oleh mereka. Kalau saya makan mungkin boleh kembali ke bentuk asal...zaman kegemilangan (zaman kegilaan sebenarnya, he he he)

Ini tempat membakar makanan, pakai lilin jea.

Jan: Tentu pengalaman jadi wataniah seronok...kan?

Menitis jua rindu yang sudah tidak tersukat...

Dalam kesibukan mengendalikan lawatan Prof Terrence dan meeting hampir setiap hari, sempat juga saya menyediakan review silibus bagi pembentangan Ketua Unit Ekonomi. Sudah agak lama jugak silibus tersebut tidak diubah suai. Sudah banyakr cabang baru perkembangan ekonomi Malaysia, tak kan la nak ajar benda yang sama. Boring.

Dalam pada itu saya celahkan juga masa untuk membuat soalan akhir semester bagi dua subjek yang saya ajar. Juga saya mengadakan kuiz dan mid teng dalam bilik kuliah. Saya hendak sediakan karimak cepat-cepat.

Sepanjang minggu ini saya sibuk, dalam minggu ni rasa macam nak beranak pun ada. Dan pada hujung minggu ni saya akan berbengkel selama dua hari di Gambang Resort, sabtu dan ahad. 

Saya juga hantar makanan untuk anak saudara saya di rumah pada setiap hari. Najib cuti sekolah, saya ajak datang rumah saya. Bila saya berbengkel nanti Najib saya akan hantar ke rumah kakak saya di Kuantan.

Bila Najib ada, saya selalu tergelak sakan. Dia selalu ceria dan berjenaka, ada-ada saja yang tidak kena pada saya. Dia seperti saya, kami sangat lucu...(kadang-kadang sedikit lucah, he he he)

Jan: ...dan dalam kesibukan ini saya masih mengingati dia..., ya allah...

Hari kedua, Prof Terrence

Bila orang luar datang bertandang, kita kena laaa jaga mereka dengan baik. Sebagai tuan rumah, kita kena layan dengan memuaskan. Kan?


 Makan pagi bersama Puan Suzaida Abu Bakar dan Encik Baharuddin Mohd Hussin

Terutama masa, kita kena tepat! Janganlah nanti nampak sangat kita tak berdisiplin. Setakat ini syukur semua berjalan lancar selancarnya.


Prof makan mee goreng dan kerepok. Kata prof dia tidak suka makan durian...


 Prof Terrence ditempatkan di bilik AB-2-16.










Kedatangan Prof Terrence ni adalah untuk memberikan pandangan kepada jabatan saya dalam perihal kewangan. Minta pendapat dan panduan mana yang patut. 

Hari pertama: EXTERNAL EXAMINER VISIT


EXTERNAL EXAMINER VISIT
BACHELOR OF FINANCE (HONS)
COLLEGE OF BUSINESS MANAGEMENT & ACCOUNTING
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
17 – 24 NOVEMBER 2012


EXTERNAL EXAMINER:
Prof. Terrence Hallahan
School of Accounting & Finance
Victoria University
Melbourne
Australia 

Balik daripada bercuti seminggu hari tu, kerja terus menunggu saya. Saya ditugaskan menyambut dan berada dengan seorang Prof dari Australia untuk melicinkan aturcara lawatan.

Saya bawa prof melawat ke perpustakaan COBA (19/11/2012)

 Lawatan ke perpustakaan COBA: Bersama Ketua Jabatan Kewangan dan Ekonomi, Puan Noriza Saad

 Makan Laksa...Prof Terrence bersama Baharudnin Mohd Hussin dan Puan Noriza Saad

Turut diundang memakan makanan... Siti Fara Fadila dan Hamidah Ramlan

Sepanjang lawatan Prof Terrence akan menginap di PU 1. Saya pastikan pada awal kedatangan Prof rasa selesa. Tidaklah boleh dibiarkan prof keseorangan...

Saya tiada dalam gambar ini sebab gambar ini sayalah pemukulnya.

Jan: Manalah tau suatu hari nanti saya ke tempat orang pulak...

Berjayakah anda? Haaa...

'Kalau maksud kejayaan tu awak rujuk kepada ada kerja yang hebat, banyak duit di bank, ada rumah besar, kereta besar, bini cantik-cantik belaka dan anak-anak pandai belajar, tak berjayalah hidup saya. He he he" Saya buat lawak mengada tetapi kalau difahami betul-betul ia tajam dan menikam, boleh membawa kepada meraung.

" Saya biasa-biasa sahaja, hidup saya sangat biasa, jauh daripada mewah" Kata saya sambil buat-buat baiki butang baju dengan berharapan dia terlihat jam tangan Alain Delong Chronograph saya. He he he. Teruk saya. Tapi saya suka saya.

Sebenarnya saya mahu sangat berhenti daripada bersifat malu. Sebabnya rasa malu itu tidak menyelesakan hidup saya. Lagipun buat apa saya malu kalau memang saya tak punyai segala itu? Kalu `berjumpa' kawan lama 9yang hilang hubung) di FB, mereka ada tanya pasal jenis kereta yang saya pakai dan isteri saya kerja apa?. Ada juga yang bertanya, siling rumah saya siling kapur ke?. Teruk kan? Teruk la mereka...

Sudah banyak kali saya berfikir, apa sebenarnya ukuran kejayaan dalam hidup? yang ada anak, kalau anak-anak semua belajar tinggi tetapi tidak mengambilpeduli kita yang tua reater ni, adakah kita boleh katogerikan hidup kita ini berjaya? Haaa... Dan kalau ada anak perempuan kita yang buat `pose maut' dengan mendedahkan lurah terlarang dalam internet atau FB, berjayakah kita? Haaa...

Ya, hidup ini bukan setakat itu. Kata kawan saya (yang islamik) bahawasanya kejayaan itu ada apabila kita diredhai tuhan. Saya tidak pula bertanya bagaimana sebuah kehidupan itu akan diredhai sebab masa tersebut saya nak buat banyak kerja lain. Kalau tanya nescaya panjang lebar penerangannya. Namun saya percaya sebuah kehidupan yang diredhai tuhan tu sangat laaa payah nak capai. Lagipun kita sibuk, sibuk tukar spot rim kereta. He he he (saya ni kalau tak menyindir, tak sah agaknya, teruk betul saya). Tapi saya suka diri saya, he he he.

Cuba kita pejam mata, fikir apakah yang kita definasikan dengan hidup yang berjaya. Kita definasikan ikut acuan kita laaa. Haaa. Kalau ada isteri secantik Nelofar atau Lisan Suriahanie, kalau mereka tak lekat kat rumah (kalau lekat pun lekat depan cerrmin jea), berjayakah kita sebagai suami? Haaa...

Maka untuk kali yang berkali-kali, saya masih tertanya-tanya...apakah ukuran bla-bla

Jan: Tak pernah pergi reunion sebab malas nak menjawab kat orang akan ketidakjayaan hidup saya...




Friday, November 9, 2012

Kencing Tikus

Pelik kan zaman sekarang, penyakit yang tidak pernah kita dengar (sebab mungkin kita tidak membaca dan mencari ilmu? He he he) tiba-tiba popular di sekeliling kita. Mungkin dulu nenek moyang kita tahu akan penyakit ini. Begitu juga dengan penyakit kuman tanah. Bagi saya di tanah memang laaa ada banyak kuman kuminnya. 

Saya tengok dalam Wikipedia, kecing tikus ini juga dikenali sebagai deman kanikola atau deman ladang tebu atau deman 7 hari. Banyak nama rupanya penyakit ini? Penyebab dia adalah bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira (macam corak batik pun ada, cantik...) :


Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang, membongkar kehadiran bacteria Leptospira.

Saya ada juga dengar kematian seleberiti Din Beramboi bersebatan daripada penyakit ini. Namun saya tidak dapat sahkan adakah iannya betul sebab saya bukannya doktor. 

Saya ada juga menguji pelajar saya untuk mengetahiu mereka peka tidak akan penyakit ini. Pelajar  beritahu kalau kita pergi mandi atau berenang di kawasan air terjun, kita boleh dapat penyakit ini. Rupanya pelajar saya lebih tahu berbanding saya walaupun mereka ambil perakaunan. 

Kata pelajar saya, tikuslah puncanya (hos utama). Air kencing tikus yang dijangkiti (bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira) akan menjangkiti mamalia lain yang kita panggil hos kedua iaitu anjing, arnab, rusa anjing dan lembu. Binatang ini misalnya anjing mungkin menjilat punca air kencing tersebut daripada tanah atau punca lopak yang dijangkiti. Dan kita juga boleh dijangkiti melalui air, tanah atau makanan yang telah dijangkiti. Maka betullah kata pelajar saya ia boleh berjangkit ditempat berkelah, airterjung, kalau kawasan itu dicemari.

Sekarang saya sudah jarang berkelah, lagipun dunia saya sudah banyak berubah sejak saya ditinggalkan begitu sahaja seolah saya tidak pernah berbudi. Saya harap berbaloilah apa yang dia lakukan terhadap kehidupan saya, namun sesekali saya ada juga harapkan agar kehidupan dia jauh dari bahagia...jahat kan? He he he.

Kita kembali kepada penyakit ini. kepada yang suka sangat berendam dalam air, awaslah kerana kemungkinan bakteria ini tersimbah ke dalam mata, atau hidung atau luka yang terdedah. Dapatlah kita penyakit tersebut. Dan kalau sebuah hati yang terluka disimbah oleh air tercemar nescaya tidak akan berkesan kerana di dunia ini apa lagi penyakit yang lebih dashyat selain daripada sebuah hati yang terluka? Haa...


Tanah dan air jadi mediumnya

Sebenarnya kadang-kadang ia seolah nasib. Maksud saya kita boleh terdedah kepada pencemaran bila-nila masa. Maksudnya kita boleh mati bila-bila masa, kita boleh meninggalkan orang yang kita sayang bila-bila masa dan selepas itu pasangan kita boleh bila-bila masa kahwin lain...he he he.

Jan: Ya allah selamatkanlah kami dari segala penyakit, amin.

Thursday, November 8, 2012

Seperti (bagai) tikus membaiki labu

Apabila barang atau peralatan saya rosak, saya tidak cuba membaikinya. Memang begitu tabiat saya. Saya memang tidak pandai membaiki. Ada orang punyai sifat semulajadinya suka membaiki tetapi tidak saya. Contohnya, ada orang bila pemasak nasi elektriknya rosak dia membaikinya sendiri. Atau mereka baiki sendiri kereta , basikal dan motosikal.

Saya berpendapat sifat pembaikian tidak ada dalam diri saya. Bila barang saya rosak terus saya fikir mungkin dah sampai `ajal'nya. Saya akan menggantikannya kalau harganya murah. Contohnya, apabila televisiong saya rosak (dipanah pentir), saya menghantarnya ke kedai pembaikian. Dan apabila ianya rosak lagi tanpa dipanah apa-apa. Saya sambar LCD Sony 32 inci. Saya rasa baik beli baru kalau baiki sampai RM300. Huh!

Pemanas air saya juga rosak, kalau harga murah tentu saya beli yang lain tetapi berjenama Tefal (stainless steel kettle). Saya rasa saya perlu baikinya di kedai. Namun saya bimbang kalau upahnya mahal atau dikelengtongi pekedai. Tetapi akibat berjenama Tefal punya pasal saya cemerlang sahaja melenggang menuju kedai. Selepas dua hari... saya ke kedai semula dan pak cik tu kata Rm20 sahaja. Fuh lega... tak sia-sia melenggang. Yahoo...

Saya tidak pandai langsung membaiki apa-apa yang rosak, saya bimbang kalau cuba membaikinya jadi seperti tikus membaiki labu. Maksud saya bila saya baiki, akan bertambah kerosakan barang tersebut kerana saya tidak berilmu. Mungkin sebab itulah timbul peribahasa tikus membaiki labu, ntah-entah hilang labunya sebab tikus adalah pemakan labu tersebut, he he he.

Jan: Bagaimana membaiki hati yang rosak? Kepada siapa kan kuserahkan agar dipulihkan? Oh tuhanku... andai cinta itu ada di gurun Shahara... (Amboi...)


Macam-macam penyakit sekarang

Saya memiliki seorang kawan yang selalu tersenyum dan kemas pakaiannya. Orangnya baik, selalu riang dan suka memulakan perbualan. Apabila berjumpa dia selalu memanggil saya dengan `encik' sebelum menyebut nama saya yang sebenar.

Saya juga pernah menghantar makanan (puding) ke rumahnya untuk dimakan oleh 5 orang anaknya...(pada masa itu  hidup saya bahagia, sebab tu saya suka memasak. Sekarang bekas puding itu telah saya buang...tetapi hidup saya sekarang tidaklah bahagia sangat selepas buang bekas puding tersebut, he he )

Tetapi posting ini bukanlah pasal puding tetapi mengenai kawan saya itu... Beliau telah meninggal. Saya terkejut juga kerana setahu saya dia tiba-tiba deman dan kemudiannya sudah sembuh. Dan daripada cerita keluarganya di meninggal dunia akibat kuman (penyakit) Kencing Tikus.


Sebenarnya kehidupan kita selalu terdedah pada bahaya. Apabila keluar rumah, memang bahaya menanti di mana-mana. Namun bahaya juga ada di dalam rumah? Dok gitu? Haaa..

Sekarang banyak sangat kuman yang melata, ada satu kes saya dengar ada kuman tanah. Dan kuman ini juga membawa kematian.

Ya lah kan, orang Melayu ni bab-bab disiplin dan perilaku menjaga kebersihan ni, ramai yang gagal. Rumah sendiri, tempat tidor sendiri tidak terurus, elok lagi kediaman sarkas (rujuk kepada cerita Magadaskar 3).

Namun rumah kawan saya ini terurus dan dia pembersih orangnya. Kata kawan-kawan lain dia dijangkiti kencing tikus tersebut setelah pergi berenang... Entahlah saya pun tidak pasti.

Jan: Yang pasti, saya doakan kawan saya tersebut aman damai di sana...

Wednesday, November 7, 2012

Apa ni?


Habuan untuk mahasiswa yang pandai berjimat...


Apabila artikel sahabat saya keluar di surat khabar (bukan artikel di atas), saya dapati ramai yang tidak menyokongnya. Mungkin hampir 100% rakyat Malaysia tidak menyetujuinya. Mungkin ada rakyat Malaysia berkata sahabat saya tak berpijak di bumi nyata. Artikelnya menyatakan gaji RM500 pun mencukupi jika hidup dengan cara orang yang bergaji RM500. Dan kawan saya kata lagi kalau gaji RM5000 pun tidak cukup kalau hidup dengan gaya gaji RM6000. Saya tabik spring dan summer kepada kawan saya ini kerana bukan sebab dia beri daging kerbau kepada saya tetapi berani mengeluarkan pendapat yang tidak popular di  akhbar.  

Kalaulah saya pandai menulis, saya mahu juga masukan penulisan saya dalam akhbar. Saya mahu satu  ruangan khas lagi...he he he berangan. Kononnya nak didik masyarakat (sedangkan hati saya sendiri tak terdidik?, he he he).

Namun posting kali ini pasal mahasiswa bukan pasal kawan saya atau daging kerbau enak dimasak opor (makanan orang Pahang). Ianya pasal sikap mahasiswa. Saya dapati di tempat saya kerja, ramai pelajar menggunakan kenderaan ke kuliah. Sama ada kenderaan dia sendiri atau MBF (Mak Bapak Finance) saya tidak tahu. Saya ada menemubual seorang pelajar saya yang pakai Kancil, katanya Kancil tersebut ayah dia punya. Ayah dia pembawa teksi, maka ayah dia suruh dia gunakan Kancil untuk kemudahannya bergerak. Kancilnya sederhana sahaja, tidaklah ada pakai spot rem yang menonjol. Dan terdapat juga pelajar saya yang pakai kereta BMW, ada dua pintu jea. Dia beritahu ayah beri sebagai hadiah dia dapat masuk u. Pada masa itu saya tidak terkata. Untungnya dia. Dan yang lebih memikat hati saya, dia tetap sopan dan tidak berlagak. Menghormati saya.

Zaman sudah beredar dan pantas berubah. Sharifah Aini bukan lagi paling popular. Saya juga sudah tidak gemilang dan terkenal. Masa adalah penting dalam menuju kejayaan. Menunggu bas adalah membazir masa kepada sesetengah mahasiswa. Saya ulangi perkataan `sesetengah' agar pembaca tidak keliru nanti. Dan `sesetengah' mahasiswa adalah sangat positif dan berdisiplin, jauh laaaa kalau nak banding dengan kita sendiri yang rumah macam kandang...... dan kewangan macam kandang... Salah kalau kita sangka orang lain macam kita.

Terdapat pelajar yang simpan duit pinjaman sehingga boleh baiki rumahnya di kampung. Mahasiswa ini sangat berjimat. Rambut tidak warnakan (pakai duit), dia juga pakai kasut biasa (Pallas), baju biasa (namun tutup aurat). Dan dia biasa-biasa sahaja. Dia ada beritahu saya, dia tidak pakai baju yang harga RM50 ke atas. Seolah cerita dongeng kan? Haaa...anak siapa ini? Jurus sungguh perangainya. Dan yang paling maha mega kosmopolitannya dia seorang pelajar yang bijak. Ada pelajar sebegini, haaa. Ada.

Maka apabila saya lihat ada promosi menjual kereta untuk mahasiswa, saya anggap `sesetengah' pelajar berupaya dan layak menyambutnya (dan sesetengahnya sebaliknya). Maksud saya bukan semua mahasiswa, sesetengah sahaja. Bukan semua masyarakat boleh beri respon yang baik terhadap polisi atau dasar yang ada di pasaran. 



Kalau pelajar tersebut jenis `High Caparral' dan tak terdidik kewangannya. Guna pinjaman untuk beli Teady Bear sebesar gajah (untuk diberi kepada kekasih yang ke 4), selalu tukar telefon bimbit mahal, beli kamera keanon yang canggih, bercuti sana sini, berbaju mahal, dan serba gajah manika (seolah bersahsiah sebagai bukan pelajar) makan turun malaikat dari langgit pun tidak berguna, adanya. Mereka akan berhutang secara tidak bijak sehingga lupa bahawa PTPTN tersebut adalah hutang juga. Haa...

Kesimpulannya tepuk dada tanya selera, pergi restaurent mintak menu. Maksudnya bergantung kepada banyak situasi. Mampukah pelajar pakai kereta? Jawanpannya pelbagai kerana kedudukan kewangan keluarga mereka juga penting. Iaitu sama ada dapat menampung sedikit selain daripada duit pinjaman anaknya.

Dan kita sebagai mak bapak ni memang laaa tahu anak kita tu jenis yang mana, he he he. Jangan marah.

Jan: kalau rasa tak mampu tu, tak sah lah beli tak ada orang yang paksa. Tak perlu kagumkan jiran atau kekasih, huh!

Bunga Mawar bunga Cina

Dulu saya selalu impikan rumah yang besar dan memiliki taman yang indah. Bila saya bangun dari tidor saya boleh nampak ribuan mawar berkembang disirami embung pagi.

Namun itu hanyalah impian, setakat ini inilah yang saya dapat. Bila bangun pagi ada bunga Cina sahaja. berkembang dan wangi...




Kata penjual bunga ini bunga cina ini spesis kacukan Siam. Bunganya lebih besar, lebih wangi. Daunnya berkilat macam plastik... Wow kacukan Siam memang best!.

Jan: Dan saya akan terus berimpian. Tiada sesiapa pun yang boleh merampas impian itu...

Najihah, Najib dan Shafiq

Najihah, Najib dan Syafiq adalah anak saudara saya yang paling saya ingati dan beri tumpuan. Saya ada sebab yang kukuh. Saya tidak menghiraukan kata-kata orang di sekeliling, katalah saya tidak adil atau sebagainya, hanya allah yang tahu. Lagipun kata-kata orang tersebut bukannya boleh mengurangkan gaji saya di slip gaji atau bonus yang TNB berikan. 


Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa sokongan seorang ayah. Saya tentu akan hidup dalam kehilangan dan terasa sesuatu kehilangan. Walaupun saya tidak seberjaya kakak saya dalam kehidupan (kalau definasi kehidupan yang berjaya itu harus berkahwin dan ada anak-anak), saya tetap dipuji oleh ayah saya secara halus dan tidak ketara. Ayah memang begitu.


Kadang-kadang saya sangat putus asa dalam menghadapi hidup ini, bila saya lihat gambar mereka, saya sapu air mata dengan lengan baju seperti dalam drama swasta tersebut, he he he. Mereka adalah antara sebab saya mesti hidup...dan berjuang.

Memelihara anak-anak tentu sukar, lebih sukar dari menjinakan singa. Saya tabik pada bekas adik ipar saya.


Gambar ini dipukul sehari sebelum Najihah (saya panggil `kakak') berangkat ke Mesir. Dia tentu bersedih kerana terpaksa berpisah dengan emaknya dan dua orang adiknya, Najib dan Syafik.



Yang muka bulat dan putih sikit adalah Syafiq, saya juga mandikan dia semasa kecil, juga pernah basuh berak dia. Dia pakai baju gambar kucing. Saya beli baju itu di Sarawak.

Shafiq suka main bola. Saya selalu beritahu dia yang keturunan kita tidak ada yang berjaya dalam sukan atau perniagaan. Saya sendiri tidak tahu itu kata pendorong atau sebaliknya, heheh.


Yang hitam dan kurus adalah abang Syafiq. Najip orangnya kurus. Sekarang najib sudah teruna sunti. Sudah ada budak perempuan antar sms kepadanya pada waktu malam mengucapkan `i love you'. Sengaja saya mengecek telefon bimbitnya semasa dia tidur.

Apabila membaca sms tersebut, saya naik hairan dengan keberanian budak perempuan sekarang...



Sekian.