"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 26, 2009

Cukupkah gaji ku...?

Semakin umur saya meningkat semakin galak pulak saya berhutang nampaknya, entahlah mungkin ini cara hidup manusia morden sekarang. manusia zaman dulu lainlah duduk dalam gua je, jalan pun tak jauh mana, pakai seksi pun tak ada orang nak hirau.




Kalu boleh saya mahu beli rumah bawah RM1k je sebulan hutangnya, dan kalau boleh saya nak beli kereta bawah RM500 je hutangnya sebulan. Tapi terlebih pulak. Kira campur keduanya dah lebih RM2K sebulan. Tu kira tak campur minyak.




Dan saya masih ada hutang dengan bank rakyat. Itu belum dikira lagi dengan hutang pelajaran yang bila entahnya selesai... Hutang kad kredit? malu nak cakap pulak...




Kadang-kadang saya fikir orang yang tak ada pelajaran tinggi yang duduk di kampung lebih baik kehidupannya berbanding saya. Tapi kadang-kadang saya rasa hidup saya pun ada kelebihannya, he he he. bila rungsing terus pasang CD lagu `Rindu Menghiasai Kamar Cinta' nyanyian Datuk Sharifah Aini. Duduk baring-baring ala mewah. Sambil hirup air tongkat ali...yang harum baunya.




Hari tu saya rasa serabut perut sebab hutang saya bertambah. Bila tolak hutang rumah dan hutang kereta dan sebagainya, tinggal ciput je. Bila la agaknya baru dapat ke Paris. Mungkin ke Parit Buntar je gamaknya.




Ada yang kata kalau tak berhutang tak adalah harta kita. Betul juga ya...tapi hutang tu kenalah jenis hutang yang kita beli sesuatu, bukannya hutang gi makan angin atau sakan beli belah entah apa.
Adakah hutang tu adalah harta? Betul juga pendapat Ma Pekan. Saya rasa kalau saya tak hutang rumah atau tak hutang kereta, tak adalah akan jadi harta nanti. umah akan naik harga, kereta pun akan naik harga (bila dah jadi antik, he he he). Bak kita selalu tempelak orang yang hisap rokok kita kata membazir, baik duit itu disimpan. Padahalnya yang tak isap rokok pun tak lah simpan duit. Atau ada kawan kita kata pada kita daripada tanam pokok bunga baik tanam lada ke atau sayuran ke. Padahal bila kita jenguk ke lamannya, pasu pun tak ada, selain lalang galak merimbun. He he he. Entahlah...



Selain itu perbelanjaan juga kita buat ke atas bahan bacaan. Kalau tak beli buku kita akan jadi karat pulak bila nak mengajar. Buku pulak bukannya murah. lainlah buku 3 lima.

Satu lagi saya dapati perbelanjaan makanan saya juga antara yang tertinggi. Pagi pun kalau nak makan dah RM4.50 jumlahnya. Bila tengahari? Malam?.

Bukan semua orang boleh bersikap terbuka apabila membicarakan hal hutang menghutang ni. Saya pun malu jugak nak menulisnya ni, he he he. Tetapi saya rasa orang lain juga berhutang kot. Tak apa berhutang selagi kita boleh mengurusnya dengan baik, bak kata Saidini Abu bakar kat nabi kita, yang umat akhir zaman nanti tidak dapat lari daripada berhutang.

Macam saya ni walaupun solo nak menabung pun payah. Rumah dan kereta kalau menabung memang tak tertabung. Untuk itu saya beli 2 insurang, kira melabur jugaklah tu kot. Bekalan di hari kerepot....

Bila hidup solo ni orang selalu tanya duit pergi mana? tapi hidup solo pun kadang-kadang sengkek jugak. Nak pinjam pada kawan atau keluarga takut mereka tak percaya atau pengsan...he he he.

Jan: Belum pernah jumpa manusia yang mengaku yang gajinya cukup... atau terlebih!

Wednesday, February 25, 2009

Datuk Sharifah Aini: Kau Tinggi di Awan Biru

Inilah kisah cintaku
Terjalin cinta pandang pertama
Ku selalu ditinggal-tinggalkan
Menanti penuh kerinduan



Hatiku kau bawa pergi
Terbang tinggi di awan yang biru
Ku menanti dan menanti
Pelukkanmu yang kurindukan



Bawalah daku bersama
Terbang tinggi menemani dikau
Kupeluk, kubelai mu sayang
Dicelah kepulan awan



Kau tinggi di awan biru
Kuiringi dengan seribu doa
Putih hatiku menantimu
Pulang menemui daku...




Datuk Seni Suara akhirnya bertemu Datuk Angkasa Raya...


Datuk Seni Suara: lirik lagu ni i buat sendiri Datuk tahun 70 an dulu, Ahmad Nawab buat melodinya...

Datuk Angkasa: Datuk, i tengok awam bukan biru. Awan putih la datuk...he he he

Datuk Seni Suara: Jangan marah ya, i pakai hentam je, he he he. Tapi hati i memang putih...

Datuk Angkasa: He he he...


Jankaulu: Tolong jangan ada plan nak berduet ya...






Menghutang kereta...

Saya hulur RM4,505 kepada Low, pemuda cina yang fasih berbahasa Melayu tu mengambilnya dan terus buat resit.
Hari tu saya dah bagi duit RM300 buking kereta. Saya ingatkan saya kena la beri baki lagi RM4,400 sebab harga muka kereta tu RM4,700. Tapi nasib baik Azniza terangkan yang pembayaran tu dah masuk insurans cermin kereta depan pulak. Dan Azniza juga terangkan yang tadi Low dah terangkan kepada saya hal itu (he he he malu pulak rasa, otak tak pikat leni…).

Dan Azniza pulak yang kena dahulukan duit dia sebenarnya tadi sebab saya tak bawa cukup duit.

``Tak pe nanti saya cocoh kat ATM. Amboi akhir-akhir bulan ni masih banyak duit lagi?’. Saya sempat bertanya dalam keadaan bergurau…saya sempat mengerling dalam beg duit dia masih berkepul note RM50. Ya lah kan ujung bulan ni biasanya orang dah tak ada duit (he he he orang tu termasuk saya le, he).

Memang saya dalam bab-bab kereta ni saya hanya tahu stering dengan tayar je. Pernah dulu Kamal tunjuk injin kereta kancilnya, saya naik pening kepala tengok macam-macam rupanya ada di dalam tu. Bekas isi air pun ada, pelik juga kereta guna air juga, he he he.

Dan saya masih ingat lagi dulu pertama kali saya nak beli kereta bila saya masuk bilik pameran saya beritahu saya nak yang tak ada gear dan paling murah. Maksud saya tak ada gear tu ialah gear automatik. Mana ada kereta tak ada gear kan? Ke ada?. Dan pemuda cina tu kata tak ada spoilerlah kalau pakage tersebut.

Saya tercengang apa itu spoiler? Lalu Ja pun tunjuk ke arah satu kereta kat kedai pamiran tu.

``La tak ada pun tak apa, apalah gunanya? Saya jawap. Begitu juga sekerting saya tak tahu apa-apa mengenainya. Itu semua amat asing bagi saya…

``Tak apa lah kita boleh pasang kemudian kalau kita nak”, jawab Ja. Untuk tak memalukan Ja di depan pemuda cina tu saya pun tidaklah mahu bertanya apa-apa lagi. Saya zip mulut.

Masa pertama kali datang dulu pemuda cina tu kata bayar muka ialah RM4,700. Saya terbayang duit yang saya nak buat grill bila naik rumah nanti. Duit itulah yang saya kena korbankan dulu. Kata adnan kalau nak buat grill RM3 ribu tak cukup. Saya terkaget sekejap ketika itu sebab duit dalam bank ada RM1,700 je. Sebab tulah saya kumpul sikit-sikit. Dan rancangan saya nak ke Bali lagi hujung tahun lepas menjadi debu-debu merah berterbangan…

Katanya kereta boleh ambik sabtu ni. Saya dah cadang ajak Ja pergi ambik sebab nanti sapa nak bawak kereta tu?. Kereta tu bukan boleh bubuh dalam beg.

Jankaulu: Akhirnya berhutang kereta pulak (setelah berhutang rumah...)

Putus terpaksa......

Orangnya payah nak digambarkan dengan kata-kata kerana bagi saya sekali pandang tak adalah apa-apa istimewa sangat. Taklah handsome macam Ustad Ijud atau Tom Kurus, biasa-biasa sahaja, tiada yang menonjol atau tertonjol. Namun sedikit ketara matanya tidaklah bulat sangat dan ada `muka cina' sikit rupa parasnya.
Mungkin dia berprofile rendah. Dia tidak suka menonjolkan diri (mungkin memang tak ada apa-apa yang nak ditonjolkan? he he he ampun...). Sifatnya yang baik itulah yang menonjolkan dirinya agaknya kot. Tapi baik itu subjektif kan? Saya pun baik orangnya (huh! nak jugak...!). Saya banyak dengar cerita mengenainya daripada kawan-kawan. Dan cerita-cerita mengenainya pun tidaklah menarik sangat, semuanya mengenai kebaikannya, tiada scandal apa-apa yang menarik. Dia bukan jenis orang yang boleh melariskan jualan akhbar.
Semasa bekerja di Shahputra Pekan beliau bukanlah antara kawan rapat saya. Saya tengok dia dengan ujung mata saya je terutama semasa saya mengoder teh tarik di kedainya.
Semasa sama-sama kerja di Kuantan, walaupun duduk sepelaung cuma kami jarang berbual sangat (kecuali dalam sesi memukul gambar). Mejanya sebelah Mek Zue, depan Mek P. Dan saya punya meja sebelah Mek Zue, belakang Adnan. Maknanya kalau duduk di meja saya, saya boleh nampak dia. Oh terlupa pulak, dia bergaya dan kemas orangnya.
Mukanya jenis muka tak bersalah (kalau kita terjemahkan terus dari orang putih punya bahasa). Kalau nak marah kat dia pun tak jadi, rasanya tiada orang yang sanggup benci kepada dia. Muka baik.
Kalau dipaksa juga, saya akan ambil episod putus tunang di dalam hidupnya sebagai satu episod yang menarik. Saya hanya mendengar daripada kawan-kawan yang dia bertunang. Dan saya memang tak nak tahu langsung dia bertunang dengan sapa dan orang mana? Bila dia bertunang? dan sebagainya.
Apabila dia sudah menjadi rakan sekerja saya di Muadzam, dia menumpang di rumah saya seketika sebelum mendapat rumah. Mulalah say atahu banyak cerita mengenainya. Di sinilah episod retak menjadi belahnya bermula di peringkat klimaks. Saya tidak faham mengapa seseorang itu boleh putus tunang. tetapi saya tak nak ambik jalan senang `dah tak ada jodoh...'.
Saya dapat mencium keretakan tersebut bila dia resah semacam, tapi resah itu terkawal. Saya asyik korek rahsia macamlah saya tak ada kerja lain. Padahal masa tu saya naik gila tengah buat paper untuk komfirm kerja. Dan akhirnya dia ada cerita sedikit sahaja. Maka saya pula yang sibuk menyiasat sana sini mencari sumber daripada kawan-kawan di Shahputra. Laporan lengkap daripada kawan-kawan akhirnya saya terima, saya analisis.
`Kalau orang tak nak ke kita, orang tak sayang ke kitalah!' Saya ingat lagi bagaimana saya meninggikan suara kepadanya bila saya dah tak tahan melihat episod retak menjadi belah tu. Namun saya yang emosi sedangkan dia tidak menunjukan terlebih emosi (macam biasa). Mungkin dia pendam segalanya, dia memang begitu kot. Saya sangat geram pada masa itu, sayalah yang lebih-lebih. Kalau boleh dua-dua saya nak tampar. Tetapi saya teringat pesan Diana ( Lecturer ekonomi Shahputra yang leni jadi lecture ekonomi UPM, ala yang kawan karib Rozie (adik Abg Bahari) masa kat Pekan dulu tu) pesan jangan campur hal orang. Pesanan tulah payah saya nak ikut, he he he.
Namun saya tetap berdoa di dalam hati supaya episod ini berlalu. Saya tidak tahan, malah lewat doa-doa saya lepas sembahyang saya selitkan juga mengenai isu ini supaya semuanya selamat (selit di bahagian akhir je...he he he). Bukan apa saya rasa sebagai kawan itulah yang saya mampu buat selain `meracun dia', he he he.
Dan saya juga memegang peranan semasa ke Batu Pahit urusan `putus terpaksa' tersebut. Peranan saya kecil sahaja iaitu kawan kepada yang nak putus tunang. Tetapi macam biasa saya prepare lebih, daripada malam sebelum ke Batu Pahat saya dah tak makan nasi, dan semasa singgah dalam perjalanan saya cuma jamah sekeping roti canai biasa je.
Dalam berlakon tu sempat juga saya kata ` emm masa bertunang dulu tak royat pun, ni masa putus tunang aku terlibat jugok'. Walaupun sebenarnya sayalah yang nak ikut jugak (macam biasa).
Tapi selepas putus tunang saya nampak dia biasa-biasa sahaja. Kalau saya mungkin meraung 2, 3 kali sebelum terima hakikat. Memang bunga bukan sekuntum tapi bukan semua bunga layak di panggil bunga pun... kalau...he he he ni bukan pasal bunga.
Saya hairan dia cool je macam tak ada perasaan. Kadang-kadang (atas nasihat Adnan) saya buat jugak sport cek ke rumahnya. Saya buat-buat la nak pinjam majalah la, nak pinjam kepit kuku la. Saya pergi ke rumah dia dengan mengejut takut-takut sebenarnya dia duduk menangis atau meraung sorang diri. Tapi tak! dia okey sahaja! Dan saya mulalah bertanya dalam diri `dia ni ada perasaan ke tak?'
Jan
: Luka di hati memang tak nampak berdarahnya kan... namun kubalutinya jua...(amboi jiwang!)

Monday, February 23, 2009

Ke bilik Ja...

Jarang sangat saya ke bilik Ja. Kalau tak ada hal yang benar-benar penting saya memang tak akan bertandang pisang ke biliknya. Biliknya di bangunan lain tapi tidaklah jauh sangat, bangunannya hanya terletak sebelah menyebelah je. Jarak dalam 200 meter je kot.

Bila bertandang hari tu saya sempat memukul beberapa keping gambar biliknya. Biliknya kalau nak banding dengan bilik saya memang berbeza. Biliknya kemas dan ada banyak barang yang dihadiahkan kepadanya. Mungkin daripada para pelajar atau peminatnya setia atau peminat pernah setia.
Paling menarik Ja gemar mengumpul key chaing, dia gantungkan buat perhiasan. Ada juga digantungkan pas yang dia jadi AJK bila ada satu-satu program, Ja aktif berbanding saya. Tapi saya taklah pasif sangat pulak... he he he.

Gambar di atas ialah gambar meja komputer Ja. Kadang-kadang kami hanya guna email sahaja untuk berhubung. Selain itu guna talipon atau sms guna handphone. Tapi selalunya bila ada sesuatu cerita terbaru kami jumpa dan perhebatkan isu tersebut.
Dulu Ja satu bangunan dengan saya, tapi selepas penstrukturan semula jabatan, Ja tercampak kat bangunan lain. Rasa gembira sebenarnya jika kita jumpa orang yang kita kenal. Rasa seperti kita wujud, ah susah nak cerita.
Masa kat Shahputra dulu saya tidak rapat sangat dengan Ja. Kini Ja menjadi sahabat baik saya di Muadzam. Dia pernah kata saya pelik. Hari tu dia kata dia tak faham kenapa saya beli tempat membakar roti canai yang besar dan tebal. Saya tak jelaskan kepadanya sebab saya pun tak berapa faham jugak, he he he.

Gambar di atas juga menunjukkan koleksi barangan yang dia dapat. Ada topi juga. Dia susun dengan kemas dan sempurna. Pandai juga dia mengatur barang.
Daripada aturan barang di biliknya dapatlah saya simpulkan yang Ja lebih kemas dan bersih daripada saya. Saya ingatkan saya dah cukup kemas dan bersih tapi dia rupanya jauh lebih kemas dan bersih.

Jan: ... teringat dulu Cikgu Karim (nama sebenar) yang mangajar sains paduan kata saya basuh berak tak bersih sebab saya basuh alatan makmal tak bersih. Pada masa tersebut saya fikir apa kaitannya ya?


Thursday, February 19, 2009

Bab 3: Cerita III (Sejahat iblis...)

KELIHATAN berkembangan bunga-bunga Iris di sudut halaman rumah no 18 Taman Perumahan Kenangan. Malam tadi hujan gerimis, dan pada awal-awal pagi begini suasananya hening sekali. Sinaran lembut cahaya pagi yang terpantul daripada rintik hujan melekat di daun-daun pokok Iris menambahkan keindahan di waktu pagi. Pemandangan sebegini berjaya mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melintasi rumah teres tersebut.
Terdapat pokok pisang perhiasan yang ditanam dalam pasu, juga sepasang pokok keladi yang diletakan di kiri kanan tiang balkoni. Namun pokok bunga Irislah yang mendominisasikan halaman rumah yang sekangkang kera tersebut. Pasu-pasu pokok Irish disusun seolah-olah menjadi pagar sebagai menandakan sempadan antara sebuah rumah dengan sebuah rumah. Rumah di kawasan perumahan ini tidak dipagari, semua rumah dipagar sekaligus dan terdapat pondok jaga di pintu laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut.
Mankisue tersenyum tawar melihat keindahan dan kesegaran pokok-pokok bunga yang ditanamnya. Semuanya tidak seindah dan sesegar sebelumnya. Entah mengapa pagi yang syahdu tersebut tidak dapat melahirkan motivasi terhadap dirinya untuk memulakan tugasan harian. Tidak seperti pagi-pagi sebelumnya, pokok-pokok tanamannya menyambut mesra seolah memberikan semangat untuk memulakan hari yang baru.
Semuanya telah pergi, dunia cerianya teragut. Sudah hampir seminggu dia tidak menyiram pokoknya, apatah lagi membajainya. Dia merasai sedikit kesal kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap pokok-pokoknya. Mankisue akui kini dirinya gagal melihat keindahan yang ada di depan matannya. Dia asyik berperang dengan perasaan.
Mankisue berhijrah ke meja taman kayunya. Dia membelek daun-daun pokok paku pakis di dalam pasu coklat yang bercorak roman. Terdapat daun yang kering… Dia mencabut beberapa helai dan meletakkanya di tepi pasu. Di atas meja kayu tersebut hanya ada sebuah pasu kecil sahaja, diletakan di tengah-tengah. Dulu dia memang berhajat mahu meletakan beberapa pasu pokok bunga kektus.
``Ah! Bunga kektus tak berapa cantik, keras je, berduri pula… tidak seperti pokok paku-pakis yang simple dan mudah dijaga, hijau merimbun.” Beritahu Mankisue apabila kawannya Shahrul mencadangkan di letakkan pokok bunga kektus di atas meja kayunya yang baru dibeli pada masa tersebut.
“ Tetapi pokok kektus tahan lama, senang dijaga…” Mankisue teringat kawan Shahrul membalas bidasnya suatu ketika dulu apabila dia cuba membandingkan pokok kaktus dan pokok paku pakis. Bagi Mankisue masing masing ada kelebihannya sendiri. Sebenarnya hanya untuk kelihatan simple, dia meletakan sepasu kecil pokok paku pakis, agar tertonjollah meja kayu yang disayanginya itu.

Tentulah sepohon pokok jika dijaga dengan elok, disiram dan dibajai dengan teratur dengan menggunakan kaedah yang betul akan menyebabkan tumbesaran cepat berlaku dan hasilnya menarik sekali. Begitu jugalah dengan sebuah perhubungan, kesetiaan adalah bajanya…kepercayaan adalah sinaran mentarinya.

`` Hari ni selepas menyiapkan skema, aku nak ke klinik, nak periksa tekanan darah’’. Bisik hati Mankisue sambil mencapai topi keledarnya... Dia memang mahu menyudahkan skema subjeknya yang dah hampir seminggu tidak dijamahnya. Skema penting, Mankisue tahu mahu menyiapkan sebuah skema mengambil masa dan penelitian, tidak semudah memyediakan soalannya.

``Perempuan ni Man kalu dia jadi jahat, dia boleh jadi lebih jahat dari iblis! ” Di atas motor Mankiesue teringat kata-kata Hazufam… Mankisue teringat juga kepada perempuan-perempuan iblis yang pernah hadir dalam jiwanya... pernah meragut dan membawa sebahagian kebahagiaan hidupnya…

Pagi ini sama dengan hari sebelumnya, cuaca sedikit redup. Dua tiga minggu kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Sepertilah hati Mankisue. Ada peperangan di dalam dirinya. Peperangan yang tidak pernah-pernah mahu meninggalkan episod hidupnya…

Jan: Perempuan, isteri dan ...

Dah tua rupanya...


Seorang sahabat saya ada mengirimkan sms memberi sedikit komen mengenai sekeping gambar (gambar di atas) yang saya kirimkan (maklumlah sekarang hp pun dah boleh kirim gambar, he he he) kepada beliau. Katanya saya sudah mula kelihatan semakin tua.
Saya agak terkilan dengan komennya tapi cepat-cepat saya terima hakikat. Tahun depan genaplah umur saya 40 tahun. Satu umur yang akan memasuki gerbang kedewasaan.

Saya tidak menentang proses penuaan, saya bukan artis. Saya akan laluinya dengan tenang dan bersemangat. Saya bukannya muda lagi, tidak sesegak dulu. Cuma saya harapkan saya sihat tubuh badan dan yang paling penting sekali ialah sihat mental dan lalui hidup dengan cara saya.

Saya akui sebagai manusia saya kerap kali jugak buat silap, tahun lepas beratus ringgit saya habiskan duit untuk membeli barangan anti aging clinique punya package, yang akhirnya sebek (terbiar) saja, saya tak guna.
Alhamdulilah sebagai lelaki proses ketuaan tidaklah banyak meragut segalanya, kedutan saya anggap sebagai kedewasaan dan kebijaksanaan. Muka yang tidak berkedut nampak keras, macam plastik atau watak seperti dalam play station.

Kemudaan itu ada di dalam hati, dan kecantikan diri bermula daripada dalam... itulah kata-kata Seniwati datuk Sarimah Ahmad.

Jan: Saya setuju sangat kata-kata datuk tersebut...

Monday, February 16, 2009

Hujan dan air mata...

MANKISUE memberhentikan motornya di tepi jalan besar yang menuju ke Rompin. Dan selepas mematikan suis, demi keselamatan dia mengheret motornya ke tepi jalanraya. Seketika kemudian dengan langkah yang longlai dia dengan perlahan duduk mencangkung. Mankisue mendongak ke langit, awan gemawan yang sebelum ini mendung semakin pekat warna hitamnya. Sesekali terlihat kilat pancar memancar, diiringi dengan dentungan guruh.

Gerimis semakin galak…dan akhirnya rintik-rintik hujan mulai turun membasahi rumput-rumput dan lopak-lopak kering di kiri dan kanan jalan raya. Tidak beberapa lama kemudian lopak itu dipenuhi air dan beberapa alur kecil terbentuk dan mengalir ke tepi jalan raya, melintasinya. Sama seperti air mata yang bertakung, disekanya… mengalir perlahan di pipi, bersama deraian hujan.

Dengan dada yang terbakar dan kesedihan yang berat Mankisu memerhati semuanya. Memerhati air-air di lopak yang sudah mulai mengalir… Seketika kemudian hujan turun selebat-lebatnya… semut-semut di celahan daun-daun kering telah timbul terkapai-kapai di permukaan air menyelamatkan diri, seperti diri Mankisue yang hampir lemas tenggelam dek kepalsuan yang berwarna-warni.

Mankiseu tetap bertabah hati kerana perkara sebegini sudah menjadi seperti makanan di dalam kehidupannya. Ahh…Jika aku tersesat di pertengahan jalanan aku mampu kembali ke pangkal jalan, jalan yang dia telah banyak kali aku lalui, aku mampu untuk berpatah balik memulakannya semula…tidak sukar bagiku ‘ bisik hati Mankisue sambil tangannya menguis-guis dedaun kering yang menyekat aliran air. Dan kemudiannya ranting tersebut dipatahkannya.

Seolah alam mengetahui penanggunan perasaan yang dirasainya… dia berhenti di tepi jalanraya tidak untuk berteduh, bukannya tempat berteduh dicari… hidupnya telah tersedia basah…

Dalam hujan lebat itu, ketar jari jemari Mankisue mengurut dadanya, memujuk hati tenteramkan jiwa, sabar, sabar dan sabar. ''Biarlah aku hidup sendiri, Ya allah mengapa hari ini hadir juga, apa salah dan silap aku…. Ya allah..'' Persoalan bersilih ganti menerpa di fikirannya. Dan dalam keadaan sebegini ini Mankisue merasakan tuhan sangat dekat dengan dirinya. Tuhan yang tidak pernah berbohong, tuhan yang benar walaupun dalam perkara yang paling berat untuk dia terima.

Mankisue tidak menghiraukan hujan tersebut, dia juga tidak menghiraukan nota-nota pengajarannya yang basah renyai di raga motornya, lebih–lebih lagi dia tidak hirau untuk menjadi basah kuyup kerana hatinya memang terbakar dek kesedihan yang tak tertanggung. Biarlah hujan lebat itu menyejukkan perasaannya, hidupnya.
Airmatanya yang menitis telah bercampur bersama deraian hujan yang lebat. Mankisue lantas menanggalkan topi keledarnya, menyeka mukanya dan meraut rambutnya ke belakang. Kalau boleh dia ingin meraung sekuat hati walaupun dia sedar raungan tersebut akan tenggelam dek bunyi guruh dalam kelebatan hujan tersebut…

Mankisue tidak meraung, dia juga tidak beria menangis lagi, dia serahkan segalanya kepada suasana alam. Suasana alam pada petang itu benar-benar mewakili keseluruhan jumlah rasa kehancuran hidupnya…
Jan
: Sabar...

Thursday, February 12, 2009

Sarat rindu...

KALAULAH boleh Mankisue mendapatkan MC hari ini tentulah dia akan minta MC selama seribu tahun daripada doktor penel tersebut. Namun dia sedar sifat dan sikapnya yang tidak tergamak untuk meMC walaupun sehari jika tidak benar-benar sakit. Selama ini pun apabila dianugerahkan MC, dia tetap akan hadir ke tempat kerja.

…kerana terlantar di rumah dengan MC akan lebih `menyakitkan’ hidupnya. Namun jika kali ini dia teruskan juga niatnya berjumpa doktor, belum tentu dia akan mendapat MC. Doktor pasti gagal mengesan barah yang tiba-tiba menerjah di sudut hatinya, barah yang menjalar dengan ganas meratah di setiap ruang urat nadinya, menjalar juga di setiap tulang belulangnya.

Selama seminggu lepas dia bukannya tidak cuba bertabah hati. Malah pada pada setiap jarum jam yang terdetik dia berdoa semuga terkumpul seribu kekuatan agar membenihkan kesabaran. Agar kesebaran itu dapatlah dianyamnya dengan keimanan untuk menerima takdir dan ujian tuhan. Dia mahu bertabah sabar, dia mahu bertabah hati kerana dia amat tahu tiadalah yang lebih besar daripada kesabaran.

Terkilan Mankisue kerana dalam usia sebegini dia masih mengalami dan menjalani kemelut hidup yang sukar. Sebagai penumpang dia sedari dan menerima segalanya walaupun payah untuk dia redhai. Sesekali dia terasa banyak yang tidak kena di dalam hidupnya. Hanyalah kerana ada sedikit niat untuk menumpang kasih dia tumbang tergolek, niah untuk menaruh harapan dan kepercayaan, dia terhumbang. Dia sedar nasib seorang penumpang…suatu hari nanti beredarlah jua.… namun tidaklah dia menduga sekejam ini takdir keberedarannya.

Telah beberapa malam ditempuh Mankisue dengan kelat. Terlelap dia antara celahan masa dalam pengembaran mencari persoalan demi persoalan yang silih berganti. Terutama mencari kesalahan diri, kekurangan diri. Di mana lompangnya kasih yang diciptai sehingga mampu dirobosi… Akhirnya setelah dia menceminkan diri, dia semakin akur dan percaya kepada takdir kerana jawapannya amatlah mudah!. Dia adalah insan biasa, serba serbi kekurangan. Kekurangan yang dulunya merupakan sebuah kekuatannya rupanya adalah bahana dalam pencapaian harapan kehidupan.

Jam di handphonenya sudah melewati 6 petang. Sehingga kini sebutir nasi pun dijamahnya belum. Anehya dia tidak merasa lapar. Rasa keheningan ini mendominasikan rasa laparnya. Apa yang dia rasa sangat hening dan sunyi yang amat, hening yang tajam sehingga mampu memecahkan gegendang telinganya. Bukan tidak pernah dia merasai keseorangan dan kekosongan, namun tidak pernah segalak ini kesunyian dan kesyahduan bertandang ria di ruang tamu jiwanya.

Dengan gaya malas Mankisue mengeluarkan suis motor dari poket seluarnya, dia berjalan perlahan ke arah tempat parking motor. Perjalanan itu dirasainya berat, dan tempat parking motornya tidak pernah terasai begitu jauh… dan pada masa yang sama awam gemawan tidak pernah kelihatan sebegini hitam dan pekat. Seolah semuanya akan jatuh menimpa bahunya.

Namun dalam pekat kepayahan itu mulutnya tidak putus-putus menyebut kalimah ya allah, ya allah dan ya allah…


Jan: Ya allah...

Wednesday, February 11, 2009

Kalau dah nasib...

BUNYI hon kereta yang kuat tersebut benar-benar menyedarkan Mankisue daripada lamunannya. Sekarang sebuah kereta Volvo hijau betul-betul menuju ke arah Mankisue, dan dalam keadaan cemas secepat kilat dia membelok motornya ke arah tepi kiri jalan, namun dia gagal mengawal kelajuan motornya. Apabila Mankisue brek mengejut, dia jatuh tergolek bersama motornya di tepi parit, di tepi jalanraya.

Dan dalam keadaan panik bersalut cemas, Makisue masih sempat berpaling melihat kereta hijau tersebut selamba melarikan diri…

``Ya allah, tak nampak langsung kereta tadi, tak nampak langsung.’’ Bisik hati Mankisue. Memang dia tidak nampak kereta tadi. Mankisue terpaksa mengakui yang semuanya adalah salah dia, dialah yang tidak berhati-hati di simpang jalan tadi. Mankisue berada di alam khayalan ciptaannya.

Mankisue bangun dan mengangkat motornya. Dia memeriksa motornya bimbang kalau ada apa-apa yang rosak. Namun apalah yang Mankisue tahu sangat tentang sebuah motor?, Mankisue cuba start motor tersebut, alhamdulilah hidup. Dia cuba mainkan signal lampu, tak bernyala.

Mankisue terasa pedih di jari kakinya, dia lihat kuku kakinya biru, dan sedikit berdarah. Barulah dia ingat tadi semasa dia panik dia menjulurkan kakinya dalam usaha untuk menghentikan motornya.

Setibanya di kedai makan berdekatan dengan Bank CIMB Mankisue terus memesan air nescafe. Dia mahu tenteramkan dirinya kerana dadanya masih berdebar-debar. Sebenarnya tadi memang dia mahu ke klinik mahu memeriksa tekanan darah. Beberapa hari lalu dia selalu terasa pening kepala. Namun keputusan untuk berjumpa doktor itu dibatalkannya sebaik sahaja sampai di hadapan klinik. Terlalu ramai pesakit di klinik tersebut. Mankisue malas menunggu, dia bosan.

Sebaik sahaja Mankisue dapat mententeramkan diri, dia rasa semacam, rasa hendak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada… rasa nak ketawa kerana lucu bila teringat gelagatnya tadi ketika gagal mengawal motor, dan rasa sedih kerana peristiwa yang baru dilaluinya tadi menggambarkan dia tidak dapat mengawal perasaannya, dan akan menjadi tidak lebih daripada salah satu diari sunyi di dalam hidupnya…

Seketika itu dia teringatkan kawan karibnya Aj, lalu Mankisue menalipon dan menceritakan apa yang telah terjadi. Bukanlah niat Mankisue untuk menagih simpati daripada Aj, hanya sekadar nak melepaskan rasa hati. Aj mahu berjumpa dengannya tetapi Mankisue menolak kerana secara fizikalnya dia tidak cedera. Namun jika dia tidak mengelak tadi memang melambung dia dilanggar kereta Volvo hijau tadi. Mankisue teringat baru tadi semasa di pejabat pentadbiran sebelum dia mahu ke klinik, dia ada berseloroh dengan Norsham.

``Norsham saya dah siapkan skema subjek saya ni, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya mati ke, awak tolong marking ya, kayrimak pun saya dah siap awal-awal’’. Separuh berseloroh Mankisue menghulurkan skema kepada Norsham yang kelihatan sedikit tergaman.

``Astarafirullah! Tak baik awak cakap macam tu. Tak baik. Mana boleh main-main dengan mati’’. Norsham yang sedari tadi berada di sebelah mesen footstep mula bersuara.

``He he he kan kita sunat ingat mati tiap-tiap hari kan?.’’ Mankisue cuba mencipta lawak, walaupun hatinya hambar. Walaupun dalam hatinya memang dia mahu mati hari itu juga, saat itu juga… dia mahu meninggalkan dunia yang penuh kepalsuan ini…
Jan: Emm...

Sunday, February 1, 2009

The winner takes it all...


I don't wanna talk
About the things we've gone through
Though it's hurting me
Now it's history
I've played all my cards
And that's what you've done too
Nothing more to say
No more ace to play

The winner takes it all
The loser standing small
Beside the victory
That's her destiny

I was in your arms
Thinking I belonged there
I figured it made sense
Building me a fence
Building me a home
Thinking I'd be strong there
But I was a fool
Playing by the rules

The gods may throw a dice
Their minds as cold as ice
And someone way down here
Loses someone dear
The winner takes it all
The loser has to fall
It's simple and it's plain
Why should I complain.
"The winner takes it all"

But tell me does she kiss
Like I used to kiss you?
Does it feel the same
When she calls your name?
Somewhere deep inside
You must know I miss you
But what can I say
Rules must be obeyed

The judges will decide
The likes of me abide
Spectators of the show
Always staying low
The game is on again
A lover or a friend
A big thing or a small
The winner takes it all

I don't wanna talk
If it makes you feel sad
And I understand
You've come to shake my hand
I apologizeIf it makes you feel bad
Seeing me so tense
No self-confidence
But you see
The winner takes it all
The winner takes it all...


Jankaulu: I love this song, this song make me cry, i can relate this song at least to one heartbreaking momeng in my life.... but i always thought it was a little big funny gitu how in ABBA the men wrote the song about their feelings but the women sung them...

and this words killing me...` Somewhere deep inside you must know i miss you but what can i say rules must be obeyed..." , it's so sad dok gitu...?