Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi aku mula berfantasi..., he he he - Abg Jan

Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 26, 2018

Taring Mahathir

Saya membesar dengan pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Saya amat bangga dan mengagumi sikap dan tindakan beliau dalam banyak perkara dalam membawa negara Malaysia ke arah kemajuan. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Sekarang Tun Mahathir kembali menjadi perdana menteri Malaysia. Orang yang sama kembali dalam situasi yang berbeza. Zaman sudah berubah. Dulu zaman rangka ayam 90 sen seekor, kini zaman sebelah rangka seekor ayam RM2.50. Sengaja saya ambil analogi rangka ayam sebagai perubahan masa. He he he. Saya peminat rangka ayam.

Pada masa dahulu perhitungan politik Tun Mahathir Mohamad dikuatkan oleh parti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti kompenan BN. Namun kini Tun Mahathir tidak sekuat dulu kerana partinya tidak sekuat PKR dan DAP. parti beliau hanya kecil dalam PH. Bukan semua kehendak hati beliau, beliau boleh laksanakan. Itulah yang sedang bermain difikiran orang seperti saya.

Tentu ada sesuatu yang sangat mahu beliau mahu  lakukan, kata dan laksanakan tidak dapat beliau laksanakan.

Apabila taringnya sudah tiada, kedudukannya dalam bahaya. dan mencari jalan selamat adalah yang terbaik. cuma adakah jalan selamat itu boleh menyelamatkan bangsa melayu di bumi sendiri?


Hasil carian imej untuk PH dan mahathir
Add caption

Monday, June 25, 2018

Sharifah Aini - Disebut Jangan Dikenang Jangan

Menjelang malam raya 2018

Saya bertugas mengambilalih tugas kakak dan adik perempuan saya di dapur. Saya perlu menyiapkan dapur untuk menyambut hari raya.

Dapur perlu dibersihkan, barang-barang yang mahu digunakan perlu dikeluarkan. Perlu dibasuh dan dikeringkan. Barulah saya tahu teruknya kerja-kerja di dapur ini. Saya terus rasa sangat menghargai kakak dan adik perempuan saya.

Tidak pandai saya hendak menerangkan apa kerja yang saya lakukan. Ia sangat remeh. Namun saya beri diri saya 5 bintang sebab berjaya melaksanakannya.

Saya juga membersihkan tiga ekor ayam untuk dibuat masakan ayam merah.

Dan selepas subuh jiran saya datang untuk buat nasi minyak.

Correlle design lama...

Alhamdulillah raya 2018 berjaya juga saya harungi...

Namun saya tidak beria sangat, raya ke empat, hari isnin saya melincur meninggalkan kampung halaman...

Seperti biasa, dengan hati yang hiba...

Raya 2018: saya seorang dapat balik...

Bagaimana raya tahun ini?

Raya saya tidak semaksima gembiranya kerana kakak dan adik perempuan saya tidak balik beraya di kampung. Hanya saya yang balik kampung.

Bayangkan bagaimana saya ambil alih tugas kakak dan adik perempuan saya menyiapkan persiapan raya. Namun alhamdulillah saya dapat menyiapkannya, saya cergas juga orangnya.

Tidak semua hari raya sama. Saya telah beradilfitri 48 kali di muka bumi ini. Semakin lama, saya rasa raya bukanlah lagi mengenai diri saya. Ia mengenai orang-orang di sekeliling kita. Orang yang kita sayangi.

Kita mahu mereka rasa gembira. 

Sebaik sahaja balik, saya utamakan halaman rumah dahulu. Saya cat rumah dan pagar. Saya cat yang mana patut dulu kerana masa memang tidak sempat. Mengecat pagar leceh tapi saya dibantu oleh anak-anak saudara saya.

Sebelum mengecat pagar, saya sembur dahulu dengan water jet untuk menanggalkan lumut dan cat lama, seronok. He he he.


Wednesday, June 6, 2018

Bolehkah UMNO hidup tanpa duit yang banyak?

Hasil carian imej untuk umno 1946


Sebentar tadi saya dan sahabat saya ke bank untuk tukar duit raya. Namun kami hampa kerana Bank Islam dan Bank Maybank sudah kehabisan duit. Kami keluar dengan hampa dari bank tersebut. Sudahlah lapar, hampa pula. He he he

Saya perlukan duit baru untuk hari raya. Memang duit `baru’ penting untuk hari raya. Entah mengapa. Bau wangi... Ini adalah salah satu unsur hari raya kita. Kita perlukan duit `baru' untuk raya dan ceria.

Bagaimana pula orang UMNO beraya tahun ini kan? Tahun depan dan tahun seterusnya? Cukupkah duit mereka? Dapatkah mereka sesuaikan diri?

Untuk bangkit semula UMNO memerlukan kepimpinan dan kewangan. Dua faktor ini sangat penting. Jika pimpinan bagus, tanpa duit, tidak akan ke mana. Ibarat handsum saja tapi tak ada duit. Atau perempuan cantik tetapi tak kenal dapur.

Semua pertubuhan sama ada bermotifkan politik atau sebaliknya memerlukan dana untuk beroperasi? Wahima masjid dan surau.

Yalah, nak buat kek buah pun perlukan duit untuk membeli buah-buahan campuran (yang dikeringkan). Buahan campuran ini pelbagai jenama dan harganya pun berbeza. Dan biasalah kalau mahal, kualitinya bagus. Buahnya tidaklah kering sangat, lembab basah sedikit.

Kita kembali kepada tajuk posting. UMNO sudah biasa dengan duit yang banyak. Banyak faktor mengapa UMNO ada banyak duit, antaranya faktor parti tersebut sudah lama memerintah dan sentiasa menang dalam pilihanraya. Ia menjadikan operasi dan perjalanan parti licin. Keteguhan parti membuatkan perniagaan berjaya banyak dana mencurah masuk.

Saya pernah lihat dengan mata kepala dan tubuh badan saya sendiri duit bertimbun (semasa saya ikut ayah ke PWTC semasa perhimpunan Agong pada zaman Mahathir. Masa tu saya belajar di UM, ayah saya suruh saya turun ke Asia Hotel. Tentulah saya pergi jumpa ayah walaupun sibuk dengan kuliah sebab akan dapat `dana' dari ayah. He he he). Katanya zaman Mahathirlah politik wang mula menular.

Duit bertimbun tersebut adalah dana. Kita panggil dana namun pensyarah saya memanggilnya sebagai ` “Pembiayaan Kewangan Politik”.

"Pada kebiasaannya duit tersebut digunakan untuk tujuan politik semasa pilihan raya dan juga pada masa-masa yang sesuai..." Kata beliau sambil membetulkan cermin matanya. Dia sangat serius!

Dana yang diperolehi biasanya berbentuk peribadi iaitu dana dari sumbangan wang atau barang dari penyokong (saya rasa banyak dari sumber ni), bayaran keahlian-yuran parti (saya rasa tak banyak dari yuran ni), kekayaan peribadi yang membiayai aktiviti parti (saya rasa tak banyak dari sumber ni), juga daripada keuntungan syarikat di bawah parti tersebut (saya rasa banyak dari sumber ni). Saya main `rasa-rasa’ jea sebab saya tak buat kajian mengenai dana politik Malaysia. Saya sibuk salin resepi kek buah dan kek-kek lain. Sibuk buat kajian jenis-jenis kek buah di Malaysia.

Yalah duit-duit ini perlu untuk parti. Parti kena bayar sewaan pejabat-pejabat UMNO  di seluruh negeri, dan di tiap-tiap daerah. Apatah lagi jika dah ada bangunan besar, kos penyelenggarannya besar!. Nak bayar api air.


Hasil carian imej untuk bangunan umno TERENGGANU

Dana juga perlu untuk R & D, maksud saya untuk kajian polisi atau dasar. Selalunya yang nampak atas kertas tertulis itulah yang memakan banyak tenaga, masa dan wang. Pernah saya baca satu kajian yang tak tebal mana pun tetapi melibatkan ratusan ribu ringgit kosnya. Kaji itu, kaji ini...

Dan jangan lupa duit juga perlu untuk pergerakan/pengangkutan/komunikasi parti (elaun-elaun tu kena ada, kena bayar. kalau tak merajuk nanti), dan duit secara langsung untuk membayar pekerja-pekerja parti. Pendek kata samalah dengan pembiayaan organisasi lain. `Duit kena masuk sebab duit kena keluar’.

Harus selalu ada dana yang besar masuk ke dalam parti. Contoh yang biasa digunakan apabila berbicara pasal dana ialah dana dari ahli koprat dari organisasi perniagaan yang besar. (Dan sebagai balasan mereka mendapat balasan kontrak di atas sumbangan dana).

Namun kini tentulah dana berkurangan sebab ahli koprat tidak akan menolong pihak yang jatuh, mereka menolong pihak yang boleh memberi harapan. Ini lumrah dunia (lumrah akhirat?). Jadi adalah menjadi cabaran yang besar bagi UMNO untuk dapatkan dana apabila ahli-ahli koprat ini `lari'… Dan cabaran juga untuk hidup dengan jumlah dana yang semakin berkurangan. Mungkin kena buat tabung macam PH.

Berapa ramai pula ahli parti yang boleh berkorban secara peribadi membiayai aktiviti parti?

Dahulu masa awal penubuhan memanglah sumbangan ahli yang paling utama. Ada yang gadai tanah, jual barang kemas demi parti. Demi nak buat bangunan kayu rumah UMNO di kampong-kampung. Mereka berkorban harta benda, jiwa, raga, beg dan lain-lain.

Bolehkah ahli UMNO sekarang berkorban jiwa raga? Yang sudah kaya raya itu boleh kah? Adakah mereka miliki sifat pengorbanan dalam diri kerana sudah lama UMNO terbiasa dengan senang lenang? Haa...

Kata sahabat saya ahli UMNO telah didik dengan duit selama 30 tahun....

Bolehkah UMNO hidup dan terus relevan bila duit sudah tak banyak?

Bagaimanakah untuk mendapatkan dana baru? Sumber manakah?

Sekian.


Hasil carian imej untuk UMNO
Biar masa yang menentukan...?



Tuesday, June 5, 2018

Sikap BN apabila kalah teruk dalam PRU14

SAYA selalu memerhati gelagat Datuk Seri Najib di media massa. Beliau kelihatan bersikap tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Beliau mempamirkan keyakinan diri, dan bersederhana. Beliau seperti redho segala-galanya adalah suatu dugaan besar dari tuhan. Saya merasa tersentuh.

Saya berpendapat bukan saya seorang sahaja yang tersentuh hati.

Semasa belajar di UM dahulu, pensyarah sains politik saya menyatakan `sikap' merujuk kepada tingkah laku, atau gerakan-gerakan yang nampak, yang ditampilkan dalam interaksi dengan likungan sosialnya. Jadi saya terus memerhati akan sikap beliau.

Dan saya makin tertarik hati apabila beliau menyatakan siasatan yang dilakukan terhadap beliau telah dilakukan dengan penuh profesional.



Beliau mempamirkan satu profile diri yang unik dan menarik, iaitu berkeyakinan, berani, dan bersederhana. Saya percaya dengan sikap-sikap ini, beliau telah memberi kesan terhadap hati rakyat Malaysia. 

Sikap beliau berbeza. Apabila diasak oleh wartawan-wartawan yang laparkan sensasi, beliau tetap tenang. Beliau cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Beliau tidak bersikap sinis seperti Tun Mahathir dan melenting seperti Datuk Seri Anuar Ibrahim. 

Sikap inilah yang saya lihat rata-rata dimiliki oleh majoriti ahli parti dalam BN dari dahulu sehingga sekarang. dari zaman menang hingga zaman kalah.

Apabila balik kampung tempohari, suasananya tidak panas dan tidak sejuk. Ahli UMNO dan parti gabungan BN boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Mereka tidak sibuk mencari kesalahan pihak lain.

Mereka menampakan sikap kematangan dan sikap sayangi UMNO dan BN. Mereka meletakan UMNO dan BN melebihi pemimpin. Betul juga... pemimpin datang dan pergi...

Ya, ada juga ahli parti yang melenting, panas punggung dan meroyan apabila BN kalah, tetapi hanya segelintir dan tidak mewakili majoriti. Yang melenting itu mereka menjadi bualan utama kerana diiwar-warkan di media massa. Mendapat liputan yang meluas. Jadi bahan berita. Boneka...badut. Namun ia bukanlah majoriti tetapi minoriti.

Ada seorang sahabat saya meroyan dalam FB atas kekalahan BN, namun secara purata didapati pemimpin dan pengikut parti BN tidaklah meroyan. Hari-hari diteruskan seperti biasa cuma kali ini mereka bertukar peranan menjadi pembangkang.

Mereka belajar menjadi pembangkang yang baik. Belajar menerajui dan mengekspoitasi isu. Mereka belajar mencari celah buruk PH, yang baru menerajui kerajaan. Baru dalam serba serbi. Memang Tun Mahathir dan Datuk Seri Anuar Ibrahim orang lama yang berpengalaman tetapi situasi sekarang berbeza, situasi baru.

Tiada mereka bersikap tuduh menuduh terhadap SPR, tiada tuduhan kepada parti yang menang. Tiada tindakan-tindakan agresif. Ini semua kerana mereka mendokong demokrasi dan mendengar suara rakyat yang menolak mereka. Mereka akur. Kata sahabat saya sikap ini ketara benar dengan parti yang menang yang dulunya kalah. Menyalahkan serba serbi termasuk faktor pengundi hantu dan SPR rasuah. Dan lain-lain lagi.

Saya tertarik hati dengan pendapat sahabat saya tersebut, walaupun beliau bukan ahli UMNO dan tidak pernah menjadi ahli UMNO atau menyokong BN, beliau memberikan penilaian yang adil dan berbeza dalam membandingkan suasana politik masa kini.

Saya tidaklah pula banyak memberi pendapat kerana saya tidak minat politik, dan tidak minat orang sekarang yang suka berbahasa kasar, sama ada bercakap atau menulis. Saya tidak berminat janji dan saya takut berharap. Ternyata dunia politik bukan untuk saya, saya lebih suka belajar buat kek.

Sikap berserdahana dan tenang ini mungkin lahir kerana amalan-amalan yang diterapkan dalam UMNO dan BN semenjak 60 tahun dahulu.  Sikap-sikap bersederhana inilah membentuk nilai pada ahli parti dan gabungan parti. Walaupun pemimpin berubah dan bertukar ganti, jati diri UMNO dan BN tetap kukuh dan besar. 

Sikap keMelayuan yang bersulam dengan agama dan sikap kesepakatan dan tolak ansur dalam BN membentuk mereka dalam mengamalkan sikap yang sederhana (tetapi memberi impak besar) sehingga kini.

Sikap inilah yang mungkin membawa mereka kepada kekuatan yang berganda pada kemudian hari. dalam sejarah ketamadunan manusia, orang atau puak yang kelihatan ditindas dan lemah akhirnya menang, mereka banyak belajar. Lihatlah sekarang.

Kata sahabat saya beliau memberi lima bintang kepada sikap Datuk Seri Najib, UMNO dan BN atas cara menguruskan kekalahan pada PRU14. 

Kata sahabat saya lagi, sesuatu kekalahan itu harus diurus dengan baik. Saya terus setuju dengan pendapat beliau kerana kegagalan biasanya menjadi tapak yang kukuh dan kuat untuk bangkit semula. 

Sikap Datuk Seri Najib mungkin tidak penting, tetapi sikap tersebut mewakili dan melambangkan keterampilan parti UMNO dan gabungan parti BN itulah yang penting sekali.

Sekian sahaja, saya hendak cari resepi kek buah. Lama benar tidak buat kek buah. Lebih 10 tahun sudah...

Tayar pancit II, bulan dan matahari


97Tayar pancit II, bulan dan matahari


22 April 2018

Kereta yang rosak kadangkala merungsingkan hati kita, bukan sebab kita tiada duit awasan tetapi kita hargai masa. Kerosakan lebih merugikan masa, bukan sahaja duit.
Kerosakan juga mungkin melambangkan, masa telah pun berlalu...


Mengapa kedai tayar mesti buka pukul 10 pagi?

 Saya terpaksa menunggu untuk kedai tersebut dibuka. Tuan kedainya duduk jauh di kampung sebelah. Saya cuba hubungi nombor yang tertera di papan kedai tersebut. tetapi tidak berjaya dihubungi. Katanya nombor sudah tiada dalam perkhidmatan.

Pelik.

Tayar kereta saya pancit. 
Saya tunggu depan kedai tersebut. Saya berdiri seorang diri sambal merungut dalam hati. Saya tidak berpuas hati dengan prinsip buka kedai pukul 10 pagi. Bagi saya lagi awal buka, lagi banyak rezeki masuk.

Saya gagal memahami logika kedai harus dibuka pada pukul 10 pagi.

Saya mahu cepat balik ke Muadzam. banyak perkara yang mesti saya siapkan. Saya mahu terus ke Muadzam tanpa singgah rumah di Kuantan. Saya harus hargai masa. Hendak cepat begini pula jadinya. Jadi lambat. He he he.

Saya harus tenangkan diri, setiap kesusahan ada kebaikan.

Biasanya saya akan singgah dulu ke Kuantan, tidor semalaman di rumah saya. Siram pokok dan kemas apa yang patut. Dan barulah keesokan paginya bertolak ke Muadazam.

Lucu pula kerana tadi sudah bersalam dengan ayah dan mak. Sudah melalui adegan sedih yang rasmi. Saya takut memandang mata mak dan yah apabila bersalam. saya takut sedih di hati melimpah melalui air mata saya.

Namun saya tengok juga sekilas. Saya bimbang itu mungkin kali terakhir saya melihat mereka. Dan iannya logik berlaku.

Selepas itu saya teruskan perjalanan, tiba-tiba baru sedar tayar pancit. Nasib baiklah saya cepat menyedarinya. Ketika itu kereta saya belum sampai lima kilometer dari rumah.

Panas berdiri saya masuk dalam kereta dan buka radio.

Ada lagu Sudirman, lagu `Jauh di sudut hati’ buat saya sedih.

Pulak dah. Sedih lagu itu.

Saya layan sahaja sebab sedap didengar. Banyak lagu arwah sedap didengar bukan kerana lagu itu sedap tetapi juga kerana penghayatannya yang jitu.

Saya melihat jam, lambat lagi pukul 10 pagi.

 Saya terus layan radio, dengar lagu-lagu. Kebanyakan lagu buat saya sedih. Kebanyakan lagu sudirman biasanya yang melekat di hati saya adalah lagu sedih.

 Saya rasa tayar itu pancit semasa saya singgah membeli makanan pagi untuk ayah dan mak saya.

 Setiap kali saya balik kampong dan setiap kali mahu balik semula ke Muadzam saya rasa sedih tetapi saya pandai simpannya di dalam hati saya. Saya tidak mahu ayah dan mak saya tahu saya sedih kerana saya tahu mereka pun sebenarnya sedih.

 Masa benar-benar merubah segalanya.

Pandangan terakhir saya biasanya terakam di minda terlihat  ayah dan mak saya berada di kerusi di beranda rumah. Dan saya melambai mereka.

Semasa saya muda-muda dulu, jika saya balik kampong emak dan ayah tidak ada di rumah. Ayah sibuk berjalan ke sana ke mari, ada sahaja rancangan dan aktiviti yang dibuat ayah. Dan kadang-kadang mak juga tiada di rumah.

Kini apabila saya balik mereka selalu ada di rumah. Mungkin apabila kita tua, ruang lingkup hidup kita semakin sempit… Kita lebih suka duduk di rumah dan tidak banyak rancangan yang mahu dibuat.

lebih kurang hampir pukul 10, kedai tayar dibuka. Saya serahkan kereta dan berjalan kaki ke rumah saya. Rumah saya dekat sahaja dengan kedai tersebut. Selang satu buah rumah. Saya tahu mereka akan periksa tayar, tampung dan isi angin.

Saya balik rehat sekejap dan kembali semula ke kedai tayar. Pekerja memberikan saya satu kepingan logam kecil. Katanya logam itulah yang membocorkan tayar saya. saya terus tangkap gambar logam tersebut tanpa tahu apa tujuannya saya berbuat demikian.

Saya memandu ke rumah dan adengan sedih berpisah dengan ayah dan ibu, diretakekan semula...he he he.

"Selamat tinggal sekejap ayah dan mak, nanti abang balik semula"

Sisijay meluncur perlahan meninggalkan DewaRawa...


Monday, June 4, 2018

Belang PH

SEBENTAR tadi saya ke bandar bersama seorang sahabat. Saya mahu bayar zakat fitrah. 

Sahabat saya menyatakan kegusaran hatinya melihat perubahan iklim politik Malaysia. Katanya ia menjurus ke arah yang tidak sihat.

Saya terus setuju atas pernyataan sahabat saya, kerana di FB, apabila membacanya, menyakitkan hati. Bahasa yang teruk dan pemikiran yang teruk. Saya sudah pun unfollow beberapa rakan maya saya.

Dari mana kebencian itu boleh datang?

Mungkin kerana kami bukan orang politik, maka kami berfikiran begitu? Namun perkembangan semasa yang begitu teruk menggambarkan banyak perkara. 

Kawan saya kata situasi masih baru, kita tak dapat lihat lagi belang PH yang sebenarnya... Sebelumnya kita hanya tahu belang BN...

Semua orang sedang memerhati dan menilai terutama dari segi ketuanan Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu...

Hidup ini bukan pasal ekonomi sahaja tetapi juga agama...


Hasil carian imej untuk agong birthday 2018
Daulat Tuanku...

94Produa Myvi 2018 baru, dan penceraian sahabat saya


94Produa Myvi 2018 baru

20 november 2017

“Dunia cepat berubah. Teknologi dan trend bagai air mengalir. Namun saya cuma akan beli kereta baru apabila kereta yang saya miliki hadapi tarikh lupus…atau saya dapat duit terpijak…”

Seorang sahabat lama yang baru bercerai baru-baru ini…beli kereta baru. Orang lelaki apabila bercerai, mereka beli kereta baru. Orang perempuan beli apa yea? Emas permata? Beg Berkin Hermes?

Kereta baru kawan saya itu cantik dan mahal. Saya tidak ingat apa jenisnya. Tapi ada `X’. Matrik X. Begitulah lebih kurang. Saya tidak suka sebab besar dan nampak menonjol.

Kami duduk-duduk di Starbucks, dia belanja. Saya perhatikan kawan saya tidak rasa sedih atas penceraian itu. Mungkin itu yang dia hendak. Sebelum ini pun dia banyak cerita mengenai ketidakpuashati atas isterinya. dan ketika itu saya dengar sahaja. Saya tidak terkejut. Pada hari perkahwinannya pun saya yakin perkahwinan itu tidak akan bertahan lama. Ego tak ada ubatnya.

Saya pernah jumpa isterinya. Nampak baik-baik sahaja orangnya. Tetapi entahlah. yang saya tahu sahabat saya ini, maha ego orangnya. jaga kelas walaupun ke pasar malam. He he he.

Sambil makan minum, kawan saya ceritakan hal kereta barunya. Saya angguk-angguk tetapi sebenarnya saya tidak peduli sangat apa yang diceritakannya. Saya lebih tertarik kepada mengapa dia bercerai?

Laki bini gaji sedap. Walaupun muka dia tak handsum, maksud saya tak ada rupa, isterinya cantik. Dia patut bangun malam sujud syukur. 

Isterinya pandai masak. saya pernah berkunjung ke rumahnya dua tiga hari. Tudung labuh dan paling `respek' tak ada FB!. Mana nak cari perempuan cantik tak ada FB? Sampai kiamat tak ada.

Kita kembali kepada cerita kawan saya tentang kereta barunya. Tiba-tiba dia bertanya:

"Bila Man nak beli kereta baru?

Saya terkedu sekejap. Mengapa pula saya harus beli kereta baru? yang bercerainya dia, bukan saya. He he he.

Lagipun kereta saya masih boleh pakai lagi walaupun warnanya kusam. saya akan pakai kereta ini sampai tarikh lupusnya.

"Nanti ada Myvi baru, Man minat sangat kereta Myvi...nanti boleh beli" Kata kawan saya.

Saya diam sahaja. Namun bila masa pula saya minat Myvi? Saya pakai Myvi sebab ia kereta yang paling sesuai dengan poket saya. He he he. Saya tak naklah nanti berhempas pulas nak bayar RM1500 lebih sebulan untuk kereta. Gaji saya tidak besar. Myvi paling sesuai.

Myvi istimewa. Myvi ni semua orang pakai. Tan sri dan Datuk ada juga pakai Myvi. Pelajar, guru, suri rumah, doktor peguan, petani , penari kelab malam dan lain-lain. Tak ada hairannya jika saya memakainya.

"Myvi baru ni lebih baik dari dua generasinya yang lalu..." Tambah kawan saya tersebut. Saya sendiri tidak tahu Myvi ada berapa generasi dah. Yang saya tahu Honda Civic sudah ada 10 generasi. rasanyalah.

Saya diam sahaja sebab saya tidak berminat untuk beli kereta baru. 

Sahabat saya itu terus bercerita mengenai keistimewaan kereta Myi yang baru.

"Man mungkin akan beli kereta Myvi baru tersebut tetapi mungkin apabila kereta ini sudah habis tarikh luputnya. Atau bila man ada duit lebih..." Saya terus mematahkan penceritaannya.

tidak ada apa-apa perubahan dalam hidup saya apabila saya beli kereta baru. Ia sekadar pertolongan yang menggantikan pertolongan lama.

Dan saya yakin benar generasi baru ini lebih baik dari yang lama. itulah yang sepatutnya.