"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 12, 2012

Jeaput Pisang

Saya ada menanam pokok pisang di depan halaman rumah sewa di Muadzam. Saya ingin berbudi pada tanah. Berbudi pada orang akhirnya saya meraung dalam hujan dekat jalan nak ke Rompin. Baiklah saya fokus berbudi pada tanah jea... he he he. Saya bukannya mengharapkan balasan, tetapi janganlah akhirnya saya dihina. Kita duduk atas pentas dunia yang sama... Kot-kot saya yang dihina ini mungkin lebih mulia... Manalah tahu.


Bahan yang diperlukan adalah pisang, gandum, telor, perasa vanila dan juga rajin dan peralatan basik memasak. Gambar di atas pisang itu dilenyak dengan begitu bersungguh seolah mahu menghapuskan kenangan pahit lagi menyakitkan. Segala kesakitan itu hanya allah yang tahu... Masa lenyek pisang tersebut boleh maki dalam hati.



Kita kena lanyak pisang tersebut, biar segala derita di hati hancur lenyek di dalam periuk vision (yang dibeli secara angsuran dari rakan sekerja iaitu Kak Ina Tudung labuh).

Untuk hasilkan jemput yang lembut, disarankan letak telur. Telur ayam, kalau tak ada telur ayam, guna telur itik atau telur angsa pun tak apa. Tak ada orang nak marah. Dalam kes saya, saya letak telur ayam yang saya beli kat Tunas Manja. Masa nak beli tu tengok betul-betul takut telur tiruan pulak.



Letak telur tersebut sahaja. Jangan letak kulit telur kecuali kita nak berikan kepada musuh ketat kita atau nak beri mak mertua makan. Kalau kita berniat begitu, kulit telur tersebut haruslah kita kisar dahulu sehingga halus dengan mesen pengisar. Barulah bubuh dalam adunan pisang lenyek tersebut. Masa makan mereka tak sedar bahawa mereka makan jemput kulit telur.
Tetapi kalau mak mertua kita baik, tak perlulah kita bersusah payah.



Dan tentulah kita perlukan gandung dan sedikit gula dan perasa vanilla. Bukan apa, saja nak biar nampak banyak bahan. Kalau tak ada pun tak apa. Kita makan pisang pun tak letak gandum atau vanilla.



Kacau-kacau-kacau dengan menggunakan senduk. Gambar di atas saya guna pelenyek sahaja. Malas nak basuh banyak barang.



Dah siap!, saya makan sambil tengok tv dan baca majalah Glam terbaru. Jemput ni rasa tawar sikit tapi lembut dan suci.


Yang ini untuk jiran saya iaitu Ja. Saya pergi hantar ke rumahnya pada malam tersebut. sesudah masak terus ke rumahnya biar dia makan panas-panas baru sedap. Biar dia makan bersama isterinya.


Keesokan harinya mereka masih bernafas, bermakna saya berjaya memasak jeaput pisang ini. Saya juga ada tanya Ja adakah dia terberak pada paginya...


Jan: Best juga memasak walaupun tak pandai mana,

3 comments:

Nong Andy said...

"Masa lenyek pisang tersebut boleh maki dalam hati."

ya.. paling best buat macam tu lepas geram :)

sukiman said...

he he he, saya lenyek sesungguh hati...

Sarah Amanda said...

"Kot-kot saya yang dihina ini mungkin lebih mulia... Manalah tahu."

saya pun setuju statement kat atas tu.

.