"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 25, 2015

Faktor-faktor yang membawa kepada keinginan untuk memiliki kereta

Ada orang mahu memiliki kereta kerana tiada kenderaan awan yang boleh membawa dirinya dan pasangannya dan anak-anaknya ke destinasi masing-masing. Ke pejabat atau ke sekolah. Maksudnya sampai bila-bila perkhidmatan itu tidak ada kerana mungkin lokasi rumahnya di kawasan agak pendalaman dan tidak bandar.

Ada pula ingin memiliki kereta kerana walaupun ada kenderaan awan disediakan namun kos pengankutan keluarga menjadi lebih tinggi daripada memiliki sebuah kereta. Yang mana dengan memiliki kereta ia juga memudahkan urusan-urusan lain yang datang dengan tiba-tiba...

bersambung...

Me, my car, my life

Saya dapati rakyat Malaysia ramai yang bangkrup akibat daripada hutang kereta (25%), berbanding hutang perniagaan (12%) dan hutang peribadi (13%). (Sumber : Malaysia Department of Insolvency).

Ini menunjukkan apa yea? (buat-buat tanya).

Dari dahulu lagi saya perasan orang Malaysia kuat `perasan' apabila membeli kereta. Mereka memakai kereta tidak ukur baju di badan sendiri. Sehinggakan saya selalu memberitahu anak-anak saudara saya yang pemiliknya berkemungkinan besar sebenarnya tidak mampu memiliki kereta tersebut, apabila melihat sesebuah kereta cantik melintas jalan.

Saya tahu benar di Malaysia orang defined kita melalui apa kereta yang kita pakai. Dan bagi sesetengah orang pula mereka dangkal mengatakan jenis kereta yang kita pakai penentu kita berjaya atau tidak dalam hidup. Penilaian dangkal ini amat dikesali. Selamat datang ke Malaysia.

Saya sekarang memakai Myvi. Ia adalah kereta pertama saya yang saya percaya berkemungkinan besar dalam hayat saya, saya hanya akan membeli kereta dua kali sahaja. Saya tidak mampu bertukar kereta seperti masyarakat saya.

Saya memiliki kereta apabila umur saya 38 tahun (satu rekod dalam keluarga saya yang saya percaya tidak akan dicapai oleh keluarga saya). Dan saya menggunakan kereta ke tempat kerja setiap hari yang jaraknya tidak sampai lima minit pun. Dan hujung minggu saya kerap ke rumah saya di kuantan (ambil masa satu setengah jam). Perjalanan jauh yang saya lakukan ialah balik kampung.

Saya tidak lagi muda untuk konvoi beramai-ramai dan pergi hu-ha - hu-ha sana sini. Jadi saya tidak mengumpul banyak kilometer. 

Namun sama seperti lelaki lain (mungkin juga sekarang perempuan lain), saya ada minat dengan kereta. Saya suka kereta Honda. Namun tentulah ia agak mahal dan di luar kemampuan saya. He he.

Saya tahu saya mampu bayar untuk bayaran bulanannya, tetapi saya wajib ambil kira belanja bulanan petrol, bayar insurans dan servisnya. Begitu juga dengan pembayaran lain iaitu tayar dan sebagainya. Ringkasnya saya tidak boleh hanya mengukur atas pembayaran bulanan sahaja...

Namun faktor  pandangan di atas tidak dikongsi oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita...

Tuesday, November 24, 2015

"Someone Jahanam Like You"

Debat, debat debat!

"No komen..." Jawap saya sepatah.

Saya tahu ada yang mahu tahu pendapat saya mengenai kemenangan mahasiswa kita di peringkat antarabangsa tersebut. Saya tak nak komen sebab tak nak nanti ada yang sentap. Dan tak pasal-pasal kata saya teruk dan jumud, harapkan rupa saja... (he).

Saya sudah hidup agak lama. Ada beberapa perkara saya `belajar' dan `diajar' dengan baik oleh dunia ini. Untuk cari orang yang pandai berdebat ramai...tapi bila tang nak buat kerja? Hampeh.

Sebagai tenaga pengajar, saya berdepan dengan 1001 karenah pelajar. Adakalanya saya rasa nak marah dan ada kalanya sangat rasa nak gelak. Berbalang.

Dan saya percaya perdebatan bukan bererti kemenangan yang benar dan hakiki. Kemahiran bercakap dan menggunakan bukti (manipulasi bukti) tidak membawa kepada kebenaran.

Malah orang yang pandai bercakap ni...tak boleh kita percaya.

Percayalah!


Image result for debate clipart

Monday, November 23, 2015

Ghost Ship 2015 (Thailand)




Rilis: 12 Nov 2015
Bahasa: Thai
Gengre: Horror
94 minit...
Sean Jindachot,

Nutcha Jeka
  • RELEASE DATE
    12 Nov 2015
  • LANGUAGE
    Thai
  • GENRE
    Horror, Thriller
  • CLASSIFICATION
    P13
  • RUNNING TIME
    94 minutes
  • DIRECTOR
    Phontharis Chotkijsadarsopon
  • CAST
    Sean Jindachot, Sean Jindachot, Dharmthai Plangsilp, Pongsatorn Sripinta, Nutcha Jeka
  • red Mia?
Hujung minggu lalu, setelah menonton filem Ghost Ship bersama anak-anak saudara saya, seorang daripada anak saudara saya beritahu dia mahu soal saya tiga soalan.

Tiga soalan tidak banyak. Kata hati saya. saya bertanyakan apa soalan pertama dia.

"Iman rasa hantu wujud ke tak?"

Saya terus jawab siap dengan alasan dan contoh. Saya memang tidak percaya hantu itu wujud. `Hantu' di kalangan manusia ada, he he he. Itu pendapat saya.

Selepas itu saya terus bertanya, apa soalan kedua dan ketiga?. Anak saudara saya beritahu soalan kedua dan ketiga itu hanya perlu dijawab oleh orang yang percaya tentang kewujudan hantu.

Dalam Ghost Ship ia membawa tentang tema biasa, orang yang mati menjadi hantu sebab hajat tak sampai, atau teraniaya atau mahu membalas dendam. Cuma ia berlaku di atas kapal dan sebenarnya cerita ini cerita seram-lucu.

Filem jenis seram lucu ini banyak juga dibuat oleh pengiat filem Melayu Malaysia. Namun saya dapati mereka menjadikan filem sebegitu kepad kepada jenis filem seram-menyampah. He he.

Cerita ini boleh dijadikan hiburan kerana saya dapati ramai yang ketawa dan ramai yang ketakutan. Saya dapati ia berbaloi dengan RM yang dibelanjakan.

Oleh kerana ia jenis filem seram yang lucu, tidak adil untuk saya bandingkan dengan cerita seram Nang Nak yang saya kategorikan filem seram yang bagus...

Filem ini diselitkan juga dengan unsur cinta, emmmm menyampah betul!

Wednesday, November 18, 2015

Kisah keputusan UPSR anak kawan saya...

Saya setuju jika ada yang berpendapat pelajar yang mengumpul A dalam setiap mata pelajaran tidak semestinya akan membesar menjadi seorang yang bijak, cemerlang dan menyumbang dalam kehidupannya dan orang di sekelilingnya. Saya sudah mula kenal `silat tari' kehidupan. Umur saya bukan 17 tahun. Saya bukannya mentah lagi.

Sama seperti kita dimahu percayakan bahawa apabila kita membuat baik, orang akan membuat baik kepada kita... Ia adalah mitos, tidak semestinya. 

Malah saya percaya pelajar yang mendapat A ini akan bekerja makan gaji dan jika tidak makan gaji pun mereka akan bekerja di bawah pelajar yang mengumpul banyak B. Atau C! Itulah realitinya sekarang. Cuba lihat sekeliling kita.

"Mendapat A menjadi ukuran yang sangat penting sekarang..." Kata kawan saya yang mewasap memberitahu anaknya langsung tidal dapat A dalam UPSR baru-baru ini. Dia kecewa sebab dia telah hantar anak dia ke tution dan berharap sangat anaknya tidak menjadi bodoh macam dia. (dia mengaku dia bodoh).

Saya yang tidak ada anak ini mustahil dapat merasai perasaan ayah yang anaknya tidak cemerlang dalam pelajaran. Yang saya tahu adalah fakta iaitu peperiksaan UPSR itu telah membawa malu kepada dirinya dan anaknya. Dan keluarganya.

Saya rasa kesian kepadanya dan juga anaknya. Anaknya tentu malu dan anaknya juga tentu tahu ayahnya kecewa. 

Kepada saya, peperiksaan adalah bertujuan menguji kefahaman. Jika kefahaman kita rendah/lambat tidak semestinya kita tidak berjaya dalam hidup. Sebab kefahaman yang kita `hilang' atau rendah itu boleh kita raih kembali melalui masa. Yang paling penting sekali mesti tidak putus asa dan tekun terus menerus meraihnya. Yang paling penting sekali kita tetap peluk anak kita kuat-kuat, ucap tahniah dan mesti cuba lagi...atas ketidakjayaan anak kita.

Apa salahnya peluk menyumbang semangat apabila anak kita gagal...

Kita kena bersyukur kita ada anak dan sihat pula. Orang lain ada anak kucing jea. Atau anak kucing pun tak ada sekadar kucing jiran...(saya la tu). Kita mesti sayang anak kita walaupun dia tidak cemerlang dalam peperiksaan. Yang membentuk satu kehidupan adalah kasih sayang bukan peperiksaan... Percayalah saya. Kita boleh tanam sifat yang baik kepada anak kita selain tersesat dengan upacara `menguji kefahaman' tersebut. He he.

Kadang-kadang kita kena akui anak kita mungkin menurun perangai kita...iaitu taklah pandai sangat. He he.

Untuk satu cinta dan kasih sayang demi sebuah kehidupan kita harus sayangi anak kita. Kita jangan malu kerana anak kita dapat 4C. Tapi kita harus malu kalau kita jenis mak bapak yang tidak peduli pelajaran anak kita. Itu yang patut kita malu.

Percayalah keputusan UPSR itu nanti hanyalah setitik cerita dongeng dalam perjalanan hidup anak kita itu. Kerana dalam sesebuah kehidupan, keberanian dan ketekunan yang terus menerus untuk terus majulah yang membawa kepada kebahagian...bukannya cemerlang dengan A.

Cubalah ubat hati dan motivasikan diri agar anak-anak lebih berjaya...itu yang paling penting... Jadi positif orang kata...








Saya tidak rasa selamat...

Setiap kali saya masuk kawasan perumahan saya, sama ada di Perumahan Kuantan atau di perumahan kakitangan, saya akan tersenyum dan melambai mesra pengawal di pintu pagar besar. Mereka duduk di pondok jaga. 

Dengan adanya pengawal perumahan, rasa selamatlah sikit walaupun bukan 100% selamat. Sekurang-kurangnya selamat daripada rompakan rumah bila kita tiada di rumah. Maksud saya orang datang merompak dengan lori bila tuan rumah tiada. Ini bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat kita...

Apabila berada di rumah, saya sentiasa kunci pintu pagar dan pintu grill. Begitulah juga apabila saya meninggalkan rumah. Saya tidak percaya dan tidak berani meninggalkan rumah tidak berkunci. Saya percaya dalam masyarakat kita ada pencuri dan perompak. Saya rasa tidak selamat.

Dan begitulah juga semasa saya nak tidor pada setiap malam saya kunci pintu rumah dan tingkap wahima bilik tidor. Itupun kadang-kadang sayya tidak lena tidor. Sebelum ada pondok pengawal, rumah jiran sebelah juga dicuri. Pencuri mencuri keempat-empat tayar kereta!

Saya tidak percaya kehidupan kita selamat dan damai. Akan selalu ada golongan yang mencuri dan merompak. 

Saya juga kunci kereta setiapkali saya tidak gunakanya. Saya percaya akan selalu ada orang yang ambil kesempatan mencuri. Seorang kawan saya kehilangan komputer riba walaupun keretanya dikunci. keretanya dipecahkan. maknanya tidak selamat barang-barang dalam kereta kita walaupun berkunci.

Apabila berjalan seorang, saya sentiasa berhati-hati dengan beg duit saya. walaupun saya tidak ada banyak duit, saya sentiasa percaya ada penyeluk saku yang kerjanya mencopet. Saya kena berhati-hati walaupun di masjid!






Hujan lebat tetapi dan tidak henti-henti...

Image result for heavenly rain
Add caption


Pada hari ini saya berkuliah dengan memakai baju panas BUM Equip. Pada mulanya saya mencapai jaket, tetapi ia agak sendat dengan saya. Perut saya buncit.. He...

Sebaik sahaja saya bangun pagi, saya merasa sejuk. Apatah lagi saya tidor tidak berselimut. sebenarnya daripada kecil lagi. Entah kenapa bila berselimut saya rasa rimas dan pernafasan saya terganggu. 

Saya masih rasa sejuk walaupun saya tidor memakai pakaian. sebenarnya sudah hampir sebulan saya tidor berpakaian. Atas suatu sebab tertentu saya sudah mulai belajar tidor berpakaian. Pada mulanya memanglah agak tidak selesa, namun saya harus berpakaian apabila tidor. saya mulai dengan basik dahulu. saya pakai seluar pendek. Lepas itu saya pakai baju... Tapi saya tetap tidak berselimut.

Dulu saya tidor dengan hanya memakai minyak wangi. Hugo Boss.

Sekarang memanglah musin tengkujuh. Bagi generasi baru yang hanya pandai kumpul A dalam setiap mata pelajaran tetapi malas nak membaca...maksud tengkujuh ialah hujan lebat. Maka maksud musim tengkujuh ialah musim hujan lebat...

Musim tengkujuh saya perlahankan penyaman udara. Sebab ia akan terlalu sejuk jika guna tahap yang biasa. Musim tengkujuh juga saya cepat lapar. Saya tidak tahu pula kenapa apabila hujan lebat saya cepat lapar. Maka di musim tengkujuh ini, saya sediakan roti di pejabat.

Dalam hujan lebat ini saya berpendapat Malaysia mempunyai dua musim yang nyata. Musim kering kontang dan musim tengkujuh. Aktiviti luaran saya tersekat. Saya tidak berani ke Bandar Kuantan sebab banjir kilat boleh terjadi tiba-tiba sahaja. Saya juga sebenarnya tidak ke Kuantan, bimbang apabila banjir berlaku saya tersekat.

Saya berpendapat setiap orang ada cara sesuaikan kehidupan mereka dengan musim tengkujuh ini. Contohnya saya sudah letakan payung dalam kereta.






Tuesday, November 17, 2015

Menyesal tak beli bekas bawang Tupperware...

Saya rasa menyesal pula kerana tidak membeli bekas bawang Tupperware dalam katelog yang lalu. Memang harganya agak mahal, namun setelah berfikir agak panjang saya ambil keputusan untuk memilikinya. Sebabnya sangat murah dari segi nilai tambahnya. Lagipun saya dapati atas perkara lain saya tidak berjimat. Kenapa kepada sesuatu yang berharga saya berjimat?...kononnya (menyedapkan hati).


Image result for katalog tupperware bekas bawang
Bekas bawang...

Perlukah dapur saya kemas wal hal seminggu sekali saya tidak masak? Jawapannya: Perlu untuk mata hati saya. Motivasi hidup.

Saya pernah disindir gurau oleh kawan saya (yang statusnya dalam setahun empat kali ke Eroupe). Bila dia masuk ke dapur sekangkang kera saya, dia kata " Man semua ni buat perhiasan saja kan?"

Bekas bawang ini sebenarnya boleh diletakan barangan lain yang sesuai. Dan kalau disusun ianya cantik dan moden.

Oleh sebab itu saya wasap kawan saya supaya cari kembali bekas bawang tersebut. Saya mahu membelinya...

Kalau ada rezeki, adalah...


Sunday, November 15, 2015

Gua...

gELAPNYA GUA ini...

Ada banyak cara untuk aku keluar dari gua ini... Mengapa aku tidak memilih sebarang cara...?

Friday, November 13, 2015

It Must Have Been Love

But It's over now...

Bekas sos bunga kangkung, ubat hati saya


RM5 satu `NOS (New old stock)


Semalam saya telah membeli 6 biji bekas sos Bunga Kangkung dari blog Ezany. Bekas sos ini adalah untuk melengkapkan koleksi pinggang mangkuk lama (PML) Bunga Kangkung saya. Saya dah ada teko, cawan, pinggang makan, mangkuk, sudu dan piring bujur...

Setelah bank in duit kepada Ezany, saya tersenyum riang. Bagi saya Ezany Raja PML Malaysia. Saya juga pernah beli almari lama dari beliau. Almari tersebut kini saya letak pinggang mangkuk Pyrex Chelsea saya. Aneh kan?

Saya mula bertambah giat mengumpul PML ini sebagai "keep busy, don't look back" program" saya. Maksud saya dalam sedih dan lara saya mesti ubat hati saya dengan buat banyak perkara yang saya minat. saya kumpul PML dan berkebun.

Saya tidak pergi ke sarang pelacuran...

Tetapi tentulah ianya tidak dapat melenyapkan perasaan di dada saya...gerhana dalam hati... Tapi saya tetap mahu mencuba lupakannya sampai hujung nyawa...(pulak)

Sekarang saya tidak sabar menunggu bungkusan pos... saya akan susun bekas sos itu macam dalam pameran. Suatu hari nanti saya akan guna.

He he he. 

Adakah saya bertambah aneh?

Diet nasi saya...

Sudah 13 hari saya tidak jamah nasi. 

Saya hanya tidak makan nasi tetapi saya makan makanan lain seperti biasa. KFC bagai.

Saya sangat percaya yang nasilah membuatkan saya bulat. Kawan saya kata diet saya salah. Saya tidak peduli.

Kevin Zahri kata boleh makan nasi tetapi segempal tangan cuma. Saya tergelak bila baca petua dia. Saya tidak mampu untuk makan sedikit sebab bila saya makan saya hilang kawalan diri. Mula-mula sikit lepas tu bertambah menambah!. Nafsu nasi saya kuat! Saya tentulah lebih kenal saya sendiri berbanding Kevin zahri yang tidak pun kenal saya.

Sepanjang 13 hari ini ianya sangat perit dan mencabar. Sebab terpaksa menahan apa yang kita suka. Contohnya semasa cuti balik kampung semasa berkumpul makan nasi, saya cicah ayam merah dengan roti gadinear jea. Rasa nak menangis adanya.

Begitu juga apabila kawan saya berikan nasi arab, saya hanya makan dagingnya. Saya beritahu kawan saya, saya sudah makan. Saya letak nasi itu dalam peti. Lepas itu saya panaskan dagingnya dan buang nasi.

Nasi sedap. Sebab bila kita makan dengan lauk yang kita suka. Kita akan tersenyum girang. Tersenyum puas.

Saya harap suatu hari nanti saya dapat pakai baju yang saya beli di Camerong Highland. Dua pasang baju tu memang saya beli untuk dipakai masa saya kurus. He he he.

Saya rasa ada sisi lawak dalam diri saya...

Juga sisi bodoh...(he he he)

Thursday, November 12, 2015

Cinta itu tugunya setia...


Saya percaya tidak ramai orang sekarang yang hidup bertuah. Maknanya ramai yang malang, he he he. Zaman sekarang lagilah...

Saya suka melihat gambar yang adik saya kirim di atas. Sifir dia senang sahaja. Lebih senang dari sifir 12.

Sifir dia bukti sebuah cinta adalah kesetiaan...

Ah! beruntungnya orang lain. Eh tapi ramai yang lebih malang...he he he.

Bertopi pulak dah!

Tanpa edit...


Saya sangat jarang memakai topi. Topi ini rakan sekerja saya Dr Haji Othman hadiahkan. Dia beli di Australia semasa beliau pergi melancong. Saya rasa berbangga kerana dapat topi berbanding dengan kawan-kawan saya yang dapat kicing.

Saya terus memakai dan urbankan diri di bandar Kuantan pada suatu hujung minggu. Terasa jugak malu sebab rata-rata yang pakai topi adalah muda belia belaka. Cuma saya sahaja yang sudah melewati 45 tahun. Tapi topi tak ada kaitannya dengan usia. Tidak pernah saya jumpa dalam jurnal topi ada kolerasinya dengan usia. Saya terus memandaikan  diri. 

Bertambah pula kawan saya beli telefon bimbit baru. Terkejut juga bila kawan saya beritahu harganya dekat RM3K. Lalu saya terus posekan diri, nak tengok cantik tak gambar kemeranya. Jadi tanpa malu kepada  taukeh kedai dan pelanggan lain, saya terus posekan diri.

Ada seorang mak cik tengok, saya buat tak tahu jea...apa salahnya pukul gambar?

Saya jaga topi ini dengan baik...sebab ianya mahal...




Hidup di bandar dan hidup di kampung

Image result for urban


Dalam definisi biasa, kawasan yang mempunyai penduduk melebihi 10,000 nyawa dikategorikan sebagai kawasan bandar. Maka dapatlah kita katakan terdapat banyak bandar-bandar di Malaysia. Manakala bandar ada pula dikatogerikan bandar kecil dan ada yang digelar bandar besar.

Pada awal tahun 70an, terdapat 26.7% penduduk Malaysia tinggal di bandar. Jumlah kepada nyawa tersebuat adalah dalam 2.8 juta orang. Dan dapatlah kita bayangkan pada tahun-tahun sebelumnya mungkin tidak sampai 10% penduduk di Malaysia tinggal di bandar. Betapa `kampung'nya kampung kita...

Sekarang lebih 70% penduduk Malaysia adalah tinggal di bandar, iaitu dalam lebih 21 juta orang, Adakah ini petanda kita sudah maju? Adakah hidup di bandar adalah lebih baik daripada hidup di kampung? Adakah kita mesti memperhebatkan lagi kemunculan bandar-bandar baru?

Saya tidak dilahirkan di kawasan bandar, namun kampung saya tidaklah terlalu `kampung'nya. Cuma masa remaja saya saya habiskan kebanyakannya di kawasan bandar. Tetapi posting ini bukanlah pasal saya. He he.

Cuma saya mahu tekankan persoalan haruskah kita membandarkan diri dan kehidupan kita? Apa salahnya tinggal di kampung jika kita mendapat keselesaan dan keharmonian yang lebih bermakna. Pihak-pihak yang mengejar suapaya proses pembandaran giat berlaku haruslah juga berfikir kos sosial yang akan wujud.

Dan sekarang kos sosial itu semakin jelas, sejelasnya.

Haruskah kita berbangga lebih 70% penduduk kita tinggal di bandar berbanding dengan Jepun (65%) atau di Perancis (60%)? Tidak adakah ukuran lain yang boleh kita gunakan untuk mengukur kemajuan hidup kita. Mestikah negara maju penduduknya ramai tinggal di bandar?

Tentulah adalah lebih baik hidup di kampung jika hidup di bandar kita tidak dapat membiayai kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding di kampung. Dan begitulah juga baiklah kita hidup di bandar jika ianya dapat memberi taraf hidup yang lebih selasa berbanding di kampung, sebab kita mampu.

Maka tempat tidaklah banyak memainkan peranan tetapi upaya kita...

Sekian...

Hantu di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

Saya pengguna tegar LPT2. Kini sesekali sahaja saya balik menggunakan jalan `jalan pantai'.

Saya dapat bezakan perjalanan jauh saya dahulu berbanding dengan perjalanan saya sekarang. Tiada masalah di LPT2 ini kecuali ia membosankan. Namun itu tentulah kegagalan saya menceriakan perjalanan saya. 

Pemain CD di kereta saya pula sudah tiga tahun rosak. Saya hanya mendengar radio, namun benci jugak dengan gelagat sesetengah penyampai yang buat lawak dan ketawa sendiri. Tetapi tak apalah mungkin itu cara mereka cari makan.

Memandu dalam waktu yang lama sangat memenatkan, mengantuk dan membosankan. Namun LPT2 ini memberi kesenangan yang besar kepada saya. Saya boleh memotong dengan selamat dan saya dipotong dengan selamat.

Saya tidak ada keperluan setakat ini untuk membuat perjalanan pada waktu malam. Saya masih lagi memilih waktu siang dan berpendapat jika ada apa-apa yang tidak diingini biarlah pada waktu siang. Panjang sikit langkah dan akal saya.

Bukan saya takut hantu tetapi saya lebih rasa selamat menjalankan perjalanan di waktu siang. Saya tidak percaya langsung hantu menyebabkan kemalangan. Malah bagi saya sangat kolot dan mengarut. 

Kawan saya ada beritahu di sesetengah tempat adalah tempat `keras'. Saya tergelak dalam hati. Saya dah lali dengan cara manusia menyalahkan hantu dalam banyak hal dan kejadian, padahal mungkin merekalah yang `hantu'nya. He he he.

Saya memandu seorang diri, jadi amat munasabahlah saya rasa bosan dan mengantuk. saya ada berhenti di RnR tetapi keadaan RnR ini baru beroperasi, tidak menarik lagi. Mungkin pada masa hadapan ia akan lebih menarik untuk saya berhenti.

Saya dapati banyak juga kemalangan yang berlaku di LPT2 ini. Kemalangan yang terjadi mungkin kerana faktor pemanduan dan keadaan fizikal lebuhraya itu sendiri, bukannya disebabkan hantu-hantu yang berkeliaran.

Saya tetap berpendapat LPT2 ini banyak manfaatnya, Sebab tulah apabila muncul isu LPT2 patut ditutup, sekali lagi saya rasa nak tergelak, kecewa dan rasa nak pindah duduk di Afrika...




Friday, November 6, 2015

Halaman November 2015

Pokok Manggis ni sudah membesar, harap tahun depan berbuahlah
Pokok Manggis ini sudah semakin besar. Payah dan lambat sungguh tumbesarannya, namun saya tetap sabar. Buah Manggis sedap, mungkin sebab itu ia sukar untuk ditanam dan menunggu bukan main lama. Sama kes dengan pokok durian.

Ada lima pokok sahaja yang tinggal. Tiga telah mati. Satu mati akibat kecuaian saya, dan dua lagi mati kerana tanah bertakung air.


Pokok Brazillian Ironwood diselikan dengan pokok Gelang Tikus/gelang Merah

Batang pokok Brazillian Ironwood ni cantik coraknya




P.Ramlee - Tiada Kata Secantik Bahasa

Thursday, November 5, 2015

Sepinya dunia seni suara saya...

Saya sudah tidak peduli dengan dunia seni suara tanah air. Jika ditanya seni lakon dan seni suara, saya memang lebih mengemari seni suara. Ia lebih bebas.

Semenjak Kak Pah tiada, saya tidak melihat rekod atau anugerah berkualiti akan dicipta dalam bidang seni suara kecuali rekod untuk anugerah glamour.. Jika ada lagu baru yang sedap atau suara sedap, saya hanya mendengar `masuk telinga kanan keluar telinga kiri'. 

Kebanyakan penyanyi baru suaranya seolah dibuat-buat. Tidak berbunyi ikhlas dan kadang-kadang memang tidak boleh menyanyi pun... Saya tidak mengikiti AF tetapi saya ada ikuti pertandingan akhir. Kesimpulannya mudah, ramai yang tidak ada suara pun untuk menjadi penyanyi. 

Ciptaan lagu juga begitu...

Ramli MS, kena lebih ikhlas...he he he.

Cuma sesekali saya terlihat berita mengenai penyanyi-penyanyi lama di akhbar. Yang saya kenali dari zaman muda saya. Saya berminat mahu tahu. Contohnya Nasir Wahab nampak muda dan masih boleh menyanyi.

Mungkin faktor usia yang menyebabkan telinga saya semakin memilih, atau memang benar penyanyi lama boleh menyanyi dan ada suara yang sedap.

Namun ada suara dari seberang yang sedap. Penyanyi muda mereka ada suara dan gaya.

Akhirnya saya mendengar juga lagu anuar Zain yang pada saya beliau bukanlah muda lagi...

Saya tidak menunggu album sesiapa pun lagi...sesiapa pun...


Tuesday, November 3, 2015

Dalam media sosial ia mungkin sebaliknya...

Saya pernah menulis hal ini dulu. Saya bercerita mengenai suatu kejadian pada kawan saya (Mek Yah) yang tidak tahan melihat kawannya (Mek Pua) yang pergi bercuti sekeluarga sana sini tetapi tidak membayar hutangnya.

Dan apabila beliau (Mek Yah) dalam kesempitan, beliau meminta hutang tersebut di FB Mek Pua (setelah segala usaha gagal). Dan bermulalah episod kawan saya Mek Yah yang meminta hutang itu dicerca dan dihina dalam FB. Kononnya tidak perlulah minta hutang melalui FB. Mek Yah kena serang dek kawan-kawan media Mek Pua yang sebenarnya bukanlah kenal sangat perangai Mek Pua.

Kesimpulan cerita di media masaa nampak pula kejahatan Mek Yah, bukannya Mek Pua yang suka berhutang sana sini tetapi tidak bayar.

Begitu juga dengan wasap mewasap. Apa yang kita tulis mungkin dibaca dengan nada dan perasaan yang berbeza mengikut masing-masing kepala. Contohnya:

"Saya rasa awak patut pergi jumpa bomoh, berubat!"

Penulisan di atas mungkin mahu kita pergi berubat sebab penulisnya `caring' pada kita.

Dan kedua jangan tak sangka penulisan itu mungkin nak menghina, mengkolotkan kita. Haa...





kalau orang yang kita kenal tak apalah. tapi kalau nak bagi nasihat perkara yang senditif agak sukar sebab kita tidak kenal...

Monday, November 2, 2015

Abang masih bercinta...

Hujung minggu lalu Abang berkereta menuju balik ke Muadzam. Ini adalah rutin Abang semenjak Abang ada kereta. Boleh dikatakan Abang akan ke Kuantan melihat rumah Abang...hampir setiap hujung minggu.

Abang ke panggung wayang tetapi tidak ada cerita bagus... Ada cerita cinta tapi semestinya tidak sebagus cerita cinta abang...

Dan hujung minggu lalu Abang berkereta dalam hujan...Abang bawak kereta perlahan sahaja. Abang sangat sejuk namun Abang harus pasang juga alat penghawa dingin supaya cermin kereta tidak kelabu...

Jauh sangat rasanya perjalanan ini...sambil Abang dengar lagu... Lagu membawa Abang kepada adik... 

Abang rasa sangat sedih dan tidak percaya. Sehingga ke hari ini Abang masih tidak percaya, adik pergi... Adik tahu Abang tidak boleh hidup dan jiwa Abang akan `mati'... tetapi adik pergi juga...

Adalah lebih baik Abang anggap adik telah mati...

Ianya lebih baik...barangkali...

Biar yang tinggal adalah indah, matahari, musim bunga...dan cinta Abang

dan akhir sekali hanya akan ada cinta Abang