Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Pantun buah salak

Buah salak di atas para,
Kulit keras semacam duri;
jangan hidup meracun lara,
Kekasih lari jagalah diri.


Buah salak buah idaman,
Ibu mengandung sembilan bulang;
Kekasih curang ada hukuman
Itu tanda adilnya tuhang


Makan salak di tepi perigi,
Tertelan butir jumpa pawang;
Tertangkup langit dengan bumi,
Kasih suci tetap tak hilang.

Hati rungsing di Pasir Salak,
Dendangkan lagu Sri Serawak;
Buah salak sangatlah enak,
Kena yang manis rasa berlemak.

Jan: Pantun lara koleksi jangkaulu.

Seorang pak cik dan sekilo salak...





i

dalam hujan renyai
dalam bayu berpuput lembut
seorang pakcik (awal 40an) bermyvi
memecut laju balik ke rumahnya
memecut laju pecut berahinya
memecut laju kerana salaknya

ii

buah salak buah idaman
baru dibeli di gerai makcik
dek terpana terpana kesiankan makcik
dek terpana sayu mata adik...
dibelinya sekilo RM10.


iii

kalau yang jeruk,
dimakannya sampai sakit perut
bila perut sudah menyucuk
ke klinik akhirnya dia dicucuk...
suntikan doktor ubat RM25 (panel yang bayar, he he he).


(Dan sesungguhnya suntikan itu lebih mahal daripada buah salak yang dibelinya).

iv

sajak ini bukan sajak doktor
puisi ini bukan puisi suntikan...
bukan juga seloka gurindam
pasal ia seorang pakcik
tentang ia sekilo salak...

v

di rumah sampai rakus mengupas
di meja jati kulit dibuangi
salak mula dipunggah ranggah
salak satu busuk baunya
salak dua, tua hujungnya...

vi

Pak cik tidak marah
Pak cik tidak melatah
Hati tidak merekah

(Kalau 2, 3 tahun dahulu mahu dimarahnya (dalam hati) tetapi kini dia redha sahaja...)


vii

Dia tiba-tiba tersenyum!


Baca dengan teliti sajak moden di atas dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya;

a) Bincangkan tema dan persoalan yang cuba diutarakan oleh penulis di dalam sajak di atas.


b) Kenapa pakcik tu telah tersenyum? Berikan alasan berdasarkan kontek masyarakat hari ni.




jan: tiba-tiba kelu... (pulak dah)

Thursday, October 27, 2011

Ketika kukesat airmataku dengan lengang baju...

Ketika ku kesat airmataku dengan lengan baju,
awam tak membiru...
langit tak cerah, hujan tumpah...
Dalam perit rindu yang parah
Dalam sesak nafas harapan yang punah
aku bersumpah...

Kutolak motorku ke tepi longkang
kubuang helmetku di tepi jalan,
menangis aku macam budak
bersumpah aku macam Saiful...

Ketika kukesat airmataku dengan lengan baju
Aku hanya mahu mati
Aku hanya mahu pergi
Aku hanya mahu tiada
gagalku menolak rasa-rasa
walau esok tetap ada mentari...
tak kan sirnanya menerangi lagi

ketika kukesat airmataku dengan lenggang baju
tiada siapa di sisi aku
harapan hancur bertaburan
ceria cita-cita bergelempangan
terasa tiada apa lagi lagi kecuali tuhan
dan aku merayuNya...
untuk tunjukan satu kebenaran...

Jan: Jangan bersumpah tak baik, hidup akan tersekat, penuh dendam tak tersukat!

Thursday, December 9, 2010

Hati sepertinya...



Suatu petang kupergi berjalan,
Kuberjalan sambil berangan,
Tersampai aku kat kedai kopi tian (Kuantan...)

Kuminung sendirian...tak berteman
Angin bayu berpuput lembut di pipiku...(pulak dah)
Kuoder kopi pahit sambil memandang ke hadapang (nampak bangunan megamool)


Kelihatan seorang puang 50an melintas jalan
Tergopoh gapah macan dikejar orang...cemas semacam.
Sampai di seberang dekat Myviku, dia ketawa seorang,
Mungkin kerana berjaya menyeberan jalan...(amboi seronok bahagianya)
Ditadahnya doa, duduk bersila atas rumput!
Nampak macam orang gila...tak sarea tak center

Tiba-tiba,
Dia picit remote kereta!
Honda sivik merah menyala!

Kat pasar mana?
Kat kedai mana?
Kat The Mall mana ada jualnya?
Kuingin membeli hati sepertinya...


Jan: Saya ingatkan orang gila...tapi rupanya orang tua yang bahagia yang ada hati muda...

Thursday, August 19, 2010

Pantun Ramadhan: Versi Bazzar

Sekadar hiasan...




Panas terik terpaksa berpayung,
Meniti pula jambatan reput;
Ramai orang berduyung-duyung,
Penuh sesak berlapar perut.

Pergi ke bazar bawa raga,
Mahu membeli serba maknika;
Hijau, kuning, merah saga,
Pelbagai juadah ada belaka.


lagi sekadar hiasan...



Berpakaian seksi tak kira bulan,
Walau hanya ke bazar ramadhan;
Awas kita memilih makanan,
Kurang takpa terlebih jangan.

Ke bazar ramadhan hari selasa,
Pergi pula waktu senjakala;
Menjual untuk berbuka puasa,
Memang dapat banyak pahala.

Ada penjual sangat bergaya,
Soup dijual tak sedap mana;
Ternampak juga biskut raya,
Pelbagai jenis rasanya sama.

Duduk seorang tak bermanja,
Balut sendiri segala duka;
Makanan dihidang di atas meja,
Hanya tunggu waktu berbuka.

Jan: Selamat ke bazar ramadhan.

Tuesday, August 17, 2010

Pantun Ramadhan (versi Terengganu)

Pakai tudung tutup telinga,
Sembahyang subuh di sejuk pagi;
Rasa syahdu tidak terhingga,
Ramadhang datang menjelma lagi.

Tengah hari tiba-tiba hujang,
Angkat kaing di semua jemurang;
Rasa lapar memang ujiang,
Rasa letih memang mainang.

Pergi ke surau pakai selipar,
Semasa balik selipar hilang;
Bila kita terasa lapar,
Ingat kita pada tuhang.

Selepas raya berangkat ke mekah,
Tunai rukung tuntutang agama;
Mari kita giat bersedekah,
Menolong kita antara sesama.

Buang anak jangang sekali,
Pandai buat pandailah jaga;
Ramadhang datang setahung sekali,
Bersihkang diri jiwa dang raga.

Malang hari bangung berzikir,
Gandakang ibadat semayang malang;
Waktu berbuka jangang membazir,
Jangang jadi kawang syaitang.

Jan: arini buka posa laut apa?

Wednesday, February 17, 2010

Pantun `saya terbuang...'

Balik bercuti ke Bota Baharu,
Singgah pulak di selatan Siam;
Ada tempat berteduh baru,
Dalam diam saya terbuang...

Dari Besut kerja di Pekan,
Dari Pekan akhirnya ke Muadzam;
Dalam hati rasa terkilan,
Hanya mati padam kenangan.

Petang hari merebus ubi,
ubi direbus di dalam kuali (teafel);
Tuan di awam saya di bumi,
berkirim surat kepada rajawali.

Pantun :Luka di hati....

Kuat sungguh angin utara,
Terbang melayang si buah sena,
Luka di tangan nampak ketara;
Luka di hati badan merana...

Pergi ke hutan mencari ubat,
Miang sungguh si daun buluh;
Luka di tangan boleh diubat,
Luka di hati hancur luluh.

Sakit badan ditikam belati,
Anak teruna berbadan sasa;Bukan senang mengubat hati,
Tujuh purnama tidak terasa.

Thursday, February 11, 2010

Suatu masa jauh dari hari ini...

Apabila berjaya nanti
Apabila segalanya ada...
Kau akan merasa kosong
merasa tak bahagia...

Kau kan menoleh ke belakang...
mengimbau dari manakah engkau bermula...?
Dan di situlah aku akan ada...
kau akan `nampak' aku...
menangis sayangkanmu....

Apabila berjaya nanti
Apabila segalanya dapat...
kau pasti menoleh ke belakang lagi...
melihat aku yang ada di `situ'
yang hodoh
yang gemuk
yang tak berada
yang pernah kau hina...
Ya! akulah itu!
AKU! AKU! AKU!
yang memegang sekaki payung
memayungi seekor biawak pasir dengan penuh kasih sayang...
(sambil aku sendiri basah...)

Nanti suatu masa jauh dari hari ini...kau akan tahu:
apalah sangat nilainya harta
apalah sangat pentingnya gaya
apalah sangat indahnya rupa
dan apalah susahnya untuk setia...

Dan suatu hari itu tuhan akan sangat marah
kerana engkau sangat berdosa!
Dan pada masa itu aku sudah sangat mati...
kerana tanpa nyawa aku tak bermaya...!

Wednesday, February 10, 2010

Sumpah di hadapan laut...

(Sajak khas untuk Laut China Selatan yang ada di belakang rumahku....)

Deburan ombakmu setia
terasa pipi basah ini dihembus angin
angin yang segar bersih...jujur kasih yang mesra
Putih buih ombakmu cuma seketika
hilang kemudiannya ada pula...
Ah...malu pula diri ini keseorangan (sedangkan yang lain ada pasangan)

Kulihat lagi,
Muka lautmu membiru adalah sejarah dada hidupku
hamparan pasirmu adalah diari mangsa sepertiku...
sudah berapa ribu tersedu?
sudah berjutakah sumpahan tercipta?

Antara celahan Pulau Rhu dan Bukit Keluang
dan antara teritip itu.
Antara kerang dan kulit siput pantaimu...
aku pernah berlari-lari di sini sana...
daripada kanak ke dewasa
daripada telanjang ke berbaju
daripada licin ke berbulu

Kulihat lagi,
Biru lautmu mengundang rasa kesalku.
Kerana aku percaya!

Aku percaya dengan cita cinta
konon ada,
ada kononnya,
Ada manusia yang setia dan menghargai :

Kini,
Aku datang kerana biawak pasir itu...
kusapu airmata dengan lengan baju
malu untuk kelihatan tersedu
tetapi hatiku tuhan tau...

Terima kasih atas segalanya...
salam pada pantai
salam pada laut
salam pada kerang
salam pasa pasir...

Aku bersumpah demi tuhan..., (di hadapan laut itu...)


Jan: Wow! banyak punya kecewa ya? he he he.

Tuesday, February 9, 2010

Perasaan ingin diam bila hati ingin mati...

...bilakah berakhirnya riwayat sebuah perasaan?
Riwayat kasih sayang, mungkin juga cinta dan harapan...
Ya! kerana jalan ceritanya telahl ama punah
Kanvas layar berhabuk tercalar-cerai,
carik robek...
yang akhirnya menjadikan hati ini bisa bernanah
yang sakitnya sampai ke tulang tubuh...
tulang tubuhku yang kian kaku, (bila hati kian sayu...)

Menghitung hari di sini...
terasa saja baik mati...
Mati bermula daripada hati...
kerana dialah yang tercedera tidak mampu bernafas...

(Ah! Lautan China Selatan itu tidak mengerti
kerana selalu menjadi diari diri untuk orang lain.
diri orang lain... bukan untuk biawak pasir... )

Apabila pelita tiada apa guna sumbunya...?
Hati yang sakit
menjadikan aku ingin saja berdiam
juga menjadi tuli
dan akhirnya buta tanpa nafas

kerana...? ( biarkan... biarlah...rahsia...)
kerana hati ini
ingin mati...
ingin saja mati...

Wednesday, July 30, 2008

Yang kita dapat...


Yang kita dapat,
silingnya berplaster
lampu suram yang boleh diejas...ada kipas
teguh dinding tak tertolak
lega bersetubuh tak berlubang

Yang kita dapat

lantai jubin import
tangga bermozek molek
tiang seri roman tegak berlima meneduh kereta...
atap genting bukan rembia...

Yang kita dapat bukan sekadar berlindung
tapi surga kecil bahagia...

Bukan
berbumbungkan angkasa kelabu!
bukan
lantainya tak retek seribu....

Monday, July 21, 2008

Mengapa miskin?

Sekadar tempat berlindung...
Bandingkan dengan tempat kita berlindung.
Rumah kotak...




Mengapa ada orang miskin?
yang tak ada tempat berlindung sempurna,
tak ada makan mencukupi,
tak ada pakaian cermin ceria?

Orang miskin ada di kampung, bandar dan pekan,
Anak ramai tahap pelajaran rendah, kuat agama.
mengapa anak ramai?
mengapa tahap pelajaran rendah?
mengapa kuat agama?

Ada miskin berbaju petani
ada miskin berbaju nelayan
ada miskin tak berbaju?

Orang miskin pelbagai gaya
ada bergaya mutlak,
bergaya tegar
juga bergaya relatif?

miskin harta, miskin jiwa
terseksa di dunia tak mengapa
jangan terhukum di neraka...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home