Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Kawan.... Show all posts
Showing posts with label Kawan.... Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Pengantin Baru...

Memang saya sendiri melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Saya nampak bagaimana Sani melurutkan jam tangannya. Pada masa tersebut saya ada berdekatannya di ruang tamu sedang duduk congok (santai vouge) atas sofa L (yang berharga RM1800, bayar bulan) sambil tengok tv.
Pada ketika itu, sebagai pengiat seni, hati saya terus terusik. Terdetik suatu perasaan terharu, pilu dan sayu di sanubari. Dia korbankan jam kesayangan demi adiknya!
Saya tahu benar Sani sangat suka dan sayang kepada jam tangan tersebut sebab beberapa kali (mungkin 8 kali) dia ada menayangkan jam tersebut di depan saya bergelagat seperti budak mendapat baju baru atau playstation, atau seperti kita dapat kenaikan tangga gaji... Seperti biasa saya buat-buat minat sangat melihat jam tersebut (sebenarnya saya tak minat jam, sama seperti saya tidak minat tak minat kereta, bola, badmintion, lipat baju dan Linda Onn). Tidak saya menduga akhirnya jam tangan tersebut terpaksa berpisah dengan Sani... tuhan maha kaya...
Selepas adik lelakinya berlalu, seperti wartawan baru nak naik kerjayanya, terus saya menyoal Sani kenapa dia beri jam tersebut pada adiknya? Sani kemudiannya memberitahu sebagai hadiah kepada adiknya supaya tekun dalam pelajaran... Sekali lagi saya rasa terharu!.
Kalaulah saya seorang pengarah atau penerbit filem seperti Datuk Yusuf Haslam terus saya buat filem bertajuk `Sebuah jam tangan dan kasih sayang seorang abang". Dan pastilah lepas itu bukan penonton yang menangis sedih di pawagan tetapi saya yang menangis kerana rugi. Filem tersebut tentulah tidak laku kerana penuh moral dan tata tertib hubungan kekeluargaan... (maklumlah kalau tak ada adengan selak-selak, huha-huha, gatal-gatal atau hantu (hantu entah apa) memang tak laku filem kita kan...?).
Apabila saya mahu menulis sesuatu mengenai Sani, saya juga tergaman 2 saat sebab nak pilih perihal apa? Apa materialnya?. Apa nak diceritakan lagi? Semua orang kenal Sani, dia juga terkenal dan mashor seperti saya (perasaan ke ni? he he he) di Kolej Shahputra. Saya rasa lebih baik saya ceritakan hal dalaman diri Sani yang orang lain mungkin tidak tahu... Salah satunya perihal pemberian jam tangan seperti diceritakan di atas (sila rujuk 5 perenggang di atas). Contoh lain saya selalu melihat dia beri duit belanja kepada adiknya yang datang ke rumah sewa kami.
Sani adalah rakan serumah sesewa saya di Kuantan. Kami berempat pindah dari Pekan ke Kuantan menyewa sebuah rumah di Indera Mahkote. Semasa bekerja di Pekan semasa ada isu mahu berpindah ke Kuantan, saya gusar kerana di Kuantan nanti saya nak duduk dengan siapa? Nak duduk serumah dengan Azniza? Kami bukan duduk di Amerika... Pada masa tersebut Lokman telah tiada....saya seperti burung kepatahan sayaaaap...
Sebenarnya sejak saya kehilangan Lokman, hidup saya sepi bagai keadaan malam di hutan Brazil yang gelap gelita...tanpa pelita dan cahaya. Tanpa purnama. Saya dan tuhan sajalah yang tahu. Namun saya tak nampakkan kepada sesiapa, kalau saya sebut atau tonjolkan sangat saya rindukan Lokman mungkin saya dituduh gay....
Pada masa tersebutlah Kamal Ariffin (kini Kamal Azie, dan sudah mempunyai cahaya mata) dan Sani menyakinkan saya bahawa tidak ada masalah untuk saya tinggal bersama mereka di Kuantan. Mereka boleh tumpangkan jika mahu ke tempat kerja. Dan pada awal-awal penghijrahan kami ke Kuantan, apabila Kamal dilambung ombak asmaradana dan Johari (uncle Joe) pula sibuk, saya kerap menumpang Sani ke kolej. Bukan sahaja kolej malah kerap juga ke pusat membeli belah di sekitar Kuantan, he he he. Sangat kerap sebenarnya, he.
Pada masa tersebut kami berempat masih lagi BTTT (bujang trang tang tang), masih lagi menjaga tata tertib kaum teruna. Rasanya di antara kami tiada yang pernah melakukan hubungan seks, sama ada rambang atau berjadual, kami tak pernah merasa. Bukan itu sahaja, kami banyak persamaan lain lagi. Contohnya, kena masak, kena basuh baju, kena streka baju dan kena bayar duit sewa setiap bulan. Kami juga masing-masing ada tv dan dvd player (yang berjenama).
Banyak peristiwa suka dan duka, pahit dan manis, teruja dan menyampah berlaku. Maklumlah kami insan biasa duduk menyewa beramai-ramai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isteri kita (yang tak nak dengar kata kita...he he he). Namun bila dikenang-kenang rasa sayu semacam... rasa hening syahdu, sebab itu adalah beberapa episod dalam sebuah perjalanan hidup kita kan...[sila baca dengan nada sedih dan sayu, dan sambil itu cuba lembutkan hati tu bawa ingat masa anda semua masih bujang dahulu, ala masa baru dapat kerja dulu sewa ramai-ramai... Huh jangan la buat-buat tak ingat pulak dah. Bukankah kawan merupakan suatu yang penting? Bukankah? (amboi 2 kali tanya)].
Sebelum ini saya sudah tahu mengenai pertunangan Sani tersebut. Dia sendiri tunjukan gambar-gambar majlis pertunangannya kepada saya semasa dia singgah di Muadzam. Tunangnya (kini isteri) cantik dan manis orangnya. Kalau boleh saya nak mintak hak eksklusif untuk memaparkan gambar sekitar majlis pertunangan beliau... Kalau boleh saya nak war-warkan dalam blog ni, bukan nak dapatkan rating (saya bukan TV3 atau Astro) tetapi nak beritahu orang ramai Sani sudah bertunang! Biar ada yang terpukul? Termasuk saya? He he he. Namun saya hormati keputusan Sani bila dia minta biarlah dirahsiakan dahulu. Amboi macam artis...
Tup-tup (tiba-tiba atau tidak semena-mena atau bahagsa inggeris bunyinya sadengli) saya dengar Sani dah berkahwin!. Saya terus kol (takut-takut Sani kena tangkap basah, his selisih malaikat 44) Sani untuk mendapatkan pengesahan, tetapi Sani tidak dapat mengesahkan berita perkahwinan tersebut. Pada masa itu dia sedang dalam kelas, mengajar. Dia minta saya kol balik pukul 10.30 pagi, (huh! kalah Farid Kamil...). Lepas tu saya tidak sempat dan terlupa nak kol Sani kembali dek asyik mendengar luahang hati kawan saya mengenai nasib lakinya yang tak naik-naik pangkat di tempat kerja.
Banyak peristiwa lain yang berlaku antara saya dan Sani, bertahun berkawan dengannya tak dapat, atau tidak cukup cerita-ceritinya untuk saya muatkan dalam penulisan pendek saya ini.
Akhir kata pada penulisan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Sani dan pasangannya. Semoga saling menghargai dan cuba memahami antara satu sama lain, semoga masing-masing berSETIA hingga akhir hayat... hingga hujung nyawa...
Jan: ...bercintalah, berkasih sayanglah sampai mati... jangan jadi perpisahan seperti diriku...

Thursday, March 11, 2010

Kopek baru...

Pagi tadi semasa saya sibuk heret tilam ke dalam bilik saya (saya tidur depan tv di ruang tamu), saya terima sms daripada kawan saya. Dia beritahu kawan baik saya (masa di UM dulu) dah buat kopek baru. Dalam sms tu dia beritahu dia dah sentuh pun.
Saya tergaman 2 saat. Entahlah nak komen apa ya? Nak balas apa ya? Maka saya tulis `"sekurang-kurangnya dia tahu apa yang dia nak dalam hidup, he he he''.
Saya dah lama tak jumpa dia. Banyak persoalan timbul... mungkin dia buat kopek tu khas untuk suami dia? Atau hanya untuk kepuasan diri. atau suaminya hadiahkan kopek (operation kopek) tu sempena umur bininya 40 tahun? Maklumlah sekarang umur dah 40 tahun, tentu kecut berut...tak sesegar bugar burger.
Tetapi saya tak nak la kol dia dan tanya hal kopek baru tu, tanya harga dan dia buat kat mana? Tak kanlah lama tak kontek, tiba-tiba bila kontek tanya pasal kopek. Tapi dulu masa saya mengajar kat Kolej Shahputra Pekan, dia ada ajak saya buat limpo entah apa tah (sedup lemak kat perut). Saya ghairah gak nak buat tapi bila dia beritahu kosnya RM12k lebih saya pun redhalah dengan spare tayar saya ni...
Saya dengan jarum ni memang takut sangat. Saya ingat lagi dulu masa darjah 6 bila konek saya disunat, ya allah saya takut sangat. Saya disunatkan ramai-ramai. Masa tu ada 10 orang, saya yang pertama disunat. Saya nampak sendiri kulit konek saya sedap je mereka gunting...tapi dah dibius. Eh ni bukan pasal posting saya bersunat. Kita kembali kepada subjek cerita.
Orang perempaun memang optimis pasal kecantikan, rela ambik risiko (ewah-ewah sedapnya saya mengata...bukan begitu, taksubnya sama juga dengan orang lelaki yang nak dapatkan kekuatan seks, sabut kelapa pun kalau boleh buat kuat seks pasti mereka telang. Itu bukan kata saya tapi kata kawan saya). Oh saya tergelincir lagi. Kita fokus kepada wanita dan kecantikan....
Tak usahlah nak kata wanita negatif sebab ada positifnya kalau tak keterlaluan. Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Dan soal keterlaluan pun subjektif jugak sifatnya. Ada yang buat untuk kepuasan diri dan ada yang buat untuk kepuasan lelaki. Katogeri mana dia berada saya tak tahu...
Kalau ikut agama rasanya haram kan? Entah haram kot sebab ubah ciptaan tuhan. Kalau dah tua tu patut la kopek tu kecut kan? normal la, kenapa nak diubah-ubah lagi? Nak tentang kejadian alam. Terima la kopek awak yang kecut seadanya (sekecutnya heheh) terima tu dengan reda (suami pun kena la redha kan). Entah saya tak berani kupas pasal agama, ilmu saya cetek sangat pasal bedah kopek ni dalam konteks agama... Kita kena tanya tok iman.
Apa-apa pun saya rasa tentu dia berpuashati dengan kopek baru tu, setimpal dengan harga yang dia bayar. Saya pun harap dia tahu apa yang dia buat tu dan gembira. Saya tak bolehlah lebih-lebih sebab bukan kopek saya atau kopek bini saya.
Jan: Tapi kalau terjumpa nak ucap tahniah: "tahniah kerana dapat kopek baru" he he he.

Tuesday, January 26, 2010

Pergi...


AWAL pagi tadi saya menerima SMS daripada sahabat saya yang berada di Kuantan. Saya sudah dapat menduga ada sesuatu yang penting kerana SMS itu tibanya pada awal-awal pagi. Namun saya telah bersedia daripada semalam...
Kehilangan orang yang kita sayang (dan orang itu sayangi kita...) membuatkan kita rasa sangat dukacita. Lebih-lebih lagi seseorang itu sayangi kita kerana kelebihan dan kekurangan kita. Dia terima semuanya sekaligus dan menyanyangi... Namun seperti yang kita selalu diberitahu, tiada yang kekal di dunia ini. Tiada. Pemergian yang tak kembali adalah lumrah. Saya cuba tempatkan diri saya dalam dirinya, dan air mata saya menitis, saya sangat sayangkan mak saya. Dan tiada di dalam dunia cinta semurni mak kita... percayalah.
Eja adalah sahabat saya yang saya tidak akan lupakan seumur hidup saya, seluruh sepanjang perjalanan. Kalau boleh selepas alam ini pun saya masih mahu mengingatinya. Ke mana saya pergi dan di mana saya berada ingatan doa untuknya tak pernah putus... Saya ingatinya tiap-tiap hari... Erti persahabatan dan maksudnya kami pelajari dengan tekun dan bersungguh. Sebab itulah saya rasa seperti ingin terus terbang kepadanya, mahu bersamanya pada waktu kesedihan bertamu, mahu memberikan semangat. Itulah yang hanya mampu saya lakukan kan...
Namun kerana cuti telah dibekukan, saya hanya sempat menghantar SMS memberitahunya bahawa dia lebih tabah dan kuat berbanding diri saya. Saya tahu benar... dialah biasanya bahu yang saya nangiskan. Saya tak menulis SMS yang panjang kerana saya rasa tentu dia berada di dalam kesedihan dan mahu bersendirian. Kami juga tidak galak berbalas SMS, kami saling memahami.
Sekarang dia sudah tidak berayah dan beribu... Tinggallah dia seorang diri. Namun alhamdulilah sekarang dia sudah ada teman hidup yang akan bersamanya selamanya. Saya berdoa agar dia selalu dibahagiai, disetiai, dijujuri dan dihargai...
Jan: Semoga dia tabah, semuga roh ibunya dicucuri rahmatNya...

Wednesday, December 23, 2009

Madie dan Ira

Pakaian kebangsaan di sana (Rasmi)...



Pakaian kebangsaan Malaysia



Berjumpa kawan lama…

Saya rasa bertuah kerana berkesempatan jumpa Madi dan Ira, kawan lama saya yang sama-sama bekerja di Kolej Shahputra Pekan dulu. Sebenarnya Adnanlah yang sms saya memberitahu mereka berada di R&R. Saya apa lagi terus pakai seluar panjang bergegas ke kereta.

Tiba di sana saya terus mencari mereka. Tidak payah mana kerana dari jauh saya sudah nampak Adnan. Sebenarnya R&R ni sudah seolah tempat rasmi saya untuk berjumpa kawan-kawan yang kebetulan lalu di Muadzam…

Bila jumpa kawan lama, apalagi terus bercerita kenangan lama sambil menanya atau selang selit khabar terbaru masing-masing. Saya rasa saya telah menggunakan sepenuh masa dengan efisen bercakap tidak henti-henti. Rasa bersalah pulak pada Adnan sebab saya yang asyik berborak, he he he.Tapi memang payah saya nak jumpa mereka kerana kami berlainan benua.

Dalam kami borak-borak tu timbul juga pasal blog, he he he. Memang bloglah sedikit sebanyak (mungkin lebih banyak) menghantar khabar antara kami. Kalau sakit deman pun boleh tulis dalam blogkan, apatah lagi sakit hati, he he he, pulak dah…

Madi masih perkasa macam dulu cuma rambutnya panjang sedikit ala rocker… dan senyuman Ira masih sebijik macam dulu. Yang paling penting mereka mesra macam dulu. Mereka kata kalau ke sana hubungilah mereka. Bestkan kalau kita pergi tempat orang jumpa kawan kita juga kan… Entahlah…tapi pada masa sekarang agak mustahil saya nak terbang ke sana. Kalulah saya duduk lama di negeri orang putih tentu saya agak berlagak. Rambut dah tentu blonde dan mata biru… hidung pulak untuk sembunyikan peseknya saya letak plaster ala Micheal…

Kalau saya panjang umur dan ada duit banyak nanti, nak juga pergi ke luar negara 2,3 hari. Lebih pada tu tak mampu…he he he.

Namun perbualan kami tak lama sangat, sedang-sedang je sebab Adnan pun nak balik Kuantan, Madi dan Ira juga perlu meneruskan perjalanan…

Dalam perjalanan pulang ke rumah saya terbayang betapa sibuk dan `hot'nya Madi dengan fail-fail MLVKnya dulu…he he he.

…tiada bernama sebuah kehidupan jika tiada kenangan…

JAN: Engkau jadi kenangan…terlalu lama engkau pergi…

Tuesday, November 24, 2009

Kak Na tudung labuh...



Pergi ke hutan mencari rotan,
Terjumpa beruang terus terdiam;
Dari Pekan sampai ke Kuantan,
Orangnya sederhana agak pendiam.



SAYA mengenalinya ketika kami sama-sama bekerja di Kolej Shahputra Pekan. Dia hadir ke Kolej Shahputra terkemudian sedikit daripada saya. Pada masa tersebut dia masih anak dara dan saya masih lagi teruna. Sekarang saya sahaja yang masih lagi teruna.
Saya merujuk panggilan nama `Kak Na' bila bercakap dengan kawan-kawan lain. Sebab ramai kawan-kawan memanggil namanya dengan panggilan `Kak Na'. Saya pun memanggil namanya `Kak Na', padahal saya rasa saya lebih tua daripadanya.
Apa-apa pun yang penting saling menghormati. Namun berhadapan dengannya saya panggil Na, dan terkadang tersasul panggil `Kak Na', he he he. Rasa muda pulak. Nama sebenar beliau ialah Azlina Haji Ismail.

KONINGWARE BUNGA ROSE
Semasa Mek Zue and the gang pergi ke Langkawi tempohari, saya sempat minta tolong Mek Zue untuk lihat harga Korningware di sana. Saya berhasrat nak lengkapkan siri-siri `anakbini' corningware bunga rose saya. Saya nak hadiahkan kepada mak.
Di sini mahal harganya, piring makan, piring kuih, cawan, gelas dan sebagainya. Di sini pinggang saja RM50 lebih sebijk, begitu juga cawannya (tanpa piring) RM52 satu. Mahal kan?

Ketika saya membelek Koningware saya, saya teringat pula kepada Kak Na (Azlina haji Ismail). Dulu saya berhutang dengannya beli Koningware dan vision.
SISTEM KUTU
Saya berhutang dengan Kak Na bayar bulan. Nak habis sepuluh bulan bukan main susah lagi. Puas saya merayu nak langsaikan sekaligus tapi katanya '' Tak buleh sebab kita guna sistem kutu..."


Bab-bab kutu pinggang mangkuk dialah raja pada masa tersebut. Saya dapati harganya murah sedikit sebab ia guna sistem koperasi suaminya
Entah macam mana sistemnya saya tak tahu tapi kita bayar sedikit je setiap bulan selama 10 bulan. Entah sekarang Kak Na masih lagi ligat menjualnya atau tidak, saya tidak pasti.

Sistem ini ada baiknya sebab kita dapat barang awal. Ramai juga kawan-kawan di KSP yang beli melalui sistem kutu ini. Kalau ada duit boleh beli dua tiga empat barang sekali gus. Dan bila tak ada duit di hujung bulan, jangan salahkan sesiapa, he he he.

AGAK PENDIAM

Orangnya tak banyak cakap. Sepatah kita tanya, sepatah dia jawab. Tapi biasanya beberapa patah saya tanya, sepatah je dia jawab, he he he.
Bila saya buat lawak bagai nak giler dia tersenyum kecil sahaja (senyum sekerat). Tapi suka juga bila bercakap dengannya sebab dia kata saya ni selalu ada idea nak bercakap. Memang semasa di Kolej Shahputra saya ramai kawan, agak popular...
Bila kami berpindah ke Shahputra Kuantan, dia duduk tingkat bawah, saya duduk tingkat atas. Kami taklah bertembung mana. Sesekali saya turun ke bawah jumpa dia nak tengok kalau-kalau ada katelog baru.
Nak harap dia naik ke tingkat atas atas? Huh!, selisih malaikat 44, mati hidup balik saya rasa tak dapat tengok, he he he. Dia pemalu orangnya.
PERISTIWA CEMAS

Saya tidak tahu bagaimana skill bawa keretanya sekarang. Tetapi saya dapat agak dia dah mahir jauh berbanding saya.
Semasa saya menumpang keretanya di Pekan, ada suatu peristiwa yang membuatkan jantung saya berdegup dengan pantas dan saya rasa ngeri. Saya ngeri sangat bila naik keretanya. Suatu hari tu dia membelok di hadapan kolej Shahputra Pekan, bila nampak line clear sup-sup di masuk ke tepi jalan dan membelok atas rumput tersebut dengan ganasnya!.
Biasanya kita cari simpang atau kawasan lapang sedikit, tetapi Kak Na pada masa itu kira `berani mati' actionnya. Sejak hari itu saya mengelak diri daripada menumpang dia, he he he. Ampun Na.
Beberapa kali saya pernah tengok dia membelok keretanya depan kolej shahputra Pekan di celah-celah pokok sahaja!
BELI RUMAH BARU...

Semasa Kak Na beli rumah di Indera Mahkota, saya ada pergi melihatnya. Bila dia naik rumah dia ada buat majlis. Pada masa saya pergi ke rumahnya tersebut...dalam hati saya, `bila la aku nak beli romah..'.
Kak Na adalah antara pensyarah terawal yang membeli rumah sebaik sahaja kolej Shahputra berpindah ke Kuantan. Saya juga pada masa tersebut masih tak ada niat nak beli rumah. Bila saya dah sampai Kuantan barulah ingat nak beli rumah. Perkara nak beli rumah ini rupanya dah ada dalam fikiran Kak na semasa dia di Pekan lagi.
SUAMI KAK NA...
Suami Kak Na baik orangnya, setiap kali saya berjumpa dengan suaminya dulu.... saya kontrol tingkah laku saya. Saya malu sebab saya macam belon, sedangkan suami Kak Na mantap dan tegap orangnya, askar.
Sebagai manusia kita kenalah jaga penampilan dan perangai kita di hadapan pasangan kawan kita kan? Sebab kita berkawan dengan kawan kita dah lama, kawan memahami perangai kita. Namun pasangan kawan kita mungkin baru sahaja kita kenal dan masih tidak menjadi kawan baik kita. Kita kena kontrol sikit perangai kita.
Semasa pergi ke rumahnya, perangai mesra suaminya menyebabkan saya menambah sebanyak 3 kali. Ya, gagal juga saya kontrol sebab saya lapar. Memang daripada pagi saya tahan perut, khas untuk makan kat rumah Kak Na, he he he.
VANTAGE..
Kini lama benar saya tak jumpa Kak Na. Adakah dia giat lagi berkutu korningware? Kalaulah dia membaca coretan ini saya nak ucapkan terima kasih banyak atas persahabatan lampau. Walaupun saya sekarang jauh di Paris (Muadzam), kenangan bersama dulu tak dilupakan. Koningware tersebut akan dijaga oleh emak saya pula nanti. Saya bersama vision sahaja nanti...
Dan sekarang dengar khabar...amboi banyak kumpul barang Vantage yang cantik2. Nak jugak saya melihatnya. Tentu cantik dan boleh dijadikan perhiasan.
P/S: Gambar `Kak Na' di atas di ambil daripada Kolej Shahputra website...

Jan: Kalau lalu Paris (Muadzam), singgahlah Na...

Monday, November 16, 2009

Adik: Fasal I, Volume III.

Rumah cantik beratap rembia,
Terletak cantik di sungai pahang;
Tiba2 tersenyum kerana gembira,
Kisah lama, jadi kenangang.
Orangnya taklah sehandsome mana... tetapi saya tak nafikan, dia ada daya penarik, ada aura. Dia ada `kuasa' untuk `menerangi' sebuah bilik yang `gelap' atau `lorong' yang sunyi...
Bila berbicara dengannya kita akan rasa sudah tidak wujud orang lain di sekeliling kita. Bila berjalan dengannya tiba-tiba je sampai tempat dituju... tak terasa masa berlalu... Bila bercakap dengannya dia akan berkisarkan tentang diri kita dan dia sahaja, tak ada mengenai perkara lain yang mencelah... Dia akan membuatkan kita rasa istimewa. Sebab itulah saya rasa ramai yang jatuh cinta dengannya (selain sebab mungkin mereka rabun...)

KEBIMBANGAN KE TAMAN NEGARA

Apabila saya diarahkan oleh Encik Azman (kini Datuk) menjadi pensyarah pengiring ke Taman Negara, saya sebenarnya mahu mengelak tetapi tak daya. Saya bimbang saya akan terjun ke dalam sungai apabila berada di sana sebab masa tu saya hanya mahu mati saja.... Pada masa tersebut sarat saya bawa beban hidup dari Besut...[tapi sempat lagi tanya Adik... Sapa yang cantik tu Adik? he he he. Dan Adik jawab...Etaa (sekarang dah mama)].

Dan saya juga bimbang saya mungkin akan jadi kera sumbang di hutan belantara yang berusia ribuan tahun itu... Sedangkan semasa menjadi guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut, saya amat popular. Menjadi guru cemerlang dan popular... Namun tak sangka pulak glamour bila sampai sana, saya dilayan dengan baik oleh para pelajar.
Dan saya juga bimbang, pada masa tu saya kuat merokok. Nanti kat mana saya nak merokok kalau pelajar ada kiri kanan?

DIA PANDAI MEMUJUK

Ya, memang saya bawak hati ke Pekan. Bukan sahaja hati tapi segala-galanya, paru-paru, buah pinggang dan pangkeries juga... Saya nak bina hidup baru... Tapi posting kali ini pasal Adik, bukan pasal kedukaan saya pada tahap pertama di KSP Pekan tersebut.

Adiklah yang 8 kali datang memujuk saya supaya menemani para pelajar ke lawatan tersebut. Katanya lawatan tersebut memerlukan pensyarah pengiring yang kononnya boleh diharap. Pagi petang dia datang bermanis muka di meja saya (kepakaran dia). Dan kadang-kadang dia cari saya sampai kat library nak pujuk gi Taman Negara.

Macam macam dia cakap, macam-macam mimik muka dia buat. Bermacam nada dan irama suaranya untuk memujuk saya pada masa tersebut. Maklumlah rombongan itu mesti ada pensyarah pengiring. Namun satu ayat yang membuatkan saya cair...:

`` En Sukiman jangan bimbang saya ada '' Itulah kata-kata manisnya apabila saya sering beritahu nanti saya tak ada kawan dan pelajar hanya akan berkawan dengan sesama mereka je nanti. Dan itulah kata-kata yang selalu telinga saya terpaksa dengar pagi petang sepanjang minggu tersebut. Memang dalam bab-bab memujuk dia teror, kalau tak percaya tanya Anis.
Dia suka buat-buat muka dan lakonan yang agak over bila memujuk dan mahu pengaruhi kita. Dan itulah yang membuatkan saya suka bersulam menyampah. Namun apabila disukat-ditimbang tara....saya terhibur. Itulah keistimeweaan adik. Sukar kita nak menolaknya.
DIA POPULAR

Dia selalu bangkang pendapat saya dan dia selalu kata saya tak serupa dengan orang lain...entahlah. Namun adakah dia juga tak sedar dia juga tidak serupa orang lain...? Dan tak pernah saya jumpa. Contohnya dia lebih popular di kolej shahputra, meraih populariti lebih daripada pensyarah dan para pelajar. Siapa tak kena adik?. Sedangkan pada masa tersebut saya baru nak mula mencari tapak, mendaki populariti.
Dan dia memang glamour di antara kawan-kawannya. Mungkin dia selalu cuba membawa keriangan dalam setiap hati orang yang dia jumpa. Tapi saya nafikan yang saya menumpang glomour dia, sebagai pensyarah pengiring saya sudah mempunyai asas keglamouran saya sendiri.
Tetapi ya...saya tak nafikan dia orang pertama membuatkan hati saya gembira apabila saya hijrah ke Pekan. Saya harap tak terlewat untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
SUARA DIA TERUK...

Saya masih ingat lagi masa tu dia nyanyikan lagu indon kumpulan Sheila ong Seven atas perahu. Lagu Sopheia...walaupun suaranya taklah sedap mana (sehingga saya tak tahu nak terjun sungai kerana patah hati atau kerana suaranya, he he he) namun saya terhibur. Saya tak ada pilihan kan?.

Gelihati melihat gelagat orang muda, terhibur juga saya melihat gelagatntya yang menyanyi dalam sampan. Macam dia tidak mempunya masalah langsung atas muka bumi ini. Sedangkan saya 8 kali rasa nak terjun je ke dalam sungai tersebut pada masa tersebut.

RAHSIA SAYA...

Entahlah...bila bersama dia saya rasa... saya rasa lebih terbuka....saya rasa dia budak baik. Ya saya ada ceritakan sedikit iaitu 1/8 daripada rahsia kisah hidup. Saya ceritakan secara versi mudah kenapa saya terlontar ke Pekan, he he he. Saya tidak tahu itu satu tindakan yang betul atau tidak. Yang pasti pada masa tersebut saya memerlukan seseorang untuk bercerita... Dan pada masa tersebut saya tak ada pilihan. Saya hanya ada Adik.

Saya tidak tahu bagaimana hendak menulis mengenai dirinya. Bagaimana nak mula dan di mana akhirnya. Saya ada menulis mengenainya sebelum ini tetapi berat untuk saya postkan di dalam blog ini...


Jan: ...ada beberapa perkara itu eloklah disimpan sahaja...

Monday, November 9, 2009

Joe yang baru...

Dari Kemamang naik perahu,
Naik menuju Kuala Berang,
Nampak luaran hamba tak tahu,
Dalam hati tak dapat dipandang...
PANTUN di atas adalah pantung empat kerat yang saya reka khas untuknya.
Orangnya kecil molek, kalau salah lihat macam student. Pakaian kerja dia, gemar pakai baju warna putih. Dan dia juga ada seluar putih... Kalau waktu tak bekerja kita boleh melihatnya memakai tshirt merah dan topi merah, berseluar jeans persis pelajar tingkatan 4 yang setahunnya nanti akan ambik SPM (namun umurnya yang sebenar berpuluh tahun daripada umur pelajar tingkatan 4 tersebut).

Pandai berbahasa inggeris dengan baik tetapi tak menyoholnya depan orang ramai. Pernah dia arahkan saya pulangkan balik ijazah saya ke UM sebab buat malu UM sahaja katanya kerana saya tak boleh berbahasa inggeris dengan baik. Lawak tulah juga saya gunakan untuk menyakat Kamal. Saya suruh Kamal antar balik izajahnya ke UPM bila Kamal bertukar keluk untuk harga lantai dan harga siling, he he he. Lawak tu memang hakmilik Joe. Sekarang lawak tu ada saya bawak ke UNITEN pulak.

Orangnya tak ada ramai kawan. Mungkin dia pemilih sikit orangnya dalam berkawan...Atau tak ada orang nak berkawan dengannya? he he he (ampun joe). Pun begitu dia ramai kawan-kawan student. Dia suka berkawan dengan student, mungkin perasan mudalah tu, he he he. Huh!

Saya mengenalinya semasa bekerja di Pekan. Dialah seringkas manusia yang pernah saya jumpa di atas muka bomi ini. Semuanya ringkas belaka. Segala mengenainya ringkas belaka. Tak ada suatu pun yang berlebihan. Berbeza dengan saya yang semasa pindah rumah ke Kuantan siap dengan periuk belanganya sekal. Sedangkan dia tak bawa banyak barang, hanya yang basic-basic saja...

Dia juga agak popular di KSP Pekan. Banyak juga cerita mengenainya yang saya tak tahu betul ke tak. Dia pernah digossipkannya dengan Yana. Sapa yang mula reka cerita ni pun saya tak tahu, he he he. Yana adalah seorang pensyarah yang boleh dikatogerikan sebagai ayu dan lembut rupa parasnya pada masa tersebut. Saya tidak percaya gossip tersebut sebab saya rasa tentulah Yana nak pilih yang berduit, tinggi, tegak dan umph...(ampun Yana, he he he. Ampun juga Joe). Namun sekarang Joe dan Yana telah berkahwin (masing-masing kahwin dengan orang lain). Saya doakan semuga Yana bahagia.

Kita kembali kepada Joe sebab posting kali ini adalah mengenainya...bukan asyik mengenai diri saya sahaja. Sekarang Joe sudah berumahtangga. Semasa dia beritahu dia nak kahwin, saya terkejut juga. Sukar juga saya nak percaya. Seperti orang beritahu Anita Sarawak pakai tudung labuh. Nak tampar pipi sendiri nanti jadi Mr Bean pulak. Kena tangkap basah ke? Macam-macam fikiran negatif saya timbul... saya tak percaya. Pertama kenapa tiba-tiba nak kahwin? dan kedua betul ke ada orang nak ke dia? He he he (ampun sekali lagi Joe).
Saya berkesempatan melihat gambar isterinya (pada masa tu bakal isterinya). Nampak islamik orangnya persis gaya Kak Na, gaya muslimah sejati (ada muslimah tiruan ke? he he he). Saya hampir tak percaya, entah dia ambik gambar student mana pas tu ngaku tunang dia kot? Saya masih berat lagi nak caya. Atau perempuan tu rabun pilih Joe? Sebab dalam gambar tersebut tak pakai cermin mata pun... he he he.
Tetapi hakikatnya di antara ribuan perempuan, perempuan itulah yang berjaya mencuri hati Joe. Yang membuatkan Joe yakin itulah orangnya yang akan bersamanya sampai ganyut. Yang berjaya buat Joe jadi seram sejuk masa akad nikah. He he he. Dan perempuan itulah yang berjaya melihat banyaknya kebaikan dan kelebihan dalam diri Joe...yang kita gagal nampak. Atau tak mahu nampak...

Sekarang Joe ada juga sms dan kol saya. Terbaru dia sms bertanyakan siapa Era dan Madi, katanya dia ada juga menempah barangan dari London. Namun biasanya Joe akan menceritakan hal kehidupannya yang dianggapnya lebih tersusun dan teratur. Sekarang kehidupannya lebih teratur katanya. Ada orang jaga makan minum dan segalanya. Dia dah dapat bahagiakan masa dengan baik. Dia tiada lagi masalah nak bangun pagi pergi kerja. Malah katanya dia dah dapat hasilkan moduel! Semuanya terurus, dia ada masa untuk buat banyak perkara... Bagi saya itu satu perubahan yang baik, ke arah yang lebih baik.

Saya pula sebaliknya. Kadang-kadang saya dah tak larat nak jaga rumah tempat saya tinggal ni. Tak larat nak buat banyak kerja. Semuanya atas kepala saya...Saya kena pastikan semuanya teratur. Cadar jangan sedikit pun berkedut! Bilik air jangan sampai naik lumut dan letih untuk mengelap tingkap tiap minggu, ayong baju, basuh baju dan sebagainya. Kadang-kadang rasa boring jugak kan? Eh... sorry posting ni pasal Joe.

Saya bertambah haru biru apabila Joe kata sekarang dia juga sudah berkebun dan menanam pokok bunga terutama jenis keladi perhiasan. Sukar untuk saya percaya Joe boleh berubah. Sukar. Dulu tak nampak langsung minatnya pada berkebun. Segalanya telah berubah...segalanya boleh berubah. Ke orang berkahwin memang jadi begitu?.

Joe ada kirim sms antar gambar air pancut dan perhiasan keladinya di taman mininya. Cantik dan modern... Sekali lagi saya hampir tak percaya. Kot-kot dia pukul taman mini di rumah jirannya (he he he ampun Joe). Tetapi saya bijak..., kemudian saya fikir balik apa faedahnya Joe nak tipu saya kan? Kan?

Jan: Semuga `hasil' tanaman terbarumu `tersebut'...memberi lebih makna dan kebahagian yang melimpah ruah nanti...

Ayeob UMP kol...

Pasang emas dibawak belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawak mati...



DALAM pukul 10.00 pagi tadi saya menerima kol daripada seseorang. Seseorang tersebut telah banyak menolong saya dalam melaksanakan tanggungjawab kerja semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Pekan dulu.

Saya amati nombor di hp saya, saya tak kenal sebab ada nombor sahaja tertera. Saya dah mula terfikir jika saya masih tak bayar lagi hutang kereta, hutang bank, hutang tupperware dan hutang rumah. Rasanya semua dah saya langsaikan...Sapa pulak kol ni?

Rupanya Ayeob, sekarang dia bekerja di Universiti Malaysia Pahang. Amboi gembiranya saya pada hari ini sebab dia kol menanyakan khabar berita...

Saya mengenalinya semasa dia masih pelajar lagi, dia juga merupakan kawan baik kepada Adik. Tidak seperti Adik yang giler glamour, Ayeob lebih cool sikit orangnya.

Semasa bekerja di KSP Pekan dulu Ayeob lebih glamour berbanding saya. Namun jika ditimbang-tara antara kami...Adiklah yang paling glamour pada masa tu. Huh entah ilmu apa yang dia pakai?, hanya Anis je yang tahu kot...he he he.

Tetapi posting ini adalah mengenai Ayeob bukannya Adik. Maka kita kembali kepada pusat cerita iaitu Ayeob. Ayeob mempunyai kemahiran komunikasi yang mengkagumkan. Dia boleh buat orang tersenyum bila berbicara dengannya, dia juga pandai buat lawak... Semasa bekerja bersamanya di Pekan saya dapati `PR'nya jauh lebih baik berbanding saya. Ibarat membandingkan IKEA dan Mydin.

Di KSP Pekan dulu dia menjadi pembantu saya di bahagian peperiksaan. Dia melicinkan proses gerak kerja terutamanya bila saya terpaksa berhubung dengan pihak luar. Saya ni nama sahaja pengurus tetapi tak tahu nak mengurus, merangcang apa, he he he. Namun bila kami dah berbincang dan menemui kata sepakat...saya akan menolongnya bersungguh-sungguh. Eh siapa yang bantu siapa ni? he he he.

Saya masih ingat bila Ayeob pergi ke Cameron highlang apabila dia balik dia belikan coklat2 yang mahal untuk saya. Kepada orang lain dia berikan dua tiga butir sahaja, tetapi kepada saya siap dengan bekasnya sekali!

Kelebihan Ayeob yang lain ialah dia boleh membuatkan sesuatu kerja yang bagi saya nampak berserabut dan sukar menjadi simple. Saya penakut dan tak berani ambik risiko dan dia sebaliknya. Selalunya apabila sesuatu keputusan memerlukan pengesahan saya atau kebenaran saya dan saya pada masa itu tak tahu ke tengah ke tepi... dia beritahu ` Tak apa En Sukiman. Kalau apa-apa yang terjadi saya akan tanggung'. Namun tak ada apa-apa yang terjadi selepas itu, dia selalu berkeyakinan tinggi dan keputusannya selalu tetap dan cepat!

Namun bila kami berpindah ke Kuantan, suasana berubah sikit. Saya jarang boleh bercakap dengannya. Hendak lunch dengannya pun susah. Saya tahu dia sibuk dan saya pun menyibukan diri jugak. Pendek kata masing-masing sibuk, masa berganti masa, dan berlalu...dan tup-tup saya dengar dia dapat kerja di UMP.

Saya doakan apa yang dihajatinya didapatinya...dia banyak menolong saya...terlalu banyak.

Jan: Baik budi dimakan tuan..Banyak budi kepada sahaya. Nak membalasnya tiada harga dan ukuran... Terima kasih buat budiman.

Wednesday, November 4, 2009

Saya tipu Azniza, he he he...

'' Sebenarnya saya berhijrah ke Pekan ni sebab kekasih saya mati. Awak tau tak bagaimana perasaan saya untuk gagah hadapinya? '' Saya buat-buat muka sedih sambil tunduk ke lantai. Pada masa tersebut kami baru tamat menjaga peperiksaan. Saya lihat dia duduk di kerusi belakang dewan, sebab tulah saya terus menuju kepadanya. Saya ingin berkawan dengannya dengan lebih rapat.
'' Saya datang nak bina hidup baru...Dulu saya gemuk sekarang tinggal tulang je... walaupun dia telah mati saya tetap akan mengingatinya sampai saya mati...''. Kata saya sambil menggulung-gulung lebihan kertas jawapan peperiksaan. Saya duduk sopan di kerusi... Saya buat muka jebeh sikit
Saya lihat mukanya...dia nampak sedih mendengar cerita tersebut. Namun kata-kata saya tersebut adalah separuh benar, bukannya palsu belaka. Memang saya datang ke Pekan nak mulakan hidup baru tetapi bukannya kerana kekasih saya mati, he he he.
Saya lihat mukannya bertambah sedih apabila saya buat-buat muka masam dan memandang ke arah luar...(pulak dah). Kadang-kadang saya tiba-tiba bangun mengurut lutut sambil membaiki seluar dan duduk semula dengan lesu. Semasa bangun tu saya buat bunyi kecil `aaah...' seolah sarat penderitaan yang saya bawak dari Besut. Saya betul-betul berlakon masa tu, ingat senang ke nak tarik perhatian perempuan?. Rosyam Noor kalau ada kat situ, meraung!
Pada masa tersebut dia masih kurus dan kucup je, dan saya pun masih kurus (walaupun agak handsome). Pada masa tersebut saya juga tak ramai kawan, masa tu saya malu-malu kucing lagi (sekarang malu-malu rimau).
Pada masa tersebut iaitu lebih kurang 8 tahun dulu, saya baru sahaja mendaki populariti di kolej tersebut. Maklumlah semasa saya datang ramai lagi pensyarah seleberiti yang tengah top. Saya menghampirinya untuk dijadikan kawan... Pada masa tersebut saya fikir mesti dia balik rumah sewa nanti dia beritahu ke kawan-kawannya ``kesian sukiman kan...kekasih dia mati?'' Tentu dia cerita kekasih saya mati...(rupanya tidak, dia bukan jenis cerita kat orang...he he he)
Kami semakin bertambah rapat, dia pula berminat hendak tahu tentang cerita kekasih saya yang `mati' tu, he he he. Puas jugak saya mereka skrip dan dialog atau kadang-kadang cepat je saya alih kepada topik lain... Namun nasib baik saya lelaki (...senang je nak karang ceritakan, lepas tu lepas tangan? he he he). Bila berjumpa cerita kekasih saya `mati' tu selalu bersambung, macam episod pulak. Sehinggalah saya tak daya nak menulis skripnya lagi...he he he.
Nak reka cerita senang sahaja tetapi nak serasikan dengan mimik muka tu yang payah. saya bukan orang teater. Nasib baik rupa saya agak naif dan nampak tidak bersalah, jadi kukuhlah cerita yang saya garap.
Selepas itu kami jadi kawan baik. Tidak benar saya rapat dengannya setelah dia beli kereta. Saya bukan lelaki minat ke besi. Kami dah rapat semasa dia masih berjalan kaki pulang dan datang ke kolej. Kami pernah sama-sama melenggang balik kerja dan datang kerja dulu.
Dia kata saya baik, jujur dan bijak. Kata-kata tersebut saya akan ingat sampai mati sebab saya rasa memang betul kan? He he he. Emak saya pernah kata begitu pada saya juga...tak kanlah emak saya tipu...kan?
Saya rasa itulah satu-satunya tipuan yang besar saya padanya. Selebihnya saya cuba bersikap jujur terhadapnya sebab dia jujur dan kalau saya menipu pun dia akan dapat rasa, he he he.
Pada 14hb ni saya akan gagahi diri untuk hadir hari bahagianya. Saya mahu hadir untuk sokongan, semangat dan tanda saya bahagia bila dia berbahagia...kerana daripadanya saya mengetahui dengan lebih jelas apa itu erti persahabatan.
Jan: Dapat mengenalinya, berkawan dengannya..., antara yang termanis dalam hidup...

Monday, November 2, 2009

``Tak, sebilik...''


Sukar untuk saya melukiskan bagaimana rupa sebuah perasaan yang adanya sedih bercampur gembira... dalam bentuk penulisan yang ringan dan nipis tetapi tema dan pengajarannya berat...
Bohonglah kalau saya katakan tidak sedih dan pilu bertandang di ahati apabila menerima kad undangan tersebut. Namun apa yang saya rasa, sayalah yang membawanya...
Persahabatan kami lebih kurang lapan tahun. Kami selalu jujur dan berterus terang antara satu sama lain. Sebagai sahabat kami selalu mengandaikan pada suatu masa tentu sekeping kad jemputan akan hadir melimitkannya. Maksud saya salah seorang daripada kami akan mengundur diri daripada pergaulan yang rapat... tidaklah sebebas seperti dahulu, mungkin tinggal 5% sahaja bentuk pergaulannya.
Cuma tak tahu pula begini rasanya perasaan bila keadaan sesebenarnya menjelma. Rasa semacam. Rasa gembira ada, sedih ada...
Banyak pengalaman dan cerita terkumpul, antaranya yang telah ditapis:
'' Serumah ke? '' begitulah kata-kata nakal berbentuk gurauan apabila kami sama-sama punch waktu balik kerja dulu. Kadang-kadang malu juga tetapi kami sedar kami tidak buat salah.
'' Tak, sebilik.'' Jawab saya berbentuk gurauan juga walaupun agak melampau, he he he.

Kami selalu datang bersama ke tempat kerja, dan kami sama-sama balik daripada tempat kerja..., (tetapi menuju rumah dan kehidupan yang berlainan...)


Jan: ...can a heart still break once it's stopped beating?

Friday, October 16, 2009

Kerana dia perempuan...

1. Saya memandu penuh ketakutan, memandu jauh sejauh lebih 100km...(pergi balik sejauh 200km lebih).

2. Saya memandu untuk berjumpa dengannya. Saya nak buat suprise.

3. Namun saya yang disuprisekan! Saya tidak dapat bawa dia bukan sahaja ke kedai makan berdekatan, tetapi ke mana juga.... Bukan untuk hari itu saja tapi untuk selamanya-selamanya...

4. Saya meminta-minta untuk berjumpa kerana saya datang daripada jauh...., walaupun di tepi pagar pun tak apalah...(saya kirimkan sms kepadanya...)

5. Dulu saya selalu berangan apabila saya sudah berani bawa kereta ke Kuantan, pertamanya saya akan ambik dia pergi jalan-jalan dan buat perkara yang kami suka. Makan. Juga tengok barang-barang mahal kat kedai yang kami tak mampu beli.

6.Tetapi tiada yang kekal, semua akan berubah akan hilang...

7. Namun begitu selamat berbahagia....terima kasih kerana pernah menemani hidup ini, menjadi sebahagian daripada diri ini.

8. Sepanjang memandu di sepanjang perjalanan balik ke Muadzam, hati saya terusik.

Jan: Ada sesuatu yang hilang tak akan berganti....

Wednesday, September 30, 2009

Alias Deris: Boleh Tanya Tak?

Walau dugaan silih berganti,
Dia tetap teguh berdiri,
Sehingga terungkapnya kebenaran


Itulah antara ungkapan kata terpang-pang di cover novel `Boleh Tanya Tak?' karya Alias Deris yang diterbitkan pada tahun 2009 (cetakan ke 2). Novel ni bukannya novel remaja atau akhir remaja (macam saya ni) tetapi untuk awal remaja iaitu dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun.

Ni hah cover bukunya... Ada lambang LOVE tapi bukan pasal cintan...

Saya menyambarnya bersama novel `Zizan atau Zidane' (juga karya Alias Deris) di sebuah kedai buku kecil, di sebuah daerah terpencil...Muadzam Shah.
Pun begitu saya juga membacanya. Masa nak tidur tu... masa kelebek-kelebek buku-buku, tangan saya mencapai novel `Boleh Tanya tak?'. Saya membacanya sehingga lewat pukul satu pagi baru habis, he he he. Baca semasa nak tidur. Mulanya ingat tak akan habis membacanya tetapi persoalan mengapa Sherrina begitu terluka setelah dihina di sekolah menyebabkan saya mahu tahu. Kesian dia baru bertukar sekolah dan terkena musibah pulak. Dan saya nak tahu jugak apa Edly buat sehingga Sherrina begitu terluka. Maka saya terus membaca daripada satu muka surat ke satu mukasurat sehinggalah tak sedar ke mukasurat terakhir, 151.

Novel ini bukannya kisah cinta. Temanya adalah persahabatan. Banyak persoalan mengenai nilai-nilai persahabatan diungkapkan di dalam novel ini yang secara langsungnya memberikan pengajaran dan moral yang indah kepada pembaca.

Persekitaran dan lokasi banyak berlegar di sekolah dengan ramai kawan lain yang membawa watak sampingan yang pelbagai bangsa (satu Malaysia), begitu juga gurunya yang berkonsepkan satu Malaysia juga. Best jugak cerita ni kerana ia berjaya membawa saya ke alam persekolahan dulu, tiba-tiba syahdu rasa...(pulak dah).
Sebagai pengulas novel awal remaja yang tersohor (konon tersohor tapi ni la kali pertama ulas novel dalam hidup, he he he) saya sangat berpuashati dengan persembahan yang menepati ciri-ciri novel awal remaja terutamanya plot bergerak cepat, banyak dialog dan pendek dialongnya, bahasa mudah dan segar, ada adengan lucu, klimaks yang tak melampau, suasana persekolahan dan world view lingkungan pemikirannya awal remajanya.
Saya rasa lucu pulak watak cikgu Nordin yang memberi komen kepada pelajarnya macam Roslan Aziz Malaysian Idol dan Cikgu Norasyid macam Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia...bila memberi komen terhadap persembahan para pelajarnya...(M/s: 109, Prg: 2, 4). Ia menimbulkan rasa real je bila membaca buku ni, mendekatkan kita ke alam cerita.
Namun penulisan ini saya fokuskan kepada unsur-unsur penerapan agama di dalam novel ini. Unsur agama yang saya maksudkan di sini ialah bukan sahaja melalui perkataan tetapi juga situasi dan adengan yang menyematkan pembinaan insan yang mulia. Ada di antaranya tidak dinyatakan secara terangan tetapi ia memang salah satu amalan dan tuntutan agama. Contohnya apabila Zubaidah terpenyek kerengga, lihat di bawah:
''... kerengga yang kecil itu juga makluk ciptaan tuhan. Kerengga itu barangkali mempunyai keluarganya sendiri. Apakah nasib keluarganya nanti? Alangkah malangnya....'' (m/s: 11, Prg:4).
Agama mengajar kita ambik kisah mengenai makluk ciptaan yang lain sebagai suatu makhluk juga yang ada hak untuk hidup. Kita ni sibuk 24 jam, mungkin kita terlepas nak mengajar anak banyak perkara mengenai kemanusian, di sinilah saya melihat peranan Alias Deris mewakili pihak kita (kita yang sibuk cari duit dan bergaya 24 jam ni kan? He he he, jangan terasa sebab mungkin betul apa yang saya kata ni!).
Begitu juga terdapat peristiwa apabila berlaku kematian ibu Tasbeeh (kawan baik Sherrina), digambarkan adat menziarah memang diamalkan bersama amalan saling membantu antara satu sama lain. Mak Cik Jah ini adalah jiran terdekat.
''Mak Cik Jah menutup semula kain yang menutupi jenazah ibu Tasbeeh yang diselaknya tadi. Tasbeeh sebolehnya tidak ingin melihat emaknya dalam keadaan begitu. Dia sedar ketentuan ilahi. Cuma tadi dia tidak mampu menahan kesedihan. Segala-galanya berlaku dengan pantas.'' (m/s:72-73, Prg:7,1).
Begitu juga dengan dialog yang mengajar awal remaja supaya bertimbang rasa, menghormati waktu amalam agama individu lain, garib-garib buta mana boleh telefon rumah orang:
'' Sherina, kenapa menelefon ke rumah orang waktu magrib begini? Tunggulah selepas solat nanti. Nanti terganggu pula orang di sana,'' Sapa puan Salmiza secara tiba-tiba sambil menegur perbuatan Sherrina itu.'' (m/s: 125, Prg:1).
Banyak lagi unsur agama dan moral yang diterapkan dan disematkan dalam novel ini terutama pergaulan antara lelaki dan perempuan yang mesti terkawal, semangat kerja sama berpasukan dan menolong antara satu sama lain.
Saya berpendapat pada peringkat awal remaja pembinaan minda haruslah kuat diisi dengan banyak panduan. Agama adalah salah satu sebagai panduan hidup (bukan bebanan). Semua pelajar boleh rajin belajar dan menjadi somebody suatu hari nanti...tetapi mestilah menjadi somebody yang terisi pembinaan mindanya daripada awal. Jika tidak bina jambatan, jambatan runtuh, bina stadium, stadium runtuh (no komen, he hehe) atau kerja bank, buat lari duit...he he he.
Novel ini saya akan poskan kepada anak saudara di Besut, sebagai tambahan kepada koleksi buku cerita-ceritanya. Saya juga akan terus membeli karya Alias Deris untuk anak-anak suadara kerana dalam karyanya banyak unsur penyerapan dan pembinaan jati diri ke dalam para pembaca. Penyerapan secara bijak, kuat dan segar. Apalah sangat menghabiskan sedikit wang untuk pembinaan minda anak-anak kita kan? (opps...anak saudara juga, he he he).
Sesekali asyik dok mengodar Pizza untuk makanan perut anak-anak, apa salahnya kita sekali sekala mengodar buku untuk makanan minda otak anak-anak, kan?...
Jan: Teringin sangat nak buat novel bertajuk `Puaka', tetapi bukan novel seram, novel pasal kecurangan dan tragis kasih tak kesampaian...

Friday, September 11, 2009

Ros yang kukenali...

Antara orang yang terpaksa saya berbaik-baik semasa mula-mula bekerja di Kolej Shahputra Pekan adalah Encik Ros Mazlan Noor bin Mohamad. Bila saya mula jejak kaki di kolej tersebut (2001) beliau sudah bekerja sebagai pensyarah dan menguruskan hal ehwal peperiksaan kolej.
Saya ni jenis pemalu tetapi saya berbaik-baik juga dengannya demi kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya ditempatkan supaya menolong beliau dalam urusan peperiksaan. Saya tidak sempat menolak jawatan dalam unit peperiksaan, maklumlah baru bekerja. Bila kita baru bekerja majikan letak kita kat jabatan mana pun kita redha je. Sekarang barulah saya tahu pengalaman menguruskan hal exam banyak menolong saya berurusan di tempat kerja baru, terima kasih Shahputra.
Banyak juga episod saya berkaitan dengan Rosmazlan. Ada ketikanya pada hari sabtu yang nyaman sedang saya main buih dalam bilik air. Ketika saya mandi dan memberus belakang badan... dia talipon beritahu supaya saya ke kolej secepat mungkin sebab atas urusan peperiksaan. Saya dengan kelam kabut terus capai tuala dan lap badan dengan sabun-sabunnya sekali waktu itu. he he he.
Dan saya juga ingat kenangan turun-naik van bersamanya di Kolej Shahputra Pekan bila kami ke UiTM dan mana-mana urusan di UPM. Dalam van dia selalu beritahu apa yang saya kena buat satu demi satu. Dalam van biasanya saya berkhayal dan tengok pemandangan di sekeliling. Kadang-kadang saya dengar tetapi selalunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, he he he.
Pernah juga saya menumpang keretanya dalam menguruskan kerja exam. contohnya untuk urusan peperiksaan pelajar matrikulasi di Jabatan Pelajaran Temerloh selama 2 hari. Pada masa tu saya dapat tidur di Hotel Seri Malaysia. Itulah first time saya tidur Hotel Seri Malaysia.

Orangnya tinggi berbanding saya, seingat saya semasa saya bekerja dengannya rambutnya selalu agak panjang sikit. Mungkin dia sibuk tak ada masa nak gunting pendek, atau dia memang selesa berambut agak panjang. Atau sebenarnya nampak kartun jika dia berambut pendek? He he he, allahualam. Apa-apa pun dia tetap nampak ok dengan rambut agak panjang tu.
Jarang nak tersenyum dan nampak serius jika kita tak mengenalinya. Bila mengenalinya dia pandai jugak buat lawak. Dia suka mengusik saya. Saya masih ingat lawak yang selalu dia bawa ialah kononnya ramai orang nak(minat) ke saya, saya je yang kononnya jual mahal, he he he. Saya selalu jawab balik yang siapalah yang nak ke saya (kononnya), tetapi dia bersungguh-sungguh kata ada orang yang nak ke saya, he he he. Ayat ''Orang nak ke dia, dia tak nak.'' tersebut selalu saya dengar daripadanya suatu masa dahulu.

Seingat saya dia suka berbaju warna putih dan krim. Saya tidak pernah tengok dia pakai baju warna garang. saya juga tak pernah tengok dia pakai baju kotak-kotak atau berjalur-jalur apatah lagi yang bercorak macam Wan Emril yang kadang-kadang macam nak bercuti ke Hawaii tu (he he he jangan maran Wan, ampun).

Semasa bekerja di bawahnya saya tidak pernah tengok dia marah. Kalau ada apa yang tak kena atau keadaan cemas dia diam sahaja. Itu stail dia agaknya. Saya pulak bila ada saja masalah ataupun sleak sikit masa mengurus ezam, terus bertambah kelam kabut macam pemuda segak hilang handphone.
Seingat saya, saya juga tidak pernah berbual minum dengan mesra dengannya sebagai kawan. Dia bos saya, semuanya atas urusan kerja. Minum pun atas urusan kerja. Lagipun saya tak fikir dia berminat nak cakap pasal kek pisang, madonna dan Sharifah Aini atau tupperware.

Saya pernah sekali terpergi ke rumah sewanya dulu. Saya ada melihat album gambarnya semasa di belajar di luar negara. Amboi dikelilingi gadis seksi dan montok aja. Tak sangka ya, he he he. Tetapi kata orang memang lelaki yang tinggi dan tak banyak cakap ramai perempuan minat. Sebab tulah bila saya jumpa perempuan cantik saya buat-buat serius dan tak bercakap (dan akhirnya melepas?...he he he).

Sumbangan besarnya terhadap bahagian peperiksaan tidak dapat saya dinafikan dan pertikaikan apatah lagi nak diperdebatkan. Semakin lama masa berlalu semakin banyak pengetahuan dan kemahiran yang dia miliki, yang terkumpul. Memang bertepatan ciri peribadinya dengan kerjanya sebab beliau teliti dan serius. Ciri itu penting penting dengan keperluan ketelitian kerja dan perancangan kerja peperiksaan di bahagian peperiksaan.

Dah lama juga saya tidak berjumpa dengannya, sekali sekala buka laman web Kolej Shahputra dapat tengok gambar terbaru dia. Semoga beliau terus cemerlang dengan pengurusan bahagian peperiksaannya.

Jan: Mati hidup balik tetap ingat dulu pernah terphotostep skema jawapan bukannya kertas soalan, he he he. Banyak pulak tu...

Tuesday, June 16, 2009

Fati singgah Muadzam...







Ni gambar-gambar yang saya pukul semasa Fati singgah di Muadzam. Tak banyak kerana bateri kamera dah habis. Saya baru masukan gambar-gambar ni ke dalam pendrive dari kamera tersebut.

Jankaulu: Cepat masa berlalu...

Paris menyambutmu...

Apabila saya dah tahu Adnan dah ada di Bandar Muadzam, saya terus ke bandar untuk berjumpa mereka. Saya suruh Adnan tunggu dekat Pejabat Perhutanan. Adnan datang bersama dengan Mek Zue, Amy dan Kak Na.

Saya cari juga Zila, tapi tak ada, mungkin dia datang petang karang kot...

Saya bawak mereka ke kedai Mak Cik Bedah, sebelahan je dengan wisma sebab nanti mereka akan jumpa dekan, jumpa orang Hr, dan lapor diri sekaligus.

Saya lihat Adnan sangat bergaya. Dengan cermin mata barunya dia nampak macam doktor haiwan yang islamik. Kelihatan juga janggut dikemas rapi ala gaya semasa kumpulan nasyid. Tetapi sekali pandang ampak macam pegawai pendidikan DG48 pun ada. Dan beliau sempat juga beritahu yang bajunya memang baju baru. Kami duduk minum dan berbual-bual. Seperti biasa saya mengepau rokok Adnan sebatang.

Mek Zue pulak berbaju blaus hitam, menyerlahkan lagi kulitnya yang putih. Cuma kali ini mekap dimukanya agak nipis (dah insaf ke? he he he) tapi kalau orang dah manis tepek gandum pun lawa (Sila belanja ya, he he he). Amy seperti biasa seksi walaupun berbaju kurung, saya perasan mukanya nampak licin mulus, dia pakai Clinique ke?. Malu pulak nak tanya apa jenis facial foam dia guna. Tapi memang kulit mukanya nampak bersih, licin, lembut dan halal. Kak Na pula seperti biasa berbaju kurung bungaan kecil-kecil dgn pelbagai warna. Kak Na tidak suka berlebihan, dia simple je seperti selalu kita tengok kat kolej. Saya tidak perasan sangat hal-hal yang lain tetapi semua mereka memakai gelang emas, yang paling besar Amy (harganya lebih RM3K rasanya.

Selepas makan tu saya juga ke wisma nak mengesan dan mengambil borang yang ditandatangani oleh TNC, saya nak buat claim. Kalau dapat nanti bolehlah buat grill rumah baru, beli kerusi sofa dan pasang airkong. Di sana saya beritahu Adnan saya kena balik sebab pukul 11 ayah saya nak bertolak balik ke Besut. Tinggal mak saya sahaja menemankan saya.

Saya tiba di rumah dan rehat sikit, saya baring atas tilam depan tv, bila ayah saya nak bertolak upacara bersalaman pun tiba. Setelah kereta ayah saya hilang dari pandangan mata saya sebekkan diri balik atas tilam sambil sms Adnan nak tahu dia ada di mana. 5 minit kemuadian ayah saya datang balik, ayah saya tertinggal cermin matanya.

Selepas itu Adnan dan kawan-kawan datang rumah, mak saya menyediakan puding yang ada kuah (yang saya dilarang makan dengan banyak). Zue pulak ada bawak kuih popularnya iaitu kuih lapis dan kuih cara berlauk, sekali lagi mak saya menegah saya makan kuih lapis tu. Katanya ada santan... (memanglah ada santan kan, he he he).

Lepas sembahyang saya dan Adnan duduk berbual, sekali lagi saya mengepau rokok Adnan. Mek Zue, Amy dan Kak Na duduk lama dalam bilik mungkin sembahyang sujud syukur sekali sambil bertahlil? Tapi Adnan kata mereka mungkin bermake up...

Lepas tu kami ke Wawa Inn, dengan Fuzah sekali. Di sana Ja dan isterinya Anis sudah menunggu. Pada pendapat saya makanan di sini paling best dan harganya berpatutan. Bila kami mengabungkan meja, saya ternampak dekan juga ada di sebelah sana penjuru sedang makan entah dengan sapa, mungkin orang dari Bangi kot.

Masa makan ni seribu topik yang dikeluarkan, saya tak dapat bercakap banyak sebab kepala saya pening sikit, Kak Na tanya saya mengantuk ke?. Seronok juga dengar mereka berbual-bual. Sebenarnya pukul 3.30 saya kena antar mak saya pula ke hospital, dia nak ambil ubat darah tinggi dan lelah. Mak saya ada darah tinggi macam saya juga.

Ketika beredar daripada Wawa Inn, saya beritahu Adnan yang saya tak dapat ada bila mereka balik nanti sebab saya ke hospital antar mak.

Kepada kawan-kawan saya, saya ucapakan selamat datang.

Jan: Hari ini genap 2 tahun saya menetap di Paris (Muadzam Shah)

Friday, April 17, 2009

Ja, akhirnya...

1. Hari jumaat nan lalu saya mengikut Ja ke Kuantan.

2. Ja nak ke bengkel mahu tengok keadaan keprogresan kereta dia yang melanggar babi tempohari.

3. Dan kedua Ja juga nak jumpa kawan-kawan dia untuk beritahu majlis perkahwinan dia, nak beri kad undangan.

4. Saya pulak ikut juga kerana nak tengok perabut di Eng Lai, nak cari CD Sheila Majid (yang terbaru) dan saja nak jalan ke Kuantan jumpa kawan juga.

5. Setelah hajat tak kesampaian (putus tunang...), akhirnya Ja tak serik untuk bercinta lagi, dan bertunang lagi dan akan kahwin pada 2hb 5 ini!.

6. Untuk pihak lelaki majlis akan diadakan pada 9hb di Pekan Pahang.

7. Ja dah wakilkan kepada Azniza untuk teapek kad undangan kat mana perlu dan bersesuaian di KSP.

8. Kepada kawan-kawan datanglah beramai-ramai untuk menikmati opor masakan istimewa Pekan.
Jan: Jumpa di sana!

Tuesday, March 24, 2009

Ja terlanggar babi...

Sekadar hiasan: Diharapkan tidak menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.


PEKAN 23 MAC - Satu pelanggaran kereta Ja dan seekor babi berlaku. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam semasa Ja dan kawannya rancak berbual. Mereka dalam perjalanan dari Pekan ke Muadzam setelah mengziarahi saudara Ja yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan, Kuantan.
Menurut kawannya iaitu Mohamad Sukiman bin Ishak yang merupakan seorang tenaga pengajar IPTS di Muadzam, semasa kemalangan tersebut berlaku mereka sedang berbual hangat mengenai perangai pelajar masa kini yang tidak berdisiplin dan juga hal-hal kerja yang boleh menjadikan mereka menopouse sebelum masanya.
Kejadian itu berlaku di Temai. Dikatakan selamba seekor babi melintas laju di depan kereta. Walaubagaimana pun mereka agak bernasib baik kerana Ja hanya memandu dalam kiraan 50km sejam sahaja. Babi tu melintas tidak cekap sebab sipi ke sisi kanan kereta dia dilanggar. Jika babi tersebut cekap dan melintas lebih laju mungkin babi tersebut tidak dilanggar pada malam tersebut.
Kemalangan tersebut tidak mencederakan zahir batin kedua rakan tersebut, namun dikhuatiri babi tersebut mungkin terpaksa berurut.
Kawannya memberitahu lagi dia juga mengalami nasib yang sama (nak jugak). Kejadian yang sama berlaku padanya konon semasa beliau memandu daripada Rompin ke Muadzam. Pada masa tersebut beliau memandu dalam 80km sejam. Tiba-tiba anjing melintas laju tapi beliau tidak membrek. Ja yang pada masa tersebut juga berada di dalam kereta agak ketakutan. Mungkin sebab dialah yang bertanggungjawab kerana dia merupakan tenaga pengajar (memandu kereta di waktu malam) kepada beliau pada malam tersebut.
Kita balik kisah pasal babi tadi. Lepas tu Ja berhentikan kereta dan melihat keadaan fizikal kereta tersebut. didapati plat nombor kerete kemek, bumper pecah di tepi sisis pemandu dan terkopek keluar. Ja cuba mengenjal dengan kaki namun tidak dapat kembali kepada bentuk asal. Di dapati juga beberapa helai bulu babi yang kita selalu guna untuk melukis terlekat sekali dicelahan bumper. Ja mengjangkakan ada juga RM2 atau RM3 ribu melayang. Jika diperhati nampak lampu kereta senget sikit, tetapi tak jelas sengetnya kalau kita jenis tak perasan.
Persoalannya di sini ialah kita sebenarnya berkongsi jalan raya dengan binantang sama ada binatang liar (babi dan anjing) atau binatang yang dilepaskan oleh manusia (lembu-kambing). Sebelum ini sudah banyak kemalangan yang melibatkan haiwan berlaku dan ada yang meragut nyawa pemandu dan penumpang sendiri. Sama-samalah kita berhati-hati di jalan raya. -AFB
Jankaulu: Syukur pemandu dan penumpang selamat...

Thursday, March 19, 2009

Angin malam... Kami ke TC.







Duduk di Kuantan banyak tempat sebenarnya kita boleh pergi. Kalau boring atau kemurungan kita boleh keluar. Maklumlah siang hari duduk di tempat kerja sahaja.
Gambar-gambar di atas dipukul di Teluk Cempedak. Walaupun waktu malam dan menggunakan kamera yang murah tetapi hasil pukulan adalah menarik dan terang. Saya puashati kerana kamera tersebut dapat memaksimakan kehandsoman saya pada tahap yang jitu.
Bagi Mek Zue pula, tak kira siang malam, subuh atau magrib, dia tetap berjaya memposekan dirinya dengan sempurna atau orang kata `makan gambar'. Pemilihan selendang yang berwarna biru muda dan hijau muda berjaya menaikan seri mukanya yang dah sedia ada serinya tersebut.
Saya, Azniza dan Suhaida kelihatan amatur dalam gambar ini. Tetapi kami sedaya upaya cuba menyerlahkan diri supaya tidaklah merosakan gambar. Kami tidak bersalah cuma pada waktu malam sukar bagi kami untuk menawarkan pose yang elok memandangkan kita mempunyai iklim jenis khatulistiwa.
Kami akur kami tidak dapat melawan pose Mek Zue. Cuma Yana sahaja dapat memberikan saingan segit dengan mengayakan mukanya seolah tidak bersalah atas segala kejadian di atas muka bumi ini. Muka Yana kelihatan seperti baru lepas ambil SPM, sedangkan kami STPM...
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajak saya juga untuk menikmati angin malam yang gelisah bersama rindu yang membasah...

Jan: Sebenarnya kami pukul gambar tersebut selepas baham burger pospereti..., tulah yang nampak berisi sikit.


Ja marking kertas...

Ja tengah syahdu memarking paper, cuba memahami entah apa student tulih...berkerut dahi.

Tiba-tiba awek sms...

Kembali sambung marking...

Asingkan yang mana dah marking dengan yang mana tak marking lagi..., dan ingat section mana tu. Nantikang betukor sekseng...

Selak pulak di sebelah sebab guna kertas depan belakang (bagus langkah jimat duit kompeni...)

Mengerling pulak kepada Intan yang asyik menangis-nangis teringatkan Rado (sintron indon). Sedangkan Rado dah hilang ingatan dan perempuan terus ambik kesempatan...Huh!

Kembali semula marking dengan cepat sebab dah janji dengan student nak keluar esok (sepatutnya kemarin dah keluar he he he)

Laaa...awek sms lagi! huh! bila nak siap ni?


Jan
: Pernah beria janji dengan student nak keluar markah kuiz minggu depan tetapi terlajak ke bulan depan baru keluar, he he he.




Friday, March 13, 2009

Majalah Maskulum: Ja!






















Cover majalah kali ini ialah tidak lain tidak bukan Ja! (undian SMS terbanyak).
Semuga peminat dapat melepaskan rindu pada Ja yang akan diikat, terikat dan mengikat pada 2.5.2009 ini.
Kad masih dalam proses. Kad Cinta? Sabar! tak diedarkan lagi...
Namun kalau dah mula diedarkan nanti dan orang lain semua dah dapat sedangkan kita sorang masih tak dapat... Faham-faham sendirilah, he he he (masuk bilik cari le cermin, hu hu hu.)
Jan: Tahniah!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home