"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Raya 2013



Selamat menyambut Hari Raya 2013 kepada pengunjung blog. 
Maaf zahir batin...jika ada penulisan yang buruk.

Semoga kalian semua berbahagia dan bergembira pada hari raya bersama orang-orang tersayang...

Sesungguhnya hargailah mereka kerana tiada yang kekal di dunia ini...

Akhir kata:

"Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

Lirik: Datuk Sharifah Aini
Senimuzik: Datuk Dr Ahmad Nawab"



Jan: Apakan daya masa tak akan kembali, hancur musnahlah semuanyaaa...impian yang murni tinggal menjadi kenangan-kenanganku...

Kalau turut seruan hati...

lautan luas kuseberangi....

Tuesday, July 30, 2013

Sharifah Aini: Di pintu ampun...menjelang syawal (2000)

Sempena bulan ramadhan dan raya saya telah mengeluarkan Cd-Cd Kak Pah dari rak Cd. Saya pilih yang bertemakan raya dan juga ketuhanan/kemanusiaan.

Kak Pah banyak merakamkan lagu raya, sama ada lagu raya ciptaan khas untuknya dan juga lagu ciptaan lama yang diberi lenggok `ala' Kak Pah. Saya suka cara Kak Pah nyanyi, sebutan `minal aidil fitrinya jelas dan padat. Vokal jernih gitu... kalau dia sebut `doa', bunyi dia lain sangat.

Mungkinkah Kak Pah adalah artis Malaysia yang paling banyak merakamkan lagu raya?



Album ini ada 14 buah lagu. Ada lagu duek (duet) Kak Pah dengan Herman Tino, Hail Amir dan juga Sudirman Haji Arshad. Kak Pah juga ada menyanyikan lagu Sudirman iaitu lagu `balik Kampung', cara Kak Pah nyanyi lagu `Balik Kampung' ada unsur keMelayuan dan tradisional, berbeza dengan nada Sudirman yang ala Ultra-Melayu Moden gitu. Namun saya suka juga yang Sudir nyanyi. Masing-masing ada gaya dan identiti gitu.

Dalam sidi (Cd) ni ada lagu rancak, ala rancak dan tradisional. Ada lagu `Embun Menitik', saya suka dengar lagu ni. Meresap ke jiwa raga dan peti ais.

Lagu wajib Kak Pah `Suasana Hari Raya', juga turut dimuatkan. Ciptaan Dr Datuk Ahmad Nawab dan Lirik Datuk Sharifah Aini sendiri.





Saya akan jaga sidi ini baik-baik. Saya membelinya pada tahun 2001 di Kuantan. Saya berharap benar sebagai peminat Kak Pah, Kak Pah terus menyanyikan lagu raya baru atau lama. Sebab cara Kak Pah nyanyi lain. Ada jiwa. Meresap.

Saya simpan baik-baik sidi Kak Pah sebab saya percaya ia akan menjadi barang Akib suatu hari nanti. Bukan lagu raya sekarang tidak sedap tetapi lagu raya dulu-dulu ada nolsagianya, kenangan lama... Zaman kita membesar.

Cover belakang





Saya akan pasang sidi ini semasa dalam perjalanan saya balik kampung di Besut sabtu hujung minggu ini. Saya tetap tabah menjalani hidup ini. Sebenarnya saya tidak ada pilihan dah. Saya harus harungi segalanya. Mungkin sudah tersurat begini.

Saya raya untuk keluarga saya, orang di sekeliling saya...

Jan: Selamat hari raya untuk pembaca blog saya... Maaf zahir batin...


Sepasang kurung biru: Kupasan lirik raya 2013

Perlakuan memprosakan sesuka hati lirik lagu raya telah menjadi tradisi di blog saya. Ia telah menjadi amalan pada bulan Ramadhan bermula beberapa tahun lalu. Ini terjadi mungkin kerana saya memang suka `membuat cerita' atau mencari cerita di sebalik lagu raya. Saya percaya sebuah lagu raya yang baik dicipta dari perasaan bukannya kepandaian otak.

Sempena raya tahun ini saya memilih lagu `Sepasang Kurung biru' oleh Khairil Johari Johar. Sebenarnya inilah lagu raya yang paling syahdu selepas lagu raya `Dendang Perantau' nyanyian Tan Sri P Ramlee. Tapi ramai yang buat tak endah jea sebab tidak terkena atas batang hidung sendiri. Saya mulakan yea...Haaa.

Kisah ini sedih dan menyayat hati. Kebanyakan lagu raya adalah bernada sedih, ironinya kita tetap terasa bahang raya pabila mendengarnya.

Cuba kita bayangkan sepasang kekasih sedang membonceng motor buruk pergi ke kedai jahit. Sepasang merpati ini mahu menempah baju raya yang warna sedondon, iaitu warna biru. Dan tidak perlulah saya nak cerita lebih-lebih yang akhirnya mereka berpisah di mana pada hari raya perasaan pemuda tersebut diwakili oleh lirik lagu ini.

Sebenarnya hanya tinggal si lelaki sahaja yang berbaju Melayu biru pada pagi raya tersebut...

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Pada hari raya apabila semua orang sedang berbahagia makan ketupat dan bersalaman (tanpa mengira muhrim), dia hanya duduk tersenyum sahaja memerhatikan suasana raya. Sebanarnya di benak kepalanya dia teringatkan kepada bekas kekasihnya.

Bekas kekasihnya tidak mengirim salam atau pesaan kepadanya. Sebenarnya kekasihnya yang durjana dan puaka totally tersebut turut merasa bersalah atas apa yang terjadi... Sebab itulah  tiada salam atau pesanan ringkas melalui SMS...

Sebenarnya semasa mereka pergi menempah baju raya tersebut si kekasinnya sudah main kayu tiga..... tetapi  dia tidak tergamak memberitahu kepada pemuda tersebut. Hanya allah yang tahu cerita sebenarnya.... Hanya allah...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Mengimbau kenangan lalu, perasaan tidak boleh dibuang begitu sahaja. Biasanya orang yang ditinggalkanlah yang harus dan terpaksa bangkit atau bangun semula. Masa inilah pemuda tersebut terkenang raya-raya dulu di mana mereka masih bersama. Haru kan?...Haaa...Kini semuanya kosng dan sepi sebab walaupun sudah bertahun berlalu hati pemuda tersebut masih lagi kosong tidak berganti. Tambah sayu bila Rozita Che Wan pulak sudah dikebas orang...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tan Sri P Ramlee kata "Barangggggggggg yaaaaang lepasssssss haiiiii jangannnnn dikenaaaaang, kalau dikenannnnng meracunnnnn lah diri". Yang tidak kena atas batang hidung memang la sedap cakap. Bersabar la!, kuatkan diri la! ujian tuhan la... Tuhan akan temukan dengan yang lebih baik la! dan macam-macam lagi `la' yang membawa perasaan nak ambil pasu dan hempuk jea atas kepala penasihat tadi!.

Namun pemuda tersebut asyik mengenang kata-kata manis dan janji yang tak sampai....dan juga suasana perasaan bertambah syahdu bila mengenang dulu bersalaman (tak berlapik kain) terasa sangat kehangatan kasih sayang... Kini hanya terdengar sayup suara azan zohor... 

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku

oh...

Dalam keriuhan melayan tetamu beliau masih dalam duka cita. Sebahagian dari jiwanya masih menanti buah yang tidak akan gugur. Sebenarnya kekasihnya sudah berkahwin dengan orang kaya anak penghulu lagi, bergelar datuk...

Begitulah setiap tahun sehingga beliau mati, dia tetap menunggu. Dan sebenarnya sepasang baju kurung biru tersebut ada tersimpan di dalam almari (masih berbalut dengan plastk kedai lagi).

Peristiwa ini amat menyakitkan. Hanya allah yang tahu. Jadi saya tak beranilah prosa lebih-lebih kot-kot saya yang menangis, he he he. 

Sebenarnya kawan si pemuda tersebutlah (seorang guru) yang memberitahu bahawa kekasihnya sudah berubah hati. Setelah perempuan membuat pengakuan mengaku barulah pemuda tersebut pergi ke kedai jahit mengambil sehelai baju Melayu dia dan juga sepasang baju kurung bekas kekasihnya...(sebab dia yang bayar)

Masih panjang ceritanya dan menyayat hati, di sini saya hanya prosakan mengikut lirik yang ada. Apa-apa pun kita kena tetap percaya walau sekuman kering pun kesalahan/kebaikan manusia, tuhan akan hakimi seadil adilnya... Tuhan mahal adil.

Dia akan tunjukan kebenaran...

Sekian

Jan: Tahun ini tema warna oren...


Tahun ini aku beraya di Jepun (sekadar hiasan...mengarut)

Monday, July 29, 2013

Pasangan Cina yang popular

Agama, seks dan politik adalah sesuatu yang sensitif. Saya belajar perkara tersebut adalah sensitif daripada apa yang berlaku di sekeliling saya. 

Kerana tiga perkara tersebut juga pasangan Cina Alvin dan Vivian semakin popular. Namun kepopularan tersebut tidak memberi impak yang positif kepada mana-mana pihak.

Agama melibatkan kepercayaan dan bersifat suci. Kerana itulah manusia rela bergaduh kerana mempertahankannya, rela mati berbunuhan antara satu sama lain kerana kefahaman yang berbeza (walaupun dalam agama yang sama). Saling menyalahkan fahaman masing-masing tidak betul dan salah.

Bukan sahaja sesama islam terdapat perbezaan aliran malah dalam aliran/fahaman yang sama juga kefahaman adalah berbeza. Contohnya faham syiah di Malaysia juga terbahagi kepada tiga. Dan kadang-kadang fahaman dan hukuman berbeza sekali dengan hukum allah. Namun mereka tetap amalkan kerana kefahaman yang berbeza yang mereka percayai.

Dan isu agama akan menjadi lebih bahaya jika tidak mempunyai kefahaman antara agama. Dalam isu agama ia akan menjadi lebih bahaya jika manusia berlainan agama melakukan tindakan yang dikira sensitif kepada agama lain.



Pasangan cina yang sudah popular tersebut sudah dihadapkan ke mahkamah. Dan tentulah ia memberi impak besar dalam undang-undang kita. Ramai yang menunggu apakah hukuman atau keputusan yang akan dijatuhkan kepada pasangan tersebut yang juga dikaitakan dengan gambar tidak sopan di internate.

Seharusnyalah peristiwa ini diambil pengajaran. Perbuatan sebegini menggambarkan ketidakjayaan kita dalam membentuk masyarakat yang berintegrasi dan berintegriti. 

Jan: Nampaknya perjalanan untuk mewujudkan bangsa Malasyia semakin jauh...semakin sukar.

Duit kutu saya, lepeh mengecil...dan semoga selamat bersalin

Saya sudah berangan duit kutu saya nanti saya nak buat beraya dan kalau ada lebih nak beli perfume baru Hugo Boss - Red. Saya dah mencium baunya di ECM. Saya berkenan sangat sebab baunya tak lah kuat sangat.

Lagipun dah lama tak beli Perfume...




Saya juga nak beli baju dan kasut raya. Jumlah main kutu tersebut besar, saya bayar dalam RM340 sebulan. Kasut saya sudah habis stok. Biasanya sekali beli saya beli 2, 3 pasang sekaligus - Camel active. Namun sekarang stok sudah habis.

Saya juga nak beli seluar jeans sebab dah lama tak beli seluar jeans. Yang ada sudah longgar. Bukan kerana saya kurus tetapi punggung saya telah lepeh mengecil. Ia amat merisaukan saya kerana bagi saya punggung lepeh dan kecil tidak memberi motivasi hidup kepada saya. Mereka yang ada punggung terletak, cantik bila pakai seluar jeans atau seluar pejabat.

Namun begitu tengahari tadi adik perempuan saya (ibu kutu) menelefon. Dia beritahu kawan perempuan dia mahu giliran saya. Kalau boleh dia nak dulu sebab dia nak beranak. Saya terus tanya suami dia kerja apa.

" Tak apalah berilah giliran abang ke dia. Kesian pulok rasa" Saya beritahu kepada adik saya.


Jan: Saya boleh beli `Red' tersebut laibn kali....

Budak darjah enam dan nama ibu negeri Perak

"Kita belajar untuk mencari ilmu supaya menjadi panduan dalam hidup, supaya kita boleh membuat keputusan yang betul dan supaya kita boleh menolong orang". Itulah kata-kata cikgu Shafie kepada saya. 

Dan saya percaya cikgu Shafie mengajar saya kerana faktor tersebut. Dia mengajar saya bersungguh-sungguh bukan kerana mahu menaikan nama sekolah.

Dan saya percaya kita menghantar anak-anak kita kesekolah adalah untuk mencari ilmu. Dan mengharapkan cikgu-cikgu mencurahkan ilmu sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya begitulah secara amnya. Ilmu itu penting. Orang yang ada banyak ilmu pengetahuan hidup mereka akan senang. Tuhan juga sayang kepada orang yang berilmu.

Namun saya terkejut tahap king kong apabila seorang anak jiran saya yang sudah darjah enam tidak tahu apa nama ibu negeri Perak. Dia sudah darjah enam! (saya saja uji, he he he. Jahat kan?)

Lantas saya teringat pada zaman persekolahan rendah saya. Semasa di darjah empat saya sudah diminta hafal oleh guru saya nama ibu negeri setiap negeri, juga rukun negara dan bandar-bandar besar di dunia ini. Saya menghafalnya dengan kawan-kawan saya. Kami bertanding siapa yang paling banyak mengingatinya, paling tepat. Cikgu Shafie juga beritahu kita kena sayang dan hormati ibunegeri kita.

Saya rasa kini sudah sampai masanya di mana zaman orang hantar anak ke sekolah supaya lulus cemerlang dan dapat masuk universiti (walaupun sekarang amat senang dah nak masuk universiti). Dan zaman cikgu-cikgu berlumba hasilkan keputusan yang terbaik antara sekolah. Nak naikan nama sekolah. (Bukannya salah tetapi itu datang kemudian...bukat hasrat hakiki)

Dan saya percaya mereka percaya langkah-langkah tersebut (pastikan nama sekolah naik) sama dengan mengharapkan pelajar ada banyak ilmu di dada.

Tak sama sebenarnya kan?

Jan: Brains alone without a heart (feeling) can produce a monster!

17 Ramadhan: Hati seorang kekasih lama...

Menemui ibunda tersayang,

Asalamualaikum semoga mak berada di dalam keadaan sihat wal-afiat bersama ayah. 

Abang Alhamdulilah, sihat-sihat sahaja di sini. Alhamdulilah juga keadaan kesihatan Abang sudah seperti sediakala. Doktor kata badan Abang sudah sembuh sepenuhnya. Memang Abang makan ubat seperti yang doktor syorkan.

Mak,

Abang sangat rindukan mak. Semasa memandu ke Kuantan minggu lepas tiba-tiba airmata Abang menitis ingatkan mak.

Tahun ini Abang berRamadhan tanpa emak. Abang rasa lain sangat suasananya. Sudah beberapa tahun Abang berpuasa dengan mak. Emak datang semata-mata untuk menjengok Abang. Abang juga dapat rasakan ayah juga suruh mak jengokan Abang. Mak datang jaga Abang. Mak mahu Abang pulih...

Mak,

Abang rasa sebahagian diri Abang telah hilang lenyap. Hancur relai berdebu. Dan tahun-tahun yang berganti ini tidak sedikit pun membuat Abang mahu mencari kembali kehilangan tersebut. Biarlah sebahagian diri ini telah hilang. Biarlah sebahagian sisa ini terus berdiri tegap dan berani menerokai dunia ini.

Abang tidak akan sembuh. Abang cuma teruskan kehidupan Abang. dan semakin hari kehidupan kita semakin singkat.

Mak,

Pada Ramadhan ini kebanyakannya Abang masak. Sangat jarang Abang ke Bazzar Ramadhan. Walaupun sibuk Abang akan cuba memasak supaya adalah aktiviti dalam kehidupan ini. Ada sesuatu yang mengisi masa. 

Pada hujung minggu Abang tetap pergi jalan-jalan ke Bandar Kuantan. Jalan-jalan seorang diri. Abang letak kereta di tempat berbayar dan Abang berjalan kaki seorang diri. Kawan-kawan baik Abang sudah hampir semuanya sudah berkahwin. Abang sudah lama keluar dengan Sani atau Kamal. Hafis Library pula selepas berkahwin senyap terus. Kami tidak lagi pergi menonton wayang bersama.

Din pula tengah gila berbasikal... Namun hujung minggu lalu Abang sempat berbuka dengan din. Masa tu kami pergi shopping baju raya. Kaler oren gitu. Tapi nampak macam koko jea...

Mak,

Projek terbaru Abang adalah membina sebuah taman. Namun taman ini kecil dan minima sahaja pokok-pokoknya sebab Abang tidak ada masa untuk menjaganya. Sebuah taman ini adalah untuk mata dan jiwa Abang. Taman yang kecil dan ringkas sahaja namun Abang harap ia mampu meretap Abang dari realiti kehidupan yang tak terperi ini.

Taman ini akan melekakan Abang daripada dibius duka. Abang mahu benar berada di alam fantasi kerana terkadang-kadang realiti hidupnya sangat menyakitkan. 

Abang berkereta sehingga ke segamat untuk membeli batu sungai. Sekilo berharga RM2. Kawan Abang sarankan Abang pergi kutip di tepi sunggai, namun Abang takut tergerlincir ke dalam sungai. Lagi pun Abang alah kepada air...

 Mak,

Pada bulan puasa ini kadang-kadang Abang nampak mak jelas di rungan mata. Abang nampak mak sibuk menyiapkan makanan di atas meja. Abang nampak mak hampar kain seperah dan sediakan air nescafe untuk Abang. Abang rasa mak sangat sayangkan Abang. Mungkin sebab Abang hidup sorang diri... Kalau mak tak ada nanti, sudah tidak ada orang sayangi Abang sedalam mak.  

Abang selalu berdoa mak selalu ada, namun Abang tidak dapat menolak takdir. Menitis airmata Abang bila bayangkan suatu hari nanti...mak tak ada.. Abang akan tinggal seorang diri...dalam dunia ini. 

Mak,

Abang terus menjalani hidup ini. Tetapi Abang tetap teruskan hidup ini dengan gembira. Abang rasa manusia yang baik tidak boleh mengalah begitu nmudah. Abang tidak mahu jatuh. Namun tranformasi diri ini terlalu lama. Bolehkah kelopak yang lalu dipuja untuk kembang semula? (bersastera sedikit, he he he).

Mak. 

Abang rasa Abang sudah dapat mengawal diri Abang. Rumah Abang sudah semakin kemas. Abang sudah semakin ada mood untuk mengemas rumah. Dulu semasa Abang sakit Abang tidak hiraukan keadaan rumah. Sehingga suatu masa Abang tidak percaya itu adalah rumah Abang.

Sebenarnya Abang tidak ceritakan semuanya apa yang berlaku, kerana tidak mahu mak bimbang. Lagipun Abang juga mahu melupakan banyak perkara. Abang selalu yakin Abang boleh menempuhnya secara perlahan-lahan. Abang tidak percaya Abang kena buatan orang, mungkin Abang terbawa-bawa dengan perasaan.

Penjelasan yang paling logik adalah Abang sudah berada di tahap umur yang memungkinkan Abang mengalami krisis pertengahan umur. Cuma cara ia menimpa Abang sangat menakutkan tambahan lagi Abang hidup seorang diri. Tetapi mak jangalah bimbang kerana matahari akan tetap menyinari akan tetap muncul wal;aupn di tempat yang paling gelap. Walaupun di lorong Haji Taib.

Mak,

Kawan-kawan Abang semuanya kelihatan sihat. Alhamdulilah. Dan mereka tetap balik lewat petang walaupun majikan sudah beri kebenaran untuk balik lebih awal iaitu pukul 4.45. Abang balik pukul 4.15 sebab Abang datang kerja sebelum pukul 7.30 pagi.

Abang rasa tentu majikan mahu pekerja luangkan masa bersama keluarga. Masak-masak atau pergi beli makanan. Namun mereka masih lagi balik lewat. Mungkin mereka sudah terbiasa. Terbiasa balik lewat.

Mak,

Hari ini sudah 17 Ramadhan. Abang sudah lakukan apa yang mak suruh. Abang sudah menaja makanan di surau, sudah berusaha hadiri sebanyak mungkin upacara agama sempena Ramadhan. Semoga kebaikan yang dilakukan akan memberikan kesejahteraan kepada mak dan keluarga kita juga. Sefahaman Abang, apa kebaikan yang Abang lakukan, pahalanya tersalur juga untuk mak. Ia seperti sistem rangkaian.

Namun Abang terkilan kerana terpaksa membatalkan majlis Abang. Abang mahu anjurkan majlis berbuka puasa. Macam seleberiti pulak kan? Abang batalkan sebab Abang tidak sihat, dan sekarang bila Abang sudah sihat masa sudah semakin suntuk kerana Abang banyak pogram lain yang mahu dibuat. Abang rasa Abang boleh buat pada masa lain sebab kalau nak berbuat baik tak perlu tunggu bulan ramadhan, kan?

Mak,

Abang sudah beli kad raya dan poskan kepada orang-orang yang memberi impak besar dalam hidup Abang (yang Abang ada alamatnya). Abvang juga akan hantar kad raya kepada rakan Maya abang iaitu Nong dan Aidie. Mereka selalu baca blog Abang. Mereka ada anak yang cantik dan sihat-sihat. Putih-putih.

Abang juga sudah beli kuih raya. Sebekas dalam RM30. Mahal juga kan?. Tetapi beberapa bekas sudah habis Abang makan...he he he. Maklumlah sunyi katakan (he he he).

Oh ya Abang sudah beli baju dari Zalora. Abang beli dari internet. Kita buka internet dan beli secara online. Abang bank in sahaja duit melalui onlline. Zalora ini kita boleh pilih baju tanpa pergi ke kedai. Abang beli yang murah sahaja...he he he...sebenarnya Abang sudah pakai pun baju tersebut masa abang berbuka. Walaupun aAbang berbuka seorang diri abang tetap nak bergaya pakai baju Zalora. Tak pelik kan?

Mak,

Sekarang Abang masih malas gosok baju. Kalau Abang gosok tak secantik mak yang gosok. Abang bercadang nak hantar dobi sahaja sebab upacara menggosok baju ini menyukarkan. kalau boleh abang nak lenyapkan upacara basuh baju dan gosok baju dalam hidup abang ni. he he he. Hantar dobi senang. Tapi sayang duit pulak.

Mak,

Untuk menghalau kesunyian,  Abang akan giat melibatkan banyak aktiviti sosial. Biar ada saja projek nak dibuat. Abang suka tengok Din sebab dia sibuk berbasikal sana-sini. Aktiviti berbasikal sangat menyeronokan rupanya. Maksud Abang kalau kita bersuingguh-sungguh. Maka Abang akan bersungguh-sungguh buat taman Abang.  Taman yang ringkas.

Taman Abang sudah ada nama tetapi tidak boleh diberitahu kepada sesiapa pun di dunia ini....Rahsia.

Mak, 

Abang terus buat lawak depan kawan-kawan Abang. Abang tidak ceritakan bahawa kekadang Abang sunyi. Abang tidak mahu cerita sebabnya bukan apa...mereka itu kalau Abang kata sunyi terus suruh kahwin. Itu saja mereka fikir. " Kawinlah baru tak sunyi". Kesian fikiran mereka. Cetek.

Walaupun kawan-kawan Abang ada yang sangat terpelajar tetapi dalam hal-hal tertentu bodohnya tahap gaban. Ya lahkan mana ada manusia sempurna? Haaa.

Kesunyian itu mungkin datang apabila kita mencari arah dan makna kehidupan untuk kita tempohi masa depan dengan sebaiknya...bukan pasal kahwin atau tidak, ada duit atau tidak dan sebagainya. Titik.

Malah seorang kawan Abang yang berkahwin pun memberitahu Abang dia sunyai walaupun ada isteri dan anak-anak... Seperti biasa Abang buat-buat terkejut...padahal Abang faham...

Mak,

"Pertemuan itu suratan...yang mengembalikan suatu keazaman untuk Abang melihat dan menghadapi masa depan. Abang resah mencari arah..."

Abang berhenti di sini dulu, nanti Abang menulis lagi.  Abang hendak tidor dah...bye.



Jan:

1. Antara beberapa kekesalan atau keterkilangan dalam hidup saya ialah saya tidak pandai menulis. Amat sukar bagi saya untuk menulis apa yang saya hasratkan oleh otak dan hati. Saya hanya terus menulis sahaja...terus menulis dan menulis.

2. Saya tiada gaya penulisan yang hebat, juga tiada gagasan yang besar dalam penulisan saya. Mungkin hidup saya pun memang begitu. saya menuls yang biasa-biasa sahaja.

3. Saya amat cemburu kepada Zaini Hassan, Firdaus Abdullah (pensyarah saya di UM dulu), Salleh Majid, A Kadir Jasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka sangat pandai menulis dengan idea besar dan gagasan hebat.

4. Menulis tidak seperti kita bercakap. Menulis memerlukan peraturan dan kekemasan idea. Terkadang menulis juga memerlukan kejujuran dan keberanian. Namun tulisan yang hebat adalah terus dari hati...

5.Banyak perkara yang manusia buat dan perlakukan menarik minat saya. Kalau boleh saya mahu menulis pada setiap hari dan ketika.

6.Saya biasanya menulis di kertas dahulu sebelum menyalinnya di skrin komputer. Menulis menggunakan pencil atau pen seolah idea mengalir terus daripada hati ke otak dan ke kertas. Dan kadang-kadang terus dari hati tanpa singgah dahulu ke otak. He he he.

7.Saya percaya jika suatu hari nanti saya tidak menulis blog lagi, saya tetap juga menulis di kertas-kertas...


300,000

1. Saya memang suka menulis. Saya selalunya menulis di atas kertas kajang atau di belakang kertas yang sudah digunakan. Saya berkelakuan begini sebaik sahaja saya pandai menulis.

2. Namun penulisan saya tidaklah sehebat mana. Saya suka menulis kebanyakan mengenai hal peribadi saya, yang agak tidak peribadi saya postkan di blog ini. Namun adakalanya `terlepas' juga penulisan yang berbentuk peribadi.

3. Saya tidak kisah apa tanggapan orang terhadap penulisan saya kerana saya memang ada kelemahan, dan penulisan saya tidak bertujuan untuk memuaskan semua orang.

4. Post View saya sudah melebihi 300,000. Maknanya ada orang mengikuti atau membaca blog saya.

5. Saya percaya jika idea, tanggapan atau pemikiran kita (tersebut) kita tidak tuliskan, ia akan terlepas atau berakhir begitu sahaja. Malah kita sendiri akan melupakannya...

6. Kebanyakan kawan-kawan rapat saya tidak membaca blog saya. Saya mengetahui hal ini daripada pengakuan mereka sendiri. Saya berpendapat mereka lebih mencari kepada penulisan yang berbentuk akademik sepenuhnya.

7. Namun saya dapat rasai kawan-kawan tidak rapat saya ada membaca blog saya kerana mereka terkadang terlepas cakap dan memberikan tindakbalas kepada apa yang saya tulis.

8. Yang paling pasti ramai pembaca blog saya terdiri daripada orang yang saya tidak kenali. Terima kasih. Saya berharap saya selalu dapat menulis di blog ini.

Sekian terima kasih.

Thursday, July 25, 2013

Bahagiamu Deritaku – Hafiz




Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Jan: Abang Perindu Malam...


Senduduk Putih sudah berbunga...

Setakat saya hidup di atas muka bomi ini, saya hanya pernah lihat senduduk unggu, biru dan putih sahaja. warna lain tak pernah lihat. Kot ada ke? 

Dan minggu lepas saya menanam pokok senduduk putih yang saya beli di Bandar Tun Razak. Senduduk putih ni jenis `rare' sikit. Senduduk unggu berlambak tumbuh meliar.

Saya beli sebanyak tujuh pokok. Bilangan tujuh ni kata orang misteri dan suci...(pulak dah).


Gali lubang kecil jea sebab bulan puasa, konon letih...



RM4.50 sepolibag

"Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.


Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau."

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas




Kononnya nanti apabila pokok tersebut sudah tegak dan segar, dan tiada tekanan...saya akan kerat dalam separas lutut agar dia merimbung. Agar lebat cabangnya dan kehijauan pekat warna daunnya... Gitulah apa yang saya rancangkan. 

Semoga menjadi lebih baik daripada apa yang saya harapkan...

Selang selikan dengan kemboja...he he he
Ada orang kata senduduk putih boleh buat ubat tetapi tak apalah... kalau tak boleh buat ubat pun saya tanam juga sebab saya selalu beli ubat di klinik atau farmasi. He he he. Katanya ubat kena santau dan anak payah nak bercakap... atau pelat. Entahlah betul ke tak.

Sebelum tanam dah berbunga, aci tak?

Saya harap saya dapat penuhkan taman yang saya akan bina ini dengan pokok berwarna putih dahulu. Bila dah banyak mungkin saya tambah warna lain...yang saya suka. Merah ke?

Jan: Kucuba tanamkan kenangan tapi diriku yang rupanya tertanam...oh...

Berokna lagi!!! (Buat hal lagi!!!)

Semasa saya menumpang kawan baik saya ke Pasaraya Pantai Selamat petang semalam (untuk beli bawang besar dan bawang putih nak masak sardin), semasa di dalam kereta saya mendapat satu cerita. Kawan saya bercerita mengenai kawan baiknya yang suaminya `buat hal lagi' menjelang ramadhan. Memang gitulah setiap Ramadhan buat hal tembelang pecah dan hari raya dipenuhi drama yang menyakitkan jiwa.

Saya terus jea mendengar cerita tersebut dengan teliti untuk buat bahan penulisan blog jankaulu. He he he, teruk saya kan?

Bagi saya orang lelaki ini ada dua katogeri sahaja, (berbeza dengan perempuan yang ada sehingga 18.89 katogeri). Satu katogeri `agak baik' dan satu katogeri lagi `tidak baik'. Saya ulangi `agak' baik. Mana katogeri baik? Jawapannya: he he he...Haaa...

Di pasaran terkini,  didapati permintaan lelaki adalah tinggi melebihi penawaran yang ada. Maka wujudlah konsep `shortage lelaki' iaitu kekurangan jumlah lelaki. Dan yang ada di pasaran pula bukan lagi product seperti ayah kita. Spesisi itu dah lama pupus. Yang ada ialah jenis maskulum maskulim ni. Yang jenis nak bergaya sakan, nak suka-suka, nok bergalok lebih, prasan handsum, rapi diri sampai ratusan ringgit sebulan. Ini tidak salah sebenarnya, yang salahnya bila tak sedar diri dan tak mahu sesuaikan diri bila dah berkahwin. Haa... terusan jadi kasanova gitu. Maksud saya spesis ini kahwin empat pun tak cukup.

Bukan semua lelaki apabila kahwin boleh menyesuaikan diri sebagai suami. Semua lelaki berubah bila berkahwin dan mereka akan lebih bertanggungjawab? Salah! bukan semua. Yang nak sesuaikan pun ambik masa. Tidak seperti perempuan, sebilangan besar lelaki sukar berubah wahima untuk perilaku sekecil perbuatan sangkut seluar di penyakut dinding (sebab terbawa-bawa masa bujang dulu pakai lepek (letak di lantai jea atau atas meja dan katil)).

Ada yang bila sudah beristeri lagak macam tidak ada isteri lagi. Malah buat-buat lupa ada isteri. Perempuan lalu depan mata tetap usa tahap gaban dan galok birah melebihi orang bujang. (Saya dapati dari pengalaman saya kawan-kawan lelaki saya yang kahwin jauh lebih mengeyam gitu berbanding kawan-kawan lelaki saya yang masih solo. Yang sudah kawin ni bila perempuan depan mata terus buat analisis dalam dan luar. Tak sedar kepiah putih atas kepala dan janggut mengurai. Saya pulak jadi macam anak teruni suci yang pemalu. Saya ulangi `macam'. He he he.)

Kalau `membuka' ruang begini maka tentulah ada perempuan yang `tersangkut jua' Perempuan sekarang juga tidak mengira lelaki itu suami orang ke, cipan atau buaya. Mereka tahu pasaran adalah terhad, permintaan tinggi, penawan terhad. Dan mereka terima jealah...kononnya untuk sampai keseimbangan hidup.

Kita kembali kepada kisah suami kepada kawan baik saya ni. Saya pulak dah memanjang cerita pendahuluan sehingga panjang daripada isi. kalau kat sekolah kena potong markah dah ni. 

Di pendekan cerita suami dia ni jenis lelaki tak boleh tak ada kekasih (walaupun dah ada isteri). Jadi rumahtangga selalu tunggang terbalik dengan episod-episod duka lara dan nestapa (bagi pihak perempuan laaa.). Dan setiap kali tertangkap si suami akan berdrama swasta menangis la, nak bunuh diri la, bersumpah la...(sumpah lelaki, he he he). Dan isterinya yang penyayang dan sayangkan perkahwinan terus cair...terima semula. Pas tu berlaku lagi...cair. Terima lagi, pastu berlaku lagi cair terima lagi... Orang perempuan memang macam tu kot. Tak serik-serik demi cinta, he he he. Oppss maaf...

Saya tak komen apa-apa sempena Ramadhan (kalau tak bulan ramadhan taulah saya ulas sebanyak 18 posting!). Saya cuma beritahu kepada kawan saya yang kawan dia tu kalau dah kalih dan boleh hidup dengan sinatron berepisod sakit hati teruskanlah jea petrkahwinan itu. Teruskan...

Jan: Sila kuatkan diri, tabah dan tegas sebelum mengecek telefon bimbit suami anda (pesanan dari blog jankaulu...he he he)



Wednesday, July 24, 2013

Muka baik tapi kahwin dua!




Asraf Muslim bukanlah pelakon pujaan saya. Namun oleh kerana saya peminat setia cerita hantu, saya ada menonton lakonannya sebagai ustad Amirul dalam drama Niyang Rapik suatu waktu dahulu. Saya turuti cerita itu sehingga habis walaupun solekan hantu-hantu dalam drama tu pada pandangan saya ada yang melucukan...

Namun saya tidak mahu bercerita mengenai mutu lakonan Asraf sebab bagi saya lakonannya setakat suam-suam kuku sahaja. Saya mahu bercerita mengenai perangai kawan perempuan saya yang `naik angin' bila Asraf yang diminatinya berkahwin lagi.

Saya tidak tahulah apa salahnya atau di mana silapnya jika Asraf berkahwin lagi. Kalau seseorang lelaki berkahwin lagi, yang salahnya selalu diletakan ke bahu si suami. Dan biasanya isteri dan pihak keluarga isteri yang dimadukan (isteri pertama) tentu kecewa. Ini kita sedia maklum. Selamat datang ke planet bumi.

Namun apabila kawan saya berkata " Muka baik tapi kahwin dua!. Saya rasa tak boleh terima. Sebab tak kanlah nak biarkan suami muka yang jahat/crook sahaja yang boleh kahwin dua. Dan keduanya saya tidak setuju sebab kahwin dua itu bukanlah suatu yang sangat 100% teruk. Tidak bolehlah cop lelaki yang kahwin dua itu negatif (walaupun dalam banyak cerita kita dengar orang yang berkahwin dua itu auranya selalu negatif) 

Kalau kita ada anak perempuan pun, kita tak mahu anak perempuan kita dimadukan tetapi kita ada batas dan halangan juga kerana ini merupakah kehidupan dan pakaian kepada orang lain. 

Kadang-kadang saya naik kesian (bukan bias gender yea..) kepada Asraf Muslim kerana dia seleberiti. Dia diasak untuk menerangkan keadaan yang terjadi kerana kononnya dia `hak' masyarakat. Dia digesa membuat pengakuan dan kenyataan. Saya rasa pelik.

Tentulah setiap keluarga ada ceritanya sendiri. Perlukah kita faham? Dan kenapa pula kita perlu difahamkan? Kenapa? Haaa...

Media masa juga seolah memdesak isteri pertama Asraf membuat pengakuan atau pendedahan. Saya rasa tidak manislah dibuat begitu, orang masih dalam dukacita lagi, rasa kecewa yang menebal. Janganlah dalam usaha nak melariskan jualan akhbar/majalah, kita selak kain orang sana sini buat sumber rezeki anak isteri.

Sebagai pembaca, kita buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Selak-selaklah kain sendiri kot-kot dalam kain kita sendiri pun ceritanya lebih parah!

Jan: Muka biasa-biasa...masih tak kahwin. So what?

Tuesday, July 23, 2013

Harga rumah: Yang naik tak turun-turun...

Lubang hidung saya kembang setaman (taman perumahan) apabila seorang kontraktor yang berpengalaman beritahu rumah saya di Kuantan bila-bila masa sahaja laku kalau jual dengan harga RM300K. Dia memuji saya membeli rumah tersebut. Saya tersenyum dan buat-buat tidak bangga apabila dipuji sebab saya ada terbaca orang yang beriman apabila dipuji tidak berubah riak mukanya. Saya kontrol tetapi gagal, hidung saya kembang jua...

Rumah saya semasa dalam pembinaan 5 tahun dulu

Namun posting ini bukan pasal hidung saya tetapi mengenai harga rumah yang melampau-lampau naiknya.

12 tahun lalu semasa saya duduk dan berkerja di Pekan Pahang, harga rumah teres dua tingkat di Kuantan adalah RM145K. Pada masa itu saya tidak membeli rumah tersebut kerana apabila dikira-kira potongan gaji hampir RM1K sebulan, di mana pada masa tersebut gaji saya hanya dalam RM1730 sahaja (sebelum ditolak itu ini, atas bawah, depan belakang). 

Namun jika saya perhatikan walaupun harga rumah naik secara keseluruhan di seluruh negara, harga rumah di Kuantan tidaklah seteruk ditimpa tsunami harga seperti apa yang berlaku di kawasan bandar-bandar besar yang lain di negara kita ini. Contohnya bandar Lembah Kelang atau Bayan Lepas (sekadar menyebut beberapa nama tempat). Di sesetengah tempat di kawasan ini rumah teres minima adalah RM480K!


Pilu... apabila menatap slip gaji. Tetapi tatapan itu penting sebab ia jadi kayu ukur untuk raih kepercayaan pihak bank. Dan bank pulak tidak memberikan pinjaman 100%, kita kena cari tempat lain untuk dapatkan 10% tersebut. Kalau dalam RM200K maka kita kena ada RM20K. Persoalannya di sini adakah kita miliki tunai RM20K? Haaa... Kita pinjam lagi, kalau tidak dapat korek duit KWSP (kelonggaran kerajaan).

Rumah adalah penting. Sama pentingnya dengan kesihatan dan pelajaran. Sebab itulah secara teori dan amnya menyediakan rumah bagi setiap rakyat adalah tanggungjawab kerajaan. Kini baru terselak akan komitmen kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik sebab masalah dasarnya rumah yang ada di pasaran adalah rumah yang tidak mampu milik. Haa...

Kita sedia maklum rumah kos rendah tidak mahu disediakan oleh pemaju kerena mereka orang `berniaga'. Orang berniaga objektifnya adalah memaksimakan keuntungan bukannya menjaga kebajikan masyarakat. Pembinaan rumah kos rendah tidak menguntungkan. Jadi buat apa jual rumah murah kalau jual rumah mahal pun selalu laku di pasaran. Haaa...

Saya berani kata pada masa akan datang kalau kita tidak miliki rumah pada masa sekarang, ia akan menjadi barang mustahil kita akan miliki rumah yang selesa walaupun gaji kita adalah RM7K. Betul, dengan keghairahan pemaju dan puak spekulasi hartanah harga rumah akan terus meningkat, meningkat semeningkatnya secara berperingkat.

Kita bukannya anak orang kaya, bukan kawin dengan anak orang kaya, bukannya ada perniagaan sendiri atau dapat gaji permulaan yang terus tinggi. Maka kita dalam dilema. Walaupun kita ada pendidikan tahap master atau gaban dengan hanya mengharap kenaikan gaji tahunan (yang tidak dapat saingi inflasi dan bini beranak non stop tiap tahun), impian untuk mendapat rumah semakin kabur...

Pendeknya lepasan universiti pun memerlukan masa bertahun-tahun lamanya untuk mencecah gaji RM5000. Dan jika gaji sejumlah itu dan kita tidak berada di Kuantan tetapi di bandar besar yang lain...alamatnya tidak berumahlah kita walaupun kita ada rumahtanggta... duduk menyewalah sepanjang hayat, dan duduk menyewa sepanjang hayat pun tidak mengapa. Dan saya pecaya sindrom DMSH (Duduk Menyewa Sepanjang Hayat) ini akan berleluasa pada masa akan datang. Ia bukanlah sesuatu yang teruk tetapi impian semua rakyat Malaysia sekurang-kurannya ada miliki sebuah rumah dan seorang isteri (kau dua isteri kira bonuslah).

Dewasa ini adalah suatu yang biasa jika graduan tinggal di rumah teres dan luarbiasa jika bukan graduan yang menjadi pekerja biasa memiliki rumah teres. Di sini kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada dan tiada... Maksud saya tiada hutang. He.

Saya memang mahu menyalahkan pemaju kerana mereka menjadi semakin tamak haloba dengan alasan bahan binaan naik la, harga tanah naik la....tiang elektrik naik la. Pada zaman 60an, 70an dan 80an pemaju rata-rata hanya mengambil dalam 30% keuntungan dari harga jualan sesebuah rumah. Maksud saya kalau kita beli rumah RM100K kosnya sebenarnya adalah RM70K, untung dalam RM30. Tetapi sekarang pengambilan keuntungan sehingga 70% dan ada yang sambar sampai 100% dan jangan tak percaya mungkin melebihi 100%!. 150%?

Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana kita dapat atasi masalah ini kalau mereka yang terlibat tidak duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati. tetapi perkara ini payah terjadi kerana objektif perniagaan adalah memaksimakan keuntungan. saya ulangi memaksimakan keuntungan.

Kita memahami kesukaran dan impian penduduk yang pendapatan isi rumah kurang dari RM3K untuk memiliki rumah.

Paling penting adalah kawalan inflasi, kesedaran sosial pemaju perumahan dan tindakan kerajaan ikhlas yang bertepatan dan berterusan. Namun kalau ikut rangkinnya pihak kerajaan dan pemajulah yang boleh mengubahnya sinario ini secara direct. Isirumah tidak boleh buat apa-apa yang drastik untuk miliki rumah.

Mungkin kerajaan harus sediakan sebahagian besar kawasan perumahan, jangan `swastakan' 100% kepada pihak lain. Tanggungjawab kebajikan rakyat harus dipegang sebagaimana kerajaan membantu bidang pendidikan dan kesihatan. 

Jan: Sunyi sepi maya ini, seumpama rumah tak berisi...Tolonglah ilahi rabbi, agar lepas dari seksa ini...(pulak dah).

Gas habis, Timor, Firman dan..." Mimpi Man..."


Biasanya pukul tujuh petang barulah saya mula masak nasi untuk berbuka. Saya memang begitu. Jadi saya masaklah nasi dalam vision 2020 tepat pukul tujuh petang. Bila nasi mengelegak, saya tukar air dan letak semula. Konon nak meminimakan kanjilah tu. Jaga kesihatan.

Saya terus ke ruang tamu dan mula siapkan makanan atas meja. Saya letak kerisek, sambal dan ikan panggang. Semua lauk tersebut kawan saya yang beri. Baik sungguh hati dia kan?

Sekoyang-koyangnya pukul 7.15 saya ke dapur dan...alamak!. Gas habis! Saya dapati nasi saya tak masak lagi. Panik sekejap.

Saya terus memecut menuju bazar ramadhan, saya rungsing sungguh sebab waktu berbuka sudah dekat. Setiba di bazar saya terus pergi ke gerai nasi kukus. Saya beritahu nak beli nasi sahaja, tak nak lauk. Harga nasi tu RM1.50.

Keesokan harinya saya talipon kedai untuk pesan gas. Mereka beritahu penghantaran akan dibuat pada pukul lima petang. Saya tunggulah mereka kol semula sambil tengok dvd.

.......

Sekoyang-koyangnya datang seorang pemuda mengetuk sliding door dan letak tong gas. Pada masa tersebut saya masih lagi sakit badan, maka saya suruh anak lelaki saya Timor dan Firman tolong angkat gas tersebut.

" Ayah letih ni, tolong angkat tong gas dan tolong pasangkannya sekali" Kata saya sambil terus menonton dvd.

......

Tiba-tiba saya terdengar ada orang mengetuk sliding door saya. Saya buka pintu. Oh orang penghantar tong gas rupanya... Saya terlelap tadi... Ya allah...


Jan: Penulisan warna hijau tersebut rupanya mimpi saya masa saya terlelap sekejap...he he he. 

Wednesday, July 17, 2013

Menghitung hari berlalu, seksanya aku.

"Mungkinkah hujan kan turun menemani malam, makin sepilah malangku ini tiada teman biacara...."


Tadi kawan saya terus sms bila baca posting saya pasal `saya sepi menghitung hari berlalu' dia sms beritahu "kalau sepi malam-malam buatlah ibadat wahai en jan"



Jan: Ingatanku tetap bersemadi walaupun kau telah mungkir janji...

Warisan: Sudirman Sharifah Aini (2012)

Kulit depan 

Datuk Sharifah Aini dan Allayarham Datok Sudirman bukanlah satu nama asing di dalam erana seni suara negara Malaysia. Ketika Sudir mula berjinak menjadi penyanyi, Kak Pah sudah berada di puncak persada dunia hiburan Malaysia. 

Kak Pah dan Sudirman pernah menaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa yang sama iaitu EMI Rekod. Mereka adalah `anak emas' syarikat tersebut. Mereka juga telah banyak membuat pertunjukan bersama antara tahun 70 an dan awal 80an. 

Sudirman selalu mengusik Kak Pah dengan menggelarkan Kak Pah sebagai Elizebth Taylor Malaysia kerana Kak Pah memiliki banyak barang kemas intan berlian.

Album ini adalah album kedua kompilasi mereka bersama. Kompilasi yang pertama tiada dalam simpanan saya. Kompilasi kali ini juga ia memuatkan lagu yang bertaraf `warisan' iaitu lagu asli yang berentak asli dan keMelayuan. Yang menjadi warisan khazanah budaya kita apabila lagu-lagu sekarang entah apa-apa dah...(bukan semua).

Namun sayangnya hanya satu lagu sahaja nyanyian duet mereka iaitu bertajuk `Mak Inang Melayu'. Muziknya terangkat sekali. Saya suka. Adakah ini dinamakan muzik inang?




Saya membeli CD ini di Giant Kuantan. Terima kasih Giant Kuantan. Sebenarnya saya juga selalu oder CD Kak Pah di situ. Biasanya bila CD telah tiba, saya akan pergi membayarnya sambil baham KFC. KFC di Giat sedap. saya selalu makan yang senek pelet punya.

Disk 1
No.TajukArtisMasa
1."Bila Hati Terpikat"  Sudirman
2."Tiba Tiba Rindu"  Sharifah Aini
3."Gerimis Di Lautan"  Sudirman
4."Di Pinggir Kayangan"  Sharifah Aini
5."Patah Hati"  Sudirman
6."Bunga Melor"  Sharifah Aini
7."Jali Jali"  Sudirman
8."Seroja"  Sharifah Aini
9."Kuala Deli"  Sudirman
10."Siti Payong"  Sharifah Aini
11."Seri Tambak (Nyiur Gading)"  Sudirman
12."Jalak Lenteng"  Sharifah Aini
13."Berdendang Anak Dara"  Sudirman
14."Pengertian"  Sharifah Aini
15."Anak Dagang" (Nyanyian asal oleh Kamariah Noor)Sudirman
16."Mak Inang Melayu"  Sharifah Aini & Sudirman
17."Joget Kenangan Manis"  Sudirman



Suara kak Pah melantungkan lagu asli tidak perlu diperkatakan. Cuba dengar suara Kak Pah dalam lagu `Jalak Lenteng', rasa nak meraung menangisi kehidupan yang penuh dugaan ini...namun sabar-sabar-sabar.  Biarlah segalanya dihakimi allah. Tidak sekuman pun perbuatan aniaya dan fitnah yang berlaku terhindar dari perkiraan allah...

Dan Sudirman juga membuktikan beliau boleh membawa lagu asli dengan baik walaupun range suaranya  lebih sesuai lagu yang tak asli. Namun dengan penghayatannya yang jelas dan `masyuk', lagu-lagu nyanyian beliau tiada cacat-celanya.



Disk 2
No.TajukArtisMasa
1."Seri Serawak"  Sudirman
2."Dondang Sayang"  Sharifah Aini
3."Sepetang Di Pasar Minggu"  Sudirman
4."Keresahan"  Sharifah Aini
5."Sepetang Di Pinggir Bukit"  Sudirman
6."Seri Mersing"  Sharifah Aini
7."Mak Inang Pulau Kampai"  Sudirman
8."Seksa"  Sharifah Aini
9."Ayah Dan Ibu" (Nyanyian asal oleh A. Rahman)Sudirman
10."Fatwa Pujangga"  Sharifah Aini
11."Teratai Menjelma"  Sudirman
12."Pantun Kasih"  Sharifah Aini
13."Damak Sayang"  Sudirman
14."Seri Andalas"  Sharifah Aini
15."Seruling Bamboo"  Sudirman
16."Tinggallah"  Sharifah Aini
17."Indahnya Alam"  Sudirman


Selain saya membeli CD ini kerana ia menghimpunkan lagu asli Kak Pah, saya juga membeli CD kerana ia adalah CD dari dua penyanyi yang berbakat besar dan banyak menyumbangkan khazanah kepada industri kita. Pencapaian mereka tidak perlu dipertikaikan.

Sudirman adalah antara penyanyi lelaki Malaysia yang saya beli albumnya selain Search, Jamal Abdillah, Zainal Abidin dan Ramli Sarip (sekadar menyebut beberapa nama).

Jan: Cinta dan kasih sayangmu telah menjadi warisan...oh...(he he he)

Tunda Putera?



KJ pimpin dia...


Definition of happiness...



Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan yang memalukan...

Saya diberikan sehelai kain batik. Saya meletakannya di atas katil. Saya buka tali pinggang dan lurutkan seluar saya sebaik sahaja perempuan muda itu beredar. Perempuan itu muda, saya malu. Saya juga lurutkan seluar dalam Renoma saya dan sembunyikan dalam seluar panjang tersebut. Saya cari penyakut di dinding untuk sangkut seluar panjang saya, tidak ada. 

Kemudian saya pakai kain batik tersebut. Kain batik, kain batiklah...detak hati saya.

Saya letak seluar panjang bersama seluar pendek saya di kepala katil dan secara perlahan saya baringkan badan secara terlentang. Saya mesti perlahan-lahan, saya sakit...saya menelengtangkan badan.

Saya rasa lain sangat. Biasanya saya berbogel hanya di rumah atau di pusat peranginan di tepi pantai sahaja tetapi kali ini di tempat awan. Entah berapa ratus orang dah berbogel di atas katil ini... Saya malu. Walaupun saya lelaki moden (yang tak ada tablet dan e rokok  atau rokok elektrik), sifat malu saya masih menebal. 

Bila doktor perempuan itu masuk bilik, saya bertambah malu, saya tidak tengok pun muka dia. Yang saya tahu kepakaran dia amat saya perlukan untuk mengubati dan menganalisis penyakit yang saya hadapi. 

Saya teringat tadi memang bila ditanya, saya memberikan keizinan untuk doktor tersebut menerokai tubuh saya yang tak terjamah demi kesihatan dan keselesaan kerja saya. sebenarnya pertemuan kali ke tiga barulah saya mesra dengan doktor tersebut, barulah saya izinkan beliau melihat bahagian tubuh saya (di mana hanya mak saya lihatnya pada masa saya kecil).

Duduk salah, bangun pun salah. Saya terasa resah lenguh longlai. Resah gelisah. Saya bukan bercinta atau putus kasih...

Namun saya perlu menokhtahkannya kerana tak berapa selesa dah. Hendak mengajar pun tak selesa. Malah sebuah majlis berbuka puasa juga terbatal begitu sahaja kerana saya masih sakit. Popular dan pentingkah sangatkah saya? (ya! saya jawab sendiri dengan penuh perasan...he he he. Jangan marah)

Pengalaman saya `diperiksa' begitu terperinci memang memalukan saya. Sesulit mana bahagian tubuh saya demi kesihatan dan kesempurnaan hidup, saya rela diperiksa luar dalam. Memang ada rasa malu namun saya buangkan malu tersebut jauh-jauh hingga ke hujung benua Afrika. Biar malu itu tercampak ke sana.

Memang semasa saya parking tadi lagi saya dah berniat untuk buang malu saya demi kesihatan saya dan kerjaya...

Jan: Masih aku terasa...

Taman kecil mudah diselenggara?

Senduduk putih...


Idea untuk memiliki sebuah taman kecil memang sudah lama saya pendamkan. Sebuah taman yang cantik, kemas, asli dan mendamaikan akan mengembirakan hati saya. Namun budget dan masa agak terhad, saya selalu biarkan impian saya terendam begitu sahaja.

Saya lebih suka langskap yang dibuat di bangunan kerajaan. Nampak kemas dan teratur. Nampak tidak berserabut dan nampak senang diselenggarakan. Maka buat masa ini itulah kongsep yang saya mampu laksanakan. saya hanya ada sehari sahaja dalam seminggu untyuk menjaga dan membaikpulih taman saya.

Pentingkah untuk memiliki sebuah taman? Saya rasa tidaklah sepenting seorang manusia mesti menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok untuk `upacara' tanda kesyukuran ke atas bumi yang dihunii. kalau kita fikir betul-betul pokok-pokoklah yang memberi `nafas' untuk kita.

Saya tidak menjawab soalan...emmm. Sebenarnya penting juga memiliki sebuah taman. Tidak kiralah kecil atau besar. Sekecil balkoni pun boleh kita cipta taman kecil yang indah. Boleh letak kerusi kecil untuk kita duduk-duduk di situ.

Pun begitu saya ada juga menanam pokok-pokok di sisi rumah saya yang terletak di Kuantan. Namun kerja-kerja menanam pokok amat meletihkan. Walaupun pokok berpolibag kecil tertapi kalau ada sepuluh polibeg, berpeluh juga.

Untuk pokok yang sederhana besar saya tanam sendiri juga tetapi untuk pokok yang besar iaitu lebih tinggi daripada saya, saya upah pekerja nurseri tanamkan. Sepokok adalah dalam RM40, kalau sepuluh pokok adalah dalam RM400. Namun oleh kerana tanam 10 pokok dikurangkan harganya.

Kalau memiliki taman kecil, rutinnya adalah sama iaitu menanam, menjaga dan memastikan kebersihan termasuk konsep kekal bersih. Sebenarnya taman melatih kita berdidiplin. Kalau taman kita tak terurus bermana hidup kita tak terurus atau tak berdisiplin. Maka boleh gunakan taman kita sebagai petunjuk hidup kita, kot-kot kita tak sedar tentang kesibukan kita...sampai tak terjaga taman dan anak bini, he he he.

Sekarang saya rasa nak terbang ke Kuantan. Untuk minggu depan jika kesihatan saya pulih, saya mahu ke Kuantan untuk menanam pokok senduduk dan pokok kemuning. Saya beli tujuh pokok senduduk (sepolibag RM4) dan tambah tiga lagi pokok kemuning (sepolibag RM3).

Jan: Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia...emmmm, emmmm, emmm. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati, taman ini tandanya jika mahu diuji...





Monday, July 15, 2013

Seekor lalat dan sekeping harapan yang hancur...

Saya memang berniat hendak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Saya tiba-tiba terniat hendak membeli setelah berhari-hari masak. Saya teringin benar makan nasi kerabu. Saya tak mengandung.

Maka saya terus pakai seluar panjang (tadi pakai seluar pendek). Saya terus memandu ke tempat parking yang sempena ramadhan telah bertukar jelma kepada Bazar Ramadhan. Ajaib!

Apabila sampai, dari jauh saya nampak penjual air tebu. Ketika saya lalu di tempat jual air tebu tersebut, saya teringin pulak membeli air tebu. Tetapi apabila saya melihat batang tebu diletakan begitu sahaja...saya tiba-tiba tertanya-tanya adakah mereka membasuh tebu tersebut terlebih dahulu? Saya juga bimbang tebu-tebu itu dikencing tikus. Walaupun saya tidak nampak tetapi kebimbangan saya melampau-lampau tahap Lady Gaga. Terus saya tak jadi membeli air tebu tersebut...

Ketika saya berjalan untuk membeli makanan, saya disapa oleh peminat-peminat saya (para pelajar saya). Ada yang muka macam baru bangun tidor dan ada yang muka memang jenis muka baru bangun tidur sejak azali.

Saya perhatikan kebanyakan penjual tidak tutup makanan mereka dan lalat berterbangan riang seolah temasya bagi mereka. Terdapat aksi-aksi penjual menghalau lalat dengan menggunakan sundip dan kertas. Namun kata salah seorang pelajar saya yang nakal, kibasan halau lalat tersebut dilakukan bila kita lalu depan di hadapan gerai mereka sahaja, bila kita tidak lalu mereka tidak kibas pun. Huh!

Maka saya berhenti berjalan sebentar dan menyorokan diri dengan menfokuskan kepada satu kedai untuk melihat adakah kata-kata pelajar saya itu benar. Setelah seketika membuat pemerhatian, memang sah benar.

Untuk mencari gerai yang menutup makanan mereka agak sukar, seolah mencari gadis sunti yang tak ada FB.  Alhamdulilahlah akhirnya saya berjumpa dengan sebuah kedai. Lalu saya meminta nasik kerabu. Tuan penjual itu letak nasi, nyur, kemudian ulam, kemudian telor masim. Dan dia bertanya "Nak tambah lauk ke?. Saya jawab ya sambil saya membuka lauk daging goreng. 

Pabila saya membuka sahaja penutup daging goreng tersebut saya terus nampak seekor lalat di dalam bekas daging tersebut! Ya allah. Saya sangat terkejut. Saya mahu laris terus meninggalkan gerai tersebut tetapi saya kesiankan penjual tersebut. Saya lihat muka dia ala jenis orang susah. (ada ke muka ala jenis orang kaya? Ya, ada. Kata seorang rakan pensyarahan saya kalau hidup kkita susah biasanya ia memberi kesan kepada muka dan raut wajah kita....Haaa. Katanyalah).

Dan apabila saya balik ke rumah. Saya basuh balik daging salai tersebut. Namun semasa makan saya berdoa semoga saya tidak sakit perut.

Jan: Bila kawan saya sms bertanya saya berbuka apa? saya jawab `Nasi kerabu lalat!"



.