"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 30, 2009

Bintang dan Puaka Niang Rampik

` Satay 200 ratus. Mentah pun enak...'
Dialog di atas berusia puluhan tahun dan dituturkan oleh Suzzana dalam cerita seram Indonesia yang bertajuk `Sundalbolong'. Lokasinya di tepi jalan di sebuah kampung, di mana dia berhenti di sebuah gerai dan mengoder satay... dengan jumlah yang banyak dan mentah pula. Dia makan dengan rakus sehingga penjual satay itu lari lintang pukang.
Masih jelas lagi terakam dalam ingatan saya, certa tahun 70an ini memang seram dan ada mesej yang kuat. Akibat diperkosa bergilir-gilir dia jadi hantu untuk membalas dendam kepada para pekosanya. Cerita ini amat menyeramkan saya pada masa tersebut kerana saya masih budak-budak lagi. Walaupun pada masa itu apa itu perkosa pun saya tidak tahu tapi saya berjaya dibawa ke subjek yang lebih besar dalam cerita itu, iaitu dendam dan jadi hantu.
Apa yang penting wajah Suzzana tidak diburukan, cuma pucat sedikit, malah dalam beberapa babak dia seperti manusia biasa. Saya setuju sangat untuk wujudkan keseraman tak semestinya kena papar muka yang buruk, jalan terhenjut-henjut atau kena melayang dari pokok ke pokok...
Curi perasaan...
Cerita hantu berjaya mencuri perasaan saya dan membawanya ke alam yang payah saya nak terangkan dengan kata-kata, berlainan sekali kesannya. Saya membesar dengan tidak percaya kepada hantu sehinggalah masa saya first year, kepercayaan yang `apabila kita takut kita kan nampak macam-macam kerana imaginasi kita' terkubur...saya hilang kepercayaan sedikit demi sedikit...saya makin percaya hantu itu ada walaupun tidak seratus peratus.
Cerita seram ada yang hebat sehebat cerita `The Others', sampailah cerita yang lemah seperti Puaka Niang Rampik. Saya bukalah mahu membesar diri yang semakin membesar ni, namun saya tidak seram melihat kepada rupa bentuk dan cara penonjolan hantu-hantu di dalam siri tersebut. Kerap sangat hantu muncul siang malam jadi dah tak ada `raaa...' dan tak seram. Hantu pun kadang-kadang nampak lucu dan plastik.
Paling menyeramkan bagi saya ialah Mbok Miah itu sendiri, watak tersebut sebenarnya boleh dikembangkan lagi. Dalam cerita ini watak terlalu difokuskan kepada Ustad Amirul (yang zuhud dan asyik berbaju pagoda).

Gambar ini dipukul stail gambar dalam drama tersebut, iaitu ada nampak daun-daun sikit kan.

Cerita sepatutnya ditumpukan kepada kepuakaan di kampung tersebut bukannya kepada Ustad Amirul sahaja. Watak ustad Amirul pulak dilakonkan dengan amat lemah sekali. Kalau saya jadi pengarah (pulak dah) saya akan hambat (halau) dia balik dan akan menyuruh hayati watak dulu betul-betul. Kalau dah betul-betul ready baru saya benarkan dia datang semula ke lokasi.

Jadi ustad kena nampak berkeyakinan dan tegas bukan nampak baik saja, nampak tak bersalah saja, ni kadang-kadang macam tak tahu apa-apa je, nampak bler je. Huh!. Sempat saya sms Mek Zue dan tanya apa pendapat dia kalau watak tersebut dilakonkan oleh Rosyam Noor. Terus dia setuju sesetujunya..., he he he.

Kalau watak ustad tu dipegang oleh Farid Kamil pun okey, tapi tentu Kamal Azie tak setuju pulak, he he he.

Bintang

Kebiasaannya saya akan menjemput Ja untuk menemani menonton Puaka Niang Rampik di rumah saya. Namun pada malam terakhir siri tersebut saya pula ke rumahnya. Saya bawak dodol, kueh bahulu, kerepek dan limau tahun baru ke rumahnya (yang pelajar bagi...). Saya menonton di situ. Saya mahu beri bintang kepada cerita ini. Bukan main saya mengutuk cerita tersebut dan Ja pun turut sama memberikan input kutukan. Malam tu kami dah jadi macam Ku Seman Wu hussin atau Hamzah Wahab asyik mengkritik sambil menghirup milo yang Ja buat. Cuma kritikan mereka membina, kritikan kami meruntuh...he he he.

Mungkin ramai kawan saya tidak mengikuti cerita ini. Cerita ini tak best sangat tetapi sebagai peminat cerita seram saya tengoklah juga untuk memberi `bintang 'kepada cerita ini sambil melihat pencapaian produksi kita dalam grene cerita seram.

Mustahil saya bagi 5 bintang kan... 4 bintang pun tak layak, begitu juga 3 bintang jauh sekali. payah juga ya nak beri bintang ni, pening juga kepala... kalau saya beri setengah bintang?

Akhirnya saya buat kesimpulan... cerita ini berhutang bintang dengan saya... he he he

Jan: Pernah menyewa rumah berhantu tetapi tidak bersekempatan bertemu...Saya selalu sibuk...

Thursday, January 29, 2009

Pengajar, pelajar dan mengajar..

Tidak semua pensyarah memiliki kemahiran bertindakbalas secara positif terhadap suasana atau`cuaca' di dalam kelasnya. Ramai juga yang terikut-ikut dan dipengaruhi oleh `isikandung' kandang kelasnya. Apatah lagi kebanyakan pensyarah tidak mempunyai pendidikan formal mengajar.

Ramai kawan pensyarah saya terdiri daripada mereka yang tidak berpedagogi, malah tidak memahami apa itu pedagogi... namun tidaklah pula kita boleh katakan mereka tidak mengajar dengan baik kerana pengalaman mengajar itu sendiri boleh menjadi guru yang baik kepada kita jika kita mahu mengamati, belajar dan berfikir.

Ringkasnya pedagogi ialah ilmu mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dalam erti kata lain kita boleh kata seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Ia mengkaji banyak perkara termasuklah yang melibatkkan interaksi guru-pelajar. Contohnya, cara menguasai kelas.

Ni tengah menguasai peperiksaan...
Rasanya pensyarah mesti ada sedikit kemahiran mengawal kelas walaupun mereka bukannya di sekolah.


Pala pengat...


Tidak semua kelas mempunyai pemberat yang sama dalam memberi respon terhadap pengajaran yang kita sampaikan. Daripada cakap-cakap kawan-kawan dan pengalaman sendiri memang ada kelas yang seronok untuk kita hadiri dan ada yang tak seronok.

Kelas yang seronok, ia memberikan suatu perasaan untuk kita rasa tak sabar-sabar nak masuk kelas. Kita teruja untuk menyampaikan ilmu. Kita rasa kita ni orang yang penting dan dihargai. Semua kita cakap semuanya ditulis. Semuanya penting bagi mereka. Siap bertanya lagi kalau ada apa yang mereka tidak fahami. Kita pun bukan mainlah menjelaskannya juga siap dengan contoh-contoh lagi (contoh terdekat sampailah contoh daripada luar negara). Kita rasa puas mengajar.

Namun terasa tak bermotivasi jika kelas tu tak memberikan respon yang baik, terutama kalau dalam kelas tu ada `pala pengat' yang buat onar. Orang bercakap dia bercakap, orang tanya dia ketawa. Rasa nak lempang pun ada. Langkah kaki ke kelas tu pun jadi longlai...

Namun hakikatnya sebagai seorang tenaga pengajar kita mesti berupaya beri pembelajaran yang terbaik tak kira kepada kelas mana pun, itu adalah amanah dan tanggungjawab. Kita kena beri seadilnya, janganlah kerana kelas kita suka kita ajar lebih-lebih, kelas yang kita tak suka kita ajar bagai melepas batuk disilibus sahaja.

Pensyarah lara, pelajar lara...
Tidak semua pensyarah mempunyai kemahiran bersyarah dengan ceria, bermotivasi dan tetap bersungguh-sungguh apabila ada pelajar yang tidor, tak dengar dia cakap atau bersukaria di belakang.
Baguskah kita jika kita buat tak tahu je, dan terus mengajar...buat dok je pada pelajar yang tak mahu mendengar asalkan apa yang nak disampaikan sudah disampaikan, asalkan habis silibus... namun adakah ini suatu sifat yang mulia? mengajar pun satu cabaran, satu peperangan...
Jika ada pelajar yang bosan atau tidur atau melara jiwa kita mesti tetap mengajar dengan baik malah cuba `mengheret' mereka balik ke dalam kelas. kalau berjaya kita hebat dan hakikatnya kita kena jadi hebat, muliakan tugas kita. Jangan kita 2 x 5 jadi lara... Tanam dalam hati aku hebat (alamak macam Dr Fazilah Kamsah pulak, he he he).
Boring...
Tidak semua kelas boleh menerima gaya kita, mungkin kita ni jenis yang memboringkan mereka? Mungkin stail rambut kita jadi bahan ketawa di belakang mereka, mungkin kita mengajar mendatar sahaja atau mungkin kita buat lawak yang sama sahaja... Dan yang paling parah mungkin tiada apa-apa atau sesuatu yang `baru ' daripada kita. Kita ketinggalan zaman....

Gaya rambut juga penting...

Namun memang ada sesetengah kelas, kelas itulah yang memboringkan kita. Contohnya ada kelas yang bila kita buat lawak bagai nak rak, mereka selamba je. Iaitu susah nak senyum (mungkin sebab mereka banyak masalah, maklumlah pelajar zaman sekarang...) atau lawak kita yang tidak capai mutu yang tinggi? atau kita guna lawak yang dah basi? Atau lawak kita tu baru tadi pensyarah lain guna?.
Hakikatnya setiap kelas perlu diselitkan dengan `sesuatu' agar tidak boring... tak semestinya melawak.

Hereeeeet...


Tidak semua pensyarah berupaya untuk mengheret pelajar sepanjang perjalanan kuliahnya. Paling lama mungkin setengah jam, selepas itu fikiran pelajar sukar untuk bertindakbalas dengan input yang kita diberi. Tambah lagi daya penakulan berbeza terhadap pembelajaran. Sebab tu ada pendapat kita boleh beri masa 5 minit biar mereka rehat kejap atau geliatkan badan (dan 5 minit tu kadang-kadang terheret selama setengah jam?, he he he).

Masa tu kita mungkin boleh cerita mengenai perkara lain, contohnya cerita pasal masa kita study dulu, betapa rajinnya kita skor subjek ni, subjek tu (tapi jangan over nanti pelajar berbulu pulak). Atau kita cerita la pasal Meet Uncle Husing ke, kononnya kita boleh terima cara nyanyian mereka (walaupun hakikatnya kalau orang beli CDnya, terus kita bakulsampahkan.). Ceritalah apa-apa sahaja asalkan jangan kutuk majikan, kerajaan atau cerita celah kain orang.


Hakikatnya pensyarah kena berupaya mengawal kelasnya supaya mengikuti pembelajaran (walaupun mustahil berterusan selama sejam, apatah lagi 2 jam!...he he he).


Apa uniknya kaedah mengajar kita?
Daya pengheretan kita untuk mengheret pelajar supaya fokus terhadap pelajaran dan wujudkan suasana kelas yang harmoni rasanya boleh kita pelajari. Pelajari dengan melihat keunikan pada diri kita yang mungkin berbeza daripada pensyarah-pensyarah lain... kita cuba eksploitasinya. Tapi apa menariknya kita ya? he he he


Jan: Pernah menyanyi bila tengok pelajar dah mulai bosan buat keluk, dan hasilnya pelajar menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangan... he he he...

Wednesday, January 28, 2009

Balik kampung pertama (2009)

1. Balik kampung memang budaya kita, kita ambik kesempatan untuk balik kampung bila ada cuti.
2. Sempena cuti raya Cina baru-baru ini saya balik ke Besut, Terengganu.
3. Syahdu bila lihat rumah di kampung, rumah di mana kita membesar bersama adik beradik lain.
4. Kita hairan bagaimana ibu kita boleh besarkan ramai anak-anak, sedangkan kita bila dah ada dua anak rasa nak patah pinggang (kakak saya...). Dan yang tak ada anak juga kononnya sibuk juga (nak jugak, he he he, sayalah tu sebenarnya...)
5. Masa riang kanak-kanak kami `rapat-rapat kucing', bila dah dewasa... rapat juga tetapi `rapat-rapat merparti'... (no 5 ni kena baca dengan rasa hiba sikit...).
6. Saya juga gunakan kesempatan rapatkan hubungan dengan anak-anak sedara. Bawak pergi pekan beli baju dan kasut (yang murah je, he he he) untuk mereka. Bawak pergi makan juga...
7. Saya jarang balik, dan saya akan kerapkan balik kampung tahun ini. Itulah antara azam baru saya tahun ini (azam-azam lain boleh dikatakan azam lama juga yang diperbaharui lesen tahunannya, he he he).
7. Macam biasa, mak dan ayah akan sibuk, mak memasak padahal dia jarang masak sebab tinggal berdua dengan ayah sahaja. Ayah pulak bersihkan ayam hutan, siap dengan beri bekalan untuk dibawa balik.
8. Segalanya telah berubah... usang dan menjadi `tua'...
9. Tak boleh tulis panjang-panjang...rasa hiba pulak dah...huh!
Jan
: Bersungguh-sungguh pesan kepada mak supaya minum susu anelen yang dibeli supaya tulang kuat...

Monyet sedih... II

1. Kalau kita rasa `terkurung' atau `dikontrol', kita tak akan rasa bebas. Dan hubungan kebebasan dengan kebahgian itu agak rapat... (walaupun taklah serapat kaitannya harga gula yang akan naik dan rungutan rakyat yang akan hangat...)

2. Kalau saya ada berdekatan saya akan hulurkan tangan angkat dan dukung dia. Usap-usap kepala dia gitu. Seperti yang selalu saya buat bila saya jumpa anak kepada kawan-kawan saya, he he he. (Tetapi bukanlah bermakna anak kawan-kawan saya itu monyet atau monyet itu anak kawan-kawan saya, huh selisih malaikat 46!).

3. Lepas tu saya akan letak monyet sedih di lantai. Lepas itu lagi saya akan berjalan macam monyet di depannya. Saya nak buat lawak supaya dia gembira...

4. Saya tak kiralah apa orang nak kata, nak kata saya buat lawak bodoh ke, apa-apa ke (lawak sinario tu mana cerdiknya? kita terhibur jugak kan...)

5. Saya tahu saya tidak boleh selalu bersama monyet sedih itu. Saya sibuk sangat...

6. Dan atas kesedaran itulah kesempatan yang sekejap atau sekali-sekala saya akan gunakan dengan sesungguhnya. Saya tahu ia amat besar ertinya kepada monyet itu.

7. Semoga kesepian itu membuatkan ia lebih gagah, lebih bebas. Tapi kerinduan...?


jankaulu: Bila saya rindu saya buat nescafe, heret tilam terus nonton Astro sebab macam-macam ada (termasuk cerita yang diulang-ulang, he he he).

Monday, January 19, 2009

Siti Aisyah, Siti Sarah dan Haniff




Ini gambar Sarah, Aisyah dan Anif... Bila lihat gambar ni rasa sayu pulak. Bukang senang nak jumpa mereka. Saya sibuk sangat. Kalau ada sayap tentu saya terbang...
Jankaulu: Saya harap anak sedara saya jadi orang yang baik...

Siti Sarah bertadika.






















Siti Sarah adik kepada Siti Aisyah, dia nakal sikit dan cakap tidak berhenti-henti, buat tumpah air, conteng dinding, buka peti ais dan duduk depannya untuk sejukan diri dan pelbagai vandalisme lagi. Dia kata dalam `komputer' tak ada gambar dia sebab tulah saya bubuh gambar dia dalam blog ni...

Dia ada kata kat saya " Eiman cantik macam bunga". Mungkin dia guna bunga sebagai nak beritahu saya ni menarik kot, entahlah. Tetapi budak-budak ikhlas hatinya dan saya pula jenis manusia yang senang nak terima hakikat (he he he, jangan marah).



Sekarang dia dah masuk tadika, dah 4 tahun. Mak dia kata hari pertama berlari masuk dalam kelas dan terus buka buku BM. Hari kedua meraung tak nak gi sekolah. Bila tanya dia kata letih, katanya cikgu suruh basuh pinggan.



Masuk tadika penting, dulu lainlah zaman semuanya slow. Sekarang kalau ada anak kita kena dedahkan kepada persekitaran lebih awal kerana umur dalam 3, 4 dan 5 tahunlah pembelajaran galak diterima oleh manusia. Saya memang tak ada anak tapi saya ada baca dalam buku.




Jan: Tak bersekolah tadika, terus ke darjah satu. Sebab tu tak pandai kot, he he he. Tapi tak apalah yang penting bersyukur kan.


Perihal motor saya...


KEJADIAN I

Bayangkan seorang pensyarah lelaki berbadan gempal, umur lewat 30 an parking di tempat letak kereta pelajar (kononnya pensyarah, so bebas parking kat mana-mana, he he he). Kemudian tiba-tiba datang sebuah kereta sport BMW warna merah menyala parking betul-betul di sebelah motornya. Dan... tiba-tiba...

" Hai sir..., kelas kita kat mana? ". Sambil keluar daripada kereta sportnya terus membetulkan rambut yang mengurai bagai layar di laut biru.

" Err.., Dewan Kuliah Bistari... " Jawab pensyarah tadi kaget sedikit sambil mengumpul seribu kekuatan untuk mematikan suis motor selepas lepas giar. Rasa berat pulak lap top nak angkat kali ini untuk digalas ke bahunya, he he he...


KEJADIAN II

" Sir! saya nampak sir naik motor petang semalam! ". Tersengeh tersenyum bangga dapat lihat saya naik motor padahal saya bukannya Farid Kamil. Semasa pelajar tu cakap tu muka dia penuh kegirangan dan cuba nak memesrakan diri di depan hampir 120 orang pelajar lain.

" So what? ". Respon saya sambil saya terus buat-buat sibuk masukan pen drive ke lap top dan terus kepada slide pertama.

" Ok kelass, ing dis capter seveng, v wil learng abouk koh of prodakseng ing long rung...". Dan saya cepat-cepat terus terangkan learning objectives satu persatu. He he he.


KEJADIAN III

Kejadian ini berlaku pada awal-awal saya kerja kat Muadzam...

" Man , U pakai kereta apa? " tanya seorang pensyarah yang ada 3 kereta, yang kereta sportnya dia nak jual kat saya.

" I guna motor je ke kampus ". Slow je saya jawab, he he he.

" Berapa CC? "

" Emmm...banyak juga CC nya ". Dengan yakin saya menjawab. Padahal saya tak tahu selain saya fikir mestilah lebih dari satu CC, he he he.

" Kereta, U pakai kereta apa? "

" Emm... saya tak ada kereta, motor je ". Jawab saya ikhlas...

" Oooo U suka motor besar ya...? "

Dalam hati saya...he he he, nanti aku tunjuk `motor besar' aku.


Jan: Bayangkan...he he he.

Monyet sedih…

Kenapa dengan monyet ni? Wajahnya sedih. Kesedihan yang dia tanggung menyebabkan dia tidak galak menghadapi hidup. Sudah tidak ghairah berposing depan kamera. Orang pukul gambar pun dia sudah tidak endah.

Kesepian bersalut kerinduan itu telah mewujudkan barah di dalam hidupnya, secara perlahan tetapi berterusan… Dan barah itu sudah semakin merebak, memakan seluruh harapan hidupnya. Namun tiada yang peduli kerana selama ini dia melompat ke sana ke mari dengan girang bersama pisang.

Kini dia dimarahi, dimarahi kerana tidak menjamah makanan, namun tidak ada yang mahu mengkaji kenapa dia jadi begitu? Kenapa? kenapa? dan kenapa?...

Mukanya sayu. Bahasa tubuhnya seperti menyerah sahaja atau tak daya…Tiada berteman terkandang sunyi… Daripada renungan matannya dia sudah pasrah, dia sudad tewas dan berserah dalam sebuah kehidupan.

Tetapi tidak semua memahami erti rindu. Rasa berasap di dalam dada, rasa kosong dan penuh, sebak seksa pada penghujung usia…

Jankaulu: Tak daya monyet ini menahan segala perasaan dia yang makin gelora…

Saturday, January 17, 2009

DPL: Sibuk memanjang...?

Saya sampai ke kampus lebih kurang dalam pukul 7.15 setiap hari. Sengaja saya turun daripada rumah lebih awal untuk elak kereta, lori dan bas. Tiga sekawan tersebut memang akan munculkan diri dengan ganasnya apabila pukul 7.30 pagi.



Apabila saya sampai ke bangunan akademik saya akan parking motor saya di belakang bangunan, di tempat parking motor pelajar. Kemudian saya naik ke tingkat satu menuju ke bilik saya menggunakan tangga belakang bangunan. Pernah saya terkejut melihat seekor burung hantu yang besar, amat besar...



Setelah saya hidupkan penghawa dingin, buka lampu dan hidupkan komputer saya akan terus ke pejabat untuk punch in. Biasanya tidak ada orang lagi di dalam pejabat. Untuk punch saya hanya perlu hulurkan kad punch saya melalui kaunter di hadapan bilik pejabat tersebut.Lepas tu muncullah muka saya yang handsome tu kat skrin komputer.



Selepas itu saya akan kembali ke bilik untuk membuka email jika ada apa-apa pemberitahuan daripada ketua jabatan atau apa-apa pemberitahuan lain daripada majikan.



Kemudiannya saya terus mengemaskan meja saya. Saya memang tidak mengemaskan meja saya sebelum saya pulang kerja. Kalau ada pun jarang-jarang. Entahlah saya lebih suka mengemas di pagi hari. Satu tabiat yang buruk kan...



Kemudian barulah saya ambil kertas kedatangan dan memastikan kelas mana yang memerlukan LCD dan lap top, atau kelas mana yang hanya memerlukan suara saya semata-mata. Biasanya saya ada kelas setiap hari kecuali hari jumaat. Pada hari isnin, rabu dan khamis kelas saya bermula sewal 8 pagi. Hari isnin dan khamis juga saya balik pada pukul 7 petang.



Sebenarnya saya harus punch in sebelum pukul 8 pagi dan kalau tak ada kelas saya boleh punch out seawal pukul 5.15 petang (kecuali jumaat pukul 5 petang). Namun begitu jarang saya balik awal. Pukul 6 petang saya masih di dalam bilik saya. Biasanya banyak kerja yang hendak dibuat.



Saya akan mencari waktu yang sesuai untuk makan pagi, tengahari dan minum petang. Biasanya saya selalu makan pagi, jarang-jarang makan tengahari dan kadang-kadang je minum petang. Kalau saya sibuk saya selalu kirim ke kawan-kawan saya sahaja. Bila makan barulah saya dapat berita mengenai apa-apa yang berlaku, kalau tidak saya tidak tahu siapa yang beranak dan siapa yang dah bentang kertas kerja contohnya. Siapa yang beli kereta baru, siapa yang suka mengambil masa orang lain bila mengajar,he he he.



selalunya saya mengambil masa di antara masa-masa kuliah untuk periksa kertas pelajar. Ada masanya pelajar datang jumpa saya untuk berbincang mengenai projeknya. Saya ada menjadi penyelia kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar. Saya membantu mereka daripada penyediaan proposal hinggalah kepada memberikan markah pada akhiranny (dan marahkan mereka kalau lambat sangat bergerak).



Setiap chapter yang saya ajar saya akan adakan tutorial dan akan ada perbincangan. Saya cuba seupayanya memastikan mereka mempunyai kemahiran terutama dalam membuat graf. Namun tentulah ia juga bergantung kepada pelajar. Saya tak kuasa untuk memantau ratusan pelajar sekaligus...



Waktu lewat petang waktu saya hendak balik barulah saya buka blog, baca dan menulis sedikit sebanyak. masa inilah saya boleh rehat sikit. Walaupun Sakan tambah dan edit kemudiannya. Masa inilah seronok dapat baca blog-blog orang yang kita kenali dan yang tidak kita kenali. Tapi saya menulis tidak lama, saya harus pulang ke rumah.



Sebab itulah saya rasa sedikit tidak selesa apabila ada seseorang menyatakan saya ni tak ada kerja lain ke sehinggakan saya selalu boleh menulis di dalam blog. Saya juga sibuk namun saya gunakan peluang walaupun sedikit untuk menulis. Tulisan-tulisan itu tidaklah ada isi penting sangat ataupun sesuatu yang bermutu sangat...



Jankaulu: Kalu saya sibuk sangat tidak menulis jugak, just post yang mana ada, he he he.


Tak boleh duduk diam...





" Awak ni macam monyet! "




" Awak nak jadi monyet ke? "




Ayat di atas merujuk kepada perasaan negatif manusia terhadap manusia lain dengan menggunakan perkataan monyet. Bila kita mahu gambarkan kemarahan selain guna perkataan babi atau anjing, perkataan monyet juga kerap digunapakai.




Macam monyet saya juga tidak boleh duduk diam. Sudah sekian lama saya tidak dapat bubuh gambar di dalam penulisan saya. Komputer saya ada masalah. Maka di siber kafe ini saya memberi penghormatan kepada monyet. Gambar monyet adalah gambar terbaru setelah sekian lama saya tidak meletakan sebarang gambar.




Jan: Mungkin gambar monyet di atas sedikit resah kerana ia tidak dapat berblog...

Friday, January 16, 2009

Saya pandai berlakun?

Skrip daripada Jurefa Jais sudah saya teliti. Saya tidak berdaya untuk menolak skrip itu kerana datangnya daripada kawan saya sendiri dan persembahan saya nanti khas untuk kawan-kawan saya sendiri. Saya bertekad hati, saya kenalah sporting. Lagipun Jurefa Jais nanti akan meninggalkan saya, dia akan ke luar negara untuk mendapatkan PHDnya...

Saya terus menerima skrip. Lagipun sudah lama saya tidak berlakon, kali terakhir saya berlakon rasanya semasa saya hadiri temuduga UNITEN, masa tu saya berlakon jadi bagus dan kelihatan bagus. Saya masih ingat lagi ketika para yang nak diduga duduk menunggu untuk ditemuduga kami yang duduk di sofa berbual-bual. Berpeluh saya kerana dalam tutur kata saya tu, saya terpaksa la selitkan sedikit perkataan orang putih, biar nampak setara dan seeducated dengan mereka. Cara duduk di sofa pun agak class sikit sebab dihadapan sudah ada orang HR yang sedang memerhatikan kami sebelum nama kami disebut dan masuk ke bilik temuduga... Lakonan saya di dalam bilik temuduga tak payah cakaplah lagi, sukar.

Tapi kali ini wataknya berat kerana seawal pagi saya kena mula start hayati watak. Saya memang tidak gosok baju dan saya syampoo rambut bila kering saya tak sikat so nampak macam tak terurus sikit, namun saya kepuk-kepuk ramput saya dengan tangan supaya tidak nampak over jadi watak orang gila pulak. Sapa kata berlakon senang?.

Memang pagi tu saya ada jumpa Fuzah dan beritahu kononnya badan saya tidak berapa `sedap'. Saya buat-buat mata kuyu dan gerakan longlai sikit (sama seperti seseorang nak minta MC walaupun padahal bukannya sakit sangat..., jangan terasa ya, he hehe) Lakonan awal ini penting untuk menampakan saya sedari pagi lagi sudah tidak sihat. Maka kalau saya pengsan orang akan percaya dan akan bergegas ke rumah saya.

Lakonan saya diperkemaskan lagi bila saya buat-buat batuk masa nak ambil LCD dan Lap Top kat pejabat... he he he.

Saya terbawak-bawak pula lakonan saya di dewan kuliah. Saya sedari apabila seorang pelajar menegur saya, " Sir nampak tak sihat je hari ni...?". Pada masa itulah saya sudah sedar saya terbawak-bawak dengan watak yang saya pegang ke dunia nyata, lantas saya teringatkan Tom Cruse dan Brat Pit begitulah mungkin apa yang dirasai mereka.

Sebenarnya tepat pukul 8 malamnya saya kena pengsan (setelah pastikan pintu rumah (sliding dor) terbuka). Kononnya Juraifa akan datang nak ambik pokok bunga dan nampak saya pengsang di ruang tamu. Selepas itulah Jurefa kena bergegas ke rumah Fuzah untuk memberitahu saya pengsan kepada Fuzah.

Sebenarnya sebaik saja saya menerima skrip, saya terus hayati watak. Bukan apa tak naklah nanti lakonan saya nanti nampak kaku macam Asraf Muslim dalam `Puaka Niang Rapik'. saya tak naklah nampak keras macam tiang lampu. Semuanya kejayaan akan bergantung kepada watak saya. Jika Fuzah tahu saya berlakon semua rancangan akan gagal. Memang dengan kata lain saya adalah pelakon utama.

Dan memang tergesa-gesa Fuzah datang pada pukul 8.00 malam. Sebelumnya suaminya terus datang bergegas dengan motor terlebih dahulu, mungkin cepat sikit kalu naik motor. Fuzah naik kereta dengan Jurefa Jais yang pegang watak pelakon wanita utama tersebut.

Memang pada masa itu sudah ramai orang datang `melawat' saya. Meja penuh dengan makanan seperti kek, mee goreng, ayam goreng, kerepok, laksa Pahang, sura, coslow-cosli, dan macam-macam lagi.

Apabila Fuzah nampak ada kereta di hadapan rumah saya, Juraifa Beri alasan dia mintak tolong Meesham dan suaminya tengok-tengok kan saya. Juraifa sudah beritahu Fuzah yang orang ramai di rumah saya tu datang melawat...

Bila sahaja Fuzah sampai di pintu ruang tamu hadapan rumah saya, dia melompat! (ruang tamu tersebut telah dibersihkan dan disediakan khas untuk sambut harijadi Fuzah, he he he). Saya tengok Fuzah sekejap duduk-sekejap bangun tapi tak pijak lagi kaki ke ruang tamu saya. Dia seolah-olah tak percaya.

Semasa memotong kek Fuzah berucap sedikit sebanyak terima kasih kerana sambut harilahir dia, dia tidak duga kerana hari lahir dia dah berminggu berlalu... dalam ucapannya juga dia memuji lakonan saya yang mantap dan berjaya. dia ada beritahu kawan-kawan lain yang saya tidak sedap badan dari pagi tadi sebab itulah dia bergegas datang bila dengar saya pengsang...


Jan: Kata pujangga dunia ini adalah pentas dan manusianya adalah pelakon...

Mulut berus…

Ja agak-agak berapa kerugian kau tanggung selepas kau putus tunang dulu? ”. Selamba saya tanya Ja selepas saya hirup teh tarik yang agak pahit. Pada masa tersebut kami berdua sahaja. Bila waktu petang sekali sekala keluar minum. Tidaklah selalu sangat sebenarnya tetapi jika ada peluang kami akan cuba berteh tarik.

Tentu banyak kan, mesti beribu-ribu. Kau kira tak? ”. Seperti biasa belum pun Ja berpeluang untuk menjawab soalan pertama atau memberi respon, saya sudah menjawab sendiri soalan yang saya tanya tadi dan bersama dengan soalan baru pulak.

Ari tu pun duit kutu pun kau guna kan nak gi Shah Alam kan? Ingat tak? Aku rasa campur dengan tunang beribu-ribu tu hangus… ". Saya buat pernyataan kejam, seolah- olah saya ni tak ada hati perut dan Ja tu hanya sebatang tiang talipon tidak ada hati dan perasaan.

Saya lihat Ja tersengeh, selalunya Ja begitulah ia akan tersengeh je kalau tak tersengeh dia akan kelihatan seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu.

Selepas tu dia melontarkan pandangannya jauh ke arah padang bola. Padang bola tu kosong tidak seperti hati Ja yang kini telah dipenuhi. Bila melihat Ja begitu saya dah rasa tak sedap hati. Bimbang kalau-kalau Ja terasa... Tapi apa lagi yang Ja tak rasa dalam hidup ni kan? He he he.

Tentu banyak kan, ada tak kau kata apa-apa pada keluarga bekas tunang kau? ”. Sekali lagi saya tanya tapi dengan nada yang lebih perlahan dan tidak memaksa sambil saya menenyehkan goreng pisang ke kuah ladanya. Di sebelah piring kuah lada ada piring jemput pulak, bukan nasi ya… memang saya makan banyak takut lapar malam nanti. Maklumlah tengah giat diet sekarang. Almaklumlah awal tahun...

Aku Man tak kata apa-apa. Aku ni jenis kalu nak kata kat orang apa-apa aku fikir dulu. Tak mahu nanti orang terguris hati ke terasa hati ke... " . Jawab Ja sambil cicah jemput bawang yang dibeli dari kedai sebelah. Kami beli makanan di kedai lain sebab kedai ni teh tarik dia je yang sedap sikit. Payah nak cari kedai sedap kat sini, kedai yang ada biasa-biasa sahaja.

Aku pun ”. Jawab saya sepatah `nok jugok’. Padahal tadi bukan main saya tanya Ja dengan pelbagai soalan yang sensitif. Kalau orang lain mungkin saya dah kena sumat goreng pisang ke mulut. Tapi Ja cool sahaja...

" Kau aku tengok cool je kan Ja. Kalau aku tok tahulah Ja ”. Saya secara peribadi memang kagum dengan ketabahan Ja. Dia bangkit dan meneruskan perjalanan hidup. Dia tempuh dengan penuh kesabaran dan keredhaan, menaruh harapan.

Tapi kita tok bolehlah berkira sangat kan. Dia pernah buat kita bahagia. Orang yang pernah kita sayang. Tok kanglah kita nak benci pulok bila doh putus tunang, jodoh di tangang tuhan. Kita kena redha. Jangan ada perasaan benci dalam ati kita ”. Saya pulak dah lebih-lebih beri penjelasan (walaupun Ja tidak mintak, walaupun segalanya dah lama berlalu...), walaupun saya taklah pernah putus tunang malah bertunang pun tak pernah…tapi bila bercakap macam dah 8. kali putus tunang. Huh!


Jan: Pernah bertunang hanya dalam mimpi. Tapi mimpi tu pelik saya yang dipinang! He he he.

Thursday, January 15, 2009

Blog kawan-kawan...


1. Membaca blog kawan-kawan adalah antara kegemaran saya bermula pada pertengahan tahun lalu. Bila membacanya rasa semacam, dan kadang-kadang rasa berbagai macam.

2. Suka sangat membaca blog kawan-kawan kerana banyak faedahnya.

3. Namun untuk memberi komen (comments di bahagian bawah) saya tidak pandai sangat. Saya sampuk-sampuk macam tu je… (kadang-kadang malu jugak sebab apabila membacanya semula nampak sangat sampukan kita tak berapa selari dengan apa yang telah disampukan terlebih dahulu oleh orang ramai, he he he).

4. Bila saya tidak beri komen kepada sesuatu blog bukan bermakna saya tidak membacanya. Cuma saya tak tahu nak komen apa, tak naklah bila orang lain komen kita pun nak komen juga saja-saja.

5. Banyak blog kawan-kawan menarik dan tersendiri membuatkan saya dengki. Antara blog yang saya dengki ialah blog Jumpe denung. Selalu rasa tak puas hati sebab gambar-gambarnya sangat menarik dan berlainan. Dan bila Madie bercerita seolah-olah saya berada di sana juga.

6. Namun ada blog yang menarik tapi tak selalu ada posting baru. Saya hanya buka sekali sekala. Mungkin pemiliknya sibuk…tetapi hati tertunggu-tunggu juga.

7. Oleh kerana blog sedikit sebanyak berkaitan dengan diri kita, maka kadang-kadang kita dapat `hidu’ apa yang ditulis oleh pemblog itu tidak seperti dirinya yang kita kenali…he he he.

8. Bila buka blog kawan-kawan, dapatlah kita ketahui perkembangan mereka. Kalau selalu nak jumpa tidak dapatlah masa izinkannya… (kau di sana aku di sini, kau sibuk aku menyibuk, he he he).

9. Dengan berblog juga dapat `jumpa’ kawan lama. Contohnya, aalaupun sudah tak dapat dengar ketawa Noni yang unik tetapi alhamduliah bila tahu dia memiliki sebuah kehidupan yang baik. (bila Noni ketawa bunyinya macam… ah susah nak terangkan tapi unik sangat deraian ketawanya).

10. Dan kadang-kadang kita akan tahu sesuatu yang pelik yang tidak akan kita tahu selain kawan kita sendiri mengaku. Contohnya seorang kawan kita akan tetap siram pokok bila hari hujan.

11. Kadang-kadang kita akan lebih cenderung tersilap kata bila bercakap dengan bebas. Begitu juga bila menulis dalam blog. Namun selagi kita tidak memaksa pendapat kita diterima orang, kita akan diterima orang. Beri pendapat tidak salah tetapi memaksa orang lain menerima pendapat kita tu dah kira pelik, he he he.
12. Bagus ya, kita mempunyai ramai kawan berbagai perangai, berbeza cara dan gaya.
jan: Langit dan bumi berbeza sangat tapi mereka saling melengkapkan sebuah alam…

Reflection of themselves?

Ramai kawan-kawan mengesorkan saya membeli sebuah kereta yang besar dan bergaya, kereta import. Hanya sedikit kawan yang menasihati saya supaya membeli kereta atas dasar keperluannya.

Sebuah kereta adalah sebuah kenderaan untuk membawa diri kita daripada satu tempat ke satu tempat. Namun saya tahu ramai orang tidak berpandangan seperti saya. Mereka berpendapat kereta akan menggambarkan juga `siapa’ diri kita. Kereta akan melambangkan seperti jumlah kekayaan kita dan berapa banyak duit kita ada? Atau siapa kita? Lebih daripada itu mereka menganggap kereta tersebut adalah reflection of themselves. Sebab itulah mereka sangat mementingkan kereta jenis apa yang mereka pakai. Ada juga benarnya walaupun tidak seratus peratus kan. Entahlah…(tetapi ia juga sepatutnya melambangkan berapa berhati-hatinya dan rasionalnya seseorang itu).

Bercakap pasal kereta, saya hanya mampu memiliki sebuah kereta yang sederhana sahaja. Saya tidak ada banyak wang, banyak lagi benda lain yang saya kena buat kena lakukan. Lagi pung saya bukanlah dalam golongan yang sangat mengambil berat mengenai rupabentuk kereta. Setakat boleh membawa saya ke distinasi dan tak mahal harganya, saya dah tak pa.

Tidak menjadi kesalahan bagi orang lain yang berduit untuk membeli kereta yang besar, cantik dan selesa… yang salahnya membeli kereta yang melebihi daripada kemampuan kewangannya kita.

Tidak juga salah jika kereta melambangkan sedikit sebanyak siapa kita... Namun janganlah melihat seseorang itu daripada jenis kereta yang dia pakai sahaja. Lihat ke dalam diri seseorang itulah yang penting. Betapa seseorang itu berbudi bahasa, jujur, rendah diri, amanah, baik budiman, dermawan, belas kasihan dan lain-lain lagi tidak dapat dicerminkan oleh sebuah kereta kan?

Jankaulu: Susah juga ya nak buat keputusan membeli sebuah kereta, macam keputusan nak beli rumah juga gayanya...(susah kerana nak ukur baju dengan badan sendiri kan).

Malaysia Book of Records?

Memang azam saya tahun 2009 antaranya ialah memiliki sebuah kereta. Rasanya tibalah masa saya memiliki sebuah kereta. (sebenarnya azam tu azam tahun 2008, he he he).

Mengikut seorang pensyarah psikologi (kawan saya juga) kemungkinan besar saya satu-satunya pensyarah lelaki di Malaysia yang menggunakan motor ke tempat kerja (yang tidak memiliki kereta di rumah). Katanya memang ada pensyarah yang guna motor tetapi ada kereta di rumah.

Dia yang mempunyai 3 buah kereta termasuk sebuah sport car merah menyala ada memujuk saya supaya membeli kereta sport carnya. Dia nak beli kereta lain.

Bayangkan jika saya naik sport car ke tempat kerja…he he he, lucu rasanya. Merah menyala pulak tu. Saya tolak dengan baik, saya kata " Saya tak suka bersukan maka tak suka sport car". He he he


Pada masa sekarang saya menggunakan motor untuk ke tempat kerja. Jauhnya hanya beberapa kilometer. Kata Din Lab lebih kurang 5 minit kalau dia bawa, dan kalau saya bawa tambah la 6, 7 minit lagi he he he (baru sampai ke tempat kerja).



Jankaulu
:
Harap-harap tak ada la dalam record nanti he he he

Wednesday, January 14, 2009

Kereta

Bila awak nak beli kereta”. Tiba-tiba seorang pensyarah perempuan yang saya tidak kenal, yang tidak pernah bercakap dengan saya sebelum ini melontarkan soalan tersebut.

Saya yang ketika itu menandatangani borang pengawas peperiksaan jadi tergaman sebab tidak sangka. Tidak sangka antara banyak-banyak soalan dalam dunia ni, soalan tersebut menjadi pilihannya. Menjadi pilihannya untuk memulakan komunikasi buat pertama kali dengan saya.

Kejadian tersebut berlaku di bilik gerakan peperiksaan. Pada masa itu kami sama-sama menjadi pengawas peperiksaan. Memang saya pasti sudah setahun lebih saya bekerja di sini, saya tidak pernah bercakap dengannya.

Insyaallah kalau ada rezeki,saya beli Myvi”. Saya jawab mengikut skema biasa, ada unsur agama lagi. Sebagai tenaga pengajar saya tahu jawapan saya tidak memenuhi tuntutan soalan. Kalau diberi markah pun sikit, atau tak dapat markah langsung, he he he.

Jan
: Terkenal (dikenali) dengan pensyarah yang tak ada kereta? he he he.

Monday, January 12, 2009

Iblis lapar tanah...

Pada suatu pagi hampir 30 tahun yang lalu ketika cikgu Syafie sedang mengajar ilmu hisab, pintu bilik darjah saya diketuk.
`Asalamualaikum cikgu, kami datang nak mitok derma Palastin'. Kelihatan dua budak sekolah di tepi pintu kelas siap dengan tabung yang diperbuat dengan tin Milo.
`Masuk-masuk, ha ni hah sedara seislam kita kena seksa kita wajib mederma' Kata Cikgu Syafie sambil panggil budak tu masuk ke dalam kelas.
Saya lihat budak-budak tu `purah' mukanya, bajunya pun lusuh. Pandai sungguh cikgu pilih budak untuk meraih simpati, he he he. Bertepatan dengan tema kesedihan. Tak kan nak pilih budak sekolah yang kemas kan, he he he.
Saya seluk seluar pendek saya, ada duit 80 sen. Bila budak tu menghapiri meja saya, saya masuk duit 20 sen ke dalam tin milo yang tudungnya telah ditebuk tu. Saya diberi striker sekeping (tak ingat apa logo tapi warna hijau), saya terus tepek di kotok kalam (pencil box).
`Kita mesti ada perasaan belas ke manusia, dapak pahla banyok kalu kita derma' Sambung cikgu Syafie, pada masa itu dua budak-budak tadi menghampiri satu meja ke satu meja. Dia selitkan dengan ceramah pulak.
`Terima kasih cikgu'. Budak dua orang tu pun berlalu meninggalkan kelas bila semua orang dah beri derma, ada yang beri 50 puluh sen, 10 dan 5 sen.
`Kita kena tolong kawan seagama kita walupun jauh. Negara-negara Arab tok leh harap nak bantu rakyat Palastin, takot ke Amerika'. Kata Cikgu Syafie yang dah terlupa patutnya dia kena sambung pelajaran Ilmu Hisab tu (tapi semakin rancak nampaknya ulas isu Palestin).
`Kita kena doar (doa), mitok tuhan tulung, doar ni senjata hebat. Siyang (kasihan) ada mati mok, patoh kaki, mati pun rama' Alamak cikgu Syafie dah mula nak berceramah. Saya dengar je... masa tu saya tak tahu sangat pasal Palestin tapi masa perhimpuanan sebelum ni ada guru besar Mat Hassan (kini dah arwah) beritahu anak-anak dan budak-budak kena bunuh....
Bila saya dewasa barulah gambarannya semakin jelas. Bila dah belajar sedikit sains politik di UM saya mempunyai perasaan sedikit benci kepada negara-negara Arab. Kita yang jauh ni sangat sensitif dan belas kasihan tapi berpuluh negara Arab dengan rakyat beratusan juta tak pun berpakat ramai-ramai antar rakyat masing-masing menentang Israel yang lapar sangat tanah tu...
Pun begitu, saya tetap menderma tapi bukan seluk kocek lagi tapi sekarang jeng jeng jeng saya guna internate...sekarang mudah. Kita boleh guna teknologi. Atas kita je, kalau ada duit boleh derma.
Ni nombor akaunnya 514105320501, NSTP FUND FOR GAZA.
jan: Semoga kita sama-sama menderma, sikit pun tak apa. Dan semoga suatu hari nanti umat islam bersatu, kita ada banyak negara islam yang kaya, kuat dan canggih sebenarnya...

Berarak mendung kelabu...

Semenjak saya tinggal di Muadzam, petang itulah petang yang paling menguris hati saya. Saya rasa sedih dan terhina...



Saya rasa geram, dan kegeraman di muka saya dapat dihidu oleh Ja. Selepas peristiwa itu berlaku saya menuju ke arah Ja yang sedang menunggu saya di tepi keretanya. Kami balik sekejap ke rumah ambil barang. Saya ceritakan segala luka di hati atas kejadian yang baru terjadi itu. Ja yang simpati berkata `Kau sepak je budak tu’…

Petang itu saya menumpang Ja balik ke rumah sekejap untuk mengambil sesuatu sebelum pergi ke Kuantan. Kejadian tu berlaku pada pukul 7 petang lebih….Memang selepas itu kami akan terus ke kampus semula sebelum ke Kuantan.

Begini ceritanya... Ja memberhentikan keretanya di hadapan rumahnya. lalu saya berjalan perlahan menuju ke rumah saya. Rumah saya hanya selang dua buah rumah daripada rumah Ja. Ketika hendak memasuki perkarangan rumah saya tiba-tiba…?



Sebiji bola meluru ke arah saya dan jatuh perlahan betul-betul tepi saya. `Eh budak ni kenapa pulak main bola sampai ke depan rumah aku', fikir saya. Saya pandang ada sekumpulan budak di hadapan rumah di seberang jalanraya. Mereka semua cuak melihat ke arah saya. Saya hanya tengok bola tu dan berniat nak sepak balik ke arah mereka... tiba-tiba...



` Pak Cik tolong sepak bola tu.' Saya dengar salah seorang budak tu melaung.



Kalau diikutkan hati memang saya nak masuk ke rumah terus ke dapur ambik pisau, saya nak belah je bola tu... atau saya nak cincang lumat-lumat. Huh!



jan: Kat mana-mana mendung berarak mengekori hidupku...


Friday, January 9, 2009

Gelora di hati Sara...

Selain daripada hadiri meeting, antara perkara yang saya malas nak buat ialah melihat drama bersiri. Bukan apa, saya tak sabar orangnya. Kalau nak tengok drama bersiri kita kena rancang waktu kita, orang yang tidak pandai merancang waktu tak payahlah tengok drama bersiri. Dan kadang kala potong stim, maksud saya tengah cerita nak capai klimaks terus `Bersambung...'.

Tapi lain pula dengan drama bersiri `Gelora di hati Sara'. Sebabnya mudah saya suka tengok jee daripada anak dara sampailah terkini, janda. Saya tidak minat suaranya sebab bagi saya biasa-biasa sahaja.Masa saya tengah belajar di UM dulu, Jee tengah naik, saya minat sangat. Tapi bila dia kahwin dengan cucu sultan Selangor saya jadi suam-suam kuku sikit.

Dengan pertolongan Mek Zue, bila dah dekat 10.30 mlm dia akan SMS. Biasanya pukul 10.30 mlm saya dah mula membaca buku atau tengok ASTRO AXN. Bila sms sampai saya terus ke dapur buat nescafe panas dan masuk bilik heret tilam bujang ke tengah ruang tamu, nonton.

Jee bawak watak isteri yang tertekan dan mempunyai masalah, pendapat saya:

1. lakonan Jee lebih baik berbanding dengan Erra dan Nasha, jauh lebih baik... Sederhana dan tidak over.

2. Ada emosi dalam getar suara serak basahnya.. (tapi hairan bila nyanyi serak basah tak kedengaran pun.).

3. Memek muka, redup kelopak mata pun bertepatan dengan tema `gelora' yang dibawanya.

4. Bahasa badan tak payah ceritalah... ok.

Mungkin dia banyak belajar dengan Rosyam kot atau memang semulajadi...berbakat

CUMA apabila Jee marah tak berapa nak menjadi..., macam kemarahan itu tak lepas, tak nampak marah sangat, terpendam atau terendam saja (ataupun memang skrip mahu jee jadi begitu? supaya dia terus dipermainkan Abang Ros?.

Saya rasa lebih menjadi lagi bila Mek zue marah. Contohnya pabila lecturer tak antar carry marks pada masa yg ditetapkan, he he he.

Jan: Adengan tu Mek Zue mengalahkan Jee... he he he. Ampun zue.

Thursday, January 8, 2009

BERSELINGKOH I

`Kalau awak dah kahwin, awak benar tak isteri awak berkawan dengan lelaki lain? Tiba-tiba soalan tersebut diajukan oleh seorang kawan saya lewat petang semalam. Pada mulanya semasa dia masuk ke bilik saya, saya tak berapa layan sangat, saya ingatkan dia nak cari biskut, ada tin Jacobs atas meja saya biasanya. Lagipun saya asyik layan lagu ABBA, Dancing Queen. Nak buat posting di blog pun tak ada nafsu, tak boleh letak gambar dan buat apa-apa adjustment.

Memang kadang-kadang ada juga kawan yang datang bertandang ke ke bilik saya pada lewat petang. Biasanya datang berbual sahaja, tak ada topik yang penting sangat.

`Saya ni cemburu sikit, saya akan royat ke bini saya. Bakpe pulok nak berkawan dengan lelaki lain, kan saya ada?’ Saya beri jawapan yang agak sempit pemikirannya, saja nak dapatkan respon daripada dia.

`Saya akan royat dia molek, saya ni jenis cemburu dan kedua bini kita tanggungjawab kita, suami, Nanti suami tok pasal2 tanggung dosa isteri.’ Saya huraikan lagi persoalan tersebut macamlah saya ni pakar dan ada 4 orang bini, he he he. Saya campurkan juga dengan unsur agama sikit memandangkan kawan saya ni pun bertudung agak labuh juga, he he he.

`Tapi mungkin bini saya kata balik, awok pun jangan kawan dengan orang perempuan di tempat kerja awok!, he he he’. Saya buat lawak supaya dia rasa lucu padahal hati saya ni sayu, dua tiga hari ni saya asyik memikirkan mengenai ketidakcukupan duit untuk bayar muka kereta pada hujung bulan dua ni…sedangkan saya dah canang yang saya akan beli kereta akhir bulan dua ni…

`Saya tok reti nok royatlah. Tapi kalu kawan saja no hal rasanya…’ Jawap saya pulok, tadi saya kata tak beri, he he he. Sambil tangan mencapai tin biskut Jacobs. Saya guna hujung stepler buka tudung tin dan ambik dua keping biskut. Kemudian saya hulurkan tin tu kepadanya.

`Mula dengan kawanlah pah tu timbul bibik-bibik atau ruang untuk benda2 lain? Dia sambung topik tu lagi, sambil memasukkan tangannya ke dalam tin biskut Jacobs saya.

`Maksud awok?’, Saya buat-buat bodoh padahal saya faham maksud dia. Tentu dia maksudkan suami akan bercinta atau luah perasaan kepada kawan sekerjanya yang juga dah berkahwin, kerana orang dah kahwin tentu memahami perasaan orang yang dah kahwin. Dan selepas tu…kita selalu dengar cerita apa yang terjadi kan…

`Betul jugak bila doh baik tu, pas tu mulalah luoh perasaan cerita ketidakbahagian rumahtangga masing-masing kan, berdosakan? Kan?’. Sebelum dia jawab, saya menjawapnya dulu, dan bersama soalan lain pulak.

Senang je kan kalau kita nak berselingkoh, kat tempat kerja kita pun mungkin terjadi. Sebab tulah cinta antara suami orang dengan bini orang kadar dengupan jantungnya lebih tinggi daripada kadar dengupan jantung anak dara dan si teruna… Adanya.

Jan: Tak pernah berselingkoh…setia je…he he he

BERSELINGKOH II

Saya percaya kalau kita suami isteri benar-benar ikhlas dan benar-benar soulmate kata kan, masing-masing akan tahu apabila pasangannya berselingkoh. Tuhan akan beri isyarat atau petunjuk pada kita dengan syarat kita adalah suami/isteri yang baik, yang suci, mengambil berat akan suruhan dan tuntutan tuhan dalam kehidupan berumah tangga. Saya percaya tuhan akan tolong…

Contohnya, katalah jika si suami berselingkoh, maka si isteri akan merasai sesuatu, mungkin berdebar-debar atau rasa tak sedap duduk (atau tak sedap bangun?) dan sebagainya.

Pasangan suami isteri bukan sahaja mempunyai hubungan dalam kehendak nafsu sahaja, atau hubungan kerana mereka adalah ayah dan ibu kepada anak-anak mereka tetapi juga hubungan kejiwaan atau spiritiul di antara dalam diri masing-masing. Contohnya si suami akan rasa sesuatu kalau isterinya dalam bahaya. Ya, bukan semua pasangan boleh dapatkan feeling ni, tetapi kata kawan saya (yang ambik psikologi kat UM yang kini rumahtangganya juga agak mulai retak.) ia bukannya sesuatu yang semulajadi, ianya boleh dipupuk.

Boleh ke si isteri menuduh si suami dengan terang dan direct yang dia berselingkoh? Kerana perlu diingat suami yang mampu, boleh berkahwin empat. Cuma sama ada dia boleh tergamak atau tidak sahaja.

Oleh itu setakat mana terbukanya pintu kebebasan (antara pasangan masing-masing untuk berkawan dengan kawan yang berlainan gander) ini adalah antara sebab-sebab menyumbangkan kepada pengselingkohan ini.

Persoalan memberi kebebasan kepada pasangan masing-masing amat merumitkan. Ia bergantung kepada individu. Memang ada suami yang cemburu di mana melarang isterinya bergaul dengan lelaki-lelaki lain di tempat kerja. Dan memang ramai isteri cemburu (sama ada rabun atau buta) terhadap kawan perempuan suaminya di tempat kerja.


Jan: Kubuka seluasnya pintu ini… namun tiada siapa yang nak masuk (pulak dah).

Wednesday, January 7, 2009

Kotak

Bukan main lagi saya suka hati apabila dapat beli kotak dengan Intan. Masa tu Intanlah yang supply kotak kepada lecturer yang nak berpindah ke Shahputra Kuantan. Best beli kotak dengan Intan sebab saiznya seragam dan murah.

` Ada banyak lagi Suki, esok ada lagi’. Jawab Intan sambil membetulkan rambutnya yang bergelombang dan kelihatan agak berombak kembang terkembang, namun sesuai benar dengan anting-anting besi yang dipakainya. Bersungguh sungguh Intan menyakinkan saya bila muka saya dah masam macam bulan gerhana sebab kecewa kotak dah habis.

` Intan, ada tak lagi jual kotak?, Nak guna nak pindah Muadzam?’. Itulah pertanyaan saya kepada Intan yang pada masa tu tetap vouge walaupun dah memakai tutup kepala. Saya masih lagi tanya dia sama ada masih jual kotak lagi (tanpa menyedari bahawa tak kanlah Intan nak jual kotak sepanjang hidupnya, he he he.).

` Mat ada tak kotak lebih? Simpan ya, saya nak.’ Semacam mengarah pula meminta Mat simpankan kotak untuk saya. Bahagian peperiksaan selalu ada kotak-kotak kecil bekas kertas A4. Kotaknya kecil tapi keras, kalau besar tapi lembik tak guna jugakan, tak dapat bertahan lama. Dan sebenarnya Mat sudah tahu perangai saya yang suka kotak. Pernah dia tanya ` Encik Sukiman buat apa dengan kotak-kotak tu?’.

`Kotak-kotak ni siapa punya, buat menyemak je’ Pernah kawan seuniversiti tanya dengan nada tak puashati bila dia nampak kotak-kotak saya di tepi almari. Bukannya menyemak tapi saya menyusunnya dengan kemas. Dan sebenarnya dialah yang ambil kotak itu kemudiannya bila kena buang asrama sebab masalah sosial. Huh!

`Kotak-kotak ni guna lagi ke? Tanya makcik pembersih (cleaner). Dia memang selalu datang vakum bilik, lap dan sapu apa yang patut dalam bilik kerja saya.

`Aaaa..guna lagi tu’. Jawab saya walaupun saya sebenarnya tak tahu nak digunakan untuk apa. Saya mengutipnya di depan pintu seorang pensyarah senior, dia nak buang. Saya rasa sayang pulak sebab itu saya kutip.

Peranan kotak dalam kehidupan.

Kalau kita perhati betul-betul kotak memainkan peranan yang penting dalam hidup kita daripada kita lahir sehinggalah setelah kita mati, masa tu kotak kayu lagi, he he he.

Tapi saya pelik sikit sebab rasa teruja bila tengok kotak (mungkin begitu rasa yang Datuk Seri Anuar Ibrahim rasai bila dia tengok speaker atau mikropon, he he he). Dan rasa sayu bila nak buang kotak. Mungkin sesayu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua tiga bulan nanti, he he he…

Bila beli jam tangan tiruan daripada Adnan gembira sangat sebab jam tu ada kotak cantik. Bila beli cream anti ageing berjenama Clinique RM178 (50 ml) juga saya tak buang kotaknya, cantik. Kotak fair and lovely pun saya tak buang…!

Kotak sebagai simbolisme perlindungan?

Kotak ni simbul perlindungan dalam kehidupan kita (alamak dah mula nak berfalsafah ni, he he he). Kotak melindungi, menjaga dan menghargai.

Benda-benda kita sayang kita ada simpan dalam kotak kan. Barangan yang kecil-kecil pun kadang-kadang kita kumpulkan dalam satu kotak.

Masa kecil dulu saya guna kotak untuk membuat rumah perlindungan kepada anak2 kucing yang ditinggalkan ibunya. Siap dengan buat pintu sekali dengan mengunakan pisau kecil. Pintu yang boleh buka dan tutup, siap guna pen colour juga.

Kotak jugak boleh kita gunakan untuk letak barangan yang kita tak tahu nak letak di mana. Katalah kawan kita tiba-tiba nak datang bertandang dan kita tak sempat nak kemas rumah, kita bubuh je semua barang tu dalam kotak dulu, senang gitu.

Atau barang-barang mainan anak-anak kita yang pandai main tak pandai simpan tu boleh kita masukan ke dalam kotak kalau tak ada bakul plastik. Bukan sahaja kemas tetapi juga melindungi barang mainan mereka.

Kota yang cantik

Kini ada pulak dah kat supermarket jual kotak yang cantik-cantik. Bukan yang nak beri hadiah sahaja tapi ada yang besar coraknya menarik sekali. Tetapi saya tak belilah buat masa ini, guna kotak biasa sahaja. Namun bila ada duit lebih nanti saya akan membelinya. Tiada siapa yang boleh menghalang saya daripada membeli kotak-kotak tersebut nanti, he he he.


Jan: Bila nak buang kotak selalu tertanya-tanya `Kan nak guna kan semula…’.

Tuesday, January 6, 2009

Sahabat yang sorang ini pulak...

Tidak semua orang mempunyai stail dan pandai bergaya. Fesyen datang dan pergi tapi stail adalah ada pada batang tubuh dan cara pembawakan diri. Dan bukan semua orang ada stail…termasuk saya he he he.

Orang yang berduit boleh membeli pakaian baru fesyen terkini yang cantik menarik tetapi betapa banyak mana duit pun manusia tidak akan mampu membeli gaya atau stail.

CARA BERPAKAIAN

Orangnya kemas, ada stail dan ada gaya. Sopan, santun dan tertib, gentelman. Pada pengamatan saya, apa yang dia pakai kena saja. Mungkin susuk tubuhnya tegap dan tak berpenebat. Pakai baju t’shirt berleher kura-kura pun kena.

Susuk tubuhnya tanpa pakaian (tapi berseluar la…) boleh dimuziumkan, maksud saya boleh dipamirkan tanpa rasa segan, apatah lagi silu. Bila pergi berkelah dia tidak perlu malu untuk tidak memakai baju, mandi manda dengan selesa. Tidak malu sekalipun awek tengok. Badannya ok tidak ada spare tayar atau penebat.

Badan macam saya ni kalau buka baju, mati hidup balik pun saya tak berani, malu! (kecuali dapat bayaran berpatutan dalam US dollar…pulak dah).

CARA KELUAR DARIPADA KERETA

Paling saya tertarik gayanya itu. Contohnya dia mampu keluar dari kereta penuh bergaya. Jarang orang boleh turun dan masuk ke dalam kereta dengan bergaya sekali. Bila kereta dibuka cara dia hulurkan kakinya untuk keluar dan cara dia keluarkan badan dia daripada kereta sangat berlainan, penuh stail dan ada gaya. Ah… payah lah nak terang hal ini. Saya selalu perhatikan bagaimana dia keluar daripada kereta dan stail dia menutup pintu keretanya ada gerakan yang saya dapat katakan ada kelas!.

Pada masa tu saya masih tidak berkawan lagi dengannya, saya ada selalu nampak dia turun daripada kereta Satrianya. Pada masa tersebut saya tidak terpikir saya akan jadi sahabatnya kerana antara kami berlainan bak payung terjun dengan payung biasa yang kita guna bila hujan atau matahari terik.

jankaulu: bersambung pulak dah, huh!

Tag: 10 weird things/habits/little known facts about me.

1. Suka menikmati muka orang terutama telinga dan hidung,

Kalau pertama kali bertemu seseorang, bahagian hidung dan telinga menjadi perhatian saya. Hatta bila order makanan di kedai pun begitu, saya perhati orang yang ambik oder.

Kawan-kawan ada yang perasan, contoh saya pernah `ditegur’ oleh Joe dulu, dia kata itu satu penyakit. Emm entahlah…

2. Memiliki koleksi baju yang akan dipakai jika kurus.

Sekarang dah 11 helai…Rasanya sejak menuntut di U lagi sifat ni dah tersemai…

3. Bila duduk saja ada pen di tangan suka lukis muka perempuan.

Terutama jika meeting yang panjang…

4. Paling tidak suka melihat permainan bolasepak.

Rasa lucu sebab tak sedap di telinga dan tak indah di mata, lainlah Gimrama ada bawak reaben bergulung-gulung…

5. Tidak boleh hampiri orang cacat, jadi gelap mata…nak pintam.

6. Bahagia tengok TV atas tilam/katil.

Rasa selesa dan mewah macam raja-raja Arab dahulu kala… dulu ada Tv ke?

7. Tak boleh bawak kereta

8. Suka kotak.

9. Nasihat orang bukan main lepas tu diri sendiri buat.

Contoh 1. Bukan main tak beri Kamal beli rumah di kawasan Inderapura, tup tup saya beli, he he he.

Contoh 2. Nasihat orang jangan emosi bila orang yang kita sayangi tinggalkan kita tapi bila kena atas batang hidung sendiri, terduduk…

10. Suka `nok jugok’.

Taq pilihan...Jupe Mung De'Nung dan Eja

Jan: Banyak lagi sebenarnya, he he he…tetapi terlalu peribadi…(pulak dah).

Pengurusan cuti tahunan

Kawan saya (seorang manager di sebuah bank) pernah menyatakan cuti tahunan yang diberikan majikan haruslah diuruskan dengan baik dan bijak. Katanya lagi beliau sering mengingatkan para pekerja di cawangannya supaya bijak mengunakan cuti tahunan masing-masing.

Jika gagal menguruskan cuti tersebut bermakna seseorang itu gagal dalam merancang jadual tahunannya.

Kenapa kita perlu cuti tahunan ya? Tak boleh ke kalau cuti tahunan tu kita tak ambik langsung? Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat? Tak kan suka-suka majikan beri je kan...? Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Cuti tahunan yang dimaksudkan tadi bukannya cuti yang kita ambil kerana kecemasan atau pun EL tu. Cuti tahunan ni memang cuti yang diberikan oleh majikan sebagai hakmilik kita sepenuhnya. Untuk mendapatkannya kita tidak perlu sakit (atau buat-buat sakit? he he he), tak perlu bersalin atau kena ada ahli keluarga terdekat mati...
Kenapa kita perlu cuti tahunan ya?

Kita sebagai manusia biasa memang perlu cuti untuk berehat... rehatkan minda dan juga fizikal. Kalau diasak-asak jentera pun kiot kan. Minda dan badan kita tidak boleh digunapakai secara berterusan 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Kita bukannya badang, jauh sekali Kyle XX.

Kita perlukan cuti tahunan untuk merehatkan badan, membelai diri. Maksud saya beri perhatian pada diri daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Contohnya ambiklah kaki kita ni. Kita gunakan dia selalu, setiap hari kita ke sana ke sini kaki kita jugalah yang bawak kita. Bila kita tidur je dia dapat rehat tu pun dia kena `bangun' bila kita tidur, he he he. Gosok-gosoklah apa yang patut dengan minyak zaitun ke. Kira upahlah sebab penat kaki tu bekerja. Tak salah dua tiga hari kita cuti tahunan tu kita peruntukan sebahagiannya untuk membelai diri.

Begitu juga cuti penting untuk minda kita rehat daripada tekanan kerja. Pada zaman teknologi ni kerja apa yang tak tertekan kan? So kita boleh rehatkan minda kita dengan duduk rehat membaca cerita yang santai, menonton atau pergi berjalan-jalan ke. Biarlah pergi berjalan ke tempat yang sama tetapi kali ini dengan minda yang rehat dan tenang, kita boleh menikmati keindahannya dengan maksima. Kita akan terkejut melihat impaknya….betul-betul menikmati alam maya.

Untuk rehatkan minda dan badan tidak semestinya kita kena ke luar daripada rumah. Saya pernah ditempelak oleh kawan saya kerana bila bercuti duduk rumah sahaja. Katanya baik jangan bercuti. Saya hanya tersenyum kambing sahaja, saya tidak menjawabnya. Cuma bagi saya tidak semestinya kita bercuti kena keluar daripada rumah duduk rehat di hotel peranginan. Rehat boleh kat umah je (sebab itulah rumah kita hendaklah sentiasa kemas…)


Tak boleh ke cuti tahunan tu kita tak ambik?

Tidak ada pulak undang-undang dalam Akta Pekerja 1955 (hingga 20hb Jun 2003) yang boleh memberi kompaun jika pekerja tidak mengambil cuti tahunan.

Cuti tahunan yang tidak diambil mungkin akan di`burnt’ oleh majikan atau sebilangannya dibenarkan `naik’ ke tahun hadapan, atau berbayar( bergantung kepada persetujuan secara bertulis...) Rujuk terma di bawah:

" Majikan hendaklah memberikan dan pekerja hendaklah mengambil cuti tahunan tersebut tidak lewat daripada dua belas bulan selepas berakhirnya setiap dua belas bulan berterusan perkhidmatan dan mana-mana pekerja yang gagal mengambil cuti tersebut pada akhir tempoh tersebut adalah dengan itu hilang kelayakan terhadap cuti tersebut."

"Dengan syarat bahawa seorang pekerja adalah berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan tertentu jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil mana-mana atau semua cuti tahunan haknya." (Akta Pekerja 1955, seksyen 60E, (2).)

Berbelit jugak ayat-ayat di atas ya, maklumlah ayat `Law’ katakan. Ayat-ayat `Law’ ni saya kureng sikit tapi saya faham kita tak dihukum kalau tak ambik cuti tahunan dan kita juga tak boleh gatal-gatal minta duit daripada majikan sebagai ganti kerana kita bekerja pada hari tersebut (lainlah kalau ada perjanjian antara majikan bersetuju secara bertulis).

Terdapat majikan yang memberikan hadiah kepada pekerja yang tidak mengambil cuti tahunannya. Emm… betul ke tindakan tu? Atau kita kena pastikan pekerja kita ambil cuti tahunan supaya mereka dapat rehat, tidak tertekan dan dapat kembali bekerja dengan segar dan prokduktiviti meningkat.

Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat?

Kita ni kan semakin umur meningkat semakin banyak perlukan rehat, semakin umur meningkat fizikal dan mental tidak lagi segalak hati kita (hati nak buat guana…terus-terusan muda je, he he he). Bukan bermakna kita menjadi semakin malas tetapi minda dan fizikal kita lebih perlukan masa rehat berbanding masa kita muda-muda dulu.

Bukan semua orang macam Anita Sarawak, cuba bayangkan kita terketar-ketar naik dan turun tangga untuk menyampaikan kuliah, sedangkan relajar kita laju je naik turun tangga di kiri kanan kita, he he he.

Tak kan suka-suka majikan beri je kan...?

Ya, kita memang perlukan cuti tahunan tersebut. Majikan juga mahukan kita sihat dan dapat cukup masa untuk berehat kerana secara tak langsung dapat menikmati peningkatan produktiviti.

Ianya bukan pasal akta sahaja tetapi mengenai tanggungjawab majikan untuk tidak meletakkan pekerja tension sepanjang tahun. Majikan sedar bahawa pekerjanya perlukan cuti tahunan untuk merancang kehidupan yang lebih sihat, cergas dan menyeronokan jua.


Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Soalan ni sukar dijawab, saya guna jawapan yang biasa digunakan oleh artis kita yang baru nak mula meningkat naik (maknanya tak berlagak, santun gitu), `Ah…, emmm…bergantung kepada individu…’ Sambil tersenyum, lehernya dilembikkan sikit. Mata dibulatkan…tak ketinggalan buat-buat diam seketika (kononnya nak guna atoklah tu, nak berfikir). Semuannya segalanya dibuat-buat namun masih di bawah pengaruh sopan.

Ya, jawapannya bergantung kepada individu. Namun kita boleh bermula dengan bertekad ambil cuti tahunan 2009 ni hanya untuk berehat khas untuk tubuh badan dan minda kita. Jangan lagi ambil cuti tahunan kerana nak panjangkan raya sebab nak beraya panjang di kampung, maklumlah nak minta maaf kerana umpatan berkala di sepanjang tahun yang dilakukan atau ambil cuti tahunan nak pergi KLIA, nak antar sedara pergi buat haji.

Kita boleh mulakan dengan menjadualkan cuti tahunan kita dengan serius. Contohnya di bulan tertentu atau di tengah tahun kita ambik cuti tahunan kerana nak rehatkan diri. Betul-betul nak rehatkan diri. Kita boleh balik Lampung tapi balik semata-mata nak rehat, nak lihat suasana kampung dengan mata hati, nak menikmati ikan keli di kali, air perigi di telaga…

Bukannya dalam kes nak panjangkan raya tadi di mana kita kena melayan ramai orang, keluarga, saudara mara, kawan-kawan. Nak menjawab soalan, nak menunjukan kita mesra dengan suami/isteri kita, nak menunjukan baju raya kita yang ditempah khas daripada Den Wahab, atau nak tunjuk sport rim kita yang kita hutang 4 kali bayar dan lain-lain…

Sedangkan kita patut berehat untuk diri kita sendiri. Balik Kampung tanpa ada apa-apa agenda selain daripada bercuti!

Bergantung kepada individu

Dan kalu nak cuti tidak semestinya ke luar daripada rumah, di rumah kita sendiri pun kita boleh bercuti dan rehatkan diri kalau kena gayanya, caranya. Jangan beri alasan ada anak-anak pulak, atau suami/isteri menganggu. Kalu gitu jangan beranak (eh emosi pulak tapi seminit je, he he he).

Namun seperti saya katakan tadi ianya bergantung kepada individu...(baca dengan nada sedikit merajuk dan sedar diri…)

Saya pun tidak boleh nak beri cadangan yang lebih-lebih kerana saya sendiri seorang yang gagal menguruskan cuti tahunan dengan cemerlang tahun 2008 nan lalu. Namun tahun ini saya berharap dapat menggunakan cuti tahunan saya dengan lebih bererti dan betul caranya biar memberi makna.

Jan: Sendiri tanya, sendiri jawab, macam dalam kuliah pulak…

.