Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label dari skrin.... Show all posts
Showing posts with label dari skrin.... Show all posts

Sunday, April 23, 2017

Manchester by the sea (2016): Filem terbaik 2016?




Filem ini dicalonkan untuk anugerah filem terbaik Oscar 2016, dan tewas ditangan `Moonlight'. Saya `menghadiri' pesta filem tersebut. Sejak kebelakangan tahun ini saya memang menyenaraikan pesta filem ini sebagai acara tahunan saya. Saya duduk mengadap televisyen.

Semua senarai filem yang dicalonkan sebagai filem terbaik, saya tidak pernah menontonnya. Filem-filem sebegini tidak ditayangkan di pawagan berdekatan. Pawagan berdekatan akan menanyankan filem-filem bodoh yang `popular' sahaja. Ia makanan rugi ruji masyarakat kita.

Saya baru sempat menonton filem ini. Saya menontonnya semata-mata kerana ia dicalonkan sebagai filem terbaik. Mulanya agak boring tetapi akhirnya saya terkesan. Kepada saya filem ini adalah sebuah filem tentang cinta. tetapi bukan jenis cinta murahan seperti dalam filem dan drama-drama kita.

Ia mengenai kisah cinta suami isteri, dan tanggungjawab bapa saudara.

Mungkin orang perempuan macam tu. Maksud saya mereka tidak boleh menerima satu malapetaka tanpa menyalahkan orang lain. Dan dalam filem ini dia salahkan suaminya, dan kemudian berlakulah penceraian.

Dan dalam banyak kes, kaum perempuan akan pastikan mereka akan lebih berjaya setelah berlakunya penceraian (ini saya tidak faham...sebab mengapa setelah bercerai mesti ada persaingan?). Dan dalam filem ini saya dapati setelah bercerai isteri tersebut berkahwin lagi (dan dapat baby) dengan lelaki yang lebih harta dan rupa. Tetapi dapatkah dia menipu hatinya?

Namun cerita ini bukanlah berkisarkan pada sang isteri tetapi mengenai kehidu[pan si suami setelah bercerai... Dia tidak berkahwin lagi malah menolak seks, dia menjadi unfrendly, dan dia tidak dapat ingat di mana dia parking kereta dia!.

Mungkin saya bias sebab filem ini ada sikit persamaan dengan kisah cinta saya....(pulak dah).

Sekian, nanti saya sambung semula.

Image result for manchester by the sea


Sedikit sinopsis:\

Selepas kematian abangnya Joe, Lee Chandler (Casey Affleck) terkejut bila mengetahui  Joe (abangnya) telah mewasiatkan dirinya untuk menjadi penjaga kepada anak tunggal remajanya yang bernama Patrick. Lee mengambil cuti daripada kerja (sebagai tukang cuci di Boston) untuk menguruskan hal berkaitan dengan kematian. Lee sebenarnya enggan kembali ke Manchester-by-the-Sea, perkampungan nelayan di mana keluarganya telah menetap selama beberapa generasi. Apabila balik menguruskan jenazah abangnya dan hak penjagaan anak saudaranya, dia terpaksa berhadapan dengan masa lalu yang memisahkan dia dari isterinya, Randi (Michelle Williams), dan masyarakat di mana dia dilahirkan dan dibesarkan... 

Thursday, March 16, 2017

Kong: Skull Island (2017): King Kong masih lemah dengan perempuan cantik!





Sebenarnya banyak pengajaran bagi perempuan apabila melihat filem king Kong. Menjaga bentuk badan dan kecantikan adalah penting bagi perempuan. King Kong tak `sampai hati' nak makan kalau rambut `blonde' dan ada `rupa'. He he he.

Minggu lalu saya pergi tengok wayang lagi. (Pertama kali saya pergi tengok filem King Kong masa saya umur 6 tahun. Posternya di bawah).

Image result for king kong 1976 official poster
Poster 1976

Pada masa tersebut pergi tengok dengan emak dan ayah, dan juga adik lelaki saya. Saya sangat takut melihat King Kong. kemudian saya gembira apabila ayah beli baju Tshit gambar King Kong.

Kini King Kong lebih besar saiznya dari dulu, lebih ganas dan lebih berani. dengan kesan khas yang berteknologi tinggi nampak `hidup' sangat king Kong tersebut. Namun...dari satu segi King Kong tetap sama. Dia tetap tak makan wanita cantik...



Image result for king kong 1976 jesicca lenge
Jesica lenge 1976, seksi... King Kong tak makan.


Image result for naomi watts king kong hair
Naomi Watts 2005, rambut cantik... King Kong tak makan

Image result for skull island king kong Brie Larson
Brie Larson 2017, mantap!...King Kong tak makan

Namun dalam King Kong terbaru ni, King Kong tak berapa layan sangat wanita cantik, mungkin dia takut terganggu kosentrasinya sebab lepas ni dia nak lawan Godzilla pulak. Khabarnya filem King Kong vs Godzilla tu tengah buah dah...

Sebab tu kot dalam filem terbaru ini King Kong tak mati...(tak sedih pun cerita ini)


Tuesday, February 5, 2013

Filem kita wajah produser?

Pada suatu masa dahulu tema filem kita ialah `Filem kita wajah kita". Maka saya terus bimbang kerana kalau gitulah cerminannya maka rakyat kita memang dicop gengster tetapi penakut hantu. Berak berteman.

Saya berpendapat sekarang adalah zaman keruntuhan filem Melayu. Mungkin ada yang tidak sedar sebab pesta filem terus diadakan dan banyak majlis anugrah (anugerah cop perasan sendiri) diadakan sana sini. Mungkin orang filem kita marah dan wartawan kita gusar bila pendapat ini cuba dianggap serius.

Sebuah naskah yang bagus

Melihat filem Melayu yang kebanyakannya bagai sampah sarap, (tetapi dinobatkan, diglamourkan dan dikomersialkan bak fantasi) membuatkan saya rasa kecut perut dan kecut apa yang patut kecut. Saya malas nak ulas mengenai tema basi dan tidak digarap segar, saya cuma mahu fokus kepada pembohongan pengeluar filem dan mereka yang terbabit.

Secara jujur saya tidak melihat perkembangan filem Melayu sebagai perkembangan pemikiran, jauh berbatu dari segi menolong perkembangan sahsiah bangsa. Malah saya berani tuduh iannya untuk perkembangan poket mengaut keuntungan semata-mata. Dengan menggunakan unsur konterversi yang konservatif sebagai daya penarik. Matlamat memberi pengajaran dan membentuk masyarakat seolah-olah hanyalah bak melepas kentut di auditorium (lepas pelan-pelan bimbang orang perasan).

Kepada saya karya sebegini patutnya dibanteras terus disekat daripada terus mengalir ke minda masyarakat. Sebabnya kita lihat ia mudah meresap masuk ke pemikiran belia muda kita. Remaja kita. Dan selepasnya stesyen televisen asyik mengulang-ulang tayangannya. Saya bimbang ianya menyemat sesuatu yang buruk kepada perkembangan masyarakat.

Antara pelakon yang saya minat, lakonannya sempurna

Apalah sangat hebatnya mengendalikan jentera bermotor atau menayangkan kebebasan remaja perempuan yang kononnya brutal di tengah malam buta di tepi jalanraya?. 

Niat mengangkat naskah atau karya berkaitan dengan masalah/isu sosial adalah langkah yang molek. Tetapi jika terlalu dikomersialkan ia menjadi karya ejen pemusnah bangsa. Dan orang Melayulah mangsa tetapnya. Mangsa sepanjang zaman?

Watak jahat yang sebenarnya jahat giler`dibersihkan' dan `diwangikan' dengan sifat yang molek berkata-kata, gentelman, kacak bergaya dan bertanggungjawab pada kekasih. Yaaaa memang tak semestinya orang jahat muka mesti bengis dan hodoh macam filem Melayu lama tetapi yang paling utama apakah nawaitu yang mahu diterapkan kerana saya percaya pengeluar filem tahu sangat remajalah yang menontonnya. Tidak perlu watak keji digambarkan sedemikian.

Ini semua kerana wang. Bertuhankan wang dalam perniagaan. Dan akhirnya mungkin membawa kepada pelapis harapan bangsa yang hancur. Atau memang kita tahu belia yang ke panggung memang sudah bukan harapan? Sila jawab! (jawab dalam hati...)

Jan: Filem Malaysia sepatutnya menyumbangkan ke arah pembinaan negara bangsa sebab kita mahu menuju status negara maju... filem pun kenalah maju, kena cerdik.

Friday, January 25, 2013

Filem bertaraf drama

Saya sudah ke pawagam untuk melihat Hobbit. Saya berpuas hati walaupun ada bahagian cerita yang saya rasa agak perlahan. Saya juga tidak berharap cerita tersebut seperti siri Lord of the Rings, kerana cerita ini mengenai Hobbit. Namun saya terasa tidak membazir menontonnya. Maksud saya tidak rugi membayarnya. Saya terhibur. He he he.

Saya juga peminat filem Melayu, jangan kata saya anti filem Melayu. saya tak redha. Malangnya dengan kesibukan tugas dan perasaan, saya terlepas menengok cerita Bunohan. Saya pasti suka melihat cerita sebegini. Jarang orang filem buat cerita sebegini, biasanya mereka buat cerita `sampah'. Tidak perlu memerah otak sebab peminat filem Melayu pun makanan otaknya...tidak perlu berkhsiat sangat...

Saya amat terkilan, jarang benar filem yang ada unsur estetika dan bertema lain sikit diangkat di negara kita ini. Selamat datang ke Malaysia. Adakah pembuat filem masih berfikiran payudara dan punggung pelakon masih melakukan filem mereka?

Semua cerita kalau digarap dengan baik, akan menjadi filem yang cantik. Dan seterusnya mesejnya sampai. Ini tidak, mereka nyatakan kononnya paparan ini adalah realiti dan akan memberi pengajaran. Yang nyata babak yang diketengahkan meleret paparan kegesterannya, kepergaulan bebasnya, kejauhan budayanya dan akhirnya pengajaran hanya berbawak 5 minit!. 5 minit pun kalau digarap dengan ikhlas akan jadi bagus tetapi tidak juga gayanya...emmm. Teruk. Mereka kejar duit semata-mata.

Saya selalu berpendapat, filem bukan sekadar perniagaan semata-mata.

Kata kawan saya, banyak filem Melayu sekarang tarafnya seperti drama di tv. Drama yang teruk... He he he.

Semoga saya ada masa untuk filem ini


Jan: Bercadang nak tengok cerita Mama...

Monday, January 7, 2013

In memory, love lives forever...- The English Patient (1996)

Saya tidak ke Kuantan pada hujung minggu lalu. Cuaca yang tidak menentu tidak menyeronokan saya untuk lakukan aktiviti luar rumah. Saya habiskan masa dengan membuat nota bagi mata pelajaran Ekonomi Malaysia. Sebenarnya saya sudah mengajar subjek ini lebih dari lima tahun. Seharusnyalah saya sudah mempunyai nota yang lengkap, paling lengkap. Masalahnya... ekonomi Malaysia selalu berubah, he he he.

Pada petangnya selepas saya mop lantai, saya layan DVD. Kali ini saya melayan kisah cerita cinta. Cinta terlarang, iaitu The English Patient.

Memang  banyak filem luar yang macam sampah, namun cerita filem ini sesuatu. Sesuatu yang istimewa. Saya memang tidak gemar menonton filem yang bertemakan cinta, tetapi jika cinta itu digarap dengan baik dan hebat, saya suka. Contohnya `Titanic".



Filem ini banyak memenangi hadiah. Menonton sebuah filem `Oscar', ada kaedahnya. Kaedahnya ialah sabar. Kita harus sabar kerana kita bergantung kepada bukan sahaja dialog dan bahasa tubuh, tetapi juga bahasa filem, contohnya sorotan kamera dan imej di layar perak. Lirik mata, cara senyuman dan getar suara kita kena perhatikan. Kena peka.

Malah konflik batin yang dihadapi watak juga kita harus bijak memyelaminya. Jika malas hendak mengkaji tontonlah cerita Melayu, contohnya seperti `Jin dalam botol cuka' ke. Haaa... 

Permulaan cerita mungkin sedikit bosan dan mendatar, juga memberi kebingungan. Lama-kelamaan ia menjadi semakin jelas dan tersuluh Cerita ini diselang selitkan dengan flashback (imbaslalu) oleh seorang pesakit lelaki yang hadapi masalah ingatan...(ingatannya datang semula secara perlahan-lahan...)

Apa yang menarik hati saya, cerita ini berakhir dengan sangat menyakitkan, seperti juga kisah hidup saya...(ini yang boring ni kan, kalau menulis semua cerita atau lirik lagu kononnya asyik berkaitan dengan diri tuan punya blog jea. Tapi apakan daya mentang-mentang blog beliau. Huh!). 

Sangat menyakitkan, mungkin kerana inilah balasannya bila kebahagian yang kita ditumbuhbajakan atas penderitaan orang lain. Haa... Selamat datang ke planet bumi. Ada makhluk begitu.

Ceritanya sedih lagi menyedihkan, tetapi tidaklah sehingga saya menangis atau meraung bagai budak minta aiskerim atau mainan yang sengaja diletakan dekat kaunter di tempat rendah tersebut. Sengaja nak biar anak kita tengok dan nak. Huh!. (pembelian tak dirancang). Ini strategi pasaran ke?

Kita kembali kepada tajuk posting. Moral cerita ini antaranya: Kehilangan orang yang kita cintai mungkin tidak membunuh kita secara fizikal...tetapi beberapa bahagian dari diri kita memang sudah mati...(amboi...lara nampak? Tahun baru janganlah lara! Bina azam baru! Kalau orang boleh menipu kita kenapa tidak kita?). 

Saya cadangkan cerita ini kepada pengemar-pengemar kisah cerita lara yang tidak menyukai `happy ending'. Yang mana heronya merana... ha ha ha (ketawa dengan ganasnya).

Jan: Lakonan yang bagus adalah lakonan yang dapat menggambarkan konflik batin, dapat menyampaikan mesej, walaupun tiada dialog sepatah haram.

Lihat di redup kelopak mataku...adakah masih ada cinta? (Huh! lara...!dan lara!!!)

Thursday, December 6, 2012

Ke pintu bahagia 2

Sebenarnya saya hanya `tertengok' cerita ini. Jarang benar saya tengok drama melayu. Pada masa tersebut saya sedang menunggu The Dead Walking, maka saya mainlah remo tv tersebut. Pas tu saya tengok ada Fauziah Latiff di TV3. Saya memang minat dia sejak zaman saya belajar sekolah menengah lagi...



Selain Gee ada Farahin dan Faizal Hussin. Lakonan Faizal Hussin paling cemerlang... Mungkin orang lama banyak timbul pengalaman. Dia la yang pegang watak suami yang bawak orang gaji sampai atas katil... namun saya kesian pulak dengan nasib dia dalam cerita ini... Kalau sekali fikir dia hanya buat seks dengan orang gaji dia, apa la sangat kan...? Kalau dua kali fikir padan muka dia. He he he.


Bagi saya, bertimbun moral yang dapat kita belajar dari cerita ini (kalau kita nak fikir laaa...). Antaranya:

1. Sang suami yang berselingkoh sebenarnya sedar bahawa akan perbuatannya tersebut merobek kebahagian rumahtanggannya dan isterinya tetapi dia tetap berselingkoh. Pendek kata dia buat dalam sadar. Pelik kan?

2. Sang suami menyesal setelah berselingkoh, seringkali mereka berpendapat perempuan baru bukanlah seindah dan boleh diharap seperti kehidupan dengan isterinya dulu... Pulak dah, pelik kan?

3. Carilah orang gaji yang tua atau sudah monopouse...kalau tak suami kita akan suka balik ke rumah bila kita tiada. Atau mereka balik awal...Haaa.

4. Sebaik-baiknya selidiki dulu nurseri yang kita nak antar anak kita tersebut...ada lesen ke tak.

5. Memang banyak lelaki yang tak guna, tetapi bukan semua. Ada juga yang baik dan setia...tapi mungkin baik dan setia sebab tak ada peluang/kesempatan...Haaa... (yea ke? jangan marah)

6. Walaupun isteri cantik, putih, kurus ada juga lelaki yang cari lain. Dan yang dicari tu pulak bukanlah cantik macam bini dia pun. Pelik...

7. Cinta tak selalunya bahagia, ada kalanya suka dan duka.... Rumahtangga tak selalu berjaya, ada kalanya hancur dan lebur...

Jan: Sekian.

Ke pintu bahagia




Jan: Jika suami anda berselingkoh, itu bukan kesalahan anda, suami anda sedar semasa dia melakukannya...

Friday, November 2, 2012

Penyakit terkini filem-filem Malaysia

"Skop filem tempatan kini semakin sempit kerana penggiat industri lebih menumpukan kepada 'box office' berbanding usaha mendidik masyarakat, kata Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.
Saya sokong sejuta peratus apa yang Kak Mah kata tersebut. Kak Mah telah melalui banyak zaman dan melihat banyak perkembangan, patut sangat beliau melontarkan pandangan tersebut untuk menyelematkan dunia perfileman kita yang sudah hilang unsur didaktik dan estetikanya. Dulu Bang Jins juga ada mengutarakan hal yang hampir sama. Tetapi tiada orang filem mahu ambik  ikhtibar.
Saya bukan orang filem atau orang drama (tetapi saya suka berdrama, hehehe). Namun saya suka melihat filem. Seperti membaca novel/buku, filem menceritakan hal hidup orang lain, yang bukan hidup seperti kita. Kita boleh ambil contoh tauladan disamping berhibur.
Dulu ada ketikanya filem kita seperti tidak tahu hala tuju, sekadar hiburan dan menonjolkan wajah Pan Asian, atau setidaknya pelakon wanita Melayu berkopek besar. Semuanya kerana komersialisme dan kapitalisme dan me me me lain lagi.
Sekarang filem kita ada penyakit baru. Penyakit hantu dan gengster...
Jan: Hantu gengster...

Monday, August 13, 2012

Video Iklan Raya Bernas 2012 – Mampu Membawa Keinsafan



Dengan gaya kehidupan saya yang mengada modern dan sibuk ini (kononnyalah, padahal tak modern mana pun. He he he. Kadang-kadang kuno jea.), saya jarang menonton tv kecuali HBO. Maka saya terlepas tengok iklan raya BERNAS 2012. Bila kawan-kawan saya memperkatakannya, saya tidak tahu apa saya nak komen pasal iklan tersebut.

Saya tidak tahu rupanya telah ada iklan hari raya sebaik Petronas. Kawan saya Adnanlah yang tolong sendkan melalui email untuk saya melihatnya. Iklan Hari Raya Bernas 2012.

Iklan ini tidak sama dengan iklan lain. Iklan biasa, biasanya menunjukan bunga api, ketupat, datuk-nenek, opah moyang atau bergoyangan punggung/kopek wanita sebab teruja giler bila membeli belah. Ternampak semua lurah dendam dan sewaktu dengannya. Mereka gembira sangat.

BERNAS (Padiberas National Berhad) dulu dipanggil LPN (Lembaga Padi Beras Negara) adalah berkaitan dengan makanan iaitu beras (yang kita makan tiap hari tu). Tetapi bulan puasa ni saya lebih suka berbuka dengan mee goren. Pun begitu apabila ke rumah kakak atau majlis, saya jamah juga sesenduk dua nasi. Rindu.

Walaupun kita banyak mengimpot beras dari luar negara, hampir 50% jugaklah BERNAS memenuhi keperluan (permintaan) beras negara. Namun posting ini bukannya pasal asal usul BERNAS tetapi syahdu iklan rayanya.

Kawan-kawan saya ada menangis bila lihat iklan ini. Subjek utama adalah anak yatim. Satu subjek yang sensitif bagi masyarakat kita.

Jan: Saya tidak menangis, tetapi saya menangis teringatkan seseorang bila lihat iklan ini...(pulak dah).

Saturday, December 31, 2011

Maharaja Lawak Mega vs Malaysia Lawak

Tahniah untuk Osbon

Semalam saya tengok Maharaja Lawak Mega bersama sahabat saya Adnan. Seperti yang kami dan ramai jangkakan kumpulan Osbon akhirnya menjurai Maharaja Lawak Mega I ini. Adnan bawak kad Astro dia. Dapatlah saya tengok. Pakage Astro saya tidak ada rancangan ini.


Walaupun hidup saya tidak selawak mana, (malah dalam beberapa episod saya meraung dekat jalan nak ke Rompin) tetapi saya luangkan masa juga untuk menonton rancangan ni sebagai pengubat duka. Lagipun saya tidaklah selalu lara adakalanya komidi hidup saya melebihi budak tadika yang terlebih gula.


Bestkan kalau dapat RM350,000 berserta trofi (tapi trofi tu boleh buat kat kedai, saya tak nak mana). Tapi jumlah tu mereka dapat setelah mereka memerah otak untuk dapatkan idea. Memang mereka layak. Mereka buat kita terhibur...

Naib juara dapat RM250,000, tempat ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai RM150,000 dan RM50,000. Saya terkenang pulak hadiah yang sasterawan negara dapat, jumlahnya RM30,000 sahaja (dinaikan jadi Rm60,000 sejak tahun 2003). Setelah banyak hasilkan buku bermutu membina tamadum Malaysia dan diterjemahakan di peringkat antarabangsa...mereka dapat ciput jea kan.


Saya tak menyalahkan maharaja lawak sebab mereka memang patut dapat apa yang mereka dapat. Cuma rasa lawak pulak kalau nak banding dengan hadiah yang sasterawan negara di Malaysia dapat. Seperti melepas batuk di tangga atau seperti melepas anak dara keluar rumah waktu magrib...he he he.


Jan: ...selamat datang ke Malaysia.

Tuesday, November 8, 2011

Suntikan moral dalam filem...

Filem adalah medium perantaraan yang semakin penting dalam kehidupan hari ini. Kepada saya filem bukan sahaja alat menghibur minda raga seseorang tetapi juga memberi banyak maklumat di luar minda kita dan membawa banyak pengajaran. Banyak perkara yang kita boleh belajar dan ambil buat pedoman. Banyak impak yang kita dapat dalam sedar dan tak sedar...

Walaupun saya bukan Seman Ku Hussain yang boleh menganalisis serba serbi, saya bersetuju dengan pendapat kawan baik saya. Saya tertarik dengan kata-kata sahabat saya kenapa dia tidak membeli koleksi siri Harry Portter. Secara ringkas dia simpulkan cerita tersebut tidak memberi suntikan moral kepada penonton atau khalayak masyarakat.

Saya menjadikan medium filem sebagai hiburan dan juga ilmu. Contohnya jika saya bersedih saya lebih cenderung berhibur dengan cerita lawak Tan Sri Dr P Ramlee. Cerita filem lawaknya membuatkan saya seolah pertama kali menontonya. Dan jika saya mahu tahu perkembangan manusia, saya lebih suka melihat cerita luar negara yang berbentuk drama. Bukan semua orang hidup macam kita.

Mengikut kawan saya, cerita siri Harry Portter penuh dengan `cerita hitam' di mana kehidupan penuh dengan keraguan, rahsia dan kejahatan. Para pelajar contohnya tidak mengikut kata pensyarahnya. Banyak adegan pelajar melawan pensyarahnya. Ini suntikan moral yang tidak baik.

Begitu juga saya tidak berbangga dengan kutipan filem Kongsi dan KL Ganster. Sebagai orang dewasa saya mungkin mengambil nilai positif daripada filem tersebut tetapi untuk tontonan kanak-kanak ia tidak memberi suntikan nilai yang baik. "Nampaknya nilai moral tidak diselitkan sebagai sesuatu yang utama" Kata seorang pensyarah perempuan yang lain yang melihat kesan cerita KL ganster terhadap anaknya. Penggiat filem lebih ghairah hasilkan filem yang boleh dijual. Dan filem yang popular boleh dijual dan mendapat untung yang besar. Moral sila tolak ke tepi...he he he.

Ketika di Universiti Malaya saya menonton cerita dinasor ini sebanyak tiga kali di pawagam!. Saya sangat teruja dengan raksaksa dinasor yang ganas dan nak makan budak. Pada masa tersebut inilah kesan khas yang paling hebat! Namun apakah kita boleh mengukur ketokohan Steven Spielberg (Jurassic Park) ini sebagai tokoh filem yang menyuntik usur moral yang ketara?



Saya rasa berdebar bila Kate Wingselt berbogel dan duduk macam ikan duyung atas sofa, dan bagaimana kapal Titanic itu patah dua dan tengelang membuatkan saya cemas. Dan saya menitiskan airmata bila mendengar lagu My Heart will go on... (sambil berdoa agar hidupnya celaka pada setiap hari!).

Namun adakah James Cameron (Titanic) seorang tokoh filem yang hebat dalam menyuntik moral? Haaa... sebab pada umunnya filem Citizen Kane (Orson Welles) lebih unggul dan para sarjana filem di dunia mengangkat Orson Welles dan filem `Citizen Kane'nya sebagai filem unggul pada abad ke-20. Begitu juga dengan siri The GodFather (Francis Ford Capolla).

Jan: Kenapa tidak Titanic yang mencatat kutipan tertinggi pada abad yang sama?

Tuesday, March 22, 2011

The Blind Side (2007): Part 2

Cerita `The Blind Side' ini telah diadaptasi daripada buku yang bertajuk ‘The Blind Side: Evolution of a Game’ oleh Michael Lewis. Ia menceritakan kehidupan sebenar bintang ragbi yang bernama Micheal Oher. Namun filem ini bukan filem mengenai permainan bola ragbi atau filem sukan.
Pelakon utamanya ialah Sandra Bullock (saya pernah tengok lakonan beliau dalam Speed, Miss Congeniality part 1 and 2, dan Premonition). Bagi saya pada kebiasaannya lakonan dia amat biasa sahaja, namun dalam filem ini tanggapan saya meleset kerana dia telah menunjukan dia boleh berlakon dengan baik jika ada watak dan cerita yang benar-benar menguji dirinya. Seorang pelakon lagi bernama Quinton Aaron. Saya tak kenal langsung, he he he.
Cerita ini berkisarkan Sandra dan keluarganya yang menolong Michael Oher (Big Mike) seorang lelaki kulit hitam yang tidak ada mak bapak dan tidak berumah. Masa Big Mike kecik, dia juga sering bertukar rumah (rumah penjagaan kanak-kanak terbiar). Emaknya penagih dadah dan bapanya jenis hit and run...


Dapat juga akhirnya...


Dengan pertolongan seorang lelaki Big Mike dapat bersekolah. Big Mike ini jenis slow sikit dalam belajar. Ya lah kan, dia tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya sebelum ini. Pada mulanya cikgu-cikgu naik menyampah sebab dia tak bijak (ada ke gitu kan?).
Ada dalam satu ujian yang dia tak jawab pun, dia lukis orang lidi naik kapal di belakang kertas soalan periksa tersebut. He he he.

Macam mana la nak diet kalau begini...he he he


Saya teringat dulu semasa saya darjah satu cikgu tunjuk buku petak-petak saya kepada ayah saya. Cikgu tersebut suruh saya salin ABC tetapi saya lukis gambar perempuan pakai skit kembang, he he he. Kesian ayah saya kan.. Mungkin pada masa tu ayah saya ingat saya ni akan menjadi orang yang tidak berguna di kemudian hari.


Dalam hidup ini kita kena la ada semangat yang kuat...


Kembali kepada cerita, big Mike ini berbadan gemuk dan tidak nampak bergaya. Dia tidak ada baju juga nak bergaya macam kita yang sesekali tersalah gaya. Secara peribadi bila saya lihat dia saya rasa kesian (saya ni memang begitu, cepat rasa kesian...pulak dah).




Sedutan babak dari filem ini...


Cerita bermula sedap bila pada suatu magrib semasa Sandra blok naik kereta bersama familinya terjumpa Big Mike jalan kaki tepi jalan, ketar kesejukan. Bila ditanya nak ke mana Big Mike beritahu konon nak ke gim. Sanda blok tahu Big Mike menipu sebab gim tutup. Dia terus ajak ke rumahnya tido di ruang tamu atas sofanya yang berharga RM38,000. Rosak lee sofa tu, kalau kita, kita sayang...




Tak sangka dia boleh bawa watak Leigh Anne Tuohy dengan berkesan...


Sebenarnya anak-anak Sandra blok yang comel tu sesekolah dengan Big Mike. Sandra blok ada anak lelaki kecil dan anak dara sekelas dengan Big Mike. Orang putih gitulah pattern beranak dia. Dia beranak seorang, dan ada satu anak kecil bila anak sulung dah besar.



Big Mike duduklah di rumah tersebut, lama kelamaan Sandra beri bilik... Dia terharu sangat dapat bilik sebab sebelum ni dia tak ada katil pun. Kemudiannya lama-lama Sandra ambik dia jadi keluarganya yang sah. Bila dah ada kasih sayang dan orang cara dia makin bersemangat dan berlakulah penigkatan dalam pelajaran. Bila diri terbuang terabai?...(baca dengan nada sedih tetapi mengada...)



Big Mike diajar main ragbi. Mula-mula Big Mike tak reti main, harap badan je besar kata jurulatihnya hampa. Tapi bila Sandra Bullock bagi semangat. Akhirnya Big Mike jadi hebat sampai banyak sekolah-sekolah nak ambik dia jadi player. Kira dapat biasiswa lagi.



Saya tak naklah cerita sampai habis sebab blog ini fokusnya kepada kelaraan bukannya nak preview filem. Namun saya syorkan sangat pembaca lihat cerita ini kerana banyak moralnya, antaranya yang saya dapat kutip:



1. Bila nak kahwin, pilihlah lelaki yang kaya dan suka ikut kata kita. Kalau kita lelaki, pilihlah perempuan yang berwawasan dan cerdik. Jangan bila anak jatuh luka, talipon kita di pejabat suruh antar klinik. Macamlah dia tak ada kaki tangan nak ikhtiar.



2. Gunalah meja makan yang kita beli. Makanlah sekeluarga di meja makan, jangan masing-masing bawa makanan, duduk terlonggok makan depan tv.



3. Belilah kereta yang ada air bag.



4. Jadilah seorang pendidik yang sabar, kita kena paling sayang pada student yang paling lembab (iman Ghazali kata) jangan asyik nak marah jea.



5. Perempuan yang seksi, segala kerja menjadi senang, cepat, mudah dan licin.



6. Bersihkan bilik air anda...



7. Kadang-kadang kita tak tahu kita ni apa kelebihannya, sehinggalah orang lain yang nampak.


Cerita ini moralnya tinggi. Cerita mengenai kekeluargaan dan kasih sayang yang tidak dibatasi warna kulit, warna rambut dan pertalian darah. Sesuai sangat ditontong untuk seisi keluarga. Namun cerita sebegini jarang sangat masyarakat kita nak tengok...tak ada bom meletup, tajk ada tampar menampar, cubit mencubit. Kah kah kah.


Jan: Cerita ni ada lucu dan sedih, teradun seperti hidupku ini...(nak jugak...)

Wednesday, March 16, 2011

The Blind Side (2009)



Dalam hidup saya, tiap kali saya patah hati saya akan bertanya mak, '' Mok rasa dalam dunia ini banyak orang baik ke orang jahat?''
Saya percaya di mana-mana kawasan bumi ini ada orang jahat dan ada orang yang baik. Orang jahat dan baik tersebut tidak mewakili bangsanya, agamanya dan negaranya. Ia mewakili perangai manusia di dalam planet bumi...perangai makhluk daripada planet lain, saya tidak tahu.


Atas saranan seorang kawan, saya luangkan masa untuk melihat cerita The Bline Side. Dan dalam cerita ini jelaslah apa yang saya maksudkan dan percaya. Ada manusia baik walaupun dia tidak sebangsa, seagama dan senegara dengan kita.


Kepada saya cerita ini tentang semangat dan keyakinan untuk melihat masa depan orang lain. Keyakinan yang apabila kita menolong orang, kita bukan sahaja memberi kebahagian pada orang tersebut tetapi kita juga akan menerimanya. Pelakon utama cerita ini mengutip seseorang di tepi jalan, memberi harapan dan kebahagiaan...
Pengalaman hidup saya banyak juga pertolongan yang saya beri akhirnya didajalkan balik kepada saya. Namun saya ingat kata-kata Ustad Asmadi, kita menolong orang jangan mengharapkan pembalasan...


Cerita ini daripada kisah benar, ceritanya mengoyak hati saya. Ada pada beberapa bahagian cerita mampu membuatkan saya rasa nak menitis air mata dan sangat bersyukur. Tiga adegan tersebut biarlah saya rahsiakan (pulak dah).
Jan: Ada orang bahagia apabila melihat orang lain bahagia, ada orang memusnahkan bahagia orang lain untuk membina kebahagiannya sendiri...Ada! (so sad but true...)

Monday, March 7, 2011

Next (2007)


Pada hujung 2 minggu lalu saya tengok filem Next. Sebenarnya Din (seorang sahabat yang bekerja di Shahputra Kolej) tertinggal koleksi DVDnya satu bekas di rumah saya. Din begitulah, suka meninggalkan barang, he he he. Saya apa lagi terus tengok, kot-kot ada cerita best... Kebanyakan cerita kegemaran Din adalah cerita aksi bercampur keganasan demi penyiasatan dan keadilan (ada ke?).

Pelakon utamanya ialah Niccolas Cages. Dia pegang watak seorang yang boleh tengok masa depan tetapi dalam dua tiga minit je biasanya. Kalau saya boleh ke masa depan selama dua tiga minit mungkin saya pergi kerja kat Bursa Saham, tetapi tidak bagi Cris Johnson (Cages). Dia kerja jadi silap mata kat Las Vegas...(tempat kerja lama Kak Nita)
Namun kalau diberi pilihan saya nak ke masa belakang, saya nak ubah banyak perkara... nak tampar dan liku kepala beberapa orang penipu! (baca dengan nada sedih berbaur duka walaupun ada tanda seruan yang biasanya menandakan ketegasan atau penekanan kepada subjek cerita).
Pelakon wanita utama ialah Julianne Moore, saya dah biasa tengok lakonannya. Kali ini dia jadi ketua biro siasatan jenayah pulak. Dialah yang mengejar Cris (Nicolas Cages) ni untuk bantu siasatan yang melibatkan keteraman awan dan negara. Puas juga dia menyakinkan ketuannya yang Nicolas Cage boleh bantu siasatan, boss dia tak percara perkara karut marut ni. Bos dia bukan macam kita (jenis baca Mastika).
Banyak kritikan diberikan pada cerita ini, maksud saya ramai yang berpendapat cerita ini bodoh. Saya tengok juga, dan biasanya saya tengok cerita ini daripada sudut lain dan saya kaitkannya dengan perkara lain...(berbelit ayat, BM dapat 8?).
Cerita ini berbentuk rekaan dan hiburan semata-mata, bukannya berdasarkan kisah benar. Cuma dilemparkan satu pertanyaan kepada minda kita.... Cerita orang putih begitulah, ada sedikit sebanyak yang kita kena fikir walaupun nampak tidak logik. Namun kalau diperhatikan betul-betul, banyak yang tak logik dalam dunia ini...perhatikan betul-betul. perhatikan...
Plot cerita ini cepat dan bertindan-tindan. Kadang-kadang kita tengah syok dan ingat suatu kejadian tu sudah benar-benar berlaku tetapi rupanya apa yang kita lihat itu adalah imbasan yang dilihat oleh Cris, he he he.
Cerita ini berkejar-kejaran dan cepat. Ada letupan, lori terbalik, alatan-alatan terbalik, tembak menembak, ugut mengugut, goda menggggoda (emmm...)....perempuan jahat, lelakin bodoh dan sewaktu dengannya. Ada jugak adegan cemas.

Lakonan Cages seperti biasa, dia boleh berlakon, cuma alangkah bagus kalau dia diuji dalam cerita drama yang serius pula, begitu juga lakonan Jullien Moore cemerlang. Cerita ini jadi tension sikit sebab lakonannya serius jea.

Moral dan pengajaran:

1. Tidak semestinya kita lelaki yang berdahi sulah tidak handsome. Kalau kita botak pun tetap handsum kalau kita handsum. Kalau kita botak dan orang kambus kita dalam telaga pun, kita tetap handsum kalau kita memang dah handsum. Begitu juga kalau orang letupkan telaga tersebut.

2. Perempuan memang cerewet.

3. Hendaklah kita berdiet dan jaga berat badan kerena mungkin suatu hari kita kena berlari apabila berlaku kecemasan.

4. Ada silap mata yang betul-betul kita tidak silap mata memandangnya tetapi kita kata silap mata...

5. Jangan buat rumah tepi bukit.

6. Hendaklah kita berkerja bersungguh-sungguh walaupun hari isnin.

Saya tak sarankan sangat cerita ini sebab saya rasa garapannya tidak menarik, ia boleh diperhebatkan lagi daripada banyak segi dan tak perlulah cerita berjalan cepat sangat. Kita tidak sempat nak jatuh hati kepada watak yang dibawa. Maksud saya kenal dekat hati budi dan mak bapak pelakon...

Jan: tak nak tahu rahsia masa...biarlah jadi rahsia...kerana ke depan ke, ke belakang ke...kau tetap kejam...






Monday, February 28, 2011

Shelter 2010

Saya memang tidak puas hati apabila seorang pembunuh tidak dijatuhkan hukum bunuh. Saya berpendapat seorang pembunuh sepatutnya dihukum bunuh. Nyawa dibayar nyawa… Saya berpendapat lagi si pembunuh tadi sepatutnya dihukum sebijik seperti cara dia membunuh mangsanya. Maksud saya jika si mangsa mati diketuk dengan kuali sampai mati maka si pembunuh tadi sepatutnya dihukum bunuh dengan diketuk dengan kuali juga, kalau boleh guna kuali yang sama, yang jadi bahan bukti kes tersebut.
Saya terasa terkilan apabila hukuman yang tidak setimpal diberikan, dipenjara sahaja atau di hantar ke hospital sakit jiwa raga. Kononnya semasa dia melakukan pembunuhan tersebut `dia bukanlah dia’ atau kononnya `terdengar suara halus untuk membunuh’… Maka mahkahmah ringankan hukuman. Mahkamah mengambil keputusan setelah menerima laporan perubatan daripada doktor yang menjalankan pemeriksaan dan memberi testimoninya ke atas tertuduh tadi.
Shelter
Dalam filem Shelter ia berkisar mengenai kerjaya doktor yang saya maksudkan di atas. Doktor yang pakar dalam multipie personality disorders. Dialah yang menentukan sama ada tertuduh atau pesalah ada niat mahu membunuh atau sebenarnya berpenyakit minda. Penyakit minda tersebut ialah mengenai perubahan tingkah laku. Perubahan ketara ini bukan merujuk kepada sebab datang bulan, isteri mintak LCD atau ditinggalkan kekasih tetapi dirujuk kepada seorang manusia mempunyai dua personaliti yang ketara, dua atau lebih. Kawan kita yang selalu bertukar mood dan buat kita makan hati tu mungkin juga boleh kita katogerikan kepada pesakit personality disorder (tapi mungkin pada tahap minima jea kot…he he he).
Watak doktor tersebut dipegang oleh Julianne Moore, yang saya rasa lakonannya bertambah hebat berbanding Julia Roberts dalam filem Eat Pray and Love. Seperti dalam filem The Forgotten, lakonan Julianne sangat cemerlang. Dia sangat menghayati wataknya, dan sekali lagi saya sarankan Era Fazira, dan Nasha Aziz menontong filemi ni. Dan tolonglah belajar sesuatu…

Sinopsis

Cerita supernatural horror ini berkisar pada watak utama si Dr. Clara (Julianne Moorne) yang menjalankan pemeriksaan terhadap seorang pesakitnya. Pesakit ini sebenarnya pesakit yang telah `dihadiahkan’ oleh ayahnya yang juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang multipie disorder ni (kuah tumpah ke nasi la katakan...). Dr Clara ni jenis baik dan lemah lembut orangnya… tak seperti segelintir doktor yang saya jumpa yang malas nak senyum dan nampak serius seperti kerja kat sarkas (jinakan beruang).

Kau kajilah pesakit ini, ayah nak gi buat umrah...

Maka untuk beberapa ketika dia harus berada di samping pesakit tersebut untuk memeriksa minda dan psikologi pesakitnya. Watak pesakait dipegang oleh Jonathan Rhys Meyer. Lakonan Meyer ini jauh berganda hebat daripada lakonan Tom Cruse atau Brat Pit. Pesakit baru tersebut bernama Adam.

Handsum + disoder (mereng oder?)

Dr Clara mendalami pesakit ini sehinggalah pada suatu tahap pesakit ini semakin membahayakan dirinya dan juga keluarganya. Pada mulanya saya duga Dr Clara International ini akan jatuh cinta dengan pesakitnya…saya silap, itu skrif cerita Melayu!!!.

Dr Clara ni sebenarnya seorang janda, suaminya mati dibunuh. Dia redha je… dia sibukan diri dan bekerja, dihormati dan ada nama. Dia selalu diminta oleh polis dan bekerjasama dengan mahkamah. Kira dia seorang yang berjaya dalam kerjanya… Cuma pada dingin malam ketika dia memeluk bantal, tiada sesiapa yang memeluk dirinya, kesian kan? (yang ni saya tambah jea…he he he).

Oh yea dia ada seorang anak perempuan (orang putih ni memang begitu demografinya, householdnya. Kaya raya tapi anak seorang, kita lebih teroor walaupun papa kedana anak non stop every year…) selalu menyoal (anak kecilnya kata kenapa tuhan tak tolong kita dan kenapa tuhan begitu?, kita baik pun tuhang tak tolong…). He he he.

Tiada bogel

Saya tak ada ilmu dalam penyakit multiplie personality disorder ni jadi sedikit sebanyak menjadi masalah juga bagi saya untuk memisahkan antara fakta perubatan dan rencah pemanis cerita. Maklumlah namanya pun cerita, ada unsur-unsur direkacipta supaya menyedapkan cerita dan fakta tak sahih tentang penyakit ini. Kalau seorang itu ada ilmu tentu dia boleh memahami cerita ini dengan lebih baik. Susahkan filem orang putih kan. Nak tengok pun kena ada ilmu…


Kau ni sekejap Simone, sekejap Mankisu, sekejap penyanyi terkenal! Huh!

Cerita ini cerita berat dan kebanyakan lokasinya di hospital dan di dalam bilik pemerhatian atau pemiksaan di hospital tersebut. Jangan harap nak ada adengan bogel atau ringan-ringan. Tema cerita berat katakan...
Nota kuliah tak berguna?

Kita kembali kepada Dr Clara International tersebut. Nak dijadikan cerita sampai satu tahap Dr Clara sendiri rasa kompius mengenai ilmu sains yang dia belajar di university dulu. Dia rasa nota kuliah, buku teks dan soalan tutorial, kuiz dan final tak dapat member jawapan kepada pengkajiannya.

... hai nota kuliah tak berguna jugak akhirnya...

Tiada pun lecturer ajar pasal roh-roh ni. Tiada diajar kuasa tuhan? Ya lah kan doktor biasanya percaya tentang sains dan sesuatu yang boleh dibuktikan manakala agama ni kalau kira logik tentulah lebih karut daripada buku teks kesusasteraan Melayu Hikayat Hang Tuah (tingkatan 6).

Saya tengok cerita ni 2 kali, kali pertama dengan anak saudara (jadi peneman, saya bukan penakut tapi tak berani tengok sorang). Kedua saya tengok seorang diri sahaja, tetap takut juga walaupun bukan cerita hantu. Rasa tertekan ada juga sebab watak-watak serius giler je… doktorlah katakan… Apa doktor kena serius ke? Cerita ini banyak dialog, slow dan not steady. Ada juga suspen...


Diam-diam nak oiii, nanti dia jumpa kita...

Saya tak sarankan kepada pembaca untuk tengok filem ni, bimbang tertidor. Tetapi kalau nak tengok, saya tak pula melarangnya sebab ada pengajaran berharga, antaranya:

1-Sebaik-baiknya anak hendaklah kita ibubapa yang menjaganya. Bukan serah ke orang gaji, kawan kita, adik beradik kita, ayah mak kita, ayam itik.

2. Jangan hina orang yang nampak tak betul,kot-kot kitalah yang sebenarnya tak betul, he he he.

3. Mencarut depan budak adalah suatu yang tidak harus dilakukan terutamanya oleh orang dewasa.

4. Janganlah dok kerja 24 jam, berehatlah seketika.

5. Hendaklah kita pukul gambar semasa kita di sekolah menengah. Bila cikgu kelas kita ajak bergambar ramai-ramai, atur kerusi, cikgu kelas duduk di tengah ketua tingkatan dan penolong kelas duduk kiri kanan cikgu, kita mestilah beri kerjasama.

5. Ada sesuatu perkara memang benar walaupun tak masuk akal.

6. Orang tak pakai tudung tak semestinya tak bermoral/beragama.

Jan: Kadang-kadang saya rasakan diri ini bukan diri saya yang sebenarnya…(pulak dah, tak habis-habis nak cari glamour dalam blog sendiri)

Thursday, January 20, 2011

The forgotten (2004)


Sebab saya luang masa untuk tengok filem The Forgotten ialah ianya lakonkan Julianne Moore. Sebab kedua ialah sahabat saya beritahu cerita ni cerdik… Saya sudah banyak tengok cerita bodoh, apa salahnya sesekali saya tengok cerita cerdik.
Juli, tolong jangan gerak, orang nak bubuh make up ni...

Cerita ini temanya kasih sayang ibu. Saya pilih kasih sayang ibu sebagai tema, kelakar bunyinya kan? Macam tak sedap jea. Ia mengisahkan seorang ibu yang tak habis-habis meratapi kematian anaknya. Dan apa yang seorang ibu sanggup lakukan untuk mendapatkan kembali anaknya apabila dia percaya anaknya tak mati...
Anaknya yang berumur 9 tahun mati dalam kemalangan kapal terbang. Tetapi dia selalu teringatkan anaknya dan bersedih, lagipun dia tak ada anak lain. Tapi suatu hari suaminya kata "Kita mana ada anak..." apabila dia marahkan suaminya sebab buang segala gambar-gambar anaknya daripada pereng dan album. Dia kata tak payahlah buat begitu sekali.... Tapi suaminya bersumpah kata " Kita tak pernah ada anak pun, awak sebenarnya dah berbulan jumpa pakar sakit jiwa sebab awak reka cerita yang konon kita ada anak".
Dia terkejut beruk dan bermulalah episod dia mencari bukti yang dia pernah ada anak... tapi memang tak ada bukti pun!.
Naik kapal terbang nanti dok molek-molek, jangan buas...

Dia tertekan tapi dia tetap percaya dia ada anak...dan dia akan cari bukti sampai ke lubang cacing sekalipun.
Persoalannya dia gilakah? dan persoalan lain ialah bolehkah sebuah kenangan kasih sayang dipadam? Jawapannya ya! tetapi ia bergantung kepada jenis kasih sayang tersebut cap apa. Cap ayam?
Persoalan lagi, yang mana mudah terpadam? Kasih sayang seorang kekasih kepada kekasihnya? Kasih sayang seorang suami kepada isterinya? Atau kasih sayang isteri terhadap suaminya? Atau kasih sayang ibu terhadap anaknya? Atau kasih sayang ayah kepada anaknya? Atau kasih sayang anak kepada ibunya? Alamak banyak sangat persoalannya. Malaslah nak fikir, nantikan jadi pandai pulak. Tak payahlah nak kaji kan, kalau kaji pun bukannya naik gaji kan...he he he.
Tetapi orang putih sesuatu la (something la), semua dia nak kaji, nak bagi penilaian nak buat penilaian nak dapat ilmu pengetahuan. Mereka tak takut jadi pandai. Mereka gunakan filem untuk memandaikan bangsa mereka. Salah satu, filem inilah...haaa.
Nampaknya daripada filem ni kasih sayang seorang ayah kepada anaknya lebih senang dipadam pada kotak fikiran manusia berbanding kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kita terus kata… Ya semestinya la sebab ibu mengandungkannya. Banyak ingatan yang terpahat.
Eh, tadi aku rasa aku parking kat sini, mana pulak kereta aku?

Ingatan dan kasih sayang berbeza. Kita mungkin ingat tapi tak sayang (he he he), tapi bila kita ada kasih sayang kita ingat! Huh! Malaslah saya nak tulis posting ni, saya pun malas nak berfikir… malas nak jadi pandai…
Julianne Moore cemerlang dalam filem ni, lakonannya berbintang bintang. Era Fazira patut sangat tengok filem ni 8 kali, Nasha Aziz 28 kali. Watak seorang ibu yang tertekan sebab orang sekeliling kata dia traumatik dan delusi dibawak dengan berkesan. Kalau tengok betul betul dia tak pandai berlakon sebab macam real je. Bab-bab berlakon ni orang kita pandai, nampak sangat berlakonnya...
Kalau kita nak berhibur tak perlulah tengok cerita ini sebab ia suspen kemudian selow,kemudian suspeng an kemudian selow dan suspeng! 3 kali sya terkejut beruk. Bila suspeng muzik skornya jadi kuat. Terperanjat gitu.
Tak ada banyak watak utama lain yang ada dalam filem ni. Watak berpusat badan pada si ibu yang pasrah kebingungan. Namun pelakon pembantunya hebat-hebat juga lakonannya walau sekadar membantu.
Pada akhir cerita saya terkejut. Mustahil! Sambil mulut saya mengunyah biskut yang saya beli dari Tunas Manja yang baru dibuka sebelah masjid Muadazam. Tapi saya tak fokus kepada yang mustahil tersebut! Saya terus focus betapa agung kasih sayang seorang ibu...kesungguhan seorang yang kita panggil emak, ibu, umie, mama, dan sewaktu dengannya.
Jan: Tiada di dalam dunia cinta semurni mama, mama agung namamu mama...

Tuesday, January 11, 2011

AJL25...satu kegagalan?

Saya hairan, pada suatu waktu dahulu lagu terbaik daripada Anugerah Juara Lagu TV3 akan menjadi lagu evergreen sepanjang zaman. Tetapi kini lagu terbaik adalah lagu yang popular pada sesuatu tahun tersebut sahaja, tidak lebih daripada itu…
Sudah bertahun-tahun saya tidak melihat Anugerah Juara Lagu (AJL), namun semalam saya duduk berselesa di depan tv semata-mata kerana Datuk Sharifah Aini. Suatu kemunculan yang memang saya nantikan.


Penurunan minat saya terhadap rancangan ini mungkin kerana saya bukanlah remaja lagi. Dahulu saya memang nantikan rancangan Muzik-Muzik, kini saya memang tidak minat Muzik-Muzik. Mungkin kerana saya sudah berusia? Atau mungkin saya menyampah dengan pengacaranya?


Saya bukan pakar muzik atau ahli muzik. Kepada saya lagu yang baik adalah lagu yang sampai ke hati sanubari pendengar. Juara pula ialah lagu yang sedap didengar dan popular. Itulah adunan definisi kejuaraan saya. Saya tidak pakar dalam ilmu muzik, tetapi saya tahu muzik yang sedap di telinga saya.


Saya akui ada lagu yang bermutu tetapi tidak popular sebab itulah lagu tersebut tidak menjadi juara. Malas saya nak bercakap pasal mutu sebab saya bukan ahlinya. Saya menaip posting ini sambil tengok persembahan mereka. Apa yang saya tulis ini anggaplah seorang yang buta muzik, irama dan lagu.


Cinta Sempurna


Saya tidak pernah dengar lagu Cinta Sempurna yang dihasilkan oleh penyanyi muda ini. Namun khabarnya beliau adalah pencipta muda yang berbakat besar. Daripada nyanyian teknik suaranya pelbagai.


Melodi lagu ini mengingatkan saya kepada sebuah lagu inggeris. Namun saya tak ingat tajuk lagu tersebut…he he he. Maaflah tak ada yang istimewa daripada lagu ini, biasa-biasa sahaja di telinga saya. Baik melodi dan lirikya. Bagi saya lagu Yuna sebelum ini lebih okey..mesra telinga.


Berlari


Lagu kedua ini juga saya tak pernah mendengarnya, namun saya terhibur. Mungkin kerana muziknya santai. Tetapi kesantaian lagu ini membuatkan ia tidak ada keistimewaan. Dalam mencipta lagu jangan terlalu santai, ia tidak akan membawa kesan yang mendalam.


Daripada awal hingga akhir muzik sekata dan selari. Suara tomok terkadang tenggelam timbul, muzik adakalanya kuat sangat kot atau Tomok tak cukup stamina. Atau saya kena jumpa doktor telinga?


Belum pun lagu Berlari ini habis, saya yakin sangat lagu ini tak akan jadi juara…


Seperkara lagi tak perlulah beritahu yang ada pulau tomok atau kampong tomok. Pengacara melalut entah apa. Perlakuan tersebut membuatkan majlis ni jadi murah (tak prestage, eh betul ke ejaannya?).


Pelita


Ini kali kedua saya dengar lagu ini. Kali pertama dalam auditorium semasa minggu orentasi pelajar. Lagu ini bagus liriknya. Jelas tentang harapan dan kepositisan hidup. Muziknya hebat, boleh jadi tema kepada mana-mana syarikat atau organisasi. Boleh jadi juara lagu ini, terdetik di hati saya.


Lepas lagu ni pengacara mengutuk antara satu sama lain. Bangulah! Cari idea-dea segar yang lain, idea ni dah lapok. Rasanya bentuk rupa fizikal tidak perlu dilucukan lagi, seMalaya dah tahu. Rasanya tak perlu sampai ada 3 pengacara kalau impak yang diberi tidak besar...


Kebahagiaan dalam perpisahan


Lagu ini pun saya tak pernah dengar. Saya tak pernah tengok dia menyanyi sebelum ini. Saya tak kenal, katanya daripada juara rancangan realiti. Tapi tak apalah…


Lagu ni muzik balada biasa, tema biasa dan tak akan menjadi juara hati saya.
Suaranya taklah sedap sangat tapi ada la… Saya rasa beliau harus banyak belajar nyanyi live kalau tak nak sempuk. Nada rendahnya sangat miskin. Mungkin lagu ni kalau dengar dari CD, best kot.


Masa dia menyanyi ada pulak minah menyampuk-nyampuk… rasa nak gelak pulak.


Tiada apa-apa yang istimewa...


Drama King


Drama King? Lagu apa ni?....terus saya dengar.
Tak sampai seminit saya rasa lagu ni best. Walaupun tak pernah mendengarnya saya rasa lagu ini lagu kedua best selepas lagu pelita. Boleh layan...
Setakat ini lagu yang saya dengar tiada unsur keMelayuan, mungkin muzik Malayia sudah mahu menjadi seperti Indonesia…yang sekarang kurang keIndonesiaannya. Apa-apa pun lagu ini boleh dilayan. baguslah kita sama-sama hilangkan identiti kita.
Baju penyanyi ini pelik…


...

Selepas itu saya ambik keputusan tak nak mengikuti dah rancangan ini. Saya tengok gitu-gitu sahaja, saya beralih ke meja sambil saya buat kerja rumah saya. Sambil tu saya jeling juga tv di hadapan saya. Ada yang duduk dalam sangkar la (sampai menyanyi pun teragak-agak), ada yang basah kuyup la dan ada yang kena tembak...
Adakah saya terlalu tua untuk gimik-gimik macam ni? Atau saya sudah sukar untuk dipuaskan? Mungkin saya kolot dah, sebab sebenarnya muzik sebeginilah yang bagusnya? Ya kea?
Saya terus kerja dan tak menghiraukannya sehingga Lokman Hakim dan beberapa kawan saya sms beritahu Kak Pah akan menyanyi.
Tiada apa yang hebat bagi saya kecuali dapat tengok M Nasir, Nash, Fran, Kak Pah, Ziana Zain dan Siti nyanyi.
Jan: Akhirnya ` Tolong Ingatkan aku' menang. Saya terkedu dan terus tukar chanel lain... Mengapa AJL menjadi semurah ini?

Thursday, January 6, 2011

3 Idiots


Sistem pembelajaran adalah satu kaedah dan cara yang disediakan oleh kerajaan untuk kita belajar dalam usaha mengejar cita-cita. Dan cara kita belajar dan keghairahan untuk belajar mengejar cita-cita adalah perihal masing-masing. Banyak juga tunjuk ajar daripada guru, keluarga dan orang yang lebih berpengalaman daripada saya, saya gagal aplikasikannya he he he... saya ada cara saya sendiri.

Semasa zaman muda pada awal persekolahan hingga akhir persekolahan saya banyak menghafal. Saya masih ingat lagi semasa saya mengambil STPM, terdapat formula dan konsep ekonomi yang saya hafal dengan cemerlang, ada di antaranya saya tak faham langsung tetapi saya berjaya menjawabnya dengan cemerlang. Itulah the kuasa of menghafal!. He he he.

Tetapi menghafal tidak membawa kita kepada jadi bijak, itulah antara satu mesej yang ingin disampaikan dalam filem 3 idiots yang saya baru berkesempatan menontonnya di Astro minggu lalu. cerita ini dicadangtengok oleh seorang sahabat saya Wawa yang bekerja di tempat majikan lama saya iaitu Kolej Shahputra.
3 sahabat

3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama berkuliah di Imperial College of Engineering. Iaitu salah satu pusat pengajian tinggi terbaik di India. Saya kagun dengan senibina bangunan kolej ini, cuba perhatikan betul-betul.

Cerita itu berjaya sekali membuatkan saya ketawa seorang diri di ruang tamu yang ala mewah (perlu diingat cuma ala sahaja, bukannya mewah. Ala di sini bermaksud mungkin, seperti atau persis. Tapi hakikatnya jauh daripada nyata...).

Air kat asrama tak ada!

Filem ni filem komedi, citer lawak yang kelakar (ada ke cerita lawak yang tak kelakar? Ada! kalau tak percaya sekali sekala jengok la cerita lawak Melayu kat pawagan, he he he). Saya terhibur sepanjang perjalanan filem. Filem ini boleh buat kita terhibur ria. Jauh benar dengan filem Devdas yang memerlukan tisu, sangat berbeza. Seperti nak banding Anita Sarawak dengan Dr Mashitah (dulu pendakwah bebas, sekarang tak berapa bebas, he he he).

Watak utama

Amir Khan pegang watak utama. Watak seorang pelajar! Fizikal dan gaya lakonan memang taraf remaja di kolej/universiti. Bukan macam Rosyam Noor yang sekadar cukur misai (ampun Bang Rosyam). Dia memang buat homework giler untuk filem ni. Adnan kata mungkin dia buat facial seminggu sekali atau diet dan bersenam. Berbeza benar penampilannya dalam filem Fanna.

2 ekor idiots lagi saya tak kenal mungkin pelakon baru kot, atau saya dah lama tak mengetahui perkembangan. Atau memang tak terkenal pun, he he he. Sorang lagi yang saya kenal ialah Karena Kapoor. Dalam filem ni dia macam dalam filem-filem lain juga, tak cantik sangat dan bakat senilakunnya masih gagal meraih kekaguman saya, he he he (maaf Karena).

Cerita ni mengingatkan saya pada zaman belajar di universiti. Cuma saya di universiti dulu saya sangat skema. Pengskemaanan saya tersebut membuatkan saya disenangi para pensyarah dan kawan-kawan serta mak cik kantin.

Filem ini banyak menggunakan teknik flashback, mungkin hampir 85 peratus adalah dalam bentuk flashback (bukan flashdance). Flashback ni dalam bahasa Melayu imbas kembali atau dalam beberapa buku kajian sastera dia panggil juga imbasmuka.

Watak Amir Khan sebagai seorang pelajar dilukis lain daripada pelajar lain. Pada hari orentasi pun dia sudah buat `hal', saya kagum dengan cara dia melepaskan diri daripada orentasi yang pelik tersebut. Banyak peristiwa lucu terjadi kampus tersebut.

Beliau adalah pelajar yang radikal dalam melihat corak kaedah pembelajaran pensyarahnya, dan dia selalu beranggapan ada kaedah lain untuk cara mengajar. Dan kaedah yang ada sekarang bukannya yang terbaik. Sifat radikal beliau menyebabkan beliau kurang disenangi oleh para pensyarah dan pelajar yang kaki study. Banyak kejadian yang lucu membuatkan pensyarah dia ternganga, saya rasa kelakar sangat. Satu adegan yang saya maksudkan ialah bila beliau dihalau keluar oleh pensyarahnya tetapi dia masuk semula sebab nak ambil `buku', he he he.

Dekan yang tension, he he he.

Perlu diingat ini bukan kisah cinta. Maka tiada pusat, buah dada yang dibungkus dengan warna lain yang kontra dengan warna keseluruhan baju, selendang merah melayang di tiup angin daripada kereta api dan adegan mendepa mendepa-depa tangan. Juga tiada inspektor Shahab.

Saya tak berniat untuk menceritakan sinopsis cerita ni sebab penulisan ini khas kepada pembaca yang sudah melihat cerita tersebut...he he he. Jangan marah.

Jangan kata filem hindustan tiada unsur pendidikan yang serius (tapi dalam cerita ini ianya dipersembahkan dalam bentuk lawak)

Jan: Syabas untuk saya. Saya berikan 5 bintang kepada diri saya sendiri kerana meluangkan masa (untuk diri saya sendiri) menontonnya...pulak dah.

Friday, September 24, 2010

RM20 juta: Cerita filem mahal.


Semalam ketika memasukan vcd-vcd lama ke dalam kotak, saya terpandang keratan suratkhabar lama, ada poster filem Puteri Gunung Ledang. Saya teringat bebarapa tahun dulu saya ada menonton filem ini di Kuantan. Tag line cerita ini `cerita cinta agung'.
Kos pembikinan filem yang berjumlah RM20 juta itulah yang menarik saya ke pawagan. Ia menjadi faktor utama membawa saya ke Megamol kuantan.
Bukan kerana Tiara atau M Nasir. Bagi saya Tiara bukan seorang pelakon hebat dan berkareaktor, dia orang filem, dia orang industri hiburan. Dan bagi saya lagi lebih baik M Nasir hanya mencipta lagu sahaja... Lagu ciptaan dia cerdik dan sedap didengar dan mampu menjadi evergreen. saya menontonnya kerana RM20 juta.
Semua orang tahu cerita Puteri Gunung Ledang menjadi simbolik fantasi nafsu Sultan Mahmud Shah (ingin kahwin dengan makhluk bukan manusia (puteri bunian)). Cuma kali ini cerita Puteri gunung Ledang digarap berlainan oleh Tiara. Secara umumnya versi Tiara ini boleh dibanggakan, ia membawa perspektif baru. Ia kisah dilema cinta Puteri Gunung Ledang, bukannya mengenai Hang Tuah yang perkasa dan supernatural atau Sultan Mahmud yang hilang punca.
Cuma hasil garapan tersebut pada pandangan ada tempat-tempatnya boleh dibaiki dengan lebih kemas.
Mengangkat kisah legenda ke filem bukanlah suatu yang baru dalam dunia perfileman kita, Tan Sri Pramlee pernah berlakon dalam filem Hang Tuah (1956). Juga sebelum ini ada cerita Mahsuri (1959), Sumpah Mahsuri (1989) dan sebenarnya sebelum Puteri Gunung Ledang versi Tiara telah ada cerita filem Puteri Gunong Ledang (1961) arahan Datuk S Roomai Noor .
Setelah menonton versi Tiara di pawagan, saya terus membuat kesimpulan yang filem ini hanya akan diingati kerana fakta kos pembuatannya yang tinggi. Aspek-aspek perfileman yang lain berada pada paras yang sederhana.
Saya bukan pengkritik filiem, maka agak sukar juga saya mencari kelemahan filem ini secara akademik atau teknikal. Yang nyata selepas menontonnya saya tidak terhibur atau tidak membawa apa-apa kesan kepada jiwa saya.
Dari segi lakonan, saya tertarik hati dengan Datuk Rahim Razali dan Alex Komang (pelakon Indonesia yang terkenal pada tahun-tahun 80an). Benarlah kata Datin Umi Kaltum yang `paling penting ialah karisma kita apabila berlakon, bukan kira pegang pelakon utama atau banyak mana bilangan adengan kita dalam filem''. Maksud Datin Umi Kalthum ialah kalau kita benar-benar pandai berlakon dan menjiwai watak, walaupun kita muncul sekejap orang akan tetap ingat watak tersebut selamanya.
Jan: Lebih tertarik dengan sumpah Puteri Gunung Ledang...akan ingat selama-lamanya...

Tuesday, July 27, 2010

Sikap isteri pertengahan umur...

APABILA kita gi tengok wayang, kita sebenarnya didedahkan dengan cerita dunia. Sama ada dunia kita sendiri atau dunia orang lain. Ya memang cerita wayang tak sama dengan cerita sebenar tetapi tak boleh kata kita tak boleh ambik pengajaran langsung...(bergantung atas cerita).
Cerita Chleo senang sahaja, bagi saya ia mengenai kejujuran dan penipuan, keresahan dan akibat daripada keresahan tersebut. Cerita bermula dengan kesangsian si isteri terhadap si suaminya yang merupakan seorang pensyarah. Si isteri tadi adalah doktor pakar sakit puan...
Daripada suatu kejadian, si isteri ambil keputusan untuk menduga adakah suaminya setia atau sebaliknya dengan mengupah seorang kupu-kupu untuk menggoda suaminya. Bahayakan, he he he... Orang putih macam-macam hal. Orang kita? Tak payah upah-upah, he he he, jangan marah.

Alamak, cantiknya awek tu...? (Kata si suami dalam minda)

Si isteri upah Chleo dan mahu mendengar cerita tentang bagaimana tindakbalas suaminya. Ada satu babak tu saya kesian pulak bila dia renung muka suaminya yang nampak selamba je di depannya... teringat pula lagu Nash `Pada Syurga di wajahmu', gitulah tajuk lagunya kalau saya tak silap.
Tetapi rupa-rupanya akhirnya Chleo buat lebih daripada apa yang disuruh!...dia...jeng jeng jeng... kena tengok sendirilah cerita itu...jangan marah nanti kurang pahala puasa ganti tu, he he he.
Jan: Kesetian itu mahal harganya, semahal sebuah nyawa!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home

Labels