"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, May 30, 2015

Mengapa suami zaman ini semakin tidak dihormati...?

Mengikut satu sumber, didapati ramai para suami telah menggunakan `klinik keluarga' sebagai saluran untuk mereka meluahkan perasaan. Apakah luahan hati mereka?

Apakah luahan utama para suami di Malaysia?

Saya tidak bergelar suami. Namun saya tahu menjadi suami adalah tanggungjawab yang besar. Amat besar kerana suamilah ketua keluarga, pengatur rumahtangga. Suami bertanggungjawab atas segalanya. 

Suami adalah lelaki yang berperanan memastikan rumahtangga berada dalam keadaan baik dan bahagia. Di dunia dan akhirat.

Luahan utama mereka ialah kepayahan untuk mendapatkan respek dari isteri dan anak-anak mereka. Seperti biasa saya tidak terkejut. Namun di hadapan kawan-kawan saya berpura-pura terkejut dengan isu ini...

Saya beritahu pendapat saya kepada kawan-kawan. Saya beritahu pastilah sebab suami-suami tersebut tidak dihormati kerana kelemahan diri mereka juga. Bukannya kelemahan isteri, anak-anak, atau jiran. Atau kucing jiran.

Rasa hormat adalah satu perkara yang sangat kompleks. Jika suami sendiri tidak layak dihormati, adakah rasa hormat itu boleh timbul semata-mata kerana bergelar suami? Payah nak jawab.

Memang secara automatik isteri dan anak-anak wajib hormat kepada ketua keluarga. Namun rasa hormat itu tidak mudah datang secara automatik. Cakap senang la...

Para suami tidak boleh 100% menyalahkan pihak isteri dan anak-anak. Kena suluh dalam diri sendiri. Para suami mesti bertanya pada diri, sebagai suami adakah aku sudah buat yang terbaik, begitu juga sebagai ayah...

Sebagai suami adakah aku menjalankan kuasa dan tanggungjawab. Kuasa seorang suami adalah besar. Jika isteri mahu berpuasa sunat pun kena mintak izin...

Saya tambah lagi...saya beritahu kawan-kawan bahawa pada zaman ini amat sukar mencari lelaki yang boleh sara anak bini. Jarang sangat. Ini hakikat. Maka para isteri turut keluar untuk bekerja membawa rezeki ke rumah. Dan dalam banyak kes, si isteri pulak menjadi penyumbang terbesar kepada kewangan keluarga.

Bila sudah menjadi penyumbang terbesar, isteri menjadi dominan dalam keluarga. Bila menjadi dominan maka datanglah kuasa yang besar dalam membuat keputusan rumahtangga. Dan statistik juga menunjukan memang ramai kaum wanita banyak berpelajaran tinggi berbanding lelaki.

Apabila wanita terlalu asyik bekerja maka mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna atau mempunyai masa yang terhad untuk suami dan anak-anak (berbanding dengan isteri-isteri pada zaman mak bapak kita). Mereka sendiri mengeluh sebenarnya untuk mempunyai banyak masa dengan suami dan anak-anak.

Namun saya percaya ada juga isteri yang sudah begitu `selesa' dengan keadaan masa yang terhad bersama suami dsan anak-anak. Ya la bila sudah terlalu biasa...Haaa...

Tetapi ini membahayakan. Apabila berlaku sesuatu isu, di mana isteri lakukan kesalahan tetapi suami tidak berani menegur. Maka suami akan diam sahaja. Contohnya apabila para suami merasakan isteri mereka lebih banyak berada di luar rumah atas urusan kerja sehingga abaikan rumahtangga. Suami yang seharusnya menegur, tidak berupaya menegur. Mereka serba salah. Suami tidak berani menegur sebab isteri telah menjadi dominan dalam serba serbi. Mereka pendam sahaja.

Lama-kelamaan para suami jadi `pak pacak' dalam rumahtangga. Semua KEPUTUSAN isteri yang buat...semua URUSAN isteri yang buat. Terbalik kot dah...

Suami pulak yang kena respek isteri...dok gitu?






Wednesday, May 27, 2015

Balik tepati masa vs balik lewat: Jangan takut balik tepat pada masanya...



JUJUR KATA kata saya merasa segan dan tidak selesa untuk `punch out' pada pukul 5.15 petang. Saya rasa tidak selesa untuk ke pejabat dan `ketip pulang' pada kotak perakam waktu tersebut. Pada masa ini majoriti kawan-kawan saya masih sibuk walaupun jam sudah melebihi 5.15  petang.

Anehkah saya?

Namun saya berpendapat mesti ada manusia yang macam saya yang bukan mahu pulang awal tetapi mahu tepati masa. Mahu lakukan banyak perkara lain lagi dalam hidup. Tetapi orang seperti ini saya percaya tidak banyak... saya berani bertaruh.

Saya berani bertaruh sebab mereka yang balik lewat ini sudah sebati dengan perangai balik lewat. Mereka tidak terasa bersalah, kalau rasa bersalah pun mereka ini akan cepat-cepat cipta alasan untuk mematikan rasa bersalah pada diri mereka. Dan akhirnya mereka rasa tidak bersalah. Agak kelakar. Namun manusia begitu.

Masyarakat kita juga makin aneh. Balik lewat dan tidak bercuti (isu tidak bercuti ini saya akan kupas di lain entry) dinilai sebagai positif kerana rajin dan mahu majukan diri. Dunia sudah terbalik.

Kembali kepada perkara dalam perenggang pertama. Saya merasa malu sebab saya seolah kelihatan tidak ada kerja atau `tidak kerja kuat', tidak bersungguh dan sebagainya. Oleh kerana majoriti pekerja di tempat saya pulang lewat, saya seolah kelihatan pulang awal! Padahal saya pulang ikut peraturan.

Saya percaya kerja tidak akan habis-habis. Namun jika kita lakukan kerja kita dengan teratur kita akan dapat menjalankan kerja dengan cekap dan pulang ikut waktu. Kalau kerja itu masih tidak dapat disiapkan, ia sebenarnya juga menandalan kerja tersebut adalah di luar bidang upaya minda dan masa kerja pekerja. Tidak boleh sewenangnya cop pekerja itu malas.

Ramai yang berpendapat dunia sudah akhir zaman, hidup terkejar-kejar. Saya tidak mahu komen pasal dunia akhir zaman...namun pasal hidup terkejar-kejar itu saya setuju. Saya percaya ramai bersetuju hidup kita terkejar-kejar...

Salahkah terkejar-kejar? Kan kita mahu hidup maju dan moden...? Biar saya jawab soalan-soalan tersebut dengan soalan: Adakah kita dapat merasai keindahan kehidupan apabila kita hidup terkejar-kejar? Haa... Adakah kita dapat bersyukur dengan kehidupan yang tuhan bagi jika kita tidak dapat merasai keindahan (dek hidup terkejar-kejar?) Haaa...(sekali lagi haaa...)

Bagi saya orang yang pulang lewat, ada juga impak negatifnya. Bukan semua positif, silap buat  ianya akan lebih negatif. Selain tidak cekap dan buat juga kerja yang di luar keupayaan tenaga dan masa mereka...mereka juga sebenarnya `penjenayah'. Mereka mencuri masa yang sepatutnya diperuntukan kepada hubungan isteri/suami, anak-anak dan keluarga... Juga mereka mungkin mencuri dari tuhan...

Maksud saya mereka mencuri `masa' yang tuhan suruh kita peruntukan kepada keluarga dan diriNya sendiri.

Saya tahu pandangan saya ini 100% akan ditolak oleh golongan yang sudah terbiasa balik lewat... Mereka akan beri 1000 alasan yang memang nampak bagus....

Cuma saya mahu bertanya "Tak kan tak ada langsung kebenaran dari tulisan saya ini...?"

Haaa....

Friday, May 22, 2015

Isu Rohinya: Bolehkah kita bertindak semata-mata atas dasar kemanusiaan...




1. Kalau tiba-tiba ada orang nak menetap di rumah kita dan kita tidak tahu sampai bila mereka akan berada di rumah kita, dan pada masa yang sama rumah kita sudah dipenuhi dengan ipai duai kita yang menumpang bersama... Tentulah kita berfikir beribu kali (berkali-kali). Jangan menipu laa...

2. Sebagai ketua keluarga kita akan berfikir akan kebajikan keluarga kita terlebih dahulu... Kekurangan dan kelebihan yang rumah kita miliki. Kita tidak akan senang izin orang duduk di rumah kita walaupun mereka nampak baik, dalam kesusahan, dan seagama dengan kita (orang islam). 

3. Begitulah lebih kurang situasi negara kita apabila berhadapan dengan isu pelarian Rohingya. Bukan senang nak buat `selamat datang, kami menerima kamu semua'. Sampai bila negara-negara bukan maju ini,  terutama Malaysia, yang sudah cukup dengan masalah pendatang tanpa izin, terpaksa menerima mereka atas dasar kemanusiaan?

4. Kalau lihat kaum keyboard warrior memanglah mereka senang cakap. Mereka kata kerajaan zalim sebab tidak ambil orang dalam kesusahan. Mereka beri 1000 alasan. Laju sahaja mereka ni...

5. Bila orang tak berapa pandai bercakap ia jadi lain. Jadi sangat bodoh, he he he. Yang pandai pulak ambil masa untuk bersuara sebab berfikir dan perlu buat analisa dan pertimbangan. Itu ini. Mungkin sebab itu ramai orang bijaksana diam berbanding dengan orang bodoh yang laju jea... bercakap tanpa berfikir (atau menaip tanpa berfikir atau ikut hati)

6. Mungkin sebab itu ada bidalan menasihati kalau tak tahu baik diam...

7. Isu Rohinya bukan sahaja isu pelarian, ia juga mungkin isu mereka memang mahu keluar dari sana. Sukar bagi kita untuk menentukan sama ada mereka benar-benar lari daripada kezaliman rejim di Myanmar atau datang untuk mencari kehidupan lebih baik seperti pendatang tanpa izin lain.


8. Bolehkah kita bertindak semata-mata atas dasar kemanusiaan tanpa melihat atau membuat pertimbangan kesan ke atas sosial, ekonomi dan politiknya...?

9. Haaa...



Wednesday, May 20, 2015

Semua orang harus bayar cukai

Apabila kita membeli sesetengah barang dan perkhidmatan ia dikenakan cukai. Semua orang yang membeli itu sebenarnya sekaligus membayar cukai. Tidak mengira warga asing atau warganegara sendiri. Orang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi. Orang berbeza agama dan bangsa. Manusia sepatutnya membayar harga yang sama. 

Dalam sejarah masyarakat dan ketatanegaraan, konsep membayar cukai memang digambarkan secara amat negatif seolah satu cara untuk menindas masyarakat.  Cukai dan kezaliman seolah seiring.

Tidak ada suatu cerita pun yang menfokuskan sebuah negara maju cemerlang kerana cukai yang dikutip adalah tinggi.  Tidak digembar-gemburkan batapa hasil cukai tersebut banyak kegunaannya untuk rakyat dan negara amnya. 

Dalam sejarah ekonomi, cukai digambarkan lebih positif. Semua orang harus membayar cukai kerana mereka menikmati apa yang ada pada masa kini. Semua orang harus membayar untuk mendapatkan sesuatu. Termasuklah dengan golongan bawahan. Tidak bolehlah orang yang kaya sahaja membayar cukai kerana ianya membantutkan niat dan mengecewakan sebelah pihak. Ini tidak adil kerana konsep untuk dapatkan sesuatu kita harus memberikan sesuatu.

Semua orang mahu hidup dalam aman, tenteram dan bahagia. Maka semua orang harus membayar!


Perihal wasap 2: Cerita hal suami

1. Saya terkejut monyet apabila membaca wasap salah satu kumpulan kawan saya. 

2. Ada isteri-isteri yang membandingkan suami antara mereka!. Ya allah, saya rasa tak wajar sangat.

2. Dengan menceritakan persamaan dan perbezaan suami masing-masing, ia mungkin akan menimbulkan banyak kesan. Ini bukan satu pertandingan.

3. Dalam kumpulan wasap itu ada yang masih tidak bersuami!

4. Lagipun tidak kah biodata laki kita tu adalah rahsia? Mungkin suami kita tidak suka.

5. Bagi sesetengah orang ia mungkin perkara biasa tetapi perkara biasa tak semestinya betul. Dan perkara tak betul tak akan jadi betuk walaupun biasa kita buat... Haaa

6. Mungkin seorang isteri suka menceritakan hal suaminya...

7. Walaupun kita tak tanya...he he he.

8. The real act of marriage takes place in the heart...

Perihal wasap

1. Saya dengan relahati telah `mute'kan beberapa group dalam wasap saya. 

2. Sebenarnya hampir semuanya saya `mute'kan (he he he), tinggal wasap keluarga sahaja. 

3. Saya tidak `mute'kan wasap keluarga bimbang jika ada perkara kecemasan berlaku di antara ahli keluarga. 

4. Saya lakukan tindakan ini sejak hujung tahun lalu. Saya beranikan diri untuk `mute'kan dan kemudian saya ` clear'kan semua. He.

5. Pernah wasap saya ada 1480 lebih!. Saya tak baca pun...saya `bersihkannya'. He

6. Saya hairan dengan manusia yang boleh wasap 24 jam. Saya tabik spring.

7. Semua perkara dia (mereka) nak `send'. 

8.Namun kadang-kadang saya rasa belas kasihan sebab orang macam ini saya kategorikan sebagai tidak ada kehidupan. Atau itulah kehidupan mereka?

9. Sebelum wasap tercipta, mungkin dia (mereka) sudah tersendirin tak ada kehidupan. He he.

10. Tak baik komen lebih-lebih kan.






Tuesday, May 19, 2015

Siapa yang sebenarnya sesat...?

Kalau kita tidak merantau, kalau kita tidak keluar kampung dan kalau kita malas pula membaca atau mencari ilmu...fikiran kita akan jadi teruk.

Maksud saya bukannya kalau tinggal di kampung kita menjadi jumud, maksud saya `kalau-kalau' di atas satu pun kita tak buat...

Bila kita menjadi jumud, kita akan rasa apa-apa saja yang lain atau berbeza dari kita adalah salah. Fikiran kita tidak meluas. Kita huraikan sesuatu dengan sangat sempit. Bila ada pihak mahu membetulkannya, kita gelar mereka sesat.

Jadi sebenarnya kitalah yang sesat...

Mana boleh kita tuduh oarang lain sesat atau bodoh kerana orang lain tidak seperti kita?

Kan?


Isteri bekerja, pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri dan kisah payung (awasan)




Saya berpendapat hanya sang isteri sahaja dapat menjawab mengapa mereka mahu bekerja? Dan hanya si suami boleh menjawab mengapa mereka memberikan keizinan kepada isterinya untuk bekerja?

Memang ada perempuan awal-awal lagi meletakan syarat bila berkahwin, mereka mahu bekerja, kenapa yea? Haaa...

Saya berpendapat lagi tentulah hal tersebut adalah untuk memenuhi keperluan mencari duit untuk keluarga, dan payung bagi diri seorang perempuan.

Rata-rata perempuan zaman sekarang bekerja menyumbang wang untuk keluarga. Jarang sangat sekarang lelaki yang mampu pelihara anak bini tanpa pertolongan bini. Ini hakikat. Kita tidak lagi berada pada zaman nenek moyang kita.

Pun begitu duit gaji isteri ada sebahagian daripadanya patut disimpan sebagai tujuan awasan. Dalam bidang ekonomi kita sebut awasan bagi menerangkan perkara yang mungkin akan terjadi pada waktu kecemasan atau tiba-tiba. 

Secara peribadi lagi saya berpendapat patut benar sang isteri ada memiliki harta yang berasingan daripada harta suami. Sebabnya? Sebabnya manusia memerlukan perlindungan.

Image result for umbrella

Maksud saya sang isteri kena sediakan payung sebelum hujang. Maksud saya lagi payung dia sendiri. Sang isteri kalau bekerja patut sisihkan sedikit wang supaya menjadi payung, bukannya dijadikan perhiasan semata-mata. Beli itu ini...


Saya menggunakan logik bahawa semua orang wajib ada simpanan sama ada dia isteri atau suami. Simpanan hari susah. Ketika tiba-tiba hujan... (saya guna hujan sebagai simbolisme kesusahan hidup. kalau tak nak guna hujan boleh guna gerhana. he).

Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

- Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai 
9-14 April 2005. ( Zaharuddin.net)

Bulan depan dia akan menjadi janda!

Saya renung muka dia, dia contoh terbaik bila merujuk kepada kasih sayang yang akan buat seorang isteri menjadi manusia bodoh kelu. Saya boleh buat dia sebagai contoh klasik, bahawasanya kasih sayang kuat boleh menjadikan manusia itu bodoh walaupun ada PHD. 

Kalau boleh saya mahu tampar dia tiga kali!.

Pagi itu saya pakai agak kemas. Saya ambil cuti semata-mata kerana dia. Kerana dia kawan saya dan kerana dia dalam kesusahan. Saya tulis dalam email permohonan cuti saya ini berbentuk peribadi, hal keluarga.

Sepanjang perjalanan itu dia nampak terkawal. Beberapa kali saya minta kebenaran biarlah saya yang memandu kereta. Dia menolak dengan alasan dia bukannya gila, cuma suaminya sahaja kawin lain. Namun dia memandu perlahan sahaja.



Saya renung muka dia. Sebagai perempuan Melayu, saya katogerikannya ada rupa. Cuma agak gemuk. Saya pandang muka dia lagi...saya rasa sedih.

Dia beritahu suaminya kena `guna-guna' dan minta saya temankan dia untuk jumpa tok bomoh... Dia percaya begitu...

Saya pulak percaya sebaliknya. Saya tak percaya tok bomoh dan saya tak percaya suaminya kena ubat guna-guna. Saya percaya suaminya dah gilakan orang lain. Simple saja kepercayaan saya. Tapi saya tak berani lagi untuk beri pandangan saya, saya bimbang dia meletup. Saya kena tunggu masa yang sesuai dan semaga dalam perjalanan yang panjang ini akan ada masa yang sesuai.

Senang jea analoginya bila isteri dah tak menarik, ginilah jadinya. Dah beribu kes terjadi. Namun susah bagi kawan saya nak menerima hakikat. Tidak sedikit pun dia burukkan suaminya, dia burukkan perempuan yang suaminya gila itu...yang muda bergetah. Saingan dia.

Saya tahu dia dalam proses menafikan. Dia nak nafikan yang suaminya jatuh cinta pada orang lain. Payah dia nak terima yang seorang suami tidak berdosa bila jatuh hati atau mempunyai perasaan kepada perempuan lain selain darinya. Payah dia nak nafi yang seorang suami boleh kawin 2, 3 dan 4 kalau mampu.


Dan dalam banyak keadaan saya tak mampu mencelah sebab dia akan kata "Kau tak faham hati seorang isteri"...


Image result for denial stage



Saya rasa dia perlu terima hakikat dahulu yang suaminya memang dah gilakan orang lain...baru dia boleh buat keputusan yang lain dengan lebih waras.

Ini tergesa-gesa terkam cari bomoh...tak logik langsung.

Kalau beginilah tingkah lakunya, saya percaya bulan depan dia akan menjadi janda.


Mengapa Pandikar Amin berjumpa Tun Dr Mahathir?

Image result for pandikar amin berjumpa tun




Nama yang Di-pertua Dewan Rakyat ke 8 ini tiba-tiba menjadi terkenal apabila isu perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir menjadi suatu tanda tanya.

Mengapa Pandikar Amin berjumpa Tun Dr Mahathir?

Beliau sendiri mengaku berjumpa dengan Tun Mahathir. Jika orang biasa berjumpa Dr Mahathir, biasalah, namun jika seorang yang dipertua Dewan Rakyat berjumpa Tun Mahathir, tentulah ramai orang ingin tahu, dan mungkin lebih ramai lagi telah membuat andaian-andaian...tertentu.

Teruk benarkah keadaan politik Malaysia sekarang ini?

Namun tidaklah teruk sangat sebab sebelum ini banyak lagi isu atau perkara yang lebih teruk, termasuklah pengharaman UMNO. Entahlah...

Emm...


Image result for pandikar amin berjumpa tun

Menonton berita mengenai politik Malaysia: Zaman Tun Mahathir, zaman Datuk Seri Najib

Semalam saya menonton Berita TV3. Saya lihat Tun Mahathir `diserang' lagi secara terbuka.  Saya rasa sedih sebab Tun adalah seorang negarawan. Namun ianya terjadi mungkin kerana Tun sendiri `menyerang' secara terbuka juga.

Kita bukan sehari dua mengenali Tun.

Semalam TV3 memaparkan Tun buat silap dan mencampuri urusan kerajaan (Yang DiPertua Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia). Manakala PM kita pula muncul untuk menyatakan beliau lebih demokratik dan lebih terbuka (mengubah kaedah pemilihan dalam parti berbanding dengan zaman Tun). Maknanya PM kita `lebih' diterima oleh akar umbi.

Saya tidak melatah sebab saya tahu TV3 `milik' kerajaan. Tidak ada rasa benci atau meluat terhadap TV3 sebab dulu Wan Zaleha kerja kat situ...(sebab tak logik kan?). Sebab logiknya ialah Rangkaian TV#3itu menjadi saluran antara rakyat bersama-sama RTM.

Add caption
Dunia politik memang memeningkan tetapi sangat penting. Dalam dunia politik segalanya berkemungkinan. Namun posting ini bukanlah mahu menyentuh mengenai perangai PM kita atau perangai Tun. 

Dalam politik tiada kepastian lawan akan menjadi lawan selamanya, juga sahabat akan menjadi sahabat selamanya, Ia soal tingkah laku dan pemikiran. Namun kalau PM dan Tun berterusan berperang, orang Melayu juga yang rugi, Malaysia amnya...

Tiada berkesudahan sebab setiap pihak ada benarnya... Bukan salah 100%, bukan tak salah 100%. Kita juga faham zaman PM kita berbeza dengan zaman Tun. Zaman sekarang fitnah merata, menerkam kiri kanan keliling pinggang...kalau Tun berada pada zaman ini, mungkin beliu juga pening.

Jika esok PM kita diganti pun, tetap akan ada isu baru yang akan dihangatkan. Selamat datang ke dunia politik.

Saya terus mengikuti berita sehinggalah sampai ke segmen sukan (mengenai isu bola sepak di Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu). 




Saya terus beralih ke HBO.

Saya tidak percaya sukan Malaysia dapat membentuk semangat kekitaan. Huh! Puii


Monday, May 18, 2015

Kalau dah tua, buatlah cara tua... Betul ke?

Image result for sukiman menulis taman
Gambar dari fail blog

1. 45 tua tak? saya rasa masih muda.

2. Namun sekarang saya cepat letih dan sakit urat. Lenguh. Cepat lapar.


Gambar dari fail

3. Buktinya. Hujung minggu lepas saya berkebun dan selepas itu saya sakit urat dan letih. Ada ala pening sekali...

4. Nampaknya saya kena gaji orang datang bersihkan laman rumah.

5. Yup, rasanya tibalah masanya...

6. Tentu melibatkan kos...potong rumput RM40, datang bersih mungkin RM60.

7. Entahlah...

8. Namun saya suka lihat laman bersih, taman hati...he he he.

9. Dan tentulah saya kena bayar...

10. Emm...

Bukan semua guru akan dikenang muridnya...

1. Alam persekolah telah lama jauh saya tinggalkan.

2. Beberapa nama guru masih gah hebat segarnya di hati saya. 

3. Kerana ia memberi inspirasi dan menanam cita percaya diri sendiri.

4. Cikgu Alias  yang manja yakin saya boleh masuk universiti.

5. Cikgu Zaiton yang seksi galakan saya masuk UM, tempat dia belajar.

6 . Namun bukan semua guru boleh melekat di hati pelajarnya kan. 

7. Jika kita berispirasi tinggi, jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, kita akan dikenang, akan didoakan oleh pelajar kita.

4. Kalau makan gaji buta, gajilah yang kita dapat.

5. Selamat hari guru kepada semua guru yang betul-betul menjalankan tugas, bukan ligat berniaga.

6. He he..



Kamu semua nak saya ajar apa hari ini?

Friday, May 15, 2015

Snake in the grass...

Musuh dalam selimut


RAKAN sekerja dan sahabat adalah dua perkara yang amat berbeza, ibarat PAS dan DAP. Ibarat daun dan bunga...

Ketika duduk bersahaja semalam, saya terlintas untuk mengadakan satu majlis kecil sempena anak saudara saya dapat masuk matrik. Apabila saya menyenaraikan nama sahabat yang akan saya undang. Saya terkejut bilangannya hanya sedikit.

Ternyata memang saya hanya punyai sedikit sahabat! Hanya ramai rakan sekerja. Nak undang rakan sekerja, tak mampu... Lagipun rakan sekerja lain...Saya tidak mengenal hati budi mereka...

Saya diam termenung sendiri...

Saya teringat lagi kata-kata seorang cikgu, katanya " Hati-hati...Bukan semua orang yang senyum kat kita tu kawan kita..."

Kita boleh jadi peramah. Tetapi dalam masa yang sama kita kena berhati hati atau jangan ambil kisah langsung. Kita bimbang ada di antara rakan kita menikam dari belakang. Bukan semua orang sempurna.

Kadang-kadang kita tidak sangka, rakan kita akan buat onar. Namun cara yang terbaik ialah selalu berfikiran positif. Bukan semua orang juga boleh menerima perangai kita.

Alhamdulilah walaupun tidak ramai sahabat, rakan-rakan pun baik-baik belaka. Tiada yang jadi snakes in the grass setakat ini...






Thursday, May 14, 2015

Kisah pedang mainan, kereta Myi dan kata-kata seorang tokoh guru..

Gambar hanya hiasang...

Masyarakat Melayu kita terkenal dengan adab sopan, hidup harmoni saling bantu membantu. Tetapi tidak kini...

Jika pada tahun 60an, 70an (juga sebelum tahun 60an), saya boleh terima anggapan pihak tertentu mengenai wujudnya konsep sikap sopan santun dan tertip masyarakat Melayu. Pada masa tersebut ia boleh menggambarkan sikap masyarakat secara keseluruhan. Tetapi tidak kini.

Kita berada di dalam era baru yang mengerunkan. Bayangkan saya tidak berani buka pintu pagar dan gril sliding door rumah. Saya kinci pintu pagar dan kunci gril walaupun saya berada di dalam rumah. Saya tidak rasa selamat.

Saya terpaksa kunci pintu kereta apabila pergi membeli belah! Ini mungkin biasa bagai individu lain sebab mesti la kunci bimbang orang curi kereta. Tetapi bagi saya ia adalah suatu yang `jauh' dari itu...yang melibatkan nilai kemanusian yang sukar untuk dihuraikan.

Peristiwa berlumba Myvi hingga menyebabkan kematian, peristiwa menghempok ayah sendiri dengan tv sehingga menyebabkan kematian, senior terajang junior hingga menyebabkan kematian, peristiwa bunuh tunang dan pelbagai peristiwa lain, menunjukan betapa secara perlahan-lahan masyarakat telah berubah menjadi masyarakat yang sakit jiwa.

Mengapa mereka membesar menjadi sedemikian rupa? Di mana silapnya kita?

Teringat seorang tokoh guru berkata..."semuannya bermula dari rumah..."

Sampai kini saya merasa hairan kenapa ibubapa membelikan permainan berbentuk senjata kepada anak-anaknya...?

Haa... Ada faham?

Wednesday, May 13, 2015

Ruang tamu Asian Look

Sekarang saya semakin tidak sabar menunggu hujung minggu untuk balik ke rumah saya di Kuantan. Saya dah mula menyusun rumah saya biar nampak macam rumah. Tidak lagi hanya rumah singgah.







"Saya orang Asia. Saya hidup dengan budaya Melayu dan budaya Asia saya. Dari segi penataan taman pun begitu. Rasanya tidak mungkin saya akan buat taman minimalis. Atau guna rumput karpet.

Jadi saya menghias rumah saya cara Asia Look. Ada unsur rotan dan buluh, pasu naga berethnik. Namun begitu saya suntik juga sedikit elemen moden. Contohnya saya guna sofa L sebab ruang tamu saya kecil. Dan rak putih. Tak nak pulak rumah jadi muzium. Mungkin belum masanya.

Ruang tamu saya tidak nampak mewah sebab saya bukannya golongan mewah. Rumah sepatutnya refleksi diri kita. Inilah saya.

Setakat ini."



Bagiku agamaku, bagimu agamamu...

Saya jarang menulis pasal agama sebab selalunya pandangan agama saya agak berberbeza dengan pandangan umum rakan seagama saya. Dan sebab kedua saya rasa pengetahuan agama saya masih kurang. Contohnya saya tidak berani menyebarkan hadis di dalam wasap jika saya tidak yakin hadis itu betul-betul sah. Saya tidak mahu menjadi seperti segelintir kawan saya yang terus `fowok' walaupun tidak tahu sah atau tidak status sesuatu hadis tersebut.

Namun peristiwa yang berlaku di Taman Medan, Petaling Jaya semalam membuat hati saya terdetik untuk menulis pandangan saya mengenai agama.

Dalam konteks warganegara di sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, mempunyai kepercayaan adalah wajib. Mempunyai kepercayaan wujudnya tuhan termaktud dalam rukun negara Malaysia. Dengan konsep agama adalah harmoni, maka hasratnya tentulah untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang harmoni.

Kepercayaan adalah perkara yang senang dalam kompleks, terbuka dalam sensitive.  Dan yang paling sensitif adalah pandangan terbuka terhadap sesuatu agama kepada agama lain. Agama akan menjadi sangat bahaya jika ia jatuh ke tangan orang yang bodoh dan ego.

Adanya salib di merata-rata bukanlah bermakna islam telah tercabar dan tercemar. Kebebasan beragama dan mengamalkan amalam agama masing-masing tidak boleh diganggu-gugat. Tidak bijak kita berandaian kehadiran salib akan menganggu-gugat kepercayaan agama keluarga kita, masyarakat islam kita.

Saya tidak menyokong tindakan 50 orang berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja tersebut. Apatah lagi dilaporkan tindakan itu dilakukan semasa upacara keagamaan mingguan gereja sedang berlangsung. Tindakan mereka sungguh memalukan.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam.

Memang ianya berakhir dengan pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi (yang dipasang pada tingkap dinding gereja) yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai. Apabila salib itu berjaya diturunkan akibat demostrasi, tidaklah bermakna umat islam tersebut berjaya... Kan?

Kepada saya peristiwa salib gergasi di Taman Medan Petaling Jaya tersebut, bukanlah kemenangan total agama islam dan penganutnya. Malah ia adalah sesuatu yang memalukan dan memburukan imej islam dan masyarakatnya. Ia menampakan ketakutan dan lemahnya jiwa penganut agama islam itu sendiri. Saya berani kata ia bukanlah tindakan yang islamik.

Kita seharusnya menjaga keamanan dan tidak menggangu gugat amalam dan tempat keagamaan agama lain. Hidup saling menghormati saling membantu. Orang islam sejak dulu lagi termasuk zaman nabi Muhammad kita pun hidup harmoni dan tidak memusuhi kaum Kristian.
Allahualam...
Add caption

Warkah dari Australia...

"Sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama..."

- Silent Reader, Australia , April 2015








Semalam saya menerima sepucuk surat dari Australia. Saya membacanya di pejabat saya. 

Penulisnya memaklumkan sudah lebih tiga tahun beliau menjadi silent reader blog saya. Saya tahu saya ada silent reader yang setia. Saya ada juga menerima surat-surat mereka. Membaca surat-surat tersebut terasa saya dipedulikan, saya diambil kira.

Saya amat gembira membaca surat yang panjang lebar ini. Ada kad dan surat ditulis depan belakang. Saya baca beberapa kali.

Surat ini menceritakan hal kehidupan dan pandangan tentang dunia. Alhamdulilah surat ini membuka minda saya dalam beberapa hal...

Dan benar juga kata penulis surat ini, sungguhpun banyak lagi ikan di laut tetapi tidak sama. Oleh kerana telah banyak membaca penulisan saya, penulis membuat bebarapa tanggapan. Saya juga beranggapan saya akan melalui perjalanan ini sendirian...selamanya.

Saya berdoa penulis surat ini akan selalu bahagia, amin.









Isteri saya berada di Erope...buat PHD

Bersama Encik Zulkifli

Saya duduk ala manja di atas bangku yang disediakan... Saya duduk gaya mewah seolah saya ada tiga hotel di Semenanjung. 

Saya tidak mandi laut. Saya hanya mahu menikmati pemandangan orang mandi laut. Sambil saya menunggu kawan-kawan saya mandi laut, saya makan kerepek. Sambil itu juga saya ralit memerhati gelagat orang ramai.... Pulau ini entah apa nama, saya tidak ingat. Nama tak penting, tapi amat cantik sekali, air jernih.

Ada pelancong yang sedang berjemur. Ada yang sedang membaca. Ada yang sedang berbual. Dan ada yang lalu lalang depan saya. Ada seorang pelancong tiba-tiba melucutkan kainnya depan saya, dia terus berlari ke laut. Jarang saya dapat hidangan sebegini, (Saya ternampak banyak sangat kopek-kopek asing di depan saya. Orang putih tersebut tidak malu langsung...he he. Saya pulak yang naik malu.)

Namun penulisan kali ini bukan mengenai bikini atau kopek asing. Ia mengenai satu keluarga yang saya rasa amat bahagia, sekurangnya di depan mata saya. Saya lihat isteri dan anak-anaknya mandi-mandi, sesekali isterinya menghampiri saya. Saya apalagi terus berbual dengannya.

Dengan rasa bangga dan sayang dia menunjukan tangan ke arah suaminya. 

"Tu suami saya, yang kecil tu anak-anak saya" Katanya dengan penuh bahagia. Saya lihat suaminya ada rupa berbanding dengan dia yang saya rasa semakin kehilangan rupa. Maklumlah bila mandi laut tak kanlah nak pakai make up. Saya lihat mereka keluarga obesiti. Ini normal. Selamat datang ke Malaysia.

Saya nampak mereka bahagia. Tiba-tiba saya rasa sayu. Namun saya cepat-cepat bangkitkan motivasi diri. Akak tu bercerita lagi dengan saya mengenai percutian dia. berapa hari dia cuti, hotel mana keluarga mereka menginap dan pulau-pulau yang mereka lawati.

Saya rasa dari segi strata pengkelasan sosial, mereka dari kelas keluarga biasa-biasa sahaja, Dari tutur kata, perwatakan dan cerita-ceritanya, saya katogerikan mereka keluarga yang biasa-biasa sahaja. Dan terdetik di hati saya walaupun keluarga biasa...mereka boleh bahagia. Tuhan mahal adil. Ramai orang kaya yang bila bercuti, suami cuti tempat lain, isteri bercuti tempat lain dan anak-anak pula bercuti di tempat lain!.

Akak tersebut peramah. Semasa kami berbual, anak-anaknya meluru ke arah kami. Sempat saya capai kerepek saya dan sembunyikan sikit dari pandangan anak-anaknya, he he he. Bukan kedekut tapi saya suka kerepek tu. He he he. 

Namun saya hulurkan roti kalau-kalau mereka lapar. Tapi mereka tolak, mereka ada bekal. Kemudian saya lihat suaminya pula naik dari pantai menuju ke arah kami sambil tersenyum. Mereka anak beranak makan di sebelah saya.

"Mereka berada di Eropah buat masa ni..." Saya menipu apabila suaminya bertanyakan isteri dan anak-anak saya. Terpaksalah saya cipta skrip yang simple dan mudah. Saya sudah biasa menipu dalam keadaan sebegini sebab jika tidak motivasi saya akan merundum. Saya tidak sekuat mana...

Saya mermerhatikan mereka...

Semoga Allah berkati keluarga ini, hidup penuh gembira...hingga akhir waktu...Amin.



Wednesday, May 6, 2015

Kawan saya tanya saya..., bila lagi saya nak kawin?




He he he...

Koleksi Nescafe Jankaulu


Saya ada mengumpul sedikit barang nescafe. 

Dalam mengumpul kita harus bersabar. Saya hampir putus asa apabila gagal mengumpul mug nescafe siri piala dunia. Rujuk gambar di atas. Namun dengan bantuang seorang kawan akhirnya saya dapat juga mug Jermen. Dia beli di Temerloh.

Sebelum itu saya letak jea mug-mug di dalam kotak, Saya tak pamirkan... Namun kini... Taraaaaa... 

Koleksi ini juga boleh mengumpulkan habuk. Kalau yang pemalas nak mengelap. Letak dalam almari jea...

Gambar ke 2

Jam dalam gambar ke dua tu saya beli RM1 jea di kedai sekong heng. Namun kini bernilai RM25. Ada rakan pengila nescafe nak beli tetapi saya tak jual...

Bekas letak gula itu pula saya dapatkan di kedai kopi. Ceritanya begini: Masa saya nak bayar makanan, saya ternampak deretan bekas gula. Terus saya tanpa malu minta hendak beli. saya buat muka macam kucing sayu.

Saya nak beli tetapi dia berikan sahaja sebab katanya dia dapat  pun free. Namun saya tidak puas hati, saya terus pergi ke Tunas Manja dan saya kembali ke kedai kopi tersebut semula, Saya belikan nescafe untuk kedai tersebut.

Tamat.

.