"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 31, 2010

Datok sebagai seorang penulis lirik...

Gambar yang dijadikan cover album...


Secara peribadi saya berpendapat inilah antara album kompilasi terbaik biduanita negara setakat ini. CD ni pernah dikeluarkan semasa beliau baru sahaja dianugrahkan gelaran Datuk. Kini CD ni dikeluarkan semula dengan cover baru. Banyak lagu malarhijau dalam album ini.






CD 1:



1. Seri Dewi Malam

2. Bunga Tanjung

3. Terbang Helang

4. Kau Tinggi di Awam Biru

5. Putus Kasih

6. Penyakit Cinta

7. Seksa

8. Mawar Putih untuk Mama

9. Semuanya Kerana Hadirmu

10. Dekatlah Padaku

11. Hapuslah Airmata

12. Jatuh Cinta

13. Kasih

14. Tiada Maaf Bagimu

15. Aku dan Malam

16. Malam

17. Sabarlah Sayang

18. Surat Dari Seberang

19. Ingatan Manis di Bulan September

20. Pahit dan Manis






CD 2:



1. Bayangan

2. Burung Pungguk

3. Seribu Mawar

4. Kau Racun Hidupku

5. Di Malam Persandingan

6. Engkau Pendusta

7. Nour El Ain

8. Pengorbanan

9. Keresahan

10. Kau yang Bernama

11. Tiba-tiba Rindu

12. Terkenang

13. Pengajian di Seberang Lautan

14. Pantun Kasih

15. Kisah yang Lalu

16. Kekasih Pujaan

17. Bangkitnya seorang Kekasih

18. Di Pinggir Kayangan

19. Teratai

20. Yayadan.




Istimewanya terdapat 13 buah lagu di dalam koleksi ini liriknya ditulis oleh datok sendiri iaitu `Kau Tinggi di Awam Biru', `Penyakit Cinta', Dekatlah Padaku', `Tiada Maaf Bagimu', `Aku dan Malam', `Malam', `Surat dari Seberang', `Engkau Pendusta', `Nour El Ain' , Pengorbanan', `Tiba-tiba Rindu', `Pengajian di Seberang Laut', dan `Kisah yang Lalu'.
Saya suka lirik simple yang ditulis datok dalam lagu Engkau Pendusta. Ia menceritakan kisah seorang kekasih yang melihat dengan matanya sendiri kekasih hatinya curang. Kira buat hal depan matanya sendiri.


Dia beritahu kekasihnya sambil bersumpah memang benar dia melihat kekasihnya itu curang dengan matanya sendiri. Tetapi kekasihnya masih tidak mengaku!. Maka dia tak tahu apa nak buat sebab penafian itu bukan sahaja menyakitkan hati tetapi amat menjengkelkan...akhirnya dilepaskan saja kekasihnya yang budiman tetapi berhati kejam tersebut... dia rela melepaskan kekasihnya pergi.


Rupanya datok juga merupakan seorang penulis lirik yang aktif pada zaman awal kemunculannya. Pada masa tersebut mungkin tidak ada banyak penulis lirik kot. Dalam satu temubual Datok mengakui lirik-lirik yang ditulisnya adalah daripada pengalamannya sendiri. Contohnya lirik lagu `Kau tinggi di awang biru' ditulis semasa beliau bercinta dengan seorang pilot, dan pilot itu mati katanya dengan nada bergurau... Mungkin maksud `mati' tu, mati dari hatinya...entah.

Lirik `Tiada Maaf Bagimu' juga simple, ia menceritakan hal seorang kekasih yang ditinggalkan, kemudian datang balik pulak dah memohom ampun dan maaf. Tetapi tak dimaafkan sebab cuba fikir masa kita benar-benar nak ke dia dia tinggalkan kita sebek, masa dia kena tinggal baru terhegeh-hegeh datang kembali jumpa kita, ingat kita sapa kan? Huh!

Lirik-lirik lagunya juga pernah dinyanyikan oleh Uji Rasyid, Datuk Ahmad Jais dan Kumpulan Carefree.

Jan: Nak buat sebuah lagu, dan liriknya juga mengenai kekasih yang khianat tidak akan berkat hidupnya...

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Pengantin Baru...

Memang saya sendiri melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Saya nampak bagaimana Sani melurutkan jam tangannya. Pada masa tersebut saya ada berdekatannya di ruang tamu sedang duduk congok (santai vouge) atas sofa L (yang berharga RM1800, bayar bulan) sambil tengok tv.
Pada ketika itu, sebagai pengiat seni, hati saya terus terusik. Terdetik suatu perasaan terharu, pilu dan sayu di sanubari. Dia korbankan jam kesayangan demi adiknya!
Saya tahu benar Sani sangat suka dan sayang kepada jam tangan tersebut sebab beberapa kali (mungkin 8 kali) dia ada menayangkan jam tersebut di depan saya bergelagat seperti budak mendapat baju baru atau playstation, atau seperti kita dapat kenaikan tangga gaji... Seperti biasa saya buat-buat minat sangat melihat jam tersebut (sebenarnya saya tak minat jam, sama seperti saya tidak minat tak minat kereta, bola, badmintion, lipat baju dan Linda Onn). Tidak saya menduga akhirnya jam tangan tersebut terpaksa berpisah dengan Sani... tuhan maha kaya...
Selepas adik lelakinya berlalu, seperti wartawan baru nak naik kerjayanya, terus saya menyoal Sani kenapa dia beri jam tersebut pada adiknya? Sani kemudiannya memberitahu sebagai hadiah kepada adiknya supaya tekun dalam pelajaran... Sekali lagi saya rasa terharu!.
Kalaulah saya seorang pengarah atau penerbit filem seperti Datuk Yusuf Haslam terus saya buat filem bertajuk `Sebuah jam tangan dan kasih sayang seorang abang". Dan pastilah lepas itu bukan penonton yang menangis sedih di pawagan tetapi saya yang menangis kerana rugi. Filem tersebut tentulah tidak laku kerana penuh moral dan tata tertib hubungan kekeluargaan... (maklumlah kalau tak ada adengan selak-selak, huha-huha, gatal-gatal atau hantu (hantu entah apa) memang tak laku filem kita kan...?).
Apabila saya mahu menulis sesuatu mengenai Sani, saya juga tergaman 2 saat sebab nak pilih perihal apa? Apa materialnya?. Apa nak diceritakan lagi? Semua orang kenal Sani, dia juga terkenal dan mashor seperti saya (perasaan ke ni? he he he) di Kolej Shahputra. Saya rasa lebih baik saya ceritakan hal dalaman diri Sani yang orang lain mungkin tidak tahu... Salah satunya perihal pemberian jam tangan seperti diceritakan di atas (sila rujuk 5 perenggang di atas). Contoh lain saya selalu melihat dia beri duit belanja kepada adiknya yang datang ke rumah sewa kami.
Sani adalah rakan serumah sesewa saya di Kuantan. Kami berempat pindah dari Pekan ke Kuantan menyewa sebuah rumah di Indera Mahkote. Semasa bekerja di Pekan semasa ada isu mahu berpindah ke Kuantan, saya gusar kerana di Kuantan nanti saya nak duduk dengan siapa? Nak duduk serumah dengan Azniza? Kami bukan duduk di Amerika... Pada masa tersebut Lokman telah tiada....saya seperti burung kepatahan sayaaaap...
Sebenarnya sejak saya kehilangan Lokman, hidup saya sepi bagai keadaan malam di hutan Brazil yang gelap gelita...tanpa pelita dan cahaya. Tanpa purnama. Saya dan tuhan sajalah yang tahu. Namun saya tak nampakkan kepada sesiapa, kalau saya sebut atau tonjolkan sangat saya rindukan Lokman mungkin saya dituduh gay....
Pada masa tersebutlah Kamal Ariffin (kini Kamal Azie, dan sudah mempunyai cahaya mata) dan Sani menyakinkan saya bahawa tidak ada masalah untuk saya tinggal bersama mereka di Kuantan. Mereka boleh tumpangkan jika mahu ke tempat kerja. Dan pada awal-awal penghijrahan kami ke Kuantan, apabila Kamal dilambung ombak asmaradana dan Johari (uncle Joe) pula sibuk, saya kerap menumpang Sani ke kolej. Bukan sahaja kolej malah kerap juga ke pusat membeli belah di sekitar Kuantan, he he he. Sangat kerap sebenarnya, he.
Pada masa tersebut kami berempat masih lagi BTTT (bujang trang tang tang), masih lagi menjaga tata tertib kaum teruna. Rasanya di antara kami tiada yang pernah melakukan hubungan seks, sama ada rambang atau berjadual, kami tak pernah merasa. Bukan itu sahaja, kami banyak persamaan lain lagi. Contohnya, kena masak, kena basuh baju, kena streka baju dan kena bayar duit sewa setiap bulan. Kami juga masing-masing ada tv dan dvd player (yang berjenama).
Banyak peristiwa suka dan duka, pahit dan manis, teruja dan menyampah berlaku. Maklumlah kami insan biasa duduk menyewa beramai-ramai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isteri kita (yang tak nak dengar kata kita...he he he). Namun bila dikenang-kenang rasa sayu semacam... rasa hening syahdu, sebab itu adalah beberapa episod dalam sebuah perjalanan hidup kita kan...[sila baca dengan nada sedih dan sayu, dan sambil itu cuba lembutkan hati tu bawa ingat masa anda semua masih bujang dahulu, ala masa baru dapat kerja dulu sewa ramai-ramai... Huh jangan la buat-buat tak ingat pulak dah. Bukankah kawan merupakan suatu yang penting? Bukankah? (amboi 2 kali tanya)].
Sebelum ini saya sudah tahu mengenai pertunangan Sani tersebut. Dia sendiri tunjukan gambar-gambar majlis pertunangannya kepada saya semasa dia singgah di Muadzam. Tunangnya (kini isteri) cantik dan manis orangnya. Kalau boleh saya nak mintak hak eksklusif untuk memaparkan gambar sekitar majlis pertunangan beliau... Kalau boleh saya nak war-warkan dalam blog ni, bukan nak dapatkan rating (saya bukan TV3 atau Astro) tetapi nak beritahu orang ramai Sani sudah bertunang! Biar ada yang terpukul? Termasuk saya? He he he. Namun saya hormati keputusan Sani bila dia minta biarlah dirahsiakan dahulu. Amboi macam artis...
Tup-tup (tiba-tiba atau tidak semena-mena atau bahagsa inggeris bunyinya sadengli) saya dengar Sani dah berkahwin!. Saya terus kol (takut-takut Sani kena tangkap basah, his selisih malaikat 44) Sani untuk mendapatkan pengesahan, tetapi Sani tidak dapat mengesahkan berita perkahwinan tersebut. Pada masa itu dia sedang dalam kelas, mengajar. Dia minta saya kol balik pukul 10.30 pagi, (huh! kalah Farid Kamil...). Lepas tu saya tidak sempat dan terlupa nak kol Sani kembali dek asyik mendengar luahang hati kawan saya mengenai nasib lakinya yang tak naik-naik pangkat di tempat kerja.
Banyak peristiwa lain yang berlaku antara saya dan Sani, bertahun berkawan dengannya tak dapat, atau tidak cukup cerita-ceritinya untuk saya muatkan dalam penulisan pendek saya ini.
Akhir kata pada penulisan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Sani dan pasangannya. Semoga saling menghargai dan cuba memahami antara satu sama lain, semoga masing-masing berSETIA hingga akhir hayat... hingga hujung nyawa...
Jan: ...bercintalah, berkasih sayanglah sampai mati... jangan jadi perpisahan seperti diriku...

Thursday, March 18, 2010

Dah setahun rupanya...


Saya dah kena bayar insurans kereta buat pertama kali dalam hidup, jumlahnya RM1,040. Dan saya bayar RM100 untuk roadtaxnya juga. Semuanya RM1,140 saya bayar tunai. Ada pihak yang uruskannya sebagai ejen di Muadzam. Apalah yang saya tahu pasal kereta...
Masa rupanya berlalu begitu pantas... Sebenarnya kawan saya yang tertengok ianya dah nak `mati' dan beritahu saya ada masa hanya 2 hari lagi untuk berkereta. Saya terkejut dan gelabah gila sebab tidak ada sapa-sapa (maksud saya pihak bank ke atau bank negara) hubungi saya untuk makluman.
Saya sendiri benar-benar terlupa yang dulu kawan saya kata setiap tahun kena bayar, dan jumlahnya semakin menurun. Saya bukan manusia kereta, maka sesuatu mengenai kereta saya tak cepat tahu dan faham.
Semasa urusan juga mak cik yang terlebih ramah tu beritahu sekarang nilai kereta saya dah jadi RM40K. Saya beritahulah amboi dah bertambah murah, tapi saya rasa kereta saya masih baru lagi, saya pun gunakannya hanya pergi ke tempat kerja, dan saya tak lari laju, tak langar lubang...tak kan murah... stearing kereta sinar lagi. Mak cik tu tak kata apa-apa. Dia senyum semacam je.
Saya rasa kereta ni payah sangat nak faham sebab banyak perkara yang saya tak faham dan ingat. Contohnya demi allah (guna unsur agama, setelah sekian lama tak guna. saya mungkin akan menggunakannya dengan lebih kerap nanti, insyallah.) saya masih tak tahu hendak buat macam mana supaya buih sabun itu muncul di waiper depan, kalu muncul tentul bersih cermin depan. Cuma pernah masa hujan, saya kelam kabut tersentuh apanya entah maka muncul buih sabun tapi untuk waiper belakang kereta. Huh!
Nak tanya kawan nampak macam mengada, tapi tuhan jelah tahu...
Jan: Akan kucekal di hati jalani hidup ini...

Sunday, March 14, 2010

Jaga diri baik-baik ya...

Pernah tak terfikir kalau kita ni ada satu lagi? Maksud saya kita ada dua. Maksud saya lagi kita ada dua orang. Kita dan dia adalah kita.
Ketika menghadapi kesukaran hidup saya selalu berangan kalaulah saya ada satu lagi tentu laluan hidup saya semakin mudah. Sebab ada la jugak manusia yang memahami kita sebab dia adalah kita. Kalau ada orang berkata kononnya dia memahami kita, patut sangat la kita tampar dia 8 kali sebab secara hakikinya mustahil orang lain memahami orang lain...
Kalau kita adalah bini acu kerat ibu jari (ibu jari kawan kita) kalau suami kita memahami hati nurani kita. Dan kalau kita laki mati hidup balik bini kita tak fahami kita dengan mendalam...(aci kerat jari kawan kepada kawan kita. Ambillah sapa-sapa yang kawan kita yang punyai kawan yang kita benci...).
Dia akan selalu di sisi kita dalam senang dalam susah. Bila kita rasa sunyi bolehlah dia hiburkan kita sebab dia tahu kita suka apa. Dia akan putarkan lagu Datok Sharifah Aini bukannya Stacy `Pakai buang'. Dia akan pandai pilik track lagu yang ke 14 sebab tu adalah lagu Seribu Mawar...!
Bila kita kena inayai, khianat, dipermainkan, dipermudahkan dan dihina. Dia tidak cepat-cepat beri nasihat yang streotype, dia akan diam sahaja dan membantu dengan bijaksana. Dia tak akan buat-buat masalah itu mudah sangat dapat diselesaikan sebab dia tahu sangat kita bagaimana...orangnya....
Dalam menempuh kehidupan ini tentulah tidak akan ada orang yang sangat memahami dan sekaligus sayangi diri kita dengan ikhlas kecuali diri kita. Kitalah yang akan setia pada kita dan sayangi kita selamanya. Kitalah itu. Kita. Pahit kan...?
Bila kita balik kerja basah kuyup dalam hujan, kitalah yang mengelapnya dengan tuala merah setibanya di rumah. Bila kita malas pada malamnya tak mahu ke kedai, kitalah yang buat maggie. Bila menitis air mata rindu ini (hingga hujung nyawa) kitalah yang menyapunya dengan lenggang baju. Apabila terasa pening kepala bila darah naik/turun, kitalah yang menelang ubatannya...
Diri kitalah yang menjaga kita sebenarnya... Jaga diri baik-baik maknanya kita kena jaga diri kita baik-baik sebab diri kita itu adalah kita...
Jan: Demi allah yang maha kaya, si pendusta akan tetap terdera!

Thursday, March 11, 2010

Saya dah mendaftar...

Oleh kerana komputer saya tidak boleh berFB, saya pada mulanya tidak tahu menahu langsung kewujudan KBPKS (Kumpulan Bekas Pekerja Kolej Shahputra). Sehinggalah kawan-kawan saya yang bekerja di Kolej Shahputra sendiri bertanyakan saya mengenai KBPKS, saya tak boleh menjawabnya dengan tepat, he he he.
Selepas saya mendaftar, saya rasa bangga sebab jadi ahli yang ke 17, angka 17 tu angka saya mula bercinta dan angka 18 (setahun kemudiannya) saya mula kenal erti menderita... Saya dapati ahlinya terus meningkat menjadi 27, 32 dan lepas tu terakhir saya tengok tadi dah jadi 41. saya percaya angkanya akan meningkat, meningkat dan meningkat.
Terima kasih kepada Encik Adnan bin Abdul Hamid kerana mengambil inisiatif besar untuk merialisasikan usaha pengumpulkan BEKAS pekerja Kolej Shahputra. Sebagai BEKAS pekerja Kolej Shahputra, saya sangat berbesar hati menjadi ahlinya. Bagus juga dengan adanya KBPKS ni, tidak rugi memanjangkan dan menguatkan ikatan silaturahim antara kita, itulah yang dituntut sebenarnya.
Pengalam saya bekerja di Kolej Shahputra amat menyenangkan saya, banyak membantu saya dalam menjalankan kerja saya di tempat kerja terkini. Banyak yang saya belajar dari Kolej Shahputra. Banyak kenangan manis yang payah nak hurai terutama apabila berkaitan kawan-kawan rapat.
Bak kata Puan Akmar Nordin sudah 7 tahun dia berkerja di tempat UTM tetapi sangat rindu kepada kenangan lalu di KSP. Saya percaya BEKAS pekerja kolej Shahputra yang lain pun terasa begitu...
Perasaan itu kita dapat apabila meninggalkan KSP...
Jan: Selamat mendaftar kepada bekas pekerja KSP ...

Kopek baru...

Pagi tadi semasa saya sibuk heret tilam ke dalam bilik saya (saya tidur depan tv di ruang tamu), saya terima sms daripada kawan saya. Dia beritahu kawan baik saya (masa di UM dulu) dah buat kopek baru. Dalam sms tu dia beritahu dia dah sentuh pun.
Saya tergaman 2 saat. Entahlah nak komen apa ya? Nak balas apa ya? Maka saya tulis `"sekurang-kurangnya dia tahu apa yang dia nak dalam hidup, he he he''.
Saya dah lama tak jumpa dia. Banyak persoalan timbul... mungkin dia buat kopek tu khas untuk suami dia? Atau hanya untuk kepuasan diri. atau suaminya hadiahkan kopek (operation kopek) tu sempena umur bininya 40 tahun? Maklumlah sekarang umur dah 40 tahun, tentu kecut berut...tak sesegar bugar burger.
Tetapi saya tak nak la kol dia dan tanya hal kopek baru tu, tanya harga dan dia buat kat mana? Tak kanlah lama tak kontek, tiba-tiba bila kontek tanya pasal kopek. Tapi dulu masa saya mengajar kat Kolej Shahputra Pekan, dia ada ajak saya buat limpo entah apa tah (sedup lemak kat perut). Saya ghairah gak nak buat tapi bila dia beritahu kosnya RM12k lebih saya pun redhalah dengan spare tayar saya ni...
Saya dengan jarum ni memang takut sangat. Saya ingat lagi dulu masa darjah 6 bila konek saya disunat, ya allah saya takut sangat. Saya disunatkan ramai-ramai. Masa tu ada 10 orang, saya yang pertama disunat. Saya nampak sendiri kulit konek saya sedap je mereka gunting...tapi dah dibius. Eh ni bukan pasal posting saya bersunat. Kita kembali kepada subjek cerita.
Orang perempaun memang optimis pasal kecantikan, rela ambik risiko (ewah-ewah sedapnya saya mengata...bukan begitu, taksubnya sama juga dengan orang lelaki yang nak dapatkan kekuatan seks, sabut kelapa pun kalau boleh buat kuat seks pasti mereka telang. Itu bukan kata saya tapi kata kawan saya). Oh saya tergelincir lagi. Kita fokus kepada wanita dan kecantikan....
Tak usahlah nak kata wanita negatif sebab ada positifnya kalau tak keterlaluan. Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Dan soal keterlaluan pun subjektif jugak sifatnya. Ada yang buat untuk kepuasan diri dan ada yang buat untuk kepuasan lelaki. Katogeri mana dia berada saya tak tahu...
Kalau ikut agama rasanya haram kan? Entah haram kot sebab ubah ciptaan tuhan. Kalau dah tua tu patut la kopek tu kecut kan? normal la, kenapa nak diubah-ubah lagi? Nak tentang kejadian alam. Terima la kopek awak yang kecut seadanya (sekecutnya heheh) terima tu dengan reda (suami pun kena la redha kan). Entah saya tak berani kupas pasal agama, ilmu saya cetek sangat pasal bedah kopek ni dalam konteks agama... Kita kena tanya tok iman.
Apa-apa pun saya rasa tentu dia berpuashati dengan kopek baru tu, setimpal dengan harga yang dia bayar. Saya pun harap dia tahu apa yang dia buat tu dan gembira. Saya tak bolehlah lebih-lebih sebab bukan kopek saya atau kopek bini saya.
Jan: Tapi kalau terjumpa nak ucap tahniah: "tahniah kerana dapat kopek baru" he he he.

Wednesday, March 10, 2010

Kasih sayang dalam sekeping not RM50...

Saya tak reti nak bercerita pasal duit. Saya tak banyak duit tapi saya rasa hidup saya ok. Pernah saya ada duit RM50 sahaja dalam poket, dalam bank tak ada langsung. Tapi saya gembira sakan je... Kini duit dalam bank ada la sikit...tapi saya tak gembira...
Pernah dulu masa di Kuantan saya ada duit RM50 sahaja untuk menunggu sampai dapat gaji iaitu seminggu lagi. Saya ada `terbeli' tuppeware...(he he he). Salah saya.
Malamnya saya berfikir sebelum tidur esok saya nak pinjam duit Azniza RM100. Saya tak boleh pinjam duit kawan yang dah bekeluarga (nanti mereka tak percaya). Orang bujang mesti banyak duit tak ada komitmeng, begitulah steriotaipnya.
Pagi itu saya terima sms dari seseorang, seperti biasa saya tanya la duit ada berapa lagi? Saya buat macam ayah saya tanya saya masa saya belajar di U dulu. Ayah saya selalu beritahu jangan duit tinggal RM50 baru nak beritahu ayah. Saya takut dia lapar...tentu payah nak study kalau perut lapar, saya rasa bertanggungjawab sebab dia anak yatim. Dia beritahu duit dia tinggal sikit je lagi...
Datang ke kolej esoknya, saya buat muka tak malu pinjam duit Azniza, saya kata nak pinjam RM100, tapi dia kata masa tu dia dapat beri RM50 je, saya pun terimalah. Alhamdulilah. Saya kata saya tak ada duit nak belanja. Saya tipu Azniza.
Dan masa tu tak ada orang nak ke bandar. Saya perlu bank in kan duit tu secepat mungkin. Azniza ada kelas, Kamal Azie pun ada kelas. Adnan pulak balik umah dia, sakit perut katanya. Hati saya berdebar-debar. Saya seorang diri tercacang tepi bangunan. Kemudiannya saya naik ke atas bangunan semula, nasib baik Sani tak ada kelas dan sudi antar saya ke bandar...
Sampai bandar saya bank inlah duit not RM50 tu, tak apalah minggu ni saya akan puasa isnin dan khamis. No hal. Kalau lapar pun lapar sebab puasa bukan lapar sebab tak ada duit...
Secara tak langsung saya bank in jugak kasih sayang saya dan keperihatainan saya bersama duit not RM50 tu.
Apabila saya dituduh saya ni jenis manusia pentingkan diri... Saya terpana, hanya allah saja yang tahu... hanya allah.
Jan: Saya tak malu, memang airmata saya menitis ketika menulis posting ni...

Tuesday, March 9, 2010

Masalah pengkategorian...

Saya dapati agak sukar untuk saya membaca semula posting yang saya hasilkan. Kebelakangan ini saya sering membaca blog saya sendiri seolah-olah saya tidak akan berblog lagi di masa hadapan. Bukan taksub dengan blog sendiri tetapi kebanyakan blog kawan-kawan lain sudah agak malap sirnanya.
Saya dapati sukar bagi saya untuk membaca penulisan yang pernah saya hasilkan, maka saya telah cuba membuat pengkategorian penulisan saya. Saya lihat dan tiru dari blog orang lain. Saya berpendapat sampailah masanya saya buat seperti mereka... kerana senang saya membacanya semula.
Saya dapati ada antara posting saya sukar untuk dikategorikan kerana mencakupi pelbagai isu. contohnya mana nak diletakan sama ada hendak dilabelkan `kawan...' atau `kisah rumahtangga...' atau `alahai...' Namun itu adalah masalah saya, yang paling utama saya mesti mengkategorikannya supaya saya dapat membacanya semula dengan lebih cepat dan efisen.
Jan: Semuga kawan-kawan saya aktif kembali menulis...

Monday, March 8, 2010

return to innocence... Enigma



Masa tak berdosa...



Love - Devotion
Feeling - Emotion
Don't be afraid to be weak
Don't be too proud to be strong
Just look into your heart my friend
That will be the return to yourself
The return to innocence

If you want, then start to laugh
If you must, then start to cry
Be yourself don't hide
Just believe in destiny
Don't care what people say
Just follow your own way
Don't give up and miss the chance
To return to innocence
That's not the beginning of the end
That's the return to yourself
The return to innocence
Don't care what people say
Follow just your own way Follow just your own way
Don't give up, don't give up
To return, to return to innocence.

If you want then laugh
If you must then cry
Be yourself don't hide
Just believe in destiny.
that's the return to innocence


SEMAKIN lama kita hidup semakin banyak kita melakukan kesilapan. Kita akan memandang ke belakang dan menyesali beberapa tindakan yang kita ambil, yang kita buat.... Apatah lagi jika tindakan itu memberikan kesan yang berpanjangan kedukaannya.
Tetapi perjalanan hidup kita yang singkat ini sebenarnya jauh sangat lagi nak sampai... Setiap orang sebenarnya mengembara secara sendirian dan sampai secara berasingan (kubur lain-lain). Ada episop suka dan terkadang meraung seorang diri sambil peluk bantal menyandar di dinding...
Kehidupan ini pelik, terkadang teruja rasa nak melompat katak terkadang menyeksakan zahir batin pula. Tetapi sebagai insan biasa kita harung, kita jalaninya kerana kita tiada pilihan lain (bukan kerana kita tabah, bukan! bukan! dan bukan) selain dari kita memang perlu meneruskannya, mengubatinya. Untuk kita juga, bukan untuk bank negara atau pihak-pihak lain.
Di sepanjang perjalanan, sebagai insan biasa kita terkadang terberlakon, berpura semuanya ok, di depan khalayak. Kalau sudah takdirnya begitu setelah sedaya upaya berharap usaha, mengapa masih menyoal takdir?
Tidak kah kita sudah semakin dewasa dan matang?
Jan: Are we getting wiser or just older? He he he.

Friday, March 5, 2010

Berlakon mengail...

Jom balik! nati kena tinggal!


Buat-buat mengail dan cari umpan (berlakun la tu...)


Jangan percaya, semua lakonan...


Bila besar dapat makwe seksi, saya mungkin dilupakan...ishk ishk ishk...



Najihah kakak Najib (juga musuh tradisi Najib)


Najib macam orang tamil...


Azlan macam orang Kemboja...


Azlan dan Najib tingkatan 1, Najihah tingkatan 4...



Jan: Semoga mereka rajin belajar...


Najib ada skeabis dan birat...




Kami menunggu doktor dengan boringnya...




Balik kampung hari tu, saya juga membawa anak-anak saudara saya ke klinik di bandar Jerteh. Saya dapati Najib dinaiki skeabis di kaki dan ada birat kat mulut. Azlan pula ada alahan sebab makan udang...



Kelihatan saya seperti ibu mengandung menunggu gilirannya...he he he








Bila berjumpa doktor, doktor kata bukan skeabis tetapi kuman pasir sebab suka bederat ( suka bederat maknanya lebih kurang suka bersiar-siar konotasinya lebih kepada negatif). Doktor tu kata lagi jika melarat mungkin kena potong kaki, he he he. Lawak doktor tu...

Saya juga masuk ke dalam bilik doktor tersebut. Sama naik saya dengan doktor menyoal pesakit (anak saudara). Bila doktor tanya rasa sakit ke rasa gatal ke? Saya tambahpanjangkan soalan doktor tu sakit gatal tu kat mana?. Bila saya keluar bilik tu barulah saya sedar, saya malu kepada diri sendiri atas perlakuan saya di hadapan doktor tersebut, he he he.

Oh ya, semasa di dalam bilik tersebut semua ahli keluarga masuk! Semua masuk termasuk Najihah dan emaknya. Bila keluar...ramai orang yang menunggu memandang kami.


Jan: Sakitku, kusembunyikan kerana kupercaya tiada doktor didunia ini dapat ubatinya... (pulak dah...)

Balik cuti pertama (2010)...


Saya tidak balik kampung pada hari Haya Haji lalu, saya beraya di Muadzam sahaja. Jadi selepas Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Cinalah baru saya balik ke kampung saya di Besut, Terengganu. Balik kampung gembira sebab dapat jumpa anak-anak saudara saya, pergi bandar Jerteh, berkaroeka, pergi pantai., kampung kita katakanlah...




Satu perubahan: Tepi rumah ayah tanan tebu, sebelah tu rumah jiran...

Saya tidak ada masalah pasal isteri tak nak ikut saya balik kampung atau bila balik kampung kita dia cetung mulut (juihkan mulut). Saya juga tidak ada masalah isteri nak balik cepat sebab tak selesa duduk di kampung saya, atau itu bukan kampung dia. Saya tak ada isteri... Kadang-kadang saya bersyukur juga (tak naklah bersedih sebab tak ada isteri). Kita sebagai hambanya kena bersyukur bukan saja atas apa yang ada, tetapi juga atas apa yang tiada...(unsur agama, he he he).





Bila balik kampung pastilah saya ke Pantai Bukit Keluang yang mengadap Laut China Selatan. Masa balik hari tu ombak besar sikit. Berhempas pulas ombak tersebut mahu menunjukan geloranya kepada saya. Namun saya tersenyum kecil, jauh benar hebatnya jika nak banding dengan gelora di hati Sukiman...(he he he, nak jugak).


Kelihatan anak saudara saya yang `darat', mandi kolam pun pakai baju...


Saya juga bawa anak-anak saudara ke resort yang berdekatan. Mandi kolam pulak. Mereka seharian menanyakan saya " bila kita nak gi mandi kolam". Terus saya buka dompet tengok duit sebab selepas mandi kolam tentu nak makan, saya pun selalu tak ada duit tunai (konon... he he he)


Huh! Saya tak mandi... Saya asyik main komputar sambil memerhatikan mereka mandi. Selepas mandi makan ramai-ramai... Gembira rasa...

Kalau datang Besut singgahlah rumah ayah saya. Boleh saya bawak pergi jalan-jalan kat pantai (kalau kebetulan saya ada). Kat pantai tu banyak cerita remuk hati saya...yang dah jadi sejarah pilu...(pulak dah).


Tak apa, ayah saya memang dah biasa sebab saya selalu bawak balik orang yang saya tak kenal ke rumah... he he he.

Jan: Semuanya pilu dan pahit tapi aku gagahi mengharunginya...

Thursday, March 4, 2010

Bab 8: cerita ke I (Sendiri sepi menyosong waktu…)

Mankisue berada di atas katinya, dia cuba menggerakan badannya ke kiri dan kanan tetapi tidak berdaya. Seluruh badannya terasa sangat letih, terasa kaku dan lesu. Dia cuba mengalihkan bantal di tengkuknya, dia terasa sangat lenguh tetapi juga tidak berdaya. Kepalanya pula terasa pening dan berat. Malam tadi seperti malam sebelumnya dia masih gagal untuk tidor lena walaupun kesemua ubat yang didiskripsikan oleh Dr Soraya ditelangnya.

Namun Mankisue tidak berputus asa, dia mencuba untuk bangun. Dengan menggunakan ke dua tapak tangannya, Mankisue mula menekan tilam untuk menyokong badannya ke depan, tetapi juga tidak berjaya. Dia terlalu lemah. Semua kekuatannya telah pergi… yang tinggal hanyalah kekuatan mulut sinisnya bersama ingatan dendam membara. Kukuh kejap.

Mankisue bertambah benci kepada dirinya, kepada seluruh jumlah kelemahan yang dimilikinya sekarang. Hatinya ingin marah tetapi tiada seorang insan pun menemaninya di subuh sejuk begini. Tiada sesiapa di kiri. Tiada sesiapa di kanan. Katil di sebelah kanannya sudah dua hari kosong. Katil di sebelah kirinya juga kosong. Dia cuba gagahi diri sekali lagi. Dia mahu bangun. Dia mahu ke bilik air…

Tetapi tidak berdaya, pipi sejuk Mankisue terasa panas. Ada air mata yang mengalir...

“ Ahhhh…huh” Kedengaran keluhan kecil Mankisue. Memang dia tidak berdaya langsung. Dia sudah tidak berguna walaupun pada diri sendiri. Kalau boleh dia ingin mati saja. Pagi-pagi begini urat tulang di seluruh badannya terasa sekeras kayu dan seberat besi untuk dialih. Dia tetap berusaha untuk bangun kerana dia tahu kepentingan untuk bergerak. Dia tidak mahu mengalami kekejangan. Sudah beberapa kali dia merasai kesakitan batang tubuh akibat lama tidak bergerak. Kesakitan yang wujud akibat kekejangan berada pada paras yang tinggi… Dia tidak mahu menambahkan kesakitan pada dirinya lagi…

Mankisue kembali terbaring pasrah di katilnya, matanya tepat memandang siling hospital di wad 4 tersebut. Dia memandang kipas putih jenis KDNK berpusing-pusing perlahan. Kipas siling itu selalu setia mememaninya hingga lewat angin malam. Menemaninya untuk lelap mata…

Mankisue tahu, amat tahu…dia sudah berada di adegan-adegan penghabisan, episod terakhir hidupnya…
Jan: Kesian pulak...

Monday, March 1, 2010

Bab 5: cerita II ( Seperti kucing kurap...)

" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue menghalau kucing kurap yang galak melilit kakinya. Daripada tadi semasa dia masuk ke kedai kucing hitam itu terus menghampirinya, seolah mahu bermanja. Asyik mengelilingi meja makannya dan kakinya, mengganggu makan petangnya...
"Sus-suh, suuuuh!". Tidak juga kucing hitam berkurap itu mahu meninggalkan kaki Mankisue. Mankisue menggerakan kakinya beberapa kali tetapi masih gagal menghalau kucing tersebut... Kucing itu suka melilit sahaja. Mankisue geli…
'' Nah ambik ikang ni '', Mankisue yang seolah-olah memahami bahasa binatang terus capai ikan daripada pinggangnya dan pandu kucing tersebut sehingga ke tepi longkang sisi kedai. Dia letakan ikan goring tersebut di tepi longkang. Terus sahaja kucing hitam tersebut makan ikan goring yang sudah tinggal sekerat itu. Mankisue lalu mendongak melihat ke tengah padang bola, memang kedai sederet ini membelakangkan sebuah padang. Kelihatan di tengah padang beberapa orang bermain bola…yalah tak kan main bowling pulak. Namanya padang bola, bukan padang bowling.
Redup petang-petang begini, sengaja Mankisue mahu menyendiri. Makan seorang diri. Sejak akhir-akhir ini dia sering mengelak pelawaan makan kawan-kawannya. Dia kini lebih selesa bersendirian. Dia menemui keindahan dunianya sendiri apabila dia bersendirian. Entah kenapa jika makan bersama kawan-kawannya dia terasa mahu cepat balik ke bilik di bangunan pejabatnya… Dia mahu menyendiri.
Mankisue kembali semula ke mejanya dan terus menyelak Harian Metro yang ada di mejanya, tetapi ada sesuatu persoalan berserabut di fikrannya:
“…jika manusia belajar untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan tuhan bui, aku percaya tidak banyaklah orang yang patah hati, sakit hati dan makan hati hidup merana di atas muka bumi ini...seperti aku."
“ …tetapi manusia…ahhh. Manusia itu korap sifatnya...” Keluhan hiba Mankisue. Mankisue mengelamun lagi…
“…tetapi sifat manusia itu busuk hatinya, alpa dirinya dan terlalu mementingkan diri... rela berdiri atas kekecewaan orang lain. Malah tergamak hidup bahagia atas kehancuran hidup orang lain. Selamat datang ke bumi...inilah manusia..."
Sesekali Mankisue menjeling berita tentang seorang seleberiti ustad rock yang bercerai-berai dan berkahwin lain… Dia benci, lalu dia terus ke halaman intisari rancangan, iaitu halaman yang biasanya dia tidak pernah jengok… Pelik.
Mankisue terus terbawa ke alam lain. Sejak dua menjak ini memang hatinya suka berbicara. Hatinya tak pernah mahu tenteram. Bukan dia tidak cuba bangkit, sudah banyak kali dia melawan perasaan dan cuba bangkit. Tetapi setiap kali mahu bangkit, dia kembali terduduk dengan lebih payah nak bangun kembali…
Kesyahduan bermunajat pada tuhan sudah lama tidak dirasainya. Dia rasa sesuatu kekosongan yang amat dalam. Kekosongan yang menjadikannya bertambah bimbang... Walaupun dipanjatnya doa beriring harapan, dia tetap rasa kosng. Rasa kosong dan hening sekali, seolah masa berhenti dan hanyalah dia merentasinya, melalui kehidupan ini..
“ Manusia ni pelik sifatnya, mudah lupa… dan hanya sayangi dirinya … Tetapi aku tidak mementingkan diri, dan hanya tuhan yang tahu sayang aku pada aras yang paling tinggi pada jumlah yang paling banyak…"
Kasih sayang yang berjumlah banyak tersebut ternyata tidak berguna kerana apabila berjauhan, kesetian adalah hampir mustahil. Mankisue tahu apabila hatinya resah, dan rasa tidak sedap pada masa itulah kasih sayangnya diselingkoh... dan dia dipermainkan. Perasaan dendam yang membakar dirinya bernyala semula. Redup petang yang syahdu tidak dapat meredupkan relung hatinya yang panas. Mengapa manusia begitu? Mengapa aku terlalu bodoh dan naif?
Mengapa? Memang kehidupan ini aneh dan manusia itu kejam…
'' La kenapa tak bawak motor, Man?'' Tiba-tiba Encik Roslan menyapa Mankisu daripada depan. Terkejut beruk jadinya, monolog hati Mankisue terhenti. Kedatangan Encik Roslan memang tidak disedari Mankiue, dia sememangnya hanyut dengan monolognya, dia lemas dalam lamunang.
Encik Roslan terus mengheret kerusi dan duduk di hadapan Mankisue (tanpa dipelawa…).
" Tak apalah sekali sekaler, motor ni kena bowok jugok, nati payoh start”. Mankisue memandang ke arah motornya yang banyak berjasa.
Motor tersebut dibelinya sebaik sahaja dia bertukar kerja di daerah pendalaman ini. Motor itu banyak berjasa dalam diam. Walaupun tiada ungkapan kata-kata manis dan janji bersulam harapan…motor itu tetap setia.
Mankisue dibawa semula pada kenangan silam…Masih teringat lagi seolah seperti baru semalam terasa....di atas motor tulah air mata rindu Mankisu mengalir… mengalir daripada jiwa yang dipasung rindu. Rindu yang terabai pilu dan kaku. Seolah baru semalam terasa.... Mankisue menangis bagai budak nak ais krem (tapi mak dia tak bagi sebab takut rosak gigi). Dia menangis pada setiap hari kerana dek penangan rindu yang tiada berpelabuhan. Dan pernah suatu ketika ketika bawak motor airmatanya menitis laju bersama air hujan…
" Demi allah aku akan balas dendam…"
" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue sekali lagi menghalau kucing kurap yang kembali galak melilit kakinya. Rupanya makanan yang diberinya sudah habis. Kucing itu masih terus menghampirinya, seolah mahu bermanja-manja. Mankisue geli, dia menolak kucing kurap itu ke tepi...menepis-nepisnya mengunakan kaki...
Jan: Sudah kurap lagi hina...?