"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 25, 2009

Kesedihan seorang bapa saudara...


SESUNGGUHNYA saya rasa sedih sebab anak saudara saya tak ada sorang pun yang dapat 5A. Yang okey sikit dapat 4A 1B sahaja. Saya berharap sangat mereka cemerlang daripada awal supaya senanglah bila mereka dewasa. Senang dalam kehidupan dan dapat menolong orang lain pula. Saya tidak mahu anak-anak saudara saya jadi macam saya, mereka mesti lebih-lebih lagi.

AMBIL BERAT

Saya sangat peka terhadap pelajaran anak-anak saudara saya. Bila balik kampung, kalau mereka ada kelas tuisyen kat sekolah, saya rela pergi tunggu tepi longkang dekat pintu pagar sekolah. Sengaja saya tak masuk kawasan sekolah sebab tak nak anak saudara saya malu. Sebabnya saya tak handsome tak bergaya mana, nanti dia malu pula kalau kawan-kawan dia tanya…Tu sapa?

Tentang buku-buku sekolah jangan cakaplah. Sebut saja subjek apa, siapa penerbitnya, saya akan usaha carikan, saya belikan. Walaupun ibubapa mereka mampu, saya mahu juga libatkan diri, saya mahu ada satu kehidupan. Biarlah kawan-kawan selalu pandang saya hidup senang sebab tak ada tanggungjawab. Macamlah mereka tahu sangat mengenai kehidupan saya ni...(baca dengan nada agak signikal).
Saya selalu mengikuti perkembangan/pengucupan pelajaran anak-anak saudara saya dengan gigih. Saya selalu beritahu mereka ilmu itu penting…

MASUK MRSM

Sebenarnya saya juga mahu mereka masuk MRSM. Sebagai seorang yang mempunyai master di dalam pentadbiran awan, saya tahu benar apa itu MARA, dan kaitannya dengan MRSM. Kalau dapat masuk mereka akan ditempatkan di suatu tempat yang persekitarannya adalah baik untuk membantu perkembangan pelajaran.
Kebetulan ada MRSM di Muadzam yang kebetulan lagi hanya sekangkang kera dengan tempat penginapan saya iaitu di Perumahan UNITEN. Kalau mereka dapat masuk MRSM Muadzam tidaklah saya terpaksa membelah kesunyiaan yang semakin mengigit tangkai hidup saya ni…(baca dengan nada hati yang pasrah, he he he)

SYARAHAN PERDANA SAYA

Dah dua tiga hari saya tak jamah nasi (tapi saya makan mee goreng, pulut dengan rendang, roti canai dan makanan lain, he). Semasa saya makan rendang ahad lalu berbuih mulut saya berleterkan adik saya. Saya beritahu kita sebagai ibubapa mestilah bertindak lebih daripada hanya menyuruh baca buku dan buat latihan. Kita mesti sediakan persekitaran yang konduksif yang dapat membantu pengajaran anak kita. Kita kena jaga didiplin mereka. Kira berbuihlah mulut saya berleter sambil sekali-sekala menyumbat pulut dan rendang ke dalam mulut.

Dalam syok berleter tajuk `macam mana nak pelihara anak tersebut biar pandai belajar’… Tiba-tiba saya terfikir. Eh anak aku dapat 5A ke? dan hakikatnya saya tak ada anak pun! Anak kucing ada…tapi tu pun jiran yang punya... Kalau ada anak mungkin dapat 5F kot? Tapi adik saya beritahu tak ada gread `F’ dalam UPSR’.

ABANG MEMANG PENYAYANG

Bila balik muadzam pun saya masih rasa sedih, bila sampai kedai makan saya tak oder nasi pun, saya oder mee rebus dan dua sek roti bakar je. Tup-tup bila pergi opis buka blob, saya terbaca blog `Aku…kan Abanggg (Thursday, November 19). Dalam blog tersebut Abang ceritakan betapa dia bersyukur dan bangga sebagai seorang bapa. Bila membacanya hampir menitis air hidung saya. Bagi saya Abang adalah seorang bapa yang hebat dan tabah. Yang tetap berusaha ke arah pencapaian pelajaran anaknya. Siti Nurshahirah harus bersyukur dapat seorang bapa yang ambil berat dan amat penyayang.

KAKAK SAYA

Lain pula dengan Kak saya, dia ada sms beritahu dia malu untuk masuk bilik guru sebab keputusan UPSR anaknya. Kakak saya guru cemerlang tiap tahu…tapi anaknya?.... Saya faham perasaannya, saya juga rasa sedih dan sedikit menyesal mengenai syarahan perdana saya. Memang senang saya cakap sebab saya tak ada anak. Tapi campur tolok ada juga kebenaran dalam syarahan saya tu.

Kakak saya seorang yang bertanggungjawab, daripada dahulu lagi dia ada melahirkan kerungsingan pasal anaknya. Dia pernah kata kepada anaknya `Malu mak ke Key (ayah saya) sebab anak-anak key pandai-pandai belaka’.
Entahlah saya tak boleh komen banyak-banyak sebab ibubapanya pun guru, pensyarah. Namun saya berazam akan lebih giat lagi terlibat dalam pembelajaran anak-anak saya. Opps! Anak-anak saudara saya, he he he maaf.

KULIAH PENDEK MAK SAYA

Saya tanya pula pendapat mak saya…dan seperti biasa mak saya jawab dengan selamba tetapi bagai halilintar membelah bumi pada diri saya. Nak tahu mak saya kata apa? Berjaya dalam pelajaran satu hal. Berjaya dalam hidup satu hal lain, begitu juga berjaya dalam alam pekerjaan dan lain pula berjaya dalam alam rumahtangga… saya tabik spring kepada mak saya. Walaupun pelajaran tak setinggi bangunan KLCC tetapi dia ada sesuatu untuk dikongsi. Sekali lagi saya rasa nak menitis tapi kali ini saya ke bilik air sebab nak menitis…(air kecil).

SAYANG ANAK

Dan saya juga terpaksa akui kita sayang kepada anak/anak saudara kita bukang kerana anak/anak saudara kita cerdik, atau mirip Farid Kamil atau pun `dengar kata’ kita. Kita sayang kerana dia anak/anak saudara kita... dang bukangkah love doesn’t ask y kang?

Jan: Banyak rupanya kita kena belajar dalam hidup, dan saya rasa saya baru saja masuk darjah satu dalam persekolahan dunia reliti…

Tuesday, November 24, 2009

Kak Na tudung labuh...



Pergi ke hutan mencari rotan,
Terjumpa beruang terus terdiam;
Dari Pekan sampai ke Kuantan,
Orangnya sederhana agak pendiam.



SAYA mengenalinya ketika kami sama-sama bekerja di Kolej Shahputra Pekan. Dia hadir ke Kolej Shahputra terkemudian sedikit daripada saya. Pada masa tersebut dia masih anak dara dan saya masih lagi teruna. Sekarang saya sahaja yang masih lagi teruna.
Saya merujuk panggilan nama `Kak Na' bila bercakap dengan kawan-kawan lain. Sebab ramai kawan-kawan memanggil namanya dengan panggilan `Kak Na'. Saya pun memanggil namanya `Kak Na', padahal saya rasa saya lebih tua daripadanya.
Apa-apa pun yang penting saling menghormati. Namun berhadapan dengannya saya panggil Na, dan terkadang tersasul panggil `Kak Na', he he he. Rasa muda pulak. Nama sebenar beliau ialah Azlina Haji Ismail.

KONINGWARE BUNGA ROSE
Semasa Mek Zue and the gang pergi ke Langkawi tempohari, saya sempat minta tolong Mek Zue untuk lihat harga Korningware di sana. Saya berhasrat nak lengkapkan siri-siri `anakbini' corningware bunga rose saya. Saya nak hadiahkan kepada mak.
Di sini mahal harganya, piring makan, piring kuih, cawan, gelas dan sebagainya. Di sini pinggang saja RM50 lebih sebijk, begitu juga cawannya (tanpa piring) RM52 satu. Mahal kan?

Ketika saya membelek Koningware saya, saya teringat pula kepada Kak Na (Azlina haji Ismail). Dulu saya berhutang dengannya beli Koningware dan vision.
SISTEM KUTU
Saya berhutang dengan Kak Na bayar bulan. Nak habis sepuluh bulan bukan main susah lagi. Puas saya merayu nak langsaikan sekaligus tapi katanya '' Tak buleh sebab kita guna sistem kutu..."


Bab-bab kutu pinggang mangkuk dialah raja pada masa tersebut. Saya dapati harganya murah sedikit sebab ia guna sistem koperasi suaminya
Entah macam mana sistemnya saya tak tahu tapi kita bayar sedikit je setiap bulan selama 10 bulan. Entah sekarang Kak Na masih lagi ligat menjualnya atau tidak, saya tidak pasti.

Sistem ini ada baiknya sebab kita dapat barang awal. Ramai juga kawan-kawan di KSP yang beli melalui sistem kutu ini. Kalau ada duit boleh beli dua tiga empat barang sekali gus. Dan bila tak ada duit di hujung bulan, jangan salahkan sesiapa, he he he.

AGAK PENDIAM

Orangnya tak banyak cakap. Sepatah kita tanya, sepatah dia jawab. Tapi biasanya beberapa patah saya tanya, sepatah je dia jawab, he he he.
Bila saya buat lawak bagai nak giler dia tersenyum kecil sahaja (senyum sekerat). Tapi suka juga bila bercakap dengannya sebab dia kata saya ni selalu ada idea nak bercakap. Memang semasa di Kolej Shahputra saya ramai kawan, agak popular...
Bila kami berpindah ke Shahputra Kuantan, dia duduk tingkat bawah, saya duduk tingkat atas. Kami taklah bertembung mana. Sesekali saya turun ke bawah jumpa dia nak tengok kalau-kalau ada katelog baru.
Nak harap dia naik ke tingkat atas atas? Huh!, selisih malaikat 44, mati hidup balik saya rasa tak dapat tengok, he he he. Dia pemalu orangnya.
PERISTIWA CEMAS

Saya tidak tahu bagaimana skill bawa keretanya sekarang. Tetapi saya dapat agak dia dah mahir jauh berbanding saya.
Semasa saya menumpang keretanya di Pekan, ada suatu peristiwa yang membuatkan jantung saya berdegup dengan pantas dan saya rasa ngeri. Saya ngeri sangat bila naik keretanya. Suatu hari tu dia membelok di hadapan kolej Shahputra Pekan, bila nampak line clear sup-sup di masuk ke tepi jalan dan membelok atas rumput tersebut dengan ganasnya!.
Biasanya kita cari simpang atau kawasan lapang sedikit, tetapi Kak Na pada masa itu kira `berani mati' actionnya. Sejak hari itu saya mengelak diri daripada menumpang dia, he he he. Ampun Na.
Beberapa kali saya pernah tengok dia membelok keretanya depan kolej shahputra Pekan di celah-celah pokok sahaja!
BELI RUMAH BARU...

Semasa Kak Na beli rumah di Indera Mahkota, saya ada pergi melihatnya. Bila dia naik rumah dia ada buat majlis. Pada masa saya pergi ke rumahnya tersebut...dalam hati saya, `bila la aku nak beli romah..'.
Kak Na adalah antara pensyarah terawal yang membeli rumah sebaik sahaja kolej Shahputra berpindah ke Kuantan. Saya juga pada masa tersebut masih tak ada niat nak beli rumah. Bila saya dah sampai Kuantan barulah ingat nak beli rumah. Perkara nak beli rumah ini rupanya dah ada dalam fikiran Kak na semasa dia di Pekan lagi.
SUAMI KAK NA...
Suami Kak Na baik orangnya, setiap kali saya berjumpa dengan suaminya dulu.... saya kontrol tingkah laku saya. Saya malu sebab saya macam belon, sedangkan suami Kak Na mantap dan tegap orangnya, askar.
Sebagai manusia kita kenalah jaga penampilan dan perangai kita di hadapan pasangan kawan kita kan? Sebab kita berkawan dengan kawan kita dah lama, kawan memahami perangai kita. Namun pasangan kawan kita mungkin baru sahaja kita kenal dan masih tidak menjadi kawan baik kita. Kita kena kontrol sikit perangai kita.
Semasa pergi ke rumahnya, perangai mesra suaminya menyebabkan saya menambah sebanyak 3 kali. Ya, gagal juga saya kontrol sebab saya lapar. Memang daripada pagi saya tahan perut, khas untuk makan kat rumah Kak Na, he he he.
VANTAGE..
Kini lama benar saya tak jumpa Kak Na. Adakah dia giat lagi berkutu korningware? Kalaulah dia membaca coretan ini saya nak ucapkan terima kasih banyak atas persahabatan lampau. Walaupun saya sekarang jauh di Paris (Muadzam), kenangan bersama dulu tak dilupakan. Koningware tersebut akan dijaga oleh emak saya pula nanti. Saya bersama vision sahaja nanti...
Dan sekarang dengar khabar...amboi banyak kumpul barang Vantage yang cantik2. Nak jugak saya melihatnya. Tentu cantik dan boleh dijadikan perhiasan.
P/S: Gambar `Kak Na' di atas di ambil daripada Kolej Shahputra website...

Jan: Kalau lalu Paris (Muadzam), singgahlah Na...

Monday, November 23, 2009

Hotel Boulevard

Kerja saya membawa saya ke hotel-hotel. Jangan salah sangka pulak saya bukannya pelacur. Segala pembelanjaan ditanggung oleh majikan. Namun saya juga dapat elaun kerana keluar bekerja di luar kawasan.
Hujung minggu lepas saya menginap di Hotel Boulevard. Inilah kali pertama saya menginap di hotel tersebut. Lokasinya di Mid Valley City, Kuala Lumpur. Mulanya nak menginap di Citytell Hotel tetapi semua bilik sudah penuh...



Istimewanya hotel ini satu bangunan dengan pusat beli belah Mid Valley, senang la nak lepak-lepak urban kat bawah kalau boring. Dan istimewanya lagi dekat dengan pusat membeli belah lain (dan yang penting dekat dengan INTAN, Bukit Kiara di mana forum diadakan).


Seperti biasa saya akan bawak pembaca menikmati sedikit sebanyak kemudahan yang disediakan. Saya menginap di bilik yang murah sahaja, bukannya bilik yang mahal atau mewah.




Diletakan tuala pulak atas mangkuk tandas ni...

Ni tak lain tak bukan ialah tempat pelaburan, kesihatan kena jaga. Mengapa nak simpan racun dalam badan? Kan? Bahan buangan yang harus dibuang mestilah dibuang supaya badan kita tidak mengandungi kuman atau najis yang berlebihan.


Bentuk mangkuk tandasnya biasa sahaja, warna putih. Yang lain sikit dia letak tuala atas mangkuk toilet tu, berbeza benar dengan toilet rumah kita kan?





Ada dua pasang baju lepas mandi...


Ni ada baju yang kita pakai lepas mandi yang macam dalam filem orang putih tu, saya cuba jugak...he he he. Tapi saya lebih senang pakai pakaian saya sendiri.


Sempat lagi pose sikit dalam gambar tu, he he he






Ni saya pukul dalam bilik air. Maklumlah tak ada kerja nak dibuat. Nak turun shoping pun takut...(takut habis duit, he he he). Namun saya habiskan masa dengan membaca buku. Tadi saya beli 5 buah buku kat kedai MPH. Sue Adnan juga ada kirim novel tajuk `Menunggu Cinta Tuhan'... Dia suka baca novel.

Ni la nombor bilik di mana kejadian tu berlaku...he he he.





Sterika ada disediakan dalam lemari.




Sebab esoknya ada forum, saya bawak sehelai baju kerja. Saya kena iron sebab nanti ketara sangat orang nampak saya tak ada bini. Saya kol lah rung servis mintak seterika. Rupanya dia dah letak dalam almari. Malu pulak rasanya, nasib baik dia tak kenal saya (sebab guna kol).
Biasanya mereka akan bawa seterika ke bilik atau mereka suruh ke satu tempat di mana ada seterika. Kita kena seterika kat situ...


Boleh timbang berapa kg? Dan berapa RM sekilogram?





Ni alat kegemaran Mek Zue, diletakan dalam bilik air. Saya cuba juga timbang, huh tak turun-turun berat badan padahal dah abis banyak uncang teh kurus, Huh! Doktor kata saya kena kuruskan badan sebab saya ada darah tinggi...


Rasa seperti mandi dalam kaca...



Gini gayanya dia letak kain tuala...



Depan kepala katil di tengahnya ada cermin besar...



Entah macam mana sebab bilik tu ada banyak cermin, saya terpukul gambar sendiri...he he he. Sori bukan saya nak show off ni, he he he.



Almari... tak kanlah tak kenal kan...


Ada la pen dan kertas kecil, boleh lah nak tulis nota kecil
(tentang rindu yang tak pernah nak padam.... )



Gaya retro kan? simple je...Tapi RM330 semalam.



TV bukan LCD, huh!



Suam-suam kuku je terang cahayanya...


Seperti biasa ada dua katil, tapi saya guna satu sahaja, memang rasa seram sikit tengok katil kosong dan cahaya lampu suram pulak...teringat cerita Dark Water...


Tetapi kalau nak membaca ada lampu cerah....


Jan: Mengapa mimpi-mimpiku masih ngeri?

PTD Bukit Kiara, `2009 Economic Forum'.

SEMALAM saya sampai Muadzam hampir pukul 6 petang. Hujan renyai-renyai... bayu berpuput lembut. Sebaik sahaja sampai rumah (selepas ke toilet) saya terus kemas rumah sebab saya tinggalkannya seperti kapal pecah.

Pengalaman ke Bukit Kiara untuk Economic Forum amat berharga...Dah hampir 20 tahun tak ke INTAN, Bukit Kiara. Kira masa jadi pelajar dulu selalu jugak datang konon nak ambik info nak buat kertas kerja...

Di sini ada kurus latihan untuk pegawai takbir dan diplomatik. Sebenarnya dulu saya ada juga mintak PTD, he he he. Kelakar jugak kan. Ya lah pada masa tu saya mana tahu kemampuan saya. Tapi saya memang lulus peperiksaan dan dikatogerikan dalam kumpulan A, namun saya terduduk bila diinterview bersama secara kumpulan. Semasa perbincangan saya sopan je, menyampuk mana yang perlu...

Rupanya nak hidup di dunia nyata kenalah ada ilmu lain selain daripada Master of Public Administration. Penampilan saya nampak kartun dan saya tak boleh berbahasa inggeris dengan lancar...he he he. Mereka tak nak muka kartun walaupun agak handsome kot.

Di forum ekonomi tersebut, bila saya sampai di sana ramai juga orang terkenal yang saya tak kenal. Tetapi semua orang penting dalam bidang ekonomi, memunculkan diri. Termasuk menterinya dan Datuk Mahani yang sangat pandai bercakap pasal ekonomi.

Wartawan kiri kanan, tapi saya tak layan. Maunya mereka tanya pasal OPP4, kat situ juga saya terduduk nanti. Maka saya jalan laju je depan wartawan. Tak nak glamour.

Sebenarnya forum ni juga diadakan untuk memberi input kepada Rancangan Malaysia yang ke 10 nanti... Saya hadir dapatlah kumpul input, nanti bila mengajar Malaysian Economy bolehlah goreng sikit...he.

Macam biasa bila saya sampai orang lain tak sampai lagi, meja pendaftaran pun tak siap sepenuhnya. Sebabnya saya datang awal.

Bila masuk dewan...amboi, kerusinya best sangat, bila kita duduk rasa `tenggelam', kepala kita pun dapat menyandar dengan selesa... kalau tak best bolehlah lena, he he he.

Gerun tengok sekeliling, nampak sangat mereka kaya, berilmu dan matang. Sebenarnya saya wakil Dekan, dia tak dapat pergi dengan tiba-tiba sebab ada hal yang tak dapat dielakan. Bila ketua jabatan mintak saya ganti, saya pulak tak dapat elak, he he he.

Rasanya gaji yang paling mahal untuk penjawat awan di Malaysia adalah PTD. Pegawai ini dapat banyak elaun. Dihormati dan digeruni. Dan dah sinonim mereka kahwin dua...he he he.

Banyak kali juga saya tertidur semasa pembentangan kertas kerja, terutama part kejuru teraan dan perakaunan negara. Mungkin sebab bukan bidang saya.

Saya akan bercerita lagi nanti pasal pemergian saya ini. Kali ini saya pergi seorang sahaja tanpa Ja. Nampaknya saya semakin kena berdikari dan hadapi hidup ini sorang diri...

Jan: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan banyak duit habis..

Tuesday, November 17, 2009

Bisikan sebuah hati...

" Mengapa walaupun tuhan telah tunjukan dia curang, tidak seperti yang diharapkan, dan segalanya amat menyakitkan...namun hati ini masih mengingatinya...mengapa?. Mengapa aku terhukum begini walaupun aku tidak bersalah?.'' - Mankisue.
J
an: No komen...

Monday, November 16, 2009

Adik: Fasal I, Volume III.

Rumah cantik beratap rembia,
Terletak cantik di sungai pahang;
Tiba2 tersenyum kerana gembira,
Kisah lama, jadi kenangang.
Orangnya taklah sehandsome mana... tetapi saya tak nafikan, dia ada daya penarik, ada aura. Dia ada `kuasa' untuk `menerangi' sebuah bilik yang `gelap' atau `lorong' yang sunyi...
Bila berbicara dengannya kita akan rasa sudah tidak wujud orang lain di sekeliling kita. Bila berjalan dengannya tiba-tiba je sampai tempat dituju... tak terasa masa berlalu... Bila bercakap dengannya dia akan berkisarkan tentang diri kita dan dia sahaja, tak ada mengenai perkara lain yang mencelah... Dia akan membuatkan kita rasa istimewa. Sebab itulah saya rasa ramai yang jatuh cinta dengannya (selain sebab mungkin mereka rabun...)

KEBIMBANGAN KE TAMAN NEGARA

Apabila saya diarahkan oleh Encik Azman (kini Datuk) menjadi pensyarah pengiring ke Taman Negara, saya sebenarnya mahu mengelak tetapi tak daya. Saya bimbang saya akan terjun ke dalam sungai apabila berada di sana sebab masa tu saya hanya mahu mati saja.... Pada masa tersebut sarat saya bawa beban hidup dari Besut...[tapi sempat lagi tanya Adik... Sapa yang cantik tu Adik? he he he. Dan Adik jawab...Etaa (sekarang dah mama)].

Dan saya juga bimbang saya mungkin akan jadi kera sumbang di hutan belantara yang berusia ribuan tahun itu... Sedangkan semasa menjadi guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut, saya amat popular. Menjadi guru cemerlang dan popular... Namun tak sangka pulak glamour bila sampai sana, saya dilayan dengan baik oleh para pelajar.
Dan saya juga bimbang, pada masa tu saya kuat merokok. Nanti kat mana saya nak merokok kalau pelajar ada kiri kanan?

DIA PANDAI MEMUJUK

Ya, memang saya bawak hati ke Pekan. Bukan sahaja hati tapi segala-galanya, paru-paru, buah pinggang dan pangkeries juga... Saya nak bina hidup baru... Tapi posting kali ini pasal Adik, bukan pasal kedukaan saya pada tahap pertama di KSP Pekan tersebut.

Adiklah yang 8 kali datang memujuk saya supaya menemani para pelajar ke lawatan tersebut. Katanya lawatan tersebut memerlukan pensyarah pengiring yang kononnya boleh diharap. Pagi petang dia datang bermanis muka di meja saya (kepakaran dia). Dan kadang-kadang dia cari saya sampai kat library nak pujuk gi Taman Negara.

Macam macam dia cakap, macam-macam mimik muka dia buat. Bermacam nada dan irama suaranya untuk memujuk saya pada masa tersebut. Maklumlah rombongan itu mesti ada pensyarah pengiring. Namun satu ayat yang membuatkan saya cair...:

`` En Sukiman jangan bimbang saya ada '' Itulah kata-kata manisnya apabila saya sering beritahu nanti saya tak ada kawan dan pelajar hanya akan berkawan dengan sesama mereka je nanti. Dan itulah kata-kata yang selalu telinga saya terpaksa dengar pagi petang sepanjang minggu tersebut. Memang dalam bab-bab memujuk dia teror, kalau tak percaya tanya Anis.
Dia suka buat-buat muka dan lakonan yang agak over bila memujuk dan mahu pengaruhi kita. Dan itulah yang membuatkan saya suka bersulam menyampah. Namun apabila disukat-ditimbang tara....saya terhibur. Itulah keistimeweaan adik. Sukar kita nak menolaknya.
DIA POPULAR

Dia selalu bangkang pendapat saya dan dia selalu kata saya tak serupa dengan orang lain...entahlah. Namun adakah dia juga tak sedar dia juga tidak serupa orang lain...? Dan tak pernah saya jumpa. Contohnya dia lebih popular di kolej shahputra, meraih populariti lebih daripada pensyarah dan para pelajar. Siapa tak kena adik?. Sedangkan pada masa tersebut saya baru nak mula mencari tapak, mendaki populariti.
Dan dia memang glamour di antara kawan-kawannya. Mungkin dia selalu cuba membawa keriangan dalam setiap hati orang yang dia jumpa. Tapi saya nafikan yang saya menumpang glomour dia, sebagai pensyarah pengiring saya sudah mempunyai asas keglamouran saya sendiri.
Tetapi ya...saya tak nafikan dia orang pertama membuatkan hati saya gembira apabila saya hijrah ke Pekan. Saya harap tak terlewat untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
SUARA DIA TERUK...

Saya masih ingat lagi masa tu dia nyanyikan lagu indon kumpulan Sheila ong Seven atas perahu. Lagu Sopheia...walaupun suaranya taklah sedap mana (sehingga saya tak tahu nak terjun sungai kerana patah hati atau kerana suaranya, he he he) namun saya terhibur. Saya tak ada pilihan kan?.

Gelihati melihat gelagat orang muda, terhibur juga saya melihat gelagatntya yang menyanyi dalam sampan. Macam dia tidak mempunya masalah langsung atas muka bumi ini. Sedangkan saya 8 kali rasa nak terjun je ke dalam sungai tersebut pada masa tersebut.

RAHSIA SAYA...

Entahlah...bila bersama dia saya rasa... saya rasa lebih terbuka....saya rasa dia budak baik. Ya saya ada ceritakan sedikit iaitu 1/8 daripada rahsia kisah hidup. Saya ceritakan secara versi mudah kenapa saya terlontar ke Pekan, he he he. Saya tidak tahu itu satu tindakan yang betul atau tidak. Yang pasti pada masa tersebut saya memerlukan seseorang untuk bercerita... Dan pada masa tersebut saya tak ada pilihan. Saya hanya ada Adik.

Saya tidak tahu bagaimana hendak menulis mengenai dirinya. Bagaimana nak mula dan di mana akhirnya. Saya ada menulis mengenainya sebelum ini tetapi berat untuk saya postkan di dalam blog ini...


Jan: ...ada beberapa perkara itu eloklah disimpan sahaja...

Saturday, November 14, 2009

Supernatural:Cerita mengarut tapi...

Kalau boleh saya tidak mahu ketinggalan menonton Supernatural. Saya mesti balik kerja awal, tak nak steay dengan hantu kat opis. Saya tau sangat cerita itu mengarut tetapi tidakkah hal yang mengarutlah manusia selalu minat kan? He he he?

Alamak! Jiran sebelah beli perabut jati!

(Kalau tak, tak kan sampai RM31 juta hangus dalam skim labu peram. Dan yang hangus itu kira esekutif muda kita juga, yang terpelajar (80%) yang nak sangat cepat kaya sebab menjanjikan keuntugan 300% dalam masa setahun!.).

Autograph istimewa untuk pembaca blog jankaulu...!

Dah nak subuh, jom semayang...

Saya suka cerita hantu, sebabnya...? saya tak tahu, he he he. (Ya lah kan, sepertimana kita cintakan seseorang kita sebenarnya tak tahu. Kalau nak kata cantik, berlambak lagi yang cantik. Nak kata baik berlori lagi yang baik hati, he he he. Kita cintakan seseorang tanpa sebab. Dan tak perlu tanya dan tak perlu cari jawapannya kan...).

Ini beg duit dan kunci kereta Myvi encik Jan...!

Berbanding dengan cerita hantu yang pernag saya nonton, saya dapati keseraman cerita Supernatural taklah pada tahap yang tinggi. Tahap biasa-biasa sahaja... Apa yang menarik sebenarnya ya. Kalau tak, tak kan lah sampai dah season 4 dah.

My heart wil go ong....

Cuma cerita Supernatural macam betul je sebab ia dikaitan dengan zaman dan teknologi sekarang. Saya dapati cerita itu taklah keterlaluan mengarutnya....entah. Maksud saya tak ada munculnya bola api setiap 5 minit atau sikit-sikit ada hantu bawah meja atau sikit-sikit ada atas alang atau tangga...huh. Dalam siri ni tak ada.

Mamat handsome, adik beradik...
Dua pelakon utama yang berlakon pun handsome orangnya. Konon adik beradik memburu hantu kerjanya (berapa gaji sebulan?). Sedap mata memandang pelakonnya yang kadang-kadang bertelagah kecil tapi mesra... Tubuh tegak, casual, agak handsome, sorang lagi agak-agak handsomenya.

Semasa saya dan Kamal bujang dulu (kini Kamal tak bujang lagi...) di rumah sewa, Kamal kata adiknya handsome. Entahlah... cara lelaki menilai kehandsomang seorang lelaki pun sudah berbeza, apatah lagi perempuan kan....he he he. Saya rasa abangnya hangsome, he he he.

Cerita ini bersiri, saya kena tunggu-tunggu-tunggu. Saya berhajat jugak nak sambar DVDnya yang berseason-season tu. Berbanding dengan cerita 'Superman' yang heronya nampak naif, bodoh dan bler (tapi cute), baiklah saya sambar DVD cerita 'Supernatura'. Tapi DVD cerita `Prisong Break' pun best kalau dibuat koleksi...kan.

Namun saya lebih suka cerita hantu...

Jan: Tengah sibuk menulis cerita `Puaka..'

Thursday, November 12, 2009

Membaca: Saya malu...

PAYAH ya kita nak jadi pandai dan berpengetahuan kalau kita tidak banyak membaca. Ilmu banyak sangat di sekeliling kita (bertumbuh segar mekar berkembang bak seribu mawar). Manusia nak kunyah dan mamah dan hadamkannya amat sukar. Maka muncullah buku. Kita guna buku yang dah melalui proses kunyahan dan mamahan untuk raih pengetahuan.

Membaca tidak akan membuatkan kita jadi kaya material secara automatik, membaca yang pasti tidak akan memiskinkan otak kita dalam berfikir dan menghayati sesuatu. Membaca membuatkan kita bertambah kaya nilai kemanusiaan.

Kalau kita tak ada banyak ilmu, dan jenis kita ni pulak mulut tak boleh tutup, pastilah menjelaskan lagi kedangkalang otak kita pada khalayak. Bila orang lain nak bincang isu kita nak bincang jugak. Bila orang lain nak bercakap kita nak mencelah jugak.

Membaca akan membuatkan kita seketika terkurung dalam bilik, dalam pejabat atau di tenpiang pantai yang indah tetapi pada masa yang sama ia membebaskan fikiran kita mengembara ke alam baru...alam yang disusun indah...oh..oh indahnya...


Amboi banyaknya buku Jib! Boleh pinjam?

Saya percaya gambar di atas bukannya PM kita nak menyohol. Dia bukan macam kita. Banyak kerja lain lagi nak buat dan nak difikirkan. Kita ambil positif gambar di atas.
Segala input terkini, fikiran purata masyarakat, panduan, sejarah kemanusiaan, tingkah politik dan serba mak nenek mesti diketahuinya. Mahu diketahuinya supaya input tersebut dapat membantu pemikiran yang nak dibuat...

Saya selalu malu tapi buat-buat khusyuk dan faham apabila hadiri musyuarat atau perjumpaan santai bersama kawan yang berpangkat tinggi. Mereka bercakap ekonomi secara global dan tahu apa yang telah berlaku dan akan berlaku...sedangkan saya, he he he hanya tahu pasal katelog terbaru Tupperware. Bila nak mengajar kebanyakannya masih nak relatekan dengan apa yang saya belajar di U dulu.

Sebab itulah saya berazam tahun depan saya mahu lebih baca banyak buku, majalah dan search intenek...


Jan: Akhirnya kita jugalah kan? yang memberikan jumlah harga diri kita ini...

Wednesday, November 11, 2009

i barely understood...

Yang bersuater merah: Sir sukiman tu prasan lebih la... selalu nak menunjuk...
Yang berkaca mata: Ya, ya ya...sepanjang semester.

Alamak....., handsome jugak pak we kat belakang tu, semalam biasa je...kontrol ayu-kontrol ayu-kontrol ayu...
Tudung Biru: Eh betul ke ada student kata kau nak tackle sir Sukiman?Tudung Hitam: Laa, aku bukannya rabun...
Tudung Biru: Eh b
etul ke tunang sir mati aksiden kat Kuantan, dia patah hati sampai leni tak kawin-kawin. Sir ada cerita ke klass prep kita hal ni.Tudunh Hitam: Eh, semester lepas sir beritahu senior bini dia mati kena penyakit TB...
Lecturer: Amboi... mengalahkan lecturer gayanya. Ni tak boleh jadi ni...aku mesti diet.

Kontrol ayu pulak dah...(dah la ayu, pandai pula belajar).
Anak sapa ni? Asal mana? Ayah kerja apa? Tinggal kat mana? pernah gi zoo negara tak?



Pelajar2: Sir there can be miracles when you believe...
Eh macam mana Sir Sukiman ni? Aku tak boleh buit kuiz pun dapat markah tinggi.
Ke sebab aku selalu puji dia? he he he.

Pelajar lelaki: `Maaf laa.., saya datang lewat dua minit empat puluh tiga saat je...'
Pelajar Perempuan: `Huh! memang dasar lelaki, janji tak penah nak tepati!. Memang betul sir sukiman beritahu jangan percaya sangat janji lelaki, bukan semua lelaki setia macam dia...'

Sir, sir mampu tak beli beli handphone model ni?


Buat-buat mancho pulak dah...

Pelajar-pelajar: Sir sir kami suka la kelas sir, sir kelakar...
Lecturer: Ya lah, kalau kelas dah jadi macam zoo negara, dan saya jadi badutnya...sapa tak suka.

``Nasib baik aku cepat mencelah...'' katanya sambil tunjuk dua jari (peace la tu konon)

Bila la nak strat belajar ni, macam kelas fotografi pulak jadinya...silap-silap aku beritahu dekan, baru haru...
Amboi ada yang buat gaya Titanic kat belakang! Tengok tu sebelah kakinya diletakan di atas kerusi!

Pemalu konon!


Pelajar: Hai sir... kami datang lewat...sambil buat suara manja dan rebahkan diri di pintu kelas.
Pensyarah: Tak datang langsung pun tak apanya...

Jan dan Asmidar: Dalam kehidupan yang terindah melalui dunia remaja, pelajarku antara kesungguhan dan kenakalan sukar dibezakan... Berdebar-debar hati kami pertama kali bertentangan mata... (setiap semester...)

Tuesday, November 10, 2009

Seribu Mawar: Sepatah aku berjanji...

'' Di antara lorong-lorong serpihan kenangan yang kuimbau di hatimu, kujumpa hanyalah janji-janjiku yang terbiar berkulat yang kau persiakan. Janji-janjiku yang condong itu merebah kering kiang berspora... sudah tidak tegak teguh berdiri. Tidak mencengkan dalam... Tidak gamak aku melihatnya...kau persiakan, kau benar-benar puaka...''
'' Namun jauh di firma hatiku, kuikat kukuh, kusiram segar segala semua keluk-keluk janji-janjimu dengan air seribu mawar. Kubajai janji-janjimu yang lahir daripada rayuan hati. Aku selalu menahannya biar mekar tumbuh segar di sepanjang hayatku, sehingga ke titik akhir degup nafasku... akan kupertahankan, kerana aku bukan munafik cinta...''
Jan: Tolong jangan putarkan lagu itu, lagu itu mengingatkan aku dan dia. Ah...oooo....Oh sayangku...

Monday, November 9, 2009

Joe yang baru...

Dari Kemamang naik perahu,
Naik menuju Kuala Berang,
Nampak luaran hamba tak tahu,
Dalam hati tak dapat dipandang...
PANTUN di atas adalah pantung empat kerat yang saya reka khas untuknya.
Orangnya kecil molek, kalau salah lihat macam student. Pakaian kerja dia, gemar pakai baju warna putih. Dan dia juga ada seluar putih... Kalau waktu tak bekerja kita boleh melihatnya memakai tshirt merah dan topi merah, berseluar jeans persis pelajar tingkatan 4 yang setahunnya nanti akan ambik SPM (namun umurnya yang sebenar berpuluh tahun daripada umur pelajar tingkatan 4 tersebut).

Pandai berbahasa inggeris dengan baik tetapi tak menyoholnya depan orang ramai. Pernah dia arahkan saya pulangkan balik ijazah saya ke UM sebab buat malu UM sahaja katanya kerana saya tak boleh berbahasa inggeris dengan baik. Lawak tulah juga saya gunakan untuk menyakat Kamal. Saya suruh Kamal antar balik izajahnya ke UPM bila Kamal bertukar keluk untuk harga lantai dan harga siling, he he he. Lawak tu memang hakmilik Joe. Sekarang lawak tu ada saya bawak ke UNITEN pulak.

Orangnya tak ada ramai kawan. Mungkin dia pemilih sikit orangnya dalam berkawan...Atau tak ada orang nak berkawan dengannya? he he he (ampun joe). Pun begitu dia ramai kawan-kawan student. Dia suka berkawan dengan student, mungkin perasan mudalah tu, he he he. Huh!

Saya mengenalinya semasa bekerja di Pekan. Dialah seringkas manusia yang pernah saya jumpa di atas muka bomi ini. Semuanya ringkas belaka. Segala mengenainya ringkas belaka. Tak ada suatu pun yang berlebihan. Berbeza dengan saya yang semasa pindah rumah ke Kuantan siap dengan periuk belanganya sekal. Sedangkan dia tak bawa banyak barang, hanya yang basic-basic saja...

Dia juga agak popular di KSP Pekan. Banyak juga cerita mengenainya yang saya tak tahu betul ke tak. Dia pernah digossipkannya dengan Yana. Sapa yang mula reka cerita ni pun saya tak tahu, he he he. Yana adalah seorang pensyarah yang boleh dikatogerikan sebagai ayu dan lembut rupa parasnya pada masa tersebut. Saya tidak percaya gossip tersebut sebab saya rasa tentulah Yana nak pilih yang berduit, tinggi, tegak dan umph...(ampun Yana, he he he. Ampun juga Joe). Namun sekarang Joe dan Yana telah berkahwin (masing-masing kahwin dengan orang lain). Saya doakan semuga Yana bahagia.

Kita kembali kepada Joe sebab posting kali ini adalah mengenainya...bukan asyik mengenai diri saya sahaja. Sekarang Joe sudah berumahtangga. Semasa dia beritahu dia nak kahwin, saya terkejut juga. Sukar juga saya nak percaya. Seperti orang beritahu Anita Sarawak pakai tudung labuh. Nak tampar pipi sendiri nanti jadi Mr Bean pulak. Kena tangkap basah ke? Macam-macam fikiran negatif saya timbul... saya tak percaya. Pertama kenapa tiba-tiba nak kahwin? dan kedua betul ke ada orang nak ke dia? He he he (ampun sekali lagi Joe).
Saya berkesempatan melihat gambar isterinya (pada masa tu bakal isterinya). Nampak islamik orangnya persis gaya Kak Na, gaya muslimah sejati (ada muslimah tiruan ke? he he he). Saya hampir tak percaya, entah dia ambik gambar student mana pas tu ngaku tunang dia kot? Saya masih berat lagi nak caya. Atau perempuan tu rabun pilih Joe? Sebab dalam gambar tersebut tak pakai cermin mata pun... he he he.
Tetapi hakikatnya di antara ribuan perempuan, perempuan itulah yang berjaya mencuri hati Joe. Yang membuatkan Joe yakin itulah orangnya yang akan bersamanya sampai ganyut. Yang berjaya buat Joe jadi seram sejuk masa akad nikah. He he he. Dan perempuan itulah yang berjaya melihat banyaknya kebaikan dan kelebihan dalam diri Joe...yang kita gagal nampak. Atau tak mahu nampak...

Sekarang Joe ada juga sms dan kol saya. Terbaru dia sms bertanyakan siapa Era dan Madi, katanya dia ada juga menempah barangan dari London. Namun biasanya Joe akan menceritakan hal kehidupannya yang dianggapnya lebih tersusun dan teratur. Sekarang kehidupannya lebih teratur katanya. Ada orang jaga makan minum dan segalanya. Dia dah dapat bahagiakan masa dengan baik. Dia tiada lagi masalah nak bangun pagi pergi kerja. Malah katanya dia dah dapat hasilkan moduel! Semuanya terurus, dia ada masa untuk buat banyak perkara... Bagi saya itu satu perubahan yang baik, ke arah yang lebih baik.

Saya pula sebaliknya. Kadang-kadang saya dah tak larat nak jaga rumah tempat saya tinggal ni. Tak larat nak buat banyak kerja. Semuanya atas kepala saya...Saya kena pastikan semuanya teratur. Cadar jangan sedikit pun berkedut! Bilik air jangan sampai naik lumut dan letih untuk mengelap tingkap tiap minggu, ayong baju, basuh baju dan sebagainya. Kadang-kadang rasa boring jugak kan? Eh... sorry posting ni pasal Joe.

Saya bertambah haru biru apabila Joe kata sekarang dia juga sudah berkebun dan menanam pokok bunga terutama jenis keladi perhiasan. Sukar untuk saya percaya Joe boleh berubah. Sukar. Dulu tak nampak langsung minatnya pada berkebun. Segalanya telah berubah...segalanya boleh berubah. Ke orang berkahwin memang jadi begitu?.

Joe ada kirim sms antar gambar air pancut dan perhiasan keladinya di taman mininya. Cantik dan modern... Sekali lagi saya hampir tak percaya. Kot-kot dia pukul taman mini di rumah jirannya (he he he ampun Joe). Tetapi saya bijak..., kemudian saya fikir balik apa faedahnya Joe nak tipu saya kan? Kan?

Jan: Semuga `hasil' tanaman terbarumu `tersebut'...memberi lebih makna dan kebahagian yang melimpah ruah nanti...

Ayeob UMP kol...

Pasang emas dibawak belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawak mati...



DALAM pukul 10.00 pagi tadi saya menerima kol daripada seseorang. Seseorang tersebut telah banyak menolong saya dalam melaksanakan tanggungjawab kerja semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Pekan dulu.

Saya amati nombor di hp saya, saya tak kenal sebab ada nombor sahaja tertera. Saya dah mula terfikir jika saya masih tak bayar lagi hutang kereta, hutang bank, hutang tupperware dan hutang rumah. Rasanya semua dah saya langsaikan...Sapa pulak kol ni?

Rupanya Ayeob, sekarang dia bekerja di Universiti Malaysia Pahang. Amboi gembiranya saya pada hari ini sebab dia kol menanyakan khabar berita...

Saya mengenalinya semasa dia masih pelajar lagi, dia juga merupakan kawan baik kepada Adik. Tidak seperti Adik yang giler glamour, Ayeob lebih cool sikit orangnya.

Semasa bekerja di KSP Pekan dulu Ayeob lebih glamour berbanding saya. Namun jika ditimbang-tara antara kami...Adiklah yang paling glamour pada masa tu. Huh entah ilmu apa yang dia pakai?, hanya Anis je yang tahu kot...he he he.

Tetapi posting ini adalah mengenai Ayeob bukannya Adik. Maka kita kembali kepada pusat cerita iaitu Ayeob. Ayeob mempunyai kemahiran komunikasi yang mengkagumkan. Dia boleh buat orang tersenyum bila berbicara dengannya, dia juga pandai buat lawak... Semasa bekerja bersamanya di Pekan saya dapati `PR'nya jauh lebih baik berbanding saya. Ibarat membandingkan IKEA dan Mydin.

Di KSP Pekan dulu dia menjadi pembantu saya di bahagian peperiksaan. Dia melicinkan proses gerak kerja terutamanya bila saya terpaksa berhubung dengan pihak luar. Saya ni nama sahaja pengurus tetapi tak tahu nak mengurus, merangcang apa, he he he. Namun bila kami dah berbincang dan menemui kata sepakat...saya akan menolongnya bersungguh-sungguh. Eh siapa yang bantu siapa ni? he he he.

Saya masih ingat bila Ayeob pergi ke Cameron highlang apabila dia balik dia belikan coklat2 yang mahal untuk saya. Kepada orang lain dia berikan dua tiga butir sahaja, tetapi kepada saya siap dengan bekasnya sekali!

Kelebihan Ayeob yang lain ialah dia boleh membuatkan sesuatu kerja yang bagi saya nampak berserabut dan sukar menjadi simple. Saya penakut dan tak berani ambik risiko dan dia sebaliknya. Selalunya apabila sesuatu keputusan memerlukan pengesahan saya atau kebenaran saya dan saya pada masa itu tak tahu ke tengah ke tepi... dia beritahu ` Tak apa En Sukiman. Kalau apa-apa yang terjadi saya akan tanggung'. Namun tak ada apa-apa yang terjadi selepas itu, dia selalu berkeyakinan tinggi dan keputusannya selalu tetap dan cepat!

Namun bila kami berpindah ke Kuantan, suasana berubah sikit. Saya jarang boleh bercakap dengannya. Hendak lunch dengannya pun susah. Saya tahu dia sibuk dan saya pun menyibukan diri jugak. Pendek kata masing-masing sibuk, masa berganti masa, dan berlalu...dan tup-tup saya dengar dia dapat kerja di UMP.

Saya doakan apa yang dihajatinya didapatinya...dia banyak menolong saya...terlalu banyak.

Jan: Baik budi dimakan tuan..Banyak budi kepada sahaya. Nak membalasnya tiada harga dan ukuran... Terima kasih buat budiman.

Tak nak nafi...

Saya tidak mahu berbohong atau buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya ada merasai kesedihan apabila sahabat karib saya akhirnya bertemu pasangan yang sesuai. Kesedihan itu bukannya meratapi diri kerana masih bersolo (sedangkan sahabat baik saya sudah berduet). Kesedihan itu bercampur dengan kegembiraan...

Apabila kawan baik kita sudah mahu berkahwin, kita akan begitu gembira. Masih jelas diingatan saya dan Lokman pergi tengok cincin yang sesuai untuk majlis bahagianya. Saya tumpang gembira. Dan masih ingat juga betapa sibuknya saya bercakap dengan gadis genit jual cincin emas bila Ja mahu melihat cincin pertunangan dan perkahwinan yang sesuai. Kami berdua sangat akrab pada masa tersebut...

Namun kegembiran itu tidak disulami dengan kesedihan. Kali ini suasana berlainan dan lebih tercabar... Kegembiraan itu disulami kesedihan. Sedih kerana saya seolah kehilangannya... saya rasa terpinggir....(pulak dah)

Perkahwinan itu akan merubah sedikit sebanyak. Untuk hari mendatang saya harus membatasi pergaulan dan dalam masa yang sama menjagai pergaulan.Selepas ini semuanya akan berubah secara perlahan tetapi berterusan...tiada yang kekal.

Erti sebuah persahabatan payah nak kupas. Ia lebih daripada ikatan sepasang pasangan. Persahabatan menuntut lebih banyak penerimaan dan bukannya penyesuaian. Agaknya sebab itulah seorang suami/isteri sukar menjadi sahabat atau kawan baik kepada pasangannya.

Saya banyak menerima panggilan daripada kawan-kawan yang mahu mengetahui perasaan saya sekarang. Dan saya tahu mereka sangat perihatin dan mahu menolong. Saya ada ramai kawan baik, syukur. Saya sahaja yang merasa rimas sebab kadang-kadang saya juga manusia biasa, ada ego dan membuat penafian diri. namun saya tahu mereka mahu yang terbaik terjadi pada hidup saya, sebab itulah saya rasa rata-rata mereka nak pasangkan saya dengan perempuan yang bekerja sebagai cikgu, kerana perempuan dianggap sesuai dengan kerja tersebut. Entahlah.

Satu dua minggu ni saya selalu juga hubungi emak dan adik beradik, saja bertanya khabar sebab saya rasa mahu mengisi masa lapang. Cuma sekarang saya rasai sehari itu masanya terlalu panjang.
Dan saya dapati langit selalu mendung dan berhujan...saya dapati hutan rimba di kiri kanan saya ke tempat kerja semakin tebal... Saya dapati saya semakin sunyi dan sepi, dan lewat angin malam saya bertambah pilu...

Jan: No komen...

Sunday, November 8, 2009

Dah 7 perempuan...

Sekarang dah ada 7 gambar perempuan yang disend oleh kawan-kawan ke handphon saya. Ramai kawan-kawan saya percaya saya akan patah hati dan terus rasa nak kahwin berkobar-kobar apabila sahabat baik saya sendiri akan kahwin minggu depan...
Mereka nasihatkan saya bersabar dan bertenang (macamlah saya ni meraung dan terdesak). Saya disuruh tabah dan sebagainya. Pandang dunia yang luas dan sebagainya. Huh!, rupanya ramai jugak kaki sibuk ya.
Saya bersedih bukan kerana kawan saya kahwin tetapi merasai suatu perasaan lain yang disaluti rasa kehilangan orang yang memahami diri. Rasa sebuah persahabatan atau keakrabpang. Payah saya nak tuliskannya di sini, bukan semua orang memahami.

Saya terima jelah bila kawan-kawan send gambar-gambar tersebut. Bukannya saya kena bayar kan. Daripada profile saya dapati ada jugak yang cun dan putih gebu. Tetapi rata-rata dah 35 tahun ke atas. Semuanya bertudung, berisi, dan bekerja di dalam bidang pendidikan. Dan paling memeranjatkan semuanya akan terima saya sebagai suami jika saya sudi!

Saya tak nak komen apa-apa kerana saya pun bukannya sempurna sangat. Saya juga berisi, buncit dan bukan lelaki jenis maskulin apatah lagi maskulum. Saya tak ada kereta besar, tak ada rumah banglo apatahlagi rangkaian television ASTRO. Kelebihan saya mungkin ada rupa sikit, itupun taklah lebih sangat... Yang lebih sikit saya ini... dadanya penuh kejujuran, jiwanya penuh kesetiaan...(sebelum kahwin, selepas kahwin? he he he...)
Saya fahami situasi perempuan. Oleh kerana mereka perempuan tentulah mereka malu nak bertindak lebih...umur pun dah semakin ranum... Saya ada ramai juga kawan perempuan yang belum kahwin. Mereka baik-baik belaka, tiada kurang apa-apa. Saya tak nak komen apa-apa, saya hormati mereka. Malah saya rasa bangga pulak jika ada orang sudi bersuamikan saya, he he he.
Kalau ada masa saya akan cuba bersms dan berkenalan dengan mereka nanti, apa salahnya berkawan kan? dan selepas itu saya serahkan kepada takdir menentukannya. Susah jugak nak kata... Tetapi sms berkenal-kenalan tersebut saya akan lakukan selepas saya kurang sibuk. Sekarang saya dok sibuk periksa kertas jawapan final exam pelajar. Sibuk sangat2...he he he.
jan: Terima kasih kepada kawan2 yang antar gambar sepupu mereka, mak saudara, anak saudara bini, kawan yang janda dan sebagainya...Huh!

Kereta tok leh jalang...

Saya rasa pelik walaupun saya sudah menekan minyak, kereta tak boleh bergerak kebelakang. Saya lihat break dah diangkat dan gear dah di `R' yang bermakna saya boleh revers. Saya tekan semula minyak tapi tetap tak dapat berjalan juga...
Saya baru sahaja habis minum teh o di kedai dekat stesyen bas. Saya parking betul-betul depan kedai minum tersebut. Setelah keluar daripada rumah tadi saya terus menuju Petronas isi angin kereta, isi petrol dan beli surat khabar bersama roti.
Selepas ke Petronas saya terus ke kedai minum sambil baca surat khabar... tak ada pun kereta saya tak boleh jalan. Tadi molek-molek ada je tak meragam pun...
Saya angkat break dan keluar daripada kereta. Saya mengelilingi kereta saya, saya lihat tayar tak bocor atau ada apa-apa yang rosak. Saya berdiri cekek pinggang memerhati apa salah aku kali ini.
Tiba-tiba saya meraba poket seluar saya, he he he. Ada kunci kereta, he heh baru saya ingat tadi saya lupa start kereta rupanya. Macam mana nak boleh bergerak kan.
Ya allah kenapa jadi begini? kenapa...?
jan: Kerana aku akan membencimu seluruh hidupku, sehingga nafas yang terakhir...SEKIAN!

Saturday, November 7, 2009

The Essential Dolly Parton...

Cover CDnya...



We Used To

Mmm....
We used to walk through fields of green
We used to sit by clear blue streams
We used to be so happy
Me and you

We used to do such silly things
We used to make love in the rain
We used to
Yes, we used to

Then you went away
Leaving me with the memories we made
Memories of those sweet yesterdays
Spent with you
Spent with you

And even though you're gone
I still think so often of you
And the things that we no longer do
Like we used to
Oh we used to

We used to be so much in love
We used to kiss and hold and touch
We used to find so many things to do

We used to laugh and plan and dream
We used to own the world it seemed
We used to
Yes we used to

Then you went away
Leaving me with the memories we made
Memories of those sweet yesterdays
Spent with you
Spent with you

Oh and even though you're gone
I still think so often of you
And the things that we no longer do
Like we used to
Oh we used to

La...mmm....
Ahh....


Pada 5hb dan 6hb saya ke Kuala Lumpur lagi. Kali ini pergi mengutip data kajian di Jabatan Statistik Negara dan juga Ibu pejabat TNB. Best sangat pengalaman kutip data ni. data-datu tu kena beli, bukan kutip macam bunga melur...haaa. Tetapi posting ini bukanlah pula mengenai cerita mengutip data tersebut.
Bila ke bandar pastilah kunjungi pusat membeli belah, kalau tak tak sah kan.... Antaranya saya berkesempatan ke IKEA, Alamada dan beberapa lagi yang saya tak tahu namanya. Namun posting kali ini bukan juga mengenai apa yang saya beli di Ikea sempena nak naik rumah baru nanti, bukan...
Kali ini ceritanya mengenai CD terbaru yang saya beli. Saya pada mulanya mencari CD koleksi lagu Diana Ross tetapi tidak ada. Lantas saya sambar CD koleksi lagu Dolly Parton.
Penyanyi lagu country ini mempunyai banyak lagu best dan hits. Dan ada antaranya balada yang iris perasaan.Salah satu lagu yang sempat saya layan dalam kereta ialah lagu `We used to'... Kalau berkesempatan dengarlah, manalah tahu boleh layan...hehehe.
Lagu-lagu lain dalam CD ini ialah:

DISC 1
1. Dumb Blonde
2. Just Because I'm a Woman
3. My Blue Ridge Mountain Boy
4. Mule Skinner Blues (Blue Yodel No. 8)
5. Joshua
6. Coat of Many Colors
7. Touch Your Woman
8. My Tennessee Mountain Home
9. Jolene
10. Please Don't Stop Loving Me - (with Porter Wagoner)
11. I Will Always Love You12. Love Is Like a Butterfly
13. Bargain Store, The
14. Seeker, The
15. We Used To
16. All I Can Do
17. Light of a Clear Blue Morning
18. It's All Wrong, But It's All Right

DISC 2:
1. Here You Come Again
2. Two Doors Down
3. Heartbreaker
4. I Really Got the Feeling
5. You're the Only One
6. Starting Over Again
7. Old Flames Can't Hold a Candle to You
8. 9 to 5
9. But You Know I Love You
10. Single Women
11. Heartbreak Express
12. Islands in the Stream - (with Kenny Rogers)
13. Save the Last Dance For Me - (with The Jordanaires)

14. Tennessee Homesick Blues
15. God Won't Get You
16. To Know Him Is to Love Him - (with Linda Ronstadt/Emmylou Harris)
17. Why'd You Come in Here Lookin' Like That
18. Rockin' Years - (with Ricky Van Shelton)
19. Shine
Tajuk yang saya merahkan tu lagu yang paling menusuk, yang saya hijaukan adalah lagu yang sangat sedap didengar. Saya pasang berkali, layan-layan dan layan. Lagu paling best tentulah lagu `i will always love you'...he he jangan marah. Dolly menyanyi best berbanding Whitney Houstang. Mungkin saya suka dilagukan dalam bentuk country, yang mak cik Whitney nyanyi bentuk yang dipopkan. Macam bertempik sedikit, sedikit menjerit. Pun begitu saya layan jugak...
Saya suka lagu-lagu cinta, maklumlah saya tak dapatnya. He he he.
Jan: Alah dengan cinta dan janji2...he he he (jenis percaya dan setia)

Wednesday, November 4, 2009

Saya tipu Azniza, he he he...

'' Sebenarnya saya berhijrah ke Pekan ni sebab kekasih saya mati. Awak tau tak bagaimana perasaan saya untuk gagah hadapinya? '' Saya buat-buat muka sedih sambil tunduk ke lantai. Pada masa tersebut kami baru tamat menjaga peperiksaan. Saya lihat dia duduk di kerusi belakang dewan, sebab tulah saya terus menuju kepadanya. Saya ingin berkawan dengannya dengan lebih rapat.
'' Saya datang nak bina hidup baru...Dulu saya gemuk sekarang tinggal tulang je... walaupun dia telah mati saya tetap akan mengingatinya sampai saya mati...''. Kata saya sambil menggulung-gulung lebihan kertas jawapan peperiksaan. Saya duduk sopan di kerusi... Saya buat muka jebeh sikit
Saya lihat mukanya...dia nampak sedih mendengar cerita tersebut. Namun kata-kata saya tersebut adalah separuh benar, bukannya palsu belaka. Memang saya datang ke Pekan nak mulakan hidup baru tetapi bukannya kerana kekasih saya mati, he he he.
Saya lihat mukannya bertambah sedih apabila saya buat-buat muka masam dan memandang ke arah luar...(pulak dah). Kadang-kadang saya tiba-tiba bangun mengurut lutut sambil membaiki seluar dan duduk semula dengan lesu. Semasa bangun tu saya buat bunyi kecil `aaah...' seolah sarat penderitaan yang saya bawak dari Besut. Saya betul-betul berlakon masa tu, ingat senang ke nak tarik perhatian perempuan?. Rosyam Noor kalau ada kat situ, meraung!
Pada masa tersebut dia masih kurus dan kucup je, dan saya pun masih kurus (walaupun agak handsome). Pada masa tersebut saya juga tak ramai kawan, masa tu saya malu-malu kucing lagi (sekarang malu-malu rimau).
Pada masa tersebut iaitu lebih kurang 8 tahun dulu, saya baru sahaja mendaki populariti di kolej tersebut. Maklumlah semasa saya datang ramai lagi pensyarah seleberiti yang tengah top. Saya menghampirinya untuk dijadikan kawan... Pada masa tersebut saya fikir mesti dia balik rumah sewa nanti dia beritahu ke kawan-kawannya ``kesian sukiman kan...kekasih dia mati?'' Tentu dia cerita kekasih saya mati...(rupanya tidak, dia bukan jenis cerita kat orang...he he he)
Kami semakin bertambah rapat, dia pula berminat hendak tahu tentang cerita kekasih saya yang `mati' tu, he he he. Puas jugak saya mereka skrip dan dialog atau kadang-kadang cepat je saya alih kepada topik lain... Namun nasib baik saya lelaki (...senang je nak karang ceritakan, lepas tu lepas tangan? he he he). Bila berjumpa cerita kekasih saya `mati' tu selalu bersambung, macam episod pulak. Sehinggalah saya tak daya nak menulis skripnya lagi...he he he.
Nak reka cerita senang sahaja tetapi nak serasikan dengan mimik muka tu yang payah. saya bukan orang teater. Nasib baik rupa saya agak naif dan nampak tidak bersalah, jadi kukuhlah cerita yang saya garap.
Selepas itu kami jadi kawan baik. Tidak benar saya rapat dengannya setelah dia beli kereta. Saya bukan lelaki minat ke besi. Kami dah rapat semasa dia masih berjalan kaki pulang dan datang ke kolej. Kami pernah sama-sama melenggang balik kerja dan datang kerja dulu.
Dia kata saya baik, jujur dan bijak. Kata-kata tersebut saya akan ingat sampai mati sebab saya rasa memang betul kan? He he he. Emak saya pernah kata begitu pada saya juga...tak kanlah emak saya tipu...kan?
Saya rasa itulah satu-satunya tipuan yang besar saya padanya. Selebihnya saya cuba bersikap jujur terhadapnya sebab dia jujur dan kalau saya menipu pun dia akan dapat rasa, he he he.
Pada 14hb ni saya akan gagahi diri untuk hadir hari bahagianya. Saya mahu hadir untuk sokongan, semangat dan tanda saya bahagia bila dia berbahagia...kerana daripadanya saya mengetahui dengan lebih jelas apa itu erti persahabatan.
Jan: Dapat mengenalinya, berkawan dengannya..., antara yang termanis dalam hidup...

Cinta vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

oleh: nuQman
http://www.iluvislam.com/


Jan: Dan dengan orang yang kita cintai itu lah kita CURANG kan?... kan? kan...

Tuhan tak tunai... III

KALAULAH semua doa dikabulkan penuhlah asrama MRSM kan?, Nanti tak cukup universiti dibuatnya. Ramai pula yang menang loteri... Sapa pulak nak jadi paling cantik di dunia ni? Tak lakulah ubat kurus di pasaran... Dunia politik akan lebih kacau bilau tak cukup kerusi, semua nak menjadi menteri dan mungkin ada Kementerian Sarapan Pagi, he he he. Sebab tu kot doa-doa tersebut ditapis... dipilih... diedit. Dibangkulsampahkan?

Tetapi kalau kita fikir-fikir banyak jugak yang kita tak doa pun kita dapat! Diberikan secara berpatutan dengan siapa kita oleh-Nya. (kalau muka kita, kita nak tidur pun kita tak basuh macam mana nak harap tetap bugar diusia 40an kan, tak kan pakai doa semata).

Banyak juga sebenarnya kalau kita renungi, doa kita dikabul! Tapi dalam bentuk yang agak misteri atau lucu tetapi yang nyata ianya memberi kesejahteraan kepada kita (yang malas saya nak ulas...tetapi bagi saya tuhan penuh misteri...)

Tetapi betul juga kata ustad yang kalaulah doa-doa saya dikabulkan naya nanti…he he he. Saya sangat suka berdoa masa saya kecil, doa-doa saya memang patut tak dikabul... he he he. Contohnya, pada tahun pertengahan 1970an, ketika di darjah dua. Saya selalu berdoa agar turun makhluk asing tengah padang sekolah dan ambik cikgu ilmu hisab (matematik) saya. Saya benci sangat sebab dia selalu suruh saya buat benda-benda mengarut seperti hafal sifir dan bahagi atau kuasa dua kan nombor2. Pada masa tersebut saya fikir huh apa faedahnya?. Dari dalam kelas saya merenung ke padang dengan muka yang tak puas hati dan berdoa biar piring terbang tu betul-betul turun di tengah padang.

Malah kadang-kadang saya berdoa agar cikgu bahasa inggeris yang bengis itu pun diculik sama, dibawak lari daripada dunia ini...

Saya juga pernah berdoa agar hujan ribut dan gempa bumi berlaku dua minggu sebelum menjelang peperiksaan SRP, siap menadah tangan dengan khusyuk. Saya tak berapa bersedia kerana saya rasa banyak yang saya tak kaver lagi. Tetapi cuba bayangkan kalau doa saya tu terkabul. Saya menyusahkan banyak orang kerana pentingkan diri sendiri kan, he he he.

Kerana kasih sayang yang besar dan kekecewaan yang sarat, saya selalu berdoa agar dia akan rasai apa yang saya rasai, biar dia hidup sorang sampai ke akhirnya, kalau boleh sampai dia mati. Biar dia rasa, biar dia tahu bagaimana saya rasainya hingga saya terlontar ke Pekan. Bila di Pekan saya sumpah dia tiap hari kerana, kerananyalah saya kena kena basuh baju sendiri, kena masak sendiri dan kena jemur kain sendiri, lipat kain dan sebagainya...
Tetapi kalau difikirkan dengan waras tak besar mana kesalahan dia.... Dia hanya tidak sayangi saya, tarikh luput kasih sayangnya dah tiba. He he he. Itu saja...atau itu satu `wea kap kol' dalam hidup saya?
Malah kita sepatutnya doakan kebahagiannya sebab dia juga pernah membahgiakan hidup kita (walau sekejap dan palsu belaka...)
Kita tak boleh melawan takdir...waaa….op8@\\/;jgcbsshzzzzzzz
Jan: Pulak dah!

Tuesday, November 3, 2009

Berpindah rumah baru ala islamik

Sempena nak masuk rumah baru nanti, kawan saya hadiahkan `sesuatu' melalui email. Katanya perkara-perkara yang saya kena buat.
Dia juga ada kol saya beritahu '' Sudah-sudah la Mang kau guna `ala Amerika' bila masuk rumah baru. Umur kau pun dah lanjut, jangan tulis dalam blog pasal dunia je...bla-bla-bla...'', katanya kepada saya. He he he, huh!
Jangan tak tahu saya ada juga kawan yang jenis islamik giler. Saya bosan jugak sebab kadang-kadang asyik nak khutbahkan saya. Macam la saya ni teruk sangat. Tapi rayanya baiklah kita ambik positif. Boleh buat contoh, lagi pun manalah tahu kot-kot kita yang sebenarnya sesat tapi kita tak tahu kan?...Haaa...
Memang dia tahu saya ni kalau pindah rumah sewa, kira pindah gitu je. Dia kata saya kena:
1. Azan
Dia suruh saya laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Katanya ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Saya tidak pernah laungkan azan dalam hidup saya. Bagaimana situasinya kalau saya buat nanti ya? he he he. Tapi saya nak pilih laungan yang berseni macam P Ramlee dalam filem Semerah Padi. Boleh ke?

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni/penyewa) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Eeee...tak nak lah kongsi rumah, lagipun kita yang bayar kan?

2. Membaca surah Al-Baqarah

Yang ni saya yakin saya boleh buat dengan selamba. Tidaklah menuntut kemahiran yang tinggi. Saya yakin boleh buat.

Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Betul jugak kan, kalau rumah baik hanya untuk tidur mana konsep `rumahku syurgaku' kan, kan? Haaa...

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran.

Yang ni saya rasa duduk mana-mana pun kena praktikan kan. Tak kiralah rumah baru ke rumah buruk, rumah sewa atau rumah yang dihadiahkan daripada seseorang.

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Tujuh malam pertama membaca surah Yassin setiap malam apabila menduduki rumah tersebut. Baca juga suarah-surah lain...:

surah Al-Fatihah sebanyak satu kali,

surah Al-Ikhlas 3 kali,

selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali,

ayat Kursi sebanyak 7 kali.


5. Pagar rumah cara Islam.

Yang ni saya mungkin suruh mak saya buat kot. Emak saya tentu suka melakukannya. Tapi mak saya mungkin ada kaedahnya tersendiri kot. Mungkin mak saya akan edit dan tambah mana patut mengikut kesesuaian rumah saya dan citarasanya.

Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Tapi rumah semi D macam mana nak keliling ya?
Caranya: Ambik air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas tetapi jangan sesak nafas pulak. Sapa yang asma tu kenalah berhati sikit. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. Kalau guna air mawar lagi baik kot sebab harum je kan?

Saya tak tahulah bagaimana jadinya nanti. Sehingga kini saya tidak tahu lagi kedudukan `jalan laluan jin' dan banyak lagi ilmu-ilmu yang nak duduk rumah baru ni. Saya akan buat yang sesimple mungkin mengikut kesesuaian gaya hidup saya, dan yang saya terdaya sahaja nanti. Entahlah...he he he

Jan: Rasa macam jadi ustad pulak, he he he. Jangan mare.


Monday, November 2, 2009

``Tak, sebilik...''


Sukar untuk saya melukiskan bagaimana rupa sebuah perasaan yang adanya sedih bercampur gembira... dalam bentuk penulisan yang ringan dan nipis tetapi tema dan pengajarannya berat...
Bohonglah kalau saya katakan tidak sedih dan pilu bertandang di ahati apabila menerima kad undangan tersebut. Namun apa yang saya rasa, sayalah yang membawanya...
Persahabatan kami lebih kurang lapan tahun. Kami selalu jujur dan berterus terang antara satu sama lain. Sebagai sahabat kami selalu mengandaikan pada suatu masa tentu sekeping kad jemputan akan hadir melimitkannya. Maksud saya salah seorang daripada kami akan mengundur diri daripada pergaulan yang rapat... tidaklah sebebas seperti dahulu, mungkin tinggal 5% sahaja bentuk pergaulannya.
Cuma tak tahu pula begini rasanya perasaan bila keadaan sesebenarnya menjelma. Rasa semacam. Rasa gembira ada, sedih ada...
Banyak pengalaman dan cerita terkumpul, antaranya yang telah ditapis:
'' Serumah ke? '' begitulah kata-kata nakal berbentuk gurauan apabila kami sama-sama punch waktu balik kerja dulu. Kadang-kadang malu juga tetapi kami sedar kami tidak buat salah.
'' Tak, sebilik.'' Jawab saya berbentuk gurauan juga walaupun agak melampau, he he he.

Kami selalu datang bersama ke tempat kerja, dan kami sama-sama balik daripada tempat kerja..., (tetapi menuju rumah dan kehidupan yang berlainan...)


Jan: ...can a heart still break once it's stopped beating?