"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, December 29, 2013

Mengapa wanita memilih untuk bekerja?

"Laaaa Mang! Duit gaji laki akak ciput jea Mang oiii. Nak `bawak' diri dia sendiri pun tak cukup!" Kata Kak Mariam (nama samaran, saya tidak meletakan nama sebenar, nama sebenar dia tidak sedap di cuping telinga saya. Memandangkan ini blog saya, saya letaklah nama samaran sesuka hati saya...Haaa). Jawapan itu saya terima apabila saya gatal bertanya "Mengapa akak bekerja?"

Pada zaman purbakala dulu (zaman kucing kirong), lelaki sangat berfungsi. Maksud saya, merekalah segala-galanya buat `itu-ini'. Dari mencari rumah (gua) hinggalah kepada keluar mencari kelengkapan rumah. Pabila malam ketika isteri (atau pasangan) tidor bermimpi makan karipap dengan dinasor, mereka kaun lelaki masih lagi tidak tidor lena kerena menjaga pintu gua (yang tidak berpintu). Pada siang hari lelaki mereka bekerja, pasangannya mengatur tulang, menjemur kulit atau membersihkan gua.


Pada zaman nenek moyang kita pula, kaum lelaki juga mempunyai isteri yang tidak bekerja sebagai pasangan hidup mereka. Mereka hanya bekerja di rumah menguruskan hal rumahtangga seperti membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan memastikan keadaan rumah tidak seperti kandang beruang. Mereka `bekerja' di rumah sepenuh masa menguruskan anak-anak ketika suami pergi kerja. 


Pada zaman ibubapa kita barulah kaum lelaki mulai mempunyai pilihan untuk memilih sama ada isteri yang berkerjaya atau surirumah sepenuh masa.

Namun pada zaman sekarang bagaimana senarionya?

Saya dapati hampir 100% kawan-kawan lelaki saya mempunyai isteri yang bekerja (dan lebih 70% gaji isteri mereka lebih tinggi daripada mereka!).

Kepada saya walaupun dunia sudah berubah benar, saya masih berpegang kepada tanggungjawab wajib dan asas kaum wanita adalah menjaga suami dan anak-anak, maksud saya menguruskan rumahtangga. Agak janggal jika kaum lelaki menguruskan rumah tangga dan isteri keluar rumah mencari trezeki membanting dada. Namun saya juga berpendapat dalam beberapa keadaan tidak salah langsung jika kaum wanita bekerja atas faktor meringankan beban kewangan rumahtangga dan mahu mengaplikasikan ilmu yang mereka ada. Mereka tidak mahu menjadi `pokok tidak berbuah...' atau `peti ais tak berais'.

Saya ada bertanyakan rakan-rakan saya akan hal kaum perempuan bekerja. Rakan lelaki mengaku sebenarnya mereka lebih suka jika isteri tidak bekerja jika mereka kaya atau mampu. Rakan perempuan saya pula berbelah bagi 40% daripadanya memang mahu menjadi surirumah sepenuh masa tetapi terpaksa kerja sebab gaji suami ciput. Maka mereka mahu membantu keluarga dari segi kewangan... Kesian pulak saya dengar...


Dan 60% lagi memang mahu bekerja sama ada mereka ada suami atau tidak, sama da suami izin atau tidak! Haaa... "Buat apa susah-susah belajar jika tidak dapat aplikasikannya Mang?" Tanya kawan saya pulak. Ada jugak kebenarannya kan? Kalaulah pun suami mampu mungkin si isteri masih mahu juga bekerja dan ada kehidupan sendiri selain berumahtangga.

"Kalau kena cerai macam mana Man?, baru nak cari kerja? Mang tahu ke berapa peratus suami di Malaysia bayar nafkah selepas bercerai?" tanya kawan saya lagi... He he he. Saya tidak jawab, kaum perempuan ni kalau mula emosi... he he he.

Dari satu segi saya rasa perempuan berhak menentukan kehidupannya sendiri sebab mereka juga manusia. Namun dari satu segi yang lain jika suami melarang isteri keluar bekerja, tidak bolehlah mereka bekerja. Maka rumahtangga tersebut mestilah diuruskan mengikut gaji suami. Tidaklah pula isteri berlebihan berbelanja dan gaya. Hidup sederhana atas gaji suami, jangan `demand'. Itu ujian dunia untuk mereka...

Jan: Anda sanggup? 

Friday, December 27, 2013

Mengapa MCA masih releven dan penting?



Tahniah saya ucapkan kepada ahli parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana berjaya dipilih sebagai presiden baru MCA. 

Parti MCA adalah antara parti komponen terbesar BN, juga parti kaum Cina yang terbesar. Pada pilihanraya nan lalu parti ini kehilangan banyak sokongan. Namun sejarah telah membuktikan kita tidak dapat nafikan sumbangan parti ini. MCA bersama parti komponen yang lain telah lama menyumbang dan mengorak langkah dan memberi impak kepada perpaduan dan ekonomi negara secara keseluruhannya. 

Mungkin ramai yang lupa atau tidak tahu betapa sumbangan MCA adalah besar bersama parti UMNO dan MIC untuk urusan proses kemerdekaan, dan juga selepasnya dalam proses pengisian agenda kemerdekaan tersebut..

Sehingga ke hari ini tiada ahli parti MCA mewakili partinya ke kabinet. Pada pendapat saya ianya suatu perkara yang tidak sihat. Suatu yang merugikan kepada semua pihak. Suara parti MCA harus dikekalkan dan diperdengarkan kerana ia mewakili sebilangan besar kaum Cina. Saya percaya PM kita sudah menyediakan kerusi untuk beliau dalam kabinet. Berada di dalam kabinet adalah suatu perkara yang penting untuk mewakili hasrat dan pembangunan diri rakyat.

Tiada hubungan yang selalu stabil, bahkan suami isteri pun berbalah juga. Juga begitulah hubungan UMNO -MCA, sekali sekali teratuk, tergadah... juga namun atas semangat kesetiakawan, segalanya akan cuba diselesaikan demi kepentingan umun.

Untuk hidup bersama dengan perbezaan yang besar (agama, budaya dan kaum) adalah sukar. Namun cabaran tersebutlah yang sepatutnya membuatkan kita semakin menarik dan kuat berpadu. Masyarakat percaya MCA tetap penting dan masih releven dalam membentuk langskap politik dan intergrasi sosial negara kita.

Jan: Menunggu MCA ke kabinet Najib...

Thursday, December 26, 2013

Mengapa dia menjadi semakin miang?

"Andropause kot? Hormon testorong dah menurun, he he he" Saya mengerutkan kening dan terus ketawa gaya mengada. He he he. Saya buat lawak bila saya lihat seorang kawan saya kelihatan sangat bergaya (maksud saya macam badut). Tidak sesuai dengan umur dan nampak mengelikan hati saya. 

"Nak jadi orang muda konon..." Saya terus capai kopi starbak yang mahal tu. Tapi kawan saya yang belanja. Kalau harap saya, saya memang tak masuk kedai gitu. Mahal gitu...

Ada dua kawan saya yang lain turut ketawa. Saya rasa bersalah pulak... (teruk ke saya?). Tapi saya hanya ikhlas menjawab pertanyaan salah seorang kawan saya kepada salah seorang kawan saya lain: "Mengapa bergaya sakan nampak?"

Kebanyakan kawan-kawan saya sudah berumur 40an, kami bukan muda lagi. Di antara kami, sayalah yang masih nampak handsum sikit. Ikhlas cakap, yang lain tu dah nampak macam seluar jeans lusoh.

Dan biasanya lelaki yang berumur sebegini mulai melihat dalam diri mereka secara fizikal dan emosi. Secara fizikal bentuk badan sudah berubah, walaupun tidak gemuk kaum lelaki biasanya akan mengalami masalah buncit, rambut jarang dan pipi nampak seolah macam nak bersatu dengan bahagian leher. Kalau nak bertanding dengan lelaki muda untuk mendapatkan awek, berani kata golongan ini akan kalah dengan cemerlang (kecuali mereka jenis awek yang tertarik dengan jumlah digit mereka dalam bank, he he he).

Sebenarnya golongan dalam umur sebegini juga cepat terasa, dan sensitif, cepat letih dalam beraktiviti. Buat seks pun ala kadar jea...(tapi tetap buat). Kalau orang perempuan kita panggil monopouse kot.

Andropos berlaku disebabkan oleh penurunan paras testosterone dalam diri lelaki. Paras testosterone dalam tubuh lelaki berada pada puncak maksima sekitar usia kita (lelaki) 30 tahun. Lepas itu ia menurun secara beransur-ansur  bila usia 40 ke 60 tahun. 



Namun tidak seperti monopouse, bukan semua lelaki menghadapi andropos. Kira separuh dari lelaki sahaja. 50-50. Saya harap saya tak kena tetapi simptongnya dah ada, he he he.


Hormon ini dihasilkan dalam kelenjar adrenal dan testikal. Hormon ini berfungsi pada seluruh tubuh dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan kewujudan manusia (mengawal fungsi seksual kita). Selain itu testosterone juga menjana tisu badan dan memberikan kesan terhadap metabolisme, mengawal fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat (saya ada bincang pasal kelenjar prostat dulu).

Secara umumnya mereka amat sedar prestasi mereka sudah menurun dari segala segi (bukan dalam hubungan seks sahaja). Mereka juga rasa sudah tidak menarik sebab perut dah semakin ke depan, rambut makin jarang... Maka salah satu langkah ialah bergaya, bergaya dan bergaya, he he he.

Sebab itulah kawan saya tersebut kelihatan lawak dengan cermin mata hitam (siap ada tali cermin mata di telinga), pakai sarung tangan, baju kotak-kotak warna-warni yang kat lengan ada bulu sikit. Kawan saya juga ada cerita nak beli kereta baru yang jenis sport warna merah. Dan banyak kali dia beritahu `kita ni muda lagi".

Jan: Sah dia dah andropouse, he he he.

Tuesday, December 24, 2013

Mengapa kanak-kanak tak suka makan sayur?



"Bakpealah budok-budok ni tok sir makea sayur...?" 


Saya dapati kebanyakan ibubapa mengeluh kerana anak-anak mereka tidak suka makan sayur. Kata mereka puas memujuk tetapi anak mereka masih enggan makan sayur. Mengapa yea?

Sebenarnya bagi saya, sayur bukan sedap pun. Rasanya semacam jea, kekadang pahit dan tidak manis. Saya paling nak muntah makan tomato tapi saya makan juga demi kulit muka saya gebu dan lembab (konon). Saya tak tahan pedas lada tetapi saya makan juga demi tali perut dan usus saya. 

Mungkin sudah begitu tuhan buat, iaitu barang yang pahit adalah ubat, barang yang manis adalah racun. Teringat pulak saya kepada bekas kekasih saya. Rupanya segala kemanisan dulu meracun hidup saya kini. Semuga dia tidak pernah akan bahagia...

Kita balik kepada tajuk posting. Walaupun si ibu atau bapa tidak makan sayaur (he he he) mereka amat bimbang jika kanak-anaknya tidak makan sayur. (Malah mereka bertanya mengapa anak-anak mereka tidak suka makan sayur). Mengikut satu kajian*, sebenarnya rasa pahit ini ada juga kaitan dengan gen kita yang kita warisi ke dalam keturunan kita. Gen yang membawa keengganan untuk rasa pahit.

Kebanyakan anak-anak akan menjawab ianya tidak sedap atau pahit. Perlulah kita ingat bahawa lidah mereka lebih peka berbanding dengan kita yang dah tua ni. Kanak-kanak ada 10,000 deria rasa yang amat peka berbanding dengan kita ni yang rata-rata 3000 jea (semakin kurang bila dewasa). Oleh itu kanak-kanak ini lebih sensitif terhadap rasa pahit berbanding kita, haaa... Pahit itu melekat kat lidah dan tekak mereka.

Apa ingat aku kambing ke?

Berbanding dengan sayur, kita dapati anak-anak lebih menyukai buah. Sebabnya mudah, kebanyakan buah manis gitu.

Tambah pulak kita yang tua bangka ni  tidak menunjukan contoh tauladan yang baik (ketam mengajar anak berjalan lurus...). Kita tak sedar anak-anak kita perhatikan dari sejak bayi lagi kita tak letak sayur dalam menu harian kita. Budak-budak perhati gitu. Maka, jangan haraplah mereka nak makan sayur.

Tuhan tolonglah aku...

Memaksa? Lagi memaksa lagi lah mereka tak mahu makan. Nanti dia ugut tak nak makan nasi macam mana?  Haaa...

Jan: Kanak-akanak yang suka makan sayur tu yang pelik...haaa...he


*A study done by researchers at Monell Chemical Senses Center in Philadelphia shows that a gene called TAS2R38 may be responsible for children's aversion to bitter tastes. Every one of us carries two of these genes. There are two different versions of this gene, with one being more sensitive to bitter tastes than the other. If one or both of those bitter-sensitive genes are present, we are more likely to dislike bitter tastes. 

Over time, your children's aversion to bitter tastes will ease.

Monday, December 23, 2013

Mengapa kita tidak serik-serik membuat azam baharu?

Saya diam termenung sendiri. Dari semalam saya penuhi kepala saya dengan senarai azam tahun baharu saya menjelang tahun 2014. Lantas saya senaraikannya di atas sekeping kertas biru, biar romantik. Pelik kan?

Setelah saya meneliti senarai tersebut, hampir 70% daripadanya adalah azam lama! He he he.



Kita adalah binatang yang membuat azam. Secara sainsnya kita adalah mamalia yang paling berharap. Harapan untuk membaiki diri, berjaya, bahagia, tenang dan lebih teratur. Mungkin atas sebab itulah saya terus membuat azam baharu (yang sebenarnya lama, he he) tanpa serik. Saya percaya pengunjung blog ini juga sebegitu. Kita sekapal.


Selain sebab manusia sukar untuk berubah, kadang-kala tekanan persekitaran juga menjadikan azam kita `sekerat jalan' sahaja. Bukan mahu mencipta alasan tetapi mungkin atas sebab itulah azam kita tidak semuanya terlaksana. Namun alhamdulilah hasrat kita untuk sentiasa membaiki diri dari segala segi sentiasa ada. Sebabnya kita adalah manusia...dok gitu?

Kepada sesetengah orang, faktor luaran/sekitaran sangat menghalang kepada kejayaan azamnya. Contohnya: Seorang isteri yang beranak enam berazam untuk menurunkan 10 kilo menjelang akhir tahun 2014 nanti. Namun dia alah sebab dia selalu bergelumang di dapur menyiapkan masakan untuk anak-anaknya dan suaminya. Suaminya suka makan. Dia sendiri memang pandai memasak sebab dia cintakan makanan. Lagipun lakinya juga gemuk, pendek dan buncit. Tambah lagi seluruh keturunannya selebar pintu. Haaa....


Namun begitu saya berharap pembaca blog saya teruskan azam masing-masing. Kita adalah manusia, ada tersirat dalam hati untuk berubah demi kebaikan. Jangan pedulikan gurauan kawan kita yang berkata "Azam tau baru ke azam lama, tahun jea baru? He he he". Sambil tersengeh, macam kelakar sangat laaa tu. Huh!.

Ada kawan kita yang lebih kambingan "Buat apa berazam? Dah sah tak berjaya.".


Kepada saya tidak salah kita terus berazam walaupun sudah bertahun azam itu tidak terlaksana. Yang salahnya kita berputus asa. Percayalah mungkin nanti kita semakin tabah, dan mungkin persekitaran akan berubah, persekitaran yang menggalakan. Yang penting jangan putus asa. 

Hidup ini cabaran dan bukan sedikit cabaran menimpa bila kita mula nak laksanakan azam pada tahun baharu tersebut.

Jan: Jom berazam lagi...he he he


Sunday, December 22, 2013

Mengapa lelaki menyembunyikan perasaan mereka?

Semasa alam persekolahan remaja perempuan biasanya akan lebih tertarik dengan seorang lelaki yang bersifat pendiam dan terkawal emosinya. Sifat atau faktor kegemaran ini berterusan kekal di minda sehinggalah remaja perempuan dewasa dan mula galak memikirkan soal pasangan. Mereka melihat lelaki sebegini sebagai `hot', he he he. 

Mereka memang tidak suka lelaki yang banyak cakap sebagai kekasih (tetapi mereka memilih dan suka berkawan dengan lelaki yang cakap banyak. Pulak dah).

Di sebelah sana, lelaki tidak banyak berubah sejak terciptanya Adam. Orang lelaki seperti juga lelaki zaman gua terdahulu (zaman kucing kirong) masih begitu sikap dan sifatnya. Mungkin atas sebab itulah secara semulajadi kawan-kawan lelaki saya nampak tidak tergopoh gapah, lebih bersifat curiga, mahu bertanding, kelihatan terkawal, bercakap pasal kuasa (politik), tidak suka menyapa orang dan suka menyendiri. 

Ia mungkin dari sikap lelaki yang berada di zaman gua di mana faktor tersebut penting untuk keselamatan diri. Maklumlah tinggal di gua. He he he...



Lelaki tidaklah sehebat dan cerdik mana (malah dalam satu kajian didapati secara purata perempuan adalah 3% lebih cerdik berbanding lelaki). Mereka hanya menyambung legasi yang sentiasa mahukan mereka kelihatan hebat... (walaupun tak hebat mana?, he he he).

Pada pendapat saya, melalui masa sepatutnya pembolehubah-pembolehubah sudah berubah. Mereka memang la tidak perlu mengawal keselamatan gua (demi anak bini) dari dicerobohi haiwan atau manusia lain. Tetapi bentuk `perlindungan' tersebut sepatutnya bertukar kepada bentuk `insurans'. Maknanya sang lelaki yang moden sebagai ketua rumah harus melindung isteri dan anak-anaknya dengan membeli insurans. Saya bukanlah ejen insurans tetapi patut sangat zaman sekarang anak-anak dan keluarga mendapatkan insurans. Contohnya, insurans pelajaran anak-anak...he he he. Haaa...

Percayalah kaum lelaki ada emosi tetapi menyembunyikannya supaya nampak terkawal. Lelaki yang gelabah, cepat terkejut dan emosi dilihat sebagi tidak bijak dan tidak dapat mengawal keadaan. Mungkin atas faktor inilah ramai kita lihat lelaki/suami yang kelihatan terkawal dan mancho (walaupun sebenarnya ada yang hampeh!  He he he).

Mereka juga mahu kelihatan sebagai berjaya mengawal keadaan, dan berupaya menyelesaikan masalah (walaupun kata seorang rakan perempuan saya dalam banyak hal, merekalah mencipta masalah, he he he). Orang lelaki tidak menceritakan masalahnya kepada rakan lain atau pihak lain kerana bimbang akan dipandang lemah (membuka kurap di celah peha, atau pekong di dada), dan membebankan orang yang mendengarnya.

Manakala perempuan pula dari mak cik kantin kat tempat kerja hinggalah sampai ke pihak majikan mereka cerita habis masalah yang menimpa, luar dalam. He he he. (Mereka sebenarnya hanya mahu bercerita! Bukan mahu penyelesaian sebab dengan meluahkan mereka sudah berupaya rasa lega. Tetapi tidak lelaki)

Haaa...

Jan: Sedang sembunyi satu perasaan untuk satu orang...eee...

Mengapa saya tidak menulis pasal agama?

Dalam SMSnya seorang kawan bertanyakan saya "Mengapa Man tidak menulis pasal islam, blog Man ramai juga pengunjungnya...? Jadikan blog sebagai medium berdakwah".

Saya terkelu sedikit tetapi saya pernah juga ditanya hal sebegini. Mengapa saya tidak menulis pasal agama? Susah saya nak jawab sebab blog saya blog biasa. Tiada apa-apa tujuan atau tema khusus. Walaupun tujuan utamanya dulu adalah untuk memberitahu kehidupan saya kepada kawan-kawan di tempat kerja lama dan sebagai sedikit catatatan perjalanan saya. Kini tujuannya lebih kepada kegemaran saya yang entah apa suka menulis, menulis dan menulis. Luah perasaan, bercerita. Mengada. He.

Kawan saya kata lagi blog saya boleh digunakan sebagai blog dakwah. Saya tidak dapat menjawab dengan sesungguhnya. Saya harap beliau membaca jawapan yang saya berikan ini:



Pertamanya blog saya adalah blog rojak dan bersifat peribadi. 

Rojak kerana saya suka menulis tentang sosiologi iaitu tentang manusia yang meliputi pelbagai tema. Ada kekadang hal rumahtangga, hal hidup sorang, dunia hiburan yang saya anggap penting, hal Datuk Sharifah Aini, sedikit politik, kesihatan dan apa sahaja yang terlintas difikiran pada masa tersebut. (Semoga penulisan itu memberi manfaat dan membuka minda).

Blog ini juga sangat bersifat peribadi. Ia tidaklah menarik. Kekadang nampak sangat saya mengalah dengan dunia dan bersifat pasif. (saya pernah menerima komen sebegini dari pembaca di FB). Namun bagi saya itulah saya, ada masa kecewa bertemankan bintang... Adakalanya gembira rasa suci dan sempurna, he he he.  Tidak mampu saya membina blog yang 24 jam positif sebab kehidupan tidak begitu...

Maksud saya hal diri saya meliputi menjalani kehidupan yang singkat ini. Ada gambar saya, mak saya, ayah saya tanam terung, adik beradik saya, anak saudara, kawan-kawan. Rumah, kereta dan taman saya. Kata orang jangan tulis hal peribadi di blog kerana tidak ada orang yang akan membacanya... Namun saya suka menulis hal peribadi saya, he he he. Dan ada yang mengikutinya, terima kasih.

Saya tidak mahu terikat dengan tema. Mungkin saya tidak berupaya selain saya memang tidak mahu terikat atau mengajar manusia. Sebab saya percaya sangat yang benda/perkara yang baik tidak semestinya baik untuk kehidupan kita. Dan kebanyakan pilihan bukan antara salah atau tidak...kehiodupan lebih komplek daripada itu.

Namun ada kawan saya beritahu jika kita menulis mengenai kebenaran dan membuat hati pembaca berfikir dan gembira, kita akan dapat pahala. Ramai juga kawan saya yang terhibur dengan apa yang saya tulis, ada juga yang rasa tajam menikang, he he he.

Kedua, saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Maksud saya, saya bukanlah ahli dalam bidang ini. Sudah berlambak blog yang berusnsurkan agama. Biarlah ahlinya membuat kerjanya. Saya juga takut pendapat saya akan menimbulkan konterversi bila saya melihat agama lain sikit dari sudut pandangan umat islam Melayu. Dan saya sedikit sebanyak atau sekali sekala akan menulis mengenai agama sekadar kadar saya. Tetapi jika kita menulis mengenai sayangi mak pun ia adalah hal agama, dok gitu? Haaa...

Sebenarnya blog saya tidaklah ramai pengunjungnya. Saya dapat rasakan kebanyakannya pengunjung setia saya yang ada adalah pengunjung senyap. Mereka dekat di hati penulisan saya. Mereka mengikuti tetapi tidak memberikan apa-apa tindak balas langsung. 

Yang biasa memberikan respon adalah Nong Andy dan Adie Acheim (sekadar menyebut dua nama). Mereka ini dekat dengan penulisan saya dan di hati saya. Sebabnya kami berkomunikasi. Walaupun Adie Acheim tidak menulis, saya masih lagi ingin tahu mengenai kehidupannya sekarang. Begitu juga ada yang memberikan respon jika mereka tertarik dengan penulisan saya seperti vivacions o'light, aima, Ann, Anor Anom Aziz, azr, greenrose, LiIYLiza@, mama4Aqil dan lain-lain. Terima kasih saya hargai.

Jan: blog sebagai peneman hidup...

Saturday, December 21, 2013

Mengapa nabi memberikan jawapan yang sama?

" Bukan mudah menjadi seorang isteri dan ibu, berat tanggugjawabnya Man, Apatah lagi anak bersusun paku" Kata kawan saya yang membesarkan enam orang anak tanpa pengasuh. Saya pernah lihat anak-anaknya, taklah comel sangat (mungkin ikut muka laki dia kot) tetapi perangai sangat terkawal. Mungkin dididik dengan rapi dan berdisiplin.

Dan katanya lagi dia rasa dia berjaya membawa peranan seorang ibu yang baik tetapi sebagai isteri dia `kurang baik', katanya.

Seperti biasa saya buat-buat tak faham. Sebenarnya saya faham tetapi saya buat tidak faham sebab mahu lihat berjayakah dia menerangkannya. Saya pun kadang-kadang menyampah dengan sikap saya ini tetapi dalam masa yang sama saya rasa gembira, pelik ke? Semasa ambil STPM dulu saya pernah jugak buat-buat tak faham pada cikgu. Tapi rupanya cikgu tu tahu yang saya hanya mahu mengujinya. Bukan main dia marah, siap buka hadis lagi, he he he. Kesian cikgu tu.

Kita kembali kepada tajuk posting...(teruk saya)

Kawan saya beritahu kalau dalam melayan suami, jika skalanya 10, dia dapat dalam 6 sahaja. Tu pun katanya kadang-kadang 4!. Namun dari segi pelihara anak, ajar disiplin dan memberikan kasih sayang, dia rasa dia dapat 10 per 10.

" Kadang-kadang tak sempat nak mencara hal suami. Kesian dia kena gosok baju sendiri. Man tahu jealah dekat magrib baru balik kerja. Balik rumah kena `terkam' pada anak-anak dulu. Kena beri perhatian dan kasih sayang. Anak ni Man kalau tidak peluk, mereka akan membesar jadi manusia yang tidak hargai kasih sayang. Dalam satu kajian anak yang tidak dipeluk berkemungkinan besar menjadi penjenayah dan tidak berjaya dalam hidup dan tidak menghargai kasih sayang...bla-bala" Kata kawan saya.


Ibu seorang pengurus, ibu seorang guru, ibu seorang doktor, ibu seorang nurse, ibu sorang chef, ibu seorang akauntang, ibu seorang interior designer, ibu seorang penyanyi...ibu adalah segalanya. 


"Yea ke? Saya bulatkan mata dan kerutkan muka. Padahal saya dah tahu tentang kajian tersebut. He he he. "Memang kalau hari tak kerja dari pagi sampai petang kena buat kerja di rumah. Kalau siapa kata tak ada kerja kat rumah atau boring, boleh kita sugung kepalanya ke dinding" Kata kawan saya beremosi. He he he.

"Kadang-kadang baju tak berlipat Man..." Katanya. Saya rasa kesian, dah lah malam-malam kena `dilipat' pulak, he he he. (teruk saya).

"Cuba Man bayangkan kerja-kerja rumah. Man tahulah sebab Man dok sorang kan? Dia bertanya.

Untuk alih pandangannya (bimbang tiba-tiba timbul isu saya tak kawin pulak timbul) terus saya mencelah yang orang lelaki setua mana pun mereka mahu dibelai, kalau tak dia beli `kereta baru'.... Dan kawan saya kata dia bukannya `superwomen' yang semuanya dia nak buat.

" Man tahu tak, kalau boleh kita orang perempuan ni nak duduk rumah jea, nak buat kerja rumah melayan anak-anak dan suami. Tetapi kami kerja jugak kerana nak membatu kewangan keluarga." Kata kawan saya. Saya terus angguk-angguk konon baru tahu. Sebenarnya saya tahu lama dah, kalau tidak kerana bini-bini mereka kerja, kawan-kawan lelaki saya tu sesak jugak nak bergaya. He he he. Harap mereka hargai isteri mereka dan sadar diri... Tok sohlah depan saya konon bergaya hidup terurus tapi kat rumah rupanya bini jadi hamba. Haaa..

Dalam satu hadisnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

Menurut Abu Hurairah RA telah diceriterakan :“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW menanyakan : “Siapakah orang yang lebih berhak untuk saya berbuat baik padanya?” Jawab Nabi  “Ibumu.” Tanya laki-laki: “Sesudah itu siapa ?” Jawab Nabi:  “Ibumu.” Tanya laki-laki :”Sesudah itu Siapa?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki : “Sesudah itu siapa?” Jawab Nabi : “Sesudah itu Bapamu”


Jan: Wanita yang baik dicemburui bidadari...

Friday, December 20, 2013

Mengapa pengangguran tidak sepatutnya wujud?

Di dalam sebuah kuliah, saya buat-buat bertanya kepada para pelajar `Bagaimana terjadinya pengangguran?". Dan selepas mereka menjawab, saya beritahu pengangguran sepatutnya tidak wujud dan ekonomi sesebuah negara sentiasa akan mencapai gunatenaga penuh...tiada pengangguran, semua orang bekerja. Haaa.

Dalam istilah yang paling mudah pengangguran merujuk kepada keadaan ketiadaan kerja [walaupun individu tersebut sudah berada dalam lingkungan golongan tenaga buruh (orang tua, kanak-kanak, orang gila,orang cacat tidak diambil kira)]. Ia tidak merujuk langsung kepada orang yang malas, memilih kerja yang `best-best' atau orang yang banyak songeh. Haaa... 

Mengikut teori klasikal, ekonomi biasanya akan menyesuaikan diri untuk mencapai keseimbangan secara semulajadi. Maksudnya ekonomi sentiasa berada di dalam gunatenaga penuh. Saya ulangi `sentiasa'. Apa pun terjadi ekonomi berada dalam keseimbangan. Contohnya, wahimanya walaupun kita diberhentikan kerja, kita tidak akan menjadi penganggur kerana dengan pengalaman kerja yang kita ada kita akan cepat mendapat kerja lain... Tak kan lah kita dok melongok sebab kereta siapa nak bayar? Rumah? duit kutu? Haaa... Dan para lepasan pelajar juga lambat laun akan mendapat kerja kerana mereka ada kemahiran dan ilmu. Senang secara teorinya kan?

Kemahiran adakalanya tidak berguna dalam keadaan tertentu. Contohnya, jika industri automobil kita mengalami kemelesetan, pekerja industri yang dibuang akan mencari kerja lain walaupun memerlukan kemahiran yang berlainan iaitu tidak lagi membuat kereta. Lagi contoh, seorang akaunteng mungkin membuka kedai roti kecil-kecilan apabila ekonomi gayat. Haaa...

Dan saya sebagai pensyarah kalau ekonomi meleset mungkin menjadi penari tiang, ha ha ha...(gurau jea, jangan serius sangat.)

Dan dengan mukabomi (mukabumi) Malaysia yang luas lagi subur ini, tentulah pelik kalau kita tidak ada kerja. Cuma masalahnya rakyat kita mungkin mahu kerja yang bagus walaupun mereka bukanlah bagus sangat. Mahu pakai handpon mahal walaupun kerja tak bagus sangat, mahu kereta dan rumah besar walaupun gaji tak bagus sangat, mahu kelihatan hidup bergaya dan glamour walaupun pemalas nak mampus... Haa...

Sebenarnya walaupun kita tidak berpelajaran atau berkemahiran tinggi, janganlah kita malas berusaha dan kecewa. Kita boleh mencari rezeki dengan kadar kita, kita kena yakin Allah memberi rezeki. Setiap manusia ada rezekinya. Dan kita kena bersyukur walaupun ciput sahaja rezekinya. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk mencari rezeki dan usaha yang halal) dan carilah karunia Allah, dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. al-Jumu’ah: 10).

Maka kita kenalah berusaha untuk mendapat untung. Maknanya kita kena kerja. Supaya beruntung mestilah diusahakan terlebih dahulu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang, yang seksi tak akan datang menyerah... kalau kita tidak usaha berkerja.

Walau sekecil mana pendapatan kita, kita kena bersyukur dan terus berusaha. Saya pernah tengok waktu hujan kesian benar penjual di pasar malam. Tetapi mereka tenang dan redha, di kemudian hari akan ada hari yang tidak hujam. Allah tidak akan zalim.

Dalam ayat lain Dia Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal (kepada-Nya).” (QS. Ali ‘Imraan: 159).

Kita kena mulakan kerja walaupun kecil dengan nada yang bersungguh-sungguh. Jangan kerja main-main jea. Huh!. Yang jadi masalah ialah kita malas, asyik membebel dan merungut... sampai kucing bertanduk pun duduk begitulah kita gayanya

Jan: Sekian sahaja kuliah jumaat berbaur ekonomi...(kononnya) 






Mengapa? - Datuk Sharifah Aini


Lagu dari album Irama dari sekeping hati (1983)


Kadang-kadang dalam sesebuah perhubungan, kita tidak tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba pasangan kita berubah sikap. Kita yang setia bagai nak mampus ini mencari sebab, apa sebenarnya?. (sambil termenung di tepi tingkap...) Persoalan demi persoalan silih berganti...bertanya dalam diri. Begitulah apa yang pernah terjadi pada diri saya suatu waktu dahulu...(pulak dah)

Namun kali ini bukan kisah cinta saya yang saya akan canangkan tetapi mengenai lirik lagu `Mengapa' dendangan Kak Pah dari album `Irama dari Sekeping Hati' (1983). Apabila memprosakan (mungkin merosakan?, he he he) lirik ini saya dapati lirik ini seolah sebuah puisi kerana terdapat bentuk yang terikat dari segi rangkap dan ritmanya. Pun begitu saya hanya akan menyentuh `roh' lagu ini sahaja, bukannya bentuk segala.

Rangkap pertama jelas menimbulkan persoalan akan kenapa dirinya dilukai sedangkan dirinya selalu menjaga perhubungan dan pasangannya selalu semat di hati. Atas perbuatan tersebut membuatkan empunya diri terasa hati. Dan bukan sahaja terasa pedih tetapi sehinggakan menitis air mata.Haaa...Orang kata tiada cinta tanpa air mata, saya tambah tanpa meraung...he he he. Slia rujuk rangkap di bawah:

Mengapa mesti engkau lukakan hatiku
Hati yang selalu ingat padamu
Mestikan hati ini yang menderita
Merana menitis airmata

Kadang-kadang timbul pula persoalan dalam diri kenapa dirinya yang harus menerima nasib malang? Dan perasaan itu membawa kepada kekecewaan dan kesengsaraan berpanjangan. Mungkin bertahun? Selamanya? Haaa:

Mengapa padaku kau buat angkara
Hingga hidupku jadi sengsara
Mestikah jiwa ini menangggung seksa
Kecewa di sepanjang masa

Memang kita tidak mampu 24 jam mengekornya. Jadi peluang-peluang untuk dia curang terbuka luas. Contohnya di tempat kerja dia, di majlis, di kantin, di padang bola dan di internate? Haaa...Tak kan laaa kita nak ikut dia ke sana- ke mari, kita bukannya belangkas. Sebab itu sampai ke akhirnya kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku yang membuatkan dia bagai kacang lupakan kulit atau bagai bank lupakan bunga....Haaa

Apa yang nyata dia sangat kejam, segala keindahan telah tiada, berlalu bagai debu ditiup angin...(hanya tinggal rasa rindu akibat pernah sayang, haaa) Rujuk rangkap di bawah:

Tak ku tahu apa yang berlaku
Kisah nan indah sudah berlalu
Oh kejamnya, kejamnya hatimu
Membuat hatiku rindu

Kita yang ditinggalkan menatang cinta, bersandar ke dinding kenyataan sambil mengeluh perlahan (tak baik mengeluh, tuhan marah). Hati tidak lagi bersatu. Hidup kesorangan tanpa harapan... Rujuk rangkap akhir.

Ke mana cinta nak kutujukan
Hatiku dan hatimu tak sehaluan
Kuntuman kasih layu dalam genggaman
Terkulai dan hanguslah harapan
Terkulai dan hanguslah harapan
Oh..oh…oh…

Lirik lagu ni mudah difahami, semudah berlakunya kecurangan dalam percintaan....

Jan: Oleh itu jangan percaya sangat pada pasangan anda. Kajian menunjukan 50% pasangan curang! (Maknanya kalau tak dia kita?, he he he.)

Thursday, December 19, 2013

Mengapa saya membeli buku "The Windsor Knot"?





Wilson, Christopher (2002), The Windsor Knot: Charles, Camilla and the Legacy of Diana, First printing Agust 2002, Kensigton Publishing Corp, New York, Unites States of America. Tebal buku: 304.

XXXX

Awal bulan nan lalu saya menyambar buku ini di sebuah kedai cina di Batang Kali, (Selangor). Ada jualan murah. Sebab kotak-kotak sebut diletakan gitu jea di atas simen, saya kelihatan seolah seperti seekor rusa tertonggeng minum air semasa menyelongkar buku-buku. Banyak juga buku lain yang menarik tetapi saya tidak berduit. Saya hanya membeli buku ini kerana:

1. Saya ada mengumpul buku mengenai Lady Diana. 

Saya ada beberapa buah yang ditulis mengenai kisah mendiang. Tidak payah saya kenalkan siapa Ledi D kerana hampir setiap orang mengenalinya dari sudut yang berbeza. Dipercayai Ledi D adalah manusia yang paling banyak ditangkap gambarnya di planet bumi ini. Saya mungkin yang ke...?

Tetapi saya tak suka bergambar. Tapi itu sisu lain.

2. Buku ini murah!. 

Oleh kerana berada dalam timbunan dan dalam kotak harganya murah. Selepas diskaun hanya RM7!. Apa lagi saya dengan gembiranya menyambar buku tersebut... takut orang lain ambik.

3. Saya suka kisah cinta yang sedih, pilu dan kecewa. He he he.

"There were always three of us in this marriage," Itulah kata-kata Ledi D. Kesiankan? 

Sebenarnya sebelum 2,3 hari nak kawin pun Ledi D sudah bertanya dalam hati haruskah perkawinan itu dibatalkan. Namun dia sedar semua sudah disediakan dengan taraf gaban. Majlis yang besar. istana dah disiap indah, langsir dah beropol, kuda dah berlatih berbaris dan cawan, pinggang mangkuk dah dicop ada gambarnya...

Bak kita bunga manggar dah siap, par dah ada...

Setelah saya membaca buku ni, saya semakin hilang respek (respect) kepada Charles dan Camillia. Entahlah... rasa geram pun ada. 

Namun saya rasa penulis ini seolah memberi rasa `kesian' kepada Charles dan Camillia... Mungkin sebab terpaksa menyorokan cinta mereka...

Jan: Cinta tak semestinya bersatu...dan bahagia...kan?

Wednesday, December 18, 2013

Mengapa wanita mudah mendapat penyakit kencing kotor?

Pernah dengar tak penyakit kencing kotor? Penyakit ini merujuk kepada rasa sakit atau perit sebelum, atau selepas kencing. Air kencing pula kelihatan pekat atau kotor. Sebab itu kot dipanggil kecing kotor...(saya memandai jea ni, he he he).



Apabila salah seorang kawan saya terkena penyakit ini, saya terus mencari maklumat dari pelbagai sumber termasuk membuang rasa malu untuk bertanya kepada rakan-rakan perempuan saya. Walaupun begitu penyakit ini juga boleh terjadi kepada orang lelaki. Saya bimbang juga, saya tak naklah dapat penyakit ini. Saya dah banyak penyakit lain seperti, patah hati, jiwa terluka, hilang harapan dan bermacam penyakit jiwa yang lain lagi, hee he.

Daripada maklumat tersebut, saya dapati memang penyakit ini mudah terjadi kepada orang perempuan. Dalam satu kes,  seorang perempuan itu, berpanjangan mendapat kencing kotor? Haaa...Mengapa?




Kalau kita bandingkan kemaluan kita dangan pasangan kita, ianya berbeza struktur (kepada yang tidak berkawin tu boleh rujuk mana-mana gambar yang berkisarkan perubatan, dalam internate berlambak, tengok gambar jea lah). Dan ianya antara salah satu faktor mengapa kerap terjadi pada orang perempuan. Struktur biologi bahagian sulitnya, adalah sulit lagi menyulitkan.

Penyakit ini terjadi kerana ada jangkitankuman dalam saluran kencing. Saluran kencing bermakna saluran air kencing (daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing kita akan keluar). 

Saluran yang dijangkiti kuman ini juga dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI. 



Setelah diselidiki pakar perkumanan, didapati  kuman yang menjakiti saluran tersebut 80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia Coli atau E.Coli, dan hanya  20% disebabkan oleh kuman-kuman yang lain.

Kuman E.Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur kita.  Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundit kencing dan boleh sampai ke buah pinggang.

Maka elok benarlah kaum wanita mengetahui bagaimana mahu membasuh kemaluannya dengan betul selepas berak atau kencing. Tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas berak haruslah dielakkan. Perbuatan itu akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra. (sila rujuk gambar di mana uretra kita, opss sori uretra anda).

Orang lelaki pulak saluran mereka lebih panjang lagi berjuntai maka ini memudahkan proses pembersihan. Pun begitu jika seorang lelaki pengotor ia juga akan mendapat penyakit kencing kotor. Dan bila `bersama' dengan pasangannya, ia membahayakan pasangannya juga. Maka diharapkan individu saling menjaga kemaluan masing masing. 

Jan: Jika mengelap mulakan dari depan ke belakang...haaa

Tuesday, December 17, 2013

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tetap di hati saya...?

Walaupun saya ada membaca mengenai politik, saya tidak pula minat politik. Saya membacanya kerana ianya penting. Politik penting. Saya suka membaca perkara yang penting. Haaa...

Saya tidak menafikan kepentingan politik dalam kehidupan. Saya tidak setuju jika ada orang kata politik kotor.

Kalau membuka blog politik (walaupun amat jarang), saya hanya akan membaca blog politik yang memaparkan pembangunan material dan pemikiran. Saya tidak suka blog politik yang menceritakan keburukan orang. Kalau penceritaan itu tidak benar ianya fitnah. Dan kerja menfitnah bukanlah suatu perkara yang baik. Fitnah yang kita buat kalau beria-ia dan selalu, ia akan menjadi seolah benar.


Tun Dr Mahathir Mohamad (88), Negarawan dikagumi dunia


Saya suka Dr Mahathir kerana dia cerdik dan handsum. Walaupun ada antara pemikiran dan tindakan beliau yang meragukan saya, tetapi pada akhirnya masa dan keadaan membuktikan beliau betul. Contohnya, dulu saya tidak menyokong atau bersetuju dengan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Malah saya tidak bersetuju bila ayah saya bersetuju dengan pendapat dan perlaksanaan Tun tersebut. Saya ada posting beberapa isu mengenainya. Tetapi apabila ianya telah dihapuskan, barulah saya nampak `kerugian' terhadap pembangunan ketamadunan kita. Saya semakin tabik kepada Tun. Saya percaya ramai yang semakin `nampak' tentang isu tersebut.

Namun Tun adalah manusia biasa. Ada salah dan silap dalam perhitungan politik. Pada pendapat saya, salah satunya perhitungan politikya terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi. Namun saya tidak akan menyentuhnya di sini.

Kalau penyanyi saya suka yang cantik bersuara merdu. Kalau ahli politik saya suka yang cerdik dan berwawasan. Dan bagi saya Tun cerdik dan berwawasan. Dikagumi kawan dan lawan di arena politiknya.

Tun juga handal menulis. Kadang-kadang saya rasa beliau adalah seorang penulis, bukannya ahli politik. Pelik kan?. Saya berharap benar beliau terus menulis buku. Memberi makanan kepada minda saya. 

Ahli politik datang dan pergi. Ada yang tidak meninggalkan bekas pun, he he he. Tetapi Tun memberi dan meninggalkan kesan yang mendalam. Marahnya, rajuknya (peristiwa `dah lama dah....di PWTC), sakitnya, peningnya membawa segala ribuan perasaan lagi. Yang hebatnya perasaan itu sampai ke hati rakyat dan masyarakat. Kita merasainya.

Seluruh hidup Tun memikirkan nasib bangsanya. Ketika rakan seusia sudah tidak bekerja dan seolah telah `mati', Tun terus hidup sehingga ke usia kini. Kalau boleh saya juga mahu terus bekerja apabila bersara. Ia membuatkan kita rasa cergas dan bermotivasi. Ada perkara yang boleh disumbangkan.

Penulisan ini bukannya bermotifkan politik. Bukan material atau sebagainya, saya tidak dapat seringgit pun. Penulisan ini dari hati yang menghayati kekaguman atas usahanya memajukan masyarakat dan negara.

Jan: Semoga Allah lanjutkan usia, dan semoga Tun sihat sejahtera selalu. Amin.

Monday, December 16, 2013

Mengapa lebih sukar memilih seorang suami berbanding isteri...?




Seorang kawan saya melahirkan perasaan hatinya yang gundah-gulana kerana dia masih tidak bersuami walaupun umurnya akan melalui gerbang 40an. Dia bertanya:

"Man! Mengapa susah bagi perempuan mencari calon berbanding lelaki?"

Saya dapati kawan saya ni tidak ada cacat cela hidupnya. Tak kanlah kalau tak kawin kita kata golongan ini cacat. Kalau orang cacat tak kawin kita kena kata apa pula? Cacat berganda? Haaa...

Saya berpendapat dia patut bersyukur sebab dalam banyak hal hidup dia berada dalam keseimbangan. Datang dari keluarga berada, dia memiliki rumah besar, tanah, kereta cantik, saham dan pakage Astro yang mahal. Pandai cakap Jerman lagi.

Tapi pelik juga kan? Kalau dia tiada `rupa', taklah pelik sangat, tetapi dia ada rupa (walaupun rupa beliau semakin susut nilai tetapi tetap nampak manis dan cantik). Setakat ini sapa yang melihat akan akui dia cantik, ada rupa. (saya rasa dia ada tempoh 5 tahun lagi sebelum mukanya akan beransur jadi muka makcik-makcik).

Dia mengadu dan geluh kepada saya. Dia ada beritahu ada pemuda muda (ada ke pemuda tua?) yang minat kat dia tetapi katanya dia tidak mahu berkahwin dengan orang muda. Katanya orang muda tidak dapat membimbingnya, tak ada pengalaman dan lebih nak `berhu-ha' jea dalam sebuah perhubungan. Saya sokong pendapatnya.

Saya sokong kerana saya sudah buat banyak pemerhatian sejak tahun 2001. Kalau setakat nak kawin, boleh ambik sesiapa saja. Banyak lelaki yang bergaya, ala handsum dan mancho di luar sana. Setakat nak kembang hidung sebab ada laki lawa dan bergaya, sila kan. Setakat nak berhuha-huha atau melampiaskan seks memang ramai. Pendek kata kalau setakat nak dapat status berkawin tu, senang. Tetapi kalau nak bergantung hidup? atau menyuluh jalan di hadapan? Selisih malaikat 46.

Jadi tidak salah memilih walaupun sampai ke tua, setiap orang ada kehendak dan citarasa. Apa-apa pun `jodoh' jugak kan? Haaa...

Dia juga ada beritahu ada suami orang (ada ke suami zirafah?) yang minat kat dia. Tetapi dia tolak dengan lembut sebab dia kesian tengok muka isteri lelaki tersebut. Dia berseloroh bertanya:

"...Nanti Man, setiapkali nak bersetubuh terbayang muka sayu madunya, macam mana Man. He he ?

Saya tidak jawab soalan itu...

Dia beritahu sebagai perempuan pemilihan mencari jodoh amat sukar berbanding lelaki. Semakin umur meningkat, semakin meningkat kesukarannya. Dia sempat beritahu bagi lelaki kononnya kalau calon cantik terus mereka nak, tak kira perangai teruk ke tidak sebab lelaki memilih dengan mata. Katanya... 

" Laaa Kak Ass, bukan semua lelaki begitu ya, cuma hampir semua lelaki begitu... He he he." Saya menambah dengan berseloroh. 

" Kita orang perempuan mahu bergantung hidup Man. Kalau pun bukan dari segi material, kita mahu seseorang yang boleh kita tumpang bimbing kita ke jannah..." Katanya sambil membetulkan pin di tudungnya yang beropol ringkas. 

Selepas itu dia banyak bercakap pasal idaman `Mr right'nya. Dia juga membayangkan teman hidupnya nanti akan selalu berada di sisinya dalam susah dan senang, penuh kasih sayang dan setia. Terus saya membayangkan seekor anjing, he he he. Teruk saya kan?.

Saya kenal Kak Ass sudah lama. Saya dah kenal luar dalam. Maksud saya dalam hatinya yang lembut dan tegas itu. Saya tahu benar ramai yang mahukannya cuma dia memang memilih. Dan dengan sikap dan perilaku kebanyakan lelaki zaman sekarang... saya sokong sangat supaya dia terus memilih sampai ke akhirnya. Tidak salah memilih, malah harus!

Bukan senang mahu hidup dengan seorang manusia bernama lelaki. Kalau tiada perasaan cinta yang kuat bukan senang mahu hidup bersama mereka. Tanyalah perempuan-perempuan yang berkahwin. Atau pernah berkahwin. He he he.

Jan: Ada rahmat di sebalik kejadian dan ketentuan Allah, percayalah. 

Mengapa nama dia akan saya garis merahkan?



Oleh kerana kita bukannya babi tunggal atau kera sumbang, kehadiran insan bernama kawan amatlah penting dan diperlukan.

Kawan adalah penting, tidak ada orang yang boleh hidup sendirian. Mereka mungkin tidak ada suami/isteri, keluarga tetapi mereka tidak boleh tidak berkawan. Kata orang, dalam berkawan kita harus berhati-hati. Kata orang lagi berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Benarkah? 

Saya bersetuju dalam berkawan kita harus berhati-hati sebab terdapat manusia yang tidak boleh dijadikan kawan. Namun saya tidak setuju dengan pernyataan berkawan biar beribu. Saya sudah 43 tahun. Ada 43 kawan pun sudah okey. Daripada pemerhatian saya, bukan semua orang boleh kita jadikan kawan. Biarlah kawan kita ciput bilangannya tetapi kawan yang kita miliki itu tidak menjengkelkan. Boleh bawa kegembiraan, keriaan dan kedamaian. Boleh tunjuk ajar kita.

Memang saya sudah mengambil keputusan untuk mengaris merahkan namanya menjelang 2014. Dulu saya tidak nampak sangat sifat jengkel dan pentingkan diri tertanam dalam dirinya, namun lama kelamaan saya menyedarinya. Saya rasa makin loya, he he he.

Eloklah menjelang 2014 nanti saya `edit' semula jumlah kawan-kawan yang saya miliki. Buat apa ramai kalau nilai bak buih di pantai...

Sebagai manusia kita tentulah tidak dapat berkawan dengan selesa jika kawan kita asyik mahu `bersaing' dengan kita. Sifat inilah yang paling merimaskan. Kita mahu jadikan dia kawan tapi dia mahu berlumba-lumba pula. Saya rasa sungguh tidak selesa sebab saya bukannya manusia yang suka `bersaing'. Saya rasa orang lain juga tidak akan selesa. Menyampah ada.

Satu lagi saya tidak suka sifat terlalu pentingkan diri dan tergamak menyusahkan orang lain. Di pihak saya demi kawan saya terkadang rela menyusahkan diri demi kepentingan kawan, tetapi dia sebaliknya. Jadi saya dah buat keputusan jadikan dia melukut di tepi gantang (ada tak menambah, tiada tak mengurang).

Sudah beberapa kali Adnan menyatakan saya `dipergunakan' dalam perkawanan tersebut. Kata Adnan populariti dan keglamorang saya digunakannya dengan halus untuk menempatkan dirinya dalam sekitaran perkawanan. Supaya dia diterima ramai sebab dia kawan saya.

Mulanya saya tidak endahkan sangat tetapi lama-kelamaan kenyataan Adnan nampak sangat benarnya apabila dia bukan sahaja semakin pentingkan diri tetapi tidak sedar diri. Terima kasih Adnan.

Jan: Kumemaafkan segala sikapnya, tetapi maaf namanya akan kugaris merahkan...


Friday, December 13, 2013

Mengapa saya membaca blog orang lain?


"Membaca dan mengikuti sebuah blog seolah mengikuti sebuah kehidupan..."
- Jankaulu 


1. Selain membaca buku, jika mempunyai masa terluang (sebenarnya kita laaa yang kena luangkan masa, kalau kita dok tunggu masa `terluang', tak adanya...kan?), saya ada juga membaca blog orang lain.

2. Namun secara puratanya saya jarang berjaya `luangkan' masa untuk membaca blog orang lain, kalau `terluang' pun saya banyak aktiviti lain yang hendak buat. Hendak saya siapkan.

3. Jadi jika berpeluang membaca blog orang lain, saya sangat suka hati. Melihat gambar-gambar dan membaca penulisan orang lain setidaknya memberitahu kita yang ada kehidupan lain yang tidak seperti kita. Kita boleh belajar, ambil pengajaran, berhibur dan menambah ilmu pengetahuan dari banyak segi. terpulanglah pada kita

3. Membaca menghiburkan, kita terasa rapat dengan penulis dan tahu akan sedikit sebanyak kehidupannya, kecenderungannya, juga kelemahannya. Dan kadang-kala memberi seribu perasaan (walaupun penulisan seolah berjenaka, ada di antaranya menikam kalbu. He  he. Adakalanya walaupun penulisan pendek, banyak infomatifnya).

4. Terkadang apabila menyusuri sesebuah blog, rasa cemburu timbul kerana tidak memiliki apa yang mereka miliki dan kadang-kala rasa syukur kerana tidak memiliki apa yang mereka miliki.

5. Hampir semua orang mempunyai blog, atau FB. Kehidupan kita tidak lagi terperuk dan bersifat peribadi. Dewasa ini hampir setiap individu rela paparkan apa yang mereka ada dan aktiviti yang mereka lakukan walaupun mereka bukanlah terkenal dan ternama. Mereka mendapat kepuasan diri.

6. Ada blog politik, ada blog agama, masakan, sukan dan ada blog fokus kepada hiburan. Namun saya lebih tertarik kepada blog berbentuk seolah diari yang menceritakan perjalanan sebuah nyawa atau beberapa nyawa... Haaa..

7. Kepada saya blog yang baik tidak semestinya berinfomatik dan mempunyai template yang menarik. Blog yang baik dapat menjerut dan mengheret kita dalam suka dan duka si penulis... Dapat mengheret kita kepada kehidupannya.

Jan: Setiap hari menulis sebelum tidor....

Tuesday, December 10, 2013

Mengapa saya bersedih hati dengan Lebuhraya Tun Razak?



Saya malu (bercampur mengada) untuk mengaku bahawa saya sebenarnya tidak mengetahui selama ini saya memandu menggunakan Lebuhraya Tun Razak (Lebuhraya Segamat-Kuantan). Mungkin kerana imejnya sebagai jalanraya biasa sahaja yang tidak menunjukan tanda-tanda `kebesaran' yang ada pada lebuhraya zaman ini yang biasanya moden, indah, vouge dan praktikal.

Apabila kawan saya memaklumkan ianyanya adalah sebuah lebuhraya, saya terkesima. Biar betul?

Saya tidak gemar menuduh mana-mana pihak, namun saya percaya antara faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan di lebuhraya ini adalah kerana beberapa perubahan tidak dilakukan mengikuti masa dan keperluan. Lebuhraya sepanjang lebih kurang 150 kilometer ini sudah berumur 43 tahun. Saya bukannya tidak bersyukur tetapi lebuhraya tersebut sangat laaa memerlukan perubahan. Dok gitu?

i) Bayangkan saiz kereta, lori dan bas yang semakin gedabak besar semenjak tahun 1970.

Jalan menjadi semakin sempit apabila kenderaan menjadi semakin besar. Jalan semakin merbahaya apabila terdapat banyak van dan lori bersaiz besar yang mengangkut barang antara Segamat dan Kuantan, mungkin juga Kuantan dan Kuala Lumpur atau Johor..

Kekerapan dan pertambahan saiz kenderaan menjadikan bentuk fizikal lebuhraya berrisiko. Saya bukannya mahu menyalahkan design kenderaan tetapi menjadikannya sebbagai faktor. Saya tahu juruukur atau jurubina. Lebuhraya tersebut diukur dan dibina 43 tahun yang lampau sesuai dengan zaman tersebut.

Zaman tersebut burger pun masih kecil jea kot. Saiz badan rakyat taklah seobesiti kini...(kot)

ii) Bayangkan pula kekerapan jalan ini digunakan berbanding senario tahun 1970.

Kekerapan penggunaan jalan juga bertambah akibat:

(a) Pesatnya urusniaga dan aktiviti majlis perkahwinan (yang akhirnya menambahkan populasi).

(b) Malah ramai juga pekerja yang tinggal di Kuantan, berulang alik dari Muadzam atau Segamat

(c) Munculnya penempatan yang berterusan di sepanjang jalan membuntuhkan pengankutan..


Tentulah faktor-faktor ini membawa kepada kemungkinan yang tinggi kepada berlakunya kemalangan. 


Kemalangan Ngeri Di KM119 Jalan Kuantan Ke Segama

Minggu lalu saya terketar-ketar manja dan sopan di bawah rintikan hujan memandu perlahan-lahan di atas jambatan yang baru siap yang kelihatan menakutkan. Pekerja yang bertenggek atas tong memandang saya semacam. Beberapa hari sebelum itu akibat hujan jalan menghubungi Kuantan Segamat ini ditutup sebab ada tanah mendap/runtuh. Saya rasa perkara sebegini tidak patut berlaku sebab ini adalah antara jalan utama. Ramai yang tidak pergi kerja bukan sebab banjir tapi jalan mendap/runtuh.

Saya berpendapat sesuatu yang segera harus dilakukan dengan kadar yang segera. Saya faham kalau lebuhraya elok pun tetapi perangai pengguna macam pelesit, berlaku juga kemalangan...dok gitu? Cuma perinsip saya kita buat yang terbaik kena selalu berubah dan terkedepan. Fikir positif atas keselesaan dan lebih penting keselamatan pengguna.

Bukan sekali dua saya melihat lori terbalik, bukan sekali saya terpandang lori berlanggar dan bukan sekali saya terkejut sisa daging manusia di atas jalanraya... Begitu juga kemalangan yang melibatkan kereta dan motor. Bukan sekali, bukan sekali dan bukan sekali...

Jan: Kepada pihak yang mempunyai `kuasa', ingatlah lebuhraya ini mungkin dilalui oleh orang yang kita sayangi. ...dan orang yang disayangi oleh orang lain. Allahualam...