Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 2, 2012

Maklumat Mengenai MyKad Baru

Minggu lepas saya ke CIMB cawangan Muadzam. Saya nak tukar kad cocoh saya. Sebab bila saya cocoh duit, kad tersebut tak boleh baca. Kadang-kadang boleh, kadang kadang tak boleh. Maklumlah kad cocoh CIMB tersebut dah lama benar. Kerapu sana sini.
"Boleh saya tolong" Kata seorang perempuan bermake-up nipis. Senyumannya menarik. Mungkin dia terlihat saya terpinga-pinga mencari kaunter yang berkenaan bagai Lady Gaga masuk kampung.
" Saya nak tukar kad ATM ni, rosak barangkali". Saya terus tunjuk kad cocoh saya. Dia suruh saya pergi ke suatu sudut dan jumpa seorang pekerja di meja tersebut. Saya beri dia kad cocoh saya kepada perempuan di meja.
" Tak boleh baca ni..." Kata perempuan tersebut, dia cuba teraibaca kad pengenalan saya di mesen pengesahan tersebut beberapa kali. Kad pengenalan saya tak boleh baca...padahal tak sampai setahun saya tukar. Teruk betul...
Jadi saya tak jadilah tukar kad cocoh saya sebab kad pengenalan saya tak boleh baca. Geram betul sebab tak sampai setahun dah rosak. Saya tukar januari tahun lepas.
Molek benarlah MyKad yang berstruktur baru dilancarkan. Katanya ia memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
Walaupun tidak diwajibkan, saya rasa saya kena buat MyKad yang baru biar mudah nak buat urusan. Khabarnya pengeluaran MyKad ini dijalankan secara berperingkat di beberapa tempat dan selepas 15 Februari barulah ni boleh dikeluarkan di seluruh tempat di seluruh negara.
Jan: Harap-harap gambar di MayKad baru nanti nampak handsum. Dah lama berdoa...he he he.

2 comments:

Mama4Aqil said...

saya rasa En Sukiman kena tukar wallet..hehehe..

Jankaulu said...

he he he, ya...saya rasa pun...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home