Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Showing posts with label Anak saudara. Show all posts
Showing posts with label Anak saudara. Show all posts
Tuesday, February 23, 2016
Tuesday, March 18, 2014
Azlan di Kolam
![]() |
| Saya dan Azlan sepuluh tahun dulu...(lebih kurang) |
Azlan mungkin anak saudara saya yang paling baik hati di atas muka bumi ini. Tiada kejahatan dalam dirinya. Mungkin dia mewarisi sifat saya (pulak dah, tak habis-habis prasan). Walaupun begitu sebagai remaja adalah juga beberapa episode-episode nakal yang dilakunkannya. Membuatkan maknya menyinga.
Azlan yang juga seusia dengan Najib juga akan mengambil SPM pada tahun ini.
Azlan adalah anak kepada kakak saya yang tinggal di Kuantan. Pada hujung minggu saya ada juga pergi ke rumah kakak dan tido di sana dan juga membawa Azlan ke bandar berjalan-jalan. Menonton wayang dan makan-makan. Azlan ini hanya akan makan di restoren yang ada nama sahaja. Kalau tidak dia tidak selesa...(mungkinkah mewarisi perangai saya?)
Azlan sudah mempunyai cita-citanya sendiri. Saya tidak dapat memberi sebarang komen kerana apa pun cita-cita seseorang itu, ia mestilah berusaha dengan sepenuh hati.
bersambung
Azlan sudah mempunyai cita-citanya sendiri. Saya tidak dapat memberi sebarang komen kerana apa pun cita-cita seseorang itu, ia mestilah berusaha dengan sepenuh hati.
bersambung
Najib bersama kuda
![]() |
| Najib bersama kuda |
Ini gambar Najib semasa dia kecil. Ketika ini Najib sekeluarga pergi bercuti ke Melaka bersama ayah dan ibunya, bersama adik-adik. Saya juga turut menumpang cuti tersebut, he he he. Ketika itu keadaan sangat bahagia. Beburung berkicauan ria. Langit cerah.
Buat masa ini (dan dari dulu lagi) Najib mungkin anak saudara lelaki yang paling saya sayangi (jika kasih sayang itu boleh disukat, diukur). Bukan kerana dia kurus, hitam atau handsum (macam saya) tetapi mungkin kerana dia...
Saya selalu bayangkan bagaimana hidup tanpa seorang ayah. Bagaimana dia membesar dan sekarang menjadi remaja. Cair hati saya apabila saya berjalan-jalan dengannya atau menghantar dia ke rumah kawan, kawan-kawan Najib tanya adakah saya ini ayah Najib?.
Saya tidak tahu bagaimana jika saya hidup tanpa ayah atau tidak serumah dengan ayah. Saya pasti akan memandang negatife sahaja dalam hidup saya. Entahlah.
Sekarang Najib sudah remaja, jerawat pun dah bertimbun. Dia akan menduduki peperiksaan SPMnya tahun ini.
Saya berharap sekaya mana pun Najib ini dia akan hanya mempunyai seorang isteri. Saya rasa dia sudah cukup diajar oleh saya akan falsafah itu, dalam sedar dan tidak.
Jan: Siapa kata kita boleh pilih skrip hidup kita?
Friday, May 17, 2013
Bunga raya besar...
![]() |
| Aishah dan bunga raya besar |
Semalam adik perempuan saya hantar gambar anak perempuannya bersama bunga raya besar. Saya tertarik kerana ia spesis besar. Saya suka menanam, namun kini saya tidak menanam bunga selain berwarna putih. Putih lambang hati dan keinginan saya, suci. (suci laaa sangat, he he he).
Saya ada dua anak saudara perempuan di Ulu Yam Selangor. Kalaulah saya berani bawak kereta tentu saya ke sana setiap minggu tetapi saya tidak berani kerana jalanya melibatkan tempat yang tinggi. Saya gayat.
![]() |
| Che Embum dengan bunga raya besar |
Kadang-kadang rasa sangat rindu kepada anak saudara saya ini...
Jan: Dulu saya selalu naik bas pergi ke sana. Sekarang hanya tuhan sahajalah yang tahu...
Wednesday, January 23, 2013
Keputusan Najib
Najib adalah antara anak saudara lelaki saya (paling sulung lelaki). Saya selalu mengingatinya sebab dia suka beri pendapat, kurus dan sedikit hitam. Suka berkawan dengannya sebab dia kelakar, sifat sedikit lucah pun ada. Dari mana datang sifat tersebut saya pun tidak tahu. Tetapi ramai yang kata dari sayalah, he he he.
Bila mata saya melihatnya, saya jadi kesihan. Cara dia berjalan lain macam sikit, payah saya nak huraikan di sini. Biasanya orang Melayu tidak berjalan begitu...
Ramai orang kata saya sangat sayangi Najib. Namun hakikatnya saya sayang semua anak saudara saya. Bila melihat mereka lupa segala hutang kad kredit, dan perjalanan hidup saya yang ngeri ini. He he he.
Apa yang kita selalu harus ingat adalah tiada harta yang lebih berharga selain keluarga.
Apa yang kita selalu harus ingat adalah tiada harta yang lebih berharga selain keluarga.
Najib telah berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam PMRnya baru-baru ini. Saya memang sudah awal-awal bertaruh dia akan dapat keputusan sebegitu sebab saya rapat dengan anak saudara, saya tahu bagaimana mereka. Saya berdoa dia terus cemerlang dalam pelajaran. Saya harap dia dapat menjadi doktor, kesinambungan bagi cita-cita saya yang tak menjadi. Doktor jiwa pun tidak mengapa. He he he.
Namun kalau anak-anak saudara saya tidak berjaya dalam pelajaran pun, saya akan tetap sayangi mereka. Hatta cacat, hodoh dan bodoh pun.
Najib pernah beritahu saya kalau dia ada duit banyak nanti, dia mahu beli pulau untuk burung-burung. Tidak ada anak saudara saya yang lain pernah berkata begitu. Demi allah sebijik dengan apa yang saya mahu pada umur saya sebaya dengannya.
Namun kalau anak-anak saudara saya tidak berjaya dalam pelajaran pun, saya akan tetap sayangi mereka. Hatta cacat, hodoh dan bodoh pun.
Najib pernah beritahu saya kalau dia ada duit banyak nanti, dia mahu beli pulau untuk burung-burung. Tidak ada anak saudara saya yang lain pernah berkata begitu. Demi allah sebijik dengan apa yang saya mahu pada umur saya sebaya dengannya.
Najib tidak mahu ke MRSM, dan dia juga tidak mahu ke sekolah yang terbaik di daerah kami tinggal. Ia bersekolah di sekolah dekat dengan rumahnya. Dekat dengan ibunya yang tinggal seorang diri. Pada mulanya ia membimbangkan saya kerana sekolah tersebut adalah antara sekolah yang tercorot. Saya mahu yang terbaik baginya, saya mahu beliau bergaul dengan orang yang pandai.
Namun Najib telah memilih untuk duduk di sekolahnya sambung tingkatan 4 dan 5. Dia percaya dia boleh mencapai kejayaan di sekolah tersebut. Saya tahu ramai guru-guru sayangkannya. Dia beritahu sekolah tersebut telah baiki dan ada potensi untuk cemerlang. Saya menyokong keputusan dia sebab dia ada visinya sendiri.
Namun Najib telah memilih untuk duduk di sekolahnya sambung tingkatan 4 dan 5. Dia percaya dia boleh mencapai kejayaan di sekolah tersebut. Saya tahu ramai guru-guru sayangkannya. Dia beritahu sekolah tersebut telah baiki dan ada potensi untuk cemerlang. Saya menyokong keputusan dia sebab dia ada visinya sendiri.
Saya berdoa keputusan Najib adalah tepat. Memang betul hakikatnya tidak kira di sekolah manapun kita belajar, yang paling penting ialah kita bersungguh belajar dan pandai ambil hati guru. Keberkatan seorang guru juga sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan.
Saya harap Najib tidak main-main dengan suasana tingkatan empat ini.
Jan: Semoga Najib berjaya. Amin.
Saya harap Najib tidak main-main dengan suasana tingkatan empat ini.
Jan: Semoga Najib berjaya. Amin.
Sunday, December 2, 2012
Harapan seorang pak saudara...
Tahun depan mereka naik tingkatan 4
Azlan anak sulung kakak saya, Najib pula anak sulung lelaki adik saya. Kakaknya sedang belajar di Mesir, saya harap najib akan ikut jejak kakaknya. Begitu juga Azlan. Nanti senanglah saya ke luar negara melawat mereka.
Budak lelaki lambat matang berbanding budak perempuan (bukan semua), saya harap budak dua orang ini cepat matang dan cepat buat benda yang berfaedah. Jangan lalai.
Kalau kita lalai walau sesaat ia akan menjejaskan kehidupan di kemudian hari. Tidak saya melarang mereka berseronok asal tahu akan batasannya.
Bagi pelajar yang lalai tingkatan empat dijadikan `bulan madu', dan tingkatan lima barulah nak belajar. Saya sudah berpesan kepada mereka belajar dengan rajin di tingkatan empat lagi.
Hidup ini paling penting bernilai ialah keluarga. Kita harus membahagiakan keluarga. Bila kita berjaya keluarga kita akan bahagia.
Kami bukanlah keluarga yang berada. Cukup makan sahaja. Saya harap mereka berdua sedar akan keadaan ini kerana ilmulah yang paling utama. menjadi payung waktu susah, menjadi perhiasan waktu senang.
Mereka belajar di zaman senang, tidak seperti saya yang berjalan berbatu-batu hendak ke kelas tuisyen...Dulu saya dan kawan baik saya Hasnah, belajar rajin-rajin. Kami tau kami orang susah.
Akhir kata, saya harap dua oarang anak saudara saya ini jadi orang yang berguna di dunia dan bersinar di akhirat. Amin.
Najb dan Azlan sudah pulang...
Sekarang rumah saya kembali sunyi, bila balik kerja sunyi tak kedengan apa-apa bunyi. Najib dan Azlan sudah balik ke rumah masing-masing. Najib duduk dua minggu di rumah saya, dia datang dulu barulah seminggu kemudian Azlan datang menemani Najib.
Saya rasa sangat gembira bila anak-anak saudara bertandang ke rumah saya. Mungkin itulah sifat Antetua (Anak Teruna Tua, he he he). Iaitu mereka lebih rapat dengan anak-anak saudara mereka. Maklumlah tak ada anak.
Saya ada tangkap gambar mereka dulu tajuk...Najib dan Azlan bercuti di Muadzam
Mantoya (Azlan)
Najib Khan
Kini mereka semakin besar, Najib sudah pandai menggatal dengan perempuan. Manakala Azlan masih lagi malu-malu kucing. Muka mereka kini sudah lain, tidak toya lagi, nampak semakin kemas.
Mereka dalam keadaan pra remaja. saya pula sudah akhir remaja. dalam beberapa tahun lagi saya bukanlah remaji lagi. Pun begitu saya berharap hubungan kami tetap erat. Saya harap mereka akan sambung pelajaran ke luar negara.
Saya beritahu mereka cita-cita hendaklah digantung tinggi.
Jan: Menumpang cita-cita mereka...
Wednesday, November 7, 2012
Najihah, Najib dan Shafiq
Najihah, Najib dan Syafiq adalah anak saudara saya yang paling saya ingati dan beri tumpuan. Saya ada sebab yang kukuh. Saya tidak menghiraukan kata-kata orang di sekeliling, katalah saya tidak adil atau sebagainya, hanya allah yang tahu. Lagipun kata-kata orang tersebut bukannya boleh mengurangkan gaji saya di slip gaji atau bonus yang TNB berikan.
Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa sokongan seorang ayah. Saya tentu akan hidup dalam kehilangan dan terasa sesuatu kehilangan. Walaupun saya tidak seberjaya kakak saya dalam kehidupan (kalau definasi kehidupan yang berjaya itu harus berkahwin dan ada anak-anak), saya tetap dipuji oleh ayah saya secara halus dan tidak ketara. Ayah memang begitu.
Kadang-kadang saya sangat putus asa dalam menghadapi hidup ini, bila saya lihat gambar mereka, saya sapu air mata dengan lengan baju seperti dalam drama swasta tersebut, he he he. Mereka adalah antara sebab saya mesti hidup...dan berjuang.
Memelihara anak-anak tentu sukar, lebih sukar dari menjinakan singa. Saya tabik pada bekas adik ipar saya.
Gambar ini dipukul sehari sebelum Najihah (saya panggil `kakak') berangkat ke Mesir. Dia tentu bersedih kerana terpaksa berpisah dengan emaknya dan dua orang adiknya, Najib dan Syafik.
Yang muka bulat dan putih sikit adalah Syafiq, saya juga mandikan dia semasa kecil, juga pernah basuh berak dia. Dia pakai baju gambar kucing. Saya beli baju itu di Sarawak.
Shafiq suka main bola. Saya selalu beritahu dia yang keturunan kita tidak ada yang berjaya dalam sukan atau perniagaan. Saya sendiri tidak tahu itu kata pendorong atau sebaliknya, heheh.
Yang hitam dan kurus adalah abang Syafiq. Najip orangnya kurus. Sekarang najib sudah teruna sunti. Sudah ada budak perempuan antar sms kepadanya pada waktu malam mengucapkan `i love you'. Sengaja saya mengecek telefon bimbitnya semasa dia tidur.
Apabila membaca sms tersebut, saya naik hairan dengan keberanian budak perempuan sekarang...
Sekian.
Tuesday, October 2, 2012
Saya menangis di KLIA... 30/9/2012
Pada masa tersebut semua orang menangis kecuali saya. Ayah saya menangis, adik ipar saya Za (bekas adik ipar), Najib menangis, Shafiq juga menangis. Najihah dan Za (emak Najihah) berpeluk menangis. Masa tu suasana sebak, saya lihat ayah saya mengesat air matanya dengan mafla Manchester United (ayah peminat setia kelab ni, dia minat bola. Pada zaman dulu dia pernah jadi pengurus pasukan bola).
Saya masih tidak menangis, saya tengah gembira sebab tadi dapat makan KFC. Maka saya kemang air liur saya biar banyak dalam mulut, lepas tu saya jolok dengan dua jari telunjuk dan bawa air liur sekitar mata. Biar nampak saya macam menangis. Pengotor saya kan, he he he. tetapi mengikut sains, air liur tidak kotor, malah berguna.
Saya peluk Shafiq (adik Najihah) erat-erat, dia menangis macam budak (memang budak pun). Dan Najihah datang pujuk adiknya. Katanya:
" Pit, jangan nangis, kita ni orang sesok (miskin), belajar rajin-rajin.."
Bila saya dengar nasihat seorang kakak (anak saudara saya) itu, saya terus menangis betul-betul. Sebab saya sangat sedih. Tapi saya cover juga sebab ramai orang. saya pendang sekeliling, rupa-rupanya setiap keluarga buat drama swasta juga. Mereka menangis juga. saya pun apa lagi, terus menangis juga.
Ini ayah saya dan Najihah
Saya harap anak saudara saya ini belajar rajin-rajin, jadi doktor yang bertaqwa.
Jan: Teringat Mesir, teringat tarian gelek...he he he
Monday, June 18, 2012
Ipomoea Batatas
Suka tak makan ubi?
Ubi keledek (juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi
ketela, ubi setela dan ubi rambat) ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas
ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar. (sumber cilok: daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Kepada yang hanya tahu makan tetapi tidak mengenali apa yang dimakan, gambar di atas adalah ubi keledek. Orang kampung dan keluarga saya memenggilnya dengan nama setela (sukukata `la' dibunyikan `le'). Buat masa ini ubi setela adalah hasil tanaman ayah saya.
Semasa saya balik kampung tempoh hari, ayah saya tengah menuai hasil. Kalau kita tanam ubi ini dalam 3 hingga 4 bulan kira dah dapat hasil (katogeri penanaman jangka pendek).
Kalau kita berbudi pada manusia belum tentunya manusia tersebut berterima kasih atau membalas budi. Bukan kita harap sangat tetapi setidaknya berlalulah begitu sahaja, jangan sebelum nak buang kita mereka khianati, aniayai dan hina kita. Tinggallah kita dalam diam, kita fahamlah orang sudah jemu (baca dengan nada sedih...)
Memang saya serba kekurangan tetapi saya yang serba kurang inilah....bla-bla...(malas nak mengunkit, takut ternangis di depan komputer, sapa nak nolong?)
Pada masa itu saya hanya tahu menangis-menangis dan menangis dengan tidak malunya (sepert jantan tak guna menangis konon, kawin dengan anak aku satu sen tak keluar uwang, malah uwangnya habis kau kikis...bla-bala...).
Saya menagis kerana tak berdaya nak pegang setereng kereta yang bulat (ada ke yang tiga segi?|) Saya tidak berdaya bawa kereta. Saya meraung di tepi jalan dalam perjalanan ke tempat kerja (adegan yang macam drama swasta tu...). Memang saya tidak daya nak pandu kereta ke tempat kerja. Sehingga saya berhenti di tepi jalan dan menangis macam keluarga yang anaknya tidak berjaya jadi juara dalam program realiti (anak dia tak berjaya dalam SPM, dia tak menangis, tak berjaya habis quran kecil dia tak nangis juga).
Saya menagis kerana tak berdaya nak pegang setereng kereta yang bulat (ada ke yang tiga segi?|) Saya tidak berdaya bawa kereta. Saya meraung di tepi jalan dalam perjalanan ke tempat kerja (adegan yang macam drama swasta tu...). Memang saya tidak daya nak pandu kereta ke tempat kerja. Sehingga saya berhenti di tepi jalan dan menangis macam keluarga yang anaknya tidak berjaya jadi juara dalam program realiti (anak dia tak berjaya dalam SPM, dia tak menangis, tak berjaya habis quran kecil dia tak nangis juga).
Dan saya ingat lagi saya terpaksa berpura untuk menipu bila seorang pensyarah perihatin sebagai rakan pensyarah berhentikan keretanya di tepi jalan (kerana melihat kereta saya tersadai di tepi jalan). Dia lihat saya terkulai layu stim macam orang laluk. Saya beritahu saya menangis kononnya kerana menerima berita buruk dari keluarga di kampung. Tak semena-mena saya beritahu bapak saudara saya yang pelihara saya daripada kecil yang sakit TB meninggal dunia sebentar tadi. Padahal saya dipelihara oleh ayah saya sendiri, dan pak saudara saya itu sihat walafiat lagi....
Namun pada masa tu saya lembik lotek (terlalu lemah) untuk meneruskan perjalanan ke kampus. Namun saya gagahi juga dengan membawa 30 km sejam (macam kita bawak di kawasan sekolah bila baru dapat lesen tu).
Kesian pulak kat pensyarah yang selalu bentang kertas kerja di seminar antarabangsa tersebut ditipu hidup-hidup. Dan saya selepas itu berjanji pada diri akan minta nmaaf pada hari raya. namun dah 3 hari raya berlalu...he he he.
Kesian pulak kat pensyarah yang selalu bentang kertas kerja di seminar antarabangsa tersebut ditipu hidup-hidup. Dan saya selepas itu berjanji pada diri akan minta nmaaf pada hari raya. namun dah 3 hari raya berlalu...he he he.
Hanya allah yang tahu betapa runtuhnya hidup dan harapan hidup saya. Semua seperti hilang. Semua seperti semua pergi. Saya hanya menyebut "Ya allah aku tak percaya atas apa yang terjadi".
Dan dalam half alive itu lah saya bersumpah dengan nama tuhan suatu hari nanti dia akan hilang segala-galanya juga kerana ia aniayai orang seperti saya... Saya bersumpah tiada sekuman (saiz kecil) kasih sayang akan mendekatinya. Saya bersumpah atas segala kebaikan yang saya buat di atas dunia ini. Daripada kebaikan pertama yang saya lakukan sehingga terkini, semuanya saya pertaruhkan. Segalanya termasuk nyawa saya...
Kelihatan pekerja kampung yang diupah oleh ayah saya untuk mengeluarkan ubi keledek tersebut. Saya tidak tahu bagaimana nak ambil ubi dalam tanah. Macam mana nak pastikan tidak terputus atau tertinggal ubi tersebut dalam tanah? Haaa...
Semuanya ada cara...kita mungkin tak pandai. Hanya pandai makan ubi keledek tersebut.
"Ala sukimang, kau makan ubi macam orang kampung laaa" Ada suara sumbang sumbing yang mengata saya di asrama UM 20 tahun dulu sebab saya bawa ubi keledek ke hostel. Saya bawa daripada kampung. Kawan-kawan saya yang perasan bandar tu komen saya sambil mereka mengambil ubi keledek saya (yang saya goren ) dan cicah dengan sos (sos saya juga). Piring tempat letak ubi dan sos tu pun saya punya juga...he
Sedap direbus atau goreng.
Gambat-gambar dipukul dengan mengunakan kamera di handpon Nokia X2, saya beli RM350, dah setahun lebih usianya.
Apa khasiat ubi keledek? Dari pembacaan saya selain ia boleh tambah tenaga, ia juga boleh ubadi fibroid. Fibroid ni ketumbuhan pada dinding rahim. Malas saya nak ulans panjang-panjang sebab lepas ni saya nak gi makan nasi. Nanti tak lalu...
Gambar dia atas ialah daun ubi keledek yang sedap dimakan kambing atau manusia. Kambing makan begitu saja, kalau manusia, mereka biasanya mengambil pucuk muda untuk dijadikan gulai. Kalau nak makan begitu sahaja pun tak apa. Kenapa kita perlu malu? Kambing boleh buat. He
Ini bukan pekerja Bangla tetapi anak saudara saya. Dia kurus macam saya masa saya muda dulu...dan seperti saya dia juga ramai peminat.
Pernah semasa kami berdua ke pasar malam, ada kawan-kawan perempuan panggil anak saudara saya dengan tak malunya. Budak perempuan sekarang gatalnya begitu ke? Ya allah jangan lah terlalu lalu perigi mencari timba atau buat gimik sangat.
Apa-apa pun masa remaja memang seronok bukan sahaja bila berpandangan mata berdebar-debar tetapi juga tak payah bayar rumah, kereta, kad kredit, bil air-api-astro-handpone dan sebagainya. Haaa.
Apa-apa pun masa remaja memang seronok bukan sahaja bila berpandangan mata berdebar-debar tetapi juga tak payah bayar rumah, kereta, kad kredit, bil air-api-astro-handpone dan sebagainya. Haaa.
Sekian sahaja...
Jan: Tajuk posting ini sebenarnya "Budi kutabur berkubur, kasih kusemai, aku tersepai..."
Tuesday, January 24, 2012
Perut anak saudara saya (tanpa edit)



Ini gambar perut anak saudara saya. Namanya dirahsiakan untuk dia tak merasa malu, he he he. Namun perut saya juga begini.
Dia baru saja bersunat. Sekarang dia darjah enam. Kegemarannya petang-petang bermain bola dan duduk bawak ketiak emaknya.
Dia pakai handphon lebih mahal dari saya, sebab dia himpun/kumpul duit untuk membelinya. Dia pandai dalam hal handpon. Saya tak pandai.
Jan: Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)









































