"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 10, 2011

Bukan sekadar rupa...?



WALAUPUN kecantikan seorang perempuan bukan sahaja dinilai dari segi fizikal, tetapi kecantikan fizikal tersebut amat mempunyai kuasa yang kuat, impak yang besar. Perempuan sebenarnya tahu akan hal ini.
Kuasa yang boleh menyebabkan sebuah kerajaan runtuh dan boleh membuatkan dua buah negara besar berperang (sila baca buku sejarah Eropah, sebab blog ini bukannya nak cerita semua perkara. Jangan la asyik tengok cerita Indon di Astro saja. Lagipun engtri ini pasal kuasa kecantikan perempuan bukannya pasal sejarah dunia. Titik).
Lihat contoh penyanyi wanita di Malaysia (bukan semua), kebanyakan yang popular mestilah ada rupa. Kalau tak ada rupa suara kena power giler. Tu pun akhirnya mereka jadi suam-suam kuku kerana hanya ada vokal bukan rupa. Tetapi...kalau ada rupa, suara setakat ada-ada jea pun boleh buat duit dan boleh jadi pengkritik pula kepada program realiti yang kononnya mencari suara berkualiti bukannya rupa. Selamat datang ke Malaysia.
Bagi pihak lelaki mereka sangat-sangat mementingkan kecantikan, sekurangnya cantik di mata mereka. Mereka sangat mementingkan kecantikan perempuan walaupun mereka adakalanya pendek, gemuk, boroi atau senang kata macam beruang khutub. Ya walaupun mereka tak handsum. Pernah saya tengok penganting yang seperti pinang tersalah belah bila mereka bersanding, he he he. Yang lelakinya tak handsum langsung, pendek dan hitam pula (tetapi bergelar Datuk). Penganting perempuan pula putih ayu melepak... (namun begitu semoga mereka bahagia...).
Selepas perkahwinan perempuan masih giat menjaga diri agar wangi dan sedap dipandang oleh suami manakala suami pula dah rasa selesa dan membiarkan bau badan mereka mengalahkan ungka di hutan.
Selepas berkahwin isteri sedaya upaya menjaga suami dengan pelbagaian masakan dan khidmat cakar harimau agar tidak dikata harapkan rupa je cantik tapi dungu...
Jan: Dan seperti sebelum kahwin, suami masih lagi berbau ungka, he he he.

No comments:

.