Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Ayah dan mak. Show all posts
Showing posts with label Ayah dan mak. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Bulan dan juga bintang saya...




Gambar ini dipukul pada tahun 1998 di hadapan rumah saya di kampung Paya Rawa, Besut, Terengganu. Pada masa tersebut saya meminjam (kena bayar) pakaian konvoi dari UM untuk digayakan di kampung halaman. Pada hari konvoi sarjana saya, hanya ayah saya sahaja yang hadir. Jadi saya buat balik baju untuk digayakan bersama keluarga.

Saya mahu ucapkan berbanyak terima kasih kepada ayah dan ibu. Maafkan saya kerana saya tidak menjadi anak yang hebat.

Friday, February 22, 2013

Ayah saya dan pasukan bolanya

Ayah dengan pasukan bolanya

Ketika saya kecil saya selalu ikut ayah pergi ke padang bola. Ayah saya melihat pasukan bolanya berlatih. Saya juga ikut kerana lepas main bola mereka akan singgah Kedai Makan Cik Tik. Saya suka makan nasi air. Lagipun duduk rumah, saya kena baca sifir.

Ayah saya suka sangat suruh saya baca sifir, boring betul.

Ayah saya akan beri amaran untuk gugurkan pemainnya jika dia terjumpa mereka lebih dari pukul sepuluh malam. Mereka kena tidor awal. Mereka juga tidak boleh merokok.

Kalau saya miliki pasukan bola, mereka tidak boleh bersetubuh, he he he. Lawak jea. Namun saya akan pastikan rambut pemain bola saya digunting mengikut kehendak saya. Tetapi yang pasti saya tidak suka melihat pemain bola rambut berjuntai panjang berlari-lari di tengah padang.

Pasukan bola ayah menang!
Pada masa tersebut ayah saya juga bergiat aktif dalam UMNO. Jadi pakaian bola pasukan ayah saya cantik sebab ayah minta peruntukan daripada YB. Pada masa itu kegiatan bola sangat rancak. Ketika itu kalau tidak silap saya dalam darjah 5.

Tidak pula saya tahu sekarang bagaimana keadaan permainan bola di kampung Raja. Namun kata anak saudara saya, dia ada jumpa terserempak dengan pemain bola pasukan ayah saya sekali sekala bermain di padang. Walaupun sudah berumur, style masih ada...kata anak saudara saya yang kaki bola.
Bukan main ayah gembira
Gambar di atas kelihatan Cikgu Aziz (allahyarham) berbaju batik. Beliau adalah juga merangkap cikgu pengakap saya juga (di sekolah Kebangsaan kampung Raja). Dalam gambar ini pasukan beliau kalah. Beliau bercekek pinggang memerhati gelagak ayah saya dan pemainnya.

Kenangan dua pasukan
Saya tidak suka main bola atau melihat permaianan bola. Ianya permainan pelik dan kasar. Namun saya suka kalau bola yang kecil dan lembut gitu...

Jan: Pulak dah...

Tuesday, February 19, 2013

Lelaki paling saya sayang



GAMBAR di atas adalah hero hidup saya. Saya sangat sayanginya. Namun saya diasuh untuk tidak berlebihan dalam menunjukan kasih sayang. Mungkin dia sendiri tidak tahu betapa saya sayanginya. Sangat-sangat.

Saya selalu menulis mengenai emak, manusia yang paling saya sayang. Kali ini saya mahu menulis mengenai lelaki yang paling saya sayang pula di dunia ini. Saya berhutang nyawa dan budi, dan berhutang segalanya kepadanya. Segala kesenangan yang saya miliki ini adalah berpunca daripadanya.

Dia selalu memberi saya semangat untuk belajar dan `membaca' dunia ini secara langsung dan tidak langsung. Pemikirannya yang selalu ke depan dan bersikap positif sangat saya cemburui. Saya harap suatu hari nanti saya menjadi sepertinya yang selalu optimis. 

Dia tidak kisah kalau saya ada pandangan berbeza tentang kehiduapn ini kerana dia tahu kepandaian saya. Juga kebodohan dan limit saya dalam kehidupan.

Jan: ...terima kasih atas segalanya... semuga ayah sihat selalu.

Ayah tanam terung pula

Balik cuti raya Cina nan lalu, walaupun banyak kerja, saya sempat juga menjenguk ke kebun ayah. Kali ini ayah tanam terung pula. Dulu ayah tanam ubi keledek . Rujuk posting edisi  Ubi Keledek.

Ayah saya suka menanam (ayat darjah 3B). Ayah pernah menanam tembakau, timun Cina, ubi keledek, lada, kobis dan sebagainya. Hatta kacang panjang dan petola. 

Terung bulat

Terung ini berbentuk bulat dan tidak memanjang seperti biasa. Sebabnya memang jenis bulat gitu. Kata ayah terung jenis bulat lebih sedap. Saya tidak tahulah akan kebenarannya sebab saya tak suka sangat makan terung...kecuali pajeri terung.
Terun ditanam atas batas yang disalut plastik hitam (sungkupan)

Saya rasa sepatutnya saya jadi petani seperti ayah. Dulu kaler bila ayah petani anak petanilah. Rupanya sampai sekarang tidak ada anak cucu yang menurun akan aktiviti ini. Kalau beginilah peatengnya (coraknya/gayanya) suatu hari manusia nak makan apa yea?


Nak patah jugak pinggang kalu nak kutip buahnya.
 Kebanyakan kerja ayah saya lakukan sendiri. Ayah saya masih sihat berbanding saya yang malau. Saya rasa mungkin ayah saya sudah biasa kerja berat.

Anak saudara bernama Sazwan






Che Embung (nama sebenar Siti Sarah) jadi model  terung

Buah terung warnanya pelik

Buah-buah di bawah pokok menunggu dipetik tangan

Pokok nampak tak subur, daun tak menghijau tapi di bawah ada banyak buah.


Buah ni di dalam guni nak di bawa pulang ke rumah.

Jan: Warna buah terung pelik sebab bila melihatnya saya rasa mengantuk. Pelik kan?

Tuesday, October 2, 2012

Mak saya jahit, taraaa...




Ini kerja mak saya kalau tidak mengaji atau risaukan ayah saya. Emak suka buat sampul bantal, cadar dan kain seperoh. Dia beli benag warna dan lukis corak dan jahit.

Selalunya bila siap saya mintak dengan mak agar dia tidak beri kepada adik beradik saya yang lain, he he he.  Saya nak buat kenang-kenangan... 

Saya tahu emak saya sudah semakin tua. Saya selalu pinping dia berjalan kalau ke kedai atau berjalan-jalan. Tetapi kadang-kadang dia berjalan laju...dia kata nurse kenalah jalan laju-laju.

Emak saya selalu suruh saya kuat hadapi hidup ini (seolah mak saya tahu saya serapuh biskut. He he he). Emak saya orang susah. Emak saya pernah beritahu saya zaman remaja dan kanak-kanaknya tidak senang. Dia terpaksa kerja, dan tidak dapat sambung pelajaran sebab duit tak ada...

Emak beritahu saya dia syukur sangat sebab sekarang hidup dia senang. Namun emak saya selalu curiga kepada ayah saya yang berumur 70an tersebut. Emak saya bimbang ada perempuan lain mahukan ayah saya...

Emak saya memang pelik sebab ayah saya bukan handsum atau kaya... Mungkin orang perempuan begitu kot.

Jan: saya minta maaf sebab tajuk dan isi posting ini lari....


Thursday, November 24, 2011

Lelaki yang paling saya sayang...

Setelah hampir 7 jam meredahi hujan renyai di sepanjang perjalanan, saya tiba jua di kampung. Memandu dari Kuantan ke Besut dalam renyaian hujan dengan hati yang basah bukanlah sesuatu kebiasaan...
Ketika sampai di rumah, kelihatan emak berada di anjung rumah. Hanya ada emak dan ayah sahaja di rumah. Tanpa mengangkat beg pakaian dan barang-barang, saya terus masuk rumah. Saya ke ruang tamu. Kelihatan ayah terbaring di katil di tengah ruang tamu. Saya terus memeluk ayah. Saya lihat wajah ayah.
Wajahnya cekung. pipinya labuh dan nampak lehernya panjang. Badan ayah telah susut. Dia kelihatan lesu. Wajah ayah seperti wajah datuk saya yang telah lama meninggal. Ayah kelihatan kurus, tidak bermaya dan rambutnya juga tidak kemas. Dia tidak berbaju dan hanya berkain pelikat. Saya terus rasa sedih melihat ayah. Cepat-cepat saya masuk dalam bilik, saya tidak mahu ayah dan mak nampak air mata saya...
Saya kembali semula ke ruang tamu, barulah saya sedar keadaan di ruang tamu berselerak. Ada tilam juga di ruang tamu. Tilam yang emak saya guna untuk dia menemani ayah tidor. Saya lihat juga ada bekas sampah dan bekas minuman dan makanan yang sudah digunakan. Mungkin emak tidak sempat berkemas kerana asyik melayan karenah ayah. Sebelum ini emak ada sms beritahu letih menjaga ayah dan ayah asyik marah-marah bila dia sakit... Saya tahu tidak ada orang lain yang sanggup dan mampu melayah ayah kecuali emak. Ya, hanya mak tahu kenapa dia sayangkan ayah...
Saya tatap kembali wajah ayah saya dan fikiran tentang sesuatu menjelma lagi. Namun itu lumrah hidup... Saya tatap lagi muka ayah saya, muka seorang lelaki yang paling saya sayangi, yang paling patut saya sayangi... Baru sekarang saya bertambah sedar ayah sudah tua. Dia tidak lagi segagah dulu. Sukar menerima keadaan ini kerana ayah biasanya aktif dan seingat saya, ayah selalu berseluar jeans kerana dia lasak. Teringat dulu setiap kali ayah datang ke mesyuarat PIGB sekolah, ayah selalu pakai jeans dan baju yang santai. Ayah orang lain pakai pakaian yang seperti mahu ke pejabat. Ayah sangat aktif dalam PIGB sekolah, sehinggakan saya juga terpaksa aktif belajar supaya ayah tidak malu (hakikatnya pada masa itu saya bukannya suka sangat belajar, terutama matematik).
Ayah tidak berdaya memegang gelas. Saya terpaksa memegang gelas dan membiarkannya minum perlahan-lahan. Saya juga pegang gelas dengan perlahan dan dekatkan di bibirnya biar paras air dalam gelas senada dengan tegukan ayah. Jika tidak air akan mengalir keluar dari mulutnya.... Selepas itu saya juga ada melihat adik saya menyuap air nasi. Ayah tidak dapat menelan makanan keras.
Saya masih tidak puas untuk bersama ayah. Namun saya sendiri sudah semakin tua...maknanya ayah akan semakin tua. Saya terlintas juga sebagai seorang anak, saya gagal memenuhi banyak cita-cita dan harapan dia. Terlalu banyak yang ayah harapkan sebab dia seorang optimis dan positif. Berbeza benar dengan saya yang banyak pesimis dan negatif dalam hidup. Lantas saya teringat ayah mahu benar melihat saya menerima PHD. Ayah pernah kata sekali belajar biarlah sampai habis... Sedangkan saya tidak sabar hendak bersara dan bina sebuah taman yang indah.
Saya kembali ke bilik saya semula. Saya perlu rehat dan tidor sekejap...Saya perlu meredakan tekanan darah tinggi saya...
" Mengapa tuhan buat manusia tidak tahan lama?" Terbaring di katil, saya teringat minggu lepas itulah soalan pertama yang saya lontarkan sebaik sahaja masuk ke dewan kuliah. Para pelajar terpinga sebab biasanya soalan yang dilontarkan berbentuk ekonomi...
Jan: Manusia memang tidak tahan lama tetapi kasih sayang yang suci tidak akan mati...tidak akan boleh dijual beli walaupun dengan sebuah kereta Perdana...

Monday, August 2, 2010

" Inilah bini aku nanti..."

Aneh ya masyarakat kita selalu nak tahu kisah cinta para artis dan selebiriti. Mereka nak tahu sangat-sangat. Mereka tidak berminat akan kisah cinta ayah dan emaknya sendiri, iaitu kisah cinta yang membawa ayah dan ibunya berkelamin dan (penyebab) mereka bernafas di dunia...
Saya sering nak tahu bagaimana ayah dan mak saya bertemu. Pun begitu saya rasa tidak selesa jika bertanya secara langsung. Kena ada masa dan ketika yang sesuai... Saya kena jaga tata tertib dan adap sopan sebagai anak. Namun alhamdulilah hubungan saya dengan ayah dan emak macam kawan-kawan...tidaklah kekok apabila bertanya (pun begitu perlu ada masa yang sesuai untuk menyelidik).
Contohnya apabila melihat gambar lama, saya selalu bertanya emak saya apa la istimewa sangat yang ada pada ayah sehinggakan beliau memilihnya? Saya beritahu emak saya masa muda ayah tak sehandsum saya, macam komunis je dan kurus kering.... cuma senyumannya manis. Dan peluang untuk mendengar cerita daripada mak saya juga muncul aapbila bekalan elektrik terputus. Bila bekalan elektrik terputus, kami sekeluarga akan berkumpul ramai-ramai dan lepak-lepak atas tilam. Apabila duduk ramai-ramai dan ayah saya tiada, mak saya akan bercerita mengenai zaman remajanya dulu...
Selalunya mak saya akan mulakan cerita mengenai betapa susahnya dia pada zaman kanak-kanak hingga dewasa, dalam cerita tersebut diselitkan juga betapa beruntungnya kami adik beradik kerana hidup walaupun taklah rich and famous tapi jauh lebih senang berbanding dengan beliau. Namun cerita yang paling saya tunggu-tunggu ialah cerita mengenai hubungan emak saya dengan ayah saya...
Kata emak saya selepas tamat latihan kejururawatannya dia ditugaskan di Hospital Daerah Besut. Hospital tersebut jauhnya lebih 100km daripada Kuala Terengganu. Seratus kilometer pada zaman dahulu `jauh', saya yakin para pembaca memahami apa maksud saya...
Emak saya beritahu, dulu orang Besut gedeber. Emak saya beritahu lagi dalam satu hari puratanya lebih kurang sepuluh orang yang datang hospital untuk jahit luka di badan. Mak saya kata orang Besut suka berkelahi dan masing-masing ada kapak kecil. Bila berkelahi mereka guna kapak kecil. Lepas berkelahi mereka berbaik semula dan kemudian berkelahi lagi sebelum berbaik lagi semula...he he he. Bunyi macam tak bertamadum kan?
Di hospital inilah emak saya berjumpa ayah saya buat pertama kalinya. Ayah saya pada masa tersebut kerap melawat adik lelakinya (pak saudara saya) yang sakit teruk kurus kering(diberitahu oleh doktor tak ada harapan nak hidup lama dah...).
Tidak banyak saya tahu mengenai kisah cinta ayah dan emak saya. Namun ayah saya juga pernah beritahu dia jumpa mak saya di hospital. Kata ayah saya kepada saya, pertama kali dia lihat mak saya, hatinya berkata `inilah bini aku nanti...'. Ayah saya beritahu pada masa tersebut dia ada ramai girlfriend tetapi bila matanya tengok emak saya, terus dia tinggalkan semua girlfriendnya sebab hatinya berkata `Inilah bini aku nanti...".
Kata ayah saya emak saya terkenal di hospital itu sebagai misi yang baik, sopan, santun dan cantik. Pernah bertanya kepada ayah saya apakah pencapaian terbaik yang dia banggakan dalam hidupnya? Ayah saya beritahu pencapaian terbesar dalam hidupnya ialah dapat berkahwin dengan emak saya. Kaki jiwang jugak ayah saya rupanya, saya ingatkan dia akan beritahu perilah dia dapat berucap di hadapan 20,000 orang semasa perhimpunan Pengakap Asia Pasifik di Thailand...
Ayah saya beritahu emak saya cantik masa muda, menarik orangnya, sopan santun dan pandai bergaya. Bila mengenakan baju misi (baju jururawat) nampak betisnya yang cantik dan kulitnya yang tidak kelaring (kulit sihat). Dan ayah saya beritahu semenjak itu dia tidak keruan apabila melihat perempuan memakai baju putih...
Maka ayah saya selalu bertemu emak saya di hospital tersebut. Diceritakan juga, emak saya pula selalu minta bantuan ayah saya bila dia mahu menulis report pesakit. Dulu report pesakit ditulis dalam bahasa inggeris. Mak saya beritahu dia bertanya kepada ayah saya bagaimana nak eja perkataan `kerana' (because) dalam bahasa inggeris. Ayah saya yang kebetulan bersekolah aliran inggeris terus tunjukan terrornya, he he he.

42 tahun kemudian...
Entahlah saya tidak tahu gelodak perasaan cinta mereka pada tahun-tahun 60an. Siapa yang mula seduce siapa, he he he. Kalau tanya banyak, bukanlah rahsia lagi kan....

Jan: Kukuburkan kisah kasih cintaku, kubawak sampai hela nafas terakhir. Biarlah hanya allah yang tahu...(pulak dah!)

Monday, May 24, 2010

Ayah tanam tebu...

Gambar 1: Tebu hitam
Balik cuti hari Hol tempohari saya terkejut tengok banyak pokok tebu ditanam di hadapan dan sisi rumah. Kali terakhir balik tak ada lagi nampak setinggi itu, malah tak perasan pun ada ke tak pokok tebu tersebut.
Cantik pokok tebu ni. Lantas saya terfikir molek juga kalu tanam di rumah saya di Indera Sempurna. Cantik lihat batang-batang tebu yang mencacang tingginya. Boleh dibuat sebagai pokok langskap...
Gambar 2: Ditanam secara berderet
Pokok tebu ni adalah bahan utama kalau kita nak buat gula (juga dibuat alkohol). Tebu ni banyak spesisnya. Ayah saya tanam jenis batang kuning dan batang hitam. Tapi yang terkenal di dalam masyarakat kita biasanya batang kuning.
Kata orang tebu yang batang tegak lebih manis berbanding dengan yang batang bengkok. Maka kena pastikan biar tegak, boleh buat para sikit supaya dapat menyokong tegaknya.

Gambar 3: Anak saudara saya sebagai model tebu...

Namun kalau ditanam di ladang mungkin lain caranya. Ini tanam suka-suka dekat rumah je. Tebu ni boleh kita tanam melalui biji benih atau keratan batangnya. Biasanya kita kerat batang tebu untuk tanam tebu, bakpe nak susah-susah tanam daripada biji benih kan, he he.


Gambar 4: Azlan dan Najib bersama pokok tebu
Tebu ni senang je nak makan. Kita boleh juna gigi je buang kulitnya. Kulitnya keras sikit tetapi masih mampu untuk kita menyiatnya. Gajah pun pandai makan tebu inikan pula kita. Kita patahkan guna tangan dan terus makan. Kita siat kulitnya dulu guna gigi pas tu kita kekah makan dengan mamah untuk keluarkan airnya, pas tu kita isap-isap dan akhirnya kita ludah ke luar hampasnya.
Jangan makan hampasnya pulak, kita bukan itik.


Gambar 5: Lagi gambar pokok tebu.
Ayah saya kata tebu ini akan menjadi lebih tinggi lagi setinggi 15 kaki tetapi kalau nak makan, tak payahlah tunggu tinggi. Kira patahkan dan makan je. Tak ada siapa yang halang.
Pabila bulan puasa, selain air tuak/tapai, air tebu juga menjadi pilihan untuk diminum masa berbuka. Ada la gerai segera yang muncul di tepi-tei jalan jual air tebu ni.

Gambar 6: Tebu jarak dekat
Teduhlah jugak bila ada pokok tebu ni. Halaman rumah pun nampak ok. Namun daun pokok tebu ni miang sikit. Kena kulit gatal. Dulu ayah tanam pokok blue pain. Tapi pokok tersebut dah besar sangat dan ditebang semuanya.
Gambar 7: Batangnya masih kecil

Gambar 8: Sisi rumah pun ada tebu

Gambar 9: Tiang beranda rumah pun ada tebu depannya.
Gambar 10: Sekadar hiasan

Balik tempohari sempat jugak saya makan tebu ni. Manis rasanya. Saya guna gigi sahaja untuk buang kulitnya. Kalau tak biasa payah juga tetapi saya ni kampong boy.
Masa makan tu ayah saya beritahu hampas jangan ludah merata. Nanti semut datang...

Jan: Ada orang tanam tebu di bibir...aku terpedaya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home