"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 4, 2011

Budi kutabur berkubur...



Saya berpendapat dalam perjalanan hidup kita ini kalau hati kita tidak tabah dan kuat, tidak perlulah kita bersusah payah menolong orang. Sebab akhirnya ada kemungkinan hati kita akan rosak walaupun kita menolong dengan ikhlas. Ya, mungkin akan rosak teruk seperti hati saya...
Mungkin akan ada orang kata saya tidak ikhlas dalam menolong. Tentulah saya tersentuh hati dengan anggapan sebegitu namun tuhan sahajalah yang tahu keikhlasan saya dan apa yang telah saya lalui...
Semasa kecil, kita dibuai/diajari dengan saranan kita mesti menolong orang yang susah seikhlas hati. Kita tidak diberitahu pula bagaimana mahu handle bila kita `digigit' balik selepas berbudi.
Kita juga tidak diberitahu yang dalam dunia ini sarat dengan manusia yang penuh kepalsuan dan lidah tidak bertulang (sila rujuk lirik lagu `Janji Manismu' - Aisyah).
Jan: Saya halalkan segala yang diberikan kerana segalanya hak tuhan juga, namun atas kerosakan hati ini sampai mati saya tak akan maafkan... Titik.

No comments:

.