Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Api neraka dan anak perempuan...




Lewat petang semalam saya buka FB. Lama tak buka FB kawan baik saya yang sama-sama berUM dulu. Nama dia Nor Zuki Wan Isa. Saya tak menyampuk di FB dia. Saya tak reti. Saya jenis pemalu...

Tetapi posting ini bukan pasal saya pemalu tetapi pasal saya lihat di FBnya kawan saya paparkan hadis Bukhari lagi. Hadis pasal kita kena jaga anak perempuan kita. Rupanya ada juga manfaat FB selain tulis beritahu orang kita beli beg tangan baru...he he he. Jangan marah gurau jea. Ni haa hadisnya.

Hadis 11: Penghalang Api Neraka……

Dari Aishah R.A meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Barangsiapa bertanggungjawab mengenai anak-anak perempuannya dalam satu-satu perkara dan melayani mereka dengan baik, kelak anak-anak ini akan menjadi penghalang kepada apa neraka .(HR Bukhari).

Dipetik dari buku Muntakhab Hadits, Hazrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi, MS 560.

Bimbang saya nak ulas hadis ni sebab saya tak layak mana... Namun pemahaman saya apabila kita kahwin maka terletak atas batu jemala (apa itu jenis batu?) kita iaitu tanggungjawab terhadap anak-anak perempuan kita. Kalau kita jaga mereka di setiap lapangan/gerak-geri dan keperluan, anak kita itulah yang memberikan kita pahala dan mereka dapat menghindari kita daripada tercampak laju ke neraka.

Jan: Kalau kita tak jaga anak perempuan kita? Kita biarkan jea garib isa dok tepi jalan. Haa...

2 comments:

zulken79 said...

Salam..
Blog yg menarik..kawan pun tinggal kat indera sempurna gak..lorong 62..ada masa boleh kuar2 gi minum kat depan tu..email kawan zulken79@yahoo.com

Jankaulu said...

thamks. tima kasih atas pelawaan, semoga kita dapat jumpa nanti. leni saya tinggal di muadzam. hujung minggu sahaja gi indra sempurna.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home