"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, November 1, 2011

Salak (Salacca Zalacca)

Pokok salak (macam rupa pokok kelapa sawit pun ada...)


Buahnya pun ada iras biji kelapa sawit juga, mungkin sepupu.



Buah salak biasanya ada dijual di pasar minggu atau pasar malam. Namun tidak semua pasar malam atau pasar minggu menjual buah salak. Kadang-kadang saya cari tak ada, mungkin bukan musimnya. Buah salak kalau kita makan dia tak kenyang tetapi sedap di lidah.
Apabila kita melawat orang sakit atau orang yang nak mati di hospital:
"Dah berapa hari...?" Kita bertanya pada keluarga yang menjaga pesakit tersebut sambil buat muka murung (macam kita pulak yang sakit, he he he). Maksud kita sudah berapa hari ditahan dalam wad. Semasa kita bertanya kita gunakan suara perlahan sebab tak mahu bising. Kita lihat pesakit (mungkin kawan kita) duduk terbaring lesu di katil memakai baju hospital, baju hijau.
" Nah ada buah sikit..." Sambil kita menghulurkan kedua belah tangan untuk memberi buah tangan. Apa yang didapati di dalam bungkusan plastik tersebut adalah buah yang popular iaitu epal atau oreng. Jangan harap buah salak. Pun begitu kalau saya terlantar di wad, saya tetap teruja jika ada yang datang melawat, membawanya.
Nama sains pokok salak ialah Salacca Zalacca (macam nama orang Itali pulak, he he he). Orang putih pula ada menamakan buah ini sebagai `snake fruit' sebab kulitnya macam ular. Orang putih pun bukannya bijak sangat, dia nak pakai senang jea. Bila buah macam bintang (belingbing) dia panggil `star fruit' pula.
Kembali kepada cerita salak sebab posting ini bukan pasal orang nak mati di hospital. Buah salak ini banyak jenisnya. Saya tahu sebab semasa saya membeli salak tempohari saya ada tengok diasingkan kepada beberapa kumpulan. Yang saya beli tersebut namanya salak pondoh. Mak cik tu yang beria kata sedap sangat. Memang salak ni jenis sedap sebab dia rangup dan tidak kelat. Tidak kelat walaupun masih tak masak. Cuma nasib saya bila terbeli ada yang buruk...


Jan: Kadang-kadang rasa baik beli yang jeruk...tak buruk...

2 comments:

Nong Andy said...

Asik keluar cerita buah salak. tgk en.sukiman.. meleleh air liur sy nak makan buah salak hehehe...

*ayah ada tanam pokok salak kalau tak silap.. raya ni nak gi tanya dia. pokok tu dah berbuah ke tak :D

sukiman said...

cuba tanya ayah betul ke orang kata kalau sakit gaut pantang makan buah salak...

saya pantang jumpa, hehehe.

.