Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, November 5, 2011

Brazilian Ironwood 2



Untuk mendapatkan pokok ini, saya dah lawati 7 nurseri di Kuantan. Semua letak harga yang mahal untuk pokok Brazillian Ironwood. Tapi saya difahamkan oleh taukeh tersebut, memang harganya dah (terjemahan = itulah harganya).
Sepokok yang dahan dia tak `pecah' harganya RM150 dan kalau dah pecah harganya `RM25o'. Dan kata taukeh tu lagi pokok ni kena tanam banyak dan berdekatan untuk dapatkan impak maksima. Saya diam saja, tapi dalam hati saya kata " Macamlah aku tak tahu, aku ada baca dan lihat dalam majalah dan internate".
Saya tatap pokok tu banyak kali dan kata, " Boleh tak saya bayar hutang?, Saya ni kerja makan gaji, tak ada banyak duit tinggal baki untuk beli banyak sekaligus" Tiba-tiba saya kaitkan dengan `maka gaji' dan baki duit gaji. He he he. Tak malukan? Nasib baik muka saya handsum.
" Tiap kali saya dapat gaji saya akan datang bayar, saya akan tanda pokok mana. Tapi kalau tiba-tiba ada orang lain nak beli pokok-pokok lain yang belum saya tanda dan bayar, juallah. Saya no hal" Kata saya tanpa rasa malu tapi rasa macam nak hilang maruah pun ada...he he he. Nasib baik saya tak datang dengan kawan-kawan saya yang bajunya saja RM300 sehelai. Kalau kawan saya tahu mesti saya malu. Cekok nok molek duit tak dok (terjemahan = hendak sangat sesuatu yang cantik tetapi tidak berduit).
Tapi apa kaitan dengan maruh kan?. Saya sedang organise tawar menawar ikut upaya saya. Saya bukan orang kaya yang boleh beli sepuluh batang sekaligus. Saya bukan orang kaya yang ada Resort tepi pantai atau orang kaya ada rumah tengah bandar. Saya cuba offerkan satu perjanjian dengan taukeh tersebut...
" Boleh-boleh boleh, kalau bersungguh nak beli" Katanya. Saya tengok dia ikat kainnya dengan kemas. Maklumlah takut terburai depan saya, he he he. He he kan nanti tak payah ke Siam kalau nak tengok Tiger Show.
" Gazebo ni berapa ribu? Saya buat-buat tanya selepas beralih dari himpunang pokok brazillian ironwood tadi.
" RM7 ribu, tapi boleh tawar" Kata taukeh nurseri. " Tak apalah, tanya jea" Saya hampir terkejut dan cebat-cepat bangun dari duduk bersantai di gazebo tersebut.
Jan: Sebenarnya dah 3 kali saya ke nurseri tu, tuan nurseri dan bini dia dah perasan saya tenung pokok Brazillian Ironwood tu, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home