Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 2, 2011

Protects against feelings of loneliness?




Kadang-kadang hati saya selalu bertanya mengapa jiran depan rumah saya selalu datang ke rumah hampir setiap hari. Dan adakalanya dia datang sebaik sahaja saya balik kerja sebelum sempat gril sliding door rumah dibuka... Dia rindu ke? Kah kah kah. Nak katakan dia nak berkawan dengan saya sebab dia sunyi, dia dah ada dua isteri! Nak katakkan saya ni seksi, saya ni lelaki... Emm...

Namun engtri ini bukan lagi mengenai jiran saya yang suka bertandang atau saya tak seksi, ia pasal kesunyian, teman dan perkahwinan.

Betul ke bila kahwin hidup tak sunyi? Mungkin perkahwinan tidak dapat hilangkan rasa sunyi tetapi ianya membuatkan kita rasa sibuk? Haaa... Saya ada berjumpa dengan kawan baik saya yang sama-sama bekerja di tempat majikan lama saya di Kuantan. Dia mengadu hidupnya terasa sunyi. Saya buat-buat pelik dengan bertanya " Eh kan kau ada anak dan bini kenapa sunyi?" (saya buat-buat tanya, jahatkan saya? he he he).

Saya buat-buat tanya sedangkan saya tahu benar rasa sibuk itu tidak dapat hilangkan rasa sunyi. Saya berpendapat kalau ada orang letak jawapan nak kahwin sebagai tak nak hidup kesunyian, saya rasa mereka perlu periksa balik kata-kata mereka tersebut... sebab kahwin grenti membuat kita sibuk tetapi bukannya mekanisma tegar untuk melawan rasa sunyi...

Jan: Sebab sunyi ni dalam sibuk pun kita boleh terasa akan kehadirannya... Titik!

4 comments:

Nong Andy said...

"Betul ke bila kawin hidup tak sunyi?"

Itu En.Sukiman kena test dulu.. Tgk mcm mana.. sunyi ke tak? hehehe..

rezeki kita tak sama. Kawin pun mcm tu..

tapi,kalau tak di pecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya.

*peace no war.. sekadar pandangan cuma :)

Jankaulu said...

ruyungnya pun saya tak pernah jumpa, he he he.

namun, setiap pandangan saya terima.

M said...

sunyi..kalau tak kawen..rasa sorang sorang, pegi soping sorang2, nak gi uptown sorang sorang...sebab kengkawan laen dah bz dgn suami/isteri dan anak masing2...selalu sgt kuar sorang 2 segan la jugak hehe cam kera sumbang pun ada alahai...nasib baik skarang dah leh soping online :)

Jankaulu said...

soping ongline pun sunyi...he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home