"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, November 5, 2011

Brazilian Ironwaad 3: Perihal daun...
























Pada suatu malam yang baru melepasi magrib, jiran saya yang duduk di awal lorong perumahan lalu di hadapan rumah saya untuk menuju ke tasik. Kebetulan saya duduk melepak merenung cahaya bulan terbias ke permukaan air tasik. Cantik sekali pemandangannya. Secara tiba-tiba saya teringat saya masih tak bayar upah mesen rumput rumah saya (RM30). Memang saya upah dia sebab mesen rumput dia comel. Bukan mesen yang galas macam biasa.


Semasa saya bayar duit tersebut dia beritahu semasa dia dan bini dia balik daripada kerja, dari jauh nampak pokok brazilian ironwood saya. Mereka suami isteri saling tertanya, saya tanam pokok petai ke. Saya nak tergelak jugak sebab jiran sangka pokok petai, tapi tak jadi gelak takut dia malu. Memang daunnya ada iras pokok petai ke?


Maka saya paparkan daun pokok tersebut di engtri ini. Lihatlah ada ke persamaannya...


Jan: Ada iras juga kan...?

No comments:

.