"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 11, 2011

Mode peperiksaan

Minggu depan adalah minggu peperiksaan. Mungkin ada di antara pembaca blog ini mempunyai keluarga atau anak yang akan menghadapi peperiksaan. Dan peperiksaan tentulah amat penting dalam kehidupan seseorang. Apa yang harus kita lakukan ya apabila anak kita nak periksa? Kita mestilah adjust suasana dan keadaan rumah kita ke arah mode peperiksaan. Bagaimana? Haa...

1. Kita haruslah menunjukan bahawa peperiksaan tersebut adalah penting bukan kepada anak kita sendiri tetapi juga diri kita. Kita mesti sama-sama berada bersama mereka memberi perhatian yang lebih. Kita harus bercakap mengenai keyakinan dan semangat pada anak-anak kita yang nak ambik peperiksaan. Jangan lah time ni jugak kita nak berdebat dengan laki/bini kita...(tak cukup ke masa-masa/bulan-bulan lain nak berdebat depan anak? He he he).

2. Kita mesti marahkan adik-adik yang buat bising dengan nada lembut. Beritahu yang kakak/abang nak exam minggu ni. Kita beritahu jangan ganggu kakak/abang. Kita buat la biar nampak kita lebihkan jaga kakak/abang mereka yang nak exam. Nanti adik-adik akan rasa bestnya bila giliran mereka pula exam...haaa.

3. Kalau boleh beli la lauk yang best sikit sepanjang minggu exam (kalau malas masak). Beli makanan yang sesuai dan sedap. Kita makan beramai-ramai. Kalau kita perihatin kita akan tahu anak kita suka makan apa. Ni asyik beli makan makanan kesukaan kita jea, huh!

4. Kalau kita ni jenis kaki solat, kejutkan anak yang terlibat exam tadi supaya bangun sembahyang sunat dan berdoa bersama-sama. Biar anak bertambah yakin. Biar mereka tahu mak/ayah mereka bersama dalam senang dan susah (susah tu time exam la..hehe)

5. Kalau ada duit lebih beli la peralatan alatulis yang baru. Amboi kalau oder tupperware atau tukar stering kereta tak berkira!. Ni bukan apa, biar mereka ada semangat nak hadapi peperiksaan dengan barang baru. Kita mungkin tak faham dan kata `buat apa la beli yang baru, yang lama ada lagi?" Sama lah dengan tupperware dan stering kereta tu, he he he. Jangan marah.

6. Pastikan mereka jangan terlajak belajar hingga larut malam. Nanti esok pening mereka tidor dalam dewan. Janganlah kita tak ambil peduli langsung dan tak jengok pun mereka membaca dan buat persiapan terakhir tu.

7. Selepas selesai setiap satu subjek jangan kita tanya lebih-lebih atau bincang soalan yang dah dijawab. Nanti kita pula sibuk marah sebab jawapan anak salah. Nanti dia tak ada mood dalam meneruskan banyak subjek lain lagi. Ni biasanya terjadi kepada yang mak bapaknya bekerja sebagai guru. Kesian anak mereka kan?.

Sekian sahaja, kalau nak tahu lebih banyak kena tanya kawan-kawan yang ada anak nak exam, apa persiapang mereka...?




Jan: teringat dulu ayah dan mak suruh minum air sembahyang hajat masa exam...serius betul mereka kan?

1 comment:

Nong Andy said...

ha.. crita pasal exam, masa dekat-dekat spm dulu tiap-tiap malam ayah 'meronda' anaknya ada blajar ke tak.. satu malam tu dengar je bunyi langkah ayah aku cepat-cepat capai buku pura-pura baca buku. Ayah jeling je.. pastu dia blah! tapi aku tak perasan rupanya aku pegang buku terbalik.. hahaha! nak menipu ayah sebenarnya tipu diri sendiri kikikiki....

.