"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 4, 2011

Dirundung duka, resah bersalaman...





Kalau dia masih lagi bujang trang tang tang, tentu saya ajak di keluar makan di Tanjung Lumpur. Saya nak hiburkan hati dia. Kami juga mungkin kan ke Taman Gelora. Bukan untuk berjogging tetapi rojak kat sana best, manis!.

Tetapi engtri ini bukan pasal rojak. Sekarang sahabat saya dirundung duka, resah bersalaman. Saya tidak tahulah setakat ini air mata dia sudah menitis ke belum... tapi saya berani bertaruh (taruhannya bangunan parliment) air mata hati dia telah menitis laju...

Saya nak ajak dia ke Tanjung Lumpur sebab dia suka makan. Dan semasa kami bekerja bersama dulu kalau tensiong dengan kerja, kami akan ke kedai untuk makan-makan. Tetapi biasanya tak tensiong pun kami makan-makan jugak.
Sekarang sahabat saya sudah ditukarkan kerja ke jabatan lain. Suatu jabatan yang asing bagi dirinya. Sebentar tadi saya sms dia bertanyakan keadaan dirinya. Dia beritahu dia sedang kemaskan mejanya dan berpindah. Saya rasa tentu dia menitis air mata hati bila memunggah fail dan buku-bukunya. Tentu dia sebak.
Kalau boleh saya nak terbang ke sana dan ceriakan dia. Saya akan ajak di ke Eistkoes Mall, saya akan belikan dia perfume Clinique yang perasa oren tu (tentulah saya guna kad kredit). Saya akan buat-buat saya gembira dan tersenyum untuk hiburkan dia. Saya akan buat-buat happy kerana dia walaupun sebenarnya saya juga rasa nak meraung...
Saya tidak tahu nak tulis apa lagi. Saya berharap dia banyak bersabar. Sabar itu juga kekuatan (saya tiru ayat dalam rancangan ustazah pilihan, saya tengok juga rancangan tu walaupun taklah best sangat...) Saya tahu sekarang tentu dia rasa kehilangan,sedih, kecewa, nak marah, keliru dan terhina dan juga sewaktu dengan ramuannya... Saya tahu dia sangat mencintai dunia pengajaran. Baginya pelajar adalah manisan hidupnya. Manisan yang membuatkan dia rasa segar...
Tetapi hendak tidak hendak, dia kena banyak belajarlah di jabatan baru. Dia kena tahu tugas baru dia. Dia kena juga laksanakan sesungguh hati, secemerlang mungkin. Dia kena tunjukan kecemerlangan dia. Dia tidak boleh bersikap negatif walau sekuman. Sebab dia masih jadi pekerja organisasi tersebut. Dia masih ada tanggungjawab dan amanah.
Senang pula saya cakap sebab tidak alaminya sendiri, saya minta maaf di sini kalau tulisan saya menyentuhguris hatinya. Cuma saya mahu dia bersemangat sebab mentari tetap muncul esok dan saya mahu matanya dapat lihat mentari itu.
Dan saya tahu kawan-kawan saya bukan orang sembarangan, diletak, dicampak ke mana pun mereka akan tetap bagus dan tumbuh dengan lebih banyak cabang kelebihan.
Jan: harap sangat dapat ditukarkan ke dunia lain terus...

4 comments:

wawadave said...

huwaa!! sy nk kata kt kawan jankaulu tu.. tak pyh beria sgt bkemas lg. kalau ditukar pun, ntah ada tmpt ke tidak utk dia..dan utk kawan2 dia..yup..kawan2 dia yg ramai tuuu.. yg jugak kawan2 jankaulu

wanie said...

suki, mmg ramai2 tgh bersedih skrg nie...baik yg terlibat atau x terlibat...huhuhu...x boleh nak bayang camner keadaan slps nie...

sukiman said...

saya pun tak tahu butir bicara, cuma dengar2 dari jauh.

terkejut juga sebab ingatkan kawan2 di sana akan mendapat keuntungan yg besar bila organisasi berkembang...

Eja said...

Pas mkn kat taman gelora, jln2 kat pantai, gi ECM, Megamol & Parabe (sbb tu je ada kt cni), melawat nuseri, kedai pasu dan kedai perabot, nak best lg masuk kedai perabot mewah, pergh! biar la x mampu beli pun.... di akhiri tentunya dgn mkn2 lg...kot la leh released stress sket kn... tp mampukah....dilalui semua ni dgn gembira di luar dan di dlm diri ni...

.