Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, November 5, 2011

Dairi dari celah kain...

Ini cerita pasal seks dalam rumahtangga. Jangan kata seks tak penting. Kalau tak percaya baca Harian Metro...haaa. Ini cerita hal rumahtangga kawan baik saya di kampung. Entah cerita buruk atau cerita baik, saya serahkan kepada minda pembaca blog ini. Mereka bebas memilih. Nak dijadikan sempadan ke, tauladan ke, tepuk kepala tanya minda...

Ceritanya begini. Kawan saya beritahu untuk mendapatkan seks daripada isterinya (tentulah halal), ia berkelakuan seperti remaja yang buat kerja haram. Pada mulanya saya tak faham (betul saya tak faham, bukan macam biasa iaitu buat-buat tak faham...he he).

Ceritanya begini. Entah macam mana, selepas berselisih faham bininya lari dari rumah (merajuk) dan duduk di rumah emaknya (emak bini dia). Semasa duduk di rumah keluarganya bininya ceritakan semua keburukan suaminya (kawan saya). Dia ceritakan kepada seluruh ahli keluarga termasuk adiknya yang nak ambil SPM. Saya tak tahu tindakan ini betul atau tidak, kena ke kita libatkan hal rumahtangga kita kepada keluarga kita?

Maka bila hari ke 4 kawan saya datang untuk menjemput isterinya, kawan saya tersebut telah diceramah-cerami di depan ruang tamu yang tiada sofa L. Selain ceramah dia dimaki, dihina dan sumpah seranah oleh mertua dan ipar-iparnya. Cuba bayangkan, he he he.

Namun dia diam membisu tak melawan (mungkin dia memang bersalah). Rasa di dalam hatinya dia dan tuhan jealah tahu. Dia rasa hilang maruah dan kejantanan. Masa dia kena serang tu bini dia ada juga di situ (ruang tamu) namun bini dia tak kata apa-apa. Dia sedih sangat sebab bininya ceritakan keburukannya pada keluarganya. Dia malu. Tau pun...

Selepas itu dengan hati yang bagai ditikam garpu dia balik rumah, bila dalam termenung tu dia dapat sms daripada bininya yang mengatakan bininya pun tak tahu sehingga begitu keluarganya akan menyerang suaminya (kawan saya). Dia (isterinya) perkara begitu akan terjadi, bininya mengaku dia terpana di ruang tamu (yang ada set kerusi rotan).

Dan malam itu kawan saya terpaksa panjat rumah mertuanya dan bininya buka tingkap bilik untuk dia masuk ke dalam bilik dan buat seks. Dia yang dah lama tak memanjat terpaksa memanjat dengan perlahan dan bimbang ditangkap orang kampung dan dibelasah. Namun dia selamat dan berjaya lakukan seks yang hebat...(dia kata la...).

Moralnya?:

1. Bila berkelahi jangan ceritakan keburukan pasangan kita pada ibubapa kita (sebab kita yang pilih, he he he. Kalau ibubapa pilih itu cerita lain...)

2. Ibubapa dan ipar janganlah campurtangan dalam rumahtanga anak/adik/abang sebab rumahtangga sendiri pun mungkin tunggang langgang.

3. Ruang tamu adalah untuk para tetamu atau tengok Tv.

4. Selepas 3 hari mungkin air masuk kepala dan kita rasa nak buat seks dengan bini/isteri kita.

5. Tidak semua ruang tamu memiliki sofa L.

6. Buat seks secara memanjat tingkap rasa trel semacam.

Jan: yang ke 7. Jangan cerita hal rumahtangga kita ke Jan, nanti dia tulis dalam blog dia.



2 comments:

M said...

hehehe...:)

Nong Andy said...

tapi kalau si suami berkasar masa buat sex dgn isteri. malah tak hormati isteri.. cth: rogol isteri. rasanya itu boleh cerita dgn keluarga.. isteri memang hak suami tapi mesti ada batasannya kan..

ini pendapat sy sebab hal ini pernah terjadi dgn ahli keluarga sy..

* yg no.7 tu sy sokong hahaha! bagaimana pun n3 ni best.. ada pengajaran :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home