"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, November 29, 2011

Perihal daging salai...




Saya tidak mempunyai anak perempuan, juga lelaki. Saya tak ada anak pun... Namun saya sering memerhatikan tingkah-laku/gelagat dan ambil tahu hal anak-anak saudara saya, anak kawan-kawan saya dan anak-anak orang yang saya tidak kenal.

Sindirlah saya ni jenis `sekolah lama' ke atau berfikiran negatif, namun saya tetap rasa ia sesuatu yang tak kena. Saya agak tidak senang hati bila saya sentiasa berjumpa dengan remaja perempuan yang masih berada di luar rumah pada waktu yang bukan sepatutnya. Semalam saya keluar ke Petronas (bukan nak beli minyak tetapi nak beli ais kerim konekto, tetapi kecewa pulak sebab ais kerim tu tak ada yang berperasa vanilla...) pada lewat malam tetapi saya lihat masih ada remaja perempuan yang duduk lepak di tepi jalan bersama pasangannya. Berpeluk mesra, tak kenal dunia.

Terus saya bertanya dalam hati, adakah mereka ini mempunyai ibubapa?. Kenapa laaaa mereka biarkan anak perempuan mereka tidak menentu. Tidak bimbangkah mereka terhadap anak mereka? Anak remaja perempuan yang tidak dipelihara dengan baik mungkin akan jadi`makanan' kepada lelaki liar. Bak lalat yang mencari daging salai... Malah lelaki jinak pun tidak menolak jika daging salai di depan mata. Mereka mencium bau... Namun kita tidak boleh salahkan lelaki semata-mata...kalau daging salai ada merata-rata. Haaa...

Pendidikan harus diberikan kepada anak perempuan kita supaya mereka `takut'/berhati-hati dengan lelaki. Pergaulan yang terlampau bebas tidak mengira siang dan malam, bertepuk tampar, cuit mencuit, diusung ke sana ke mari siang malam mengundang duka. Bukan sedikit kita lihat berita menyedihkan di Harian Metro, hidup masyarakat kita ternyata teruk dan menakutkan.

Dengan pendidikan yang diperolehi, sepatutnya kita boleh kawal diri. Ini tidak, masyarakat kita terlalu bebas mengikut acuan barat. Namun saya tidak salahkan barat semata sebab ada orang barat yang bimbang jika anak mereka keluar dengan lelaki yang tak menentu. Kitalah yang lebih barat dari barat, sebenarnya.

Setakat melahirkan dan beri makan, kambing gurun pun boleh. Saya tidak akan melatah jika penulisan saya tidak disetujui. Mereka akan kata `Mang mung tak ada anak, senang cakap". Memang saya tidak ada anak namun saya percaya perkahwinan menuntut kita melahirkan generasi yang bijaksana. Dalam apa jua cabaran kita tidak boleh gunakan alasan. Atas apa alasan sekalipun kita mesti jaga anak perempuan kita. Kita jaga maruah mereka. Kalau terpelihara wanita, terpeliharalah keturunan, bangsa dan agama kita (macam rancangan `Ustazah Pilihan' he he he).

Kesian pula kepada saya sebab tidak boleh `bercakap' sebab tidak ada anak perempuan. Namun saya rasa sekeping daging salai tersebut haruslah dijaga kemurniannya. Sebab ia juga mewakili maruah keluarga dan keturunan. Bukan maruah agama sahaja.

Biarlah sekeping daging salai tersebut menjadi santapan sah sang lalat budiman...

Jan: Lalat lara...

2 comments:

myfreeminded said...

saya amat bersetuju dengan pandangan saudara, x kira lah saudara ada anak ke x ada ke, sebab selalunya yang ada anak ni yang x perasan semua2 ni... so pandangan saudara amat lah dihargai...

sukiman said...

dah lama saya perati hal ni, sekarang makin menjadi jadi. kdg kadang anak perempun tak balik 3 hari pun mereka tak gusar. bila seminggu baru nak report polis...

sya pulak yang naik bimbang...

.