"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 10, 2011

Lelaki memang begitu?

Semasa saya terlibat dengan satu majilis dan semasa saya berada di kaunter pendaftaran, saya telah melihat satu kejadian yang mengesahkan tanggapan saya. Ceritanya begini...
Saya memang tercegat di tepi dinding untuk mengawasi pendaftaran. Saya lihat ramai perempuan yang mendaftar atau menulis nama dalam borang sambil berdiri di meja tersebut. Manakala pegawai-pegawai duduk di kerusi melihat borang diisi. Sekoyang-koyang datang 2 orang perempuan yang kurus, badan terbentuk, muka terbentuk elok, senyum, dan putih kulitnya.
Saya lihat 3 pegawai tersebut agak kelam kabut mencari kerusi supaya perempuan tersebut duduk di kerusi apabila menulis. Aci kerat jari saya, pegawai-pegawai tersebut memang dah ada isteri dan beranak pinak....he he he.
Orang lelaki memang macam tu kot... Saya pernah terbeli syampoo sebab promoternya pakai T'shirt ketat dan seluar jeans pendek. Saya siap beli dengan condisenor lagi (walhal saya tak pakai pun). Saya beritahu hal ini kepada mak saya. Mak saya beritahu perangai saya macam perangai ayah saya. Mak saya kata ayah saya akan beli kalau perempuan cantik jual, walaupun tapear (tapai).
Saya ada beritahu rakan senior pensyarah saya hal ini. Dia kata " Bukan Man sorang, orang lelaki memang begitu..." Katanya yang telah beristeri dan beranak pinak.
Jan: emmm...

4 comments:

uNcLeJoE said...

tak semua....mungkin yang 'tak semua' tu kes terpencil...

adakah aku...erkkkk

sukiman said...

aku rasa yea, sebab ingat tak kat pekan dulu bila kau bercakap dgn seorg pensyarah dulu? Kau tepuk-tepuk dia dengan suratkhabar. Haaa...sapa nama psyarah tu...yang putih tu.

Masa tu kau tak sedar gelagat kau diperhati dan dirakam.he he he.

aku pulak dah lama mengaku...hehehe.

Nong Andy said...

hehehe... sebab tu la aku jeles dgn pmpuan yg cantik ni.. senang jer kasi cair lelaki kalau muka cantik :D

Eja said...

aku ingat joe...erk!

.